Memndangkan tk nak mnghampakan readers yg mahukn teaser ASA even bru 10 bab oleh itu, Aii nak bg jugak! Dah jnji kalau ada yg nak Aii akan bg so, nk tunaikan janji tu..ari ni nk jd pemurah ckit, huhu.. tp teaser ni ade part 1 and part 2 now nk update part 1 dulu, part 2 nk simpan ketat-ketat, tgok ade yg nak tak part 2 tue, hehe..
Enjoy ur reading ; )
*******************************************
Hanan segera menyingkap selimut lalu menyelubungkan tubuh di
bawahnya gara-gara terdengar pintu diketuk dari luar. Bantal peluk diletak di
tengah. Tubuhnya segera dikalih ke sebelah dinding. Membelakangi tempat tidur
sebelah kirinya, tempat yang bakal Abrar tidur.
“ Buat apa nak
ketuk-ketuk Abrar? Masuk ajelah dah jadi bilik kau pun.” Jerit suara dari luar.
Hanan mencebik geram. Itu suara alongnya. Sengaja mengharu-birukan satu rumah.
Selepas itu,
Hanan terdengar pintu dibuka. Dia memejamkan mata. Menenangkan gejolak yang
berpusar di kepala dan dada. Abrar mengukir senyum kecil. Dah tidur? Awalnya
tuan puteri beradu, takut dengan raja sehari ke? Hati Abrar berbisik nakal.
Pintu almari
dibuka. Dicapai seluar bermuda dan t-shirt. Baju Melayu hijau lumut yang
tersarung di tubuh ditanggal, diganti pula dengan t-shirt sleeveless warna
blueblack. Seluar pula di sarung dari dalam kain pelikat. Dalam lemas
berselubung, Hanan cuba mengintai tindak-tanduk suaminya yang tiba-tiba diam
selepas menerjah masuk dalam biliknya.
Terbelalak biji
mata Hanan. Terkejut menonton bentuk sebenar tubuh lelaki itu tanpa baju.
Tiba-tiba Hanan rasa seram sejuk. Besarnya badan dia, macam anak gajah. Kalau
macam ni confirm lenyek badan aku macam sardin dalam tin! Lenyek?? Pantas dia
mengeleng-geleng sebab bayangan yang muncul terlebih ngeri. Otaknya terlebih
bekerja malam ni, sampai bayangan yang bukan-bukan pula muncul.
Demi melihat
selimut yang bergerak-gerak, Abrar pantas menoleh. Spontan bibirnya meletuskan
tawa kecil. Owh, main tipu-tipu tidur yer..Hanan nak main cak-cak dengan abang
ke? Tak pun nak main hide and seek dari sebalik selimut tu? Nakal lagi.
Hanan
terkebil-kebil. Tawa Abrar buat dia jadi pelik. Eh, entah-entah dia perasan aku
tak tidur lagi? Alamak, macam mana ni? Okey-okey tenang…jangan kalut Hanan..
Lampu bilik
tidur ditutup. Hanan cuak. Sejurus itu, terasa katil yang dia baring bergerak-gerak.
Ya Allah, tolonglah aku!
Senyumannya
tidak pernah mati buat Hanan. Bantal peluk digolek ke tepi. Abrar membaringkan
kepala di bantal yang sama dengan isterinya. Mahu berkongsi segalanya dengan
Hanan.
“
Assalammualaikum..” serunya.
Hanan mati
kutu. Matanya dipejam erat-erat. Lantunan kencang jantungnya tidak mampu
dikawal lagi. Dia cuba reda. Cuba merelakan kerana Abrar suami. Meremang bulu
roma Hanan apabila hidung Abrar bergerak-gerak dicelah rerambutnya. Dari
sentuhan tersebut, Hanan dapat merasakan kemancungan hidung suaminya. Sumpah,
satu badannya geli-geleman!
“ Wanginya..”
gumam Abrar. Perasaannya terbuai-buai.
SubhanaAllah,
Walhamdulillah, WaLailaha illallah WaAllahuakbar..berlagu-lagu pujian dalam hati Hanan untuk Allah
disebabkan terlalu seram. Macamlah suami dia tu orang minyak!
Jari-jemari Abrar bermain-main dengan cuping telinga
isterinya. Sengaja memprovok reaksi Hanan. Mahu menonton sejauh mana
kesanggupan Hanan terus berlakon menghadapinya.
Abrar, please
stop it! Jerit hati Hanan. Tidak berdaya jerit pakai mulut. Hanan tahu dia
bakal memperoleh dosa jika menolak kemahuan suami. Dia tahu malaikat akan
melaknat dia dari malam hingga ke pagi. Oleh itu, Hanan cuba pasrah. Cuba
ikhlaskan hati. Terngiang-ngiang kata pensyarahnya, jadi seorang isteri bukan
sahaja mudah peroleh pahala tetapi mudah juga terjerat dalam dosa. Tarik muka
sikitpun dah dapat dosa!
“ Hanan, tolong
bangun. Abang tahu Hanan tak tidur lagi.” Arah Abrar. Hanan terkejut. Bulat
matanya. Arahan apa ni?
Abrar bangkit.
Duduk bersila di tepi Hanan. “ Hanan..” serunya lagi.
Hanan ikut
kemahuan itu. Dia bangun. Tidak memandang Abrar yang setia memandangnya.
Walaupun bilik telah dimatikan lampu, keadaan bilik tidaklah kelam sepenuhnya.
Di bahagian atas dinding bilik tersebut telah di tebuk lubang-lubang
pengudaraan walaupun tingkap telah wujud sebelumnya. Apabila malam menjelang,
cahaya dari ruang tamu akan tersimbah melalui lubang-lubang tersebut
menyebabkan biliknya terhindar dari kegelapan malam.
“ I’m not going
to touch you.” Putus Abrar.
“ Kenapa? ”
Tanya Hanan tenang walaupun sebenarnya dia terperanjat. Sungguhpun begitu, dia
lega. Dalam hati melonjak-lonjak gembira.
“ Hanan tak
kisah? ” Abrar pula terkejut. Nada suara Hanan seolah-olah merelakan. Tenang.
Seperti air yang sepatutnya berkocak tetapi tidak biarpun dilontarkan batu.
Mustahil !
“ Saya dah jadi
isteri awak, nak tak nak saya kena penuhi tanggungjawab saya.” Tenang lagi.
“ Without love?
Hanan tak kisah? ” Abrar bagaikan tak percaya dengan pernyataan isterinya.
“ Tak ada
bezanya kalau awak ‘ambil’ saya sekarang atau selepas ni, perasaan saya tetap
sama.”
“ Ada bezanya!
Sekarang memang Hanan tak ada perasaan pada abang tapi selepas ni abang yakin
perasaan itu akan ada. Perasaan yang sama dengan abang.” Ungkap Abrar
bersungguh.
Hanan tergelak. Sinis. “ Jangan yakin sangat
kita belum tahu apa yang bakal terjadi nanti.”
“ Betul, tapi
Hanan pun tak boleh yakin sangat yang Hanan takkan ada feeling pada abang. Kita
belum tahu apa yang terjadi di masa depan.” Abrar memulang paku buah keras.
Hanan terdiam.
Mati kata bila kata-kata Abrar memerangkapnya.
“ Kita
bertaruh! ” Getus Abrar. Hanan terkulat-kulat. Tak faham.
“ Wanna bet? ”
ulang suaminya. Bercahaya bulat mata kuyu itu.
“ Bet for what?
” Tanya Hanan hairan.
“ Abang
bertaruh, dalam masa enam bulan abang akan buat Hanan jatuh cinta pada abang.
Selama enam bulan tu jugak abang takkan sentuh Hanan, selagi Hanan tak ada
feeling pada abang. Dalam erti kata lain, abang takkan sentuh Hanan tanpa cinta
dalam tempoh tu.”
“ And then saya
nak bertaruh untuk apa? ”
“ Terserah pada
Hanan.”
“ Kalau saya
tetap tak ada feeling pada awak selepas enam bulan, maknanya awak kalah? ”
“ Yup! ”
“Jadi kita bet
for what reason? ”
“ Just for
fun.”
“ Owh, saya
ingat awak nak lepaskan saya kalau awak kalah.” Sela Hanan.
Abrar
tersentak. “ Jadi, itu yang Hanan harapkan kalau abang kalah? ”
Gullpp! Air
liur yang ditelan terasa sukar nak melepasi kerongkong. Hanan terkelu. Dia
terlepas cakap sedangkan bukan itu harapannya. Hanan cuma meneka. Masakan dia mahu
pertaruhkan perkahwinan yang baru ‘hidup’ sehari. Abrar sudah tersalah sangka.
“ Er, bukan
tu.. maksud saya..” tersekat-sekat Hanan berbicara. Mahu menangkis prasangka
itu.
“ Kalau
perpisahan yang Hanan nak, jangan risau..” katanya dengan ayat tergantung.
Hanan
tercengang! Jangan risau ??
“ Hanan boleh
mintak perpisahan daripada abang tapi bersyarat.” Abrar menyambung kata.
“ Jangan nak
merepek, saya tak kata pun nak berpisah.” Hanan menyanggah.
“ Abang kata
kalau Hanan nak, abang ada syarat untuk Hanan penuhi sebelum abang tunaikan
hasrat Hanan.” Abrar sengaja bermain
dengan kata-kata. Mahu menduga Hanan.
“ Awak, saya cuma
terlepas cakaplah. Takkan itu pun nak ambil serius! ” Hanan bengang. Mukanya
cemberut. Masam sangat.
“ Syaratnya..”
jeng..jeng..jeng.. Abrar geli hati. Alahai.. comelnya dia buat muka kelat macam
tu!
“ Awak! ” tekan
Hanan.
“ Hanan kena
lahirkan sepuluh orang anak untuk abang! ” Tegas Abrar lantang.
Hanan
terperanjat. What? Lahirkan anak?? Sepuluh orang pulak tu!!
“ Anak tu
mestilah product kita berdua, naturally. Lahir dari rahim Hanan bukan wanita
lain.” Tambah sang suami. Hanan
mencebikkan mulut.
“ Macam mana
kalau saya tak nak? ” Balas Hanan kerana rasa tercabar.
“ Terpaksalah
Hanan terikat dengan abang sampai bila-bila, sampai nyawa abang padam.” Mesra dan bersahaja jawapan Abrar.
“ Habis tu, tadi
awak kata takkan sentuh kalau saya tak ada feeling pada awak. Macam mana pulak
tu? Anak takkan ada kalau awak tak bertindak.” Hanan membidas berani.
“ Kalau macam
tu, Hanan kenalah ada feeling cepat-cepat dengan abang barulah proses nak
mengandung jadi cepat. Setahun seorang, sepuluh orang maknanya sepuluh tahun.
Fuhh, lama tu! Kalau Hanan nak lagi cepat bebas daripada abang, you have to
make it twins every year.” Ceria sungguh nada suara Abrar. Nakal sangat!
Berkerut hebat
dahi licin Hanan. Marah. Dia rasa sangat-sangat tercabar. Tidak terfikir
olehnya untuk berpisah tetapi kata-kata Abrar telah menyalakan semangat apa
entah sehingga Hanan merasa kewibawaannya dicabar dalam diam. Abrar seolah-olah
mahu menjeratnya dengan syarat tersebut, walaupun sebenarnya dia bukanlah mahu
mempermudahkan proses pembebasan diri daripada Abrar.
“ Bila dah cukup sepuluh orang semuanya, abang
nak Hanan susun dia orang mengikut dari yang pertama sampai nombor sepuluh.
Waktu tu abang nak Hanan tenung dulu muka dia orang satu persatu, after that
barulah Hanan boleh minta abang lepaskan Hanan. Abang nak tengok sejauh mana
kesanggupan Hanan lukakan hati anak-anak dan.. abang confirm Hanan takkan
sanggup! ” Abrar bercakap sambil membayanginya. Bibirnya asyik tersenyum.
Hanan bengkek!
Gigi diketap kuat. “ Tak payah nak berdrama, perkara tu takkan
terjadi! ”
“ So you will
get stuck with me, forever...” desis Abrar lancar ke telinga isterinya.
Bengang punya
pasal Hanan campak bantal peluk ke muka Abrar. “ Pergilah berangan
sorang-sorang, tak payah merepek kat sini.”
Abrar
tergelak-gelak. Bantal peluk dicampak ke dinding. Terkeluar dari petak katil. “ Hurmm.. bantal peluk dah hilang, sempadan
antara kita pun dah tak ada. Maknanya.. lagi cepat kita nak buat baby.” Gumam
Abrar mengusik. Sengaja nak bikin Hanan kalut.
“ Sentuhlah
kalau nak sangat! Saya tak kisah pun. Tapi hati saya tetap kosong, without
love.” Tekan Hanan dengan mata yang bulat. Lantang. Ya, dengan bangga Hanan
akui kini dia sedang mencabar tindakan suaminya.
“ Hanan…Hanan…”
tergeleng-geleng kepala Abrar. Walaupun terasa dicabar, dia mengambil sikap
bertahan. Dibiarkan cabaran tersebut bermain di bibir Hanan saja.
“ Kenapa, awak
tak berani? ” cabar lagi. Berbisa sungguh mulut Hanan.
“ Jangan cabar
abang..sekali abang sentuh, Hanan takkan mampu tolak abang. Bila abang kata
abang akan sentuh Hanan dengan cinta, I really meant it. Bila sampai waktunya
abang akan pastikan tubuh dan jiwa Hanan bersatu dengan abang dengan sepenuh
cinta. Jangan sampai Hanan menggeletar satu badan disebabkan sentuhan abang.” Gumamnya
beramaran. Suara garaunya kedengaran lembut dan romantis tapi terselit
ketegasan di dalamnya.
“ Eleh,” cebik
Hanan. Menjeling pada suaminya yang yakin sangat. Sebenarnya Hanan mahu
memprotes lagi tapi dia gerun. Tak berani berkata lebih. Tak disentuh pun
tubuhnya sudah menggeletar dengan kata-kata itu, apatah lagi jika dia terus
membuka mulut. Alamatnya, malam ini dia bakal ‘diulamkan’ suaminya.
“ Sebenarnya,
Hanan betul ke tak kisah? Tadi abang sentuh sikit pun badan tu dah vibrate
semacam, macam mana nak buat lebih daripada tu? Lain kali kalau takut jangan
tunjuk berani nanti buruk padahnya.”
Abrar mengutuk.
“ Eh, awak
jangan..”
“ Sudahlah,
lagi baik abang tidur. Cakap banyak-banyak pun tak guna, bukan abang dapat apa
pun. ” Abrar memotong bicara Hanan. Bantal ditepuk sebelum meletakkan kepala.
Hanan
mendengus. Marah sungguh dia. Abrar sengaja menjolok api dan dia sedang
terbakar kala ini. Sabar Hanan, sabar..dia saja nak buat kau marah sebab dia
tak dapat kau! So, jangan terjerat dalam amarah nanti kau pulak yang hangus
terbakar malam ni. Biarkan Abrar menang malam ni, esok lusa kau boleh serang
balas. Ada ubi ada batas, ada hari kau boleh balas balik!
Keluhan
dilepaskan. Cuba menarik nafas dengan tenang. Hanan kemudian membaringkan
tubuhnya elok-elok di sebelah kanan tilam. Dikalih badannya membelakangi Abrar,
tidak dihiraukan suaminya yang tidur di sebelah kiri sana. Jarak antara mereka
tidaklah jauh mana, lebih kurang 50 cm.
Terkedu. Mata
Hanan terbeliak bulat. Pinggangnya dirangkul dari belakang. Ditarik rapat ke
tubuh orang yang merangkulnya. Hanan memejamkan mata sambil mengepal erat
tangannya. Mengawal tekanan perasaan yang tidak ketentuan. Tadi kata tak nak
sentuh! INI APA??
Bertambah
tergamam. Hanan telan liur. Tangan kekar Abrar merayap pula ke perut. Bibir
diketap menahan rasa.
“ Kurang daripada
setahun my baby akan menginap kat sini, believe it me! ” bisiknya seraya pipi
comel Hanan dikucup lembut.
“ Jangan
yakin...”
“ Don’t talk.
You’re not allowed to talk. Just sleep.” Pintas Abrar mendiamkan Hanan.
Hanan merengus.
Tak puas hati. Namun Hanan ikut juga arahan suaminya. Masih bersisa rasa
takutnya jika Abrar bertindak macam-macam gara-gara mulutnya. Sudahnya Hanan
membiarkan tindakan Abrar. Pelukan suaminya tidak ditolak namun tidak juga dia
merelakan. Hanan senyapkan mulut walaupun tak sudi. Abrar mempunyai hak itu.