Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Alahai, suamiku amnesia! 19 & 20






Alhamdulillah, hari ini hari Jumaat yg mulia sempena hari pertama PBAKL bertarikh 26/4/13. Sudilah kiranya readers yang setia dengan ASA menerima pengumuman dari aii bahawasanya E-novel ASA hanya akan diuplod sehingga bab 22 saja dan selepas itu akan dihentikan 'penampalannya' di sini. Diharap semua readers tidak sedih dan kecewa, doakan moge2 ASA berjaya diterbitkan dalam bentuk naskhah seawal yg mungkin, insyaAllah =) 






“ Assalammualaikum warahmatullah..” salam terakhir Abrar lafazkan ke bahu kiri. Seraya tapak tangan hinggap ke muka. Menyapu wajah dengan tenang dan penuh hikmah. Kedamaian itu telah diperoleh hasil daripada sujud kepada tuhannya; Allah S.W.T.

Dari awal sehingga habis rukun solat, Hanan menjadi makmum yang setia. Bersama seorang suami menjalankan kewajipan yang terletak di bahu setiap khalifah setelah mencapai tahap mukallaf. Kembang kuncup isi hati Hanan. Semakin bahagia kerana di permulaan hari ini begitu mudah untuk dia memperoleh pahala besar hanya dengan mengerjakan sembahyang berjemaah. Sungguh dia teruja melaluinya sebagai seorang isteri. Hanan tidak pernah menjangka bahawa dia bakal bersolat berimamkan seorang suami. Kelak Hanan mahu sentiasa begini, perkahwinan yang dibina adalah untuk memenuhi tuntutan ibadah dan Hanan mahu mencari seribu satu ibadah yang terkandung dalam makna sebuah perkahwinan itu.

Syahdu. Mereka berwirid. Abrar mengalunkan dengan syahdu, Hanan melahirkan dalam gerak bibir yang lembut. Saling tunduk khusyuk bersama hati atas nikmat yang dianugerahkan Illahi.    

Hanan menadah tangan apabila Abrar mula berdoa. “ Subhanallah walhamdulillah walaa-ilahaillallah, Muhammadan Rasulullah. Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim.. aku bersyukur atas segala setiap kurniaan-Kau kepada kami. Alhamdulillah atas hari ini kerana kami masih diberikan ruang untuk terus bernafas dan kesempatan untuk mengerjakan ibadah kepada-Mu. 

Ya Rabbul Izzati, sungguh aku terlalu bahagia diberikan peluang untuk memiliki Hanan Safura. Aku amat bersyukur kerana Kau telah mempertemukan kami dalam ikatan ini. Dia kini menjadi milikku yang hakiki. Maka itu pertemukanlah hatiku dengan hati isteriku, hilangkanlah segala kesulitan dan keraguan yang membelenggu dirinya dan diriku. Perliharalah setiap tingkah laku kami dalam ikatan ini. Limpahkanlah seribu satu keberkatan agar kami mampu membawa hala tuju rumahtangga ini atas jalan yang menemui syafaat serta rahmat-Mu.”

Terusik jiwa Hanan saat namanya dialunkan oleh Abrar. Bergetar tadahan tangannya mengawal rasa sebak yang menjalar. Doa Abrar sama sepertinya. Walaupun saat ini jiwanya kosong terhadap Abrar namun Hanan ingin berusaha mengubahnya. Inilah tuntutannya sebagai seorang isteri. Berdoa dan bertindak seiring dengan sang suami supaya jiwa mereka berdua dapat bersatu dalam satu lafaz. 

Hanan sedar. Apalah ertinya jika dia bermusuh dengan suami sendiri sedangkan Muhammad Abrar Zikry yang dulu dibenci dan ingin dihindarinya sebulat hati telah pun berjaya memperisterikannya. Tiada sesiapa yang mampu mempertikaikan hakikat itu hatta bibirnya sendiri. Hanan tiba-tiba mahu pasrah. Terasa ingin meredakan diri dengan seikhlasnya biarpun ruang-ruang untuk berbuat demikian masih belum terbuka luas. Kelak situasi beku dan kaku bakal merantai kakinya jika dia tidak berpaling ke laluan positif.  

Abrar mengalihkan posisi tubuh ke sebelah kanan. Menghulurkan tangan pada isterinya. Hanan terpinga-pinga. Terkebil-kebil merenung wajah Abrar. Dia kemudian tertunduk malu. Ralit sungguh melayan bisikan hati sehingga dia alpa dalam doanya. Segera Hanan menyambut huluran itu.

Dia tunduk mengucup tangan suaminya. Setelah itu Hanan mengangkat wajahnya semula seraya merungkaikan tangan daripada pegangan Abrar, tetapi nyata tidak berhasil. Abrar menggenggam erat. Anak mata mereka saling beradu. Pantas Hanan menunduk, merenung sejadah di hamparan bawahnya.

Tangan Abrar hinggap ke wajah. Menolak dagu Hanan supaya pandangan mereka menjadi satu. Bagaikan salah tingkah, Hanan seolah-olah hilang kekuatan untuk melawan. Tidak seperti malam semalam dia kelihatan berani. Ada saja perbuatan dan bicara Abrar yang ingin ditegah.

Abrar telan liur. Raut Hanan yang memerah ditatap. Serasa mahu dibelai Hanan saat itu juga, namun sepantas kilat Abrar menepis keinginan itu. Mengawal tingkah agar jangan keterlaluan dalam mezahirkan rasa jiwa. ‘ Ya Allah, kau sabarkanlah hatiku ini! ’  

Saat wajah Abrar mendekati, Hanan cepat-cepat menutup mata. Perasaan cemas dan kecut itu datang lagi. Terlalu berdebar sehinggakan Hanan mampu mendengar debaran kencang dalam dada. Lembut dan hangat bibir Abrar melekap ke dahi. Hanan mengetap gigi sekuat hati. Ya Allah, ya Allah… 

Kemudian dengan lembut bibir itu menyapa kening isterinya. Abrar tergelak dalam hati. Dia dapat merasakan kegugupan Hanan terhadap perlakuannya. Ketika ciumannya bertaut di kening, Abrar dapat mengesan kerutan pada alis mata itu. Bergerak-gerak tanda kurang selesa. Gelisah barangkali. Dia takut sampai mata pun terpejam?! Muka aku menyeramkan ke? Bukannya aku pontianak penghisap darah! Soal hati yang mengusik.

“ Boleh abang buka telekung ni? ” pinta Abrar.

Hanan kelu. Diam tertunduk merenung kepala lutut Abrar yang bertemu dengan kepala lututnya. Lagaknya seperti wanita yang ditawan dalam pencerobohan. Hanya mampu menyerah. Hisy, ini pun dikira pencerobohan oleh seorang suami terhadap seorang isteri! Terseksa diri dibuatnya!

Telekung Hanan dileraikan oleh Abrar. Lembut tindakannya. Bisu Hanan memutik senyuman di bibir Abrar. Isterinya itu seolah-olah sangat rela sedangkan Abrar tahu anak tekak Hanan mahu menegah situasi yang berlaku ketika ini.

Rambut Hanan yang lembap Abrar usap. Juraian rambut yang jatuh di sebelah pipi kanan Hanan, diselitkan belakang telinga isterinya. Tangan kasarnya hinggap ke pipi comel itu, dicubit perlahan. Suka dengan pipi yang mulus dan putih macam pau panas dalam pengukus. Tapi kalaulah betul pipi Hanan bertukar jadi pau memang akan dibahamnya sebab geram sangat! 

Dia tergelak kecil. Geli hati Abrar membayangkan fantasinya bertukar realiti. 
Hanan pula tidak berkutik dibuatnya. Debaran dada melantun kuat. Rasa macam nak rebah atas sejadah untuk menahan isi jantung yang mahu menerjah keluar. Berkali-kali ditelan air liur. Kesegaran ubat gigi colgate masih terasa dalam mulut.

“ Hanan nak buat apa hari ni? Ada apa aktiviti yang abang boleh join Hanan tak? ”

“ Hah? ” dia mendongak sesaat dua sebelum kembali menjatuhkan pandangan. “ Er..entah..”

“ Kenapa nampak macam tak selesa aje ni? Takut dengan abang? ”

Hanan laju menggeleng. “ Mana ada..” debar, malu, takut dan sangat cemas. 

“ Hanan kena biasakan diri. Lagi lama kahwin lagi bertambah kemesraan antara kita. Jangan takut.. abang tak ada niat sonsang pun sekarang.” Dia melepaskan tawa sejurus kemudian. Betulkah kau tak ada niat sonsang Abrar? Tengok dia segar bugar macam sekarang pun dah terasa nak peluk erat-erat?!

“ Hrmm..” hanya itu yang mampu dibalas. Hanan cuba mengawal perlakuannya supaya tidak sumbang di depan Abrar. Bukan kehendaknya untuk bereaksi gugup dan gentar, cuma setiap kali disentuh lelaki itu Hanan akan terpaku dan pegun. Mahu membantah tapi kekuatannya hilang. Ingin mencegah tetapi Hanan merasakan dirinya tidak berhak walau sepatah perkataan ‘jangan’. Abrar adalah suami yang mendominasi hidupnya saat ini. Dia kini bukan lagi Hanan yang boleh besar kepala pada sesiapa yang pandang rendah padanya. Tapi Hanan..kalau Abrar cuba tindas kau macam mana? Takkan kau nak bagi peluang aje tanpa serangan balas? Soal hati Hanan pula. 

No...never...perkara itu takkan berlaku. Kalau Abrar sengaja buat pasal, siaplah dia! Walau Malaysia bertukar menjadi Tanah Greenland sekalipun, aku takkan duduk diam kalau Abrar cuba menindas aku dalam perkahwinan ni! Tetapi jika sekiranya masih berlaku juga, Hanan bertekad akan memperjuangkan dirinya bagi menentang Abrar kalau suaminya berani buat perangai macam zaman dulu-dulu tu!

“ Hanan..”

Hanan tersedar dari bicara hatinya. Fokusnya kembali pada sang suami. “ Hrmm..” sahutnya.

“ Hari ni, boleh sayang buatkan sarapan untuk abang? I just want to start my day with something nice and sweet from you, perhaps your hands can make my day, Insya Allah.” Sejurus itu Abrar mencium telapak tangan isterinya.

 “ Awak nak saya masakkan apa? Saya tak tahu awak suka makan apa? ” lembut tuturnya akibat terkesan dengan ciuman daripada bibir lembut Abrar.  

“ Anything, tapi Hanan yang kena memasak bukan Puan Norsal, okey?! ”

“ Okey, tapi jangan complain kalau tak sedap.” Balasnya dengan riak yang sengaja digarangkan. Tidak mahu memberi Abrar ruang mempermainkan dirinya sekiranya masakannya nanti tidak mampu memenuhi piawaian tekak lelaki itu.

“ Hanan tak pandai memasak? ” soal Abrar pula.

“ Eh, mana ada tak pandai, saya cuma risau air tangan ni tak dapat memenuhi selera awak pulak.” Hanan membetulkan tanggapan itu.

“ Then show it to me, abang nak tengok setakat mana grade Hanan nanti. Kalau perlukan improvement, mungkin Hanan kena attend kelas memasak.”

“ Ini bukan pertandingan master chef Encik Abrar, apa yang ada makan aje jangan banyak songeh boleh.” Hanan mula mencium bahang ‘hangat’ bakal berkunjung dalam perbualan ini. Abrar mulai menunjukkan taring dan dia pula asyik tayang muka keruh. Jangan sampai meletus perang sudahlah!    

Abrar tergelak. Kenyataan Hanan mencuit lucu di hati. Tingkah yang kelihatan selamba dan suara yang tegas dalam lunak. Lembut menyapa gegendang telinga.

“ Tapi kalau ada yang tak kena abang takkan kompromi, Hanan kena attend jugak kelas memasak. Takkan selama-lamanya tak ada perkembangan, patutnya makin lama kahwin makin bertambah mahir skill memasak tu.”

“ Eh, awak jangan pandang saya sebelah mata, sekali awak rasa masakan saya tentu awak takkan makan luar tau. Lagipun saya bukan budak-budak nak kena perintah masuk kelas itu ini, saya yang bernama Hanan ada pendirian saya sendiri.” Akhirnya Hanan kembali ke sifat asalnya. Pantang dicabar dan digertak. Membuatkan enjin panasnya berkocak dan hanya Abrar yang mampu mengocak dirinya ke tahap itu. 

“ Abang tahu..Hanan Safura yang abang nikah semalam pantang digertak, tak boleh dicabar langsung, mesti nak tunjuk lagak dia yang konon hebat tu.” Ceceh Abrar.

“ Hiisyhh..” Hanan merengus. Tautan tangan Abrar terus dileraikan. Menyirap rasa marah. Kata-kata sinis Abrar membuatkan Hanan tidak senang duduk.

“ Marah? ” sepasang mata kuyu itu kelihatan tersenyum. 

“ Taklah Encik Abrar, saya tengah suka sangat ni. Rasa nak melompat-lompat atas katil. Senang hati awak keluarkan perintah macamlah saya orang gajikan? ” Hanan meluahkan dalam nada geram.

“ You’re not my maid, sayang..Hanan isteri abang and the word wife stand for me, Abrar’s wife.” 

“ So, kalau awak rasa hebat sangat pergilah buat sarapan, kemudian tunjukkan pada saya hasilnya. Kalau teruk kita attend kelas memasak sama-sama nanti.” sindir Hanan pula.

“ Hrmm, that sounds good..but not now. Abang nak rasa air tangan Hanan sekarang, bukan air tangan abang. Please, don’t spoil my day, sweetie .” Pipi isterinya ditepuk perlahan. Hanan mahu menepis tangan itu tetapi tidak sempat. Abrar lebih mendahului. Suaminya itu kemudian bangkit dari simpuh. Sejadah juga turut dicapai. Dia memandang langkah kaki Abrar yang bergerak ke sudut kanan bilik.

“ Abang nak sambung tidur sekejap, Hanan nak sambung tidur lagi ke? ” Tanya Abrar ketika berdiri di penyidai telekung dan sejadah. Wajahnya ditala pada isterinya.

 Hanan yang sedang melipat kain telekung terpinga-pinga. “ Tadi suruh buat sarapan tiba-tiba ajak tidur pulak,” gerutunya dengan wajah cemberut.

“ Manalah tahu Hanan teringin nak sambung tidur semula, lagi-lagi semalam bukan main sedap tidur atas dada abang.”

Terlopong. Hanan tercengang. Matanya terbelalak. “ Oh, please jangan tipu..saya tahu nak letak kepala saya ke bantal and your chest is not my pillow. Nak tipu pun agak-agaklah.”

“ Hanan pasti  Hanan letakkan kepala atas bantal? Asal pagi ni abang rasa dada ni sengal semacam?! Macam baru lepas kena hempap dengan suatu objek. Seingat abang lebih kurang pukul dua pagi tadi abang cuba alihkan objek yang berambut tu ke lengan, tapi ada pulak suara yang merengek-rengek konon terganggu padahal memang saja nak landing kepala tu atas dada abang, kan? ” giat Abrar. 

“ Nasib baik malam tadi abang tak semput tahan nafas.” Tambah Abrar dengan senyum kecil di hujung bibir kanan. Sambil melabuhkan punggung di birai katil, tatapannya pada raut Hanan tidak dilepaskan walaupun sekilas. Suka melihat perubahan wajah Hanan yang kelihatan merona kermerahan. 

“ Tipu… awak tipukan? ” Hanan ternyata sukar menerima kenyataan itu. Betul ke aku buat aksi macam tu? Tak mungkin! Aku takkan buat perkara yang memalukan diri sendiri. Abrar mesti sengaja nak kenakan aku!

“ Buat apa nak tipu, bukan dapat apa-apa pun.”

“ Awak tipu, saya tak nak percaya.”

“ Up to you Mrs. Abrar. Nak percaya atau tak itu pilihan Hanan. Now, abang nak sambung tidur semula, nanti kalau dah siapkan sarapan jangan lupa bangunkan abang. Please.. make it fast, jangan lambat sangat. Abang kalau lapar memang tak ada kompromi langsung. Jangan sampai Hanan pulak jadi hidangan pengganti.”  Ujar Abrar seperti menggertak. Mencari ruang mengusik isterinya.

“ Ohh, don’t give me order! I am not your kuli. ” Hanan pula bengang kerana terasa seperti Abrar sedang mengarahnya lagi sekali.

“ Hanan…you’re not my kuli, but my wife and always be my wife forever. Sayang, could you please make a breakfast for me? ” rayu Abrar membuat permintaan. Sangat lembut seperti memujuk lagaknya. Note Abrar! Hanan tak suka kalau disuruh lakukan sesuatu dengan intonasi seperti memerintah, kalau kau buat jugak dia bakal mengamuk!  

Serta-merta jiwa yang menghangat kembali sejuk. Permintaan Abrar melapangkan Hanan. Suaminya sanggup merayu untuk dibuatkan sarapan. Tidak memerintah seperti mula-mula tadi.
  “ Make it delicious, boleh? ” tambahnya sambil kepala ditongkat di bantal. Abrar kelihatan senang hati berbaring dalam posisi itu sambil mengiring di atas rusuk kanan. 

“ Kalau tak sedap, awak marah? ” 

“ Tak marah, mungkin kecewa.” 

“ Mana tahan kalau asyik nak memasak sedap-sedap, lama-lama badan pun jadi macam gorilla.” Hanan mengomel. Dia berdiri di penyidai, mahu menyidai telekung dan sejadah.   

Pecah tawa Abrar. Besar dan kuat memukul hening subuh. Hanan pantas menoleh. Terkejut sangat. “ Awak, diamlah..” gesanya.

Terkekeh-kekeh lagi dia ketawa. Geli hati sampai turun ke perut. Tak boleh blah bini aku ni, sampai hati samakan gorilla dengan aku! Tapi kalau aku gorilla maknanya dia tu isteri gorilla! Sambung hati Abrar digeletik lucu.

“ Awak.. senyaplah, nanti mak ayah saya dengar.”

“ Gorilla? Hanan maksudkan siapa gorilla tu? ” bunga tawa masih kelihatan di bibir.

“ Dahlah, saya nak pergi. Melayan awak lama-lama memang tak jadi saya ke dapurlah jawabnya.”

“ Abang tak kisah kalau Hanan nak temankan abang tidur,” usik sang suami lagi. 

Hanan mengempiskan hidung. Mencebik melalui hidung comelnya.“ Banyak lagi kerja yang boleh dibuat selain temankan awak tidur and you know what tidur lepas subuh tak bagus, rezeki susah nak hinggap tahu! ” 

“ I knew sayang.. ibu pun selalu pesan benda yang sama, but its okay. Bagi abang, dapat berkahwin dengan Hanan pun sudah dikira rezeki besar, dan kalau ada anak-anak insya Allah bertambah rezeki kita nanti.” Dalam senyuman lebar, Abrar merebahkan kepala di bantal sambil kedua belah tangan dialaskan di bawah kepala. Retina matanya dibawa merenung siling bilik.

“ Untung sabut timbul untung batu tenggelam, jangan sampai lemas sudahlah.” Balas Hanan selamba. 

“ Pandai lidah tu menjawab, kan? Belajar daripada siapa? ” Tanya Abrar dalam posisi yang tetap.

Giliran Hanan tersengih. “ Mulut kalau tak digunakan sepenuhnya itu dikira tak bersyukur, saya tak perlu belajar daripada sesiapa untuk bercakap perkara yang saya rasa betul di mata. Orang kata ada mulut cakap, ada telinga dengar baik-baik dan ada mata pandang pada perkara yang mulia, barulah kehidupan yang kita lalui penuh erti.” Tuturnya penuh erti. “ And I only speak when necessary,” tambahnya lagi. 

“ But I don’t think so, abang tak suruh bercakap pun Hanan sibuk nak balas cakap abang. Hanan sebenarnya banyak mulut, tak reti duduk diam. Mesti kaki mengumpat orang, kan? ” teka Abrar melulu. Sengaja bikin telinga isterinya berasap. 

            Hanan menggigit bibir. Bengang tiba-tiba. Tangan kanan sudah siap dikepal penumbuk. Ikutkan hati sekarang jugak aku panjat katil kemudian smackdown dada dia yang konon sengal disebabkan kepala aku! Biar sampai timbul lebam biru, lepas tu baru Abrar kenal siapa sebenarnya anak perempuan Abdul Malik. Daripada hilang ingatan terus pulih ingatan yang dulu-dulu tu!

              “ Silakan ke dapur Hananku sayang. Lama-lama tercongok dekat sini nak buat apa, nanti breakfast ke mana... Hanan ke mana pulak. Jangan terbabas atas katil sudah! ” Bantal peluk ditolak ke tepi lalu disambar bantal yang menggalas kepala isterinya semalam. “ Tak dapat orangnya, bantal pun jadilah.” Abrar mengeluh di sebalik bantal.  

Mata Hanan tidak terlepas menyorot pada suaminya. Tajam renungannya itu. Hanan…Hanan.. banyak-banyak bersabar! Itukan suami.. jadi kau kena bersunguh-sungguh patuh dan taat sekarang. Lagi-lagi berlakikan Abrar, kau bakal sakit jiwa sampai ke tahap didih air 100 darjah celcius ke atas.Yang paling utama lelaki itu ada hak ke atas kau sekarang, itupun setelah dia berjaya mendapatkan sijil ‘sah halal’ daripada tok kadi semalam!







BAB 20





“ Jom, ikut abang! ” Abrar menyambar lengan si isteri yang ralit mengangkat jemuran di ampaian belakang rumah.

“ Eh, nak ke mana? ” dia terkejut. Langsung terjatuh baju T-shrit yang dipegang. Abrar bongkokkan badan mengutip semula pakaian yang jatuh lalu diletakkan dalam bakul di sebelah kaki kiri Hanan.

“ Abang boring, jom jalan-jalan.” Ajaknya setelah selesai mengutip semua pakaian di ampaian.

“ Boring? Hanan banyak lagi kerja, tak sempat nak boring. Awak ajaklah along keluar pergi minum dekat kedai kopi ke? ”

“ Tak mahulah, abang bukan kaki lepak kedai kopi. Besides, I am not interested to talk with Fahmi compared to my wife. Now, please ikut abang.” 

“ Tapi saya ada banyak lagi kerja lain. Lepas ni, nak tolong mak buat minum petang. Lagipun hari dah mendung, cuba tengok langit tu.” Telunjuk Hanan naik ke atas. Menunjuk ke arah langit yang gelap sedikit.

“ Abang janji tak lama, please..abang boring sangat. Dekat dalam tu tak ada satu perkara berfaedah pun yang boleh dibuat. Patutnya kalau ada isteri boleh kumpul pahala banyak-banyak tapi nak buat macam mana sesuai dengan janji abang so, kena tunda pahala-pahala tu untuk selepas enam bulan.”

Hanan menyampah. Lagi-lagi soal itu yang dibangkitkan. Itulah, kalau rasa terseksa sangat mengaku kalah aje?! Tapi Hanan…kau dah bersedia nak ke ‘alam’ yang satu tu?? 

“ Sampai hati tolak permintaan abang. Sudahlah pagi tadi sengaja nak kenakan abang lagi dengan air kopi pahit. Hanan memang sengaja dera abang, kan? ” gerutu Abrar dengan muka mencuka.  

 “ Awak sakitkan hati saya pagi tadi, mestilah saya geram. Sebab tu, saya balas pakai kopi pahit. Kalau tak dah lama ganti black pepper! ” akuinya. 

“ Black pepper?! Okey, itu dah sampai tahap merosakkan sistem perut suami. Sangat kejamlah, sayang. ”

“ Sorry.” Ucap Hanan kerana terdetik rasa bersalah.

“ I am sorry too. Abang tak sangka kata-kata abang menyakiti Hanan. I was only joking, dear. Tak ada niat pun nak sakiti perempuan yang abang sayang. Lepas ni, abang janji akan belai-belai hati Hanan. Takkan bergurau yang berlebihan had.” Abrar memujuk. Dia pun turut rasa bersalah atas kata-katanya walaupun bahasanya kedengaran santai dan sekadar bercanda di waktu dinihari. Note Abrar!  Jangan buat lawak bodoh sampai kecilkan hati bini, nanti dia sentap bertambah susah kau nak cekup hati dia!  

“ Jom,” ajaknya lagi. “ Isteri kena dengar cakap suami tau.”

“ Hrmm..” Hanan beralah. “ Tapi tak mahu lama-lama.”

“ Okay! ”




HANAN berdebar-debar. Terkelip-kelip matanya. Tidak percaya. Dia ingat ke tempat ni? Peristiwa yang dulu tu dia masih ingat ke?

“ Cantik, kan? Abang suka tempat ni.” Sang suami mula menarik tangan Hanan mendekati air terjun yang mengalir cantik dari celahan batu-batu sungai yang besar. Kesejukannya benar-benar menghinggap ke kulit.

“ Mana awak jumpa tempat ni? ” Tanya Hanan menatap wajah suaminya. Memanglah kawasan air terjun itu terletak di hujung kampung tetapi kawasannya agak terlindung kerana jalan masuk ke situ hanya sekangkang kera. Mereka yang mahu bermain air terjun atau memancing perlu meletakkan kereta di jalan masuk dan kemudian berjalan kira-kira tiga hingga ke lima minit untuk sampai.

“ Maksud Hanan? ”

“ Agak pelik sebab tempat ni terlindung, orang luar takkan tahu kalau tak diberitahu oleh orang kampung.”

“ Abang pun penduduk kampung ni so, tak hairanlah abang tahu.”

“ Yelah, tapi awakkan hilang ingatan. Mestilah awak tak tahu jugak pada mulanya, kan? Ada sesiapa yang beritahu awak kewujudan air terjun ni? ”

“ No one, abang sendiri terjumpa! ” jawab Abrar mudah. Dia terus duduk bertinggung untuk melipat kaki seluar.

“ Terjumpa? Not so easy?! Awak ada ingat apa-apa berkaitan air terjun ini? ” Hanan bertanya lagi. Penasaran sangat.

Abrar panggung kepala. Lantas bangkit berdiri. “ Ingat apa? ” muka isterinya ditentang.

“ Nothing.”

“ Kalau ada perkara yang abang perlu ingat tapi abang tak ingat, Hanan boleh ceritakan pada abang.”

Terbit keluhan berat daripada Hanan. “ Saya sukakan tempat ni tapi semenjak kita bergaduh dekat sini, saya dah tak datang lagi ke sini.”

“ Sampai macam tu sekali kesan pergaduhan kita? ” perlahan suara Abrar bertanya.

“ Datang ke sini umpama mengingatkan kembali kesakitan tu. Membangkitkan apa yang dah saya buang jauh-jauh.” Luahnya lagi.

“ Apa yang abang dah buat? Teruk sangat ke? ” gumamnya di telinga Hanan. Serasa mahu dipeluk tubuh itu. Abrar dapat menghidu kesakitan dari dalam jiwa halus Hanan. Apa yang aku dah buat dulu? Kenapa aku kejam sangat dengan dia?

“ Am I cruel to you? ” Soalnya lagi. “ Ceritalah pada abang.” Pintanya.

“ Saya nak lupakan semuanya.”

“ Yes you can. Tapi Hanan tak boleh tanam segala kesakitan tu di dalam sana tanpa merawatnya. Kelukaan Hanan hanya akan menjarakkan hubungan kita. Abang dah janji akan bantu Hanan lupakan kepahitan antara kita so, believe it me. Hanan perlu ceritakan semuanya pada abang.”

“ Saya tak akan ungkit Abrar. Biar semua ni terkubur. Saya dah maafkan awak.”

“ Abang tak pernah minta maaf daripada Hanan, kenapa Hanan nak maafkan abang?! Abang takkan terima kemaafan tu.”

“ Abrar, please..let's forget the past. Saya dah tak nak ingat semuanya. Saya takut sangat.” Air mata Hanan jatuh setitik dua. Abrar lantas memeluk bahu isterinya. Jemarinya mengesat titis-titis air mata yang diundang olehnya.

“ Sayang tak perlu takut. Abang akan selalu ada dengan Hanan. Semua ni salah abang, abang yang patut bertanggungjawab untuk hapuskan segala kesakitan itu. Hanan kena percayakan abang.”

Hanan memejamkan mata lalu menghela nafas sukar.“ Awak kejam, Abrar.” Ucapnya perlahan.

“ Yes, I am. Say it more. I want to hear the whole story.”

“ Saya takkan cerita.” Mata yang dikatup lantas tercelik bersama keputusannya.

Abrar mengeluh perlahan. Kenapa susah sangat nak cerita? Teruk sangat ke tindakan aku pada dia sampai dia tak sanggup nak imbau kembali semuanya. “ Its okay. Mungkin Hanan tak bersedia lagi nak ceritakan pada abang. Never mind, abang akan lebih bersabar menunggu cerita itu daripada Hanan.”

Hanan bungkam. Tangannya dikepal erat. Dalam pada itu, suaminya duduk bertinggung di depannya. Abrar melipat track suit yang dipakainya ke atas sedikit dari paras buku lali. Dia kaget.

            “ Jom, kita ke sana. Duduk atas batu tu.” Abrar menarik pinggang si isteri. Antara mahu dan tidak Hanan ikut melangkah. Dia gerun sebenarnya membayangkan dirinya akan memanjat batu-batu yang tinggi dan besar bersama-sama Abrar. Kalau aku jatuh mesti serupa buah nangka gugur dari dahan. Sakit dan memalukan!

            Dia pantas menggeleng. “ Saya tak mahu.”

            “ Kenapa? ”

            “ Saya tak nak, Abrar.”

“ Kenapa tak mahu? Apa alasannya? ”

Hanan tetap menggeleng. “ Saya nak balik.” Kakinya terus diangkat. Namun, segera Abrar menarik tangan isterinya. Menghalang.

“ Janganlah tolak, abang cuma nak tunjukkan sesuatu pada Hanan.” 

“ Saya takut jatuh.” Ujarnya mendatar. Ini tentang keselamatan diri, lebih baik diakui sebelum dia memburukkan keadaan kelak.

“ Abang janji Hanan takkan jatuh! ”

“ Tak naklah..”

            “ Hanan…dengar cakap abang, awak takkan terjatuh sayang.”

            Geleng lagi. Hanan tetap menolak. Dia gerun melihat aliran air terjun yang deras.

“ Don’t fear, sweetie. I’m with you now. Abang akan selalu berjaga-jaga untuk setiap langkah Hanan.” Pujuk sang suami. “ Believe it me. I will never get you into trouble, sayang.”

            Anggukkan Hanan menggembirakan Abrar. Akhirnya dia berjaya memujuk. Sedikit perkembangan positif berlaku. Hanan mulai sudi menerima kata-katanya. Mula menaruh sedikit kepercayaan terhadapnya.

 Mereka bermula dari pinggir air terjun. Masing-masing memegang selipar untuk memudahkan pergerakan. Memanjat dari batu yang sederhana besar. Abrar tidak lepas daripada memegang tangan isterinya. Ditaut erat dalam genggaman. Dalam kebanyakan masa pinggang Hanan dirangkumnya. Semakin kecil permukaan batu yang mereka pijak semakin rapat kedudukan mereka. Sengaja Abrar memilih untuk mendarat di batu-batu yang ‘sempit’ baginya. Dia sukakan keadaan di mana Hanan cukup malu apabila bersentuhan dengannya. Wajah comel itu sukar membuang pandang padanya gara-gara silu. 

Hanan ternyata kurang senang biarpun Abrar mengotai kata. Lelaki itu benar-benar menjadi seorang penjaga yang setia. Rentetan itu, Hanan lemas dalam setiap langkah. Merah mukanya menahan cemidu. Pegangan suaminya terlalu DEKAT. Setiap ketika Hanan mampu merasai desah nafas lelaki itu menyapa pipi dan telinganya. Hilang rasa pedih yang menghinggap di jiwa. Berganti pula perasaan malu seribu kelu. Mujur tiada pengunjung lain. Mungkin terkesan dengan keadaan langit yang makin mendung. Jika tidak, pasti akan terdengar siulan nakal terbit dari mulut anak-anak kampung yang gemar memancing dan mandi-manda di situ.

“ Come,” Abrar mendudukkan isterinya di atas batu sungai yang besar dan lebar. Terletak bertentangan dari tebing sebelah sana. Dia kemudian melabuhkan punggung di sisi Hanan.

“ Cantik, kan? Dari sini kita dapat tengok keindahan sebenar tempat ni. ”Abrar memberi pendapat dari sudut pandangannya. Dia bersila. Manakala Hanan duduk sambil memeluk lutut.

 “ Cantik.” Hanan mengiyakan.

“ Kalau abang susah hati, abang selalu ke sini.”

“ Awak susah hati? Kenapa? ” Hanan terkejut sedikit.

“ Kenapa? Abang tak boleh susah hati? Abang pun manusia juga, mesti akan mengalami keadaan susah. Tempat ini mampu mendamaikan hati abang yang gelisah.”

“ Saya tak pernah tengok muka awak susah hati pun, asyik tayang senyum aje depan saya.”

 Abang susah hati takkan abang nak tunjuk depan awak, sayang. Tak gentlemanlah.”

Terjuih bibir Hanan. Ayat Abrar mencuit lucu di hati. Gentlemanlah sangat! “ Lain kali kalau susah hati jangan berahsia. So, tell me perkara apa yang awak risaukan sampai susah hati? ” dia mengubah posisi duduknya kepada bersila seperti suaminya. 

“ Everything. About my life, career, amnesia dan termasuklah soal Hanan.” 

“ Soal saya? ”

“ Yup. Hanan.. orang yang paling suka buat abang susah hati sejak abang amnesia.”

Terdiam. Hanan membisu sejuta kata. Tidak tahu perkataan apa yang wajar diucapkan. Takkan nak minta maaf tiba-tiba walhal aku tak tahu salah aku? Desis si hati.

“ Rasa bersalah? ” duga si suami.

“ Tak adalah. Kenapa perlu rasa bersalah sedangkan saya tak tahu salah saya pada awak.”

“ Good! Memang Hanan tak perlu rasa bersalah. Abang yang sengaja susahkan diri, berfikir perkara yang merunsingkan. But now I got you, no need to worry about you anymore. Sekarang ni abang boleh larikan fokus pada urusan lain, yang lebih mustahak.”

“ Ohh, bila awak dah dapat maknanya tak perlu fokus mengenai saya lagi! Kira dah dapat terus simpan tak payah peduli lagi soal saya?! ” terjah Hanan tanpa berfikir panjang. Tiba-tiba dia berasa kecil hati dengan kenyataan suaminya. Sentap jiwanya. Seolah-olah dia dijadikan isteri untuk dimiliki secara mutlak tetapi diabaikan selepas itu.

“ Kenapa marah? Hanan mahu abang selalu fikirkan tentang Hanan? Focus about you all the time? Lepas tu, abang dapat apa? ” Abrar menebak. Memprovok isi hati isterinya yang sulit dan tersirat di dalam sana. 

“ Saya tak marah.” Tipu! Hanan cuba melindungi diri. Mengelak daripada rasa terkilan yang menyerap langsung ke dalam sanubari.

“ Kalau marah cakap marah, sayang. Tak payah sembunyi sebab abang kenal sangat dengan muka mencuka Hanan. Terus terang kalau Hanan tak suka.” Ujarnya lembut. 

“ Kata-kata awak…seolah-olah awak bakal abaikan saya. Takkan pedulikan pasal saya lagi. Awak seperti nak main-mainkan saya. Isteri bukan untuk dibeli dan disimpan sebagai koleksi dalam rumah.” Gumamnya di hujung bibir. Masih mampu didengari oleh Abrar.

“ Kalau Hanan mahu abang sentiasa peduli tentang Hanan, Hanan pun kena ambil berat tentang perasaan abang. Kita kena saling memberi dan menerima barulah seimbang. Abang tak mahu menjadi sebelah pihak yang selalu memberi tetapi kurang menerima. Macam dalam perniagaan ada give and take, kau jual aku beli, saling memberi dan menerima. Hanan pun perlu lakukan perkara yang sama. Abang takkan pernah kedekut untuk terus memberi.”

“ Fikir-fikirkan, abang tak menuntut jawapan daripada Hanan. Setiap perlakuan Hanan yang akan menjadi jawapannya.” Abrar menambah bicaranya apabila sang isteri beku tanpa balasan.

“ Saya..” 

Jemari Abrar merayap ke pipi isterinya. Menyebabkan percakapan Hanan tertunda.“ Hujan.” Sepatah perkataan muncul dari mulutnya. Telapak tangan kanan tertadah ke langit. Rintik-rintik hujan menyapa ke atasnya.

“ Jom kita balik.” Abrar  menarik tangan Hanan.

Titis-titis hujan mulai jatuh dengan lebat ketika mereka kalut menyeberangi air terjun dari batu ke batu. Hanan seram melihat air terjun yang mengalir deras. Perubahan cuaca mengubah pengaliran air sungai. 

“ Hati-hati.” Abrar berpesan. Batu-batu sungai makin licin kerana disapa air hujan yang mulai mencurah. Jika tidak berwaspada boleh menyebabkan tergelincir ke dalam sungai yang kuat alirannya.

Elok saja kaki mencecah batu kedua terakhir sebelum sampai ke tebing, panahan petir dan kilat datang serentak di langit gelap. Diikuti bunyi guruh yang kuat berdentum. Hanan terperanjat seraya bertindak menekup telinganya. Seliparnya langsung tercampak ke dalam sungai lalu dibawa arus deras.  Abrar terkejut.

“ Hei.. are you afraid? ” tukas sang suami. Hanan mengangguk laju sambil mata terpejam. Ngeri sungguh dengan bunyi guruh yang terlalu kuat menerjah ke gegendang biarpun dia berjaya menutup telinganya.

“ But unfortunately, selipar Hanan dah karamlah.” Abrar menguatkan suara kerana hujan semakin kuat dan lebat.

“ Hah? ” bininya tersentak. Terkedu tubuh Hanan. Abrar menunjukkan arus sungai yang telah membawa jauh selipar tersebut. Hanan bertambah tergamam. Aduh, nak balik pakai apa ni? Berkaki ayamlah aku sampai ke rumah!

“ Kita ke sana dulu.” Suruh suaminya agar ke tebing dahulu. Hanan menurut.

“ Tak ada tempat nak berteduhlah.” Abrar mengharapkan kewujudan pondok atau tempat rehat berbumbung tetapi sayangnya tiada. Tempat ini tidak diiktiraf sebagai pusat rekreasi sementelah lokasinya terselit dalam kampung. Oleh itu, kemudahan pondok rehat memang tiada. Yang wujud hanyalah sebuah pondok tetapi itupun sudah uzur, usang dan berlubang bumbungnya. Sia-sia saja bertumpang teduh di bawahnya.

“ Kita balik sekarang. Pakai ini dulu.”

“ Habis tu, awak nak pakai apa? ” soal Hanan apabila Abrar menyuakan selipar padanya.

“ Pakailah, kalau tak mahu abang dukung sampai ke rumah.”

“ Eh, melampaulah ugut! Kalau saya pakai mesti awak kena berkaki ayam ke rumah. Saya tak nak macam tu, kecuaian saya biar saya yang tanggung.”  Putusnya.

“ Degil.” Getus Abrar. Dia lantas memakai selipar tersebut. Sejurus itu, dicempung badan isterinya.

“ Eh, apa ni?! Turunkan saya! ” marahnya. Ya Allah, malunya kalau ada orang nampak! Pengantin baru bercengkerama di bawah hujan. Ingat ini filem Hindustand Kuch Kuch Ho Tai?!

“ Jangan banyak mulut, abang gigit dekat tengah hutan ni baru tahu.”

Hanan pantas menekup mulutnya. Takut. Sekilas petir menyapa langit lagi. Kali ini Hanan lekas menekup telinganya sekali lagi.

“ Hanan..peluk leher abang boleh? Nanti awak jatuh,” pinta Abrar sejurus bunyi petir menghilang di langit.

Dalam tingkah malu-malu Hanan mengikut cakap suaminya. Leher Abrar di rangkul dengan tangan kanan, mukanya dirapatkan ke dada encik suami sementara tangan kiri menekup telinga kerana masih gerun dengan guruh yang bergempita.








4 comments:

  1. terima kasih~ nak lagi~
    asyiqin

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih asyiqin, insyaAllah akn diupdate lg,
      tggu taw, hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih @iman aufa, sila dtg lg :D

      Delete

hai ! terima kasih ^.^