Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Teaser Alahai, suamiku amnesia! Part 1






Memndangkan tk nak mnghampakan readers yg mahukn teaser ASA  even bru 10 bab oleh itu, Aii nak bg jugak! Dah jnji kalau ada yg nak Aii akan bg so, nk tunaikan janji tu..ari ni nk jd pemurah ckit, huhu.. tp teaser ni ade part 1 and part 2 now nk update part 1 dulu, part 2 nk simpan ketat-ketat, tgok ade yg nak tak part 2 tue, hehe..

Enjoy ur reading ; )



*******************************************






Hanan segera menyingkap selimut lalu menyelubungkan tubuh di bawahnya gara-gara terdengar pintu diketuk dari luar. Bantal peluk diletak di tengah. Tubuhnya segera dikalih ke sebelah dinding. Membelakangi tempat tidur sebelah kirinya, tempat yang bakal Abrar tidur.  

 

“ Buat apa nak ketuk-ketuk Abrar? Masuk ajelah dah jadi bilik kau pun.” Jerit suara dari luar. Hanan mencebik geram. Itu suara alongnya. Sengaja mengharu-birukan satu rumah. 

 

Selepas itu, Hanan terdengar pintu dibuka. Dia memejamkan mata. Menenangkan gejolak yang berpusar di kepala dan dada. Abrar mengukir senyum kecil. Dah tidur? Awalnya tuan puteri beradu, takut dengan raja sehari ke? Hati Abrar berbisik nakal.

 

Pintu almari dibuka. Dicapai seluar bermuda dan t-shirt. Baju Melayu hijau lumut yang tersarung di tubuh ditanggal, diganti pula dengan t-shirt sleeveless warna blueblack. Seluar pula di sarung dari dalam kain pelikat. Dalam lemas berselubung, Hanan cuba mengintai tindak-tanduk suaminya yang tiba-tiba diam selepas menerjah masuk dalam biliknya.

 

Terbelalak biji mata Hanan. Terkejut menonton bentuk sebenar tubuh lelaki itu tanpa baju. Tiba-tiba Hanan rasa seram sejuk. Besarnya badan dia, macam anak gajah. Kalau macam ni confirm lenyek badan aku macam sardin dalam tin! Lenyek?? Pantas dia mengeleng-geleng sebab bayangan yang muncul terlebih ngeri. Otaknya terlebih bekerja malam ni, sampai bayangan yang bukan-bukan pula muncul.

 

Demi melihat selimut yang bergerak-gerak, Abrar pantas menoleh. Spontan bibirnya meletuskan tawa kecil. Owh, main tipu-tipu tidur yer..Hanan nak main cak-cak dengan abang ke? Tak pun nak main hide and seek dari sebalik selimut tu? Nakal lagi.

 

Hanan terkebil-kebil. Tawa Abrar buat dia jadi pelik. Eh, entah-entah dia perasan aku tak tidur lagi? Alamak, macam mana ni? Okey-okey tenang…jangan kalut Hanan..

 

Lampu bilik tidur ditutup. Hanan cuak. Sejurus itu, terasa katil yang dia baring bergerak-gerak. Ya Allah, tolonglah aku!

 

Senyumannya tidak pernah mati buat Hanan. Bantal peluk digolek ke tepi. Abrar membaringkan kepala di bantal yang sama dengan isterinya. Mahu berkongsi segalanya dengan Hanan. 

 

“ Assalammualaikum..” serunya.

 

Hanan mati kutu. Matanya dipejam erat-erat. Lantunan kencang jantungnya tidak mampu dikawal lagi. Dia cuba reda. Cuba merelakan kerana Abrar suami. Meremang bulu roma Hanan apabila hidung Abrar bergerak-gerak dicelah rerambutnya. Dari sentuhan tersebut, Hanan dapat merasakan kemancungan hidung suaminya. Sumpah, satu badannya geli-geleman!

 

“ Wanginya..” gumam Abrar. Perasaannya terbuai-buai.

 

            SubhanaAllah, Walhamdulillah, WaLailaha illallah WaAllahuakbar..berlagu-lagu pujian dalam hati Hanan untuk Allah disebabkan terlalu seram. Macamlah suami dia tu orang minyak!

Jari-jemari Abrar bermain-main dengan cuping telinga isterinya. Sengaja memprovok reaksi Hanan. Mahu menonton sejauh mana kesanggupan Hanan terus berlakon menghadapinya.

 

Abrar, please stop it! Jerit hati Hanan. Tidak berdaya jerit pakai mulut. Hanan tahu dia bakal memperoleh dosa jika menolak kemahuan suami. Dia tahu malaikat akan melaknat dia dari malam hingga ke pagi. Oleh itu, Hanan cuba pasrah. Cuba ikhlaskan hati. Terngiang-ngiang kata pensyarahnya, jadi seorang isteri bukan sahaja mudah peroleh pahala tetapi mudah juga terjerat dalam dosa. Tarik muka sikitpun dah dapat dosa!

 

“ Hanan, tolong bangun. Abang tahu Hanan tak tidur lagi.” Arah Abrar. Hanan terkejut. Bulat matanya. Arahan apa ni?

 

Abrar bangkit. Duduk bersila di tepi Hanan. “ Hanan..” serunya lagi.

 

Hanan ikut kemahuan itu. Dia bangun. Tidak memandang Abrar yang setia memandangnya. Walaupun bilik telah dimatikan lampu, keadaan bilik tidaklah kelam sepenuhnya. Di bahagian atas dinding bilik tersebut telah di tebuk lubang-lubang pengudaraan walaupun tingkap telah wujud sebelumnya. Apabila malam menjelang, cahaya dari ruang tamu akan tersimbah melalui lubang-lubang tersebut menyebabkan biliknya terhindar dari kegelapan malam. 

 

“ I’m not going to touch you.” Putus Abrar.

 

“ Kenapa? ” Tanya Hanan tenang walaupun sebenarnya dia terperanjat. Sungguhpun begitu, dia lega. Dalam hati melonjak-lonjak gembira.

 

“ Hanan tak kisah? ” Abrar pula terkejut. Nada suara Hanan seolah-olah merelakan. Tenang. Seperti air yang sepatutnya berkocak tetapi tidak biarpun dilontarkan batu. Mustahil !

 

“ Saya dah jadi isteri awak, nak tak nak saya kena penuhi tanggungjawab saya.” Tenang lagi.

 

“ Without love? Hanan tak kisah? ” Abrar bagaikan tak percaya dengan pernyataan isterinya.

 

“ Tak ada bezanya kalau awak ‘ambil’ saya sekarang atau selepas ni, perasaan saya tetap sama.”

 

“ Ada bezanya! Sekarang memang Hanan tak ada perasaan pada abang tapi selepas ni abang yakin perasaan itu akan ada. Perasaan yang sama dengan abang.” Ungkap Abrar bersungguh.   

 

 Hanan tergelak. Sinis. “ Jangan yakin sangat kita belum tahu apa yang bakal terjadi nanti.”

 

“ Betul, tapi Hanan pun tak boleh yakin sangat yang Hanan takkan ada feeling pada abang. Kita belum tahu apa yang terjadi di masa depan.” Abrar memulang paku buah keras.

 

Hanan terdiam. Mati kata bila kata-kata Abrar memerangkapnya. 

 

“ Kita bertaruh! ” Getus Abrar. Hanan terkulat-kulat. Tak faham.

 

“ Wanna bet? ” ulang suaminya. Bercahaya bulat mata kuyu itu.

 

“ Bet for what? ” Tanya Hanan hairan.

 

“ Abang bertaruh, dalam masa enam bulan abang akan buat Hanan jatuh cinta pada abang. Selama enam bulan tu jugak abang takkan sentuh Hanan, selagi Hanan tak ada feeling pada abang. Dalam erti kata lain, abang takkan sentuh Hanan tanpa cinta dalam tempoh tu.”

 

“ And then saya nak bertaruh untuk apa? ”

 

“ Terserah pada Hanan.”

 

“ Kalau saya tetap tak ada feeling pada awak selepas enam bulan, maknanya awak kalah? ”

 

“ Yup! ”

 

“Jadi kita bet for what reason? ”

 

“ Just for fun.”

 

“ Owh, saya ingat awak nak lepaskan saya kalau awak kalah.” Sela Hanan.

 

Abrar tersentak. “ Jadi, itu yang Hanan harapkan kalau abang kalah? ”

 

Gullpp! Air liur yang ditelan terasa sukar nak melepasi kerongkong. Hanan terkelu. Dia terlepas cakap sedangkan bukan itu harapannya. Hanan cuma meneka. Masakan dia mahu pertaruhkan perkahwinan yang baru ‘hidup’ sehari. Abrar sudah tersalah sangka. 

 

“ Er, bukan tu.. maksud saya..” tersekat-sekat Hanan berbicara. Mahu menangkis prasangka itu.

 

“ Kalau perpisahan yang Hanan nak, jangan risau..” katanya dengan ayat tergantung.

 

Hanan tercengang! Jangan risau ??

 

“ Hanan boleh mintak perpisahan daripada abang tapi bersyarat.” Abrar menyambung kata.

 

“ Jangan nak merepek, saya tak kata pun nak berpisah.” Hanan menyanggah.

 

“ Abang kata kalau Hanan nak, abang ada syarat untuk Hanan penuhi sebelum abang tunaikan hasrat Hanan.”  Abrar sengaja bermain dengan kata-kata. Mahu menduga Hanan.

 

“ Awak, saya cuma terlepas cakaplah. Takkan itu pun nak ambil serius! ” Hanan bengang. Mukanya cemberut. Masam sangat.

 

“ Syaratnya..” jeng..jeng..jeng.. Abrar geli hati. Alahai.. comelnya dia buat muka kelat macam tu!

 

“ Awak! ” tekan Hanan. 

 

“ Hanan kena lahirkan sepuluh orang anak untuk abang! ” Tegas Abrar lantang.

 

Hanan terperanjat. What? Lahirkan anak?? Sepuluh orang pulak tu!!

 

“ Anak tu mestilah product kita berdua, naturally. Lahir dari rahim Hanan bukan wanita lain.”  Tambah sang suami. Hanan mencebikkan mulut.

 

“ Macam mana kalau saya tak nak? ” Balas Hanan kerana rasa tercabar.  

 

“ Terpaksalah Hanan terikat dengan abang sampai bila-bila, sampai nyawa abang padam.” Mesra  dan bersahaja jawapan Abrar.

 

“ Habis tu, tadi awak kata takkan sentuh kalau saya tak ada feeling pada awak. Macam mana pulak tu? Anak takkan ada kalau awak tak bertindak.” Hanan membidas berani.

 

“ Kalau macam tu, Hanan kenalah ada feeling cepat-cepat dengan abang barulah proses nak mengandung jadi cepat. Setahun seorang, sepuluh orang maknanya sepuluh tahun. Fuhh, lama tu! Kalau Hanan nak lagi cepat bebas daripada abang, you have to make it twins every year.” Ceria sungguh nada suara Abrar. Nakal sangat!

 

Berkerut hebat dahi licin Hanan. Marah. Dia rasa sangat-sangat tercabar. Tidak terfikir olehnya untuk berpisah tetapi kata-kata Abrar telah menyalakan semangat apa entah sehingga Hanan merasa kewibawaannya dicabar dalam diam. Abrar seolah-olah mahu menjeratnya dengan syarat tersebut, walaupun sebenarnya dia bukanlah mahu mempermudahkan proses pembebasan diri daripada Abrar.     

 

 “ Bila dah cukup sepuluh orang semuanya, abang nak Hanan susun dia orang mengikut dari yang pertama sampai nombor sepuluh. Waktu tu abang nak Hanan tenung dulu muka dia orang satu persatu, after that barulah Hanan boleh minta abang lepaskan Hanan. Abang nak tengok sejauh mana kesanggupan Hanan lukakan hati anak-anak dan.. abang confirm Hanan takkan sanggup! ” Abrar bercakap sambil membayanginya. Bibirnya asyik tersenyum.

 

Hanan bengkek! Gigi diketap kuat. “ Tak payah nak berdrama, perkara tu takkan terjadi! ”

 

“ So you will get stuck with me, forever...” desis Abrar lancar ke telinga isterinya.

 

Bengang punya pasal Hanan campak bantal peluk ke muka Abrar. “ Pergilah berangan sorang-sorang, tak payah merepek kat sini.”

 

Abrar tergelak-gelak. Bantal peluk dicampak ke dinding. Terkeluar dari petak katil.  “ Hurmm.. bantal peluk dah hilang, sempadan antara kita pun dah tak ada. Maknanya.. lagi cepat kita nak buat baby.” Gumam Abrar mengusik. Sengaja nak bikin Hanan kalut.

 

“ Sentuhlah kalau nak sangat! Saya tak kisah pun. Tapi hati saya tetap kosong, without love.” Tekan Hanan dengan mata yang bulat. Lantang. Ya, dengan bangga Hanan akui kini dia sedang mencabar tindakan suaminya.

 

            “ Hanan…Hanan…” tergeleng-geleng kepala Abrar. Walaupun terasa dicabar, dia mengambil sikap bertahan. Dibiarkan cabaran tersebut bermain di bibir Hanan saja.  

  

“ Kenapa, awak tak berani? ” cabar lagi. Berbisa sungguh mulut Hanan.

 

“ Jangan cabar abang..sekali abang sentuh, Hanan takkan mampu tolak abang. Bila abang kata abang akan sentuh Hanan dengan cinta, I really meant it. Bila sampai waktunya abang akan pastikan tubuh dan jiwa Hanan bersatu dengan abang dengan sepenuh cinta. Jangan sampai Hanan menggeletar satu badan disebabkan sentuhan abang.” Gumamnya beramaran. Suara garaunya kedengaran lembut dan romantis tapi terselit ketegasan di dalamnya.

 

“ Eleh,” cebik Hanan. Menjeling pada suaminya yang yakin sangat. Sebenarnya Hanan mahu memprotes lagi tapi dia gerun. Tak berani berkata lebih. Tak disentuh pun tubuhnya sudah menggeletar dengan kata-kata itu, apatah lagi jika dia terus membuka mulut. Alamatnya, malam ini dia bakal ‘diulamkan’ suaminya.

 

“ Sebenarnya, Hanan betul ke tak kisah? Tadi abang sentuh sikit pun badan tu dah vibrate semacam, macam mana nak buat lebih daripada tu? Lain kali kalau takut jangan tunjuk berani nanti buruk padahnya.”  Abrar mengutuk. 

 

“ Eh, awak jangan..”

 

“ Sudahlah, lagi baik abang tidur. Cakap banyak-banyak pun tak guna, bukan abang dapat apa pun. ” Abrar memotong bicara Hanan. Bantal ditepuk sebelum meletakkan kepala.

 

Hanan mendengus. Marah sungguh dia. Abrar sengaja menjolok api dan dia sedang terbakar kala ini. Sabar Hanan, sabar..dia saja nak buat kau marah sebab dia tak dapat kau! So, jangan terjerat dalam amarah nanti kau pulak yang hangus terbakar malam ni. Biarkan Abrar menang malam ni, esok lusa kau boleh serang balas. Ada ubi ada batas, ada hari kau boleh balas balik! 

 

Keluhan dilepaskan. Cuba menarik nafas dengan tenang. Hanan kemudian membaringkan tubuhnya elok-elok di sebelah kanan tilam. Dikalih badannya membelakangi Abrar, tidak dihiraukan suaminya yang tidur di sebelah kiri sana. Jarak antara mereka tidaklah jauh mana, lebih kurang 50 cm.        

 

Terkedu. Mata Hanan terbeliak bulat. Pinggangnya dirangkul dari belakang. Ditarik rapat ke tubuh orang yang merangkulnya. Hanan memejamkan mata sambil mengepal erat tangannya. Mengawal tekanan perasaan yang tidak ketentuan. Tadi kata tak nak sentuh! INI APA?? 

 

Bertambah tergamam. Hanan telan liur. Tangan kekar Abrar merayap pula ke perut. Bibir diketap menahan rasa. 

 

“ Kurang daripada setahun my baby akan menginap kat sini, believe it me! ” bisiknya seraya pipi comel Hanan dikucup lembut.

 

“ Jangan yakin...”

 

“ Don’t talk. You’re not allowed to talk. Just sleep.” Pintas Abrar mendiamkan Hanan.

 

Hanan merengus. Tak puas hati. Namun Hanan ikut juga arahan suaminya. Masih bersisa rasa takutnya jika Abrar bertindak macam-macam gara-gara mulutnya. Sudahnya Hanan membiarkan tindakan Abrar. Pelukan suaminya tidak ditolak namun tidak juga dia merelakan. Hanan senyapkan mulut walaupun tak sudi. Abrar mempunyai hak itu. 

 






16 comments:

  1. so macam mana ngan kekasih abrat, ntah siapa namanya lupa ex, best nya sa suk saya suka

    ReplyDelete
  2. amboi siap bet lgi..tngok lah smpai bila hanan bleh btahan tanpa cinta suami..

    ReplyDelete
  3. alahai main ugut2 pulak....tunggu je abrar gila nti hanan...hehe

    ReplyDelete
  4. takut abrar sembuh dri amnesia.

    ReplyDelete
  5. chumill!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. best. suka suka. sambung la lagi. :D

    ReplyDelete
  7. amboiiiiii abrar..confident jer dia..

    ReplyDelete
  8. sweeeeeetttttttt sangat!!!! nak part 2 plak :)

    ReplyDelete
  9. Dear Sis,

    OMG...nak part 2 plesss...klu x pun post la bab sterusnya...

    ReplyDelete
  10. sweet sngt,prt 2 plsssssssss,tt nnt mlm pst yer,x sbrnya

    ReplyDelete
  11. hehe dh halal...mampu ker ngelak abrar???

    ReplyDelete
  12. tq pd readers yg bg respon,
    sgt suke bace u all punye komen,
    but unfortunately tuk beberapa ketika ini mgkin akn lmbt sikit nk update bab sterusnya coz dh start final exam,but dont worry
    teaser part 2 akn di update x lama lg,insya Allah..sabar mnunggu yer:)

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^