Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Alahai, suamiku amnesia! 9









“ Hanan..” panggil Ustazah Hidayah ketika Hanan sedang menggoreng nasi. Sayur kangkung yang siap disiang diberikan pada Hanan.

“ Akak nak tanya, Hanan dah buat solat tu? ” Ustazah Hidayah bertanya. Memanjangkan perbualan semalam.

“ Sudah.” Hanan menggangguk. “ Tapi tak nampak apa-apa pun. Mimpi pun tak ada.”

“ Owhh.. yeke? Tapi tak apa jawapan Allah tu bukan setakat melalui mimpi, kadang-kadang Allah kirimkan melalui gerak hati. Yang penting kena bersungguh-sungguh dan ikhlas.” Jawabnya sambil berdiri melihat Hanan menggoreng nasi.
 
Solat sunat istikharah adalah bertujuan untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah bagi memastikan dua perkara yang dipilih termasuk soal memilih jodoh. Allah S.W.T. akan memberikan petunjuk jodoh sama ada melalui mimpi atau gerak hati yang tenang dan bahagia mengenai calon yang sesuai dengan diri.Untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah S.W.T. disunatkan melakukan solat hajat termasuk memohon jodoh. Allah S.W.T. akan melorongkan atau menemukan jodoh seseorang itu. Kita sebagai hambanya hanya berusaha hanyaAllah sahaja yang menentukannya. 

Baginda pernah bersabda yang membawa makna: Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa.

“ Nama dia Abrar? ” Tanya lagi.

Hanan terkedu. Mati gerakan tangannya yang sibuk melibas nasi dalam kuali. Pantas mengalih wajah kepada Ustazah Hidayah.  “ Macam mana akak tahu? ”

“ Tak payah nak terkejut sangat, teruskan menggoreng nasi tu. Kang tak pasal-pasal kita kena makan nasi goreng hitam manis pulak.” Guraunya bila menonton respon Hanan yang terperanjat sangat.  

“ Pukul tiga pagi akak terjaga, sayup-sayup nama Abrar tu keluar dari mulut kamu. Sebab itu akak nak tanya kamu ada mimpi apa-apa tak. Belum sempat tanya Hanan kata tak mimpi apa-apa. Kamu pasti tak mimpi apa-apa? ”

Diam. Berfikir dan mengingati tidurnya semalam. Kemudian dia menggeleng. “ Tak ada. Akak salah dengar kut.”

“ Kalau akak salah dengar macam mana pulak akak tahu nama dia Abrar, logiklah sikit.”

“ Agaknya semalam Hanan mimpi ngeri sangat pasal dia, bila bangun esok langsung tak ingat apa-apa.” Teka Hanan bersahaja. 

 “ Amboi…hati kalau dah tak suka memang semua yang berkaitan orang tu jadi negatif.” Omel Ustazah Hidayah. 

“ Memang tak suka pun.” Balasnya selamba.

“ Jawablah tak suka, tak suka, esok-esok ...”

“ Akak, janganlah cakap macam tu..itu sumpahan namanya!” Hanan memintas.

“ Eh, kita nak mendoakan dikatakan sumpahan pulak. Ingat ini cerita sumpahan orang minyak ke? ” gerutu si ustazah sambil mencebik. Terus dibiarkan Hanan dengan aktiviti menggoreng.

“ Dah siap kak. Jom melantak.”

“ Haisy..budak ni...”



 

          **********************************************************



SEKALI dua kali Hanan masih tak ambil pusing tapi bila masuk hari ketiga, keempat dan seterusnya berlarutan hingga seminggu Hanan benar-benar takut. Yang peliknya Ustazah Hidayah pasti akan terjaga lewat malam untuk mendengar dia memanggil-manggil nama ‘lelaki itu’ (nak sebut nama pun Hanan seram). Ada sehari Hanan pernah tidak mengerjakan solat Istikharah tapi perkara yang sama tetap muncul. Kecut tubuhnya mengenangkan malam-malam yang berlalu.

            Dia termenung sendirian di meja. Kerja yang terbengkalai depan mata langsung tidak diperduli. Dalam kelas juga focus Hanan hilang, entah apa yang diajar pada pelajarnya. Otaknya bingung dan sasau. Ustazah Hidayah juga pelik dengan keadaan yang dialaminya. Berat sungguh keadaan yang menimpa kali ini. Sampai badan Hanan rasa seram sejuk.

‘ Mungkin aku terlalu fikirkan pinangan Mak cik Salmi tu pasal otak pun makin serabut dengan wajah laki tu’ detik hatinya. Lebih kepada menenangkan diri yang separuh pelik.

            “ Hanan,” Cikgu Murni menegur. Hanan terkejut. Dia kemudian panggung kepala. 

            “ Dah lama handphone tu menjerit, mintak diangkat.” Tegurnya. 

Hanan tersedar. Tersengih kecil selepas itu. “ Maaf cikgu, tak sedar.” Dicapai telefon bimbit di depan mata. Terus ditekan butang hijau.

            “ Jangan angau sangat, dari tadi asyik melamun aje.” Usik Cikgu Murni sebelum kembali ke tempatnya yang terletak bertentangan dengan meja Hanan. Kali ini Hanan tersenyum malu. Lantas ditekap handphone ke telinga.

            “ Assalammualaikum..” serunya dalam talian. 

            “ Ya Allah! ” Hanan terkejut.

            “ Habis tu ayah macam mana sekarang? ” tanyanya cemas.    

“ Okey, Hanan cuba ambil cuti kecemasan. Kalau boleh Hanan balik hari ni.”

Telefon dimatikan, Hanan bangun mengemas mejanya. Tingkahnya kalut dan menggamit mata-mata para guru wanita yang berdekatan meja dengannya.

“ Kenapa Hanan? Awat kalut semacam ni? ” Cikgu Murni bertanya.

“ Saya terpaksa ambil emergency leave, ayah masuk hospital.”

“ Habis tu, Hanan nak balik dengan apa ni? Nak saya hantar? ” Risau mengenangkan Hanan yang tidak berkereta.

Pantas dia menggeleng. “ It’s okay, cikgu. Saya balik dengan bas aje.”

“ Tak apa ke? Kamu mesti nak cepat, biarlah saya hantar.” Tawar Cikgu Murni sungguh-sungguh.

“ Tak apa kut saya sampai lambat sebab abang-abang saya semuanya dah ada kat kampung. Lagipun  keadaan ayah dah stabil sikit,” beritahunya. Cikgu Murni mengangguk faham akhirnya.

Selepas melapor di pejabat, Hanan bergegas pulang ke rumah warden. Dikemaskan pakaian untuk empat hari kerana kebetulan kejadian berlaku hari Khamis. Dalam pada itu, Hanan sempat memberitahu Ustazah Hidayah melalui sms tentang pemergiannya secara tergesa-gesa.



                 **************************************************




 HOSPITAL BESAR TAIPING, Hanan menapak lekas ke wad Encik Malik ditempatkan. Cikgu Safwan turut bergegas sekali, menyaingi langkah Hanan.

            Masuk saja ke wad pesakit lelaki, Hanan mula mencari dari satu ruang ke ruang yang lain, dari katil ke katil. Cikgu Safwan hanya mengekor kerana sememangnya dia tidak mengenali ahli keluarga Hanan.

Kakinya tiba-tiba pegun. Cikgu Safwan ikut sama. Hanan tergamam. Wajah along menyapa mata. Dia menghampiri lalu tunduk mencium tangan Fahmi. Cikgu Safwan turut bersalam dengan Fahmi dan rakan Fahmi.

“ Along, ayah kat mana? ” Hanan menyoal tanpa menghiraukan manusia di sisi alongnya.

“ Kat ruang hujung sana,” Fahmi menunjuk arah yang betul. Bertentangan arah yang Fahmi ingin tuju. Berkerut dahi Hanan.

“ Habis tu, along nak ke mana ni? ”

“ Along dengan Abrar nak ke kafe, laparlah.”

“ Okeylah, Hanan pergi jenguk ayah dulu.”

“ Ini siapa pulak? ” Fahmi bertanya. Hanan memandang Cikgu Safwan.

“ Owh, ini Cikgu Safwan. Cikgu, ini abang saya.” Hanan saling memperkenalkan.  

“ Cikgu Safwan? ” terangkat kening Fahmi sambil senyum lebar. Hanan menjegilkan mata pada alongnya.

“ Okeylah, Hanan pergi dulu.” Hanan terus berlalu. Cikgu Safwan tunduk sedikit pada Fahmi sebelum pergi. 

“ Kenapa reaksi abang awak macam tu? ”

“ Maksud cikgu? ” Hanan soal balik. Kurang faham.

“ Nada suara dia, mimik muka dia time sebut nama saya bunyinya macam teruja. Pelik,” komen Cikgu Safwan. 

“ Cikgu jangan peduli dengan abang saya tu, dia memang kaki menyakat.”

“ Owhh..” Cikgu Safwan terima saja jawapan Hanan tanpa banyak soal.

“ Mak, ayah.” Hanan pantas menerpa. Dikucup tangan Encik Malik yang terbaring di katil, kemudian Puan Norsal. Cikgu Safwan hanya bersalam dengan Encik Malik.

“ Cepat Hanan sampai, balik dengan apa? ” tanya Puan Norsal yang duduk di sisi katil.

“ Macam mana ayah? Okey ke? ” raut kebimbangan jelas dipertontonkan sehingga soalan Puan Norsal tidak dapat ditangkapnya.

“ Alhamdulillah, dah okey.” Tenang ayahnya menjawab.

“ Macam mana boleh kena patuk ular? Tak pernah-pernah ayah kena macam ni. Hanan rasa kebun tu dah berbahaya, lepas ni ayah tak payah lagi ke kebun.” Putusnya.

“ Benda nak jadi Hanan, bukannya ayah kamu suka-suka tadahkan kaki dia suruh ular tu patuk.” 

“ Mak, tak sayang ayah ke? Hanan tak kira ayah mesti berhenti kerja kat kebun tu. Biar orang lain yang kerjakan, ayah berehat aje kat rumah. Anak-anak ayah dah besar, biar kami aje yang tanggung.” Kata Hanan tegas. 

“ Macamlah ayah kamu nak dengar cakap, degil.” Cebik Puan Norsal. Faham sangat dengan fi’il suaminya. Tak makan saman!

“ Sudahlah, ayah dah selamat buat apa nak bising-bising. Tak malu dengan kawan Hanan ni? ” Tegur Encik Malik.Malas memanjangkan isu kemalangan yang menimpanya. Hanan kalau dah tak suka memang akan berceloteh tentang benda yang tak digemarinya sampai orang lain tertekan.

“ Ha’ah, siapa ni? ” 

“ Ini Cikgu Safwan. Dia yang hantar Hanan balik.”

“ Ini Cikgu Safwan? ” Puan Norsal bertanya. Suaranya agak terkejut.

“ Hantar dari Ipoh sampai Taiping? ” Encik Malik menyampuk. Mahu menutup kekejutan yang isterinya wujudkan. Tentu Cikgu Safwan akan pelik jika melihat respon isterinya.

Hanan mengangguk. Bukannya dia sengaja membawa pulang Cikgu Safwan bersama, malah tidak pernah terlintas di benaknya. Sewaktu dia menunggu di perhentian bas, kereta Perodua Alza Cikgu Safwan tiba-tiba berhenti di depannya. Dengan senang hati menawarkan bantuan kepadanya, mahu menghantar pulang ke Taiping. Puas Hanan menolak tetapi Cikgu Safwan berdegil.

Akhirnya Cikgu Safwan beralah mahu menghantar dia ke stesen bas saja dan Hanan pun bersetuju. Namun sampai di pertengahan jalan Cikgu Safwan tersilap ambil jalan. Terus masuk ke lebuh raya. Hanan bengang, tidak pasti sama ada Cikgu Safwan sengaja atau pun tidak. Kesannya, dia telah membawa pulang Cikgu Safwan secara tidak sengaja. Masakan dia mahu menghalau Cikgu Safwan setelah bersusah payah menghantarnya pulang.

“ Maaflah terpaksa menyusahkan cikgu hantar Hanan pulang.” Encik Malik ramah berbahasa.

“ Ini mesti Hanan nak balik cepat sangat sampai susahkan orang lain.” Terjah Puan Norsal.

“ Mana ada, Hanan memang nak naik bas.” Sanggahnya.

“ Bukan salah Hanan, mak cik. Saya yang nak tolong hantarkan dia balik .” Jujur Cikgu Safwan. Mahu membela Hanan yang dianggap menyusahkan dirinya.

“ Terima kasihlah cikgu. Maaf menyusahkan cikgu.” Ucap Puan Norsal. 

Cikgu Safwan mengangguk senang. Dalam hati mahu menunjukkan tauladan yang baik di depan keluarga Hanan. Moga-moga ada yang suka padanya. Cikgu Safwan bertekad selagi Hanan belum berpunya, selagi status Hanan belum berubah, dia akan cuba berusaha. Usaha adalah lif kejayaan!
 
“ Angah dengan Fik mana? ”

“ Angah pergi solat. Fikri balik rumah, bawa pakaian ayah ke sini.” Beritahu maknya. “ Hanan dah solat ke belum? ” Puan Norsal bertanya pula.   

“ Assalammualaikum,” Encik Asri menyapa. Puan Salmi berdiri di sisinya.    

“ Waalaikummussalam..” serentak semua menjawab. Hanan bergerak menyalami tangan Puan Salmi. Kepalanya diusap lembut oleh tangan wanita itu.

“ Bila Hanan sampai? ” Tanya Puan Salmi, tersenyum mesra.

“ Baru tadi.” Jawabnya ringkas.

“ Ada terserempak dengan Abrar? ” soal Puan Salmi lagi. Perlahan Hanan mengangguk.

“ Siapa pulak ni? ” Encik Asri menyoal. 

“ Ini Cikgu Safwan, rakan sekerja Hanan.” Beritahu Hanan.

“ Safwan yang hantar Hanan balik tadi. Itu pasal lekas dia sampai sini.” Puan Norsal mencelah.

“ Laa, buat apa menyusahkan orang..kenapa tak suruh Abrar ambil aje kat Ipoh? ” tingkah Encik Asri. Puan Salmi mengiyakan.

Abrar! Abrar! Abrar! Lagi-lagi Abrar! Aku balik sini sebab ayah bukan sebab Abrar. Ya Allah, ‘tension’nya ! Hanan bengang.

“ Hanan dah solat belum? ” Puan Norsal mengulang pertanyaan yang yang tidak sempat dijawab oleh Hanan sewaktu kedatangan Encik Asri dan Puan Salmi. Sengaja dia bertanya untuk menutup riak kurang senang yang bermukim di wajah anak daranya itu.

“ Belum.”

“ Kalau macam tu pergi solat zohor dulu, bawak Cikgu Safwan sekali. Lepas tu, pergi makan sekali.” Puan Norsal menyuruh. Hanan mengangguk.  








1 comment:

hai ! terima kasih ^.^