******************************
“ Cikgu, ada orang nak jumpa kat pejabat.” Hanan angkat muka. Wajah
Cikgu Murni menyapa mata.
“ Siapa? ” soal
Hanan kurang arif. Siapa pula nak jumpa waktu sekolah macam ni?
“ Tak tahulah,
orang pejabat call tadi suruh cikgu turun,” beritahu Cikgu Murni.
“ Okey, terima
kasih cikgu.” Ucapnya sebelum Cikgu Murni berlalu.
Hanan
tinggalkan kerja memasukkan markah ujian ke dalam komputer. Semua data di ‘save’
dahulu sebelum meng ‘hibernate’ komputer. Kakinya mula menapak keluar
dari bilik guru.
Dalam melangkah,
Hanan perasan akan sepasang mata yang galak menyorot padanya. Dia menoleh untuk
menangkap si pemerhati. Maka terperangkaplah Cikgu Safwan. Hanan seraya
tersenyum ramah. Cikgu Safwan laju melarikan anak mata, tangannya seperti
tergagau-gagau mencari barang yang hilang. Hah, nak cover malulah tu!
Pintu pejabat
ditolak oleh Hanan. Terpaku. Hanan terkejut. Wajah dan tubuh Puan Salmi berada
di depannya saat ini. Benar-benar bukan ilusi. Mulutnya hampir kelopongan
disebabkan kehairanan.
“
Assalammualaikum, Hanan..” sapa Puan Salmi.
“
Waalaikummussalam.. ”
“ Mak cik tahu
Hanan terkejut tapi just relax okay? ” Puan Salmi berbicara ceria.
“ Mak cik buat
apa kat sini? Ada urusan dekat Ipoh ke? ” Hanan bertanya sekadar menutup air
mukanya yang masih kaget.
“ Ada urusan
dengan Hanan, Hanan lapang tak sekarang? ”
“ Mak cik nak
jumpa Hanan? Kenapa? Ada apa-apa hal berlaku kat kampung ke? ” soalan Hanan
bernada risau. Khuatir ada perkara yang tidak diingini berlaku di kampung, yang
tidak sempat dikhabarkan padanya.
“ Tak ada apa
yang berlaku kat kampung, mak ayah kamu sihat walafiat. Mak cik sebenarnya datang
nak jumpa Hanan, nak bincang satu perkara. Hanan lapang tak sekarang? ”
Erk? Hanan kelu.
Nak bincang tentang apa ni? “ Er, Hanan
lapang.. dah tak ada kelas lepas tengahari.” Debaran mula mengetuk pintu hati. Dia
cemas dalam tenang.
“ Eloklah macam
tu, jomlah kita keluar. Kita sembang kat bangku luar tu.” Puan Salmi memberi
cadangan tempat. Hanan ikut bersetuju.
Mereka mengambil tempat di meja batu yang terletak di
sebelah tempat parkir kenderaan milik sekolah. Suasana di laman sekolah
kelihatan aman dan nyaman dengan angin petang. Namun tetap kedengaran bunyi hiruk-pikuk kenderaan yang
lalu-lalang di seberang jalan sana.
“ Mak cik nak
cakap pasal apa? Ada apa-apa yang Hanan boleh tolong? ” Hanan memulakan
perbualan. Hendaknya janganlah masalah yang berat-berat ditimpakan atasnya.
Hanan cukup kalut dengan debaran dalam dadanya. Kenapa aku rasa takut sangat
ni? Ya Allah..
“ Tiga hari
lepas mak cik dah berbincang dengan mak kamu, dia kata keputusannya ada pada
Hanan.” Puan Salmi mencapai tangan Hanan. Dielusnya dengan lembut. Hanan
termangu-mangu dalam tingkah wanita itu.
“ Mak cik nak
serahkan Abrar pada Hanan, sudi tak Hanan terima Abrar sebagai suami? ” Puan
Salmi bertanya langsung.
Bagaikan petir
menyembah alam, Hanan amat tersentak. Bibirnya terkatup rapat. Tercengang dan
terkesima dalam gayanya yang tersendiri. Betulkah apa yang aku dengar tadi? Mak
cik Salmi nak Abrar jadi suami aku? Oh, tolonglah telinga pekak sekejap! Tolong
katakan yang aku tersalah dengar. Ya Allah, please...!
“ Hanan tak
salah dengar, mak cik memang nak jadikan Hanan menantu mak cik sekaligus
menjadi isteri Abrar.” jelas Puan Salmi bersama kerdipan mata yang lembut.
“ Err.. er..Hanan..Hanan..er..”
sumpah Hanan tak merancang kegagapannya! Ianya lahir dari perasan terkejut
bercampur kaget. Otaknya tepu menyebabkan mulutnya tidak terluah dengan
kata-kata.
“ Mak cik tahu
semua ni terlalu mendadak, Hanan dan Abrar baru bersua muka dua minggu lepas.
Mungkin pertemuan singkat itu tak mampu membeli hati Hanan tapi berbeza pula
dengan Abrar. Dia dah jatuh sayang pada Hanan, kalau boleh Abrar mahu Hanan
jadi milik dia.” Puan Salmi berusaha meluahkan apa yang terbuku disamping mahu
membeli jiwa gadis di hadapannya kini.
Hanan bengang +
tension!
OHH, ABRAR! Masalah
apa pulak yang wujud dalam otak dia sampai nak pinang aku? Tiba-tiba boleh
jatuh suka? So sweet..cinta pandang pertama ke Encik Abrar? Masalahnya aku
pandang muka kau pun dah meluat, inikan pulak nak pandang untuk seumur hidup?
Baru dua minggu
lepas Cikgu Safwan merisik dan sekarang Abrar pulak! Tapi kalau diberi pilihan,
aku akan terima pinangan Cikgu Safwan dengan rela hati walaupun tanpa rasa
cinta. Biar Cikgu Safwan yang jadi laki aku! Itu lebih baik daripada dipinang
oleh musuh tradisi zaman berzaman.
Apa masalah
Abrar sebenarnya? Dia tak ingat ke tentang sejarah lampau yang menyakitkan
hati? Abrar tak ingat ke dulu… Isyhh, macam manalah dia nak ingat kalau
penyakit amnesia dok hinggap dalam otak dia! Hanan menempelak dirinya yang
terlupa.
Hesy, kenapalah
dia boleh hilang ingatan waktu gawat macam ni. Sepatutnya Abrar tak perlu
hilang ingatan sebab itu saja cara yang boleh menjauhkan mereka. Ingatan yang
Abrar hilangkan tu adalah bukti yang paling penting saat ini. Memori yang penuh
dengan ketidaksukaan Abrar terhadapnya, kebencian dia pada Abrar. Dari kecil
Abrar mana pernah suka padanya dan mustahil Abrar mahu menikahi dia jika
ingatan itu masih wujud saat ini. Oh,
masa.. .can you turn back?
“ Mak cik faham
Hanan tak boleh beri jawapan sekarang tapi sekurang-kurangnya Hanan fikirlah
dengan teliti sebelum buat keputusan. Mak cik harap sangat Hanan boleh terima anak
mak cik, mengasihi Abrar seperti mana
mak cik mengasihi dia. Walaupun Abrar serba
kekurangan termasuklah ingatan dia tapi
mak cik yakin Abrar mampu bahagiakan Hanan.” Puan Salmi sayu memujuk.
Hanan…kalaulah kamu
dapat ukur betapa dalam rahsia hati Abrar pada kamu, tentu Hanan takkan
teragak-agak untuk setuju. Anak mak cik tu dah mabuk sakan disebabkan penangan mata
Hanan. Bagi Abrar, Hanan merupakan belahan hati yang diturunkan untuknya. Mak
cik cemburu kerana perhatian Abrar kini beralih pada kamu.
Puan Salmi mahu
mengungkap kata-kata tersebut namun mengambil keputusan untuk menyimpannya
dalam hati. Puan Salmi tidak mahu menunjukkan harapannya yang menggunung kerana
kelak dia tidak mahu Hanan terhimpit dalam rasa serba salah. Biarlah Hanan
mencari ketenangan dalam mencapai keputusan. Hendaknya Hanan peka akan
keinginannya yang amat jitu.
“ Jangan
kenangkan keburukan Abrar yang dulu tapi kenanglah bahawa Abrar yang ada kini
bukan lagi Abrar yang sama seperti dulu, yang sering menyakiti Hanan. Abrar sekarang
diciptakan khas untuk melindungi Hanan, menyayangi dan mencintai Hanan.
Terimalah Abrar untuk disayangi, dikasihi dan dilindungi di sisi Hanan.”
Bicaranya damai dan menyentuh naluri.
Hanan kelu.
Syahdu percakapan Puan Salmi membelai jiwanya. Dia terlentok tapi cuma
seketika. Hanan tidak mahu terleka. Walaupun harapan dan keinginan Puan Salmi
terlalu besar, dia tidak bakal terus menerima apa yang terbentang di depan
mata. Ketelitian harus dilakukan sebelum mengucap kata putus. Kelak jawapan
tersebut bakal menetukan masa depannya, maruah keluarga dan perhubungan rapat
antara Puan Norsal dan Puan Salmi.
“ Mak cik bagi
Hanan masa untuk fikir, insyaAllah bila dah ada jawapannya Hanan akan sampaikan
melalui mak.” Katanya.
Puan Salmi
mengangguk. Mengiyakan permintaan Hanan. “ Hanan fikirlah baik-baik. Jangan
takut, kalau Hanan tolak insya Allah mak
cik akan faham. Jodoh dan pertemuan semua perancangan Allah walaupun mak cik
sendiri dah berusaha.”
“ Mak cik balik dulu, Hanan jaga diri
baik-baik.” Tambahnya.
“ Mak cik balik
dengan siapa? Seorang aje ke? ”
“ Mak cik
datang dengan Abrar, dia ada tunggu dalam kereta. Berdebar dia menunggu balasan
dari kamu, tak tidur malam budak tu nanti.”
Hanan tersenyum
kecil walaupun jiwanya hambar. Berlakon suka di depan Puan Salmi semata-mata
tidak mahu wanita itu pulang dengan perasaan kecewa. Tangan tua Puan Salmi
dicapai. Belum sempat Hanan menunduk, tubuhnya dibawa ke dalam dakapan. Kaget
Hanan dalam pelukan.
“ Mak cik
sayangkan Hanan sangat-sangat, mak cik tak mahu Hanan terlepas ke tangan orang
lain. Biarlah Hanan bersama Abrar, biarlah kamu menjadi menantu mak cik
daripada wanita lain yang mak cik tak yakin mampu menjaga anak mak cik. InsyaAllah
mak cik janji Abrar takkan sesekali abaikan Hanan, takkan buat hidup Hanan
sengsara. Tapi.. kalau itu yang berlaku Hanan bencilah mak cik, mak cik rela
kerana menjadi penyebab Hanan sengsara.” Puan Salmi merayu buat terakhir
kalinya.
Menitis air
mata Hanan. Perasaan sedih tidak mampu ditahan. Tiba-tiba dia sebak teramat
sangat. Suara halus Puan Salmi menenggelamkan kekerasan hatinya. Dirasakan
pendiriannya hampir goyah mendengar bicara itu. Hanan ragu-ragu sama ada mahu
mempercayainya atau tidak tetapi suara wanita itu telah berjaya meruntun keegoannya.
Dan Hanan yakin kata-kata Puan Salmi lahir tulus dari hati yang menyayangi.
‘ Hanan pun
sayangkan mak cik tapi untuk jadi isteri Abrar, Hanan tak mampu..! ’
*************************************************************
BERGOLEK-GOLEK tubuh Hanan ke kiri ke kanan. Katilnya siap
mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan. Gaya Hanan macam panas tapi kipas
elok berputas atas kepala dekat siling sana.
Hakikatnya, sejak
kepulangan Puan Salmi petang tadi Hanan mulai tidak selesa. Kehidupan nyaman di
sekolah mulai tergugat. Semuanya kerana permintaan yang mencekik batang
lehernya itu. Gara-gara Abrar dia jadi gelisah dan tidak aman saat itu. Tidak
sebahagia dan seaman hari-hari kelmarin.
“ Ada masalah
apa Hanan? Katil tu dah uzur, jangan golek kuat-kuat sangat. Kang kamu pulak
yang tak dapat tidur atas katil malam ni.” Ustazah Hidayah menegur.
“ Eh, tak ada
masalah apa-apa.” Hanan tersengih-sengih selepas itu.
“ Jangan nak
kelentong. Akak ni tak buta sampai tak dapat nak cium ketidaksenangan hati kamu
tu. Tengok gaya macam frust je, tapi hari tu kata tak ada pak we lagikan? Tak
nak share masalah dengan akak? ” Ustazah Hidayah mengambil posisi duduk di
katil sebelah Hanan.
“ Hanan tengah
bingunglah kak, rasa nak terjun tingkap pun ada.”
“ Aduhhaai…setakat
bingung aje dah rasa nak terjun tingkap? Akak ingatkan orang gila aje bunuh
diri, ini Hanan yang baru tahap bingung dah rasa nak bunuh diri! Makin
meningkatlah kadar orang bunuh diri dalam Malaysiaku tercinta ni! ” omel
Ustazah Hidayah.
“ Hanan bukan
sengaja nak bunuh dirilah, kak. Sekarang ni Hanan rasa himpit dan tersepit di
antara dua. Antara harapan dan kebencian.”
“ Wah, besar
maknanya tu! Sampaikan harapan dan benci boleh digandingkan bersama, akak pun
boleh rasa hairan. Apa masalah yang besar sangat tu? Cuba cerita terus-terang
tak payah berkias-kias. Akak ni pandai mengajar Bahasa Arab aje, jangan nak
libatkan sastera Melayu dalam cerita kamu.”
Ustazah Hidayah
merupakan guru tetap di sekolah yang Hanan buat praktikal. Sekarang mereka
tinggal bersama dalam satu rumah. Rumah tersebut sebenarnya dikhaskan untuk
warden asrama seperti Ustazah Hidayah. Hanan cuma tinggal sementara di situ
sepanjang waktu praktikalnya.
“ Ada seorang
mak cik tu datang dari Taiping sampai ke sini semata-mata nak jumpa Hanan.
Tujuan dia yang paling besar yang Hanan tak sangka rupa-rupanya dia datang nak
merisik..”
“ Merisik Hanan
ke? ” terjah Ustazah Hidayah.
Hanan
mengangguk bersama raut cemberut.
“ Merisik kat
sini? ” Tanya lagi.
“ Dia dah
merisik pada mak ayah Hanan di kampung, mak ayah pula kata jawapan ada pada
Hanan. Mak cik tu pun sampailah ke sini, langsung terus merisik Hanan.
Masalahnya Hanan tak suka anak dia tu. Tak suka, tak suka dan benci
sangat-sangat. Tapi mak dia berharap sangat-sangat, Hanan sedih terpaksa
kecewakan mak dia.”
“ Owh, Hanan
tak suka anak dia? Habis tu, Hanan dah bagi jawapan? ”
“ Belum
lagi..tapi rasanya itulah jawapan yang ada dalam hati Hanan sekarang ni. ”
“ Tapikan.. sorrylah
kalau akak tanya sikit, sebab apa Hanan tak suka anak dia? Buruk sangat ke
perangai laki tu? ”
Wajah Ustazah
Hidayah dipandang sekilas sebelum merenung ke depan,tembus ke dinding. Hanan
mengatupkan mata. Berat hati mahu menyingkap cerita zaman kejatuhannya itu.
“ Kalau Hanan
keberatan…”
“ Kata-kata dia
selalu sinis, selalu buli Hanan, selalu cari gaduh. Sehari dalam hidup tak sah
kalau dia tak kerjakan Hanan sampai nangis. Walaupun memori buruk tu dah lama
berlalu, Hanan tetap rasa semua memori tu segar dalam ingatan. Hanan rasa
terluka sangat-sangat. Bila berdepan dengan dia, Hanan asyik rasa sakit hati.
Baik dia mahupun Hanan memang saling tak suka.”
“ Habis tu,
buat apa mak dia datang merisik kalau dia tahu anak teruna dia tak suka kamu? ”
soal Ustazah Hidayah kerana akalnya masih belum dapat mencerna jalan cerita
Hanan.
“ Masalahnya
anak teruna dia tu dah hilang ingatan, amnesia disebabkan accident. Dia dah tak
ingat perkara yang lampau-lampau termasuklah memori dia dengan Hanan. Sekarang
bila jumpa balik selepas berpisah lama sebab mak bapak dia pindah duduk kat KL,
tup-tup dia nak pinang Hanan.” Terang Hanan bersungguh.
“ Owwwhhh,
macam tu ceritanya. Tragis betul. Sebelum amnesia dia benci, bila hilang
ingatan dia jadi suka dekat kamu sampai rasa nak kahwin. Maknanya Allah dah
tarik kebencian dari lelaki tu, kemudian singgahkan rasa cinta dalam diri dia
untuk kamu. Sekarang ni tinggal sebelah pihak Hanan aje yang membenci so, Hanan
boleh menangani kebencian yang ada tu dengan memadamkannya.” Ustazah Hidayah selamba memberi pendapat
melalui rumusan yang dibuat.
“ Maksudnya
akak nak Hanan terima laki tu? Terima dia dengan ikhlas, sayang dia sesungguh
hati lepas tu bila ingatan dia dah pulih Hanan bakal dibenci balik? ” Hanan
menyoal dengan hati yang kurang setuju.
“ Eh, bila masa
pulak akak cakap macam tu? Ini pilihan Hanan tentulah keputusan di tangan kamu.
Akak cuma bercakap apa yang akak rasa wajar.” Kata Ustazah Hidayah. Membetulkan
tanggapan Hanan.
Hanan diam.
“ Kita boleh
membenci sebab itu perasaan kita. Orang lain pun tak dapat halang kalau kita
dah buat keputusan untuk membenci. Sama juga kalau kita pilih untuk padamkan
kebencian tu, itu hak kita.Takkan Hanan nak hilang ingatan dulu baru boleh
kuburkan perasaan benci tu. Nak pakai cara yang sama, cara yang bakal suami
Hanan dapat cash dari Allah? ”
Mata Hanan
mencerlung. “ Akak! Apa pulak bakal suami, Hanan tak setuju lagilah! ” protesnya.
Tanda terkejut dan tidak gemar dengan kata-kata Ustazah Hidayah.
“Akak tak kata
pun Hanan dah setuju, akak cuma cakap sikit dah melenting tak tentu pasal.
Lagipun betullah bakal suami sebab dia tu cuma calon yang belum tentu lagi jadi
suami kamu.” Ustazah Hidayah membela diri. Mujur dia pandai membelitkan ayat
yang sememangnya dia tersalah cakap.
“ Kebencian
boleh menikam diri tau. Orang kata jangan membenci kelak akan timbul rasa
sayang. Ayat Allah pun ada sebut, mengenai sesuatu yang kamu tak suka
barangkali adalah yang terbaik untuk kamu dan sesuatu yang kamu suka belum
tentu baik bagi kamu, nanti akak tengok balik surah apa dengan tafsir ayat yang
lengkap.”
Ustazah Hidayah
bangun dari katil selepas menyampaikan sepatah dua kata, nasihat untuk dirinya
dan juga Hanan. “ Akak ada kerja dekat dapur. Hanan fikirlah baik-baik, ambil
masa tenangkan akal dan minda. Tolak rasa benci tu ke tepi baru boleh capai
keputusan yang maksima kepuasannya.” Pesannya lagi.
“ Habis tu,
masalah Hanan macam mana? ”
“ Kalau otak
dah sebu sangat, dah tak ada cara lain nak fikir, mintak aje tolong dengan
Allah. Buat solat istikharah, minta petunjuk antara pilihan yang kamu keliru.”
Ustazah Hidayah terus berlalu keluar bilik.
Hanan
termangu-mangu di atas katil. Terkelip-kelip matanya merenung siling dan kipas
yang berputar.
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)
Setiap rencana-Nya
terkandung rahsia yang hanya Dia yang ketahui. Kesenangan yang diberi adalah titipan
nikmat daripada Allah. Kepayahan pula adalah tarbiyah Allah untuk mendidik hati
hamba-Nya. Manusia mahukan kesempurnaan dalam setiap tingkahnya tetapi tuhan telah
mengatur dengan sempurna sesuai dengan kesesuaian manusia itu sendiri. Jika manusia
diberi kuasa untuk memiliki apa yang dia inginkan maka hilang keserian iman dalam
jiwa, kerana setiap tindakan adalah di luar kawalan. Tragisnya, nafsu pula menyusul
lalu mengepalai diri sehingga menjerat dan memesongkan Siratun Mustaqim.
Cepatlah sambung ya tq.
ReplyDeletesemakin menarik nampaknya..
ReplyDeleteharap2 hanan terima. tapi bukan dengan cara yang mudah..abrar kena usaha lebih laa...
crta y mnarik..xmembosankan..sye ske sgt..klau bley nk bgce smpai ending dy troz..hehe
ReplyDelete