Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Malam Bertemu Bintang bab 3 & 4





BAB 3




Alif Irsyad menyusur karpet merah sewaktu memasuki ballroom Concorde Hotel untuk majlis annual dinner Riyad Holding, syarikat milik keluarga Melati. Lengannya erat ditaut oleh tangan Melati dalam waktu yang sama. Tindakan yang menggamit banyak tumpuan mata serta kelipan-kelipan cahaya lensa kamera oleh pihak media yang turut diundang. 


            Dengan tuxedo hitam, Irsyad tampil bergaya bow tie merah di leher. Di samping Melati yang mengenakan one shoulder prom gown bewarna merah daripada material Roberto Cavalli Silk-satin dengan garapan France lace. Tampan dan anggun si teruna dan dara semakin menghidupkan majlis penyatuan tokoh-tokoh perniagaan di Malaysia beserta beberapa orang delegasi daripada luar negara seperti Singapura dan Korea.


            “ Tengok tu, Kak Ayu. Padan sungguh mereka berdua tu.” Kata Datin Maizah begitu teruja. Menarik perhatian Puan Sri Ayuni untuk menoleh ke sebelah kanannya.


“ Hurmm, sesuai.. akak tak kisah siapa pun pilihan Irsyad, asalkan mampu menjadi isteri dan ibu yang boleh menyempurnakan keluarga.” Balas Puan Sri Ayuni ringkas dan padat. Dia menyambung kembali suapannya yang terhenti.     


            “ Kalau kita berbesan bagus jugak kak, tak perlulah Melati mencari suami orang jauh. Depan mata ini dah cukup segala pakej.” Datin Maizah menyampaikan hasrat hati yang sudah lama dirancang.


            “ Kalau berjodoh apa salahnya, Mai. Akak pun senang hati kalau Melati menjadi pilihan Irsyad. Tak perlulah akak risaukan si bujang tu lagi.” Bicara Puan Sri Ayuni sekadar berbahasa.


Teringat perbualan bersama anak terunanya di siang hari, Puan Sri Ayuni tidak mahu memberi harapan kosong kepada Datin Maizah merangkap adik iparnya. Irsyad berhak memilih yang terbaik di hati lelakinya dan dia sebagai seorang ibu akan menilai baik buruk pilihan itu.


            “ Mesti berjodoh punya, kak. Asalkan ada kesungguhan dan keinginan tentu ada jalannya.” Jawab Datin Maizah pula. 


Puan Sri Ayuni hanya mengangguk dalam senyuman sebelum memandang suaminya  yang sedang rancak bersembang dengan Dato Riyad dan beberapa ahli korporat yang lain. Dato Riyad merupakan adik kandung Puan Sri Ayuni serta suami kepada Datin Maizah dan ayah kepada Melati.


            Berbalik pada Irsyad dan Melati. Masing-masing menayangkan senyum menawan di khalayak ramai. Sungguh pun demikian, Irsyad sedikit tidak selesa kerana tumpuan fikirannya agak terganggu. Seolah dicuri oleh bayangan seseorang. Puas dia cuba menyedarkan diri agar sentiasa fokus dengan perkara yang dialaminya sekarang namun ternyata sukar. 


            “ Syad, you nak apa-apa tak? I ambilkan makanan untuk you? ” Melati menawarkan diri. Sengaja bersikap begitu demi mencapai hati pemuda itu. Teringat pesanan mummynya supaya dia sentiasa rajin dan berusaha dalam memikat hati Irsyad.


            Okay, thanks Mel.”


You’re most welcome, dear.” Melati menyentuh bahu Irsyad sebelum berlalu ke meja buffet.


“ Gila! ” keluh Irsyad tidak semena-mena. “ Aku betul-betul terkena sumpahan Saiful.”


            Irsyad pantas bangun dari duduknya yang gelisah. Dia perlukan segelas air bagi menghilangkan dahaganya. Mata Irsyad meliar mencari pelayan yang bertugas. Sekejap kemudian dia terkedu. Tegak tubuhnya apabila terpandangkan kelibat seseorang yang menyerupai bayangan dalam ingatannya. 


            Oh, god! Bukan perempuan itulah! Kenapa mesti aku teringatkan dia? ” keluhnya bingung. Buntu akal fikirannya. Barangkali ini padahnya bercakap besar dan saat ini Allah mahu tunjukkan kebesaran-Nya. Sehinggakan Irsyad benar-benar terseksa dan terdera dari sudut jiwa.


            “ Ya Allah, why do I want her so badly? ” Irsyad seperti mahu menjerit. Batinnya seakan mahu mengerang kesakitan walaupun jiwanya sahaja yang terdera.


            “ Siapa dia? ” Melati menyampuk sambil membawa sepinggan salad bersama French fries.


Nothing, Mel. You salah dengar.”


“ I tak salah dengar, Syad. Who is she?


Drop it, Mel. Tak penting untuk kita kisahkan siapa perempuan tu.”


Melati terpaksa menarik senyum nipis. Tidak mahu menjejaskan suasana yang sedang damai dan syahdu ketika ini. “ Fine, I pun tak nak ambil tahu. Jom kita makan, Syad.” Tangan sasa Irsyad ditariknya.


Irsyad menggeleng sebelum perlahan menarik tangannya semula. “ I tak ada selera, Mel. You makan dulu nanti pandai-pandailah I ambil sendiri. Kalau mama cari I, katakan I pergi ambil angin dekat luar sekejap.” 


            But Irsyad, I want…” kata-kata Melati putus apabila Irsyad mendadak pergi. Gayanya terlalu gelisah dan mahu bersendirian buat seketika.


Melati merengus geram. Hancur rancangannya untuk malam ini. And who is she? Siapa perempuan yang berjaya menjajah fikiran Irsyad saat ini? Oh, my darling mummy… I want you right now! 





DIA tidak mengetahui arah tujunya. Irsyad tenggelam punca. Angin segar yang dicari tetapi kepalanya pula yang berangin. Oleh itu, dia terus berlegar-legar di sekitar foyer hotel. Ikutkan hati, Irsyad mahu pulang dan tidur bagi membuang segala ketegangan fikirannya.  


Bullshit!! Aku pasti ini bukan cinta. Saiful sengaja menyumpah aku sampaikan aku teringatkan perkara yang mengarut! ” tempelaknya ekoran hati yang terasa mahu membentak marah.


Kerap kali telinganya terngiang-ngiang lagu bertemakan ‘rama-rama’ itu. Semakin Irsyad cuba menangkap liriknya, semakin dia tercari-cari setiap bait lagu ‘kanak-kanak’ itu. Walaupun hanya sepotong lagu yang terlalu biasa didendangkan tetapi Irsyad amat menuntut suara itu di cuping telinganya. Mengalunkan serta membuai dirinya yang keresahan.


Irsyad melonggarkan bow tie di sekeliling lehernya. Dengan keadaan dirinya yang tidak menentu, Irsyad terasa lehernya pula bagaikan dijerut kelemasan. Dalam masa yang sama telefon bimbitnya bordering nyaring.


“ Irsyad dekat mana ni? ” Puan Sri Ayuni bertanya setelah memberi ucapan salam.


“ Sorry, mama…Syad ada dekat luar, ambil angin sikit. Sekejap lagi Irsyad masuk dewan semula.”


“ Papa cari kamu,” beritahu mamanya. Irsyad mengeluh kemudian.


“ Irsyad tak sihat ke? ” segera Puan Sri Ayuni menyoal apabila terdengar desah nafas anak terunya yang kelihatan tidak bermaya.  


“ Nothing serious, mama.. I’m alright.”


“ Tapi kenapa mama rasa ada yang tak kena dengan Irsyad? Mari masuk dalam dewan, mama nak tengok kamu.” Arah mamanya. Irsyad terasa mahu membuang lagi nafas berat namun dia menahannya demi tidak mahu merisaukan Puan Sri Ayuni.


‘ Hati, jiwa dengan akal Irsyad yang tak berapa nak betul, mama…’ desah hatinya yang kian meruncing.


“ Okay, Syad masuk sekarang.”




PUAN SRI AYUNI membetulkan bow tie anak terunanya yang kelihatan sengit sedikit. Tan Sri Jeffri Lee menyentuh bahu Irsyad dari belakang. Bertemu dengan isteri dan anak bujangnya setelah puas berbual dengan rakan-rakan niaganya.


“ Ni qu nali? Papa cari Irsyad dalam dewan langsung tak nampak.” Itulah pertanyaan pertama Tan Sri Jeffri Lee.


“ Sorry, tadi Syad keluar ambil angin sekejap, papa.”


“ Ni wei shen me? Bu shu fu? (Kamu kenapa? Tak sedap badan ke?) ” Puan Sri Ayuni mencelah dengan nada sedikit kerisauan.


“ Syad okey, mama.” Jawabnya pendek.


“ Tapi kenapa air muka tu nampak berserabut sungguh? Mama kenal sangat dengan wajah Irsyad bila bermasalah. Cuba beritahu mama apa yang tak kena? ” soal Puan Sri Ayuni cakna. Tan Sri Jeffri Lee juga menumpukan perhatian kepada anaknya. Menanti jawapan Irsyad.


Irsyad pantas mengukir senyum. Mengusir kerisauan yang wujud di wajah mamanya. Mungkin ‘sesuatu’ yang terbuku di hatinya telah terbias ke wajah. Menjadikan air mukanya keruh dan mendung. 


            “ Wo hen hao, mama. ( Saya sangat baik, mama.)” Katanya ringkas. Malas berbahas isu tersebut. Bagi Irsyad, sama ada keadaannya baik atau sebaliknya, jawapan yang diberikan kelak tidak mungkin selari dengan apa yang sedang berlaku terhadapnya. 


            “ Hao (bagus). So, papa nak tahu jadi tak trip Irsyad ke Dubai lusa nanti? ”


            Kepalanya lekas mengangguk. “ Insya Allah, Syad akan ke sana untuk uruskan proposal dengan pihak Emirates. Mungkin dalam seminggu baru selesai semuanya.”  


            “ Papa harapkan berita gembira daripada Irsyad nanti.”


            “ Syad tak pernah gagal, papa.” Kata Irsyad tenang. Tan Sri Jeffri Lee tersenyum. Dia mengangguk-angguk. Puan Sri Ayuni hanya diam mendengar perbualan dua orang lelaki yang amat penting dalam kehidupannya. 


            “ Wo chi tao, dah banyak kali Syad tak pernah hampakan papa.” Tan Sri Jeffri menepuk-nepuk bahu anak terunanya yang bakal mewarisi seluruh empayar Garuda Corporation. Irsyad merupakan simbol kebanggaan serta kehebatan baginya. Manakala Puan Sri Ayuni merupakan pendorong kepada seluruh kejayaannya selama ini.

 



SEDANG tiga orang anak beranak itu berbual-bual, Datin Maizah dan Melati memandang tepat ke arah mereka. Tanpa sedikitpun tersasar, keluarga Tan Sri Jeffri menjadi tumpuan. 


            “ Macam mana ni, mummy? Mel risau sungguh kalau ada perempuan lain yang dah berjaya merasuk fikiran Irsyad.”


“ Mel, ingat lagi pesanan mummy? Jangan mudah takut atau gelabah, kalau tak kamu yang hilang semuanya. Ikan paus dah ada depan mata, pandai-pandailah Mel pancing. Takkan nak dibiarkan lepas ke tangan lain. Yang penting Mel mesti tangkap pakai cara apa-apa pun sambil mummy pasang jala untuk tolong kamu.”


“ Entahlah mummy, Mel blur kalau tiba-tiba Irsyad jatuh suka dengan perempuan lain. Susahlah Mel nak pikat hati dia nanti.”


“ Oh, pleaselah Mel…jangan jadi perempuan yang tak ada ketetapan diri. Ini target Mel untuk menjadi wanita yang lebih hebat di samping keluarga Irsyad. Kalau mummy muda lagi, mummy takkan lepaskan lubuk emas macam Irsyad. Semua ini peluang untuk Mel lebih bahagia daripada sekarang. Mel kena cekup sampai dapat anak tan sri dan kemudian hidup bertemankan duit yang tak putus-putus sampai tujuh keturunan.”


“ Itu Mel tahu tapi…”


“ Jangan mengalah dan jangan mengeluh! Mummy tak suka sikap macam tu! Mel mesti teruskan usaha-usaha Mel untuk memikat Irsyad dan mummy pula perlahan-lahan akan mempengaruhi puan sri dengan kebaikan Mel.”


Melati mengangguk kecil. Dia perlu melakukannya untuk mendapatkan apa yang diinginkan serta mencapai tujuan mummy agar berbesan dengan Irsyad demi meluaskan lagi pentadbiran Riyad Holding.


“ Mel akan cuba, mummy.”


“ Bukan Mel akan cuba, tapi Mel akan laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Mummy tak sukakan kegagalan so, Mel mesti pulun sampai berjaya.” Ujar Datin Maizah membetulkan butir bicara anak daranya. 


Fine, mummy… Mel akan buat dengan sebaik mungkin. Takkan ada kegagalan! ” tekadnya yakin. Datin Maizah senyum lebar kemudiannya. Tangan kanan Melati digenggam seeratnya.


“ Kalau Mel nak lebih hebat, by the end of this year ikat Irsyad dengan satu ikatan. Mummy tak kisah sama ada kamu berdua bertunang atau berkahwin, yang penting Mel berhasil mengikat kaki anak lelaki Tan Sri Jeffri Lee.” 


            Melati tergamam. Otaknya lekas mencongak tempoh yang dimaksudkan oleh mummynya. Tinggal empat bulan sahaja lagi sebelum mencecah ke tahun baru. Bolehkah aku menawan hati Irsyad dalam tempoh yang singkat ini? 





BAB 4





Selepas menarik nafas panjang, pintu kaca itu ditolaknya dengan cermat. Irsyad melangkah masuk ke dalam Rayyan Café dengan memakai sunglasses. Suasana café ketika itu tidaklah ramai dengan pelanggan kerana waktu telah mencecah pukul 11 pagi.


            Irsyad mengisi tempat duduk bagi dua orang makan. Ditanggalkan rayban hitam yang dipakai sebelum melipatnya kemas lalu diletakkan atas meja.


            “ Nuzul.” 


Tersentak. Sepotong nama itu menyapa cuping telinganya. Irsyad tidak menoleh kerana dia pasti pelanggan yang berada di belakang mejanya yang memanggil.


“ Ya, saya… ada apa lagi Encik Khairul? ” kini suara Nuzul muncul di belakangnya. Irsyad menayangkan aura tegang. Mukanya yang sedia tanpa senyum semakin serius dan beku.


Wait, wait! Macam mana aku tak perasan budak tu waktu aku masuk tadi? Bila masa dia ada dekat belakang aku? Apasal aku tak nampak dia melintas depan aku? Benak Irsyad tiba-tiba diterpa dengan persoalan-persoalan yang tidak diundangnya. 


Alih-alih Irsyad mendengus marah. Sedar sendiri bahawa dia sekali lagi telah membenarkan fikirannya dijajah oleh wanita yang berkenaan.


“ Janganlah panggil encik, saya terasa tua sangat, Nuzul. ”


“ Habis, nak dipanggil apa? Encik Khairul customer saya mestilah saya kena panggil begitu.” Nuzul membalas sebaik bahasa.


“ Panggil Khai just enough, Nuzul.”


“ Hurmm, okey..saya cuba. So, awak nak apa panggil saya tadi? Nak tambah pesanan lagi? ” soal Nuzul kemudiannya.


“ My latte, mesti kurang manis tau.”


“ Itu saya tahulah.”


“ Awak tahu? Saya ingatkan awak lupa, Nuzul.”


“ Dah tiga hari berturut-turut awak buat pesanan yang sama, saya tak mungkin lupa apa yang customer suka.” Jawab Nuzul ramah.


“ Good girl, lain kali kalau saya ke sini lagi awak mesti serve saya, okey? ”


Nuzul hanya membalas dengan tawa kecil. “ Okey, kalau tak ada apa-apa lagi, saya hantar dulu pesanan awak. Sila tunggu dengan sabar tau.” 


I will.”


Irsyad diam sedari tadi. Sambil tersandar pada kerusi, dia mendengar setiap butir perbualan antara kedua-duanya. Sehinggalah kelibat Nuzul berlalu, matanya mengekori setiap langkah wanita itu ke kaunter.


‘Oh, damn it!’ herdik hatinya. Perlukah kau pandang dia setajam itu, Irsyad? Jangan biarkan perempuan itu mempengaruhi hatta menakluki fikiran kau! Take it seriously, Irsyad. Let go the girl as soon as you can! 


Demi terlihat kelibat Saiful, Irsyad lantas melambai tinggi tangannya. Mencuri tumpuan Saiful untuk hadir ke mejanya. 


“ Kau dari mana ni? Dah seminggu aku tak nampak tiba-tiba muncul pulak hari ni.” Saiful bertanya sebelum melabuhkan duduk di kerusi berhadapan Irsyad.


“ Aku pakai coat dengan tie, Saif… mestilah dari office. Lagipun aku baru masuk office hari ini after one week terbang ke Dubai.” Maklum Irsyad seraya memeluk tubuh.


“ Ohh, patutlah senyap handphone aku. Kalau tak, akulah yang menjadi mangsa kau waktu hujung minggu. Orang nak berbahagia dengan family pun terbantut.” Sengih Saiful.


Irsyad mencemikkan muka. “ Tak payah tayang muka bahagia depan aku.”


“ Nak dapat kebahagiaan macam aku ni, caranya cuma satu.” Saiful sengaja membiarkan ayatnya tergantung kerana Irsyad amat arif akan maksudnya.


“ Aku tahu apa yang terkandung dalam otak kau tu, Saif but I have no idea untuk…” kata-katanya tamat di situ. Irsyad diam tanpa disuruh apabila muncul seraut wajah di matanya.


Nuzul melintas meja Irsyad dan Saiful tatkala perbualan sedang berlangsung. Tegak wajahnya menuju ke meja belakang sambil membawa minuman yang dipesan oleh pelanggan yang bernama Khairul. 


“ Saif, keep her in the kitchen. Jangan bagi mata aku semak tengok dia berkeliaran sekitar sini.” Luah Irsyad sedikit geram. Itupun setelah kelibat Nuzul kembali ke kaunter minuman.


“ Siapa? Nuzul? ” Saiful meneka. Irsyad laju mengangguk.


“ Syad, agak-agaklah buat permintaan tu! Dia waitress, tugasnya ambil pesanan pelanggan bukan disimpan dalam dapur.” Tukas Saiful dengan kerutan di dahi. Bingung dengan permintaan mendadak Irsyad. 


“ Then, apa kata kau tukar kerja dia ke bahagian belakang? ” cadang lelaki itu pula.

Makin berserabut Saiful mendengar permintaan teman baiknya itu. Sejak zaman belajar bersama di Universiti of Birmingham lewat enam tahun lalu, belum pernah Irsyad bertindak seperti sekarang. Bukan stail pemuda itu untuk mengambil kisah berkenaan rakyat ‘biasa’ seperti Nuzul. Hidup Irsyad hanya terbatas dengan beberapa golongan atasan sama ada berpangkat tinggi, berdarjat mulia atau anak serta cucu-cicit kerabat di raja. Pokok pangkalnya, lelaki itu sangat jarang bercampur gaul dengan golongan ‘bawahan’ apatah lagi mereka yang kais pagi makan pagi, kais malam makan malam. Barangkali belum pernah tertulis dalam diari kehidupan seorang Alif Irsyad.


“ Yang kau anti sangat dengan Nuzul kenapa? Budak tu sikit punya cantik boleh kau pertikaikan dia? Baik-baik jaga mata, jangan terpesona sudahlah.” Giat Saiful dalam sengihan.   


“ Sebab dia tak cukup lawalah aku suruh kau simpan dekat dapur. Mood aku betul-betul terganggu bila tengok dia.” Sungguh ketat air muka Irsyad sewaktu berkata. Mahu menyampaikan betapa jiwanya terdera setiap kali menatap wajah Nuzul.


“ Aku tak alternative lain untuk kau, Syad. The best solution, kalau tak suka jangan pandang. ” Saiful hanya membalas ringkas. Bolayankan saja permintaan Irsyad.


“ Masalahnya dia suka berjalan depan aku, aku tak boleh elak! ”


“ Enough, Syad…melayan angin kau memang susahlah aku nak berniaga. Tak payahlah tayang muka mencuka, mahu lari customer aku nanti.” Saiful sudah tersandar malas. Sudahnya Irsyad nekad menyarungkan sunglasses dalam café.Tergeleng-geleng kepala Saiful memandang gelagatnya.


            “ Boss, ada call daripada supplier.” Seorang pelayan wanita bernama Aqilah hadir antara mereka.


Saiful mengangguk. “ Okay, thanks.” Aqilah berlalu sejurus itu.


 “ Aku masuk bilik dulu, Syad. Kau pun tak payahlah duduk melangut saja, tak nak isi perut sekali? Aku rasa tekak kau tu dah haus sangat bercakap pasal Nuzul. Tunggu sini sekejap, aku panggilkan Nuzul ambil order sambil teman kau minum. Waktu itu, kau keluarkanlah semua complaint kau yang tak relevant tu dekat dia.” Sindir Saiful selamba. Sengaja memprovok reaksi Irsyad. 


“ Tak payahlah, aku tak…” Irsyad segera mencegah namun Saiful lebih pantas berjalan ke kaunter minuman. Dia terkebil-kebil di tempat duduknya tanpa mampu menghalang lagi.


Irsyad terkedu. Saiful benar-benar memaknakan kata-katanya. Nuzul melangkah gagah ke arahnya. Irsyad mengetap kuat gigi. Menahan gejolak rasa yang tiba-tiba berpusaran. Dadanya dilambung ombak yang dia sendiri kurang arif dari mana puncanya. Irsyad bingkas bangkit setelah membuang sunglasses ke atas meja. 


“ Eh, kenapa ni? ” Nuzul amat terkejut. Lengannya dirangkum kemas oleh tangan kawan baik majikannya. Semua pelanggan tercengang termasuklah beberapa orang pelayan yang bertugas di kaunter minuman dan yang menghantar pesanan.


“ Aku nak bawa kau ke dapur.” Irsyad membalas deras dan beku.


“ Tapi kenapa? ” semakin tidak keruan Nuzul dibuatnya. 


Irsyad diam. Terus mengheret batang tubuh Nuzul ke tempat yang dimahukannya.


“ Encik janganlah macam ni, saya tak suka. Semua orang tengah tengok tindakan encik sekarang! ” Nuzul cuba menarik lengannya agar terlepas daripada cengkaman Irsyad. Namun tidak mendatangkan apa-apa hasil.


Sampai di bahagian pintu dapur, Irsyad melepaskan tangan Nuzul. “ Mulai sekarang kau bertugas dekat dalam. Aku tak nak tengok kau berkeliaran dekat bahagian luar.”


“ Tapi saya pelayan dan tukang ambil pesanan, bukan tukang masak atau pekerja cuci pinggan mangkuk dekat belakang tu.” Nuzul mempertahankan kerjanya.


“ Aku tak peduli kerja apa-apa pun kau nak buat dekat belakang tu, janji jangan ke depan. Semak mata aku tengok kau berjalan ke hulu hilir.” Irsyad menegaskan kenyataannya. Mata redupnya menikam mata bundar Nuzul.


“ Tapi apa salah saya? Sejak kejadian tempoh hari saya dah tak buat sebarang kesalahan lagi. Encik tak boleh suka-suka hati arahkan saya buat kerja yang bukan menjadi tugas saya.” Lantang Nuzul. Menunjukkan dirinya yang mempunyai pendirian yang tetap serta tidak mudah diperkotak-katikkan. 


Irsyad sebaliknya terkebil-kebil. Terasa dirinya dimarahi oleh bibir merah lembut itu. Dia telan liur seraya melarikan anak mata. Bibir Nuzul dirasakan ciptaan paling unik yang pernah dilihatnya. Menggamit matanya untuk terus memandang sedang jantungnya berdebar bagaikan mahu tercabut dari tempat ia berdenyut.


‘ Kesalahan kau bukan dari sudut pandangan mata kasar, Nuzul! ’ Tempelak hati Irsyad.


“ Ni bu ming bai,” Irsyad berkata sesuatu yang tidak difahami oleh wanita di hadapannya. Membawa makna ‘Kau tak faham.’


“ Apa yang encik cakap? Saya tak faham,” Nuzul bertanya kembali kerana dia tidak mampu menangkap setiap patah perkataan yang dilontarkan laju kepadanya.


“ Kalau kau nak terus bekerja tanpa apa-apa kesalahan yang sengaja aku ciptakan untuk kau, please remain silent at here. Aku pasti, kau tentu tak mahu mengundang sebarang masalah dengan aku. Bila-bila masa aku boleh berhentikan sesiapa saja yang aku suka…termasuklah kau.” Gertak Irsyad. Suaranya mendesah garau dan penuh kecaman.


Nuzul mengemamkan bibir. “ Tapi saya dah cukup senang dengan tugas yang saya buat sekarang. Encik janganlah buat saya begini…” perlahan dia berkata. Nada yang mengandungi sebak dan pilu. Pahit mengenangkan dirinya hanyalah manusia kerdil tanpa kuasa dan perlu mengikut telunjuk manusia yang lebih berkuasa seperti Irsyad.


Tergamam. Kelu lidah Irsyad untuk melanjutkan bicara sedang bebola mata Nuzul amat mencuri perhatiannya. Berkaca-kaca digenangi air dan sedikit masa lagi mata itu akan mengalirkan mutiara jernih. Petanda bahawa perasaan Nuzul sedang terhiris kerananya. 


‘ Did I hurt her feeling ? ’


“ Selagi aku ada dekat dalam café ni… please stay here. Selepas aku pergi nanti kau sambunglah kerja kau semula dekat depan.” Irsyad mengendurkan suaranya. Tidak setegang seperti di awalnya. “ And please don’t cry.” Tambahnya lagi.


‘ Oh, god…dia yang menangis tapi kenapa mesti aku yang sakit hati?! ’ jerit hati Irsyad yang kian merusuh hebat.


Nuzul diam sebelum perlahan mengangguk. Sedikit lega apabila Irsyad tidak bercadang menempatkan dia di bahagian dapur.


“Jangan pernah menangis depan aku. Keep that in your mind.” Pesan Irsyad sebelum meninggalkan Nuzul. 


Nuzul hanya mampu mengusap-usap dadanya agar marah dan geram yang bercampur segera terhapus. Kehangatan yang diberikan lelaki itu amat menjentik ngilu ke hatinya. Perasaannya amat terguris sebagai seorang wanita. Nuzul benar-benar berharap Irsyad segera lenyap dalam hidupnya atau ada rezeki lain buatnya untuk berpindah tempat kerja. 


Sungguh pun demikian, keadaan yang mendesak tidak memungkin Nuzul untuk memilih kerja yang diinginkan. Kelulusan yang dimiliki hanyalah sekeping sijil. Kehidupan yang dilalui saat ini jauh lebih mencabar daripada dulu. Segalanya berlaku dalam sekelip mata.  






ENJIN Lotus Evora dimatikan oleh Irsyad. Dia tersandar lemah pada kusyen kereta. Biarpun telah tiba di Garuda Corporation, Irsyad masih berdiam diri. Keluhan berat lantas dilepaskan. Tangan sasanya dihentak keras ke stering kereta. 


            “ Apa yang tak kena dengan kau, Irsyad? ” Persoal dirinya yang kebingungan. Selepas pertemuan dia dan Nuzul, Irsyad bertindak keluar daripada café. Dia tidak betah berlamaan memandangkan semua customer, waiter dan waitress masih mengekor setiap tingkahnya. 


‘ I’m sorry…so sorry, Nuzul. I didn’t meant to hurt you.’ Bisik hati Irsyad yang sedang berperang dengan keegoan. Jiwanya kacau tatkala mempertahankan sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Sesuatu yang tidak wajar bagi Alif Irsyad! 


Demi tuhan, Irsyad mendapati jiwa lelakinya sungguh terganggu. Berdesir-desir sebuah rasa yang belum pernah bangkit sebelum ini. Namun sayangnya, dia tidak mampu menanggapi perasaan halus itu. Apabila bertentang mata, Irsyad lelah menanggung desakan hati. Dia menjadi seperti musafir yang ketandusan air. Demikian itu, Irsyad bimbang dirinya akan tunduk kepada perasaan yang hadir tanpa dipupuk olehnya. Jika benar telahannya, Irsyad pasti dia bakal kecundang.


Bagaikan terhantuk dua kali, Irsyad tersedar kini. Situasi yang sama turut berlaku dalam tempoh beberapa hari lalu. Sepanjang dia berada di Dubai, hampir segalanya merencatkan kerjanya. Wajah lembut itu acap kali mengunjungi minda, mengiringi harinya. Figura Nuzul melayang-layang tanpa dipaksa atau dipintanya. Semuanya berlaku selayang pandang. Membuatkan Irsyad amat panasaran. 


“ Nuzul…Nuzul…Nuzul…” luah bibirnya seiring hati yang gundah. “ Siapa kau sebenarnya? Aku tak faham kenapa mesti kau? Kenapa bukan perempuan lain? Apa yang ada pada kau sebenarnya? ” Biarpun beribu persoalan Irsyad tetapi akhirnya menjadi kebuntuan buat dirinya. Irsyad tidak mampu menjawab segala pertanyaan tersebut. 


            “ Watch your mouth, Syad. Jangan pertikaikan kekurangan manusia. Aku tahu kau cukup segalanya tapi setiap kejadian dalam dunia ini kita tak pernah mampu menduga. Sekarang kau mungkin menolak, tapi apa yang akan berlaku di masa depan kita tak tahu. Jangan sampai kau yang tersungkur demi menagih kasih dia. Masa itu kau dah tak pandang zahirnya, sebab batin kau lebih terseksa untuk bersama dia.” 


Irsyad telan liur. Bicara Saiful kembali tersingkap di benaknya. Memang dia telah tersilap besar dengan berkata sombong dan mendabik dada. Hikmah dan natijahnya telah diperolehi. Irsyad akur setiap kejadian itu hanya berlaku dengan kebesaran Allah. Betapa khilafnya dia untuk tidak memandang semua itu.


Biarpun Irsyad bermatian berhujah bahawa Nuzul tidak mungkin berganding dengannya namun hakikatnya dia terpaksa menelan semua kata-katanya. Yang nyata Irsyad ingin sekali menarik seluruh kata-kata tersebut. Memadam semua bicaranya yang bongkak. 
 

‘ Ampunkan aku, Allah…Aku benar-benar tersilap perhitungan. Aku lupa bahawa hanya  kekuasaan-Mu yang meliputi bumi, langit dan seluruh alam semesta.’ Desisnya bersama  perasaan yang tertunduk lemah kerana bersalah sebagai seorang hamba.   





$$$$$ sILA komen sikit jika anda mahu lagi supaya Aii tahu apa pandangan READERS dengan e-novel yang baru Aii tulis ini, by the way kalau anda tak suka tolong bagitahu apa yang tak sedap atau tak best tau, hehe :D





7 comments:

  1. Hi Aii fariza..
    plot penceritaan nya best n kita suka bila pencintaan selepas nikah..halal..hehe :)

    Nur Aidah Muhamad Noh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Bezt cite ni smbg ag xsbr nk baca epi seterus ye

    ReplyDelete
  4. Bezt cite ni smbg ag xsbr nk baca epi seterus ye

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, ok je story cuma mungkin agk slow sikit cerita ni tapi normal la, baru permulaan cerita. nnti lma2 mkin best la. keep it up, gud luck. salam alaik.

    ReplyDelete
  6. Kak Aii, best gila! Klau diterbitkan, update tau.. nak rembat satu :)
    -Ira Ina-

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^