Cerpen Hati Bersatu Jiwa 1
OPPSS!! sorry ari ni bukan nk update ASA tp just a cerpen,
trime lha yer tanpa sedih dan keciwa, ASA akn diupdate lame ckit coz
lately bz pastu nk exam plak so, kne stop for a while,
hope u all njoy with this short story, ini adlh kisah benar but bukan sy yg alami,
my friend yg citer n then I just olah utk dijdkan cerita bersama anda smue,
but its still the 'pure' story, sedih taw.. ^^
********************************************
Mak
cik Faridah mengeluh lagi. Sedih melihat perhubungan anak menantunya yang mulai
pincang sedangkan baru dua minggu berkahwin. Dia merenung ke tubuh Syuairah,
anak perempuannya yang sedang berdiri di serambi rumahnya. Mungkin ingin
menghirup udara malam.
“ Aira tak nak balik ke? ”
Syuairah menoleh pada ibu yang sedang
duduk di ruang tamu. “ Ibu tak suka Aira ada kat sini? ”
“ Bukan ibu tak suka tapi Aira ada
suami yang sedang menunggu kamu di rumah.”
Syuairah mengeluh perlahan. Berat
beban di jiwa. Terkenangkan Furqan hatinya cukup sayang tetapi apabila
berhadapan dia rasa sangat benci pada suaminya. Ya Allah, apa makna semua ni?
Aku sayang padanya tetapi setiap kali dia mendekati aku jadi marah dan benci.
“ Baliklah, sayang. Aira fikirlah
masak-masak sebelum ambil apa-apa tindakan. Usia perkahwinan kamu berdua masih
terlalu mentah. Belajar dulu menangani masalah yang ada, jangan fikir nak
berpisah.”
“ Aira tak fikir pun nak berpisah
dengan Abang Furqan,” sungguh dia tidak pernah terfikir untuk memilih jalan
yang singkat itu bagi melupuskan masalahnya. Syuairah sedar bahawa perkahwinan
ini terlalu awal untuk ditamatkan waktunya.
“ Habis tu, kenapa setiap kali habis
kerja Aira balik ke sini? Furqan suami
Aira, tanggungjawab Aira, jaga kebajikan
suami kamu.”
“ Aira nak buat semua tu ibu , tapi
Aira tak mampu. Setiap kali Abang Furqan berdiri dekat depan mata Aira rasa nak
larikan diri, Aira tak suka tengok muka dia.”
“ Astaghfirullah…” Mak cik Faridah
beristighfar. Berat sangat masalah kali ini!
“ Jangan ikutkan kata hati, Furqan
tu suami yang baik. Ibu sukakan diri dia yang jujur dan ikhlas tu, tak ada
cacat celanya Furqan sebagai suami. Malah ibu sayangkan dia macam ibu sayang
Aira dan abang-abang kamu. Dia
satu-satunya menantu lelaki yang ibu punya.
Aira kena tolak perasaan tak suka dan benci tu jauh-jauh. Jangan biarkan
bisikan syaitan yang mendahului akal waras kamu sebagai seorang isteri.”
“ Ibu…Aira tak mintak hubungan kami
jadi macam ni, Aira sendiri tak tahu kenapa perkara ini yang berlaku antara kami
sedangkan ibu tahu Aira yang setuju dengan pinangan Abang Furqan dulu.”
Mak cik Faridah mengangguk. Dia
mengenali menantunya hanya dalam lima bulan yang lepas kerana Furqan merupakan
bos kepada Syuairah. Sifat mulia dan sopan pemuda itu sangat memikat mata
tuanya. Memandang raut dan tingkah Furqan mengembalikan nostalgia Mak cik
Faridah ketika bersama arwah suaminya. Oleh itu, sewaktu rombongan pinangan
dihantar oleh Furqan sampai ke rumah, dia tidak teragak-agak untuk bersetuju.
Mak cik Faridah yakin Furqan mampu menjaga satu-satunya puteri yang dimiliki.
“ Ibu rasa baik Aira balik dulu ke
rumah. Kesian Furqan menunggu kamu di rumah.”
Syuairah mengangguk. “ Ibu jangan
risau, Aira tetap akan balik juga tapi bukan sekarang, sekejap lagi baru Aira pulang.”
“ Habis tu, siapa yang siapkan makan
malam untuk Furqan? ”
Terdiam. Syuairah tahu dia bersalah
dalam soal itu. “ Abang Furqan tahu masak sendiri.”
“ Walaupun Furqan pandai urus diri
sendiri tapi peranan Aira tu penting. Kamu isteri dia, wanita yang akan menguruskan
segala keperluan dia.”
Lagi-lagi Syuairah mengangguk faham.
Kata-kata seorang ibu tidak mampu dibalas apabila kesayuan wujud dalam nada
suara itu. Harapan seorang ibu untuk melihat kebahagian seorang anak.
Ya Allah, Kau yang merancang setiap apa
yang berlaku, semua ini dalam genggaman-Mu dan aku tahu kali ini pasti ada
perkara yang tersulit yang menjadikan diriku tidak mampu bersatu hati pada
suamiku. Berilah aku jalannya, ya rab.
****************************************************************
Pintu
rumah ditutup dan dikunci dengan cermat. Perlahan diatur setiap langkah ketika
menapak masuk ke dalam rumah. Namun langkah tergencat di ruang tamu. Kelibat
Furqan yang sedang ketiduran di sofa berangkai tiga menyapa mata. Pasti suaminya
menunggu kepulangannya kerana waktu telah pun menginjak ke pukul 10.10 malam.
Berbelah bahagi hati Syuairah untuk
mendekati. Dia di antara dua persimpangan. Sama ada mahu mendekati lalu
membangunkan suaminya atau terus berlalu naik ke tingkat atas tanpa menghiraukan
keadaan Furqan yang tidur dalam keadaan yang kurang selesa. Maklumlah suaminya
seorang yang bertubuh tegap dan tinggi, tentulah bakal sakit badan jika
berterusan tidur di sofa dari malam hingga ke pagi.
Aira mendekati juga suaminya yang
sedang tidur dengan aturan nafas yang tenang. Walaupun jaraknya hanya 10 kaki tetapi dia mengambil masa yang agak
lama untuk mendekati. Semakin Aira
menghampiri semakin mengalir perasaan benci itu. Namun dia menggagahkan
diri demi kata-kata ibunya agar jangan menurut bisikan syaitan.
“ Abang…” Lembut dia memanggil.
“ Abang..”
Namun Furqan tetap dalam posisinya.
Tidak berkutik tubuhnya. Aira mengetap gigi. Bukan kerana dia marah tetapi
kerana dia buntu sama ada mahu melakukan sentuhan atau tidak pada suaminya
supaya Furqan terjaga dari lena.
“ Abang..” panggilnya lagi.
Tetapi hasilnya tetap sama. Furqan
seolah-olah sangat lena.
Terketar-ketar tangan Aira untuk
menyentuh lembut bahu Furqan. Antara benci dan sayang, dia terhimpit dalam rasa
itu.
“ Abang..” ditepuk perlahan tangan di
bahu suaminya.
Tangan kekar Furqan pantas menangkap
tangan yang berada di bahunya. Senyuman manis segera tersiat di bibirnya.
Kelihatan wajah Furqan tidak seperti baru bangun tidur.
Aira terkejut. Tangannya kini dalam
genggaman Furqan dan beberapa kucupan dari suaminya telah melekap ke tapak
tangannya. Perbuatan itu seolah-olah seperti manusia yang derita sakit
kerinduan. Sungguhpun begitu, Aira ingin sekali menarik tangannya itu. Dia
tidak rela dengan sentuhan Furqan. Kebenciannya pada Furqan menusuk kalbu saat
itu.
“ Aira dari mana sayang? ” indah
perasaannya setiap kali raut isterinya menyapa mata. Tetapi sayang Aira tidak
mengalami rasa yang sama sepertinya. Entah apa yang sumbang dalam perkahwinan
yang baru dua minggu ini sehingga Furqan sukar untuk menebak isi hati
isterinya.
“ Dari rumah mak,” jawabnya ringkas. Jawapan
yang selalu diberikan sejak seminggu dia pulang lewat. Dia tidak ke tempat lain
kerana rumah ibunya adalah tempat yang paling tenang baginya. Dan Furqan tidak
pernah jemu bertanya.
“ Aira dah makan? ”
“ Sudah.” Dia mengangguk
Lantas bibir Furqan mengoyak senyuman
kecil. “ Tak nak tanya abang dah makan ke belum? ” soalnya dengan suara yang
paling dalam. Tercuit rasa terkilan dalam hati.
“ Abang dah makan? ”
“ Abang tunggu Aira, hari ni abang
masak lauk kegemaran Aira, ibu cakap Aira suka makan sayur lemak pucuk paku
dengan ikan keli masak merah.”
“ Tapi Aira dah kenyang, abang
pergilah makan.” Dijeling pada tangannya
yang masih terangkum dalam genggaman Furqan. Terasa mahu dinyahkan sentuhan
jemari suaminya.
“ Aira tak nak jamah sikit pun? ”
“ Aira penat, Aira nak naik tidur,”
jawabnya tanpa mendahulukan hati seorang suami.
Furqan mengerti. Dia mengangguk. “
Sayang pergilah tidur.”
“ Aira naik dulu,” dia meleraikan tautan
jari-jemari suaminya. Langkahnya cepat diatur naik ke anak tangga.
Furqan hanya menghantar dengan sorotan
mata.
***********************************************************
“ Tolong..tolong..jangan sentuh aku..”
gumam Aira dalam igauan.
“ Tolong..jangan! ” pekik Aira dalam
tidur.
“ Aira..” Furqan terkejut. Dia bingkas
bangkit.
“ Aira…bangun sayang..” seru Furqan mengejutkan
isterinya dari mimpi buruk itu. Dia mengusap dahi isterinya yang merintik
peluh.
Pantas mata Aira tercelik. Bulat
matanya memandang suasana bilik yang suram dan hanya ditemani simbahan cahaya
lampu meja sisi katil. Apabila kesedaran muncul, Aira menolak tangan Furqan
yang mengusap rerambutnya. Dia kemudian bangkit. Mencecah kaki di birai katil.
“ Aira nak ke mana sayang? ”
“ Aira nak ambil wudhu’.”
“ Sayang nak solat tahajjud? ”
Syuairah mengangguk. Dia bangun dari
birai lalu melangkah ke bilik air.
“ Boleh abang jadi imam Aira? ”
Langkahnya mati. Terkedu dengan
permintaan tulus itu. Perlahan-lahan dia mengangguk juga.
****************************************************************
Sepasang anak mata mereka saling
bertingkah. Menyalurkan arus listrik sehingga menjentik ngilu ke hati.
Pandangan Nur Syuairah bertemu dalam renungan Muhammad Furqan. Aira pantas
tertundukkan kepala dalam bilik pejabat itu. Amat malu saat itu.
Astaghfirullah..Furqan beristighfar.
Dia terleka dalam godaan mata. Tetapi sungguh seraut wajah itu menghantar getar
ke jiwanya, jiwa yang belum pernah diusik mahupun terusik dengan kehadiran
wanita-wanita yang pernah keluar masuk dalam kehidupannya.
“ Duduk Cik Syuairah,” jemput Furqan.
“ Terima kasih tuan,” ucapnya lembut.
“ Tak perlu panggil tuan saya bukan
suami orang.”
Berkerut dahi Aira. “ Eh, bukan tu
maksud saya. Saya panggil tuan ‘tuan’ bukan maksudnya saya ingat tuan dah ada
isteri. Saya panggil macam tu sebab tuan adalah bos saya. Orang yang perlu saya
hormat.”
“ Aira..” terluah nama gadis itu di
mulutnya sewaktu resume Aira berada di tangannya.
Gullp!! Aira telan liur. Lunak suara
garau itu melemaskan jiwa wanitanya. Sangat mengusik ke tangkai hati.
“ Boleh saya panggil Aira? ” Furqan
memanah mata Aira sehingga gadis itu menundukkan kelopak mata. Memandang
sepasang tangannya yang saling terjalin erat.
“ Er..err..boleh..” teragak-agak
bibirnya berkata.
“ Kenapa awak macam tak selesa? Awak
tak suka saya panggil awak Aira.”
“ Saya tak kisah tuan,” balasnya
semesra mungkin.
“ Aira..”
“ Hrmm..”
“ Awak masih kosong? ”
“ Hah? ” Aira terpinga-pinga. Kurang
jelas dengan pertanyaan Furqan. “ Kosong? Apa yang kosong? ”
“ Hari ni..er.. meja kerja awak masih
kosong so, boleh saya bagi tugas lain? ”
Furqan berlagak selamba. Cool dan bersahaja.
“ Boleh, anything Tuan Furqan I can do
it.”
“ Buatkan saya secawan Nescafe boleh?
”
Aira mengangguk dalam senyuman segar
sebelum bangun. “ Saya keluar dulu tuan.”
Tangan kekar Furqan segera naik ke
dada, menenangkan ribut yang melanda diri. Aku yang tertawan atau dia yang
sengaja menawan aku?
***************************************************************
“ Aira,” panggil Furqan.
“ Aira,” panggilnya lagi.
“ Aira! ” ditekan suaranya.
“ Hah? ” Tempik Syuairah terkejut.
“ Allahuakbar,” lafaz Furqan spontan.
Syuairah terlopong. Kerana tersentak
disergah, cawannya yang berisi air kopi telah dihayun ke depan dan
mengakibatkan pakaian kerja Furqan termandi air kopi.
“ Ya Allah, tuan..saya mintak maaf
saya tak sengaja,” pinta Aira
berkali-kali. Dia sangat cuak kala itu. Tidak sepatutnya dia melamunkan Tuan
Furqan dan akibatnya lelaki itu telah disimbah dengan air kopi yang dibikinnya.
“ Apa yang awak lamunkan ni, Aira?
Ingat boyfriend? ”
“ Yeah, tuan! Eh, bukan-bukan..”
“ Haiisyh, awak ni..” Furqan terus
masuk ke dalam pejabatnya. Bertukar merah muka sawo matangnya. Dia terus
menghempas punggung ke kerusi. Mujur kerusi tersebut empuk jika tidak pasti
merana badan yang terhempas kuat. Tetapi Furqan tidak kisah. Yang penting
hatinya kini sedang menghangat. Kemeja putihnya yang kotor tidak diambil
peduli.
“ Tuan..” sayu Aira menyeru. Takut
melihat raut Furqan. Belum pernah dia menghadap sifat Furqan yang garang dan
tegas saat ini.
“ Saya bayar gaji awak bukan untuk
ingat lelaki lain. Awak sepatutnya ingat saya, bos awak.”
“ Maafkan saya tuan, tadi tu saya
salah cakap. Saya tak..”
“ Habis tu, tadi tu bukan awak
melamunkan perkara lain selain dari kerja yang saya bagi? Awak dah salah guna
masa kerja yang diperuntukkan pada awak. Jangan ingat nak makan gaji buta! ”
Aira menggelengkan kepala.
Berkali-kali. “ Saya tak pernah berniat macam tu.” Bebola matanya hampir menerbitkan air. Sebak
dituduh begitu oleh majikan.
“ Dahlah..saya tak sepatutnya marah
awak.” Furqan jadi gelabah. Nada suaranya dikendurkan. Air mata Aira yang mahu
tumpah segera dicegah. Dia tidak rela Aira terluka dengan kata-katanya.
“ No, tuan berhak marah saya sebab
saya melamun time kerja,” Aira menjawab pula.
“ Apa yang awak lamunkan Aira? ”
“ Tak ada apa tuan, cuma berangan
kosong.” Kalaulah tuan tahu saya terbayangkan wajah tuan tentu tuan lagi marah,
kan?
“ Bukan sebab boyfriend.”
“ Mana ada boyfriend. Kawan-kawan
lelaki waktu belajar dekat U, waktu sekolah memang ramai tapi takkan saya nak
ingat seorang-seorang kut.”
Furqan tergelak. Bunyi seperti kena
sindir tetapi Furqan tahu Aira tidak berniat. Gadis itu sangat polos orangnya.
“ Tuan, macam mana dengan baju tuan?
Kotor sangat tu,”
“ Kejap lagi saya balik rumah nanti
saya tukar baju lain.”
“ Owhh..baguslah.”
Furqan bangun. Kot kerja disarung
untuk mengelakkan pandangan umum pada kekotoran di kemejanya. “ Okey, jom ikut
saya balik rumah,”
“ Apa dia tuan?” terbuntang matanya
kerana terkejut.
“ Tadi saya nak ajak awak makan
tengahari tapi awak siap jirus saya dengan kopi. So, now ikut saya balik rumah.”
“ Tuan..saya tak ikut lelaki balik
rumah. I’m not that kind of woman.”
“ Then I’m not that kind of guy yang
suka hati bawak perempuan bukan muhrim ke rumah, and for your information my dear
Aira, rumah saya sekarang ni adalah rumah keluarga saya. Mak, ayah, abang,
kakak, adik-adik saya dan kakak ipar
saya pun ada kat situ.”
“ Don’t worry kita takkan kena tangkap
basah. Tapi kalau kena pun saya boleh bela diri saya dan awak, remember I’m a
lawyer of Syariah takkan tak pandai nak praktikkan hukum Allah.”
“ Maaf tuan..saya ingatkan..”
“ Awak mesti suka ingat yang
buruk-buruk tentang saya? ” sangkal
Furqan.
“ Eh, mana ada tuan! Tak pernah pun,”
tingkahnya.
“ Okey, jomlah..saya dah lapar ni,”
Furqan menghampiri Syuairah. Menyebabkan gadis itu menjaga jarak antara mereka.
“ Boleh ke kalau saya tak ikut? ”
“ Tak boleh! Awak mesti ikut jugak sebab
bila mak saya tanya kenapa baju saya kotor, saya boleh cakap awak yang
bertanggungjawab.”
“ Eh, tak baiknya niat! Saya tak mahu
ikut kalau jawapan itu yang tuan nak bagi pada your mom. It really like I want to
kill myself, macam hulur leher untuk dikerat aje. ”
“ Mak saya tak macam tu, dia akan
tegas kalau ada benda tak kena kat mata dia tapi kalau dia tengok awak, saya
pasti dia akan suka. Macam mana saya suka awak,” sempat Furqan tersengih-sengih
dalam ucapannya.
“ Ohh..” dia mengangguk saja. Tidak
terkesan dengan kata-kata Furqan kerana bagi Aira suka yang dimaksudkan
majikannya tentulah suka yang biasa-biasa. Perasaan senang dan bahagia atas kerjasama
antara majikan dan anak buah.
“ Jom,” suruh Furqan. Syuairah
mengangguk setuju.
*********************************************************************
Aira
tidak tahu mengapa ini yang terjadi setelah mereka saling terikat dalam ikatan
perkahwinan. Baru seminggu berkahwin perasaannya pada Furqan beralih arah. Aira
cukup bingung namun dia tidak pernah terfikir untuk berbicara empat mata dengan
Furqan tentang rasa yang dialaminya.
Sungguh pun begitu, akhirnya Furqan
yang mendekatinya untuk membicarakan soal hubungan mereka yang kini ‘asing’
antara suami isteri. Gara-gara Aira menolak untuk bersama, Furqan terpaksa
merelakan. Dari saat itulah, dia mahu ‘masalah’ yang tak pernah wujud baginya selesai
antara mereka berdua.
“ Kita suami isteri Aira, kalau
abang salah tegurlah. Abang tak mahu kita terus jadi macam ni, dah sebulan
kahwin tapi abang dan Aira masih macam orang asing.”
“ Aira ada apa-apa masalah yang nak
diceritakan pada abang? ” Tanya Furqan pada isterinya yang diam membungkam
diri.
“ Tak ada, Aira tak ada apa-apa nak
cakap dengan abang.”
“ Jangan simpan dalam hati. Luahkan supaya
abang dapat betulkan perangai abang yang Aira tak suka. Abang tak mahu Aira
terus kaku macam ni,” luah Furqan lembut.
“ Bagilah Aira masa.”
“ Atau Aira rasa abang terlalu memaksa
Aira dalam perkahwinan ni? ”
Dia menggeleng. Itu tidak benar sama
sekali. “ Abang bagilah Aira masa.”
Furqan mengangguk. “ Sayang ambillah
masa sebanyak manapun, abang sentiasa tunggu Aira.”
************************************************************
Part
2….akan menyusul ^_^
thx..nice 2 read..so continue next..
ReplyDeletedalam kepala aku ni cam aira kena buatan orang, agar mencik kat suami dia, mane tau kut2 kekasih awal dah akhir si furqan... huhhh jauhnya aku berhayal...
ReplyDeletewwannurr
sambung lagi tuan rumah....n3
ReplyDeletewwannurr
ape lh masaalah aira sebenar nyer!!!muhasabah diri aira bkn senang nk dpt suami yg amat menyintai kite....sellu nyer cam hampeh ade lh..sory dek emo cikit...hehe
ReplyDeletenak tahu apa sudahnya citer ni,jgn sad ending la ye....kekadang bisikan syaitan lg kuat dari kehendak hati
ReplyDeletesedehhh sob3
ReplyDeletebest cerita nie..sambung please
ReplyDelete