ok memndgkn KJSAK dh hampir nk kuar pun versi bercetk so, isi kndungnye xkn lg ditempek di sini. Now, nk bg 1 lg cantingan tgn from my fresh idea, latest punye karya ^^
Hope u all will njoy to read it, becoz to me yg kedua adlah lebih baik dr yg prtama. All of my improvement, my effort is here and I luv it. To make perfect we should practice again, again and 4ever with the word again, insyaAllah.
Syg selalu with u all...
********************************************************************
Ini dia cover syok sndiri created by myself : )
Prolog
Dua puluh empat tahun ke belakang..
Riuh-rendah rumah Haji Karim disebabkan berlangsungnya kenduri
tahlil arwah Hajah Kalsum, isteri kepada Haji Karim. Walaupun sudah lima tahun
arwah Hajah Kalsum pergi bertemu Pencipta, Haji Karim masih terkenangkan wanita
yang banyak berkongsi nikmat kasih dan cinta bersamanya itu. Setakat ini, belum
ada yang mampu menganggu-gugat kedudukan arwah Hajah Kalsum di hatinya. Jika
kesepian merundung jiwa, kehadiran anak-anak serta cucu-cucu sudah mampu mengisi
segenap penjuru hatinya yang kerinduan.
Dalam sibuk
melayan tetamu yang bertamu, sempat mata Haji Karim menyorot pada keletah
cucu-cucunya. Yang paling happening cucu kesayangannya Mohammad Abrar
Zikry. Melayan Abrar mengalahkan penat menternak dua puluh ekor kambing di
kandang belakang rumahnya. Keletahnya mengatasi segalanya!
“ Abrar, nak
bawa ke mana cincin Alia tu? ” Salmi menegah anak terunanya yang pandai-pandai
menarik cincin dari jari si adik.
Anak mata Alia
terkebil-kebil. Gelagat si abang diperhati. Dia mahu menegah supaya cincin
tersebut disarung semula ke jarinya tapi tidak berdaya. Suaranya belum cukup
mantap untuk berkata-kata. Maklumlah umurnya baru menginjak setahun, gigi pula baru
tumbuh dua batang itupun di bahagian bawah. Hanya sorotan mata yang sayu mampu
dihadiahkan pada si ibu.
“ Abrar..ibu
tanya nak bawa ke mana cincin adik tu? ” tekan Salmi. Kalau ikutkan perasaannya
yang kurang sabar memang akan ‘ditangankan’ anaknya yang paling nakal itu. Namun
keberadaan tetamu di teratak bapa mertuanya membantutkan niat.
Bukannya dia
sengaja mahu menggunakan cara keras mendidik anak tetapi apabila dihadapkan
dengan kerenah anak yang bernama Abrar amat menguji ketahanan mental, fizikal,
rohani dan jasmaninya. Puas dia bersabar tahap petala kelapan namun semuanya
bagaikan lebur.
Dari mula
majlis ada saja ragam yang dicetuskan Abrar sehingga menggamit perhatian setiap
tetamu. Merah wajah Salmi kerana malu. Baru sejam lalu, Abrar telah berjaya menumpahkan sejag
air sirap, sehingga melimpah ke lauk-pauk yang baru terhidang di atas tikar.
Tidak cukup dengan itu, Abrar pula tergolek masuk ke dalam mangkuk kari ayam.
Anaknya itu hampir kelemasan gara-gara seluruh muka kecilnya telangkup dalam
lauk. Nasib baik dia segera menangkap tubuh comel itu. Namun sejurus itu, Abrar
buat orchestra besar-besaran. Tangisan nyaring dan kuat bergema seisi
rumah. Hampir-hampir merencatkan seluruh isi majlis. Mujur Haji Karim pandai
memujuk cucunya itu. Jika tidak pasti kenduri arwah yang dirancang akan
bertukar menjadi kenduri sunat. Haji Karim bertekad untuk mengkhatankan
‘kenakalan’ Abrar.
“ Jangan main
dengan cincin tu Abrar. Nanti hilang,” suara Salmi bergetar. Menahan geram. Apa
pula kerenah anak terunaku kali ini? Ya Allah, lindungilah aku janganlah aku
dimalukan lagi.
Abrar buat
tidak endah dengan Salmi@ ibu kandungnya sendiri. Dia terus menapak ke hadapan.
Semakin mendekati Norsal yang duduk di kerusi rotan berangkai dua. Pandangan
Abrar tidak lepas dari merenung bayi perempuan yang berada dalam dakapan
Norsal.
“ Ibu kata apa,
Abrar? Jangan sampai ibu panggil ayah nanti! ” gertak si ibu.
Abrar berlagak
selamba. Langsung tidak gentar dengan ugutan itu. Tingkahnya berani. Seolah
tiada apa yang perlu ditakutinya selain Allah dan rasul. Jemari halusnya tegar
menggenggam erat cincin emas milik Alia.
Salmi bengang .
Berombak-ombak dadanya mengumpul kesabaran. Lama-lama begini pasti uban akan
memenuhi satu kepalanya. Dan dia akan kelihatan tua dari usia sebenar kerana
asyik melentur anak dari rebung. Abrar sememangnya rebung yang kenyal!
Beberapa orang
tetamu menyorot mata pada mereka anak beranak. Dalam fikiran mereka tentulah
tertanya-tanya apakah peristiwa yang bakal dilakar lagi oleh si cilik pada
malam itu. Mungkin sesuatu yang lebih luar alam. Tentu dalam rata-rata tetamu
yang hadir mungkin ada diantara mereka yang berdoa supaya tidak dikurniakan
anak ‘sehebat’ Abrar, Salmi sempat berandaian.
Terpana. Rahang
masing-masing seakan jatuh bagai mahu menyembah lantai papan rumah Haji Karim.
Para jemputan tergamam. Haji Karim terlopong walaupun sekadar menjadi
pemerhati. Dan yang paling terkejut tentulah Salmi. Anak teruna yang dibela
sejak empat tahun lalu telah bertindak mencemar duli. Melanggar adat Melayu
dahulu kala. Rasanya belum pernah dia menghikayat buku adat budaya barat kepada
Abrar. Selalunya anak itu akan didodoikan dengan kisah-kisah para anbiya. Bila
terasa mahu menyanyi hanya Lagu Tiga Kupang yang Abrar suka.
Suasana menjadi
kecoh apabila terngiang-ngiang tawa berpadu daripada hadirin yang menjadi
saksi. Abrar tidak berkutik . Air mukanya cool. Senyum pun tidak.
Nak tahu apa
yang Abrar buat sampai boleh bikin kecoh satu rumah??
Tangan kecil
anak perempuan Norsal ditangkap oleh Abrar. Tanpa izin dari sesiapa pun, Abrar
menyumbat cincin adiknya ke jari Hanan Safura. Norsal terkebil-kebil.
Terkulat-kulat menonton drama sebabak ciptaan Abrar.
“ Eh, Sal.. apa
yang anak kau cuba buat ni? ”
“ Habislah kau, Nor. Abrar dah cop Hanan.”
Walaupun berasa malu dengan sikap ‘gelojoh’ si anak, Salmi bolayankan aje.
Sementelah para tetamu terhibur dengan keletah Abrar jadi tiada sebab untuk dia
naik angin.
“ Ini dah kes
parah Sal. Aku takut nak bermenantukan Abrar. Aggressive semacam! ” Norsal menyakat. Salmi tergelak-gelak. Tidak
dinafikan setiap ibu-ibu yang melihat keaktifan Abrar akan berfikir banyak kali
sebelum menerima Abrar sebagai menantu. Salmi pasti jika ada bakal-bakal isteri
di luar sana yang menghadap Abrar kemungkinan akan berfikir berkali-kali untuk
berkahwin dan mengandung.
“ Hah, eloklah
Abrar dah ada pilihan hati! Abah setuju kalau Safura jadi menantu cucu abah. ”
Haji Karim mencelah. Tercetus tawa Norsal dan Salmi serentak.
“ Nakal cucu
abah tu, sampai Nor pun takut nak buat menantu.” Salmi menebak. Norsal tertawa
halus mendengar pernyataan itu.
“ Budak-budak
memang patut nakal masa ni, dah besar nanti abah jamin Abrar boleh jadi anak
yang baik dan suami yang penyayang.” Haji Karim berjeda. “ Dulu Asri pun nakal
macam Abrar, pantang lepa ada saja benda yang dibuat. Kambing-kambing belakang
rumah tu dah puas Asri kerjakan, ada yang hampir putus nyawa. Sekarang dah
selamat pun jadi laki kamu, Sal. Baik tak Asri pada kamu? ” sempat Haji Karim
bertanya. Sesi menginterview menantu pulak!
Salmi tersenyum
lalu mengangguk. Suaminya Asri adalah jodoh terbaik untuknya. Salmi amat
bersyukur dikurniakan seorang suami yang memahami dirinya sedalam mungkin.
Menyayanginya setelus hati. Asri juga tidak pernah jemu meniupkan kata-kata
cinta di cuping telinganya saban malam.
“ Kiranya malam
ni semua tetamu dah jadi saksi, Abrar ‘bertunang’ dengan Safura,” kata Haji
Karim lagi. Masih mengulas perihal di depan mata. Teruja benar apabila cucu
kesayangannya bereaksi luar biasa, kebiasaannya Abrar hanya berminat dengan
kambing-kambing yang dibelanya. Walaupun dibelikan toys sebanyak mana
pun, pilihan Abrar cuma kambing. Dek kerana itulah, tidak terjangka akal
fikiran Haji Karim, Abrar boleh menumpukan perhatian pada Hanan Safura.
Berkerut-kerut
kening Salmi. Nampak bersungguh pula bapa mertuanya memaknakan perbuatan Abrar
pada Hanan Safura. Bagi Salmi semuanya bersifat kebetulan. Anak kecil seperti
Abrar memang suka melakonkan watak dalam pelbagai cara, esok lusa pasti
dilupakan. Inikan pula mahu menjalinkan hubungan untuk dua puluh tahun akan
datang. Abrar dan Hanan Safura pasti akan menolak memandangkan zaman semakin
maju dan tentulah mereka mahu memilih pasangan hidup masing-masing tanpa
ditentukan ibu bapa dari kecil. Satu percaturan yang dianggap kolot untuk
jangka masa yang mendatang. Begitulah
andaiannya.
“ Kalau
berjodoh apa salahnya. Tapi Nor tak mahu cakap lebih-lebih nanti tak kesampaian
pula.” Balas Norsal berhemah. Masakan dia mahu menolak mentah-mentah di depan
Haji Karim. Bagi Norsal semua ini hanya gurauan kosong yang tiada apa-apa
makna. Lambat laun pasti akan terkubur bicara-bicara antara mereka. Sementelah
zaman bergerak ke depan, takkan mahu dikatakan pada Abrar dan Hanan bahawa
mereka telah ‘ditunangkan’ dari kecil!
“ Aik, macam
bermesyuarat aje. Siapa pulak yang bertunang? Abang dengar kecoh-kecoh kat
bawah pasal Abrar, ada dia buat hal lagi ke? ” Asri menyampuk menempatkan tubuh
di sebelah Salmi.
“ Anak abang tu
pandai-pandai sarungkan cincin ke jari Safura, dah rupa macam bertunang ala
western.” Salmi menjuihkan bibir pada Abrar yang melabuhkan punggung di sebelah
Norsal. Mungkin mahu dekat dengan Hanan Safura.
Asri
tergelak-gelak. Wah, ada perkembangan baru ni! Abrar yang sibuk menakal pandai
pula ‘tackle’ perempuan. Jangan pula jadi kaki perempuan sudah!
“ Ada bakat
jadi romeo pulak Abrar ni. Berani tackle anak dara orang depan mak dia. Memang
langsung tak mewarisi sifat abang. Berani semacam.” Kata Asri dalam nada canda.
“ Ini mesti abah yang ajarkan? ” sakatnya.
“ Eh, abah pula
yang kena! Hari-hari abah cuma ajar Abrar tackle kambing-kambing kat belakang
rumah tu je. Kau pun sama abah buat
macam tu dulu, tu pasal boleh kahwin kalau tak malu macam anak dara. Nakal aje
lebih tapi bila tang perempuan tak macam anak jantan.” Haji Karim
menggula-gulakan anaknya.
Salmi dan Norsal
mengekek ketawa. Asri tersengih-sengih. Segan namun tetap tertawa. Kecoh
ruangan itu dengan senda gurau yang mengiringi malam ‘bersejarah’ antara Abrar
Zikry dan Hanan Safura.
Kelakarlah kak.
ReplyDeletebest..best...i can feel the difference...nice intro...keep up the good work..sabar menanti next entry...:)
ReplyDeletehahahaha lawak & comel tul intro...teringat kat adik lelaki sendiri masa umur tu jugak...yg lain nye dia cabut bunga tangan pengantin & bagi kat mak sedara cun yg umur 18thn!!!! perkembangkan citer ni k, akan follow...
ReplyDeletethanx hk, luv to see your comment and zoora serius kew your little brother buat action cmtu?? wah kire memng bdak skrg terlebih xpert lg dr adult,kn? hehehe btw moge u all sukekn n3 nie ^^
ReplyDeleteterbaek ah abrar! xsabar nak tgu apa jd bila dia dh besar.. masih setia kah pd "tunang" dia tuuu
ReplyDeleteBest ! Kelakar..
ReplyDeletehehe! best lah kak :) nak pergi bace yg seterunsye pulak :D
ReplyDeletehahaha lawak betoll...comel jee bebudak kecik tu..scene yg tak disangka kot..
ReplyDeletemmg lain dari yg lain....
ReplyDeleteintro yg menarik....