oKey lg 3 mggu insyaAllah KJSAK akn menjengah dunia novel dlm versi cetakn dn tk lame lg cover KJSAK akn smpi ke tgn Aii,
Sprti dlm angan brtukr impian lalu mnjd stu realiti !
Syukur, alhamdulillah..n sorry sesngt dh lame x update.
Now nk bg a quick short teaser pd readers sbg tnda maaf dr Aii.
Luv u all so much3.. thanx a lot : )
*********************************************************************
Diseka
air mata yang meleleh ke pipi. Setiap kali bayangan ciuman Maria di pipi Rafiq
menjelma, mutiara jernihnya pasti akan tumpah. Ditambah pula kata-kata pedih
yang muncul dari bibir merah seksi itu. Sakinah bimbang dia akan tewas dalam
merebut hati suaminya. Ternyata Rafiq juga menyenangi kehadiran Maria. Sakinah
terasa lemah dalam perjuangan yang belum bermula ini.
Sakinah
menghidang lauk-pauk di atas meja. Wajahnya dilarikan dari anak mata Rafiq yang
memandang. Takut Rafiq dapat melihat air matanya yang giat turun. Diseka air
matanya setelah menoleh ke arah lain.
“
Hei, kenapa ni? ” Rafiq bertanya. Dia yang ingin menuju ke singki lantas
menghampiri isterinya. Ditunda niatnya untuk mencuci tangan. Sakinah pantas
menyeka air matanya. Kepalanya laju digelengkan. Langsung tidak sedar kehadiran
suaminya. Mungkin kerana ralit melayan hiba di hati.
Rafiq
menarik wajah bujur sirih itu. Dibawa tepat anak matanya ke anak mata Sakinah.
Masih wujud kesan air mata di mata bundar itu. Dikesat pipi dan mata yang masih
basah. Kemudian diampu wajah itu dengan kedua belah tangannya.
“
Kenapa menangis ni? ” Lembut suaminya bertanya.
“
Tak ada apa-apa.” Dalih isterinya.
“
Kinah sedih dengan kata-kata Maria? Kalau tentang itu Kinah jangan ambil hati.
Dia memang begitu. Mulut dia memang suka terlepas cakap tapi hati dia baik.”
Rafiq berkata lagi. Mahu memujuk gadis itu. Sebaliknya Sakinah bertambah sedih
mendengar pujian yang terbit di bibir suaminya. Baik hati?
“
Abang sukakan dia? ” Fikiran Sakinah mendesak untuk bertanya sedangkan hatinya
menegah.
“
Tentulah. Maria seorang kawan yang begitu memahami abang selain Rudi.” Rafiq menjawab lancar.
“
Kalau abang sukakan Maria, Kinah takkan halang kalau abang mahu bersama dia.
Kinah tahu berbanding Maria, Kinah tak sesuai untuk abang. Maria..”
“
Syuhh..” ibu jari Rafiq menekan bibir isterinya. “ Kenapa Kinah cakap begini?
Kinah cemburu pada Maria? ” Soalnya. Sakinah pantas menggelengkan kepala.
Wajahnya memerah. Bukan itu maksudnya.
“
Kinah nak abang bersama dengan orang yang abang suka. Kalau abang rasa
kebahagiaan abang ada bersama Maria, Kinah takkan halang. Kinah akan berundur.
Abang berhak bersama wanita yang mampu membahagiakan abang. Lagipun antara kita
tak pernah terikat dengan perasaan. Hanya hubungan yang ada ini yang mengikat
kita dan itu takkan kekal buat selamanya tanpa perasaan.” Luah Sakinah parau.
Emosinya tika itu sangat meruncing. Dia menolak pegangan Rafiq di dagunya.
Tidak sanggup lagi memandang suaminya dalam perasaan hiba.
“
Jangan salah faham, sayang.” Rafiq memujuk. Pertama kali gelaran sayang
diucapkan buat Sakinah. Mengungkapkannya tanpa dipaksa kerana hati yang
berkeinginan.
“
Suka abang pada Maria hanya sebagai seorang kawan. Persahabatan itu takkan
berlebihan. Abang dah ada Kinah. Buat apa lagi abang menggantikan dengan yang
lain? ” Rafiq menyeka air mata isterinya yang mencuri keluar dari celah kelopak
mata. Diusap perlahan pipi gadis itu.
“
Kinah tak mahu abang rasa terikat dalam ikatan ni. Kinah tahu abang terpaksa
terima Kinah dalam hidup abang. Kalau bukan kerana umi, abang tentu takkan
terima Kinah. Satu keterpaksaan itu amat sukar untuk membina satu perhubungan,
abang. ”
Rafiq
mengampu lagi wajah isterinya. Sakinah terdongak memandang suaminya lagi. Sekali
lagi anak mata galak itu bertemu dengan anak matanya.
“
Kalau bukan kerana umi, Kinah takkan muncul dalam hidup abang. Kalau bukan
kerana umi juga, abang takkan dapat isteri sebaik Kinah. Shafiq pula takkan
punyai seorang ibu sebaik Kinah.” Rafiq berbicara lembut. Membelai perasan
isterinya.
“
Tapi Kinah..”
“
Kinah tak yakin mampu bahagiakan abang dan Shafiq? Atau Kinah yang sebenarnya
mahu kita berpisah? ” Pintas Rafiq menduga Sakinah.
Sakinah
segera menggelengkan kepala. “ Bukan begitu. Selamanya Kinah mahu sentiasa
bersama Shafiq.”
“
Habis tu, abang macam mana? Kinah tak mahu sentiasa bersama abang? ” Rafiq
mengusik perasaan isterinya. Terdetik rasa iri hati pada anak terunanya yang
sentiasa dibelai dan disayangi oleh Sakinah.
“
Itupun kalau abang sudi.” Bijak Sakinah menangkis usikan itu.
“
Abang sudi kalau Kinah sudi.” Rafiq membelitkan ayat Sakinah.
“
Kinah sudi kalau abang juga sudi.” Balas isterinya. Sakinah mengetap bibir
selepas itu. Amat cemidu. Rafiq tertawa senang.
“
Okeylah. Nampaknya kita sama-sama sudi. Setuju? ” Rafiq menduga isterinya lagi.
Jika Sakinah mengangguk nampak sangat Sakinah mahu bersamanya.
Sakinah
diam. “ Kalau abang setuju, Kinah ikut setuju.”
Tawa
Rafiq pecah lagi. Dicuit hidung
isterinya. Pandainya bini aku! Usik hatinya.
Sakinah
telan liur. Alamak, mesranya dia! Sakinah jadi gugup pula.
“
Okeylah. Kita mulakan perhubungan kita dengan seikhlasnya. Abang nak kita
lupakan hal-hal yang lalu. Mulai saat ini keterpaksaan takkan ada dalam kamus
hidup kita.” Bicara suaminya. Kali ini Sakinah mengangguk setuju.
“
Soal perasaan tu, Kinah janganlah fikirkan sangat. Abang percaya kita berdua
akan ada perasaan itu. Dulu abang dah pernah kata sekali yang abang sukakan
Kinah dan sampai sekarang abang masih sukakan Kinah. Berilah ruang untuk kita
menyemai rasa kasih itu. Kalau jodoh kita memang ada sampai mati pun tiada
siapa yang mampu memisahkan kita. Cuma kesetiaan yang abang tuntut dalam
perhubungan ni.” Dalam berkata Rafiq sempat mengingatkan janji setia pada
isterinya. Fobianya pada kecurangan lalu tidak dapat diterima buat kali kedua.
“
Sebelum tu, Kinah nak lap tanda kecurangan abang.” Sela Sakinah.
“
What? ” Rafiq terkejut. Sakinah mengesat kesan gincu di pipi suaminya.
Jari telunjuknya ditunjukkan pada suaminya.
“
Oh..abang tak sangka..”
“
Abang ingat Kinah tak nampak Maria cium abang? ” Sakinah memandang Rafiq yang
tersengih. Dari tadi hatinya dijentik sakit melihat kesan ciuman yang terpalit
di pipi suaminya. Namun Sakinah cuba memupuk kesabaran yang lebih kuat.
“
Suruh kita setia tapi dia senang-senang curang. Nasib baik abang dapat Kinah
jadi isteri tau sebab Kinah masih boleh bersabar lagi. Kalau tak… ” Sakinah
terus berpaling dari suaminya. Malas berbicara panjang lagi. Paling-paling
Rafiq hanya tersengih padanya. Dan dia pula akan dituduh cemburu.
Rafiq
menyambar pinggang isterinya. Ayat isterinya tergantung. Sakinah pula terpanar. Terkejut bukan kepalang. “ Kalau tak..apa? ” terjungkit kening Rafiq.
Tidak suka percakapan yang terjeda.
“
Kalau tak dah lama Kinah cubit abang macam ni.” Spontan pipi suaminya dicubit
geram. Memang dia sebenarnya marah dengan tindakan Rafiq yang telah
mengejutkannya.
“
Beraninya Kinah cubit abang. Okey, Kinah nak tahu apa yang abang buat kalau
Kinah pulak yang curang? ”
“
Nak buat apa? ” Dengan berani Sakinah menyoal.
“
Kinah cabar abang? ”
“
Terpulang pada abang nak anggap apa.” Bersahaja Sakinah berkata.
Rafiq terasa dicabar. Tangannya pantas memaut
dagu isterinya. Sekilas ciuman bertaut di bibir Sakinah. Puas hatinya. Terus
dilepaskan pinggang isterinya.
Sakinah
terlopong. Terbeliak biji matanya.
Rafiq
tersenyum nakal. “ Lain kali cabar abang lagi.”
dh lama menanti...akhirnya ad ,,sibuk je si maria 2..baru je rasa nk bahagia
ReplyDeletedah ending ke nie....?
ReplyDeleteno..not yet..
ReplyDeleteni bukn endingnye,
nk taw ending bab ni or novel nie kne tggu versi brcetak..coming soon..
insyaAllah :)
best nye dek...tk sabar dh nk tunggu neh....
ReplyDeletesabar taw.. nti dlm mggu depan KJSAK akn bukak open order dr Aii Fariza,
ReplyDeletebg sesape yg nkkan vrsi brcetak nvel ni boleh lha tmpah dr kmi:)
hey²,nk join !!!saye dh bace 76% dari cite nie tau...best dan terharu
ReplyDelete