Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Alahai, suamiku amnesia! 14








“ Kenapa tak masuk? Nak suruh abang bukakan pintu? ” Abrar menyoal dengan nada sinis. Sepasang matanya dilindungi oleh cermin mata hitam. Bertanya dengan wajah tanpa senyuman dan tanpa sapaan mesra. Tidak seperti selalu. Senyuman buat gadis itu sentiasa dimurahkan agar mampu menawan sekeping hati beku itu.  
 
Hanan masih tercegat berdiri di tepi pintu kereta. Dia terkejut sebenarnya. Tidak terjangkau dek fikiran Puan Norsal sanggup mengirimkan Abrar ke mari. Tidak seperti yang telah mereka persetujui  dalam corong telefon. 

“ Kenapa awak pula yang sampai? Bukan patutnya along yang..”

“ Apa bezanya Fahmi dengan abang? I’m your future husband, apa masalahnya pada Hanan? ” Abrar bertanya langsung. Menguburkan percakapan Hanan sebelum tiba ke penghujung ayat. Sentap perasaannya tatkala Hanan seperti tidak rela menerima hakikat bahawa dia yang muncul. Kening hitam lebat itu siap terjungkit ke atas. 

“ Yelah, mak kata along yang sepatutnya datang ambil saya, bukannya awak. Kalau saya pergi dengan awak, kemudian along tiba-tiba sampai kesianlah nanti dekat dia.” Tutur Hanan tanpa riak bahagia biarpun tunangnya sendiri yang datang menjemput. Tertekan lagi dibuatnya.

“ Pada abang, Hanan tak kesian? ” Dia mengasak kerana cemburu. Hanan lebih mementingkan Fahmi daripadanya.  Abrar sedar akan hakikat itu. Dia masih boleh bertimbang rasa akan hal itu kerana kedudukannya di dalam carta hati Hanan belum setanding dengan mana-mana ahli keluarga gadis itu. Namun, yang mengecewakannya ialah penerimaan Hanan  saat terlihat kelibatnya. Gadis itu seolah-olah tidak sudi. Jika wanita lain, tentu akan bergegas masuk ke dalam kereta apabila tunang sendiri yang datang menjemput. Tetapi berbeza buat Hanan. Sentiasa mencari helah untuk mengelak daripada berdua. 

Hanan mengawal emosinya. Kenapa pulak aku kena kesiankan dia? Dia yang datang sendiri bukannya ada sesiapa suruh pun! Bisikan hatinya bergema. Kurang berpuas hati kerana Abrar seolah mahu memanaskan jiwa wanitanya. Menggunakan rentak suara yang kedengaran kurang mesra dan tidak berlembut. Berbanding pertemuan akhir mereka di Ipoh cukup senang bagi Hanan walaupun ada ketikanya dia memberontak. 

Diam. Hanan cuba berlagak sedamai yang mungkin. Berada bersama Abrar hanya akan mengundang amarahnya. Perkara yang harus dielakkan supaya dia tidak terus mengumpul dosa ketika bersama jejaka itu. Mana tidaknya, di luar Hanan berpura-pura tenang tetapi dalam hati galak mengutuk Abrar yang selalu berbuat baik padanya. Baginya Abrar cuma berkelakuan mulia hanya untuk menawan dirinya bukannya lahir dari rasa yang ikhlas.  

            “ Hanan please, masuk sekarang. Nak gaduh ke, nak memekik, buat kat dalam kereta ni. Malu orang tengok dari luar. Macamlah abang orang asing nak culik Hanan dekat tepi highway ni.” Abrar menyuruh dengan lagak bersahaja. Tubuh pegun Hanan yang tanpa reaksi mengundang kebuntuan padanya. Semakin membangkitkan rasa hangat dalam jiwa lelaki itu.  

Sekilas kepala Hanan menoleh pada penumpang-penumpang yang memerhatikan mereka. Kemudian dia memalingkan wajah semula. “ Tapi kalau along sampai..”

“ Dia takkan sampai. Abang dah suruh dia patah balik, because I’m going to fetch you.” Tekan Abrar kali ini. 

Hanan mengancingkan gigi. Terasa mahu menghadiahkan jelingan tetapi di tahan bebola matanya. Perasaan kurang senang di simpan kemas dalam hati. “ Sekejap, saya nak ambil beg dalam bas.” Beritahunya dengan langkah longlai. Lemah semangatnya saat ini. Lain yang diharapkan lain pula yang muncul.  

Abrar hanya mampu memandang tingkah gadis itu. Semakin hambar perasaan Hanan padanya, semakin sukar untuk dia menambat hati itu. Perlahan dia melepaskan keluhan. Bebanan perasaan yang sarat dilegakan dengan menarik nafas panjang dan kemudian menghembusnya. Dalam pada itu, dia masih menganalisa dan memikirkan alternatif lain untuk meruntuhkan tembok yang sengaja di bina oleh Hanan. Perancangan yang lebih sistematik dan kreatif perlu diatur untuk memiliki gadis itu. Lebih-lebih lagi jiwa Hanan yang kalis cinta yang hadir daripadanya. 

Ahh, pedulikan tentang perasaan! Yang penting, jadikan dia milik kau dulu. Lepas tu baru kau fikirkan cara untuk tundukkan Hanan! Perempuan sekeras kerikil akhirnya mesti terlentuk jugak dekat bahu lelaki. Dia orang kaum yang cenderung dengan sentuhan lelaki. Perlukan peneman jiwa yang mampu menghiburkan. Insya Allah kalau lebih gigih berusaha, kau pasti akan dapatkan juga jiwa dia. Suatu hari mendatang, Hanan mesti akan menyerah kalah. Dia sendiri akan jatuh ke riba kau! 

“ Hanan tak baca mesej yang abang bagi malam semalam? Atau Hanan terus delete mesej tu sebab abang yang hantar? ” Tanya Abrar tiba-tiba. Menghilangkan kesunyian antara mereka setelah sepuluh minit tidak terluah sepatah perkataan di antara mereka. Masing-masing mahu menunjukkan taring. Namun, Abrar tidak betah. Walaupun pedih jiwanya kerana sering diabaikan tetapi dia tetap Abrar yang telah dipanah oleh cinta Hanan. Dadanya sering dilambung rindu yang meresahkan.

 “ Mesej apa pulak? ” balas Hanan acuh tak acuh.

“ Abang dah pesan, kalau nak balik bagi tahu abang. Biar abang ambil dekat sana, tengok sekarang tak pasal-pasal bas rosak. Nasib baik tak accident,” selar Abrar tidak puas hati. Pedal minyak terus ditekan membelah lebuh raya. Berombak-ombak dadanya menunggu kata-kata keluar daripada mulut comel itu.

“ Sebelum ni tak pernah rosak pun.” Dia menjawab pula. “ Lagipun saya tak mahu menyusahkan orang lain.” Tambahnya lagi.

“ Orang lain tu siapa? Orang luar yang tak ada kaitan dengan Hanan? Termasuk abang? ” kata Abrar berdesir rasa marah.  

“ Awak kalau tak ikhlas, tolong turunkan saya dekat tepi jalan. Lagi baik saya berjalan kaki daripada ditumpangkan oleh tunang sendiri yang tak suka saya menyusahkan dia.” 

“ Siapa yang menyusahkan sebenarnya? Hanan tak nak susahkan abang tapi at last abang memang dah susah pun. Orang dah bagi tawaran sikit punya istimewa nak jemput dari Ipoh tapi dia  buat ignore aje. Last sekali terpacak tepi highway dengan bas buruk. Suka lagi kut berdriverkan pak cik bas yang tua daripada dapat driver muda, tunang sendiri pulak tu.”

Berkerut dahi dan kening Hanan. Dia mengetipkan mulut. Bengang. “ Dahlah, awak cakap banyak mana pun saya tetap akan balik dengan pak cik bas walaupun dia miang keladi. Itu lagi baik daripada mendengar awak menceceh perli saya.”

Abrar terdiam. Hanan pula memeluk kasar tubuhnya. Menunjukkan protes supaya Abrar berhati-hati mengatur bicara selanjutnya jika tidak mahu dia meletup sejurus kemudian.

“ Sayang..abang tak ada niat pun nak perli. Abang cuma terkilan sebab Hanan belakangkan abang dalam situasi yang menimpa Hanan. Abang sebagai tunang mestilah kena ambil tahu keadaan bakal isteri abang. Ini tanggungjawab abang, tak lama lagi kita akan bersama dan berkeluarga tentulah abang risau everything about you, sweetheart. Lain kali jangan buat keputusan tanpa izin abang. Hanan kena belajar beritahu setiap tindakan Hanan pada abang. Sebagai latihan bila dah hidup berdua nanti.”

Terkedu. Hanan terkulat-kulat. Nak mintak izin dulu baru buat keputusan?? Wah, ini dah kes parah! Tak jadi isteri lagi tapi dah diiktiraf sebagai isteri. Abrar memang terlebih ke depan, his action were too much. Overdose! 

“ Tak rasa over ke? ”

“ Apa yang over? ” 

“ Awaklah.”

“ Abang? ” Abrar keliru dan tidak mengerti.

“ Yup, youlah yang over! Tak kahwin lagi dah tunjukkan sifat suami mithali. Don’t expect too much sebab saya takut lain pulak yang terjadi nanti. Pada saya, sebagai manusia kita perlu bersederhana dalam setiap tingkah, perbuatan dan dalam menunjukkan perasaan. Tak boleh terlalu berlebihan dari kadar yang sepatutnya. Simpan sedikit untuk diri kita supaya rasa kecewa tak terlalu sakit nanti.” Penuh diplomasi Hanan melahirkan kata-kata. Dia teringin bermain tarik tali lagi. Menduga Abrar yang kelihatan santai dengan seluar jeans hitam dan jersey putih kelab bola sepak Chelsea.

“ Tapi pada abang, this is the way for me to express my feeling toward someone that I love. Please don’t worry too much sebab abang masih mampu kawal perasaan abang sampai hari ini dan ketika Hanan bersama abang. Mungkin abang lebih sukakan situasi kita bertengkar daripada bermesra sebab kalau ikutkan rasa hati yang teruja..mustahil untuk kita keluar berdua. Hanan mungkin berbahaya untuk abang. But just like what I said just now, sayang tak perlu bimbang. Untuk hari-hari yang seterusnya abang masih boleh berpura-pura meneutralkan perasaan abang agar tak berlebihan. Hanan akan sentiasa selamat dengan abang.”

Gullp! Hanan telan liur yang tersekat di celah kerongkong. Balasan tersebut benar-benar di luar kotak pemikirannya. Kecut tubuhnya dengan luahan ‘telus’ Abrar. Lain yang dibicarakan, lain pula maksud yang menyusul. Akibat kejutan, Hanan perlahan-lahan merapatkan diri ke pintu sebelah kiri. Tidak mahu terlalu terdedah dengan sebarang perilaku Abrar yang mengikut keinginan hati seperti yang diperkatakan. Sungguh bicara itu menggerunkan. Lebih menyeramkan berbanding dengan kata-kata pak cik pemandu bas. Rasa meremang bukan sahaja dirasakan di lengan tetapi sehingga ke tengkuk dan seterusnya ke ubun-ubun.

“ Kenapa? Hanan takut? ” ucap Abrar apabila ekor matanya perasan dengan ketidaksenangan Hanan. 

“ Takut apa pulak? ”

“ Manalah tahu, dalam kepala tu terbayangkan abang akan buat perkara yang bukan-bukan. Something like.. kiss u.. or hug u tightly..” meleret nakal suara Abrar. Sangat mengada-ngada dan miang bunyinya.

Out of topic. Encik Abrar dah tersasar daripada maksud saya yang sebenar.” Hanan mencegah mulut Abrar daripada terus melanjutkan kata. “ Tolong diam lepas ni.” Arahnya tegas. Terasa semput dada Hanan membayangkan perilaku bukan-bukan di benaknya. Mahu saja dia memijak-mijak geram kaki pemuda itu kerana telah meragut ketenangan akalnya. Cacamarba akibat dikerjakan oleh kelancangan Abrar. 

Seperti diawal usia remaja, setiap kali tidak dapat membalas kata-kata Abrar yang sentiasa sinis dan menyakitkan, Hanan akan menghampiri lelaki itu dengan berani lalu akan dipijaknya kaki yang selalu berselipar getah itu dengan sekuat hati. Setelah puas barulah dia akan pecut lari untuk menyelamatkan diri.  

 Abrar tergelak. Sengaja mengusik si gadis. Teringin menonton kegelabahan Hanan. Terhibur hatinya lantaran sifat naif dan ketidakmatangan Hanan terserlah apabila dicandakan soal yang di luar bidang kuasa seorang bakal graduasi guru. 

“ Tak lama lagi Hanan akan dapat mendengar lebih teliti penerangan daripada penceramah bertauliah, lagi extreme daripada ini. Apa yang abang sebut tu baru 1%,  lagi 99% Hanan akan dengar dalam slot ceramah nanti. ”

Terpinga-pinga Hanan kerana gagal menangkap maksud sebenar Abrar yang mahu disampaikan.

“ Dah lupa kita kena attend kursus hujung minggu depan? ” Abrar mengingatkan buah hatinya yang tidak gemar mengambil berat soal hubungan mereka. Walaupun begitu, Abrar tidak peduli. Dia sendiri yang akan memimpin bahkan mengheret Hanan ke jalan yang gadis itu mahu hindari.

“ Kursus? ” Kursus apa?

“ Kursus kahwin.” Abrar jeda.  “ Masa tu, abang nak Hanan dengar baik-baik. Jangan nak buat-buat tidur time ceramah, kalau abang nampak Hanan tidur siaplah. Abang suruh penceramah tu soal bakal isteri abang yang memang power bahagian isi rumah tangga. ”

Hanan mencerlungkan mata. “ Siapa yang nak pergi sekali? Saya boleh attend kursus dekat Ipoh aje, tak payah susah-susah balik kampung selalu.”

“ No, you can’t. Tak ada pilihan lain. Kita wajib attend kursus tu bersama. Minggu depan abang ambil Hanan dekat sekolah, jangan nak mengelak.” Ujarnya seperti mengeluarkan sebuah titah. Biarpun gadis itu mengelak dengan beribu cara sekalipun, Abrar tidak akan berkompromi. Hanan tiada pilihan lain selain menurut cadangannya.

Hidung Hanan kembang kempis menahan rasa. Bibirnya mencebik. Hangat sungguh perasaannya tatkala itu. Puas difikirkan cara dengan akal pintarnya tetapi buntu. Dia kehilangan hujah untuk mematahkan perintah Abrar. Usahanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Terpaksa dia mengibarkan bendera putih secara paksa rela. Maka itu, demi mengelak Abrar memanjangkan perkara itu, Hanan lantas menekan punat radio. Mahu menghapuskan situasi yang merencatkan kegembiraannya .

“Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. yang pertama adalah tidur satu selimut bersama isteri.” Kata suara daripada corong radio. Hanan tergamam. Abrar terkejut sebelum bibirnya tersenyum-senyum. Bersinar galak matanya.

Hrmm, sounds good for both of us, ” Abrar menggumam lembut. Namun kedengaran segar di cuping telinga Hanan. Kata-kata yang melemaskan serta menjengkelkan. Betul-betul menyekat salur nafasnya.

Malu. Merah putih muka itu. Lidah digigit lembut. Kesal. Rasa mahu ditunjal jari telunjuk yang sibuk menghidupkan siaran radio. Jika diturutkan cemidu mahu Hanan menukar frekuensi lain ataupun terus mematikan radio seperti sebelum ini tetapi dia tidak punyai hak untuk bertindak. Itu bukan kenderaan miliknya. Kalaupun dia berjaya memadamkan radio sekalipun ianya tindakan yang kurang wajar memandangkan perkara yang dibahaskan adalah mengenai peranan suami isteri berpandukan sunnah Baginda Sollallahu Alaihissalam.  

Sudahnya Hanan mencari pendekatan lain daripada terus diprovokasi oleh tunang ‘sengal’nya. Mulutnya sengaja dibesarkan seraya tangan menekup mulut sambil berlagak menguap. Konon mengantuk. Hanan terus melentukkan kepala ke tepi sebelah kirinya. Menempek dekat dengan pintu kereta. Sepasang matanya dikatup rapat. Berpura-pura melenakan diri. Tidak sanggup menadah telinga mendengar tazkirah yang berkumandang. Tidak tertahan mata menonton sengihan Abrar yang terlebih ‘gelenyar’. Seram, heee… 

Mulut Abrar makin melapangkan senyum. Makin kembang setaman jiwa melayan kerenah gadis itu.




ANGIN sepoi-sepoi bahasa. Mendesah lembut menyapa seluruh muka.  Hanan merengek nyaman. Suasana yang melekakan lagi mendamaikan seperti berdiri di tepi laut. Laut? Hanan tercelik semula. Dua biji bebola matanya terbeliak bulat. Hanan cukup terperanjat. Spontan tangannya naik menolak muka lelaki itu. 

Abrar terdorong ke belakang. Dia melepasakan tawa halus selepas itu. Seronok dan geli hatinya mengenakan gadis itu. Puas dia merenung sehinggakan timbul idea untuk mengusik. 

“ Puas tidur? ” usik jejaka itu. “ Siap senyum-senyum lagi. Macam rasa duduk tepi pantai, kan? Berangin aje. ” 

Hanan bolayankan saja Abrar. Dia mengangkat tubuh yang bersandar pada kusyen. “ Kita dekat mana ni? ” soalnya sambil kepala berpusing-pusing ke kiri dan ke kanan. 

“ Dekat bandar. Abang nak singgah pesta buku sekejap, nak beli buku. Hanan nak ikut? ” soal Abrar sebelum meoleh sekilas pada Hanan. 

“ Ada pesta buku? Kenapa tak ada siapa bagi tahu saya pun? ” terpinga-pinga Hanan.

“ Selalunya Hanan dapat tahu daripada siapa? Fahmi? ”

 Menggeleng. “ Daripada Abang Daus.”

“ Abang Daus? Abang kenal ke? ”

“ Tak kenal. Abang Daus tu ada kedai buku dekat sini dan Hanan pulak pelanggan setia kedai dia. Kalau ada pesta buku selalunya Abang Daus akan join sekali. Lepas tu, dia maklumkanlah pada Hanan kalau ada pesta buku.” Terangnya bersungguh. Teruja dengan pesta buku yang terbentang depan mata. Alamak, fulus pulak yang tak ada! Macam mana ni? Alah, cuci mata ajelah sekurang-kurangnya hilang kempunan.

“ Dia ada number phone Hanan? ” Tanya Abrar dengan suara bergetar perlahan. Mengawal emosi yang baru menyerlah dalam kepala. 

“ Yup! ” Hanan mengangguk laju. 

“ Okay, glad to hear that! ” ulasnya bermakna. “ Kita balik, abang singgah lain kali.”

“ Eh, tak mahulah. Saya nak masuk dulu dalam tu, nak tengok buku.” Halang Hanan. Abrar tuntaskan wajah pada gadis yang berwajah sedikit keruh. Kecewa barangkali.  

“ Nak tengok buku atau tuan kedai buku tu? ” Abrar curiga. Sinis dan ada unsur perli. 

Hanan mengerutkan muka. Eh, kenapa berubah angin pulak ni? Takkan dia..

Oh, please Mr. Abrar! Not this time awak nak jealous, okey. Saya nak masuk tengok buku bukan nak tengok Abang Daus yang awak jelouskan tu. And for your information, Abang Daus tu dah kahwin pun, anak-anak dia dah masuk lima orang pun sejak bulan lepas. Please be rational sikit.” 

“ Oh, dah kahwin? Kenapa tak cakap dari tadi. Okey, jom kita singgah, abang nak beli buku kejap.” Abrar kembali tenteram. Hilang segala kerisauan yang bertamu di dada. Bibirnya siap menguntum senyuman manis. 

Hanan merengus meluat. Abrar kini sudah pandai mengongkong dengan siapa dia berkawan. Sangat menyebalkan hati. Sudahnya Hanan tetap sertai Abrar ke pesta buku yang dibuka di Taiping Sentral Mall. 


“ Ya Allah, banyaknya! ” luah Hanan sangat teruja. Barisan-barisan rak novel ditenung bagaikan mahu tembus sehingga ke dalam kulit novel. Abrar pula telah ke bahagian rak buku yang lain bila disuruh oleh Hanan. 

“ Awak pergilah cari buku yang awak nak tu. Saya nak jenguk buku-buku sebelah sana tu.” Abrar pula hanya menurut kata. Tidak dihalang keinginan Hanan.

Jemari Hanan menyentuh satu persatu novel yang berbalut badannya dengan plastik jernih. Ikutkan hatinya yang menggatal, Hanan mahu membuka setiap ‘pakaian’ novel itu. Dia terlalu ingin menatap tulisan penulis kesayangannya itu. “ Kenapalah ada pesta time aku dah kering duit dalam purse ni ? Siap berdiskaun pulak tu.. ” keluhnya sedih sambil menjeling dompet di tangan. 

Walaupun ada duit di dalamnya, Hanan telah membahagikan duit yang berbaki untuk urusan yang lebih utama daripada kecintaannya terhadap novel. Tidak berani membuka dompetnya kerana pasti akan melayang jugak jika dia cuba mengira-ngira. Pasti akan dilaburkan juga. Kalau membeli bukannya sebuah, wajib tiga buah ke atas. Ahh, tabahlah wahai hati!

‘ Aisya Sofea, Fauziah Ashari, Rose Harissa, Anis Ayuni, Aleeya Anessa dan yang paling tak tahan Ramlee Awang Murshid ! ’ sob.. sob.. Hanan terasa ingin balik dengan kadar segera sebelum dia bertindak mengeluarkan duit daripada mesin ATM di hujung sana.

“ Dah dapat buku yang Hanan nak? ” tegur Abrar yang muncul dari sisi kanan. Hanan terus meletakkan novel Aisya Sofea di rak semula. 

“ Tak ada yang berkenan.” Bohongnya. Kepala pun turut digeleng.

“ Ambillah mana-mana, abang belanja.”

“ Betul ke? ” bersinar galak mata Hanan. Mendongak pada Abrar yang tinggi. Ditatap muka dan kemudian mata Abrar. Mencari kejujuran dalam sepasang mata kuyu itu. Dia terkejut dengan tawaran tersebut. Pucuk dicita ulam mendatang. Orang memberi, aku menerima. Rezeki ni…

Abrar telan liur. Terkedu dengan tatapan gadis itu. Menawan sehingga dia tenggelam punca dan butir bicara.

Hanan lantas menundukkan pandangan bila Abrar senyap pula. Kecewa dalam diam.

“ Err..Hanan pilihlah yang suka Hanan, eh.. maksud abang err.. yang Hanan suka.” Tergagap-gagap Abrar menyusun kata. 

“ Boleh ke? ” perlahan suara yang hadir. Antara malu tetapi mahu. 

“ Boleh sayang. Ambil yang mana Hanan suka tapi abang hadkan sampai tiga buah aje tau.”

“ Tiga aje? ” Hanan menyoal seraya mengangkat jari telunjuk, jari hantu dan jari manis sebagai menunjukkan bilangan tiga. Air mukanya menampakkan kepolosan serta kelihatan suci keanak-anakkan.

Abrar mengangguk. “ Tiga buah dulu, nanti kita beli lagi lain kali.” 

“ Ada lain kali ke? ” soal Hanan dalam versi comel dan manja. Lebih kepada diri sendiri. Sangat-sangat beruntung hari ini bagi seorang Hanan si pencinta tegar novel!

“ Dah habis baca semua tu baru abang belikan yang lain.” 

“ Err..terima kasih.” Ucapnya segan. Selalu sangat dia bersikap dingin dengan Abrar dan pemuda itu pula asyik mengalah padanya. Lebih menjaga hati serta mahu mengambil hatinya. Dan kali ini dia dibelanja pula tiga buah novel.  

“ Sama-sama kasih.” Abrar membalas dengan bisikan. Disebabkan teramat malu, Hanan segera memilih novel pilihan hatinya. Didahulukan penulis yang hebat dan menjadi kegemarannya. Tekadnya akan dihabiskan semuanya sebelum balik mengajar semula.

Selesai membuat pembayaran dan mendapat beg plastik yang mengandungi novel-novel pilihan, Hanan menonong pergi. Berjalan mendahului Abrar. Tidak sabar untuk sampai ke dalam kereta. Ingin dikoyak dan dibaca dengan segera novel-novel tersebut. Lagi-lagi buah tangan Aisya Sofea. Cair sangat sehingga menyentuh nurani. Meleleh air mata dibuatnya. Hanan sangat terpesona dengan setiap watak hero yang ditulis oleh wanita berjiwa besar itu. Terlalu diimpikan hero-hero tersebut hadir dalam hidupnya.

“ Hanan!! ” jerit sebuah suara yang nyaring. Hanan tersentak. Lengannya telah direntap sekuat mungkin. Tubuhnya terlekap ke tubuh seseorang. Mukanya ditekup ke dada orang itu. Sejurus itu, telinganya bagaikan baru terdengar pelbagai bunyi enjin kenderaan seperti motorsikal, kereta serta bas  yang bergerak di jalan.

“ Ya Allah, ya Allah, syukur Alhamdulillah..Alhamdulillah..Ya Allah..” 

Sayup-sayup desahan suara itu di telinga Hanan. Tercungap-cungap nafas serta dada yang bergelombang. Abrar melonggarkan tangan yang menolak kepala Hanan di dadanya. Sejurus itu, dia melepaskan tangan yang melingkari pinggang gadis itu. Hanan memanggung kepala. Abrar pula menundukkan mata merenung Hanan yang selamat dalam dakapannya sebentar tadi. Jarak antara kedua-duanya hanya satu setengah kaki.

“ Apa yang Hanan fikirkan sampai tak nampak jalan raya depan tu? Nak mati ke? ” jerkah Abrar tiba-tiba. Hanan terkesima. Terkejut disergah dengan kemarahan yang nyata daripada Abrar. Belum pernah Abrar menyinga sehebat itu padanya.

“ Kalau abang tak tarik tadi, Hanan akan cedera tau tak! You’ll get into an accident.” Berang Abrar. Kata-katanya tidak lagi dipenuhi kesabaran. Abrar benar-benar takut untuk saat ini.
Hanan bungkam. Masih terkejut. Sungguh dia tidak sedar walaupun sekilas. Mata dan telinganya bagaikan tuli seketika lalu. Derianya bagaikan diangkat ke langit sesaaat dua. Ya Allah, betulkah aku hampir menemui kemalangan tadi?

“ Sikit lagi sayang..sikit lagi you will get into accident.” Abrar mengeluh hiba pula. Berulang-ulang kali diluahkan. Cemas dan gerun dalam satu masa.   

I’m sorry..saya tak sengaja. Betul-betul tak sengaja.” Hanan mengakui salahnya. Dia terlalu leka sebentar lalu. Ralit melayan perasaan bahagia untuk mengisi masa senggang dengan novel-novel yang baru dibelanja oleh Abrar. 

“ Saya minta maaf sangat-sangat.” Hanan sebak dan rasa bersalah. Jika Abrar tiada tentu dia telah pun terlantar di jalan saat ini. Syukur, Alhamdulillah.. Dia mengirimkan lelaki ini untukku, menyelamatkan diriku.

“ Ini mesti disebabkan novel-novel tu, kan? Kalau abang tahu, abang takkan belikan novel tu untuk Hanan. Sumpah, abang takkan belikan lagi novel untuk Hanan.” Simpul jejaka itu geram.

Kepala Hanan lekas menggeleng. Dia mendongakkan muka. Muka Abrar ditentangnya. 

“ Bukan sebab novel tapi saya yang cuai. Awak jangan salahkan novel-novel tu.” Pintanya sayu. Sedih pula kesalahannya diletakkan  ke atas novel-novel yang tidak ‘hidup’ dan ‘berakal’ seperti manusia. Dialah manusia yang harus diletakkan kesalahan tersebut.

“ Disebabkan novel tu, Hanan leka dan cuai. Pada abang semua novel tu tak selamat untuk Hanan. Very dangerous to you.”

“ Tak! Ini salah saya bukan novel tu.” Tegasnya.

“ Masih lagi nak bela novel-novel tu? ” aura singa Abrar menjelma semula. Hanan berdegil dan dia tercabar.

“ Awak tak patut salahkan ‘dia’, itu antara barang yang paling saya cinta.” Air mata Hanan tiba-tiba membuak keluar. Abrar terkejut. Tersedar dari amarahnya. Terketap rapat mulutnya. Tidak jadi meneruskan kemarahan yang tadinya bangkit.

“ Awak tak adil. Semuanya salah saya, kenapa mesti salahkan ‘dia’.”  Marah Hanan pula. Tertunduk pandangannya menahan pilu. Isu ini cukup sensitif baginya. Jangan diperlekehkan apa yang dia sukai kerana itu adalah sebahagian daripada dirinya.

“ Look…I’m sorry dear. Abang takkan salahkan ‘dia’ lagi.” Abrar bertindak memujuk. Timbul rasa bersalah dalam diri. Tidak menjangka disebabkan novel, Hanan sanggup mengalirkan air mata. Menakjubkan bagi Abrar.   

“ Kalau awak tak ikhlas belikan semua novel tu, saya gantikan semula duit awak nanti. Yang penting jangan salahkan ‘dia’.” Ujar Hanan sambil tunduk merenung kasut bertumit yang dipakai.

Tergaru-garu kepala Abrar dibuatnya. Spontan jari-jemari tangan kanannya menolak dagu Hanan. Mengampu wajah itu agar memandangnya. Kemudian diseka pipi Hanan yang basah sedikit.

“ I’m sorry.. really, really sorry dear.” Bisiknya lembut.

Hanan terpegun. Tidak tertelan air liur dibuatnya. Perbuatan Abrar mengujakannya serta mengkakukan Hanan. Drama apa pulak dekat tepi jalan ni??

“ Eh, kenapa dengan dahi tu? ” soal Abrar tidak semena-mena. Mengejutkan Hanan ke alam realiti kembali. Sebelum terbabas berlayar lebih jauh ke alam buana.  

Hanan menolak pegangan Abrar di dagunya. Cis, ambil kesempatan!  Pantas jemari Hanan naik meraba dahinya yang sedikit membonjol. Ini pula satu hal, gara-gara peristiwa dalam bas tadi dahi berbenjol. Gara-gara mimpikan manusia depannya ini! 

“ Asal dengan dahi tu? Abang tengok bengkak semacam. Siap ber ‘colour’ biru pulak tu! ”

“ Dah biru ke? ” Hanan menyoal terkejut. Dia memang dapat merasakan denyutan tetapi tidak terjangkau dek minda akan meninggalkan warna lain pula di situ. Alamak, mesti lebam ni?

“ Jatuh ke? ” lelaki itu bertanya lanjut. Soalan Hanan dibiarkan tanpa berjawab. Rasa ingin tahu lebih hebat daripada melayan persoalan Hanan. 

“ Ini sebab awaklah! Dahlah, saya nak balik.”

“ Sebab abang? ” dahi Abrar berkedut. Musykil.

“ Eh, mana plastik novel saya tu? ” Dia baru terperasan plastik putih yang berisi novel telah hilang ditangannya. Abrar pula termangu-mangu.

“ Awak buang ke? ” sergah Hanan pada Abrar. Jari telunjuk siap naik menuduh lelaki itu. Abrar bertambah tercengang dan bingung. Tiba-tiba dituduh tanpa usul periksa. Geram dengan Hanan. Tengok tu, dia tuduh aku lagi!

“ Hello, abang selamatkan Hanan tadi bukannya nak terima kasih. Sekarang tuduh abang buang novel tu.”

“ Habis tu, mana ‘dia’ ? ” Hanan menjeling ke sekeliling. Dua tiga kali dia memusing di sekitar Abrar dan dia berdiri tetapi tiada. Kemudian dia tertoleh-toleh ke bahagian lain. Lebih jauh sedikit. Tiba-tiba terjumpa dengan sebuah beg plastik yang berada sepuluh kaki daripadanya.  “ Eh, itulah..” Semua novel-novelnya telah terbaring di jalan.

Bergegas Hanan mengutipnya. Siap dibelek-belek mengesan sebarang kecederaan pada novel-novel tersebut. Setelah puas barulah dimasukkan dengan rapi ke dalam plastik. 

Abrar melepaskan keluhan. Lega Hanan menjumpai barang kesayangan yang terbaring di jalan. Jika tidak mesti gadis itu akan muncung dan kecewa. Namun, Abrar bersyukur. Nasib baik bukan tuan novel  yang tersadai di jalan, kalau tidak mahu Abrar tanam novel-novel penyebab Hanan ‘nya’ terluka.  







4 comments:

  1. hehehe...akk pn camtu kot.amat cinta novel,yes hanan kite serupa...

    ReplyDelete
  2. hahahah..syangkan nvel smpai ngis2 ag nsib la x kna langgar..

    ReplyDelete
  3. terbaik la. tak sabar nk tau kerenah hanan seterusnya. hehehe

    ReplyDelete
  4. @ kak norihan mohd Yusof, thniah krn mnjd sebahagian drpd Hanan, aii pulak lately kurg gemar membaca novel lebih berminat mnulis, hehe..

    @ciknie, yup syg sngt smpai mnitis air mata, Hanan yang keras di luar tp lembut di dalam, kihkih :)

    @baby mio, tqvm sudi snggah dn baca my n3 :D

    @ivoryginger, tqvm sudi baca, tggu taw next n3 if u want to know what happen then, huhu :)

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^