Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Malam Bertemu Bintang 14 &15





*********************************************






“ Abang Alif dah kenal lama dengan Kak Nuzul? Kenapa kita orang tak pernah dengar cerita tentang abang pun? ” Nurin yang bahagia menjamu selera ayam enak mula membuka mulut. Bertanya langsung perihal kakaknya dan abang yang tampan lagi bergaya di depannya.

            “ Almost one month.” Pendek Irsyad membalas.

“ Oh, baru kenal rupanya.”

            “ Encik Alif bos kedua along di cafe, selain husband Kak Laila.” Nuzul mencelah. Dia masih terasa kekok dengan kejadian yang berlaku. Makanan di depannya belum langsung terluak biarpun Irsyad berbesar hati melaburkan duit di Restoran Kenny Rogers Roaster itu untuk keluarganya.

“ Nuzul, dekat sini you’re not my staff. You can call me just like your sisters prefer. Panggilan itu buat saya selesa.”

“ Saya selesa dengan panggilan yang sedia ada.”

“ Kenapa tak makan, Nuzul? You don’t like it? ” soal Irsyad. “ Kalau you tak suka, I order yang lain untuk you.”

Nuzul segera menggeleng. “ Tak apa, encik. Saya nak suapkan Nazrul dulu.” Dia memotong paha ayam yang berada dalam pinggan untuk Nazrul. Aksi terkial-kial Nuzul menggamit kerutan di dahi Irsyad.

“ Please, let me help you. I know you kekok pakai fork and knife.” Ujar Irsyad setelah mengenepikan pinggannya yang berisi beef bolognaise spaghetti.

Teragak-agak Nuzul menyerahkan pinggan yang mengandungi roasted chicken itu. Nyata dia malu dengan kenyataan Irsyad tetapi sedaya upaya dia menyembunyikan rasa. Sedang Nurin dan Nuha hanya memakan ikut keselesaan mereka. Ada kalanya, adik-adiknya memakai tangan sahaja untuk makan. Nuzul berharap Irysad tidak kisah soal itu. 

Nuzul melihat ketelitian dan kesungguhan Irsyad ketika memotong isi ayam menjadi kepingan-kepingan yang mudah di makan. Tekun pemuda itu menghabiskan tugas itu. Membuatkan Nuzul serba-salah dan malu dalam diam. Rasa hangat pipinya menanggung perasaan.

“ Nah.” Irsyad menyerahkan semula pinggan tersebut.

“ Terima kasih.” Ucapnya perlahan.

“ You’re welcome. Now you boleh mula cerita kepada I kenapa you bahasakan diri ‘mama’ dengan Nazrul? It is a matter to me.”

“ Perlu ke, Encik Alif? ” soal Nuzul. Irsyad angguk dengan tegas. Lagaknya seperti berada di Rayyan Café.

“ Dah lama saya bahasakan diri sebagai mama dengan Nazrul. Sejak abah dan mama kami meninggal dunia lima tahun lepas, saya menjadi pengganti mama. Waktu itu Nazrul masih kecil. Umurnya lebih kurang empat tahun. Keadaan Nazrul yang istimewa, membuatkan kami perlu memudahkan segala situasi yang berlaku. Lebih-lebih lagi Nazrul memerlukan seorang penjaga yang sentiasa bersamanya.” Ulas Nuzul seadanya. Mungkin kedengaran ringkas tetapi bagi Nuzul, tidak perlu banyak pendedahan. Irsyad bukanlah kaum kerabat yang perlu tahu secara mendalam.

“ Sehari selepas abah dan mama dikebumikan, Nazrul mula mencari-cari arwah mama. Kita orang tak boleh ceritakan hakikat sebenar sebab sampai bila-bila pun Nazrul tak akan faham. Akhirnya, kak long menjadi pengganti mama and pretend to be a mother to Nazrul. Dengan cara itu, Nazrul mula terima hakikat yang berubah. Alhamdulillah, proses perubahan itu tak menganggu fikiran Nazrul.” Nuha tergerak mulut untuk menambah.

Nuzul tunduk meneleku pinggannya apabila Irsyad cuba mencuri lihat ke dalam bebola matanya. Hangat perasaannya tatkala itu. Nuzul lekas berlagak tenang dengan memandang Nazrul. Dia meneruskan suapan ke mulut adik bongsunya itu. 

“ Waktu itu jugalah kak long terpaksa berhenti belajar sebab nak jaga Nazrul. Padahal kak long baru saja masuk universiti. Dulu dekat sekolah kak long selalu jadi best student.” Nurin juga membuka mulut. 

Nuzul telan liur, terkedu. Nuha ikut terkejut dengan kata-kata Nurin. Rasanya Irsyad tidak perlu mengetahui soal itu tetapi kerana mulut Nurin habis terbongkar. Nuha terasa mahu menyinggung siku kepada adiknya. Memberi peringatan supaya Nurin hanya duduk diam dan makan tanpa menyampuk.

“ I guess, kalau you tak berhenti belajar, mungkin you takkan bekerja di café sekarang.” Rumus Irsyad. Dia bersandar ke kerusi sambil memandang Nazrul sebelum merenung Nuzul dengan lama.

“ Dah banyak kerja yang kak long buat. Jadi cikgu tuisyen, cikgu tadika, pekerja kilang, orang gaji pun kak long pernah…”

“ Nurin.” Nuha menyekat kata-kata adiknya. “ Makan baik-baik, jangan banyak cakap.”

Nurin tayang muncung. “ Biarlah kak ngah. Hari ini birthday Nurin, takkanlah Nurin nak duduk diam. Biarlah Nurin nak buat apa-apa.” 
 
“ Saya terima semuanya sebagai pengalaman hidup. Walaupun bermula dengan kepayahan tapi tak semestinya terus berakhir dengan kesulitan. Allah melihat usaha saya, insya Allah rezeki yang manis pasti akan datang.” Nuzul menyampaikan bicara melalui pemikirannya yang matang. Tidak berasa terganggu dengan ucapan Irsyad.

Irsyad memandang susuk polos itu. Ketabahan dan kecekalan yang terbias di kornea mata Nuzul menenggelamkan Irsyad. Memaksa Irsyad berterusan mendalami sepasang mata yang berkaca-kaca jernih itu. Keluhuran suara si gadis merawankan jiwa yang mendengar.

Namun demikian, Irsyad mengagumi takdir yang terukir buat Nuzul. Tanpa perancangan Allah, semua ini tidak mungkin berlaku. Percaturan takdir menemukan mereka walaupun tidak bermula dengan sebuah kisah manis. Tetapi rentetan pertemuan itu telah menukarkan rasa yang dulu kosong. Perasaannya yang hambar, kini terisi buat seorang Nuzul. 

“ Can you simply explain to me what kind of syndrome that caused Nazrul’s condition? Apa jenis kes yang Nazrul alami? ”

“ Dia seorang kanak-kanak autistic.” Nuzul ambil nafas sebelum menyambung percakapannya. “ Nazrul mengalami autisme tetapi mujur hanya di tahap yang rendah. Walaupun umur Nazrul dah nak masuk sembilan tahun, tubuh dia tetap kecil dan kurus seperti berumur lima tahun.”

Irsyad mengangguk. “ I pernah baca tentang jenis penyakit ini. Tak silap I, kanak-kanak autistic mengalami gangguan perkembangan otak sehingga menyebabkan kanak-kanak tak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif walaupun hakikatnya dia orang nampak sihat. Ada kanak-kanak autistic fast leaner and slow learner. However, bila emosinya terganggu, dia orang akan mengamuk. Ada yang sampai hentakkan kepala ke lantai atau dinding. Betul tak apa yang I cakap? ” 

Giliran Nuzul pula mengangguk. “ Betul. Nazrul disahkan menghidap autisme sejak umur dia tiga tahun.” Dia berjeda. “ Saya ingat lagi, kami sekeluarga gembira sangat bila abah beritahu yang mama got pregnant. Sebenarnya umur mama waktu itu dah berusia so, kami agak risau pada mulanya. Lagipun mama sebenarnya tak digalakkan mengandung memandangkan masalah kesihatan. Tapi mama kata, mama nak hadiahkan kami seorang hero dalam keluarga. Memandangkan kami semua perempuan jadi semua orang rasa teruja macam menunggu prince charming. Waktu itu, macam-macam nama kami carikan untuk adik lelaki. 

Alhamdulillah sampai tarikhnya memang kami dapat seorang adik lelaki. Mama, abah dan kami semua seronok sangat. Nazrul Hakimi sangat comel waktu baby. Masing-masing teruja nak pegang Nazrul. Tapi bila Nazrul tak boleh bercakap walaupun usianya dah tiga tahun, arwah mama dan abah terus berjumpa pakar kanak-kanak. Masa itulah, Nazrul disahkan menghidap autisme. Rupanya rasa gembira kami sekeluarga hanya bertahan dalam tempoh dua tahun. Selepas itu, we always menjaga kebajikan Nazrul disebabkan keistimewaan yang Nazrul miliki. 

Walaupun terasa asing, hakikatnya kami positif menerima keistimewaan itu. Arwah mama dan abah selalu berikan kata-kata semangat untuk kami adik-beradik terus bertahan dan tabah dalam merawat Nazrul. Tahun terakhir bersama arwah mama dan abah, kami semua seolah-olah terikat dengan kasih sayang yang sangat mendalam. Kehadiran Nazrul sebenarnya menguatkan lagi ikatan kami sekeluarga. Kami bergantung antara satu sama lain demi kebaikan Nazrul. Sampai waktu arwah mama dan abah terlibat dalam kemalangan jalan raya, maka tinggallah kami berempat.” 

Nuzul mengetap gigi. Menahan sebak disebalik wajah tenangnya. Lagi pula Nuzul tersedar bibirnya sudah terlanjur berbicara. Banyak perkara yang telah didedahkan olehnya. Sedang hakikatnya, Irsyad hanya orang luar yang tiada sebarang pertalian. 

Tiba-tiba Nuzul berasa malu sendiri. Irsyad cuma memintanya menerangkan dengan ringkas tetapi dia pula bercerita dengan panjang lebar. Terlalu menaruh kepercayaan terhadap pemuda itu. Entah mengapa begitu mudah dia menyingkap nostalgia lama kepada Irsyad. Jejaka itu seperti berkuasa ke atasnya. Siapa dia pada kau, Nuzul? Hatinya menyoal keliru.

Mungkin sifat Irsyad yang suka mengarah membuatkannya terpaksa patuh dan mengikut rentak Irsyad sehingga satu persatu rahsia hidupnya tersingkap. Rumus Nuzul dalam benak. 

“ Nuzul…”

“ Hurrm...” Nuzul kemam bibir. Menahan rasa. Lembut dan garau suara Irsyad makin menyesakkan dadanya. Lemas perasaannya.

“ Take this.” Sekali lagi Irsyad menghulurkan sapu tangannya. “ I just feel you’re going to weep. Gunakan ini untuk sekat air mata you yang akan jatuh. Please, jangan menangis depan I. I’m going to sick to watch it.” 

“ Saya takkan menangis.”

“ Do not deny my words, Nuzul. I percaya sekarang you tengah tahan perasaan nak menangis. Ambil ini! ” ucapannya jelas dan terang. Terkandung arahan yang tidak mampu disanggah. 

Nuzul mengalah. Dia mencapai jua sapu tangan tersebut. Sapu tangan yang ditolaknya semasa awal-awal tadi. Namun Nuzul tidak menggunakan sapu tangan tersebut untuk menyeka basah di tubir mata. Sebaliknya dia meminta diri ke tandas. Meninggalkan Nuha dan Nurin di meja makan bersama Irsyad. Nuzul membawa Nazrul ke tandas. Ingin memastikan Nazrul membuang air sebelum mereka pulang. 

“ Anything I can help you, Nuzul? Mungkin I boleh bawa Nazrul ke tandas? ” Irsyad cuba menawarkan pertolongan. 

“ It’s okay, encik. Nazrul boleh uruskan dirinya tanpa pertolongan daripada sesiapa termasuklah saya.” Maklum Nuzul. Irsyad mengangguk. Mengerti dengan penerangan tersebut.

            Sepuluh minit kemudian, Nuzul munculkan diri daripada sudut bilik air sambil mengendong tubuh kecil Nazrul. Dari jauh Nuzul melihat pelik ke meja mereka. Kelibat Irsyad sudah tiada. Hanya wujud Nuha dan Nurin.

            “ Abang Alif ke mana? ” Nuzul menyoal usai meletakkan Nazrul kembali di kerusi sebelahnya. Dia kemudian duduk sambil mata menala kepada adik-adiknya.

            “ Abang Alif keluar sekejap. Dia kata ada urusan sikit.”

            Nuzul angguk. Barangkali Irsyad mempunyai urusan penting dan terpaksa meninggalkan mereka. “ Kalau macam tu kita baliklah. Nuha dan Nurin dah kenyang? ”

            “ Dah.” Serentak Nuha dan Nurin menjawab. “ Sedaplah kak long. Bestnya keluar Abang Alif! Nurin rasa hari-hari nak keluar dengan dia.” Tokok si adik. 

            Nuzul senyum saja. Adiknya itu memang naif dengan kebaikan yang baru disogokkan oleh Irsyad. Sedang dirinya pula tahu persis sifat dan perangai baran Irsyad yang sukar dikawal. Tetapi Nuzul tidak mampu menafikan, ada kalanya dia tersentuh dengan kelembutan yang Irsyad cuba jalinkan antaranya. Jauh berbeza dengan peribadi sebenar jejaka itu. 

            ‘Apa maksudnya dengan semua kebaikan ini? Aku tak menjemput dia berada dalam kalangan keluargaku, tetapi Irsyad sendiri menawarkan diri! Kenapa mesti setiap tindakannnya mengundang paluan jantung yang hebat? ’ tingkah benak Nuzul yang kekeliruan. Sedang hatinya makin terdera dengan situasi di luar kawalannya.

            Nuzul memejamkan matanya. Mengenyahkan gangguan jiwa dan fikirannya yang sudah berlebihan menghitung setiap perilaku Irsyad. Nuzul sedar diri. Gadis biasa sepertinya tidak layak menerawang jauh memikirkan segala kemungkinan yang mampu menjalinkan sesuatu antara mereka. Irsyad punyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kemasyhuran. Manakala dia, seorang yang masih berjuang dari pagi ke malam demi mengelakkan kelaparan menimpa adik-adiknya.

            “ Kak long, itu Abang Alif.” Tempikan Nurin menghapuskan pemikiran Nuzul. Segala suara hati mahupun benaknya sirna serta-merta.   

            Nuzul angkat muka. Mencari kelibat Irsyad. Dari luar dinding kaca yang jernih, Nuzul dapat melihat Irsyad sedang menuju ke pintu masuk. Mulut mungil Nuzul terbuka sedikit kerana terkesima. Matanya buntang akibat terkejut. Nuha dan Nurin ikut melahirkan perasaan yang sama tatkala menghadapi permandangan yang menghairankan mereka. Rahang masing-masing jatuh.

















BAB 15



“ Wah, untungnya dia! Tadi teringin sangat dengan beruang comel, sekarang dah dapat pun. Macam dapat durian runtuh! ” omel Nuha apabila melihat senyuman Nurin yang tidak pernah luput. 

            “ Bestnya, kak long. Nurin suka sangat dengan teddy bear ni! Besar gila! Angah mesti jealous, kan? ” Nurin tayang muka bangga dengan Nuha. Dia mendakap penuh erat teddy bear bewarna coklat itu. Nurin kagum melihat betapa besar dan tinggi patung beruang itu. Hilang sudah rasa malunya sewaktu menerima hadiah tersebut kerana perasaan terujanya yang melampau. Malah Nurin tidak menghiraukan pandangan orang ramai terhadap patung beruang itu ketika menunggu monorel tiba.

            Nuha menjuihkan mulut. Menyampah. “ Angah boleh beli sendiri kalau angah nak, tapi angah dah matang! Umur angah dah tak sesuai nak bermain dengan beruang macam Nurin! ” tukas Nuha menyindir sikap Nurin.

            Giliran Nurin mencemikkan muka. “ Tak kisah pun dengan kata-kata, angah. Hakikatnya Nurin memang berjiwa budak-budak sebab Nurin adik perempuan yang bongsu.” Tukasnya tidak terkesan dengan kenyataan si kakak. Malah Nurin makin meleretkan senyum gembira.

            Nuzul ikut bahagia melihat senyum lebar si adik. Dia mendukung Nazrul yang kepenatan. Dalam hati risau jika Nazrul mengamuk sebelum mereka tiba ke rumah. Nuzul berharap monorel lekas tiba supaya mereka lekas sampai ke KL Sentral lalu bertukar menaiki KTM Komuter menuju ke Sungai Buluh. 

            “ Jaga baik-baik teddy bear itu. Jangan sekejap suka, lepas tu dah tak hirau.” Pesannya. 

            “ Oh, tak mungkin Nurin abaikan ‘dia’! Kita sayang ‘awak’ sangat-sangat! Kita akan jaga ‘awak’ sebab Abang Alif yang bagi awak dekat kita! ” Tukas Nurin seperti berikrar. 

            Teringat kembali peristiwa manis yang berlaku. Abang Alif telah membawa masuk sebuah patung beruang besar bersama sebuah kek daripada Secret Recipe. Kek Choclate Indulgence amat sedap baginya. Masih terasa keenakan kek tersebut di dalam mulutnya. 

            “ Aik, jangan suka dengan Abang Alif pulak! Abang Alif bagi pun sebab Nurin yang gatal mulut bagi tahu hari ini birthday Nurin. Kalau tak, memang Nurin balik dengan tangan kosong tau. Kek pun tak dapat! ” Nuha membidas lalu mengunjukkan bungkusan kek yang sedang dipegangnya kepada Nurin.

            “ Nurin bukannya suka sampai nak jatuh cinta. Nurin tahu sebenarnya Abang Alif suka dengan along. Nurin nampak mata dia asyik tengok kak long.” Tempelak Nurin pula. Nuha senyum tiba-tiba. Sengih dengan bicara Nurin yang tidak dapat disangkal.

            Nuzul telan liur. Matanya sengaja dijegilkan seolah tidak berpuas hati dengan komen adiknya. “ Jangan cakap macam tu, Nurin. Along tak ada apa-apa dengan Abang Alif. Dia sengaja hadiahkan Nurin teddy bear sebab birthday Nurin. Tak ada kaitan dengan along pun.”

            “ Hrmm, entahlah…Nurin cuma perasan mata Abang Alif selalu pandang kak long. Macam tak nak lepas langsung muka kak long dari matanya.” Tokoknya lagi.

            Nuzul membisu.Tidak mampu mengelak mahupun menafikan fakta tersebut. Dia sendiri sedar akan hakikat itu. Setiap kali matanya memandang, mata Irsyad sudah pun bersedia untuknya. Memberikan sepenuh perhatian. Retina masing-masing menangkap bayangan wajah antara mereka.

            “ Sudahlah, jangan cakap lagi pasal ni. Kak long tak mahu dengar.” Nuha dan Nurin angkat bahu saja. Mematuhi arahan Nuzul.

             “ Nuzul, let me carry Nazrul.”

            “ Hah? ” Nuzul tersentak. Begitu juga dengan Nuha dan Nurin. Kehadiran Irsyad secara tiba-tiba amat mengejutkan mereka. Lebih-lebih di ruang platform menunggu monorel. Sanggup jejaka itu menempuh situasi orang ramai yang ingin menaiki monorel.

            “ Nazrul dah tertidur dekat bahu you. Biar I angkat dia.” Tawar Irsyad tanpa menghiraukan renungan hairan tiga beradik itu.

            Sedaya-upaya Nuzul menggeleng. Menolak cadangan Irsyad. “ Tak apa, kami dah nak balik. Encik Alif baliklah sekarang. Sekejap lagi monorel dah nak sampai.” Jawabnya.

            “ Hari ini aku nak balik dengan monorel.”

            “ Kenapa tiba-tiba? ” berkerut-kerut dahi mulus Nuzul. Pelik.

            “ Kenapa? Kau tak sudi berkongsi transport dengan aku? Tadi aku ajak naik kereta, kau tak mahu. Sekarang kenderaan awam pun aku tak boleh naik juga? ” sangkal Irsyad lembut.

            “ Tapi destinasi kita bertentangan, encik.”

            “ Aku tak kisah. Lagipun ini pengalaman pertama aku naik monorel, kau tak sudi temankan aku? ” soal Irsyad bersahaja. ‘Sekarang memang destinasi kita bertentangan, tapi tak mustahil boleh bersatu, Nuzul.’ Desah isi hatinya.   

            “ Jomlah, kita balik sekali Abang Alif. Nurin boleh temankan.” Seperti biasa kepantasan Nurin membuat keputusan membuatkan Nuha dan Nuzul tersepit. Mana mungkin mereka membantah setelah banyak budi yang Irsyad taburkan.

            “ Terima kasih, Nurin.” Ucap Irsyad bersama senyuman yang menampilkan barisan gigi putih bersih. Sehingga menampakkan pipi kirinya tenggelam dek lesung pipit.

            “ Biar aku angkat Nazrul. No objection, Nuzul! I want to carry him.” Irsyad memegang badan Nazrul. Berusaha membawa tubuh Nazrul ke dalam dukungannya. 

            Irsyad akui dia berasa kasihan melihat tubuh halus Nuzul mengendong Nazrul. Walaupun Nazrul kelihatan kurus, namun tubuh itu tetap menjadi beban buat gadis kesayangannya. Irsyad tidak tenang melihatnya sejak tadi. Gelisah menatap kecekalan Nuzul menghadapi tanggungjawab itu. Akhirnya Irsyad memutuskan untuk pulang menaiki pengangkutan yang tidak pernah dijejakinya. 

            Selama ini Irsyad tidak pernah menyusahkan diri berasak-asak dalam pengangkutan seperti itu. Sama ada LRT, Monorel, komuter atau ERL, dia menolak untuk berada di dalamnya. Hatta di luar negara sekalipun, Irsyad mempunyai kereta peribadinya sendiri untuk ke mana-mana selain pengangkutan udara seperti kapal terbang dan helicopter.

            “ Jangan susahkan diri, nanti encik penat.” Bangkang Nuzul yang tidak betah berhadapan dengan Irsyad yang semakin hilang pendirian asal.

            “ You hurt my pride, Nuzul.” Bicara Irsyad seakan tersinggung. 

            Nuzul tersentak. “ Saya tak faham maksud, encik. Kenapa tuduh saya menyinggung perasaan encik? ”             

            “ Sebab aku lelaki, Nuzul.” Irsyad berjeda. “ Perkataan penat tak sepatutnya wujud bila tenaga wanita dan lelaki dibandingkan. Kau kena terima hakikat kejadian tuhan, bahawa lelaki diciptakan lebih kuat. Kalau aku penat pun, aku akan diam. Jadi kau takkan pernah tahu sama ada aku penat atau tak.” Tegas Irsyad.

            ‘Aku seribu kali lebih rela menanggung penat daripada melihat kepenatan berlabuh di wajah kau, Nuzul.’ Suara hati Irsyad mendesah lagi.  

            Kata-kata Irsyad tampak bersungguh. Nadanya sebagai seorang lelaki yang bongkak tidak pernah hilang. Tetapi Nuzul sudah terbiasa. Sempat dia menyimpulkan itulah keistimewaan Irsyad yang tidak wujud dalam diri lelaki lain yang mengenalinya.

            “ Kak long, abang long. Monorel dah sampai, jangan bergaduh lagi nanti Nazrul bangun.” Sampuk Nurin selamba. Nuha tersengih-sengih. Abang long?

             Nuzul terasa mahu memulas telinga Nurin tetapi dia sebaliknya melarikan anak mata. Melihat monorel yang telah tiba. Tetapi bahang kehangatan dari luar dan dalam tubuhnya telah membuatkan pipinya memerah. Panas dan malu. 

            Irsyad berlagak tenang. Seolah tidak terkesan dengan bicara Nurin. Namun tiada sebarang manusia pun yang mengetahui betapa hatinya kembang bahagia bagai disirami asmara cinta. Hanya tuhan Yang Maha Esa yang mengetahui betapa deras jantungnya mengepam aliran darah sehingga bergetar syahdu. 

            Sudahnya Irsyad memeluk tubuh Nazrul seeratnya bagi melindungi bunyi degupan yang seakan melantun kuat di telinganya. Kepala Nazrul yang berada di bahu kirinya, diusap dengan lembut sebelum melangkah ke dalam komuter.

            ‘ Alamak, kena pulak berebut masuk?! ’ getus benaknya. Terkejut dengan perebutan yang berlaku.




TIMBUL rasa kasihan melihat dahi itu berpeluh walaupun baru lima minit berada dalam komuter. Nuzul melihat kulit muka Irsyad yang putih menjadi merah. Mungkin keadaan yang sesak dan padat dengan orang ramai menjadikan Irsyad tidak selesa sehingga mencipta perpeluhan yang nyata.

            Nuzul kagum apabila Irsyad tidak mengomel hatta sepatah perkataan. Lelaki itu masih berusaha menempuhi keadaan yang baru baginya. Di tambah pula dengan berat tubuh Nazrul yang perlu Irsyad imbangi, menjadikan Nuzul serba salah mahu mengambil semula adiknya daripada dukungan Irsyad. Bimbang menyinggung perasaan Irsyad lagi.

            Teringatkan sapu tangan Irsyad yang disimpannya, Nuzul mengeluarkan handkerchief itu. Dia kemudian menghulurkan kepada Irsyad. “ Dahi awak berpeluh, tentu tak selesa, kan? ”

            “ Aku okey, Nuzul.” Ringkas Irsyad menjawab. “ By the way, tolong lapkan peluh aku. Aku tak ada tangan nak buat sendiri.” Pinta Irsyad seperti berbisik. 

            Tergamam. Kelu lidah Nuzul dengan permintaan itu. Boleh tersedak jika dia sedang meminum air tatkala ini. “ Er, biarlah… saya angkat Nazrul.” Teragak-agak dia mengusulkan cara lain supaya mudah Irsyad menyeka peluh sendiri.

            “ It’s okay, kalau kau tak sudi. Nanti dah sampai aku buat sendiri.” Irsyad memalingkan muka ke sebelah kirinya. Melihat Nurin dan Nuha yang ralit melihat permandangan Kuala Lumpur dari dalam monorel. Teddy bear yang dihadiahkan kepada Nurin setia berada dalam pelukan Nurin.

            Nuzul perasan emosi Irsyad mendadak berubah. Mungkin keengganannya mengusik jiwa pemuda itu. Nuzul mengeluh lembut. Keliru dengan rasa yang dialaminya. Dia ingin membiarkan saja rajuk di hati Irsyad tetapi sebahagian hati yang lain, menuntutnya agar memenuhi permintaan Irsyad. Memujuk kekecewaan itu. Nuzul berasa amat dilema.

            “ Encik…” seru Nuzul sambil mata tunduk merenung sapu tangan di tangannya.

            “ Encik Alif.” Panggilnya lagi. Dia tahu Irsyad memang terkilan rasa terhadapnya sehingga membiarkan seruan pertamanya.

            “ Hrmm…”    
 
            “ Encik tundukkanlah kepala sikit,” katanya seperti memberi arahan.

            Irsyad pandang ke kanannya. Di mana Nuzul berdiri. “ Buat apa? ”

            “ Tadi suruh saya tolong, jadi saya nak tolonglah ni.” Katanya tanpa menyatukan anak mata mereka. Nuzul enggan memandang respon daripada jejaka itu.

            “ Finally kau sudi juga...”

            “ Tapi ada syaratnya.” Potong Nuzul.

            “ Syarat? Nak suruh tolong sikit pun ada syarat? ”

            “ Encik Alif mesti pejamkan mata.” Nuzul begitu malu ingin menyatakan kesudiannya memenuhi permintaan Irsyad.

            “ Kenapa nak pejam mata? Bukannya kau nak bagi surprise dekat aku. Kau cuma nak tolong lap peluh aku saja, tak ada yang lebih daripada itu.” Irsyad menduga kata dengan gadis itu. Dia sengaja tidak memahami permintaan Nuzul. Irsyad tahu Nuzul cuba mengelak daripada bertentang mata dengannya. Ingin menyekat perasaan yang boleh mengalir daripada setiap pandangan mereka. Mana mungkin Irsyad membendung lagi rasa yang semakin menyala-nyala saban hari dan minggu.

            “ Tolonglah pejam.” Pohon Nuzul.

            “ Okey, aku ikut cakap kau.” Irsyad tunduk sejurus itu. “ Aku dah tunduk dan pejam mata. Sekarang giliran kau pula.”

            Nuzul lega Irsyad mematuhi arahannya. Tangannya yang berlapik sapu tangan segera menyeka peluh-peluh yang merenik di dahi. Kemudian meluncur ke bahagian anak rambut di sebelah telinga. 

            Irsyad angkat kelopak mata. Pertembungan mata yang ingin Nuzul hindari berlaku jua. Dia terkedu. Jemarinya segera ditarik daripada menyentuh wajah tu lagi. 

            Manakala Irsyad mengukir senyum. Nakal. “ Kau suruh aku pejam mata, tapi kau tak kata bila waktunya aku boleh buka mata. So, aku tak bersalah Nuzul.” 

            “ Jahat. Encik mungkir janji dengan…”

            “ Erghh..!! ” rengekkan Nazrul mencantas bicara Nuzul. Irsyad tegakkan kepala semula. Rupanya tindakannya telah menganggu rehat Nazrul. Oleh itu, Irsyad mengusap belakang badan Nazrul agar Nazrul kembali tidur.

            Namun begitu, Nazrul masih merengek sambil menangis kecil. Barangkali marah dengan gangguan yang muncul. Nuzul segera mengusap rambut Nazrul. Memberi sentuhan tangan bagi menghilangkan tangisan adik bongsunya itu.

            “ Sayang…jangan menangis. Mama ada dengan Nazrul.” Kata Nuzul seakan berbisik. Sudah tentulah Irsyad mendengar bisikan yang sama.

            Nazrul masih mendesah sedih. Nuzul tahu cara yang paling berkesan untuk memujuk rajuk Nazrul. Adiknya itu sukakan lagu rama-rama yang selalu didendangkan olehnya saban malam berserta zikrullah di halwa telinga. Demikian itu, Nuzul segan untuk menyanyikan lagu kanak-kanak taska itu. Irsyad pasti mendengar setiap nyanyian yang dialunkan olehnya.

            “ Nuzul, sebelum semua orang dalam monorel ini sedar dan marah dengan Nazrul. Better you find a way to reduce his bawling.” Usul Irsyad. Nuzul teragak-agak untuk berkata.
            “ Kak long, nyanyilah macam biasa. Nazrul nak suruh akak menyanyi tu. Kang bertambah mengamuk dia nanti.” Nurin menyampuk.

            “ Then sing a song, Nuzul.” Irsyad mengarah.

            Nuzul menarik nafas panjang. Mengalah dengan situasi yang mendesaknya. Dia mengalunkan lagu dengan selembut kasih seorang kakak. Berbisik nyayian itu ke telinga Nazrul.

Dari ulat jadi kepompong
tidur nyenyak dalam kelongsong
cukup masa kelongsong pecah

Pom! Pom! Jadilah rama-rama yang indah

Rama-rama terbang merata
Hisap madu di pohon bunga
Sungguh cantik aneka warna
Tapi sayang hidup tak lama

Begitulah hidup manusia
Pada Allah kita berdoa
Agar jadi insan mulia…

Irsyad teguk liur. Terasa kesat di kerongkong. Dia pernah mendengar lagu itu. Lagu di mana dia terperangkap dalam perasaan yang asing terhadap Nuzul. Irsyad sedar bahawa Nuzul bukan bekas isteri orang atau ibu tunggal yang disangkalnya.

Nuzul seorang gadis yang menjalankan kewajipan sebagai seorang ayah dan ibu. Nuzul yang cekal dan tabah melalui pelbagai kesukaran hidup. Gadis pilihannya bukan calang-calang orang. Nuzul bukan gadis biasa malah luar biasa untuknya. 

Zahirnya kelihatan gadis biasa tetapi Irsyad mengetahui persis keindahan seorang Nuzul. Jiwa Nuzul yang penuh kasih sayang mematikan segala sangkaan Irsyad. Dia lemah dalam tuntutan hatinya. Oleh itu, Irsyad menuntut kekuatan yang ada pada Nuzul agar melengkapi sebahagian dirinya yang telah Nuzul tawan sejak pertemuan pertama. 


Astagfirullah, rabbal baraya
Astagfirullah, minal khothoya

Rabbi zidni, 'ilman nafi'a
Wawafiqni, 'amalan maqbula
Wawa habli, rizqan wasi'aa
Watub 'alaina, taubatan nasooha


            Irsyad semakin lalai. Nafas panjang dihela perlahan. Gemuruh di jiwa perlahan-lahan kembali tenang seiring dengan alunan zikir yang lahir daripada bibir Nuzul. Irsyad tahu persis keinginan hati yang mendesak. Dia bahkan menahan diri daripada bertindak menurut akal.

Sungguh Irsyad mahu membawa Nuzul ke dalam dakapannya. Meringankan beban kasih sayang yang meresahkan dadanya. Irsyad ingin Nuzul tahu betapa dia mendambakan gadis itu dalam setiap perjalanan hidupnya. Biar apa-apa pun yang menghalang, Irsyad sudah membuat pilihan. Dia tidak akan melepaskan apa yang ingin digenggamnya hatta nyawa bercerai dari badan. 

‘ Aku cintakan kau, Nuzul. Hanya kematian yang akan memisahkan kita!’   


*** Terjemahannya :

Ampuni aku ya Allah, Tuhan kepada Makhluk-makhluk
Ampuni aku ya Allah, daripada segala kesalahan

Ya Tuhanku, tambahkan daku, ilmu yang berguna
Dan taufiqkan, dengan amalan yang diterima (dimakbulkan)
Dan berikan aku, rezeki yang luas
Dan terimalah ke atas kami, taubat yang suci (taubat nasuha)









 *** TO ALL  MY DEAREST READERS
dukacita Aii maklumkan, e-novel Malam bertemu Bintang akan berhenti di Bab 20 kelak. Insya Allah semoga cepatlah ia terbit dalam naskhah novel, aaminn, ya rab...doakan tau :D





3 comments:

  1. alaaaa..dah nak stop ker..huhu..anyway irsyad dah suka kat nuzul..hihi cpt2 anta rombongan meminang..biar senang nak jaga nuzul n family..ehehehe :)

    ReplyDelete
  2. Waah!! Dri semalam bca dri bab 1 hingga bab skarang. Memng best! Xsbr menanti novel ni dterbitkan >_<

    ReplyDelete
  3. salam, wahh. mabruk. May Allah ease you. ^^

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^