“
Oh, shit!! ” melengking kuat suara Melati. Irsyad terkesima lantas memandang ke
sisinya. Habis basah bahagian depan baju gadis itu. Irsyad angkat muka.
Berkerut hebat keningnya.
“ Astaghfirullah, maafkan saya puan! ” pelayan wanita itu segera
mendekati. Gelas yang bersisa minuman fresh orange ditegakkan atas
dulang bulat. Terketar-ketar tangannya meletakkan dulang yang dibawa ke atas
meja.
“ What? Puan?? Aku tak kahwin lagi tahu?! ” semakin menjulang marah
Melati.
“ Err, maaf cik…saya tak sengaja.” Ucapan maaf bergema lagi.
Bahasanya yang salah diperbetulkan. Tertunduk
wajahnya mengenangkan kecuaiannya.
“ Mel, relaks okey. Come, I take you home.” Irsyad menarik tangan
Melati.
“ No, Syad. I takkan keluar selagi perempuan ni tak kena pecat.”
Bentak Melati menyanggah tindakan Irsyad. Dia menarik tangannya untuk
menunjukkan protes.
“ Mel…”
“ Jangan pecat saya, cik. Saya betul-betul tak sengaja, maafkan
saya.” Keluhan berat dilahirkan oleh si pelayan. Memotong bicara jejaka di
sebelah perempuan yang terkena musibah akibat perbuatannya.
“ Shut up! ” jerkah Irsyad lalu menghantar renungan keras pada pelayan
terbabit. Menjadi kepantangannya apabila kata-katanya cuba dipotong. Tajam bening
Irsyad menikam figura si pelayan yang sedang menikus.
“ Syad, please…I tak boleh berkompromi dalam soal ini. Tolong suruh
bestfriend you pecat dia. Seumur hidup I makan dekat café atau restoran mewah,
sekali pun I tak pernah kena seperti ini. Lebih baik you keluarkan dia daripada
sini, sebelum nama baik café ini terjejas.”
Panjang Melati berhujah demi tuntutan hatinya. Dia ingin
menggunakan kesempatan tersebut untuk menyedarkan seluruh pelayan dalam
restoran itu tentang kuasa yang dimilikinya tatkala berada di samping Irsyad.
Melati ingin menunjukkan betapa agungnya dia menjadi wanita yang mampu
menguasai seorang lelaki hebat seperti Irsyad, anak kepada hartawan tanah air
Tan Sri Jeffri Lee. Lelaki itu juga bakal pewaris Garuda Corporation, syarikat korporat
tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa serta meluaskan rangkaian
anak syarikat ke setiap negeri-negeri semenanjung, Sabah dan Sarawak
termasuklah luar negara seperti di Berlin, Jerman dan Clifton, New York.
“ Mel, please…jangan buat kecoh.
Semua orang tengok kita. Jom, I belikan baju lain untuk you.” Irsyad cuba
memujuk. Ternyata adegan di meja mereka begitu mencuri perhatian daripada para
pelanggan serta pelayan café.
“ Kenapa ni, Syad? Nuzul? ” saat itu muncul seseorang. Nuzul,
Irsyad dan Melati serentak menuntaskan mata kepada gerangan yang hadir antara
mereka. Makin berdebar dada Nuzul tatkala itu.
“ Nasib baik kau datang, Saif. Ada problem sikit.” Irsyad bangun
dari tempat duduknya. Terkebil-kebil mata Nuzul memandang jejaka itu.
Ketinggian yang dimiliki lelaki itu, mengkagumkan matanya. Jauh berbeza
dengannya yang mungkin setakat paras bahu. Padanlah lelaki itu bergandingan dengan
wanita di sisinya, ketinggian yang menyerupai model. Barangkali memang seorang
model tetapi Nuzul tidak mampu mengecamnya. Sementelah bukan minatnya untuk
mengambil tahu dunia fesyen, modelling atau yang sebaris dengan dunia hiburan.
Kemudian Nuzul pantas
memandang majikannya, Encik Saiful. “ Saya minta maaf, Encik Saiful. Saya betul-betul
tak sengaja. Tiba-tiba kaki saya tersadung.” Pohonnya dalam kesalan.
Saiful mengangguk tenang. Memahami
keadaan Nuzul yang nyata bersalah. “ Cik Melati, I minta maaf bagi pihak
Nuzul.” Ucapnya formal mewakili pihak pekerjanya.
Melati laju menggeleng. “ Saif, I
bukan tak nak maafkan tapi I risau kecuaian dia akan mengakibatkan imej café ini
terjejas.”
“ Kalau cik tak kisah…er.. saya boleh tolong cucikan baju yang
kotor itu.” Nuzul mencelah. Memberi cadangan lain agar wanita di hadapannya
terpujuk dan beralah terhadap kekhilafannya.
“ What? Kau nak mendobi baju aku pulak? ” Melati melepaskan tawa
sinis. “ Aku tak ingin tahu tak?! ”
Nuzul mengetap kuat giginya.
Mengawal ombak ganas yang melanda jiwa. Perasaannya merudum jatuh, maruahnya
seakan terbang ke langit. Hilang dan lenyap bagaikan menghadapi penghinaan yang
besar.
“ Maafkan saya cik, saya janji tak
ulang lagi kesalahan ini tapi tolonglah jangan berhentikan saya.” Lembut Nuzul
merayu. Wajahnya dipanggung. Memandang pelanggan lelaki dan wanita yang
berpakaian kasual.
Irsyad mendengus. Rayuan itu seakan menjentik ngilu ke hatinya.
Menganggu ketenteraman jiwanya dari dalam. Dah salah pandai pulak nak merayu!
Herdik hatinya.
“ Saif, kita bincang dalam pejabat kau.” Arah Irsyad lalu berjalan
mendahului. Meninggalkan Melati yang sedang mengamuk. Saiful membuntuti kawan
baiknya merangkap rakan kongsi perniagaannya.
“
AKU nak kau pecat budak tu! ” Irsyad mengeluarkan sebuah arahan setelah Saiful
menutup pintu pejabat.
Saiful tercengang sebelum lekas menggeleng. “ Tak boleh, Syad.” Katanya
selepas melabuhkan punggung ke kerusi.
“ Apasal tak boleh? ”
“ Dia kawan baik Laila. Apa aku nak jawab dengan bini aku? ” balas
Saiful selamba. Lebih mementingkan cinta hatinya daripada partnership di depan
mata.
“ Habis, café ni bukan milik aku juga? Apa guna aku invest dalam café ni tapi aku tak
ada kuasa untuk pecat pekerja? Share aku
yang berjumlah empat puluh peratus tu langsung tak bernilai? ” bidas jejaka yang
berkulit coklat terang dan berwajah kacukan. Maklumlah hasil pertembungan dua
budaya. Ayahnya seorang muallaf berbangsa Cina sedang ibunya wanita Melayu sejati.
“ Itu baru kesalahan pertama dia, takkan aku nak terus pecat.
Tolong jangan suruh aku bertindak kejam, Syad.”
“ Kau kata aku kejam, Saif? Budak tu lagi kejam tumpahkan air dekat
Melati.”
“ Syad, kau sendiri nampak dia tak sengaja. Kesalahan macam tu
boleh diampun dengan meminta maaf saja. Tak perlulah sampai aku kena pecat
dia.” Kata Saiful lebih berdiplomasi.
“ Inilah masalah kau, terlalu berlembut hati. Pekerja atau kuli,
kalau tak pandai buat kerja lebih baik dibuang sebelum berkudis tempat ni. Dia cuai, kau tahu tak? ”
“ Hari ini baru second day dia bekerja, Syad. Give her some time.
Biar dia belajar dulu semua perkara. Kau tak boleh expect new worker boleh buat
semua kerja. Aku mengaku memang dia cuai tapi tak selamanya dia akan mengulangi
kesalahan yang sama. Please, Syad…kita lupakan soal ni. Aku tak mahu Laila
bersedih. Bini aku tu sayang sungguh dengan Nuzul.”
“ Tapi tak adillah untuk pekerja lain. Kira Laila menggunakan kau
untuk terus kekalkan budak tu walaupun dia buat salah. Nanti apa kata pekerja
lain? ”
“ Syad, let’s forget about this. Biarkan dia dulu, nanti
pandai-pandailah aku handle.”
“ Fine, kali ni aku bagi muka tapi kalau berlaku lagi, Laila pun
tak dapat halang aku daripada pecat budak tu! ”
“Thanks, buddy. By the way, aku agak tertanya-tanya kenapa Melati
yang kau bawa hari ini? ” tanya Saiful sengaja membawa lari topik yang hangat
diperdebatkan.
Irsyad tersandar ke belakang kerusi sambil merenung wajah Saiful. “
Mummy dia asyik call suruh aku jadikan Melati sebagai partner ke annual dinner
Riyad Holding. So, hari ini Melati ajak tengok baju untuk majlis malam esok.
Aku malas nak dengar mama aku membebel so, aku pick up aje Melati dekat rumah
tadi.”
“ Bahaya ni, Syad.”
“ Apa yang bahaya? ” terjungkit kening Irsyad kerana kurang
memahami ayat tergantung Saiful.
“ Aku rasa mama dengan mummy Melati macam nak satukan kau orang
berdua.” Rumus Saiful mendadak.
“ No way, Saif! Aku rasa kau dengar tadi aku cuma gunakan perkataan
‘partner’ bukan ‘couple’ atau ‘life partner’.” Irsyad menyangkal kenyataan
tersebut.
“ Apa salahnya?! Kau orang sepupu,
kira bolehlah…”
“ Aku boleh lemas dengan dia. Melati
bukan pilihan aku, Saif. Full stop! ”
“ Okey, fine. Aku pun bukanlah suka
sangat kau dengan Melati! Tapi yang aku musykil kau tetap keluar dengan
perempuan yang tipikal macam Melati so, tak ada bezanya. Yang bertukar cuma
wajah dengan badan padahal dalamannya masih serupa.”
“ Aku tengah mencarilah, Saif. Give
me some time. Kalau boleh aku nak wanita macam Laila.” Luah Irsyad tidak
semena-mena.
Terbelalak mata Saiful. Amat sensitif jika perihal isterinya yang
dikisahkan. Lebih-lebih lagi jika ada yang menyimpan niat mahu mengusik wanita
kesayangannya itu.
“ Tak payah nak jegilkan mata macam
nak telan aku hidup-hidup. Maksud aku, wanita seperti Laila. Nampak garang,
tegas dan sukar untuk dimiliki tapi dalam hati bukan main romantik, penyayang.
Jiwa yang penuh keibuan.”
“ Sejak bila kau mula menganalisis
sifat bini aku? Jangan main mata, Syad. Takkan kau tak kenal aku lagi.” Separuh
menggertak nada Saiful. Tanda kurang senang. Api cemburu mula menyimbah hangat.
“ Kau yang tak sedar diri, Saif.
Dulu bukan main rajin kau bercerita pasal Laila dekat aku, sekarang menuduh aku main mata.” Tempelak
Irsyad pula.
“ Ohh…patutlah..” Saiful tersengih.
Malu sendiri. Irsyad mencebik.
“ Of course Laila cuma wujud satu dalam dunia dan hanya aku
pemiliknya yang tetap. But fortunately Syad… aku rasa aku ada calon yang sesuai
untuk kau. Mungkin dia ada persamaan dengan Laila.”
“ Siapa? ”
“ Nuzul.”
“ Nuzul? ” hampir bercantum kening Irsyad akibat kerutan. Masih
keliru dengan sepotong nama tersebut.
“ Yup, Nuzul… best friend Laila masa dekat sekolah menengah. Gadis
yang baru saja berjaya tumpahkan air ke baju Melati.”
“ That girl? No way, Saif. Never! Kau ingat aku lahap sangat dengan
pelayan macam dia! Seribu kali lebih baik aku boleh dapat daripada dia.” Bersungguh
Irsyad menolak. Saiful tergeleng-geleng kemudiannya.
“ Watch your mouth, Syad. Jangan pertikaikan
kekurangan manusia. Aku tahu kau cukup segalanya tapi setiap kejadian dalam
dunia ini kita tak pernah mampu menduga. Sekarang kau mungkin menolak, tapi apa
yang akan berlaku di masa depan kita tak tahu. Jangan sampai kau yang
tersungkur demi menagih kasih dia. Masa itu kau dah tak pandang zahirnya, sebab
batin kau lebih terseksa untuk bersama dia.” Tegas Saiful lebih memberi amaran.
“ Oh, come on, Saif! Tak
perlulah beremosi sangat. Aku cuma meluahkan perkara yang tak mungkin terjadi.
Itu fakta yang perlu aku sampaikan supaya kau tak buat sebarang spekulasi.”
“ Ini soal hati, Syad. Kita sebagai manusia terlalu lemah tentang
hati dan perasaan. Dengan sekelip mata, kebesaran Allah mampu mengubah hati
kita. Sekali kau jatuh, semuanya berubah seratus lapan puluh darjah. Cuba kau
bayangkan selepas kau keluar dari pejabat aku tiba-tiba kau terjatuh cinta
dengan Nuzul, macam mana? ” provok Saiful.
“ Enough, off this topic. Semua sangkaan kau tak mungkin berlaku,
aku yakin. Fikir secara logiklah, Saif. Aku dengan dia, berbeza macam langit
dengan bumi. Apa yang aku miliki sekarang, perempuan itu tak mungkin ada.
Terima kata-kata aku ni sebagai kebenaran.” Jelasnya dengan nyata.
Bongkak dan cengil! Sifat semula jadi manusia yang bernama Alif
Irsyad. Jauh berbeza dengan Tan Sri dan Puan Sri yang lebih bersifat rendah
diri, ramah dan ikhlas. Namun Saiful sedia menerima kelemahan temannya itu
kerana dalam diri Irsyad, jauh lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Dia
juga tidak kurang daripada memiliki sifat-sifat yang lemah. Oleh itu, mereka
berdua saling menerima baik mahupun buruk atas tiket persahabatan.
“ Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau,
Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan
bukannya sesuatu yang impossible untuk berlaku. Jangan sampai teori logic akal
kau memakan diri semula. Secara praktikalnya pulak kau datang mengadu dekat aku
yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul.”
“ Apasal hari ni kata-kata kau macam mengancam aku? ” Irsyad
membangkitkan persoalan lain. Tidak berminat dengan bicara Saiful yang terlalu
berhikmah. Sukar untuk difahami fikirannya yang lebih menyukai sesuatu yang
ringkas dan simple.
“ Sengaja aku wujudkan provokasi, tapi kau ni memang raja bongkak!
Pantang disamakan taraf dengan orang biasa.”
“ You know me, Saif. I’m Alif
Irsyad, tak ada sesiapa yang menyerupai aku atau aku meniru orang lain. This is
real me.”
“ Aku kenal sangat, Syad. But you
better watch out.” Pesan Saiful di penghujung kata.
IRSYAD
membuntangkan mata. Terkejut dengan permandangan di depannya. Langkah kakinya
segera mendekati meja makannya semula.
“ Mana baju you, Mel? ” soal Irsyad melihat Melati cuma mengenakan
spaghetti strap bertali halus.
“ I suruh budak tu pergi basuh dan keringkan. Berlengas badan I tahu
tak? You pulak bukannya peduli tentang I, masuk pejabat Saiful terus tak mahu
keluar. So, apa keputusannya? Budak tu kena pecat tak? ” tanya Melati tidak
sabar.
Irsyad tidak menjawab sebaliknya dia mencapai jaket berkulit hitam
miliknya daripada kerusi sebelah Melati.
Kemudian dengan cermat disarungkan ke tubuh gadis itu. Menutup sebahagian besar
kulit bahu putih gading yang terdedah itu.
Melati tergamam. Dalam masa yang sama cukup tersentuh dengan
tindakan Irsyad. Jejaka itu seakan mahu melindungi pandangan liar lelaki lain
terhadap tubuhnya. Dalam masa yang sama Melati berbangga dengan perilaku
Irsyad. Cukup memuaskan hatinya yang hangat dibiarkan tercongok menunggu
hukuman dari pejabat pengurus café tersebut.
“ Don’t take it out.” Kata lelaki
itu dengan tegas. Melati mengangguk.
“ You tunggu sini, I nak ambil
semula baju you and then kita makan dekat tempat lain.” Beritahu jejaka itu.
Lagi-lagi Melati mengangguk.
Irsyad kemudian berlalu ke bahagian belakang café. Mahu mencari
kelibat pelayan yang telah membawa pakaian luar Melati. Terpaku. Langkahnya
tergencat tatkala gadis yang dicari sedang berdiri di singki mencuci tangan.
Irsyad terperasan kemeja chiffon milik Melati tersangkut di bahu
gadis itu.
“ Baby…baby jangan menangis…mama tengah kerja ni, sayang. Mama
janji balik awal hari ini.” Lembut suara Nuzul ketika bercakap di telefon
bimbit.
Irsyad terkebil-kebil mendengar perbualan tersebut. Mama? Baby?
Cis, kurang asam punya Saif! Ada hati nak padankan aku dengan janda. Memang tak
mungkinlah gamaknya!
“ Okey-okey sekarang baby
dengar mama nyanyi tau. Lepas tu baby mesti tidur, jangan menangis lagi.” Kali ini
nada Nuzul lebih kepada memujuk. Tidak menyedari gerangan manusia di belakangnya.
Dari ulat jadi kepompong
tidur nyenyak dalam kelongsong
cukup masa kelongsong pecah
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah
Rama-Rama Terbang Merata
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna
Tapi Sayang Hidup Tak Lama
Begitulah Hidup Manusia
Pada Allah Kita Berdoa
Agar Jadi Insan Mulia…
Irsyad telan liur. Dia benar-benar terleka dalam desis suara yang
riang itu. Berbeza sungguh dengan suara yang terketar-ketar takut di hadapannya
tadi.
“ Okey, lagu dah habis sekarang baby tidur tau. Petang nanti mama balik
mama nyanyikan lagi untuk baby tapi janji jangan meragam nanti angah marah.”
“ Angah, tolong jaga baby baik-baik. Jangan marah-marah baby, yang
penting kena banyak bersabar tau.” Nuzul menitipkan pesan pada adiknya sebelum
mematikan panggilan.
“ Ehemm…ehemmm..”
Nuzul segera menoleh. Dia mendongak. Berderau darahnya. Saluran
pernafasannya sedikit tersangkut. Kecut dengan pandangan keras itu.
“ Dah puas kau menyanyi? Kalau tak, aku baru ingat nak booking set
karaoke dekat depan tu untuk kau melalak lagi lama.”
“ Maaf, saya terpaksa encik…bukan
saya sengaja nak bergayut dekat telefon. Urgent call.”
“ Habis, baju dekat bahu kau tu tak
penting? Bila masa kau nak cuci baju tu kalau asyik curi tulang, bergayut
sampai tak pedulikan aku dekat belakang ni. Memang sepatutnya aku suruh Saif
pecat kau tapi untungnya dia terlalu baik hati, hari ni bukan hari malang untuk
kau! ” tekan Irsyad dengan deras.
“ Terima kasih, encik…”
“ Kau sindir aku ke? Kenapa nak ucapkan terima kasih dekat aku?
Saif yang baik hati dengan kau bukan aku! ” Irsyad sedikit bengang.
“ Terima kasih kerana sampaikan berita gembira ini pada saya.” Tenang
Nuzul membalas. Senyum kecil terbit di hujung bibirnya.
Irsyad kemab. Tergamam sejenak sebelum menghulurkan tangannya kepada
Nuzul.
Nuzul terpisat-pisat
dengan huluran tangan itu.
“ Bagi aku baju tu.” Arah Irsyad. Nuzul lantas mengambil baju yang
terletak di bahunya sedari tadi.
“ Tapi saya tak bersihkan lagi baju ni.”
“ Sini bukan kedai dobi, Puan Nuzul. Pergi sambung kerja kau
semula.”
“ Saya minta maaf tentang baju ni.” Katanya sewaktu menghulurkan
kemeja chiffon bewarna kuning air itu kepada Irsyad.
“ Simpan kata-kata maaf kau dalam hati sebab aku akan sentiasa
perhatikan kau selepas ini. Kita sama-sama akan menunggu kesalahan kau yang
berikutnya. So, you better watch out.” Ucap Irsyad mersik sebelum melangkah
pergi.
Nuzul pula menghantar kelibat Irsyad dengan sorotan mata yang bisa
ditembusi udara.
* Kalau suka sila senyum yer, kalau tak puas boleh mintak lagi, dan kalau tak suka boleh komen utk penambaikan, hihik (^_^)
nak lagi..hehe ^_^
ReplyDelete:-):-):-):-):-):-):-)
ReplyDelete- ila
Suka suka suka. Terbaik.
ReplyDeletetengah senyum n nk mintak lagi..hehe :)
ReplyDeleteSenyum and nak lagiiiii :) <3
ReplyDeleteBEST NAK LAGI.....
ReplyDeletenak lagi
ReplyDelete