Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Bab 16

Rafiq duduk di birai katil. Telefon bimbit yang baru dimatikan digenggam erat. Panggilan daripada Sakinah merisaukan Rafiq. Suara cemas gadis itu meruntun hatinya. Bertambah gelisah jiwanya. Rafiq meliarkan pandangan ke seluruh ruang bilik hotel yang serba lengkap dan mewah itu. Baru petang semalam dia tiba di Hotel Casuarina, Ipoh. Conferens yang diadakan selama tiga hari dua malam telah membawanya ke situ.
“ Kalau dari semalam Shafiq demam, kenapa kau tak beritahu aku semalam?” sempat lagi Rafiq mengherdik dalam telefon.
“ Kinah tak sangka demamnya bertambah teruk dari semalam. Kinah ingatkan demam biasa jadi, Kinah cubalah rawat Shafiq.” Jawab Sakinah dalam takut-takut.
“ Lain kali jangan pakai sangka. Itu anak aku kalau apa-apahal yang berlaku pada dia, kau kena terus bagi tahu aku. Bukannya berlagak pandai macam doktor. Kau tu belajar pun tak habis lagi! Kau dah tak ingat perjanjian kita,hah? Jangan sampai aku dakwa kau! ” Radang Rafiq kuat. Jika Sakinah ada di depannya pasti gadis itu sudah tertunduk seperti pesalah.
“ Ma..maaf..Kinah tak sengaja,” pohon Sakinah di hujung talian.
“ Habis tu, Shafiq macam mana? Demam dia dah reda ke belum? ” Tanya Rafiq. Suara kerasnya sudah dikendurkan.
“ Belum. Kinah takut tengok keadaan Shafiq begitu. Demamnya tak surut-surut dari petang semalam. Malah semakin bertambah panas badannya.”  Sakinah menjawab lagi. Kegusaran pada suaranya jelas kedengaran.
Rafiq mendengus. “ Aku tak boleh balik sekarang. Seminar kat sini habis petang esok. Aku tak boleh pergi macam tu saja.” Rafiq diam sesaat kemudian menyambung, “ Macam ni, kau jaga Shafiq dulu. Nanti aku fikirkan cara nak bawa Shafiq ke klinik.”
“ Baik, abang. Assalammualaikum,” Sakinah terus mematikan talian. Rafiq menjawab salam di hujung bibir. Dia kemudian bangun dari birai katil. Berjalan setapak dua ke sekeliling katil. Berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalahnya.
Rafiq kembali menekan keypad telefon. Mencari nombor Rudi. “ Helo, Di! ”
“ Dia tengah tidur! ” Jawab satu suara perempuan. Rafiq mendengus kasar. Rudi memang begitu di hujung minggu. Lebih-lebih lagi jika tidurnya berteman.
“ Aku nak kau bangunkan dia sekarang!” Rafiq mengarah. Pertuturan sopan tidak digunakan buat perempuan sebegitu.
“ Tapi dia tengah tidur.” Bantah perempuan yang bersama Rudi.
“ Woi, perempuan! Bangunkan dia sekarang jugak. Aku ada perkara penting nak cakap dengan dia.” Jerkah Rafiq kasar. Perempuan di hujung talian itu mendengus marah.
Selang beberapa saat berlalu barulah suara Rudi menyapa telinga. “ Helo..” serak dan garau bunyi suara Rudi yang baru bangkit dari tidur.
“ Kau ada kat mana sekarang? ” Tempik Rafiq.
“ Hoi, Raf! Slow-slowlah sikit suara tu. Aku dah bangunlah ni.”
“ Bagus. Pergi mandi sekarang dan tinggalkan perempuan kat sebelah kau tu. Aku nak kau ke rumah aku sekarang jugak.” Perintah Rafiq.
“ Hah, apasal pulak ni? Kenapa nak pergi ke sana? Kau bukannya ada pun.” Rudi terkejut. Menyangkal arahan yang dikeluarkan.
“ Anak aku sakit. Tolong bawa dia ke klinik.” Beritahunya.
“ Hah, apasal aku pulak? Kau, kan ada bini? Suruhlah dia bawak pergi.” Bantah Rudi.
“ Sakinah tu mana reti dengan jalan dekat KL. Nak bawak kereta pun tak pandai. Ini pulak nak ke klinik. Kang, entah ke mana pula yang dia tuju. Tak pasal-pasal sesat lagi susah.” Rafiq mengulas.
“ Apasal kau tak panggil aje doktor ke rumah? Senang cerita. Aku pun tak susah,” Rudi berkata lagi. Nampak seperti malas.
“ Nak mampus! Dalam rumah tu cuma ada bini dengan anak aku, kalau ada apa-apa perkara berlaku tak ke bahaya? Yang kau liat sangat nak tolong aku kenapa? Tak puas lagi berulit dengan perempuan dari malam tadi.” Sindir Rafiq. Rudi tergelak-gelak.
“ Lebih kurang macam tulah. Aku baru ingat nak enjoy sikit tapi kau pulak yang datang menganggu. Weekend pulak tu. Mana tak stres jadinya. Kesian awek aku! ” seloroh Rudi tertekan.
“ Kata kawan sehidup semati. Aku baru mintak tolong sikit kau dah merungut. Demam Shafiq dah teruk sangat. Aku risau kalau terjadi apa-apa. Antibody baby macam Shafiq tu mana kuat. Kau tolonglah aku, esok-esok aku balas budi kau balik.” Rafiq memohon sambil mendesak.
“ Umi dan abah kau tak boleh tolong ke? Kakak dengan adik kau tak boleh tolong? ” Rudi masih berusaha mencari jalan keluar untuk mengelak.
Rafiq mengeluh. “ Aku malaslah nak kacau dia orang time hujung minggu ni. Lagipun aku dah banyak susahkan umi aku tu. Alah, kau ni banyak soallah. Aku mintak tolong pun tak boleh ke? Dulu susah senang sama-sama tanggung, kenapa sekarang aku mintak tolong sikit pun kau tak boleh nak tolong? Takkan pasal perempuan, kau sanggup hilang kawan! ” getus Rafiq.
“ Yelah, aku tolong. Kau ingat aku ni kejam sangat ke? Rilekslah. Nanti kau pesan kat bini kau yang aku nak datang ambil dia orang ke klinik. Kang, tak pasal-pasal dia ingat penyangak mana pulak yang datang  nak tangkap dia dengan Shafiq.” Rudi berpesan. 
“ Nanti aku beritahu dia. Cepatlah pergi bersiap.” Gesa Rafiq.
By the way, apa reaksi kau kalau Sakinah yang sakit? Erm..aku agak kalau dia yang sakit gamaknya kau pulang terus ke KL betul tak? ” Rudi sengaja mengusik temannya. Tercetus tawa kuat di dalam talian mudah alih itu.
“ Jangan bermimpi Rudi. Sekarang Shafiq yang sakit. Kalau Sakinah tu yang sakit kirim salam banyak-banyak. Dah besar panjang macam tu, pandai-pandailah jaga diri.” Rafiq menempelak. Gelak Rudi semakin rancak.
“ Cakap besar. Esok-esok kau pulak tersungkur.” Sakat Rudi lagi.
“ Okey, kita tunggu sajalah esok-esok. Sekarang aku nak kau pergi mandi. Aku tak mahu benda buruk berlaku pada Shafiq.”
“ Hmm..jangan lupa pesan kat bini kau yang cantik manis tu sekejap lagi aku datang jemput dia dengan Shafiq,” pesan Rudi sebelum menamatkan perbualan.
Rafiq mengiayakan sebelum mematikan panggilan. Dia termangu sejenak. Cantik? Manis? Cantik ke Sakinah? Manis ke dia? Aku tengok tak habis-habis dengan gaya budak kampung. Kolot, desis hati Rafiq.

No comments:

Post a Comment

hai ! terima kasih ^.^