Salam sejahtera, assalammualaikum, hye semua...!!
Maaf dah lama tak upload apa-apa story atau teaser or anything ^^
sementara menunggu penilaian untuk manuskrip alahai, suamiku amnesia! lulus,
Aii ada create new story, hope kalian sudi membacanya, njoy reading :D
Cover untuk e-novel terbaru..!! bagi aii bersemangat untuk terus mnulis, hehe..
Kurang lima minit
sebelum pukul tujuh aku tibalah ke rumah. Buka saja pintu kereta Myvi, aku
menapak ke dalam rumah dengan langkah longlai. Itupun setelah aku menutup pintu
pagar di luar sana. Maklumlah sikit masa lagi maghrib akan menjelma, jadi lebih
eloklah aku segera melakukannya daripada kemalaman nanti mengundang bahaya
pula.
Serasa
dunia ini aku yang punya tatkala tubuh ini kurebahkan ke sofa. Nyaman seluruh
benak kepala. Aliran darah seakan mampu kukesan mengalir dengan lancar dalam
badan ini. Ketenangan yang tidak kumiliki ketika waktu pejabat.
“ Hah, balik pun! ” sergah ibuku sewaktu mendekati ruang
tamu. Barangkali baru menyedari kepulanganku.
“ Jam teruk betullah, ibu. Banyak kali Ibti mengeluh
dalam kereta tu.” Keluhku pada ibu yang setia duduk di sofa tunggal. Aku hanya
memandang dengan ekor mata kerana aku kini
benar-benar hilang kekuatan untuk menggerakkan bebola mata sekalipun.
“
Kalau dah penat kenapa tak naik atas terus? Tanggal tudung tu baru lapang sikit
dada. ”
“
Sangat tak laratlah, ibu. Bahu dengan tengkok tunggu masa nak terkehel aje.
Hari ini kena siapkan tender, itulah yang kalut sungguh. Memang bekerja tak
ingat dunia aje! Ibu angkatlah Ibti.”
“
Hei, tak kuasa ibu nak mengangkat kamu! Kang, tak pasal-pasal ibu punya leher
dengan tengkok terus patah. Ingat kamu tu budak lima tahun ke? Umur tu dah nak
mencecah tiga puluh tau! ”
“
Hii.. bohonglah tu mengata orang nak dekat tiga puluh! Tahun ini baru masuk dua
puluh tujuh, mana ada masuk angka tiga siri lagi.” Protesku menayang muncung.
Kali ini aku berdaya mencebik bibir kerana amat sensitif setiap kali ibu
membundarkan umurku ke nombor yang terdekat.
“
Hah, sedarpun umur dah meningkat setiap tahun tapi masih nak membujang! Ramai
orang datang merisik tapi kamu tolak macam kain buruk. Ibu dah malu sangat
dengan jiran-jiran kita. Asyik disoal jadi ke tidak yang ini, setiap kali ada
orang datang merisik. Satu kawasan taman perumahan ini dah kenal Ibti tau! ”
“ Alahai, ibu.. balik-balik soal yang satu ini kita
bualkan! Ibti tak berkuasa nak membicarakan soal jodoh dan cinta, Ibti berserah
aje pada takdir. Ada rezeki Ibti berkahwin, Ibti ikutkan saja. Terima dan tadah
tangan dengan dada yang lapang. Tapi kalau tak ada rezeki Ibti jagalah ibu
sepanjang hayat.”
“ Habis, yang ramai-ramai datang merisik tu bukan rezeki?
Tapi kamu tolak bukan main lagi. Ingat kamu artis popular? Tepis orang sana,
tepis orang sini macam bulu tangkis.”
“ Ibu.. janganlah berpura-pura tak tahu sebab apa Ibti
tolak dia orang?! Dari kali pertama Ibti dipinang orang lima tahun lalu, ibu
dah tahu sebabnya Ibti menolak. Keinginan itu sekarang dah menjadi satu
ketetapan dalam diri. Ibti takkan berkompromi lagi soal ini.” Kataku mendatar.
Sedikit malas membahas prinsip yang telah kupegang sejak beberapa tahun lalu.
“ Sebab lelaki-lelaki itu semuanya ada mak ayah?! Bukan
anak yatim piatu yang seperti Ibti mahu, kan? Mana ibu nak cekau?! Mestilah
yang datang meminang mempunyai ahli keluarga masing-masing. Bukan lelaki yang
tak punyai sesiapa dalam dunia ini, yang Ibti harapkan.”
Ya, itulah sebab-sebab yang meyekat aku daripada menerima
lamaran yang bertandang ke rumah. Menjadi keutamaan bagiku untuk melaksanakan
kemahuan ini seiring niat aku untuk mencurahkan kasih sayang pada yang
kekurangan.
“ Kalau tak ada sekalipun, ibu janganlah risau. Patutnya
ibu berasa lapang sebabnya Ibti akan menjaga ibu sampai bila-bila. Seluruh
kasih sayang Ibti hanya untuk ibu sahaja, seandainya Ibti tetap tak ada suami.”
“
Tapi sayang, setiap ibu dalam dunia ini mahu melihat anaknya berkahwin. Dan
itupun menjadi harapan dan impian ibu. Kebahagiaan kamu yang paling utama
sebelum ibu menutup mata. Ada yang menjaga Ibti, mengasihi Ibti seperti ibu
kasihkan anak ibu. Dan tak semua ibu mertua itu hidupnya untuk memburukkan
menantu.” Lembut suaranya membelai jiwaku. Memujukku sambil berusaha mengubah
pendirian ini.
“ Tapi kebanyakan yang wujud di mata Ibti hanyalah ibu
mertua yang ingin mencari salah silap menantu. Kalau dulu nenek sengaja mencari
kesalahan ibu. Bila dia tak suka sesuatu yang ibu lakukan, mulalah menghina,
mengejek kekurangan ibu. Sedangkan ibu tak pernah berniat untuk mengundang
marah dia. Ibu selalu prihatin tentang kesihatan dia, menjenguk keadaan dia
setiap bulan, tapi dia tak pernah langsung menjenguk kita. Hampir-hampir saja
ibu bercerai dengan arwah ayah disebabkan nenek menghasut arwah ayah supaya
berkahwin lain.” Hujahku panjang walaupun telah berkali aku ungkapkan pada ibu.
“ Itu kisah lama, Ibti. Kenapa mesti diungkit?! Ibu
sendiri reda dengan apa yang berlaku. Mujurlah kasih arwah ayah tetap pada ibu.”
Ujar ibuku yang sentiasa bersabar. Bukanlah bermakna aku tidak penyabar
orangnya, cuma aku mahu berwaspada dan berjaga-jaga demi kesejahteraan hidup.
Aku bimbang aku tidak sekuat ibu kelak.
“ Entahlah ibu. Ini mungkin cita-cita, Ibti. Janganlah
kita berbual tentang perkara ini lagi. Ibti penatlah, ibu..”
Aku mengeluh sendiri. Bukan itu saja peristiwa berkenaan
ibu mertua yang membuatkan aku sentiasa berfikir sejuta kali untuk menerima
sesebuah pinangan. Keengganan aku sekarang menjadikan garis panduan untukku
memilih. Aku mungkin boleh dikatakan fobia walaupun tidak mengalami nasib
tersebut. Cukuplah sekadar orang sekelilingku telah melalui pengalaman perit
tersebut. Menjadikan aku berwaspada seperti saat ini.
Banyak contoh yang berlaku. Kak longku juga mengalami
nasib seperti ibu. Memiliki ibu mertua yang tidak menyenangi menantu. Tragisnya
nasib kak long lebih duka kerana penceraian berlaku. Sekarang kak longku
bekerja sambil menyara anak buahku yang berumur lima tahun. Syukurlah, kak long
mempunyai kelayakan yang bagus untuk mendapat pekerjaan yang baik.
Dan
bekas abang iparku bagaikan lelaki gila talak. Menuntut untuk merujuk kembali.
Tetapi kak long seolah-olah pahit untuk melaluinya semula. Ngeri membayangkan
kehidupan yang perlu ditempuh jika bekas mertuanya berterusan menghimpit
kegembiraannya sebagai seorang isteri dan ibu.
Selain
itu, teman baikku, Murni juga berlaku perkara yang hampir menyerupai kak long.
Cuma dia tidaklah sehingga bercerai. Hanya mempunyai seorang mertua yang
terlalu memanjakan anak lelakinya. Nasib Murni mengahwini lelaki anak emak.
Padahnya rakanku itu sering berkrisis dengan ibu mertuanya. Oleh sebab itu, aku
menyimpan tekad untuk tidak memiliki seorang ibu mertua.
Sejujurnya
kasih sayang yang sarat dan memenuhi dadaku, terlalu inginku curahkan buat
insan yang tidak berkeluarga. Lelaki yang hidup sebatang kara dan tidak
berkempatan menerima kasih sayang yang mencukupi setelah kehilangan kedua-dua
ibu bapa. Aku ingin sekali mengasihi seorang lelaki sebegitu. Aku mahu
mengatakan bahawa aku ada untuknya di saat dia tiada sesiapa di sisi. Perasaan
ini timbul telah lama. Sejak aku melawat ke rumah anak yatim sebelas tahun lalu. Aku begitu terpanggil-panggil
untuk menyayangi insan yang kekurangan kasih sayang ini. Cinta yang kusimpan
ini hanya untuknya yang tidak kuketahui di mana dia berada..
“
Sudahlah, pergi naik berehat. Mandi dan bersolat. Jangan lupa solat hajat
sekali kalau Ibti betul-betul mahu memberikan kasih sayang pada yang
memerlukan. Kalau niat Ibti ikhlas dan bersungguh tentu berjumpa juga dengan
pemuda itu.”
“
Ibu tolonglah doakan sekali.” Pintaku manja.
“
Sentiasa ibu doakan supaya Ibti menemui apa yang Ibti tercari-cari dalam
kehidupan ini. Moga penantian Ibti tidak terlalu lama, sayang.” Sekali lagi
tutur katanya membuatkan aku terasa sungguh disayangi.
“
Terima kasih, ibu. Ibti pula sentiasa berdoa supaya Ibti dapat menjadi isteri
seperti ibu. Terlalu tabah, penyabar dan penuh kasih sayang. Ibu mencintai
arwah ayah sehingga sekarang. Begitu juga Ibti ingin selalu mencintai si dia
agar suami Ibti sentiasa bahagia di samping Ibti.”
“
Insya Allah, semoga dipermudahkan oleh-Nya. Aaamiinn..” Ibuku yang bernama Ummu
Kalsum, benar-benar menjadi ibu yang berwibawa. Dialah ratu hatiku serta
pelindung diriku saat ini. Kerana kasih sayangnya yang jitu dan sarat,
menjadikan aku manusia yang terlalu bertuah di dunia ini. Maka itu, aku ingin
menumpahkan kasih sayang yang memenuhi diriku pada yang kekurangan nikmat untuk
berkasih sayang.
saya pun samaaa cita2 dengan Ibti! :P :P
ReplyDeletead novel jgk ke?
ReplyDeletetau just dlm blog
tahniah dek...tk sabar akk nk peluk novel 'ASA'....n best dek n3 baru...
ReplyDeletemcm anak akak,nk cari anak yatim gak
ReplyDeletewahhh xlama lg boleh pelokkk "ASA"...
ReplyDeletedik, best citer... teruskan lg.. menarik jalan cerita dia :)