Tiada coretan yang panjang hanya sekadar ingin menyampaikan cerpen khas Alahai, suamiku AMNESIA! Cerita ini tidak terdapat dalam naskhah kerana ia hanyalah untuk tatapan istimewa buat para pembaca. Bahagian ini adalah selingan cerita ringkas di antara bab 57-58 (sesiapa yg dah dapatkan novel boleh belek lhaa, hehe). Moga terhibur dan ceria selalu, luv u all so mucchh ...!!
Pipi Hanan memerah apabila
teringatkan momen yang berlalu setengah jam tadi. Panas seraut wajahnya menahan
diri yang tersipu-sipu. Mulutnya yang gemar bertingkah kata dengan sang suami
kini bertukar senyap.
Namun tidak
lama, senyuman malu itu sirna. Hanan menggigit bibir bawahnya tanpa sedar.
Resah dengan kesimpulan yang Abrar nyatakan. Makan malam dihadapinya sungguh
janggal. Ketenangan yang cuba dipamerkan hanya luarannya sahaja. Sedang
dalamannya meronta-ronta dek gemuruh dan cemas.
Sedang Hanan
ralit mengatur lauk-pauk di atas meja makan, terasa belakang lehernya dikucup. Bergetar
sekujur tubuhnya mengalami aliran cas yang begitu aneh. Menyirap darah merah
sehingga ke serata wajah. Lama bibir itu diam di situ.
“ You take my
breath away,” gumam Abrar dekat telinga isterinya.
Hanan tidak
berdaya membalas hatta membuka mulut. Terasa deruan nafas suami di belakang
tengkuknya. Lemah perasaan Hanan tatkala itu. Perbuatan Abrar yang senyap dalam
bertindak mengundang debaran menggila. Tingkah tersebut menawan dan memukau
dirinya.
Tangan sasa
Abrar memusingkan badan Hanan supaya berdepan dengannya. Apabila dia merenung
muka isterinya, nyata Hanan begitu terdidik dengan perasaan malu seorang gadis
perawan. Abrar hampir tergelak tetapi dalam masa yang sama dia menahan diri.
Abrar nekad untuk menjadi sedikit tegas agar Hanan mampu membaca isi hatinya
yang semakin tidak keruan.
“ Selepas makan
malam, abang bagi Hanan sejam untuk bersedia. Tak ada lagi penangguhan, sayang.
Abang dah banyak kali berkompromi dengan perasaan Hanan, apa kata malam ni
Hanan pula kesiankan abang?! ” garau suara Abrar berkata.
“ Hanan…”
Abrar menyentuh
dua ulas bibir Hanan, menyekat butir bicara sang isteri yang selalu berusaha
mencari akal. Mengahwini seorang guru, mengajar Abrar tentang betapa bijaknya
Hanan mencari idea bernas dalam melepaskan diri.
“ Hanan pernah
kata dalam perkahwinan wujud perkataan give and take.”
“ Betul, sebab
itulah abang kena…”
“ Abang seorang
saja yang kena bertolak ansur? Hanan tak payah? ” provok Abrar sambil sengaja
menjungkitkan kening hitamnya.
“ Hanan…”
“ Syuhh…” Abrar
mengelengkan kepala agar Hanan diam. “ Abang takkan memaksa Hanan because I’m
not interested an unwilling wife. Satu yang Hanan perlu tahu, kalau bukan malam
ini…takkan ada lagi malam lain antara kita. Abang takkan datang lagi kepada
Hanan, melainkan sebaliknya. Find your own way.”
Tergamam dan
terkedu. Hanan kehilangan bicara. Tiada lagi ucapan yang wajar untuknya
beralasan.
“ Abang lapar,
jom kita makan.” Abrar menarik kerusi meja makan yang tangan mulus itu. Diam
Hanan sedikit melapangkan Abrar. Menunjukkan Hanan sedang mengambil kira dan
menimbang segala kata-katanya.
SEJAM sudah pun berlalu dari waktu
makan malam. Abrar menutup buku yang dibaca. Keinginannya untuk membaca telah
berganti dengan kemahuan yang lain. Tetapi apa yang dia mahukan sekarang tidak
bersamanya ketika ini.
Abrar
bersandar ke belakang sofa. Bersabar dalam menunggu walaupun wajahnya jelas
melahirkan gundah gulana yang bermain di jiwa. Setiap pergerakan jarum jam dipandang
penuh leka. Telinganya pula mengesan sebarang bunyi dari arah pintu bilik.
Keluhan
keras dihembus padu. Abrar bangkit dari sofa setengah jam kemudian. Kelibat
Hanan ternyata tidak kelihatan. Dia bagaikan tidak percaya Hanan telah menolak
permintaannya. Sebagai seorang suami, Abrar sungguh berasa tercabar. Maruahnya
dianggap remeh oleh Hanan.
Abrar
turun ke tingkat bawah. Melewati anak tangga dengan wajah yang tegang. Dia mahu
mendapatkan Hanan dan mendengar alasan yang sering Hanan adakan untuk menghindarinya.
Sampai di anak
tangga, Abrar berhentikan langkah kakinya yang gagah. Dia seraya menyandarkan
bahu sebelah kirinya ke dinding. Matanya melihat terus ke figura Hanan.
Isterinya sedang sibuk bergayut di telefon dengan seseorang dalam talian.
“
Hanan rindukan mak dengan ayah.” Ucap Hanan manja.
Abrar
mencuri dengar perbualan tersebut.
“ Oh, Hanan dah
cakap tadi ye? ” Hanan berpura-pura tidak sedar dengan ucapannya yang asyik
diulang kepada Puan Norsal. Sengaja memanjangkan perbualan mereka.
“ Hrmm, nanti
Hanan kirimkan salam mak kepada Abrar.”
“ Hanan panggil
abanglah, mak. Hanan dah tak panggil suami pakai nama lagi dah.”
“ Ye, Hanan
akan jadi isteri yang taat. Takkan ingkar dengan suami.”
“ Alah…Hanan
tak mengantuk lagilah, mak. Kita baru saja bersembang takkan mak dah nak masuk
tidur. Awal lagi ni,” Hanan memujuk Puan Norsal yang sudah mengadu mengantuk.
“ Baru setengah
jam, mak. Hanan nak bersembang lagi dengan mak.”
“ Pelik? Mana
ada pelik, mak yang sangka bukan-bukan. Hanan okey saja.”
“ Tak…Hanan tak
mengandung? Lambat lagilah mak…” nafinya kali ini bersunguh-sungguh. Sungguh
berdesing gegendang telinga Hanan. Jelas dia berasa segan bila disoal begitu.
“ Mintak kat
alonglah, mak. Tak pun suruh angah kahwin sekarang. Hanan lambat lagi nak bagi
mak cucu.”
Hanan membisu
dan mendengar kata-kata Puan Norsal. Dia mengeluh perlahan.
“ Hanan tahu,
tapi sebenarnya mak…” dia terdiam tiba-tiba. Hakikatnya Hanan ingin meluahkan
keresahannya yang ditanggung dalam hati tetapi apabila difikirkan semula, Hanan
berasa kurang cerdik bertindak demikian. Masakan dia mahu memberitahu rahsia
yang dipegang olehnya dan suami.
SUAMI? Ya, Abrar tentu sedang gigih menanti
dirinya hadir. Berterusan sabar menanti dakapan seorang isteri. ISTERI! Ya,
sebagai seorang isteri dia hanya perlu berikan ketaatan dan menjauhi keingkaran
terhadap suami.
“ Sebenarnya malam
ni Hanan terasa rindu sangat dengan kampung, rindu dengan bilik Hanan. Rindu
nak peluk mak.” Ujarnya dengan jawapan yang lebih selamat.
“ Ayah panggil
mak masuk tidur? Betul ke? Entah-entah mak saja nak auta Hanan.”
“ Hurm,” suara
Hanan sayu sedikit. “ Selamat malam, mak. Hanan pun nak masuk tidur.” Gagang
telefon diletakkan sejurus memberikan salam perpisahan kepada Puan Norsal.
Hanan pusingkan
bahu ke belakang apabila terdengar suara orang berdehem. Nampak saja batang
tubuh suaminya, Hanan pantas melarikan wajah. Tindakannya spontan. Kelihatan
kecut dan pegun.
“ Patutlah lama
abang tunggu…”
“ Mak kirim
salam,” kata Hanan tanpa menoleh. Memotong percakapan Abrar yang dia sangat
mengerti. Memaklumkan bahawa suaminya sudah bersedia dengan segala kemungkinan.
“ Abang dah
jawab sejak Hanan bercakap dengan mak tadi.” Akui Abrar. Hanan tidak terkata.
Suara Abrar begitu dekat di belakang badannya.
“ Mak dan ayah
sihat? ” Abrar bertanya pula.
Hanan
mengangguk. “ Sihat.”
“ Isteri abang
sihat? ” soal Abrar sekadar memprovok reaksi isterinya.
“ Abang rasa
Hanan sihat tapi jiwa isteri abang yang tak tenteram. Sama macam jiwa abang
sekarang.” Abrar menjawab bagi pihak si isteri. Kekeluan Hanan sedikit
menghiburkan hati.
“ Hrmm, jiwa
Hanan memang tak tenteram sejak kita makan malam tadi.” Hanan mengaku.
“ Habis, apa yang
patut abang buat sekarang? ” Abrar berdoa supaya Hanan tidak melukakan hatinya.
Bahkan menghampakan tuntutan nalurinya.
“ Take me now,”
arah Hanan. Dia sungguh segan tetapi cuba untuk berani. Biarkan suaminya
mencari jalan untuk membuang segala kebimbangan yang tidak berpenghujung.
Abrar tidak
menunggu lama. Dia segera menatang tubuh itu. Hanan merangkul lehernya.
Menyorokkan muka ke dadanya. Abrar dapat mengesan wajah yang membera merah itu.
Pasti Hanan dihantui rasa malu tatkala ini.
“ Abang…”
“ Hrmm..”
“ Abang janji
akan bertanggungjawab dengan perkara yang berlaku malam ini? ”
“ Nope.” Sela
Abrar hingga membuatkan mata bundar Hanan membulat. Terkejut dengan jawapan
rasmi suaminya.
“ Bukan setakat
malam ini saja, sayang. Untuk malam-malam yang seterusnya, tanggungjawab abang
takkan pernah berakhir. Hanan bertanggungjawab melahirkan makmum yang
hebat-hebat untuk abang.” Abrar menyampaikan bicara yang lebih telus.
Hanan angguk
setelah memahaminya. “ Hrmm…Hanan ingat tentang tu.” Gumamnya.
“ Abang…”
“ Yes, my love.”
“ No excuses
for tonight? ”
“ Hanan tahu
jawapan abang.”
“ Hrmm, Hanan
tahu… tak ada sebarang pindaan.”
Abrar tidak
berkata lagi ketika mendaki anak tangga. Hanan tidak berdaya lagi untuk
berkata. Sampai dalam kamar, Abrar turunkan tubuh Hanan. Meletakkan isterinya
dalam posisi duduk di tubir katil. Abrar kemudian mencapai sesuatu di atas meja
solek.
“ Pakai ini
sayang.” Pinta Abrar setelah berlutut di depan Hanan. Sehelai gaun tidur
diletakkan atas riba Hanan.
Hanan mengetap
gigi. Seribu cemidu menghiasi wajahnya. Kehangatan semakin terasa membahang di
pipi. “ Abang suka kalau Hanan pakai macam ini? ” tenang dia menyoal.
Abrar angguk
tanpa berlengah. “ Hanya bersama abang, bila kita berdua. Takkan ada lelaki
lain yang boleh melihat Hanan lebih daripada abang. But if you refuse just
throw it, abang tak mahu memaksa.”
“ Hanan akan
pakai untuk abang. Tapi jangan hampa kalau Hanan tak secantik dan sepadan dalam
pemberian abang ini.”
Abrar
menggeleng. “ No, you should be beautiful. Hanan akan tampak cantik dalam
apa-apa keadaan pun. Bila bersama abang, Hanan sangat sepadan dan cantik di
mata abang.”
Hanan
terharu. Tersentuh hatinya yang sedia mencintai sang suami. Bicara itu
membuatkan Hanan lebih ikhlas untuk berkasih sayang. Pasrah untuk memberi dan
menyerah kepada sang pencinta yang menanti dengan penuh kesabaran.
“
Hanan berharap abang takkan kecewa dengan Hanan.”
“ Nay,
sweetheart.” Abrar menidakkan. “ Abang cuma akan kecewa bila Hanan tolak
abang.”
Hanan tidak
berbicara lagi. Sekadar memutikkan senyum buat suami yang terlalu lurus dalam
melahirkan rasa jiwa. Sentiasa menzahirkan cinta buatnya tanpa terhad. Oleh
itu, Hanan memutuskan untuk menghadiahkan sebuah kucupan ringkas.
Pipi Abrar
dipegang lembut dengan telapak tangan. Memposisikan wajah suami kepadanya
sahaja. Mata saling beradu. Bertingkah arus yang mendebarkan. Hanan dapat
melihat betapa Abrar mahukan dirinya. Memiliki cinta, jiwa dan seluruh
jasadnya.
Bibir Hanan
mendekat. Melekap sekilas dalam mata terpejam.
Abrar gamam.
Tidak menjangka Hanan bertindak berani.
“ Tunggu
Hanan,” ucapnya lalu bingkas bangun. Bercadang melangkah ke bilik mandi. Ingin
menyembunyikan diri dek mengenangkan betapa emosinya bercabang dan tidak
menentu.
Abrar tidak
menghalang. Sebaliknya menghela nafas berat. Dia jelas berdebar dengan bahagia
yang mulai hadir.
SUBUH menjelang. Hanan membuka mata
apabila alarm daripada handsetnya berbunyi. Jemarinya menggenyeh-genyeh
mata agar kelopak matanya tidak berasa berat untuk dibuka. Hanan terkenangkan
pagi-pagi sebelum ini, tidaklah sukar baginya untuk bangun tetapi nyata pagi
itu Hanan terasa lain dan aneh.
Pijar muka
Hanan tiba-tiba. Membahang merah apabila menyedari tubuhnya hanya berselimut.
Hanan cuba mengawal rasa asing yang bertamu. Alarm handset yang membingit dimatikannya.
Kemudian Hanan cuba mengumpul kekuatan untuk bangkit.
Dalam masa yang
sama, pintu bilik air terkuak. Abrar keluar dengan hanya bertuala. Rambut
pendeknya basah. Bahu dan dada bidangnya masih melekat dengan titisan-titisan
air mandian.
Hanan
mengemamkan mulutnya. Dia menundukkan wajah bagi mengelak anak mata mereka
bertembung. Selimut dikemaskan ke paras bahu bagi melindungi diri.
Abrar mengulum
senyum penuh erti. Menyelusuri peribadi Hanan yang kelihatan malu dan segan
dengan tatapannya. Hanan tampak tidak mampu menghadap dirinya. Oleh itu, Abrar
melangkah, menghampiri isterinya.
“ Abang minta
maaf.” Ucapnya setelah menduduki birai katil.
Hanan terkedu
dengan ucapan maaf itu. Terpinga-pinga kerana keliru. Bukankah waktu ini dia
wajar menerima sebuah penghargaan seperti ucapan terima kasih. “ Kenapa abang
minta maaf? ”
“ Hanan terlewat bangun
disebabkan abang.”
Tergamam. Kebas
serta-merta lidahnya. Hanan menggigit bibir bawah dek cemidu yang menimpanya.
“ It was a
perfect night to me.” Gumam Abrar. “ Hanan sangat…”
“ Abang,
please…don’t talk anything about last night. Hanan rasa jantung ini menunggu
masa untuk meletup. Hanan nak bangun dan solat.” Pintas Hanan. Memohon
pengertian daripada suaminya.
“ Okay, abang
tak akan cakap apa-apa lagi. You may go now, sweetheart.” Abrar bangkit dari
sisi katil. Memberi ruang kepada isterinya.
“ Abang, towel
please.” Pinta Hanan masih berdiam diri di bawah selimut.
“ Towel? Hanan
nak towel abang? ” Abrar sengaja mengusik. Tangannya sudah memegang simpulan
tuala di pinggang.
“ No! Bukan
tuala abang yang Hanan nak.” Sanggah Hanan lalu menggeleng laju. Kecut terus
perutnya. “ Tolong ambilkan tuala Hanan.” Jelasnya kali ini.
Abrar tergelak
kecil. Terhibur dengan raut Hanan yang pucat lesi secara langsung. Dia menapak
ke penyidai, mengambil tuala isterinya.
“ Here you go.
Lekas sikit mandi, abang tunggu Hanan.” Katanya sewaktu meletakkan tuala yang
diminta sang isteri.
“ Hrmm..” sahut
Hanan pendek.
“ Selepas solat
bersama, I’ll find my way to get rid of your shyness.”
‘ What? Apa
maksudnya itu? ’ Hanan telan liur. Berkali-kali Hanan menggelengkan kepala.
Cuba menidakkan sesuatu yang bermain di fikirannya. Hanan segera melupuskan
bayangan semalam yang melekat jelas dalam kotak memorinya.
“Abang hanya
ada satu cara dalam kepala ini. It is a proper way. The same way like we did
last night.”
Tatkala
kenyataan diberikan, Hanan sudah lelah separuh jiwa. Rasanya dia mahu melarikan
diri saat ini. Mengulangi memori semalam adalah sesuatu yang masih baru
baginya. Biarpun hanya memori yang melintas, Hanan sudah terasa kehangatan malu
itu memerangkap seluruh tubuhnya.
****************************************
Hanan melihat keluar tingkap. Walau
hanya awan gelap yang kelihatan, dia sangat terhibur dengan permandangan itu.
Termasuk ini, sudah tiga kali Hanan menaiki kapal terbang. Yang pertama sewaktu
membuat aktiviti kesukarelawanan di perkampungan orang asli di Sabah. Kedua
pula sewaktu melancong ke Brunei Darussalam.
Ketiga,
penerbangan yang paling mengujakan Hanan. Abrar memberikan kejutan dengan
hadiah bulan madu untuknya sewaktu cuti sekolah pertengahan tahun. Dia tidak
menyangka masih boleh menikmati momen itu sekali lagi. Walaupun lewat namun
tetap manis bagi pasangan yang sedang hangat berkasih-kasihan seperti mereka.
Hanan
pandang ke sebelah tempat duduknya. Nyenyak sang suami sedang terlentok manja
di bahunya. Hanan mencapai lengan kanan suaminya. Dia mengusap lembut tanda
‘hero’ yang dimiliki suaminya. Bekas jahitan itu ditelitinya dengan perasaan
berbaur. Masih terkesan peristiwa dua bulan yang lalu. Tetapi berkat daripada
peristiwa itu, menjadikan mereka seperti pasangan suami isteri yang lain.
Saling akur dan tunduk kepada cinta yang terjalin sepi sebelum ini.
Fikiran
Hanan kembali mengingati bait-bait penulisan seorang suami kepadanya. Tulisan
yang penuh dengan kata-kata pujian, penghargaan dan indah daripada seorang
pencinta wanita. Pertama kali menatap dan membacanya, mata bundar Hanan
mengalirkan mutiara jernih. Dia terharu dan tersentuh.
Risalah
cinta ini buat permaisuri hatiku, Hanan Safura Abdul Malik.
Terima
kasih bidadariku atas kerelaanmu bersamaku. Terima kasih untuk sepanjang malam
yang membahagiakan. Buat pertama kalinya, abang merasai nikmat berkasih sayang
itu sesuatu yang hebat. Dengan kehadiran Hanan dalam dakapan abang, malam abang
menjadi sempurna. Ditemani seorang Hanan menjadikan abang seorang suami yang
selayaknya. Seorang nakhoda yang berjaya mengemudi kapalnya.
Maafkan abang
jika ada perbuatan abang yang menyakiti Hanan. Bidadari abang begitu sempurna
di mata hati ini. Sehingga ada waktunya abang merasakan Hanan lebih layak
mendapat yang terbaik daripada abang yang serba kekurangan. Namun melepaskan
Hanan kepada lelaki lain tidak mungkin terjadi. Hanya kematian yang akan
membebaskan Hanan daripada abang.
Alhamdulillah,
abang bersyukur Allah berikan peluang kepada abang untuk menikmati cinta
seorang Hanan. Abang berharap Hanan setia dan kasihkan abang sehingga ke hujung
nyawa ini. Abang tak mampu menghadapi kehilangan Hanan biarpun untuk sedetik
nafas. Jangan tinggalkan abang, sayang. Cinta ini akan bertukar menjadi
kegilaan apabila Hanan pergi dari sisi abang. I just wanted you in this life.
The one and only it was you, sweetheart.
Suamimu yang amnesia,
Abrar
Zikry
“ Hanan
cintakan abang.” Bisiknya syahdu ke telinga sang suami. Melafazkan rasa jiwa
tanpa kesedaran suaminya. Hanan malu jika Abrar mendengarnya. Oleh itu, dia
suka mengungkapkan cintanya apabila Abrar sedang nyenyak tidur.
“ Hrmm, I can
hear you sweetheart. I love you too.” Ucap Abrar menggumam.
Kebas pipi
Hanan mengawal rasa. Malu semestinya. Lidahnya kelu untuk bertingkah. Apabila
Abrar hanya diam, Hanan lega. Dia lantas meletakkan kepala di atas kepala
suaminya. Merapatkan lagi kedudukan mereka. Menikmati momen yang mencuit
sanubarinya.
************************************
Buat julung kalinya, Hanan
menjejakkan kaki ke Melbourne, Australia menjadi pilihan Abrar
untuk melangsaikan hutang bulan madu yang sepatutnya berlangsung awal dahulu.
Walaupun mereka pernah bercuti berdua ketika baru seminggu berkahwin namun,
ianya sekadar percutian biasa. Malah hubungan ketika itu adalah fasa permulaan
sebagai suami isteri. Tiada istilah bulan madu. Yang wujud hanya sesi
pengenalan, penerimaan dan penyesuaian diri antara mereka.
Detik ini Abrar
ingin menempuhnya dalam erti kata sebenar. Akan diabadikan segala keindahan
sepanjang memori memadu kasih di bumi kanggaru itu.
Sebaik tiba di
lapang terbang Melbourne, mereka menuju ke Rendezvous Grand Hotel Melbourne dengan
menaiki teksi. Hotel yang terletak betul-betul di tengah Kota Melbourne Central
Business District (CBD).
Hanan terpukau
melihat bangunan-bangunan tinggi dan unik sepanjang perjalanan menuju ke hotel.
Kepantasan orang-orang yang berjalan juga membuatkan Hanan separuh kagum. Nyata
Melbourne antara bandar yang paling sibuk di Negara Victoria itu. Maklumlah
pusat perniagaan. Jumlah kepadatan penduduknya juga antara yang tertinggi.
Sekali lagi
Hanan terpukau. Kali ini dia tergamam melihat dekorasi mewah hotel yang bakal
didiaminya. Dari pintu masuk sehingga menuju ke kamar tidur, Hanan
terkebil-kebil melihat permandangan dalam hotel tersebut. Memang nampak elegan
dan mewah.
“ Abang, kenapa
hebat sangat hotel ni? Membazir sungguh…” rungutnya tak habis-habis. Dari
kaunter reception sampai naik lif, mulutnya berbisik dan mengomel. Budak
penghantar beg pun perasan keluhan yang Hanan lampiaskan.
“ Syuhh,” hanya
respon sebegitu yang Abrar lahirkan.
Setiba di
bilik, Abrar menarik Hanan masuk ke dalam bilik. Kemudian dia memberikan tip
kepada bellboy setelah beg pakaiannya dan Hanan dimasukkan ke dalam
bilik.
“ Abang…” Abrar
meletakkan telunjuk ke bibir lembut Hanan. Bibir yang rajin memprotes bila hati
kurang senang.
“ Jangan
persoalkan tindakan abang, Hanan. Tak ada apa yang membazir. Tak ada perkara
yang merugikan bila bersama Hanan. Ini kenangan kita berdua. Memori yang abang
impikan, dan abang berharap Hanan sudi berkongsi mimpi yang serupa.” Pintas
Abrar lalu merangkul dari belakang Hanan.
“ Jangan susah
hati, sayang. Abang dah fikirkan semuanya sebelum kita ke sini. Yang penting
bidadari abang selesa dan bahagia.”
Hanan
longgarkan pegangan suaminya. Dia kemudian menghadap Abrar. Kira mereka dalam
posisi peluk secara berdepan.
“Abang, kita
bukan dalam Malaysia lagi. Hanan tahu semuanya pakai matawang dolar yang
berganda bila didarab dengan matawang Malaysia. Terlalu membazir. Sudahlah kita
dekat sini seminggu. Sejujurnya, Hanan tak kisah menginap dekat manapun. Tepi
jalan pun tak apa, janji abang ada! ” protesnya lagi.
“ Hrmm, tak
kisah dekat manapun, ya? Tepi jalan pun tak apa? ” duga Abrar.
Hanan angguk
dengan laju. “ Janji abang temankan Hanan! ”
“ Tapi tepi
jalan tak ada katil macam depan mata kita sekarang? Macam mana tu? Tanpa katil
bukan bulan madu namanya, sayang…” nakal Abrar menggumam. Mengusik Hanan.
Merona merah
pipi Hanan tatkala itu. Dia menjeling suaminya. Geram. “ Bukan itu maksud,
Hanan! Abang sengaja nak buat Hanan geramkan? ”
“ Abang dari
airport lagi geram tengok Hanan,” Abrar makin galak.
“ Tak nak cakap
dengan abang lagi.” Hanan pura-pura marah.
“ Tak nak cakap
dengan abang, tapi Hanan peluk abang macam tak nak lepas.” Abrar bercanda lagi
walaupun hakikatnya, lehernya sedang dirangkul oleh sepasang tangan Hanan.
Sebagai tanda rajuk di hati, Hanan tarik
tangan dan tarik muka. Tangannya memeluk tubuh sendiri, manakala raut wajah
kelihatan cemberut.
Abrar senyum
saja melihat ketegangan itu. Pinggang Hanan dilepaskan. Dia kemudian menarik
muka Hanan supaya menghadapnya. Abrar membuka jaket tebal yang Hanan pakai.
Yang tinggal cuma blouse di dalam. Sejurus itu, pin tudung Hanan dibuka dengan
cermat sehingga mengurai rambut ikal Hanan.
Hanan yang
merajuk jadi terpujuk dengan sentuhan lembut Abrar. Suaminya mengurut lembut
belakang lehernya dan turun ke bahunya. Kemudian Abrar membelai pula rambut
panjangnya.
“ Feeling
better now? ” tanya Abrar perlahan. Hanan angguk, tenang.
“ Jom rehat
sekejap, nanti kita keluar tengok permandangan luar.” Tanpa menunggu balasan
Hanan, Abrar cempung isterinya lalu diletakkan cermat di atas katil.
Hanan tertidur
seminit kemudian. Abrar merenung buah hatinya yang mengalunkan nafas tenang
sebelum dia juga ikut merehatkan tubuh lalu terlelap sama.
*************************************
Dua jam setelah tiba, Hanan dan
Abrar menaiki tram iaitu alat pengangkutan yang mengelilingi bandar Melbourne.
Mereka menuju ke Stesen Flinders Street. Stesen itu adalah pusat utama hentian
keretapi dan kawasan paling sibuk di Melbourne. Bangunan stesen tersebut telah
siap pada tahun 1910 dan ianya adalah stesen keretapi yang tertua di Melbourne.
Stesen Flinder Street
Hanan dan Abrar
berjalan-jalan di sekitarnya. Di hadapan stesen itu, di bawah jam besarnya, ada
saja seniman jalanan yang bermain muzik. Ada juga orang menjual bunga-bunga
segar. Manakala di ruang basement stesen tersebut, wujud galeri untuk para
seniman mempamerkan hasil karya lukisan mereka.
Berpandukan
pamphlet Melbourne yang dibaca semasa dalam tram, Abrar membawa Hanan ke Federation
Square. Bangunan yang begitu unik dan pelik senibinanya. Federation Square juga
merupakan tempat yang paling meriah dengan konsert-konsert, pesta muzik,
festival budaya, pameran, forum, tayangan filem serta pertunjukan fesyen.
Selain itu, di situ juga mempunyai restoran, café, bar yang menghidangkan
makanan barat, China dan sebagainya.
Federation Square
Dalam asyik
memandang suasana sekeliling yang asing, Abrar sempat mencuri pandang
isterinya. Dia belas melihat muka isterinya kemerah-merahan, menahan cuaca sejuk
yang segar lagi menyamankan. Walau Hanan sudah menyarungkan jaket tebal dan
sarung tangan, tapi wajah putih kuning itu masih tampak merah-merah bayu dek
kesejukan.
Pelukan Abrar
di bahu Hanan kini jatuh ke pinggang isteri. Dia mengeratkan tubuh mereka agar
kehangatan mampu menahan rasa sejuk yang Hanan kecapi. Isterinya masih belum
betah dengan perubahan cuaca yang amat menggigit jiwa. Ngilu hingga ke
tulang-temulang.
“ Kita duduk
sekejap, sayang.” Ujar Abrar lalu meraih tubuh isterinya.
Hanan menurut.
Tidak berdaya untuk membuka mulut. Kebas dirasakan mulutnya.
Abrar
mendudukkan Hanan di kerusi panjang. Dia kemudian berlutut di depan isterinya.
Hanan terkebil-kebil melihat tingkah suaminya. Hairan. Bertambah tercengang
apabila Abrar menarik sarung tangan yang mereka berdua pakai.
“ Sejuk
sangat.” Komen Abrar ketika telapak tangan mereka bersatu. Abrar kemudian
menggosok-gosok telapak tangan Hanan. Menghimpun kehangatan untuk isterinya.
Beberapa kali Abrar meniup-niup supaya kepanasan udara dalam tubuhnya boleh
memanaskan tangan isterinya yang sejuk itu.
“ Kita balik
hotel. Abang rasa tubuh Hanan tak boleh tahan cuaca sejuk. Sayang nampak lemah.
Nak senyum pun dah tak boleh.”
Hanan geleng. “
Tak nak. Kalau duduk dalam hotel aje, Hanan mesti bosan. Banyak lagi tempat
Hanan nak tuju, insya Allah Hanan boleh bertahan dalam cuaca ini. Lagipun kita
baru sampai, sebab itu Hanan tak boleh sesuaikan diri lagi. Kalau asyik
terperap dalam hotel, nanti bila kita balik Malaysia tak ada apa-apa kenangan
pun.”
“ Tapi abang
tak mahu Hanan jadi tak sihat. Lagi susah kalau sayang sakit. Lebih baik
mencegah daripada merawat.”
Hanan senyum
sikit. Lucu dengan tagline yang dibawa suaminya. Teringat bahawa Abrar seorang
doktor walaupun masih tergantung kerjanya disebabkan masalah kesihatan. Sesuai
sungguh tema kesihatan yang dibawa oleh suaminya. “ Kalau Hanan sakit, abangkan
ada? Abang tak sudi tengokkan Hanan? Jaga Hanan? ”
“ Love, it is
not about sudi atau tak! Ini soal kesihatan. Ingat abang boleh tenang bila
tengok Hanan sakit? Kita dekat sini nak spend time together tapi kalau Hanan
sakit, semuanya dah tak bermakna. Honeymoon kita pun bakal terencat.
Malam-malam abang jadi tak sempurna selepas itu. Hanan sanggup tengok abang
merana tanpa belaian kasih sayang? ” Hujah Abrar panjang. Sempat dia
menyelitkan bicara nakal di penghujung ayat. Sehinggakan Hanan terdorong untuk
menarik pucuk hidung suaminya.
“
Ini fikirkan kesihatan Hanan atau kepentingan diri sendiri? ” duga Hanan sambil
memicingkan mata. Sengaja provok jawapan sang suami.
Abrar
mengucup jari-jemari Hanan. Aksinya spontan tetapi tingkahnya lembut. Begitu
terancang dan sopan dalam setiap kecupan. Hangat hingga menjentik naluri sang
isteri. Hanan mampu merasakan bibir lembut Abrar merayap di telapak tangannya. Romantis
tindakan itu bagi seorang isteri. “
Hanan tahukan…sejak malam pertama kita saling memerlukan.”
Demi mendengar
ayat itu, Hanan menggigit bibir bawahnya. Terkedu dan termalu sendiri. Wajahnya
yang kemerah-merahan makin berona. Jelas Hanan tidak terjawab. Kelu lidahnya.
Namun tatapan kedua-duanya masih bersabung. Hanya bahasa mata saling bertingkah
tatkala ini.
Kedua-dua tapak
tangan Abrar merayap ke dua-dua belah pipi Hanan. Dia menggosok perlahan pipi
berlekuk comel itu. “ Pipi Hanan pun sejuk. Abang tengok makin merah.” Omelnya.
“ Tunggu sini sekejap, abang pergi beli kopi
panas.” Abrar berkata selepas menyarung sarung tangan kulit miliknya ke tangan
Hanan. Berharap sarung tangan kalis air itu mampu menghapuskan kesejukan sang
isteri.
Hanan tersentuh
hati. Kesungguhan itu mengharukan perasaannya. Kelibat Abrar sudah memasuki
kedai yang menjual beraneka jenis barang keperluan.
Lima minit berlalu, Abrar muncul dengan
secawan air kopi panas. Berjalan laju menuju kepada isterinya. “ Nah.” Dia duduk di sisi Hanan.
“ Terima
kasih,” ucap Hanan sewaktu menyambut pemberian suaminya. Tanpa menghiraukan
asap yang berkepul-kepul dari dalam cawan, Hanan lekas mendekatkan cawan ke
muncung bibir. Ingin segera menghirup air kopi agar tubuhnya beroleh kepanasan
dari dalam.
“
Hati…”
“
Ouchh,” adu Hanan spontan lalu menjarakkan cawan dari bibirnya. Pijar terasa
mulut dan lidahnya. Panas yang hampir mematikan deria rasa di atas lidahnya.
Hanan pejamkan mata. Menahan pedih.
“ Hei, tengok
apa dah jadi! Sakit, kan? Lain kali hati-hati.” Tegur suaminya. Sebenarnya
Abrar mahu berpesan supaya berhati-hati tetapi ucapan itu tergencat dek respon
Hanan yang mengejutkan. Gara-gara terlalu cepat mahu meminum air.
Hanan
mengemamkan mulut. Sedar kecuaian sendiri. “ Sorry.”
“ Nasib baik bibir Hanan tak terluka.” Telah
Abrar apabila bibir atas Hanan disentuh-sentuhnya. Merah bibir itu kena air
kopi panas. Abrar tahu Hanan sedang melawan rasa sakit. Kasihan melihat buah
hatinya serba tak kena hari itu.
“ Sakit lagi? ”
tanya Abrar perlahan.
Hanan perlahan
mengangguk. “ Pedih sikit aje.”
Abrar menarik
cawan air kopi panas lalu meniup beberapa kali air tersebut. Perbuatannya
fokus. Bila yakin air kian suam, Abrar suakan kepada Hanan. “ Nah, minum
perlahan-lahan. Baca bismillah dulu, sweetheart.”
Hanan mengikut
kata. Dia mengambil cawan lalu membaca basmalah. Seusai menghirup dua tiga
kali, Hanan menyuakan cawan kepada suaminya semula. “ Minum.”
“ Sayang
minumlah, it will make you feel warm.”
Geleng. “ Hanan
tinggalkan untuk abang.” Ucapnya perlahan.
“ All right,”
Abrar menyambut cawan kertas itu. Dia menghirup sedikit demi sedikit.
“ Jangan
habiskan.” Kata Hanan sekadar di hujung bibir. Berbisik dekat telinga suaminya.
Abrar tarik
cawan dari mulutnya. “ Hanan nak lagi? Tadi kata dah tak mahu.”
“ Tinggalkan
sikit untuk Hanan.” Balasnya tanpa menjawab pertanyaan suaminya.
“ Abang belikan
yang lain nak? ”
“ Tak perlu.
Hanan cuma nakkan sisa minuman abang. And please, jangan tanya sebab apa. ” jawabnya
melulu.
Abrar
terkulat-kulat. Pelik dan hairan. Sudahnya Abrar serahkan cawan kopi ke tangan
Hanan semula. Isterinya menerima dengan rela hati. Nampak senyuman kecil
terlukis di bibir mungil sang isteri.
Hanan
menganjakkan tempat duduknya. Berpaling membelakangi suaminya. Dia meneguk bekas
air suaminya. Tertib dan teratur perbuatannya. Hakikatnya Hanan teringat
pesanan ibu agar selalu minum dan makan daripada bekas Abrar. Selain sunnah
Rasulullah, kasih sayang mampu terjalin kukuh dan semakin mengalir kuat dalam
diri. Hanan malu untuk menyatakan keinginannya untuk berkongsi dengan Abrar.
Risau Abrar mentertawakan permintaannya.
Senyum.
Abrar bahagia dengan perbuatan Hanan yang tidak dijangkanya. Kelihatan ringkas tetapi
penuh makna. Isterinya nyata mahu menyatukan bekas bibir mereka dan berkongsi
minuman daripada bekas yang sama. Kelihatan cermat tindakan Hanan namun melahirkan
getaran indah di dadanya.
“
Daripada minum bekas mulut abang, lebih baik ganti dengan mulut abang. Lebih
hangat daripada air kopi tu, sayang.” Gumam Abrar dari belakang isterinya. Dia
meletuskan tawa kecil. Terhibur dengan tingkah Hanan yang menyenangkan jiwa.
Hanan
menyiku suaminya. Cemberut mukanya. “ Tak nak cakap dengan abang lagi.”
Abrar
tidak mengendahkan mood Hanan yang terusik disebabkan usikannya. Dia sebaliknya
merangkul pinggang isterinya. Meletakan dagu ke bahu Hanan. “ I’m pleased with
you, Hanan.” Tuturnya bahagia. “ Hari-hari yang abang lalui bersama Hanan,
lebih indah daripada segala memori yang wujud dalam ingatan abang.”
Hanan
tidak jadi merajuk. Bicara Abrar telah melunturkan rajuk di hati. Dia ikut
terbuai dengan luahan ikhlas yang Abrar perdengarkan buatnya. “ Bolehkah Hanan
percaya cakap abang? Abang tu amnesia, mana nak ingat perkara yang lepas-lepas.
Entah-entah lebih ramai wanita yang pernah mengindahkan hidup abang.”
“
Jangan ragu-ragu dengan abang, Hanan. Kepercayaan yang goyah akan merosakkan
sesuatu yang baru bermula, seperti hubungan kita berdua. Kita tak mungkin tahu
apa yang bakal berlaku kelak. Biarkan saja ingatan abang yang dah berlalu.
Orang kata jangan kenang barang yang lepas, lebih-lebih lagi kepahitan di masa
lampau. Abang tak memiliki apa-apa memori lagi selain kenangan indah bersama
Hanan. Kebahagiaan kita baru bermula, sayang. Jangan mengandaikan suatu perkara
tanpa alasan yang kukuh. Biarkan cerita cinta kita bergerak dengan sendiri. We
just go with the flow. Satu perkara yang wajib Hanan ingat, kebahagiaan kita
bermula sejak abang memiliki Hanan.” Bergetar bisikan yang hadir antara mereka.
Hanan
mengangguk. Akur dengan kata-kata seorang suami yang sering membuai jiwanya
yang selalu bercelaru. Memiliki seorang suami yang amnesia, membuatkan Hanan
sentiasa berfikir kesudahan yang berlaku apabila Abrar kembali mengingati.
Apakah perpisahan yang bakal mereka tuju setelah tersingkap segala memori
suaminya?? Hanan menjadi penasaran, resah dalam diam. Abrar tidak mungkin tahu
betapa bimbangnya dia jika kasih suaminya bakal pudar apabila Abrar kembali
sembuh seperti sedia kala.
“ Pandang
abang, Hanan.” Abrar melepaskan rangkulan di pinggang isterinya seraya menarik
dagu bujur sirih Hanan menghadap wajahnya.
Terkelip-kelip
mata Abrar melihat mulut Hanan yang kelihatan memuncung. Dia pasti pasti ada
perkara yang masih membelenggu pemikiran isterinya. Tetapi Abrar tidak ambil
peduli soal itu. Dia amat tertarik dengan muncung Hanan. Comel dan seksi. Menarik-narik
hatinya untuk memberi sentuhan.
“ Sejak bila
Hanan muncungkan bibir? Abang dah pesan jangan buat macam tu melainkan kita
tinggal berdua saja. Contohnya, bila dalam bilik. Tahu tak bibir Hanan menyeksa
mata orang sekeliling. Too damn sexy…”
“ Abang
sebenarnya yang terseksa. Orang sekeliling kita tak peduli sikit pun.” Tukas
Hanan menyanggah seraya bibirnya dikemam rapat. Risau pula Abrar bertindak
bukan-bukan. Maklumlah ini bukan Malaysia yang terbatas perilakunya dalam
kalangan masyarakat yang majoritinya Islam.
“ Hah, tahupun
batin abang terseksa. Habis, dah tahu itu kelemahan abang, kenapa provok abang sampai
tergoda jiwa raga ni ”
“ Hanan
terlupalah. Sorry, tak sengaja dan tak ada niat nak goda abang. Jom, kita gerak
sekarang. Hanan nak tengok taman bunga.”
“ Give me a quick
kiss.”
Hanan ketap
gigi. Abrar mula buat perangai suami yang baru berkahwin. Suka mengada-ngada,
suka dimanjakan dan suka sangat mendesak demi meraih perhatiannya. Dia pula kena
menjadi bijak setiap kali Abrar mula menuntut perkara yang luar biasa.
Dengan berani,
Hanan melingkarkan tangan ke belakang leher suaminya. Kemudian kedua-dua belah
tangannya bergerak ke dada sang suami. Sengaja memprovok reaksi Abrar dan nyata
tumpuan suaminya tidak tersasar langsung daripada melihat ke bibirnya. “ Abang
nak a quick kiss? Hrmm…Hanan boleh bagi, lama-lama pun Hanan sudi tapi…”
“ Tapi apa
sayang? Cepat cakap, abang sanggup tunaikan.” Abrar beriak teruja. Raut Abrar
serupa dengan kanak-kanak yang menagih ibunya supaya dibelikan toys dan
berjanji akan menunaikan segala permintaan si ibu jika permainan tersebut mampu
dimilikinya.
Hanan dekatkan
muka ke muka suaminya. Aksinya nampak berani dan bersahaja. Wajahnya dibawa ke
sebelah telinga kanan Abrar lalu dibisikkan sesuatu.“ Catch me now,” dia jeda
seraya menarik nafas. “ If you can! ” ucapnya laju sekali gus menolak kuat dada
suaminya. Hanan bingkas berlari sekuat hati meninggalkan Abrar yang terkejut
dengan kepantasan akalnya bertindak.
“ Hanan!! ”
Abrar mula teriak. Hanan tergelak-gelak riang.
Abrar pula
menjadi tak keruan. Ahh, dapat saja Hanan memang aku angkut balik hotel!
Tekadnya geram dengan kenakalan si isteri.
********************************
Hari kedua berada di Melbourne,
mereka bersiar-siar di Melbourne City Museum dan Royal Exhibition
Building yang terletak di Carlton Gardens. Kemudahan Tram City Circle yang
berlegar-legar di sekeliling kota menjadikan pergerakan mereka lebih mudah.
Mulanya
Abrar dan Hanan bergerak ke Melbourne City Museum. Bangunan lama yang dibina
antara 1858 dan 1862. Di dalamnya mereka boleh menjenguk kembali sejarah
Melbourne dari zaman John Batman, ke zaman melombong emas, hinggalah Melbourne
menjadi bandar raya pada hari ini.
Di
Royal Exhibition Building atau Bangunan Pameran Diraja, mereka melihat
sebuah bangunan yang memiliki landskap yang cantik walaupun bangunan tersbut
sudah terbina lama dan teguh.
Bosan dek
melihat permandangan bangunan, Hanan mengheret Abrar ke Queen Victoria Market.
Pasaraya terbuka yang besar di bandar Melbourne. Ia terletak di 513 Elizabeth
Street. Para peniaga di pasar tersebut banyak menjual barang-barang cenderamata
seperti fridge magnet, keychain, perhiasan rumah. Selain itu, pasar besar itu
turut menjual pakaian, makanan, keju, daging, ayam, makanan laut,
sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan lain-lain lagi.
“ Woman and
shopping, memang tak dapat dipisahkan,” omel Abrar bila melihat keterujaan
Hanan ketika menariknya singah dari satu gerai ke satu gerai.
Senyum. Hanan
bolayankan saja usikan sang suami. Sebaliknya lengan Abrar dipaut. Aksi yang
tampak manja dan memikat. “ Abang, semalam Hanan terbaca dekat brochure tentang
Harbour town mall, nanti esok kita ke sana boleh? ”
“ Hrmm...menarik!
So, Hanan dah ada perancangan nak habiskan duit abang esok,” canda Abrar
membalas secara sarkastik. Berseloroh dengan Hanan yang memiliki seribu satu
sifat yang mampu ditunjukkan dalam satu masa. Sekejap degil, sekejap manja, ada
kalanya sangat manis dan menggoda.
“ Abang!”
gerutu Hanan geram. Pegangan tangan di lengan suami dilepaskan. Mata menjeling,
muka ditarik dan muncung ditunjukkan. Hanan benar-benar menunjukkan rajuk di
hati. “ Kalau tak sudi, tak payah bawa Hanan melancong lagi. Hanan tak mahu dituduh
habiskan duit abang.”
“ Hanan Safura,
tolong pandang abang sekarang dan tarik muncung awak semula sebelum abang
tamatkannya dengan cara abang sendiri.” Arah Abrar sedikit tegas tetapi masih
tersimpan kelembutan.
Hanan
mengemamkan mulut tetapi tidak mengalihkan posisi wajah. Masih menunjukkan
protes.
Abrar senyum
nipis. Pelik pula mengenangkan si isteri yang tiba-tiba melancarkan rajuk
sedangkan intonasi yang digunakan sekadar bercanda. Sudahnya Abrar menarik dagu
pujaan hatinya.
“ It was a
joke, sayang. Bila masa abang tuduh Hanan habiskan duit abang? Hanan isteri, memang
tanggungjawab Hanan menghabiskan duit abang, kan? Kenapa sensitif sangat ni? ”
“ Kalau
permintaan Hanan menyusahkan, Hanan nak balik Malaysia.”
Buntang mata si
suami. Baru sampai semalam dah nak balik? “ Balik Malaysia? ”
Hanan diam
memantungkan diri. Keliling bebola matanya sudah ditakungi air sebak. Entah
mengapa dia rasa terhiris dengan kata-kata Abrar biarpun niat suaminya tidak
begitu. It was a joke, Hanan Safura. Kenapa nak sedih sangat? Bisik hatinya.
Abrar
tidak senang hati mengenangkan bini yang seperti mahu menangis. Tanpa peduli
sesiapa, Abrar tarik pinggang Hanan lalu dibawa dalam rangkulannya. Muka Hanan
tersembam di dadanya.
“
You’re changed, sweetheart. Selalu isteri abang mana nak merajuk kalau bergurau
macam tadi. Mulut Hanan laju saja membidas usikan abang. Hari ini Hanan nampak
lain.”
Hanan
mendongak. Melihat mata Abrar yang sedang merenungnya. “ Hanan pun pelik dengan
hati ini. Hanan tahu abang bergurau tapi kata-kata abang tetap singgah ke hati
dan buatkan hati Hanan terguris. Hanan rasa ngilu sangat.” Luahnya jujur.
“
Sorry. I’m sorry, sayang. Lepas ni abang janji tak buat lawak bodoh tu lagi.”
Ucap Abrar selepas mengesat birai mata isteri yang basah. Menjadi sebuah
sejarah hari itu Hanan mengalirkan air mata gara-gara usikannya. Abrar hairan
mengenangkan betapa rapuh jiwa Hanan yang dulunya kental. Usik sikit saja dah
tayang muka geram dan marah. Tiba-tiba sekarang buat drama air mata pulak!
“
Abang, kita ke Harbour town mall esok, ya? ” Hanan tetap melontarkan keinginan
yang satu itu.
“Whereever
you wish, sweetheart.”
Selepas keluar
dari QVM, mereka singgah bersolat jamak zohor dan asar di Islamic Centre di
Lonsdale Street dan makan di restoran Indonesia di Swanston Street, Melbourne.
“ You look
exhausted, sayang. Kita balik hotel, ya? ” usul Abrar bila Hanan kelihatan
tidak banyak berkata-kata lagi. Muka isterinya juga kelihatan pucat sedikit.
Serupa orang sedang menanggung sakit dalam diam.
“ Hrmm…” Hanan
merapatkan tubuh kepada suaminya. Kepalanya diletakkan di bahu Abrar sebelum
berkata, “ abang…hold me in your arms.” Pintanya lembut.
Abrar
sebenarnya terkejut dengan permintaan itu tetapi dia tetap menunaikan
permintaan sang isteri. Sungguh dia hairan apabila Hanan bereaksi jauh daripada
sikap sebenar. Sebelum ini mana pernah isterinya mahu menunjukkan perbuatan
berkasih sayang di khalayak ramai. Kali ini kelihatan lain dan asing di
matanya. Tetapi jujur Abrar sukakan tingkah Hanan yang semakin manja dan selalu
inginkan perhatian serta sentuhannya. Sungguh dia teruja menghadapi emosi Hanan
yang turun naik.
********************************************
Hari ketiga Abrar membawa Hanan
berjalan di Hosier Lane yang terkenal dengan lukisan graffiti yang unik dan
cantik. Juga dikenali sebagai street art. Sebenarnya terdapat banyak
lorong-lorong yang menampilkan lukisan graffiti tetapi di Hosier Lane yang
paling indah.
Sejam
selepas itu, Abrar membawa isterinya mengelilingi pinggir bandar Melbourne
dengan menaiki bot di Yarra River. Permandangan atas bot itu serasa mengimbau
semula kenangan mereka di Teluk Senangin, Perak. Memori saat berdua baru
berkahwin. Ketika kedua-duanya masih tercari-cari istilah cinta yang wujud
antara mereka.
“
Cantik.” Ucap Hanan dalam posisi Abrar memeluknya dari belakang.
“
Hrmm, lebih-lebih lagi Hanan bersama abang.” Luah Abrar di telinga isterinya.
“ Walaupun
permandangan dekat sini cantik tapi Hanan lebih sukakan dekat Malaysia. Untuk
pertama kalinya duduk di tengah laut, sambil tengok langit di waktu senja
bersama abang, terasa dunia ini hanya tinggal abang dan Hanan saja. Tak sangka
abang selalu fikirkan yang terbaik untuk hubungan kita selama ini.”
“ Of course
I’m. Nak memiliki wanita ini mestilah usahanya seperti mendaki Gunung Everest.
Full with confident and patient, baru boleh tawan gunung tertinggi di dunia
tu.” Seloroh Abrar. Hanan tergelak.
“ Abang…”
“ Hrmm…”
“ Lepas ni kita
ke Harbour town mall, boleh? ”
“ Whereever you
wish, sayang.”
“ Abang, kalau
lepas itu… kita ke Royal Arcade pula, boleh tak? ”
“ Whereever you
wish, abang sanggup tunaikan. Jangan mintak ke bulan atau bintang sudahlah, jenuh
pulak abang nak tempah tiket roket dengan NASA. Mahu tergadai restoran kita
tu.”
Hanan tergelak
kuat kali ini. Geli hatinya mengenangkan jika benar perkara tersebut berlaku.
Namun, dia tidaklah terfikir sehingga ke tahap itu. Mahu gila gamaknya meminta
suaminya melancong ke luar angkasa sana. Memang tak mungkin terjadi biarpun
seumur hidupnya menanti.
*****************************************
Bila sampai di Harbour town mall, Hanan tidak
membeli apa-apa pun. Sekadar melihat suasana sekeliling sudah cukup memuaskan
hatinya. Memandang kerenah orang-orang di sekitarnya membuatkan Hanan terleka
sendiri.
“
Betul Hanan tak nak beli apa-apa? ” soal Abrar sedikit kehairanan. Hanan
geleng.
“
Koleksi kasut tak nak tambah? Perfume? ” tanya si suami lagi.
“
Abang perli Hanan? ” duga si isteri.
“
Taklah, sayang…itu bertanya, bukan perli. Abang cuma rasa pelik. Hanan nak
sangat ke sini tapi satu pun sayang tak beli. Takkan sebab gurauan abang
semalam buat Hanan tak mahu beli apa-apa. Marah dengan abang lagi? ”
Hanan
segera menggeleng. “ Hanan tak nak kasut sebab dekat Malaysia boleh dapatkan
dengan harga lebih murah. Perfume? Lately Hanan rasa abang was the best perfume
yang Hanan ada. Your smell like heaven. Hanan suka.”
Abrar
tercengang. Besar matanya yang kuyu mendengar bicara sang isteri. Biar betul
bini aku ni? Sejak jejak kaki ke sini, mood berubah seratus lapan puluh darjah.
Semalam siap menangis, hari ini pula keluarkan kenyataan pelik. She’s totally
different now! Sangkal benak Abrar.
“
Abang, jom kita ke Royal Arcade,” Hanan menegur suami yang terleka.
“
Hrmm, as you wish.” Abrar bersetuju saja dan menolak tepi pemikiran yang aneh
mengenai Hanan tercinta.
Mudah saja
mereka ke Royal Arcade dengan menaiki tram city circle, bangunan yang terletak
di Bourke Street. Binaannya klasik dan indah dengan dihiasi ukiran yang unik
dan menarik mata untuk menelek dengan lebih lama. Terdapat lampu-lampu hiasan
yang cantik pada bumbungnya.
Mereka bergerak
dari satu kedai ke satu kedai. Kebanyakan kedai dalam arked tersebut menjual
pakaian yang berfesyen. Banyak pilihan yang dipamerkan setiap fashion shop. Ada
juga menjual coklat, macaroon dan lain-lain pilihan makanan. Café serta
restoran juga dibuka berdekatan.
Seperti tadi
juga, Hanan banyak melihat. Window shopping saja tanpa membeli apa-apa. Dia
terasa malas dan tiada satu pun yang mampu memikat matanya. Sudahnya mereka
hanya berjalan sampai jemu dan bila penat mulalah mencari tempat duduk.
“ Abang, Hanan
dahaga.” Katanya dengan wajah yang saparuh kelelahan. Penat.
“ Tunggu
sekejap, jangan ke mana-mana. Abang pergi cari minuman.” Abrar bingkas bangun.
“ Cepat sikit
tau.” Pesannya sebelum si suami menghilang.
Hanan menunggu
kelibat Abrar muncul. Hampir sepuluh minit berlalu tetapi bayang-bayang
suaminya langsung tidak kelihatan. Hanan setengah marah dan sedih kerana rasa
dahaganya amat mencucuk hingga ke anak tekak. Dia menduga Abrar mungkin terlupa
pesanan akhirnya.
Setengah jam
berlalu, keadaannya tetap sama. Macam mana kalau tiba-tiba terjadi sesuatu
dengan suaminya? Sebab itukah abang tak muncul dari tadi? Otaknya membuat
spekulasi lain.
Hanan segera bangkit
dengan perasaan separuh risau. Langkahnya laju berjalan-jalan di sekeliling
arked untuk mencari suaminya. Hanan cuba menjenguk di café serta restoran yang
berdekatan.
Demi melihat
kelibat belakang suaminya, Hanan melepaskan nafas lega. Abrar kelihatan elok
seperti tadi malah sedang berkata-kata dengan seorang wanita muda yang berambut
perang. Seorang wanita Ausie barangkali.
Hanan tersentak
saat dia membuka langkah untuk mendekati. Mati gerak kakinya dengan sendiri.
Matanya terjegil. Perasaannya terhiris hingga ke kalbu. Terguris.
Kucupan gadis
itu ke pipi Abrar, memedihkan jiwa dan nurani Hanan. Hatta matanya juga sudah
merembeskan air mata lantaran hati yang pedih. Sampai hati abang...hatinya
merintih sayu.
Abrar berpaling
bila Cathrine dan ibunya bergerak keluar dari restoran. Saat itu juga Abrar
ternampak kelibat isterinya yang sedang terpaku di luar pintu restoran.
Hanan tidak
mampu membaca sinar mata suaminya. Perasaannya benar-benar terluka biar apa-apa
pun alasan Abrar. Yang pasti dia mampu melihat betapa cemasnya Abrar melihat
dia di situ, menyaksikan segalanya. Hanan nekad melangkah pergi.
“ Hanan,” Abrar
memanggil Hanan dalam sesak orang ramai. “ Hanan, tunggu abang. Let me explain
first.” Tingkahnya cuba menghalang pemergian sang isteri yang terlaku dek
terlihat permandangan tadi.
Bila tidak
mendapat sebarang respon, Abrar bertindak menyelit dalam kumpulan-kumpulan
orang ramai. Bila tubuh Hanan hanya di depannya, Abrar menarik lengan
isterinya. Menghentikan langkah panjang si isteri.
“ Jangan cakap
apa-apa dengan Hanan. Hanan tak nak dengar apa-apa.”
“ Sayang, abang
boleh explain. Apa yang Hanan nampak tak seperti…”
“ Hanan nak
balik! ” pintas Hanan. Dia tidak bersedia mendengar sebarang penjelasan saat
ini. Jiwanya tidak keruan menghadapi sebarang kemungkinan.
“ Okay, kita
balik. Abang terangkan dekat hotel nanti,” Abrar cuba mengalah.
“ Hanan nak
balik Malaysia. Kali ini Hanan betul-betul nak balik Malaysia. Hanan tak nak
tengok muka abang lagi. Abang curang dengan Hanan! Abang bagi dia cium abang.
Hanan benci abang! ” tuduhnya melulu dan marah.
‘
Astaghfirullah…’ Abrar tarik nafas. “ Hanan, balik Malaysia takkan selesaikan
masalah. Hanan kena hadapi juga situasi kita sekarang. Apa yang Hanan fikirkan
sebenarnya tak betul. Jangan judge sesuatu dengan sekali melihat tanpa bertanya.
Abang berada di pihak yang benar, sayang.”
“ Hanan tak
bersedia dengar apa-apa sekarang. Hanan nak balik.”
“ Fine, kita
balik hotel dan abang terangkan apa yang terjadi sebenarnya. Selepas itu, up to
you…nak percayakan abang atau tak. Abang serahkan keputusan pada Hanan sama ada
nak balik Malaysia seorang diri atau balik sekali dengan abang.” Tegas
suaminya. Hanan telan liur.
“ As you wish,
jom kita balik.” Abrar cuba bersabar bila Hanan enggan mendengar penjelasannya.
“ Jangan
sentuh, Hanan boleh jalan sendiri. Hanan tak nak dekat dengan abang.” Tukasnya
lalu menarik lengan yang cuba disentuh oleh Abrar.
Abrar ketap
gigi mengawal rasa. “ As you wish, Hanan. Abang takkan sentuh Hanan.”
Hanan rasa
ingin menjerit. Geram mendengar ayat ‘as you wish’ yang Abrar lontarkan. Jauh
di sudut hati, ayat tersebut sebenarnya mengandungi isyarat marah daripada si
suami. Abrar menyindirnya secara halus. Kalau sebelum ini, Abrar sanggup
menunaikan permintaannya dengan dada yang lapang, kini suaminya menunaikan
permintaannya dengan hati yang tidak senang mahupun ikhlas.
************************************************
Abrar bersolat jamak taqdim Maghrib
dan Isyak. Puas dia menunggu Hanan untuk solat berjemaah tetapi Hanan masih
berkubang dalam bilik air. Sudahnya Abrar solat dahulu.
Seusai
Abrar solat, baru Hanan keluar daripada bilik air. Mukanya sembap. Matanya pula
merah. Dia sengaja keluar lambat supaya Abrar tidak menyuruh solat sekali. Dia
tahu di penghujung solat, selepas berdoa tentu Abrar akan menggunakan taktik
yang sama dalam memujuk rawan di hatinya. Hanan tahu dia selalu tewas bila
Abrar memujuknya dalam dakapan, lagi-lagi saat selepas bersembahyang, hati
selalu menjadi lembut. Mudah saja dia terlentok di bahu Abrar.
Melihat
saja muka dan mata isteri yang pilu dan comot sebab kesedihan, Abrar tangguhkan
niat menerangkan hal sebenar. Dia ada cara lain untuk memujuk si isteri jika
Hanan berterusan berdegil.
Abrar
menukar pakaian solat kepada pakaian kasual. Tidak dipedulikan Hanan yang
sedang memakai telekung.
Dalam tidak
endahkan si suami, Hanan ingin tahu ke mana tujuan suaminya berpakaian
sedemikian. Hanan teragak-agak mahu bertanya. Dia mengharapkan Abrar yang
memberitahu atau mengajaknya bersama.
Sudahnya Abrar
meluru keluar tanpa memaklumkan. Sekali lagi Hanan yang bertelekung
terhinjut-hinjut menangis tersedu-sedan. Dalam kepalanya asyik terfikir bahawa
Abrar mungkin berjumpa dengan gadis siang tadi. Abrar tidak lagi peduli akan
perasaannya. Cinta Abrar sudah luput bila berjumpa gadis muda dan cantik itu.
Setengah jam merintih di sejadah, Hanan
bangkit menunaikan solat. Dia menenangkan diri sebelum mengangkat takbiratul
Ihram. Selesai mengerjakan solat jamak ta’khir Maghrib dan Isyak, Hanan
keluarkan bagasinya dari dalam almari besar.
Zip bagasi dibuka
lalu ternganga bagasi atas katil. Beberapa pakaiannya dari dalam almari
dimasukkan dalam bagasi tersebut. Keluhan penat terbit antara bibirnya. Hanan
tarik nafas panjang sebelum menghembusnya. Tenaganya telah habis. Dia perlu
tidur saat ini. Esok sajalah dia berkemas dan terus ambil tiket pulang tanpa
suami memandangkan Abrar tidak bercadang menerangkan situasi yang sebenar.
Barangkali apa yang dilihat maka itulah konklusinya.
Mengenangkan
rumusan yang dibuat sendiri oleh otaknya, air mata laju saja turun membasahi
lekuk pipi. Hanan mencapai jaket lalu disarung ke tubuh. Pakaian malamnya sudah
tidak sesuai ditayangkan depan suami. Abrar bukan mahu pandang pun. Hanan pula
terpaksa pakai sebab pakaian malamnya memang semuanya stok itu, pilihan si
suami.
***********************************************
Abrar tercengang tatkala melangkah
masuk kedalam bilik. Suasana suram dan kelam melatari kamar itu. Hanya lampu
tidur di bahagian kepala katil yang menyala. Menyimbahkan cahaya oren.
Setelah
meletakkan bungkusan makanan atas meja kopi, Abrar mendekati katil. Kali ini
Abrar bertambah terkedu melihat bagasi Hanan yang sudah berisi pakaian.
Isterinya nekad sungguh. Belum pun mendengar penjelasan daripadanya, Hanan
sudah berkemas begini. Apatah lagi mahu mendengar kata-katanya, tentu isterinya
akan berterusan berdegil.
Patah
seleranya nak makan malam berdua. Abrar kemudian menukar pakaian kasual ke baju
dan seluar tidur. Bagasi Hanan diletakkan di bawah sebelah katil. Dia kemudian
naik ke katil, masuk dalam selimut tebal yang sama dengan Hanan.
Kepalanya
mengisi bantal yang sama dengan Hanan. Hidungnya menghidu bau rambut isterinya
sebelum bibirnya pula mencium kepala itu. “ I love you, I love you, I love
you.” Bisiknya perlahan. Tangan sasanya merangkul Hanan yang baring
membelakanginya.
“
Abang tak pernah terfikir nak curang atau menduakan kasih sayang kita, Hanan.
How could you think I would hurt you, sayang? Abang selalu berdoa supaya Allah
tetapkan hati Hanan untuk abang dan hanya abang pilihan Hanan. Macam mana Hanan
boleh terfikir abang akan curang sedang hati abang hanya menuntut cinta seorang
Hanan. I just wanted you in this whole life.”
Abrar
mengerat rangkulan bila mana dia terdengar esak halus yang lahir di bibir
isterinya. “ Biarpun kematian akan memisahkan kita, cukuplah cinta Hanan
seorang yang abang pegang selain cinta Allah dan rasul.”
Kali
ini esakan Hanan mula kedengaran. Dia tidak mampu menahan rasa sebak yang
mencengkam. Pengakuan Abrar sangat jujur dan tulus. Masakan dia sanggup menolak
dan membidas bicara yang terkandung seribu satu keikhlasan terhdapnya.
“
Perkara yang berlaku siang tadi semuanya salah faham, Hanan. Abang tak
bersalah. Abang cuma hulurkan bantuan di saat ada yang memerlukan. Sewaktu abang tunggu pesanan air, abang ternampak
seorang wanita yang tersandar lemah di kerusi. Abang terpanggil untuk menolong
Mary dan anaknya, Cathrine. Mary tak sihat disebabkan kekurangan gula dalam
darah. Hipoglisemia. Mukanya pucat, berpeluh dan tangannya menggigil. Abang
tolong sekadar yang mampu. Bagi dia gula-gula dan tunggu sampai dia pulih
seperti sedia kala. Selepas beberapa minit baru Mary nampak okey semula. Bila
kami berpisah, Cathrine ucapkan terima kasih and she give me a farewell kiss
dekat pipi. Abang tak jangka langsung, nak tepis pun tak sempat. It happened
suddenly. Paling abang kesalkan bila Hanan ternampak di penghujungnya. Kebaikan
yang abang cuba buat tapi sebenarnya mengundang masalah. Kalau Hanan rasa abang
bersalah, terserah atas pandangan Hanan. Abang dah terangkan semuanya. Tak ada
rahsia lagi.”
Hanan
bungkam. Dia masih tersedu-sedan biarpun tangisannya semakin reda. Hanan sedar
segalanya telah jelas. Namun dia kekeluan untuk membuka mulut. Tidak pasti
ucapan yang wajar dilontarkan saat ini. Hanan hanya berharap Abrar melakukan
sesuatu supaya dia mampu berkata-kata.
Abrar
pusingkan tubuh isterinya agar menghadapnya. Dia menyeka kesan air mata yang
tumpah. “ Do you love me now? ” soalnya inginkan kepastian.
Hanan
angguk walaupun lambat memberikan respon. “ Kenapa abang guna perkataan ‘now’? Bunyinya
macam cinta Hanan ada butang on and off.”
“
Sebab Hanan kata Hanan bencikan abang. Selepas abang terangkan semuanya,
tentulah abang perlu bertanya semula sama ada cinta Hanan masih wujud untuk
abang.”
Hanan
terdiam lalu mendesah lembut. “ Hanan minta maaf tuduh abang…curang. I’m a
stupid woman. Bertindak ikut perasaan.” Kutuknya atas diri sendiri. Menyesal. “
Tapi Hanan tak suka bila perempuan lain sentuh abang.” Tambahnya lagi.
“
It won’t happened again. I promise to you and my wife is not stupid.”
“
Abang jangan guna lagi perkataan ‘now’, Hanan tak suka. Walaupun kita
berkrisis, Hanan tak pernah berhenti cintakan abang. Cinta Hanan kekal mengalir
pada Abrar Zikry, macam air terjun. Bukan sesuatu yang boleh dihentikan dan
disambung semula bila-bila masa.”
“
Hrmm, I won’t. Then I’m sorry too,” gumam suaminya.
“
Untuk apa? ”
“
Sepatutnya abang tunaikan permintaan Hanan supaya tak sentuh, tak dekat dengan
Hanan, but I just can’t help myself. Hanan isteri abang. How can I do not touch
you? I’m supposed to touch you, sweetheart.”
“
Hanan pula risau kalau abang memang tak mahu sentuh Hanan lagi.” Luah Hanan
pula. Memang sedari tadi dia risau jika Abrar nyata enggan menyentuhnya lagi
gara-gara permintaannya.
“
You’re irresistible woman. Impossible to me to ignore a wonderful wife like
you, sweetheart.”
“
Nope, you’re a wonderful husband. Hanan cuma seorang isteri yang biasa tapi
abang menjadikan Hanan luar biasa sejak kita bersama.”
Hanan
merasakan pelukan Abrar makin erat. “ Abang ke mana tadi? ”
“
Hanan nak makan? ” Abrar mengajukan persoalan lain.
“ Abang ada
beli makanan ke? ”
“
Tadi abang keluar belikan makanan untuk kita.” Abrar menggosok lembut ubun-ubun
Hanan.
“ Abang tak
makan lagi? ”
“ Putus selera
bila isteri merajuk.” Ringkas balasan si suami.
Hanan kemam
mulut. Sedar salah dirinya punca Abrar menahan lapar. “ Hanan lapar, abang
temankan Hanan makan, boleh? ”
“ As you wish.
Abang suapkan nak? ”
“ Kalau abang
sudi, dua mulut Hanan tadahkan untuk abang suap.”
“ Dua mulut?
Siapa lagi? ”Abrar termangu-mangu.
Hanan senyum
sebelum mengusik. “ Mulut abang sendirilah, siapa lagi.”
“ Nakalnya,”
Abrar picit hidung Hanan.
“ Abang
janganlah picit hidung, nanti hidung Hanan penyek, lepas tu hidung anak kita
pun ikut sama penyek.”
“Anak? Hrmm,
kenapa tiba-tiba cakap pasal anak. Bukannya Hanan tengah mengandung sekarang.
Lagipun kalau ditakdirkan hidung sayang penyek, hidung abang yang mancung ini
ada.”
“ Tak mahu
hidung abang ada dekat anak kita, hidung abang macam pinocchio.” Seloroh Hanan
bersahaja. Sengaja menggiat suaminya.
“ What??
Pinocchio. Lebih baik Hanan ulang lagi sekali, abang tak dengar dengan jelas.”
“ Hanan rasa
abang dengar dengan jelas tadi.”
“ How dare you,
sayang? Berani menghina ciptaan Allah. Sebagai hukuman di dunia, I’m going to
bite your nose. Jeritlah kuat-kuat sebab abang takkan lepaskan Hanan.”
Sebelum sempat
Hanan menjerit, Abrar sudah memegang kepala Hanan supaya tetap satu posisi.
Hidung mereka bertemu dan mata bertentangan.
“Abang, please
jangan gigit hidung Hanan. Hidung abang sebenarnya tak macam tu. Hanan buat
lawak aje. I love your nose, your sensual lips, your eyes, your ears dan semua
abang punya Hanan suka because I love you.” Rayu sang isteri manja dan
takut-takut jika sang suami nekad.
“ Hrmm, I love
it. You look pretty when you begging me, sweetheart. Okay, abang tak gigit tapi
nak buat macam ni.” Abrar menggesel lembut puncak hidung mereka. Mengusik
ketenangan si isteri yang sering tewas dengan pertembungan yang berlaku.
Hanan pejamkan mata.
Mengawal diri daripada tertawa kegelian. Sekejap kemudian Hanan sudah terasa
hidungnya tidak diusik lagi. Pegangan Abrar juga tidak terasa di pinggang dan
belakang tengkuknya. Hanan buka kelopak mata.
Abrar buka
lampu besar kamar. Seluruh bilik terang-benderang. Abrar mengambil bungkusan
makanan lalu bergerak ke pantry. Hanan berura-ura bangun dari katil untuk
membantu.
“ Tak payah
turun katil, sayang. Tunggu abang datang dengan sepinggan nasi biryani.” Kata
Abrar menghalang niat isterinya. “ By the way, kenapa pakai jaket tengah malam?
Hanan sejuk? ”
“ Tak. Cuma
Hanan rasa tak proper pakai seksi bila sedang berkrisis, abang mesti tak mahu
pandang.”
“ Then take off
your jacket now. Abang nak pandang isteri abang yang selalu mengancam jiwa.”
Dengan malu-malu
Hanan menurut. Abrar senyum penuh makna. Nakal macam selalu.
**************************************
Selepas makan malam berdua dan
saling suap-menyuap, pasangan itu berehat di atas kerusi panjang di balkoni.
Merenung langit malam di bumi asing itu. Abrar menyandarkan tubuh ke kerusi
manakala Hanan bersandar di dadanya. Isterinya meletakkan kepala di antara bahu
dan lehernya. Abrar mendakap penuh tubuh yang terdedah itu. Menyesal pula
menyuruh Hanan menanggalkan jaket sebentar tadi.
“ Jom masuk
dalam, kat luar ni sejuk.”
“ Tak mahu.
Hanan suka kita habiskan masa macam ni. Lagipun kita baru duduk tak sampai lima
minit.”
“ Oraite tapi
abang nak pergi ambil jacket Hanan sekejap. Risau sayang jatuh sakit nanti.”
Hanan biarkan
saja Abrar masuk dalam bilik. Tak lama selepas itu, suaminya kembali muncul
dengan selimut dan jacket miliknya. Hanan memakai jacket sambil dibantu oleh
suaminya, sementara selimut dihamparkan dari paras pinggang hingga ke kaki
setelah mereka kembali ke posisi di awal tadi.
“ Do you feel
warm, sweetheart? ” soal Abrar apabila memastikan tiada anggota tubuh sang
isteri yang terdedah dengan angin malam yang tidak menentu.
“ Hrmm, feeling
much better.”
“ Hanan
betul-betul nak pergi esok? ” tanya Abrar tiba-tiba. Rambut ikal Hanan
disentuhnya.
“ Pergi mana? ”
Hanan terkulat-kulat demi memahami pertanyaan tersebut.
“ Bagasi
sebelah katil tu bukan Hanan punya? Siap dah ada baju lagi dalam tu,” tukas
Abrar bersahaja. Tenang.
Hanan bungkam.
Diam seketika. “ Hanan terlampau ikutkan perasaan sedih. Hanan tak boleh terima
bila ada wanita lain sentuh abang.”
“ Jangan
tinggalkan abang, sayang. Walau apa-apa pun masalah kita hadapi, jangan fikir nak
larikan diri. We’ve to face it together, sweetheart. Barulah krisis rumah
tangga dapat ditangani dengan mudah.”
Hanan angguk. Akur dengan salah sendiri yang
gopoh dalam membuat keputusan. Sedangkan perkahwinan dipandu oleh dua orang
manusia, mana boleh dia tinggalkan suaminya seorang tanpa mengharunginya
bersama.
“ Abang…”
“ Hrmm…”
“ Abang, Hanan
selalu fikir bila amnesia abang dah sembuh, abang tentu akan sambung semula
profesion abang sebagai doktor. Hanan tahu Hanan bersifat tak matang dan
unprofessional, tapi setiap kali berfikir abang akan bertemu dengan pelbagai
pesakit wanita, berikan sentuhan pada mereka, Hanan rasa sedih sangat.
Kadang-kadang Hanan harapkan abang tak ingat semula. I’m sorry terfikir macam
tu. Sejujurnya Hanan dah cukup bahagia dengan apa yang kita ada sekarang. Hanan
tak mahu ingatan abang kembali kalau dugaan lebih hebat yang akan menanti kita.
Abang rasa Hanan teruk tak bila berfikir macam tu? ”
Abrar membisu.
Dia sedikit tercengang dan terkejut mendengar luahan isterinya. Ketakutan Hanan
mampu dirasainya jua.
“ Abang
marahkan Hanan? ”
“ Tak sayang,
abang tak mampu nak marah Hanan. Abang sebenarnya terkejut juga bila Hanan
cakap macam tu. Pada abang, pemikiran Hanan tak teruk, it just little bit
possessive, jealousy and uncomfortable. You’ve your right to think like that.”
“ Hrmm, Hanan
memang tak selesa, cemburu dan kedekut untuk berkongsi abang dengan sesiapa.”
Akuinya jujur.
“ Tapi sayang,
sentuhan abang pada patient tentu berbeza dengan sentuhan abang pada Hanan.
Abang cuma merawat bukannya ada niat yang sama bila bersama Hanan. Isteri dan
pesakit jauh berbeza. Hanan, wanita yang halal bagi abang, manakala pesakit
abang tak mungkin sampai menduduki takhta yang Hanan pegang dalam hati abang.
Lagipun bila menjadi doktor, komitmen mendahului segalanya. Abang sentuh atas
niat merawat, bukan wujud keinginan lain.” Sedikit tegas Abrar berkata. Cuba
memberikan penjelasan dari sudut pandangannya.
“ Macam mana
kalau Hanan pula yang berada dekat tempat abang. Hanan jadi doktor dan Hanan
sentuh lelaki lain.”
“ Itu tak
mungkin terjadi, Hanan seorang cikgu.”
“ Okay, let say
kalau Hanan pergi rombongan sekolah untuk camping, tiba-tiba Hanan lemas dalam
sungai, kebetulan hanya ada cikgu lelaki yang ada dekat situ. Apa perasaan abang
kalau cikgu lelaki itu bagi CPR dekat Hanan.”
Selepas
melontarkan persoalan, Hanan tiba-tiba terpanggil untuk mengimbau semula kisah
sedih yang lalu. Kisah di mana Abrar tidak sengaja membuatkan dia lemas. Namun,
Hanan lekas menghapuskan memori tersebut. Tidak mahu terganggu dek ingatan lalu
yang suaminya sendiri tidak mampu ingati.
“ Hrmm, kes
darurat tapi abang tak fikir perkara itu akan terjadi.”
“ Kenapa pula?
Kita tak tahu percaturan takdir.”
“ Abang takkan
benarkan Hanan join mana-mana aktiviti camping. Bila balik Malaysia nanti,suka
atau tak, abang akan masukkan sayang dalam kelas renang.”
“ See? Abang
pun rasa apa yang Hanan rasa? Possessive, jealousy and uncomfortable.”
“ Itu lain,
sayang.”
“ Situasinya
sama abang.”
“ I love you.
Tak mungkin abang benarkan lelaki lain sentuh Hanan. Sedangkan bila kita jalan
berdua, ada lelaki yang pandang Hanan, dah mampu buat dada abang sakit.”
“ Hanan pun
sama. Hrmm, apa kata abang jadi doktor pakar sakit tuan? ”
“ Hanan tak
rasa perbincangan kita terlalu serius? Abang tak sembuh lagi daripada penyakit
amnesia. Biarkan saja dulu. Abang percaya, masa akan mematangkan Hanan. Insya-Allah
suatu hari nanti Hanan mampu terima pekerjaan yang abang ceburi. ”
Hanan diam,
tidak membalas. Hanya membiarkan suaminya mengucup dahi dan pipinya. Abrar
memang bijak melarikan topik yang dibincangkan dengan sentuhan yang dilakukan.
“ Yang wajib Hanan tanamkan dalam kepala, antara
Hanan dan abang ada cinta. Kita bersama kerana rasa cinta. Setiap sentuhan
abang pada Hanan adalah kehendak yang lahir daripada jiwa. Tentu berbeza dengan
wanita yang bakal abang rawat. Kalau terpaksa abang sentuh, abang akan sentuh
tapi perasaannya tak seperti bersama Hanan.”
“ Hrmm, Hanan
faham maksud, abang. Hanan akan cuba bersikap lebih realistic dan matang.” Kali
ini Hanan menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Abrar sebelum meletakkan kepala
di bahu sang suami.
*************************************************
“ Abang, janganlah kacau.” Hanan
merengek lembut dalam tidurnya. Belaian di pipinya ditepis. Dia tahu tangan kasar
suaminya yang sibuk menganggu lenanya.
“
Hanan, bangun sekarang sebelum abang betul-betul marah dengan Hanan.” Tegas
Abrar.
Hanan
terpisat-pisat membuka kelopak mata. Terkebil-kebil matanya memandang muka
suaminya yang sedikit tegang. Siap berkerut kening hitam Abrar. “ Abang, kenapa
ni? Tiba-tiba nak marah Hanan? ”
“
Abang tengah geram dengan Hanan.” Luah Abrar dalam kedudukan mengepung badan
Hanan dalam kedua-dua tangannya. Mata kuyunya tidak lari dari menujah mata
isterinya.
“
Geram? Hanan ada buat salah apa? ”
“
Apa ini? ” Abrar tunjuk depan mata Hanan alat penguji kehamilan.
Hanan
telan liur. Terkedu tanpa suara.
“ Apa maksudnya
ini? Tolong jawab pertanyaan abang,” ulang Abrar dengan deras.
“ Positive,
Hanan mengandung.” Jawabnya perlahan. Giliran Abrar pula terkedu.
“ Hanan tak ada
niat nak sorokkan daripada abang, cuma masanya belum tiba lagi.”
Hanan tidak
bertanya bagaimana suaminya mendapat benda alah itu kerana ianya tersorok di
tepi bagasinya. Abrar mungkin menjumpainya sewaktu mengemas bagasinya pagi itu.
Maklumlah malam tadi sudah merancang mahu balik ke Malaysia, tinggalkan suami.
Alih-alih sepanjang malam Hanan tewas dalam belaian suaminya.
“ Bila Hanan
dapat tahu? ” soal Abrar tanpa sebarang riak. Gembira pun tidak.
“ Minggu
lepas.” Gaya Hanan menjawab seperti pesalah di tahanan.
“ Kenapa tak
cakap sebelum kita ke sini? ”
“ Sebab itu
Hanan tak nak cakap. Hanan tahu abang tentu batalkan percutian kita ini. You’re
so overprotective husband.”
“ Hanan tak
patut sorokkan daripada abang.” Kesal nada Abrar berkata.
Hanan teguk
liur lagi. “ Abang tak gembira nak jadi ayah? Hanan ingatkan abang seronok bila
dapat tahu Hanan mengandung.” Suaranya sedikit berjauh hati.
Abrar
melepaskan keluhan kecil. “ Abang bahagia, sayang. Lelaki mana yang tak gembira
bila dapat tahu dia berjaya menghasilkan sebuah keturunan. I’m damn happy with
you, sweetheart.”
“ Kalau gembira
kenapa tayang muka ketat? Tegang macam nak telan Hanan.”
“ Abang tak
puas hati bila Hanan sorokkan berita ini daripada abang. Sekurang-kurangnya
abang boleh tengok dan jaga tingkah laku sayang. Hanan tanggungjawab abang.
Anak kita perlukan perhatian abang. Soal keselamatan Hanan jadi berganda bila
mengandung. Tanggungjawab abang semakin berat dan hebat. Hanan jangan pandang
remeh tentang hal macam ni.”
Hanan gigit
bibir. Terharu. “ Hanan tahu Hanan bersalah. Hanan ingatkan nak beritahu sewaktu
hari terakhir kita dekat sini. Hanan nak bagi kejutan dekat abang sebelum kita
balik Malaysia. Betul cakap abang, Hanan tak patut ambil mudah dengan tanggungjawab
abang terhadap Hanan dan anak kita. Please forgive me.”
“
Abang maafkan Hanan.” Abrar tunduk lalu mengucup lembut bahu isterinya. “ Abang
gembira sangat sayang. Terima kasih untuk semua kebahagiaan yang Hanan bawa
dalam hidup abang. Tanpa Hanan, abang masih lagi lelaki yang tercari-cari identiti
diri. Lelaki yang terasing daripada dunia realiti. Jangan pernah pergi jauh dari
kehidupan abang, sayang.”
“
Abang, tak mahulah cakap macam tu.” Hanan menyentuh pipi suaminya. Mengelus
lembut wajah berkumis nipis itu. “ Abang bukan lagi lelaki yang terasing sebab
abang ada Hanan, ada ibu, abah, ayah, mak dan adik-adik. Semuanya mengenali
diri abang. Tak lama lagi kita akan ada baby, zuriat yang abang nantikan
daripada Hanan. Walaupun tanpa ingatan abang masih Abrar yang ada identiti, masih
seorang lelaki yang memiliki seorang isteri yang bernama Hanan Safura. Tak puas
hati lagi dengan kehidupan yang abang miliki sekarang? ”
“
Abang puas, sayang. Alhamdulillah, dalam kekurangan yang abang miliki masih ada
yang sudi untuk berkongsi cinta dan kasih bersama abang. Percaturan Allah
terlalu hebat untuk jodoh kita berdua.”
Hanan
sekadar mengerdipkan mata. Tingkahnya sungguh comel. Abrar mengucup lembut
sepasang mata itu. Mata yang sering menawan jiwanya. Menyejukkan hati yang
melihat.
“
Jom bangun, kita solat subuh berjemaah. Abnag nak bacakan surah Yusof supaya
anak kita jadi handsome macam abang dan surah Luqman supaya anak kita tak terlalu
degil macam ibunya.”
“
Abang ni saja nak buat Hanan sentap di pagi hari. Jangan sampai Hanan merajuk,
tak nak layan abang lagi sampai balik Malaysia.” Hanan tolak mulut ke depan.
Muncung mulutnya sebab terkilan.
Abrar
ambil kesempatan. Cupp!!
Hanan
kemam mulut. Suaminya memang cerdik mencuri peluang. “ Hanan tak gosok gigi
lagi.”
Abrar
bingkas bangun lalu merentap selimut tebal. Hanan terkejut besar dengan aksi
luar biasa suaminya. Ganas. Hanan lebih terkejut tatkala Abrar mencempung tubuhnya.
“
Hari ini kita ada aktiviti tambahan.”
“
Kita nak ke mana hari ni? ” Hanan buat riak teruja. Tak sabar ingin mengetahui
destinasi yang bakal mereka tuju hari itu.
“
Bathroom. Abang mandikan Hanan.”
“
Hahh? Abang jangan nak macam-macam.”
“
Hanan jangan salah faham. Sebenarnya abang nak mandikan baby tapi memandangkan
baby masih dalam perut so secara teknikalnya abang perlu mandikan Hanan. No
objection.” Abrar menolak pintu bilik air dengan kaki.
“
Abang..!! ” Suara jeritan Hanan terus terpadam bila suaminya menutup pintu
bilik air. Yang kedengaran hanyalah curahan air dari kepala shower. Hanan jelas
tertewas dengan suaminya.
SeKiAn,WaSsAlAM
(^_^)
P/s: sebarang komen dan luahan hati amat digalakkan, moga dipanjangkan umur untuk meletakkan entry utk next story, ameenn (^_^)
Best sgt!! <3 <3
ReplyDeletesimple but superb best!! i like it. tp novelnya blum bca lg. hehe nnti cuti sy bca eh ;)
ReplyDeletebesttt sgt..
ReplyDeleteInteresting weyhhh:-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBest la citer niiii
ReplyDeletelove this couple ;) you buat ceritaa bestt sgt :)
ReplyDeletebest sangat ... neatly done, tiada teka teki, dan apa yg paling kita suka, dlm cerita Alahai Suamiku Amnesia, pasangan ni, berusaha membina sebuah rumahtangga yang membahagiakan, mereka selalu berbincangan jika ada ketidak puasan hati masing2. Sebenarnya mula kita takut nak baca ASA ni, kerana takut tak akan mencapai tanda aras yang sangat tinggi selepas Kontak Janji Setia Antara Kita, KJSAK was marvelous & kita sayang sangat kat cerita tu, Takut ASA tak tercapai standard KJSAK. Tetapi keraguan kita sesungguh tidak berasas. ASA juga best! ... tak boring membacanya, tak meleret... dialog yg quick & witty. Tahniah Aii Fariza. Well done.
ReplyDeletesaya dah baca novel ni. Baru je beli 2 hari lepas. best sangat n ada juga ayat2 yang sangat meruntun jiwa macam ayat yang abrar katakan pada hanan jika hanan mengandung.satu penghargaan pada seorang isteri jika suami kita ucap macam tu pada kita bila kita mengandungkan anaknya. i'm touched.
ReplyDeleteBestt sangattt
ReplyDeleteBest sgt sy suka...trbaik
ReplyDeleteBestnya!!.. Awesome..
ReplyDeleteBestnya!!.. Awesome..
ReplyDelete