Hello everybody, dajia hao, assalammulaikum..firstly, sorry if aii lambat update, janji hari sabtu so patutnya 12 tgh malm tu update tp line internet mogok pulak so agklah menduga, but whatever dah ada pun full n3 chapter 15, hope u all enjoy taw, kalau x best tolong bgtahu yer, hahaha : )
Jemari Hanan bergerak menyentuh setiap tinta yang tercoret buatnya.
Berbaur perasaannya tatkala itu. Terbayang-bayang wajah jejaka itu di ruang
mata. Berlegar-legar segala kebaikkan dan keikhlasan yang dicurahkan. Setiap kata-kata
yang lahir, sentiasa indah dan lembut demi mencapai sekeping hatinya. Abrar ‘kini’
sangat berbeda. Terlalu bersabar dalam melangkah ke jurang yang dicipta olehnya
sendiri. Cukup tegar dan berkeyakinan
semata-mata untuk memiliki hak ke atas dirinya.
Untuk gadisku, Hanan.
Jadilah kekasih yang sentiasa membawa aku
kepada-Nya,
Jadilah isteri yang mampu membahagiakan aku
atas redha-Nya,
Jadilah bidadari untukku selalu menagih kasihmu
demi kasih-sayangNya.
Jadilah ibu kepada anak-anakku supaya mereka
tidak kesepian tanpa belaianmu.
Abrar Zikry
“ Apa ni? ”
soalnya sewaktu Abrar mahu berangkat pulang ke rumah setelah melepak sambil
minum kopi bersama Fahmi di ruang tamu. Terpaksa Hanan mengiringi kepulangan
Abrar apabila disuruh sendiri oleh jejaka itu. Mulanya dia enggan tetapi
setelah terperasan dengan sorotan tajam mata Puan Norsal dan alongnya, Hanan
menurut tanpa banyak mulut. Menjunjung perintah Raja Abrar.
“ Buku.” Pendek
balasan Abrar sewaktu menyerahkan sebuah beg kertas.
Hanan mengeluarkan
buku berkulit tebal itu. Nampak berat tetapi ringan. Tiba-tiba wajahnya
merintik merah jambu. Malu sangat bila terpandang dan ter ‘eja’ tajuk buku
tersebut. ‘Melayari Nikmat Rumahtangga disusun oleh Ustaz Sharhan Safie.’
“ Kenapa bagi? ” soalnya
mendatar. Rasanya belum masanya lagi, protesnya dalam hati.
“ Sebagai
persediaan untuk ke alam tu.” Jawapan yang ringkas dan padat. Tidak segan
seperti Hanan. Bahkan siap tersengih-sengih seperti burung unta!
“ Kalau macam
tu, awak ajelah yang baca.” Ulas Hanan dengan riak kurang berminat.
“ Abang punya
ada dekat rumah, dah khatam pun. Yang ini abang belikan untuk Hanan. Sebagai
hadiah sebelum kita kahwin, nanti lepas kahwin banyak lagi yang abang nak bagi
pada Hanan. Terutama kasih sayang abang.” Sekali lagi Abrar tidak malu
mengungkapkan isi hatinya yang ingin selalu mengasihi si gadis.
Hanan mengetapkan
bibir. Abrar terlalu beriya dan dia rasa begitu terbeban. Kasih sayang?
Besarnya cita-cita dia. “ Saya mungkin tak ada masa nak membaca. Cuti pun tak
banyak, tak sampai tiga hari. Saya nak habiskan novel-novel baru beli tu. Tak
larat nak angkut ke Ipoh.” Sengaja dia berdalih. Mencari alasan.
“ Sebab tu
abang limitkan sampai tiga buah novel aje. Sebelum Hanan sentuh
novel-novel tu, abang nak Hanan dahulukan buku ni. Lepas khatam baru mulakan
pembacaan untuk semua novel tu.” Putus Abrar tanpa rundingan. Menyampaikan
kata-kata berupa arahan. Membuatkan telinga Hanan berdesing. Sedikit terdera
jiwanya.
Ewah-ewah, suka
hati dia nak tentukan yang mana satu aku kena dahulukan pembacaan! Mana boleh
tolak semua novel tu ke tepi. Hanan tidak puas hati. Dia ingin membangkang tetapi
itu tidak mungkin. Mahu keluar semua ahli keluarganya mempertahankan pemuda di
hadapannya ini.
“ Bacaan tu mesti teliti. Macam Hanan baca
novel. Sepatah-sepatah. Jangan tangkap muat aje. Nanti abang bagi tahu muka
surat mana yang kena ditekankan pembacaannya.” Abrar mengingatkan lagi.
Bersuara seperti seorang suami memberi peringatan kepada sang isteri. Ciri-ciri
kepimpinan sudah teserlah biarpun belum dirasmikan secara sah.
Melotot mata
Hanan. Wah, ini lagi hebat! Siap ada muka surat yang dikhususkan untuk lebih
diberi perhatian. Seram sangat bulu telinganya.
“ Ada exam
ke sampai kena teliti satu persatu ayat? ” Hanan loyar buruk. Abrar tersenyum.
Dia menggeleng.
“ Tak ada exam
untuk subjek ni. Cuma nakkan keberkesanan selepas pembacaannya nanti. You know
what I meant it. Right? ” Selamba Abrar berhujah. Mematikan suara Hanan
seketika.
Ahhh, lelaki ni
memang dah mabuk cinta! Penuh agenda tersendiri! Orang tak suka tapi dia tetap
tersua-sua juga. Hanan terasa mahu menyiku-nyiku kepala, dada dan perut Abrar.
Biar senak semua bahagian itu. Puas hatinya melihat Abrar terkapar sakit di
tengah halaman itu. Opps, itu hanya angan-angan kosong Hanan yang tidak akan
menjadi realiti. Perasaan geram hanya terkubur dalam sanubari.
“ Baca tau. Nanti
nak masuk kursus tak adalah terkejut sangat! ” tukas Abrar lagi. Nakal sungguh
ucapannya itu.
Hanan
memicingkan mata lalu menjeling. Berbulu matanya menonton sengihan di hujung
bibir Abrar. “ Hrmm..” selanya perlahan mengiyakan. Sekali lagi Hanan perlu
mengalah demi mencapai ‘keheningan dan keharmornian’ diri secepat mungkin. Biar
Abrar lekas-lekas bertolak pulang dalam kadar segera. Kelak aman dan makmur
jiwanya selepas ini.
“ Nanti masuk
dalam terus tuam dahi tu dengan air suam. Jangan lengahkan masa nanti bengkak
tu susah nak surut. ” Pesan Abrar dengan cakna.
“ Hrmm,”
balasnya malas.
“ Abang tak
habis fikir, kenapa Hanan tak mampu jaga diri sendiri? ”
“ Amboi,
sedapnya mulut tu mengata! Siapa yang tak pandai urus diri? Ingat saya budak
tadika yang tak pandai nak melintas jalan ke? ” getusnya beserta kerlingan mata
yang menjeling. Berdiri sambil mencekak pinggang. Konon memperlihatkan rasa
tidak berkenan pada penggunaan tatabahasa serta gaya bahasa jejaka itu.
“ Abang rasa
Hanan memang layak berdiri sebaris dengan budak kindergarten. Setiap kali bila
berjalan atau melintas kena pimpin dulu. Sekali pun tak boleh leka sebab budak
tadika ni naif. And to me, you’re so naive and careless like a kid.”
“ No, I’m not!
”
“ Tak nak
mengaku jugak? Atau Hanan sengaja berlagak naif bila bersama abang? You want me
to look and care about you all the time? Semata-mata nakkan perhatian daripada
abang? ” Abrar mewujudkan provokasi. Memang suka membuat inferens sendiri
biarpun peratusan untuk tepat tidak memuaskan seiring dengan keegoan Cik Hanan
Safura.
“ Nonsense! ”
“ Boleh tak
jaga diri Hanan elok-elok sebelum kita kahwin? ” pinta Abrar pula.
“
Hrmm..insyaAllah.” Hanan masih menjawab tanpa perasaan. Mendatar dan tiada
sebarang riak di wajah.
“ Hanan, please
be serious, okay?! I am talking to you
right now, bukannya dengan tangga atau pintu rumah yang tak bernyawa tu. Tolong
bagi respon yang memberansangkan. Ini tak, jawab pun versi malas punya orang!
Ingat abang penanda aras ke dekat sini?! ” gerutu Abrar tersinggung. Serasa mahu dirangkul gadis itu rapat padanya
lalu berbisik dengan suara yang penuh amaran. Mujur intonasi yang lahir
sebentar tadi masih perlahan dan lembut. Lontaran bahasanya sahaja yang
menunjukkan bahawa dia tidak akan bertolak ansur mahupun berdiam diri.
Rahang Hanan
jatuh. Mulutnya terngadah. Terkejut apabila disergah sedemikian. Tiba-tiba
angin Abrar memulas seperti puting beliung. Dia tercengang dan termangu dalam
tingkah lakunya.
“ Kenapa? Takut
tengok abang garang sangat? Ini belum lagi sampai ke telinga mak ayah kat dalam
tu, kalau tak Hanan memang kena marah dengan dia orang, kan? ”
“ So, sekarang awak
nak mengugut supaya saya dengar cakap? ” melawan lagi. Hanan memang pantang
dicabar. Abrar pula suka menggunakan lenggok suara seolah-olah mahu mencabar.
Masing-masing mampu terbakar dalam kedegilan dan kekebalan jiwa sendiri.
“ Laku ke
ugutan tu? Kalau Hanan rasa abang ugut Hanan lantaklah. Abang tak peduli sikit
pun sebab tak lama lagi Hanan memang akan dengar cakap abang.”
Perasan! Hanan
mengutuk dalam hati.
“ Lain kali jangan cuai sangat. Abang tak suka
Hanan ambil mudah dalam semua perkara termasuk soal keselamatan diri. Tadi
hampir aje kena langgar, mujur abang ada. Sekarang dahi pulak buat hal sampai
lebam berbenjol. Abang tak faham kenapa Hanan tuduh abang penyebabnya. Whatever
it is, next time always be careful and take good care of yourself. Abang takkan
selalu ada untuk Hanan, lainlah kalau kita dah kahwin, bolehlah ke mana berdua.
Remember, you belong to me. Please put anything that I said in your mind. Kalau
boleh terus paku dekat kepala tu.” Abrar mengucapkan dengan serius. Anak
matanya memancarkan cahaya ketegasan dalam setiap tutur katanya. Membuatkan
Hanan diam seribu bahasa. Kecut untuk berbalah bicara seperti kelazimannya.
Sekilas di
ingatan Abrar berlegar suatu peristiwa di pasar. Berdetak lemas jantungnya
membayangkan situasi dulu. Detik ketika gadis itu hampir sahaja dilanggar
sebuah troli yang sarat dengan muatan buah kelapa. Jika dia tidak berada di
situ tentu Hanan akan mengalami kecederaan. Salah satu bukti kecuaian Hanan.
Tidak selalu peka dengan keadaan sekeliling. Sering kali membuatkan dirinya
sasau memikirkan setiap tindakan tunangnya yang berada jauh di mata.
“Okay, I will.”
Ucapnya sepotong ayat. Ada penambahan dalam suku kata. Tidak mahu Abrar
menyinga semula.
“ Ingat, jangan
cuai lagi. Abang takkan selalu ada dengan Hanan walaupun sebenarnya…abang lebih suka kalau…its okay, abang
akan terus bersabar.” Abrar mengambil keputusan untuk tidak berlebihan dalam
menyingkapkan rasa hati. Biarlah dia mengambil sikap menahan diri daripada
sering memberi. Kelak Hanan akan mengambil kesempatan atas kelemahannya yang
sering tertunduk mengalah untuk memiliki si gadis.
“ Tolong dengar
dan ikut cakap abang.” Dia masih tidak berputus asa. Kali ini mengarah pula.
Hanan merengus
perlahan lalu membalas sinis. “ Terima kasih banyak atas pesanan tu, Doktor
Abrar.”
“ Hrmm, I like
it. Kalau tak ingat jugak mungkin abang akan bawak Hanan ke specialist untuk
brainwash otak tu.”
Abrar yang
sepatutnya kena brainwash! Supaya ingatan yang hilang dulu bangkit semula. Ahh,
dia lelaki yang tetap pendirian. Sukar untukku tebak apa yang bermain di
kepalanya. Satu perkara yang aku cukup pasti adalah hasratnya untuk
mendampingiku. Selalu dizahirkan biarpun aku membalas dingin. Kenapa sekarang
dia terlalu bersabar? Kalau dulu pantang aku buka mulut pasti dia membalas
bertubi-tubi. Kalau boleh nak dihumbannya aku dalam parit tepi sawah tu!
Dalam sedar Hanan
mengeluh lembut. Berusaha mencari kelapangan fikiran. Mengosongkan dada yang
dirusuh resah. Tengoklah nanti, aku tahu semuanya akan berubah. Kembali kepada
titik asal dan ke pangkal jalan. Jauh daripada realiti sebenar. Abrar akan
menyesal dengan semua yang dia lakukan dan saat itu aku akan pastikan tak ada
sesiapa pun antara kami yang terluka, baik Abrar dan diriku sendiri. Ya Allah,
aku pohon jangan ada tangisan yang mengiringi saat itu kelak. Biarpun bumi-MU
ini bakal dibasahi tangisan dari langit hari itu. Biarpun aku perlu…
Tuk..tuk.. bicara
hatinya terputus. Hanan seraya menoleh ke pintu yang tertutup rapat.
“ Alang.”
Panggil Fikri di sebalik daun pintu.
“ Ya,”
sahutnya. “ Nak apa, Fik? ”
“ Mak ayah
panggil ke depan, ada hal nak bincang.”
Hanan musykil.
Dahinya jelas berkerut. “ Okey.” Demikian balasannya walaupun tidak pasti
perkara apa yang bakal menantinya nanti.
DIA menghenyakkan punggung di sebuah kerusi tamu. Hanan melemparkan
pandangan ke wajah-wajah ahli keluarganya. Baru dia perasan satu set
keluarganya telah pun berkumpul di ruang itu. Encik Malik dan Puan Norsal sedang
duduk tenang di sofa berkembar dua. Manakala Fahmi, Fadhli dan Fikri duduk
sebaris di kerusi tiga serangkai.
Hanan pelik.
Semuanya bagaikan di atur. Selalunya yang suka melabuhkan diri di sofa yang
didudukinya sekarang ialah Fahmi, tetapi malam ini alongnya kelihatan
tidak mahu memegang takhta yang satu
itu. Sebaliknya dia pula yang mengisi tempat tersebut sambil semua anak mata
tertumpu padanya seorang. Aku ada buat salah ke? Kenapa setiap pandangan mereka
seolah-olah sedang mengecam aku dengan renungan yang sukar ditafsirkan? Serius
sangat ke perbincangan hari ini?
“ Nak bincang
hal apa? Semua orang nampak serius, alang pulak yang rasa berdebar. Ada apa
sebenarnya? Mak ayah nak buat surprise ke? ” katanya dalam candaan. Wajahnya
manis dalam mengukir senyuman indah. Perasaan gusar yang hadir di tolak jauh.
Barangkali firasatnya tidak tepat walaupun hakikatnya tidak pernah dia gagal dalam membuat jangkaan.
Dalam erti kata lain, Hanan tidak pernah silap dalam menduga!
“ Memang
surprise pun, alang jangan terkejut.” Luah Fikri sejurus itu. Laju dia
menjawab. Sehingga semua bebola mata menyorot padanya. Spontan Fikri lekas menekup
mulutnya yang terlanjur berkata. Maklumlah mukadimahnya belum lagi dibentangkan
sudahnya dia laju menceceh hal yang seterusnya. Mujur tak terbabas ke sasaran
yang sebenar!
“ Okey, sebelum
kita mula...jom buka majlis dulu, Al-Fatihah.” Fahmi membuka mulut. Memulai
perbincangan dengan bacaan Surah Al-Fatihah seperti lazimnya. Begitulah sesi musyawwarah
mereka anak-beranak, sebelum bermesyuarat harus didahulukan pembukaan yang
mendatangkan rahmat Allah. Agar apa yang dibicarakan sentiasa mendapat
keredaan-Nya. Semoga Allah mempermudahkan setiap kesulitan dan kemusykilan yang
berlaku hasil daripada pertemuaan mereka sekeluarga.
“ So? ” Hanan
lantas memanjangkan perbualan setelah berdoa. Tidak sabar mengetahui topik
perbincangan yang bakal berlangsung. Kata-kata Fikri banyak mempengaruhi rasa
ingin tahu Hanan. Menjadikan dia kurang betah dalam duduk. Teruja tetapi tetap berdebar-debar.
“ Ayah nak tanya
soal petang tadi… Hanan ada balik dengan Abrar, kan? ” Tanya ayah yang diam
sedari tadi. Hanan terkejut bila soal itu disuarakan tiba-tiba. Dia terdiam
seketika sebelum menganggukkan kepala, mengiyakan.
“ Sebelum sampai rumah, Hanan ada singgah mana-mana? ” Puan
Norsal pula lekas menyampuk.
“ Nor..abang yang
mulakan, biar abang yang bercakap dengan Hanan.” Encik Malik menegur tingkah
isterinya. Puan Norsal segera mengerti. Dia mengangguk dengan permintaan tersebut.
Suaminya mahu lebih ruang untuk berbicara secara berhemah dengan anak gadis
mereka.
“ Hanan ada ke
mana-mana sebelum balik rumah tadi? ” Encik Malik menyambung persoalan yang
tergendala. “ Ada ke mana-mana berdua dengan Abrar? ”
“ Hrmm..ada. Kami
berdua singgah di TS Mall (Taiping Sentral).” Hanan perlahan menyandarkan tubuh
ke sofa. Mengumpul ketenangan kerana jantungnya seakan-akan diterpa rasa gundah
yang hadir tanpa mengetahui puncanya dari mana.
“ Apa yang
alang cari dekat sana? ”
“ Alang
temankan Abrar ke pesta buku dekat TS tu,” beritahunya perihal yang sebenar.
“ Abrar yang
ajak Hanan ke sana? ” rumus Encik Malik dalam kepastian.
“ Haah, dia nak
cari buku. Hanan joinlah sebab ayahkan tahu Hanan suka novel.
Tak dapat beli, tengok pun jadilah tapi tadi Abrar belanja Hanan tiga
buah novel. Best!! ” ulasnya lagi bersama perasaan gembira yang tidak dapat
disukat. Hanan benar-benar bahagia saat ditawarkan novel secara percuma tanpa
sebarang bayaran mahupun cagaran. Mulanya dia risau dengan niat baik lelaki
itu. Ragu-ragu kalau Abrar menghitung
minta benda bukan-bukan sebagai pertukaran, tak ke berbahaya?! Oh, no..jangan fikir lebih-lebih
Hanan. Kuning berkarat otak tu nanti!
“ Dah selesai beli
buku.. kamu berdua ada ke mana-mana lagi? ”
“ Tak ada ke
mana pun, terus balik.” Hanan mulai bingung. Banyaknya soalan ayah? Macam lagak
polis dalam filem datang rumah suspek untuk sesi soal siasat. Fikir baik-baik
Hanan, hari ini ada tak perkara yang salah di mata orang yang kau dah perbuat
tanpa sedar? Oh, Allah tolonglah hamba-Mu ini….
Encik Malik
terangguk-angguk selepas itu. Kelihatan sangat berat mulutnya untuk
mengungkapkan sesuatu. Hanan cukup kenal akan riak itu. Turut tidak terlepas
tatapannya pada kedua-dua orang abang serta adiknya bongsunya. Puan Norsal pula
seperti ayahnya. Mendadak bertukar menjadi orang bisu.
“ Kenapa ayah
asyik tanya Hanan? Kalau ada perkara yang tak jelas, ayah boleh langsung tanya.
Hanan tahu ayah berusaha nak jaga hati anak-anak ayah, dan Hanan terima kalau
salah tu datang daripada diri Hanan sendiri.” Dia menatap sayu kedua-dua orang
tuanya. Berharap segala kemusykilan dalam diri ayah dan mak diluahkan biarpun perit.
Walaupun berat untuknya memikul kelak, Hanan bersedia jika ternyata dia
pencetus segala kesulitan.
“ Biar along
sambung, ayah.” Fahmi menyampuk. Memohon kebenaran. Rasanya dia perlu bertindak
campur tangan demi sebuah kebenaran. Encik Malik tidak menjawab. Dia sekadar
tersandar di sofa. Keruh dan mendung air muka lelaki tua itu.
“ Dekat surau tadi,
Pak cik Daud ada ceritakan sesuatu tentang Hanan dan Abrar.” Fahmi mengambil
alih perbualan.
Dup..dup!
Dup..dup..berdetak kencang jantung Hanan.“ Cerita tentang apa along? ” masih
bertenang.
Fahmi
melepaskan nafas berat. “ Dekat TS… Abrar dan Hanan…berpeluk, something like
that..”
“ Berpeluk? ”
Hanan tersentak. Mulutnya terlopong bersama mata yang membulat. Sangat terkejut.
“ Bila masa? ”
“ Cuba Hanan
remind, ingat baik-baik. Sebab along pasti takkan Pak cik Daud nak buka
mulut cerita bukan-bukan soal kau orang berdua. But in the same time, along tetap
percaya Hanan tak buat perkara tu. ” Tekan Fahmi selembut bahasa. Tidak mahu
menyinggung adik kesayangannya itu.
Hanan bungkam.
Berfikir dalam minda yang berserabut. Peluk? Aku dengan Abrar berpeluk? Bila
waktunya? Ya Allah, takkan masa Abrar selamatkan aku petang tadi dikira
berpeluk juga? Itukan tak sengaja. Dia nak selamatkan aku bukannya ambil
kesempatan atas aku! Dan aku sendiri takkan pernah rela biarpun dalam keadaan
sedar mahupun langsung tak sedar!
“ Pak cik Daud dah salah sangka! Abrar nak
selamatkan Hanan sebenarnya.” Tepisnya ringkas. Demi maruah di hujung tanduk
dia perlu bangkit dengan segera.
“ Selamatkan
Hanan? Explain boleh? ” si abang kelihatan keliru.
“ Along
tahukan, Hanan kalau dapat novel mesti berkhayal tak tentu hala. Berjalan pun
sambil berangan pasal novel. Dan tadi Allah nak tunjukkan betapa cuainya alang,
terleka sangat sampaikan hampir nak kena langgar dengan motorsikal, tapi mujur
ada Abrar dan dia terus tarik Hanan. Mungkin dekat situlah yang timbul isu
peluk. Ayah dan mak mesti percayakan Hanan. Alang takkan buat perkara yang
boleh menjatuhkan maruah kita sekerluarga.” Hanan merumuskan cerita pendeknya.
Berharap agar seisi keluarganya mempercayai dirinya.
“ Jadi yang Pak
cik Daud tengok tu tak betul? ” Fadhli mencelah. Baru tergerak hati untuk
bertanya. Sedikit penerangan Hanan telah menyenangkan perasaannya sebagai
seorang ahli keluarga Encik Malik. Terhapus segala telahan yang terlintas di
benak semenjak diceritakan oleh Fahmi sejurus selepas pulang daripada surau
setengah jam yang lalu.
Laju Hanan
mengangguk. “ Hanan tak buat cerita.”
“ Syukur,
Alhamdulillah..” serentak Fahmi dan Fadhli mengucapkan syukur. Puan Norsal juga
sudah memutikkan senyuman lega. Fikri juga ikut tersenyum damai. Namun Encik
Malik masih tidak berkutik. Wajahnya tidak menampakkan langsung sisa-sisa
ketenangan seperti yang lain. Dia masih duduk bersandar dalam keadaan diri yang
tidak berkata walau sepatah.
“ Ayah tak
percayakan alang? ” terusik jiwa Hanan saat dia melontarkan soalan itu. Sangat
menghiris hati jikalau seorang ayah tidak lagi mampu menerima kata-kata yang
keluar dari mulut seorang anak. Demikian bagi Hanan, sungguhpun sarat kasih
sayang antara ahli keluarga namun jika tiada kepercayaan yang wujud, tempat untuk
bergantung seolah-olah direnggut tanpa belas. Hanan gerun membayangkan situasi
di mana percakapannya tidak lagi dianggap sebagai sebuah kejujuran. Kalau bukan
ahli keluarga sendiri yang mahu percaya takkan ada orang luar yang mampu
percaya pada kita!
“ Hanan jangan
salah anggap, ayah bukan tak percaya.. tapi..”
“
Assalammualaikum..” terdengar seruan dari ambang pintu. Hanan tergamam. Dia
cukup kenal dengan suara itu. Lebih-lebih lagi dengan pintu rumah yang terbuka
lebar, sapaan salam mengiringi kuat dan nyaring bersama angin malam yang berlegar-legar
masuk ke dalam rumah.
“
Waalaikummusalam.” Fahmi dan Fadhli menjawab kuat. Seraya Fahmi menyiku Fikri
untuk melihat gerangan yang bertandang. Anak bongsu itu hanya menurut, bangun
sejurus itu.
“ Hanan pergi
masuk bilik, sarung tudung.” Tegur Puan Norsal. Hanan bingkas bangun. Sungguh
dia alpa dalam keadaan yang muncul serentak. Di sebelah kanan masalah yang
belum selesai sepenuhnya. Kemudian muncul pula Abrar dari sebelah kiri. Dia
umpama di antara dua persimpangan jalan dilema.
“ Masuklah
Abang Abrar,” perlawa Fikri di muka pintu.
“ Duduk Abrar,”
suruh Puan Norsal sebelum berlalu ke dapur.
Hanan yang
berada dikamar tidur lantas laju menyarungkan tudung. Sebu dadanya menahan perasaan
kala itu, seperti dihurung gelisah seribu masalah. Terasa sangat sesak sistem
pernafasan yang selama ini lancar. Pantas Hanan menekup bahagian jantungnya
yang berdegup deras. Ya Allah, Ya Allah..ucapnya dalam mencari ketenangan daripada-Nya
Derap tapak kakinya
terhenti. Melekap teguh di lantai. Seraut wajah Abrar menyapa mata. Hanan
terkedu. Semakin kuat jantungnya melantun. Ya Allah, ini Abrar ke? Kenapa dia
nampak lain? Atau aku tersalah orang? Tapi senyuman itu memang senyuman Abrar.
Astaghfirullah...Hanan cepat melarikan bebola mata. Tertunduk pandangannya.
Pertama kali
dalam sejarah, Hanan terpesona. Jejaka itu sangat tampan dalam baju Kurta
bewarna biru tua serta berkopiah putih. Kain pelikat yang dikenakan cukup
sepadan. Kelihatan suci dan polos segenap inci tubuh pemuda itu. Hanan kelu
seribu kata saat itu. Malu bukan kepalang apabila matanya bagaikan menodai anak
teruna orang tanpa pengawasan diri.
“ Hanan kenapa
tercegat kat sana? Mari ke sini kita berbincang.” Tegur Encik Malik.
“ Err.. Hanan
nak ke dapur sekejap ayah,” pohonnya meminta diri. Berura-ura mahu melangkah.
“ Tak payahlah,
mak dah ada dekat dapur tu. Fik pergi tolong mak apa yang patut,” pinta Encik
Malik. Fikri tidak membantah. Dia segera beredar ke dapur.
Dalam terpaksa
Hanan menurut. Walaupun ruang itu kelihatan luas namun cukup menyemputkan
nafasnya. Gelombang cemas berpusar-pusar dalam dada. Semakin tidak keruan Hanan
dibuatnya. Relax Hanan...setiap masalah ada punca penyelesaian. Lagi-lagi soal
kau dengan Abrar, Pak cik Daud cuma tersalah tafsiran. Dia tak tahu kedudukan
sebenar tentang kejadian petang tadi.
“ Ibu, abah, dah
sampai ke rumah, Abrar? ” Encik Malik berbahasa. Abrar mengiyakan. Sejurus
selesai Solat Isyak tadi, dia terus menghantar ibu dan abahnya ke rumah semata-mata
untuk memenuhi jemputan Fahmi. Selain
itu, ini juga rezekinya untuk mengubat rindu. Tidak puas menentang muka buah
hatinya beberapa jam yang lalu. Ahh, aku dah kemaruk sangat dengan budak
perempuan tu! Hanan dah buat kepala otak aku sasau terbayangkan muka monyok dia
tu!
Tiba-tiba
deringan telefon bimbit bergema. Menarik perhatian semua. Fadhli terus menyeluk
saku Baju Melayunya. Mengeluarkan handsetnya. Ingin dimatikan, tetapi tidak
jadi.
“ Li, masuk bilik
sekejap ayah.” Pamitnya sebelum berlalu. Ketika itu Puan Norsal menatang dulang
tetapi Fikri tidak kelihatan sama.
“ Ayah tak mahu
cakap banyak, cuba cerita perkara apa yang berlaku sebenarnya dekat TS? ” Tanya
Encik Malik apabila isterinya kembali berada di sisinya. Kehadiran isterinya
menambahkan keyakinan untuknya menyoal siasat dengan lebih serius.
“ TS? ”
berkerut dahi pemuda itu. Muka Encik Malik ditentang dengan riak kebingungan
sebelum beralih pada Hanan. Fahmi duduk diam sambil menyaksikan perbincangan
antara kedua-dua belah pihak; Abrar dan Hanan.
“ Awak, boleh
ceritakan semula apa yang berlaku sebenarnya masa dekat TS? Pak cik Daud kata..
dia ternampak kita, err..macam berpeluk dekat tepi jalan. Padahal hakikatnya
awak nak selamatkan saya daripada kena langgar. Boleh awak terangkan pada ayah
kejadian yang berlaku tadi? ” pintas Hanan menerangkan duduk perkara sebenar. Perasaan
segan dihindari demi membersihkan kecurigaan yang bermukim di dalam benak si
ayah. Memohon pengertian Abrar. Disamping menyokong hujah yang dibentangkan
sebelum kedatangan Abrar.
Terkejut. Abrar
tergamam. Tidak sangka soal ini yang bakal dibahaskan. Perbuatan yang baik
dengan niat untuk melindungi tetapi terjerat pula dalam pandangan serong.
“ Maaf, pak
cik...petang tadi saya ada bawak Hanan ke TS untuk beli buku…” dia bercerita
secara terbuka tanpa berselindung lagi. Sehinggakan tersandar lapang Fahmi ke
sofa. Encik Malik mulai mengangguk. Damai sungguh kepalanya yang sarat dengan
pelbagai kemungkinan. Mujur Abrar telah bertindak menghapuskan segala
kekeliruan. Bukan niat Encik Malik tidak mempercayai Hanan tetapi dia perlu
menyelidiki secara telus supaya khabar yang dibawa bukan sekadar khabar angin
yang tiada isi. Baginya ini adalah isu serius dan perlu dititikberatkan.
Perkara yang berkait rapat dengan maruah keluarga.
“ Pak
cik nak tanya sesuatu, Abrar kisah kalau kita cepatkan tarikh? ”
“ Ayah, kenapa
tiba-tiba tanya soalan ni? ” Hanan terperanjat. Terkejut bukan sengaja
dilakonkan. Dia sememangnya sungguh tertekan.
“ Hanan..” Puan
Norsal menegur anaknya yang kaget sangat. Suara yang dilontarkan juga terlebih volume
yang dibenarkan!
“ Ayah rasa ada
baiknya kalau kamu berdua cepat-cepat langsungkan, sekurang-kurangnya tak
timbul lagi isu salah faham macam ni.” Encik Malik memberi pendapatnya.
“ Saya tak kisah
kalau...”
“ Hanan pasti perkara
macam ni takkan berlaku lagi. Lepas ni, Hanan akan lebih berhati-hati dan
takkan keluar lagi dengan Abrar.” Tukas Hanan memotong percakapan Abrar.
Sungguh dia tahu inilah peluang yang paling dinantikan oleh lelaki itu. Ayahnya
telah membuka jalan mudah untuk mereka bersama dan tentulah Abrar tidak akan
memandang ringan akan tawaran depan mata.
Ahh, selesai
satu masalah, datang pulak masalah lain! Semuanya berkait rapat dengan kejadian
dekat TS. Kalaulah along yang jemput aku dekat highway tadi tentu malam ni aku
dah selamat berselubung dalam selimut. Mesti aku dah terbuai lena sambil peluk
novel. Hanan mengerutu geram.
Tapi kau sedar
tak Hanan.. kalau Abrar tak jemput, kau takkan dapat tiga buah novel free tau!
Tertelan liur Hanan seketika kemudian.
‘ Takkan keluar
dengan Abrar lagi! ’ berdesing telinga Abrar apabila disapa ayat tersebut.
Terketap kuat giginya. Marah. Terasa mahu meletup dadanya membayangkan
kata-kata Hanan. Hilang kata-kata yang ingin diucapkan gara-gara bibir gadis
itu yang mendahuluinya. Takutlah tu
kalau aku terus setuju!
“ Tapi mak rasa
ada baiknya kita lekaskan.”
“ Mak..” layu
Hanan bersuara. Sedih kerana tiada yang menyokongnya. Fahmi pula siap
mengangguk, mengakui kebenaran percakapan kedua-dua orang tua mereka.
“ Ayah pun
fikir macam tu. Pak cik Daud siap suruh ayah cepatkan tarikh. Bukan bermakna
ayah tak percayakan Hanan dan Abrar tapi ayah tak mahu orang kampung berfikir
perkara tak baik bila terlihat kamu selalu bersama. Hari ni, mungkin Pak Daud
yang terserempak dengan kamu dekat TS, itupun
dia bukan jenis menjaja cerita orang. Tapi cuba Hanan bayangkan kalau
yang ternampak tu Mak cik Joyah, tentu kelam-kabut kita sekerluarga. Daripada
seorang tahu habis riuh sekampung, esoknya pulak dah sampai ke kampung sebelah.”
“ Abang..tak
baik bawak nama Joyah dalam mesyuarat keluarga kita. Itu namanya mengumpat.”
“ Abang bukan
bermaksud nak mengumpat tapi sebagai peringatan untuk Hanan dan Abrar. Kita
sekerluarga tentulah percaya pada mereka sebab hati budi anak-anak kita dah
kenal tapi kalau orang luar belum tentu lagi nak percaya tanpa bukti kukuh.
Kita tak mampu tutup mulut manusia sebab itu, kita perlu mencegah mulut mereka.”
“ Kalau Mak cik
Joyah yang nampak mahu meletup nama keluarga Abdul Malik. Daripada kena tangkap
berpeluk, terus dirumus kena tangkap basah. Memang dahsyat mulut manusia ni,
cepat aje tersebar fitnah.” Tambah Fahmi selamba. Memang mulut Mak cik Joyah
terkenal dengan kekepohannya. Cukup POWER!! Agaknya terlebih minum kacip Fatimah
Power root?!
Berkerut hebat
dahi dan kening Hanan. Beningnya tajam singgah pada alongnya. Pedas betul ayat
yang menyapa telinganya. ‘Tangkap basah?! ’ Makin tidak keruan duduknya.
“ Along..Mak
cik Joyah tu orang tua, kamu kena hormat sikit walaupun mulut dia macam tu,”
tegur Puan Nosal tidak gemar dengan bicara anak sulongnya. Seperti mengaibkan
wanita yang hampir seusia dengannya.
Fahmi
menjungkitkan bahu. “ Kahwin jelah lekas-lekas Hanan. Along tengok Abrar macam
dah bersedia sangat.” Ucapnya dalam gurauan. Mengenakan Abrar yang ternyata excited
nak berbinikan adiknya itu! Apa agaknya yang berlaku bila dia orang dah bersatu
nanti?! Masing-masing ada taring sendiri! Fahmi teruja sungguh mahu melihat
perkembangan hubungan dua ‘singa jadian’ itu. Manalah tahu kurang setahun menjelma
‘anak singa’ menginap dalam dunia ini hasil pertembungan kedua-duanya...
‘ Hisyh, along
ni..nak kena cubit ke?! Aku pijak kaki tu karang baru tau!’ Hanan menempelak.
Dia seraya menoleh pada Abrar, mak aihh…senyum bukan main miang! Macam nak
luruh bulu matanya menonton sengihan Abrar yang terlalu berhikmat!
“ Elok kita
dahulukan apa yang sepatutnya. Kamu berdua dah bertunang, eloklah kalau
dipercepatkan. Senang lepas ni nak ke mana-mana berdua pun tak ada siapa yang
memandang salah. Abrar boleh berbincang lanjut dengan ibu dan abah nanti? ”
tutur Puan Norsal menyokong cadangan Fahmi dan suaminya. Dia merasakan Abrar
senang dengan cadangannya. Yang kurang menyenangi hanyalah anak daranya yang
masih berdolak-dalih bila dibangkitkan topik ‘cepatkan tarikh kahwin’. Entah
apa yang ingin dielakkan ?!
“ Apa kata esok
kita ajak Salmi dengan Asri ke rumah bincangkan soal ni? ” Encik Malik
mengeluarkan buah fikirannya. Puan Norsal mengangguk setuju.
Jantung Hanan makin
tercungap - cungap. Lelah. Benaknya mahu menangkis segala-galanya tetapi
mustahil. Mak dan ayah seperti sudah membuat keputusan sambil tidak
mengharapkan balasannya.
“ Ayah, boleh Hanan cakap dengan Abrar
sekejap? ” Hanan memohon. Abrar tersentak sedikit apabila namanya diumumkan oleh
Hanan. Pasti mereka bakal bersoal jawab selepas ini. Hanan tidak akan tinggal diam
mengenai soal ini.
Encik Malik mengerdipkan
mata sebelum mengangguk perlahan.
“ Berbincang
dengan Abrar jangan sampai terbatal pulak majlis kau orang. He is so excited
want to hold you every single day. Don’t spoil him, Hanan.” Bisik Fahmi sebelum
pergi. Hanan terkesan sedikit dengan kata-kata itu. Sungguh dia tidak berniat
untuk memusnahkan apa yang terlakar. Cuma mahukan kepastian yang jitu dari
sepasang ulas bibir pemuda itu.
Lima minit
berlalu setelah tinggal berdua. Abrar memandang Hanan dan begitu juga
sebaliknya. Entah siapa yang mahu memulakan perbicaraan ini.
Perlahan dia menghela
nafas. Hanan seperti mengeluh.
“ How I wish
bukan awak yang jemput saya petang tadi. Dengan berlakunya perkara dekat TS tu,
everything turn to very complicated stage.” Keluhnya sayu. Lebih kepada
meluahkan kepiluan yang hadir dari celahan hati.
“ Yup. Very
complicated because of me so, I want to make it clear all things. Marry me,
everything will be back to normal. Abang akan bertanggungjawab,” Abrar menatap
wajah si gadis. Dia mampu mengesan kekecewaan Hanan atas perkara yang berlaku
namun, tiada siapa yang dapat menebak kesudahannya seperti ini.
‘ Back to
normal? Itu cuma akan berlaku kalau awak tak hilang ingatan. Kalau awak tak
meminang saya dari mula. Dan paling bagus kalau awak tak jejak ke kampung ini
semula, semuanya normal dan kehidupan saya takkan terhimpit macam sekarang!
“ Sekali kita
melangkah no turn back, Abrar.”
“ Kita akan
melangkah bersama, berjalan seiringan. No turn back.”
“ Sure? ”
“ Yes! No
excuses. We belong to each other,” janji Abrar terpateri kukuh.
“ Then let our
story be continued. Just go on what we had started. Kalau itu yang awak nak,
saya ikut kalau itu yang terbaik untuk kita. Saya akan ingat janji awak ini.
Kita takkan berpatah balik walaupun ingatan awak kembali semula. Sekali awak
tinggalkan saya, jangan pernah lari pada saya semula. Waktu tu, saya mungkin
tak mampu untuk memulai semuanya daripada titik permulaan. ” Begitu sarat perasaan
yang terdampar dalam hatinya. Namun, Hanan hanya mampu memberi peringatan agar Abrar
tidak bermain dengan janji itu. Tidak mensia-siakan dirinya kelak.
“ Abang pasti
segalanya akan berlaku dengan indah. Abrar dan Hanan, you and me, we would be
great together, aamiin..” sempat Abrar menyelitkan doa. Meraup muka dengan telapak
tangan. Sangat bersungguh dalam membina dan meneguhkan keyakinan Hanan. Jangan
takut sayang, cinta ini akan selalu mengalir dalam setiap sel otak abang. Hanan
takkan luput daripada ingatan abang biarpun mati itu pasti akan menceraikan
segalanya, desis hatinya.
Terima kasih Aii, betul2 best...bila nak ke versi cetak? jgn lama sgt, xsanggup untie nak tunggu nie
ReplyDeletedear auntie halimaton :D terima ksih bnyk2 sudi snggah ke blog dan menatap hsil krya aii yg tak seberapa, bila nk ke versi cetak? ouchh, itu aii x dpt jwb, maaf sngt2x kalu trpksa mnunggu lama sebab aii bz sngt sbgai student, but whatever aii sangt3x hargai komen dn sokongan auntie, luv u so muchh, sngt terharu dn tersentuh :)
DeleteBest! thanks 4 the new n3
ReplyDeletewelcome tini, really appreciate it, sila brkunjung lg, hehe :D
DeleteKalau memory abang Abrar dah triggered balik, jangan dia tinggalkan Hanan sudah...thank you! Nak lagi hahah!
ReplyDeletedear Marina, we'll wait n see whether abang Abrar punya cinta sejati or not a true luv, huhu:)
Delete