Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Alahai, suamiku amnesia! 4







Fikri berlari laju menuju ke rumah. Tiba saja di halaman rumah, dia melaung. “ Kak lang,” kuat dan nyaring suaranya. Berkali-kali namanya dilaung barulah terkocoh-kocoh Hanan menjenguk ke tingkap. 

“Ada apa? Asal jerit-jerit ni? Dah tak reti-reti nak naik rumah sendiri sampai nk terjerit-jerit dari luar? ” Soal Hanan beserta kerutan di dahi. Cemas juga dirinya melihat Fikri agak semput bernafas. 

“ Cepatlah turun.”
“ Hah? ”
 “ Ada orang nak jumpa kak lang kat bendang,” beritahu Fikri sambil jari telunjuk tangan kanannya diangkat ke arah bendang. 
“ Bendang? Siapa nak jumpa? ” Hanan bertanya lagi. Bertambah keliru fikirannya.
“ Dia nak jumpa kat wakaf  kat tengah bendang tu.”
“ Siapa?”

“ Cepatlah, kak lang. Orang tu kata dia ada hal penting nak cakap.” Ujar Fikri lagi yang masih berdegil tidak mahu memberitahu gerangan siapa yang ingin bertemu.

“ Dahlah, orang nak sambung main bola. Cepatlah ke sana.” Fikri terus berlari sebelum sempat Hanan membuka mulut. Panggilan Hanan juga tidak diendahkan.

Akibat penasaran, Hanan segera mencapai tudung. Sebelum keluar dia meminta izin daripada maknya. Akhirnya langkah diatur ke bendang. Berhati-hati dia berjalan di atas batas-batas bendang. Hanan menuju ke wakaf yang dimaksudkan .

Ditebar seluruh pandangan ke sekeliling wakaf dan bendang. Langsung tiada sesiapa di situ. Hanan mengancing geram bibir. Akalnya dapat mengagak mungkin Fikri sengaja mempermainkannya. Balik nanti siaplah!

            Tanpa ragu-ragu Hanan bergegas mengatur langkah untuk pulang.
            “ Jangan balik lagi,” tegah satu suara. Hanan terkedu. Rasanya dia tidak perlu menoleh walaupun sekilas. Hanan cukup familiar dengan pemilik suara itu.

“ Awak ke yang nak jumpa saya? ” Tanya Hanan. Posisi tubuhnya tetap. Wajahnya dihala ke depan. Langsung tidak ingin bertemu wajah dengan gerangan pembuka bicara.

“ Kenapa? Kau tak berani jumpa aku? ” Tukas Abrar kembali. Sengaja menaikkan darjah suhu kemarahan Hanan sedangkan bukan itu niatnya.

Ternyata telahan Abrar benar. Hanan memang pantang dicabar. Cepat saja gadis berpatah arah mendekati. Wakaf usang itu menjadi tempat dia melabuhkan duduk. Abrar tersenyum sinis. Hatinya dicuit geli. Sikap dan tingkah gadis itu selalu saja menyentuh segenap penjuru hatinya. Dia cukup kenal siapa sebenarnya Hanan Safura.  

“ Ada apa? ” Kasar bahasa Hanan. Bukan dia sengaja tetapi Abrar yang memulakannya. Dia hanya memberi respon yang sama. Sesungguhnya berurusan dengan manusia yang bernama Abrar Zikry sangat memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Puas dia belajar bersabar namun semuanya lebur. Api yang dicucuh oleh Abrar mampu membakar sekeping hatinya sehingga menjadi debu. 
 
“ Boleh tak cakap baik-baik sikit? Kat sini siapa yang paling tua? ” Balas Abrar sambil berdiri sandar pada wakaf.
Hanan terasa geli hati. Hahahahah, tahu pun diri tu dah tua tapi dok asyik cari masalah dengan aku tu apa hal? Dia menyimpan gelak dalam hati. Sebaliknya Hanan merengus kecil.

“ Buat apa nak cakap elok-elok kalau hari-hari asyik makan hati! ” gumamnya.
“ Apa dia? ”
Hanan mencebik. Menyampah! “ Ada perkara apa yang Abang Abrar nak bincangkan sangat dengan saya? Pasal peperangan negara ke? Ataupun sekejap lagi kita yang bakal berperang.” Lembut sekali bicara Hanan, bagai dibuat-buat. Hampir meledakkan tawa Abrar. Bicara yang nakal mengusik kedamaian diri. Namun dia hanya tersenyum kecil. Hanan..Hanan..

 “ Esok abang dah nak fly ke Ireland so, sebelum pergi abang ingat nak jumpa Hanan.” Tutur Abrar. Sedaya upaya ditahan rasa malu yang melingkari perasaan. Pertama kali menggunakan gelaran ‘abang’ apabila bersama Hanan.

Erkk!! Abang ? Hanan memandang pelik. Terkerut-kerut dahinya mencerna perkataan demi perkataan yang menempek ke telinga. Dia keliru dengan bahasa yang digunakan oleh Abrar. Selama ini jejaka itu suka berkasar dengannya. Setiap kali mereka bersua muka suara halilintar tidak pernah kering dari anak tekak yang berhalkum itu. Tapi kali ini lain pula cara dia berbahasa.

“ Buat apa nak jumpa saya bukannya saya boleh bawak abang pergi Ireland tu? ” Hanan masih berloyar buruk. 

Abrar tersenyum hambar.  “ Boleh… kalau hati Hanan tetap jadi milik abang,” ujarnya tenang.
Hanan terkedu. Air liur ditelan terasa kesat dikerongkong. Macam tak percaya dengan omongan Abrar. Ahhh, jangan terleka! Cepat-cepat Hanan menyedarkan diri. Dia takut Abrar ada menyimpan niat untuk mempermainkannya seperti kejadian sudah-sudah.

“ Abang jangan nak main-main, sebenarnya abang nak apa? ” tegas dia berkata.
            “ Abang serius! ” Abrar jeda. “Abang nak Hanan! ” tekannya berani.

            Bingung. Hanan keliru dengan sikap Abrar yang cukup berbeza kala ini. Cukup menggentarkan segenap inci ruang dadanya. Kenapa dengan dia sebenarnya? Terhantuk kepala kat tiang katil ke waktu bangun pagi tadi?

Hanan menjeling ke raut Abrar dan kebetulan mata jejaka itu sudah sedia memerhatikan dirinya. Lembut tatapan mata kuyu itu, sinarnya berkaca-kaca. Hanan tergamam. Terikat dalam renungan itu. Kejernihan mata itu menenggelamkan kesedaran akal. 

Astaghfirullah..Hanan tersentak. Angin yang berdesir lembut seakan menampar halus pipinya. Ya Allah, apa yang berlaku tadi? Kenapa aku seperti terjerat dalam kerdipan mata kuyu itu? Hanan seperti mahu menyumpah diri. Kealpaannya telah membunuh kewarasan jiwa.

         “ Abang nak apa jumpa Hanan? ” Soalnya sepintas. Hanan cuba mempositifkan keadaan. Malas memberatkan otak memikirkan ayat jiwang ‘maut’ yang dilontarkan oleh Abrar. Tatapan Abrar yang ‘berhikmat’itu juga tidak diambil pusing. Cara yang terbaik adalah membawa haluan bicara mereka ke tajuk yang sebenar.

“ Abang..er, sebenarnya abang nak mintak maaf.. dengan Hanan,” Abrar menyusun kata.
“ Maklumlah antara kita banyak  sengketa yang tak pernah habis sebab itulah abang nak selesaikan semuanya sebelum pergi,” ujar Abrar lembut. Penuh pengertian. Wajahnya sudah merona merah. Pertama kali dia memohon maaf pada Hanan setelah puas menyakiti hati gadis itu.

 “ Abang tahu memori-memori yang ada pada Hanan tentang abang, hanya akan membuatkan Hanan sakit hati. Tapi abang tak mahu rasa sakit hati tu dibawa ke penghujungnya. Abang nak Hanan lupakan semua ingatan buruk yang pernah abang berikan pada Hanan. Anggaplah apa yang berlaku hanyalah gurauan antara abang dan adik.”

Kata-kata yang lahir adalah kejujuran Abrar. Hendaknya Hanan faham erti ketelusan itu. Abrar takut jika ingatan-ingatan ‘buruk’ itu terus terpahat kukuh dalam kotak memori gadis itu. Kelak kekangan bakal wujud antara mereka suatu hari nanti.

Bagi Hanan, dia berhak untuk kaget kerana sepanjang enam belas tahun dia hidup belum pernah sekalipun Abrar memohon maaf darinya. Memang tidak dinafikan Abrar suka bersikap kasar padanya, pantang berpeluang ada saja kata-kata dan perbuatan Abrar yang mendera jiwanya.
Namun  apabila jejaka itu sanggup menebalkan muka semata-mata mahu memohon maaf, Hanan tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutmya. Malah jauh dari sudut hati, Hanan terusik mendengar tutur kata Abrar.

“ Er..bila abang balik ke sini balik? ” Soal Hanan sekadar menenangkan jiwanya yang sedang berombak. Abrar tersenyum lebar.
 “ Tak pergi lagi dah tanya bila nak balik? Kenapa? Rindu tak ada orang nak buli Hanan?” Abrar mengusik. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Hanan.
            Hanan tergelak kecil. “ Perasan! Hanan tanya aje, bukan nak suruh abang balik cepat-cepat,” tuturnya bersahaja. Tak balik langsung pun tak apa!

Abrar memejamkan mata menghayati gelak tawa gadis yang sering merusuh jiwa raganya sejak dia mula mengenali erti sayang dan rindu. Dan semestinya rasa rindu tetap ada buat gadis itu.
“ Hanan..” Abrar memanggil lembut. Hanan memandang raut jejaka itu. Begitu juga Abrar tanpa silu memandang Hanan dengan tajam. “ Abang tak mahu Hanan terlepas daripada abang,” gumamnya.  

Hanan terenjat. Umpama aliran elektrik mengalir ke nadi. Detak jantungnya kelam-kabut. Luaran dan dalamannya seakan tertawan. Bisikan itu mengetarkan perasaan anak gadis seusianya. Pertama kali Hanan merasai perasaan sebegini. Bagaikan salah tingkah rasanya. Hanan alpa melayani perasaan yang mula bertunas di laman hati.

“ Kalau sudi Hanan tunggulah abang balik, lepas tu kita bersatu. ” Janji Abrar.
 Lidah Hanan kemab. Dia tersentak. Pandangan mereka bertaut lagi.  Retina kedua-duanya saling bertingkah. Kali ini Hanan mahupun Abrar dapat merasakan satu debaran. Hanan segera melarikan pandangan. Tidak sanggup lagi dipanah mata  kuyu itu.

 “ Hanan tahu tak setiap kali mata kita bertemu, dada abang rasa nak pecah. Sebab itulah abang selalu sakitkan hati Hanan. Kata-kata abang selalu sinis pada Hanan tapi sungguh abang tak berniat. Abang sebenarnya takut dengan perasaan abang. Abang risau abang tak mampu kawal perasaan abang. Cara yang abang ada, jauhkan Hanan daripada abang.” Bisiknya lagi. Erat Abrar mengepal penumbuk  mengumpul kekuatan. 

Mata redup Hanan terpejam rapat. Kelopak mata dan alis yang lentik bersatu atas dan bawah. Hanan cuba mengusir kegelisahan yang menusuk kalbu. Namun persona indah itu terus membelai jiwa.

Abrar bertindak berani. Desakan rasa hati yang terlalu menyayangi, tangannya mencapai tangan Hanan. Tapak tangannya yang hangat bertemu dengan tapak tangan Hanan yang sejuk. Seraya dikucup lembut jari-jemari Hanan. 

Hanan terkesima. Dia betul-betul terpaku. Tindakan Abrar hanya mampu dilihatnya dan tidak mampu dicegah. Malah pandangan redup yang dihadiahkan oleh Abrar sangat meruntun hati. Mencemaskan dada dan mengejurkan lidah.

Melihat respon Hanan yang ‘positif’ menyebabkan Abrar semakin berani. Entah semangat apa yang telah merasuk dirinya, Abrar mendekatkan wajahnya ke wajah Hanan. Sebuah kecupan kecil hinggap di pipi gadis itu.

Astaghfirullah..Hanan lantas tersedar dari permainan syaitan. Dia memegang pipi kirinya yang telah dinodai. Anak matanya bersinar tajam. Perasaan geram dan marah bersatu menggantikan perasaan ‘gila’ yang dialaminya tadi. Ringan saja tangan Hanan melayangkan penampar pada Abrar. Sekuat hati. 

“ Biadap! Kurang ajar! Kau memang sengaja rancang semua ni, kan? Nak ambil kesempatan pada aku yang bodoh! ” Jerit Hanan sebelum berlari dengan linangan air mata. Detik itulah kebencian mulai tumbuh di lubuk hatinya buat Abrar. Hanya akan kekal tempat itu buat lelaki yang bernama Abrar. 

“ HANAN! ” Tempik Abrar namun gadis itu terus pergi meninggalkannya.





PIPINYA basah. Hanan mengesat air mata yang jatuh tanpa sedar. Sekian lama dia cuba melupakan kenangan itu namun akhirnya ia tetap hidup segar dalam dirinya.

Entah bagaimana dulu Hanan yakin dia mampu melupakan mimpi ngeri itu. Lebih mudah baginya kerana Abrar telah pergi jauh dari hidupnya. Keadaan telah mengizinkan dia untuk menguburkan segalanyanya tapi ternyata dia tertipu. Sebaliknya dia diperdaya dan berjaya dimanipulasikan oleh akal fikirannya sendiri. Semuanya gara-gara lelaki itu!

Abrar amnesia?? Sungguh Hanan terkejut sangat apabila diberitakan bahawa Abrar telah hilang ingatan gara-gara accident! Hanan tidak pasti sama ada ini adalah satu rahmat atau bala. Yang Hanan pasti dan yakin Abrar kini tidak sama dengan Abrar yang lalu kerana ‘ingatan’ yang dulu tidak ada pada Abrar kini. Dua sisi yang berbeza ini menyebabkan seorang manusia kini bertukar menjadi dua.
“ Ya Allah, apa hikmah dia hilang ingatan? ” getusnya di hujung bibir.
Hanan tiba-tiba teringatkan permintaan Puan Salmi. Berat bahunya mahu memikul tanggungjawab yang tak sepatutnya diserahkan padanya. Silap besar Puan Salmi memilih dia untuk membantu memulihkan ingatan Abrar yang hilang. Langkah yang mengundang retak seribu.

Tiba-tiba Hanan tersenyum pula. Tak apa, tinggal lagi dua hari aku nak bertapa dekat kampung ni. Lepas ni, dah tak payah nak tengok muka dia lagi. Permintaan mak dia tu pun tak payah aku nak fikirkan sangat. Terima kasih ya Allah bagi aku jalan lepas!

Sejurus itu, Hanan cuba melenakan diri dan dia berjaya melakukannya kerana ruang resah yang bermukim di jiwa telah pun lapang.   








6 comments:

  1. hepi sgt hanan...hanan blum thu pa lg akn tjd sterusnya..hehe..ni bru permulaan...pa hikmh abrar amnesia??..hurm..Hanan mesti salh fhm ni kn??irene rasa pa yg dluahkn dulu Ab tu betul..hihi...thx...i like n luv it...

    ReplyDelete
  2. ade bnyk sngt hikmh yg akn dtg dlm bab2 strusnye, but kne wait n see yer...n thnx irene luv to read my n3 @_@

    ReplyDelete
  3. teruskan update entry..... curious sgt nak tau storyline selanjutnya...

    ReplyDelete
  4. excited nak tahu citer seterusnya..

    ReplyDelete
  5. hk dan kak norihan mohd yusof =)
    thanx sudi singgah bace this story,
    sabar yer nti kite update bebnyk lg pasni..

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^