Sehari berlalu,
dua hari, tiga hari sehingga membawa seminggu kelibat lelaki itu tidak
kelihatan. Nuzul hanya memandang sekaki payung yang wujud dalam lokarnya.
Harapan untuk memulangkan payung tersebut belum lagi kesampaian. Lama dia
merenungnya. Mengingati peristiwa malam itu.
Mulanya Nuzul risau apabila lelaki
itu tidak membuat sebarang kemunculan di café, pada keesokannya. Risau
mengenangkan jika pemuda itu semakin jatuh sakit akibat kehujanan. Kehilangan
jejaka itu berhari-hari membuatkan Nuzul cemas dalam diam. Dia terlalu ingin
mengetahui perkembangan Irsyad bagi menghapuskan perasaan bersalahnya biarpun
dia bukanlah penyebab utama.
‘ Kenapa mesti berfikir tentang dia,
Nuzul ? Mungkin dia dah sihat dan mula sibuk dengan kerjanya. Jangan biarkan
sebarang perasaan menganggu fikiran, kelak nanti kau yang hilang fokus.
Tindakan Encik Alif malam itu memanglah ganjil, tapi jangan terpengaruh atau
tertawan dengan perbuatannya. Kau kena tetapkan pendirian, Nuzul..! ’
Keluhan ringan dihembuskan sebelum
dia menutup pintu lokar yang disediakan bagi setiap pekerja di Rayyan Café.
Nuzul menapak ke kaunter minuman. Wajahnya dimaniskan saat melangkah ke ruang
hadapan café.
“
Nuzul, regular customer kau tengah tunggu tu.” Beritahu Nadira setelah
terpacak di sisi kaunter menyediakan minuman.
Nuzul
menjungkitkan kening. “ Siapa pula yang datang awal pagi macam ni? ”
“
Buah hati kau yang awesome tulah, kacak lagi bergaya mengalahkan David
Archuleta.” Kata Nadira siap dengan hiperbolanya.
“
Hah? Buah hati yang mana sampaikan aku sendiri pun tak tahu aku ada buah hati?
”
“
Alah, yang selalu cari kau setiap kali dia ke sini! Apa namanya…Khairul kut..?!
”
“
Ohh, okey aku dah kenal pun! Tapi sayangku Dira, antara kami memang tak ada
hubungan yang macam kau sangka. Baik-baik cakap tu nanti boleh jadi khabar
angin, habis satu café fikir bukan-bukan. Malu aku tau.”
“
Bukan aku aje yang sangka macam gitu, memang ini dah jadi antara topik
terhangat pun.” Beritahu Nadira secara tak langsung.
“
Oh, ada mengumpat pasal akulah tu ?! Sampai hati…! ” Nuzul gigit bibir
bawahnya.
Nadira
senyum sumbing. “ Taklah, cuma bercerita kosong. Buat apalah bergosip bagai,
tak kuasa nak keji orang. Bukannya aku tengok kau pergi menggoda Encik Khairul
tu. Dia yang suka cara kau servis. Aku pun nak ikut cara kau, mana tahu dapat
pancing seekor customer million ringgit.” Tuturnya lagi membetulkan
kata-katanya.
Belum
sempat Nuzul membalas, Nadira menyampuk lagi. “
Eh, pergilah cepat ambil order! Kesian Encik Khairul kau yang dah macam
cacing kepanasan, rindu dengan kau kut ?! ”
“
Hesy, aku dah pesan jangan main cakap nanti aku yang bermasalah. Okey, aku
pergi dulu.” Nuzul keluar dari petak membuat air minuman dan memasak waffel.
Apabila bertemu dalam satu pandangan, Nuzul sudah menghulurkan senyuman.
Khairul juga begitu.
“
Hello, Mr. Latte! Assalammualaikum,” sapa Nuzul dengan ceria. Senyumannya tidak
luput namun dinipiskan agar tidak keterlaluan dalam melayani pelanggan. Bimbang
ada yang menafsir lain dengan senyuman yang sengaja diadakan seolah mahu
menambat hati pelanggan. Lain orang, lain fikirannya.
“
Waalaikummusalam, my dear.”
Nuzul
agak tergamam dengan balasan Khairul. Gemersik suara lelaki itu juga kedengaran
ikhlas dan bersahaja. Sudahnya Nuzul bersikap tidak mengambil kisah. “ Apa
makanan yang encik nak pesan? ” lekas dia menyoal. Mengingatkan kepada agenda
utama dia menghampiri Khairul.
“
Saya ada sesuatu untuk awak, Nuzul.”
“
Hah? Awak tak nak order ke? ” Nuzul terkebil-kebil memandang lelaki yang tidak
jemu memandang mukanya. Membuatkan Nuzul tidak selesa dan gelisah dalam
renungan tersebut.
“
Nak, tapi sebelum tu saya nak bagi awak sesuatu. I brought this from London.”
Khairul mencapai beg kertas dari kerusi sebelahnya seraya diletakkan atas meja.
Lebih spesifik di depan Nuzul yang elok berdiri.
“
I hope you like it.” Tambah Khairul lagi apabila gadis itu tidak berkutik.
“
Tapi saya tak boleh terima.” Bunyinya agak klise tapi Nuzul memang terasa berat
hati untuk menerima pemberian tersebut. Bukan dia mahu menolak rezeki tetapi
hakikatnya Nuzul tidak betah dengan kebaikan jejaka itu. Menerima hadiah itu
umpama mewujudkan sesuatu antara mereka. Mengikat dirinya secara tidak langsung
kepada Khairul.
“
Kenapa? Awak tak suka ke, Nuzul? ”
“
Saya…saya rasa…”
“
Okey, saya bukakan untuk awak. Jangan risau ini cuma hadiah kecil, tanda
ingatan dari London.” Khairul menarik semula beg kertas itu kepadanya lalu
dikeluarkan sebuah kotak kecil.
Nuzul
menjeling suasana sekeliling café. Mujur hanya wujud seorang dua pelanggan yang
ralit menikmati sarapan pagi. Tetapi Nuzul tidak mampu menyorok daripada
pandangan teman-teman sekerjanya; Nadira, Aqilah dan Liyana. Syukurlah Syarifah
yang bermulut kepoh tidak ikut serta menyaksikan babak yang sedang
dipersembahkan olehnya.
Dalam
kotak kecil itu rupa-rupa ada bebola kaca yang sangat comel. Kelihatan dipenuhi
air yang berkilat-kilat seperti turunnya salji. Dalam bebola itu wujud seorang
gadis bergaun merah sedang memegang sebuah teko dengan tangan kanan manakala
tangan kiri pula menadah sebuah cawan.
“
Bila saya pandangan benda ini, saya teringatkan awak, Nuzul. Sebab itu saya nak
hadiahkan pada awak.” Ujar khairul lembut.
Nuzul
menguis belakang telinga yang dilitupi tudung. Resah dan canggung untuk
berkata-kata. Kesungguhan Khairul menyebabkan Nuzul tidak mampu menolak. Dalam
masa yang sama dia tetap berat hati.
“
Saya tahu awak boleh dapatkan benda ini dengan senang di Malaysia, tapi saya
berharap awak sudi terimanya. Memang tak ada beza pun sama ada beli dekat
Malaysia atau England. Cuma ada sesuatu yang special tentang bebola ini dan
awak mesti dah tahu, kan? ” sangkal Khairul.
Nuzul
terkulat-kulat. “ Apa yang specialnya? ”
“
Dekat bawah bebola kaca ni ada tertulis made in England. So, ‘dia’ datang
Malaysia naik flight semata-mata untuk menemui awak. Itu yang istimewanya.”
Santai bahasa Khairul mengusik Nuzul.
Nuzul
tergelak. Namun gelaknya terbatas apabila sebatang tubuh melalui depannya.
Nuzul angkat muka sekilas. Lelaki yang telah hilang selama seminggu akhirnya
muncul jua.
“
Seminggu trip saya ke London dengan kawan-kawan so, ini souvenir untuk awak.
Ambil tau, jangan segan atau tolak. Nanti saya dah tak mahu jadi regular
customer awak.”
“
Okey, okey, sebab takut hilang pelanggan tetap jadi saya ambil. Sebelum saya
bawa hadiah tu masuk ke dalam, apa yang encik nak order? ” segera Nuzul
menamatkan perbualan yang sudah terlalu meleret.
“
Two slice sandwich and my latte macam biasa…”
“
Kurang manis,” sambung Nuzul cekap.
“
Good. Cukuplah dengan senyuman awak, rasanya dah mampu memaniskan hidup saya.”
Bukan main bergula ucapan Khairul mengusik si gadis. Nuzul tertunduk kerana
segan.
‘Oh,
Nuzul… behave yourself! Anda sedang diperhatikan oleh dua pasang mata! ’ “
Okey, saya masuk dulu. By the way, thanks for the ‘bebola kaca’.” Pamit Nuzul
sebelum laju menonong ke kaunter minuman. Beg kertas yang mengandungi pemberian
Khairul juga dibawa bersama dengan terpaksa rela.
“
Wah, lumayannya rezeki kau hari ni! Serius, meleleh air liur aku tengok kau
free-free dapat hadiah.” Gurau Nadira dengan mata bersinar-sinar.
Nuzul
angkat jari ke bibir. Menyuruh Nadira senyap. “ Tolong aku buatkan pesanan ni.”
Pintanya lalu menyerahkan keratan pesanan yang ditulisnya.
“
Okey,” Nadira menyambut kertas pesanan tersebut. Membantu Nuzul yang
kelihatan mengharapkan bantuannya kali
ini.
Nuzul
memegang kuat bahagian dadanya sambil bersandar ke sisi kaunter. Degupannya
sekencang seperti malam itu. Nuzul amat pasti sepasang mata itu sentiasa
memerhatikannya. Walaupun Nuzul gelisah direnung oleh Khairul tetapi dia masih
boleh bertahan. Namun apabila menyedari sepasang mata lain mengekorinya dari
jauh, Nuzul terasa sesak nafas. Setiap kali dia mengangkat kelopak mata,
mencuri dalam pandangan, setiap kali itu pertembungan mata berlaku. Seperti
sengaja bermain-main mata tetapi sungguh Nuzul tidak sengaja.
“
Kau kenapa? Mesti nervous gila, kan? Encik Khairul ada cakap I love
you, ke? Jealousnya aku ada buah hati macam tu.” Sempat lagi mulut
Nadira bertanya walaupun tangan ligat menyediakan minuman latte. Melihat Nuzul
yang tidak tenang, membuatkan dia panasaran.
“
Taklah, bukan sebab Encik Khairul pun. Aku sebenarnya takut sebab tadi ada
Encik Alif. Dia, kan dah bagi warning supaya aku tak muncul depan dia. Kang,
dia nampak apa yang berlaku tadi mesti dia nak tuduh aku yang bukan-bukan. Aku
risau tau.” Spontan Nuzul mencipta alasan.
Nadira
akhirnya faham. Dia mengangguk kecil tanda mengerti. Memang tindakan Encik Alif
Irsyad terhadap Nuzul amat pelik dan menakutkan. Dia sendiri cukup risaukan
dirinya bakal terjebak sama dalam senarai hitam yang dibuat oleh rakan kongsi
Encik Saiful itu.
“
Okey, dah siap. Pergilah hantar pada Abang Khai kau tu.” Nadira menyerahkan
sebuah dulang yang mengandungi pesanan Khairul; sepaket sandwich beserta
secawan latte kurang manis.
“
Hrmm, thank you tolong aku, Dira.”
“
Alah, hal kecil aje! Sama-sama kasih.”
Nuzul
menghantar pesanan kepada Khairul. “ Terima kasih, Nuzul.”
“
Sama-sama.” Nuzul angguk.
“
Hei, waitress…! ”
Nuzul
tergamam. Dia kenal gerangan suara itu. Tanpa berlengah Nuzul menghampiri
tangan yang menggamitnya.
Entah
kenapa Nuzul sedikit terusik dengan cara Irsyad memanggil dirinya. Rasa
terkilan dan sentap dengan lagak Irsyad yang amat sombong. Pandang dia sebelah
mata pun macam mahu tak mahu. Sangat menjengkelkan di mata Nuzul walaupun dia
sedar hakikat bahawa dia memang seorang pelayan.
“ Ya, nak order apa encik? ” tanya
Nuzul dengan riak tenang. Dalam kepalanya musykil kenapa Irsyad tidak menyuruh
saja pelayan lain melayannya. Atau dia sebenarnya memang sengaja menunggu kau,
Nuzul? Mungkin Irsyad ada muslihat untuk mengenakan kau sejak tadi?
“
Give me your pen and paper.” Pinta Irsyad sambil memeluk tubuh.
“
Apa dia, encik? ” Pen dengan kertas? Aku salah dengar ke? Nuzul berteka-teki.
“
I want a pen and a piece of paper.” Kata Irsyad tepat ke muka Nuzul. Telunjuknya
mengisyaratkan pen dan kertas pesanan yang dipegang oleh gadis itu.
Mahu
tak mahu, Nuzul menyerahkan apa yang diminta dengan teragak-agak. Irsyad
mencoretkan sesuatu di atas kertas lalu diberi semula kepadanya.
First warning
Please be a PROFESSIONAL Waitress!
Don’t FLIRT with customer!
Buntang
mata Nuzul membaca memo tersebut. Bila masa aku menggoda, memikat dan menggatal
dengan pelanggan?! Melampaunya tuduhan dia…!
Dengan
kadar yang laju, Nuzul menggelengkan kepala. Membantah keras kenyataan itu.
Irsyad mengerutkan dahi. Gelengan Nuzul menunjukkan gadis itu tidak berpuas
hati dengan amarannya. Sekali lagi dia menconteng lebihan kertas yang belum
diserahkan. Menulis sebuah lagi memo.
Second warning
Don’t argue
with me!
Aku nampak
semuanya dgn jelas.
BENANG YANG
BASAH TAK BOLEH DITEGAKKAN !!!
Nuzul
terngadah. ‘ Oh, tuhanku!! Benang yang basah tak boleh ditegakkan ?! Bila masa
pula aku cuba menegakkan benang yang basah? Perkataan menggoda dan memikat
pelanggan pun tak pernah terlintas dalam kepala aku ni, apasal dapat warning
sampai dua kali! ’
“ Encik Alif…” Nuzul cuba
mengeluarkan suara tetapi dicantas oleh Irsyad.
“ Jangan sampai amaran ketiga
keluar. I’m your boss, remember ?! ”
‘Okay, Fine!’ Bentak Nuzul dalam hati.
Terpaksa mengalah. “ Encik Alif…”
Demi
mendengar suara Nuzul yang masih mahu memprotes, Irsyad lantas tunduk. Bersedia
untuk menulis amaran yang seterusnya. Nuzul yang terkesan pantas menekup tangan
atas kertas tersebut. Menghalang tulisan Irsyad yang berbaur ancaman dan
sumpahan kepadanya.
Irsyad
terkedu.
“
I don’t want to argue with you. Saya terima dan faham dengan amaran encik.
Sekarang saya nak tanya, encik nak pesan apa? Makan, minum? Remember, first
warning…be a professional waitress! Sekarang saya nak jalankan tugas saya. ”
Jelas Nuzul supaya Irsyad tidak tersalah faham dengannya. Terselit nada
sindiran yang begitu halus buat insan di hadapannya itu.
Irsyad
menyerahkan semula peralatan milik Nuzul; pen dan kertas yang dirembatnya. Dia
kemudian bersandar ke kerusi. “ Kalau kau nak menjadi pekerja mithali dan
dengar cakap bos, kenapa tak ikut arahan aku yang paling utama? ”
Nuzul
terlongo. Arahan apa yang dimaksudkan? “ Er, apa dia? ”
“
Arahan yang berbunyi, jangan berkeliaran depan mata aku.”
“
Ohhh…” Nuzul baru sedar. Terkena lagi dia kali ini.
“
Panggil pelayan lain ambil pesanan aku.” Arah Irsyad selamba.
“
Dengan senang hati, Encik Alif. ” Nuzul memaniskan wajah sebelum menoleh pergi.
Saat membelakangi lelaki itu muka Nuzul terkemut-kemut menahan geram. Hidungnya
kembang kempis menahan nafas sesak. Radang hatinya diperlakukan demikian.
‘
Betullah lelaki ini ada penyakit Multiple personality disorder !! Seorang
bersikap dingin, cengil dan bengis. Seorang lagi bersikap pelindung, romantis
dan menawan. Yang pasti Irsyad di depan aku tadi langsung tak ingat apa yang
berlaku malam itu?! Nampaknya, payung yang aku simpan terpaksa diserahkan
kepada ‘ Encik Alif’ yang seorang lagi tu!! ’
‘
Tapi bila masanya lelaki itu nak muncul ?? ’ soal benaknya yang telah
menyimpulkan bahawa Irsyad memang mengalami masalah kecelaruan identiti.
Masalah mental dan emosi yang amat rumit.
***
Okey, done bab 10! Ini mungkin last entry untuk this story sebab aii terpaksa ambik overtime tuk habiskan manuskrip. So, hope u'all enjoy, terima kasih (^_^)
huhu dh nk last n3 ka? tak puasss
ReplyDeleteBuat sementara aii update takat ini dulu, nanti dah siap sebahagian besar manuskrip Aii update lagi, dont worry insyaAllah akn berjumpa lagi dgn watak2 dalam e-novel Malam Bertemu Bintang :D
Deleteerkk, bakal jadi novel ke citer ni? Adehh, tunggu lagi la jawabnya.
ReplyDeleteDear nliyante, Aii hope dapatlah enovel ini jd naskhah novel, doakan untuk Aii taw, insyaAllah bila dah siap susun plot cerita dalam manuskrip Aii update lgi cerita ini :D
Deletealaaaa..dah nak abis ker..huhu..cepat siapkan kak aii..saya nak beli.hihi :)
ReplyDeletestory masih panjg dear, akak cuma nak rombak dan kemas kini manuskrip. Lepas selesai penyusunan plot cerita nanti akak update lagi. Dont worry dalam bulan tiga kita start balik cerita ini, hehe :D
Deleteyay! hihi..update panjang2 tau.. :)
DeleteLast, tengah best2 stop hish cik Author ni memang tau...thank you!
ReplyDeleteu're most welcome, terima kasih sudi singgah dan baca, insyaAllah kalau banyak dah siap boleh Aii update lagi story ini, jgn sedih2, hehe :D
DeleteLa dah last ke.
ReplyDelete