Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Alahai, suamiku amnesia! 1





okey disbabkn rmai yg suke dgn keletah Abrar yg comel, tetibe Aii rase nk jd pemurh sngt2!!

now, nk bg lg dua bab utk mggu ni (^_^)

hope readers ku sekalian will suka-suki with this n3 and this cinta dongeng,

dan kalu u all rajen put lha some comment,

mane lha taw boleh burn my semangat brlipat-ganda to make bnyk2 lg n3, please

jgn malu jgn segan moh kite brkenln reramai tp kalu x maw pon its ok Aii anggp u all suke my n3 kihkihkih... 

 



***************************************************************



BAB 1


Kenangan yang hidup dalam ingatan hilang dibuai rasa. Puan Salmi menoleh. Pandangan mereka  bertaut. Encik Asri mengambil tempat di sisi isterinya di pangkin. Senyuman di bibir Puan Salmi tidak lekang.

“ Apa yang Sal ingatkan sampai tersenyum macam gulai lemak labu? ” Encik Asri menyulam jemari isterinya dalam jemarinya. Satu perbuatan yang ringkas namun terasa kasih-sayang mengalir dari celah jari mereka. Seperti darah yang mengalir dalam saluran pembuluh darah.

“ Abrar dah ada tunang. ”

“ Hah? Bila masanya? ” Encik Asri terkejut.

“ Dengan siapa? ” soalnya lagi. Berdebar-debar mahu mengetahui gerangan gadis itu.

“ Abang ingat tak Hanan Safura, anak kawan baik Sal masa kat kampung? ”

“ Kawan yang mana? ”

“ Norsal, isteri Malik.”

“Malik mana pulak ni? ”

“ Malik, abang angkat Sal tu. Anak angkat ayah.”

Tergaru-garu kepala Encik Asri berfikir. Rasanya nama Malik belum pernah wujud dalam rak ingatannya. Siapa pulak tu?

“ Allah abang ni cepat sangat lupa. Tu pasal uban menggalak tumbuh macam lalang, asyik lupa macam atuk-atuk je. ” Marah Puan Salmi. “ Malik yang abang ingat dulu nak pikat Sal padahal dia minat kat kawan baik Sal. Norsal tu dah selamat jadi bini dia sebelum abang pinang Sal.”

“ Oh, Malik yang itu… abang ingat. ” Encik Asri mengangguk. Cepat saja ingatannya menerpa jika hal tersebut berkaitan Puan Salmi. Teringat zaman dahulu kala, dia memang pantang kalau ada yang nak potong jalannya untuk menyunting Puan Salmi. Mahu memikat terang-terangan dia malu, alih-alih dia menghantar satu balai tentera terus ke rumah Puan Salmi untuk merisik. Terpaksa berani jika mahu yang itu jugak!

 “ Tapi bila masanya Abrar bertunang dengan anak Malik tu? ”

“ Abang tak ingat? ”

“ Sebab abang tak ingatlah abang tanya.” Encik Asri berloyar buruk.

Puan Salmi mencebik. “ Alah, masa malam kenduri arwah mak abang, lebih kurang dua puluh tahun lepas.” Jawab Puan Salmi beriya-iya mahu menyegarkan memori itu semula dalam ingatan suaminya.

“ Eh, dah lama tu  abang tak ingatlah! ” putus Encik Asri malas berfikir panjang. Maklumlah umur dah meningkat terasa penat mahu berfikir. Lagi-lagi hal dua puluh tahun dulu.

“ Sal rasa macam nak satukan merekalah, bang.” Cadang Puan Salmi tiba-tiba. Memasang niat dalam angan. Bersemangat mahu merealisasikan kata-kata arwah Haji Karim suatu waktu dulu.

“ Sal biar betul? Sungguh Sal mahu pisahkan Abrar dengan Syaziana? ” Tanya Encik Asri mendadak. Terkejut. Tidak sempat menapis bicara yang dirasakan wajar diutarakan.

Puan Salmi menjeling suaminya. Geram kerana Encik Asri sudah punyai jawapannya tetapi masih mahu berdolak-dalih. “ Abang tahukan sebab apa Sal buat pilihan ni? Kenapa masih nak tanya lagi? ”

“ Abrar mesti tak setuju kalau Sal buat begini.” Suaminya menyangkal.

“ Abrar takkan tahulah, bang.” Tegasnya.

“ Abang tahu Abrar mungkin takkan tahu tapi Sal tetap tak boleh ambil kesempatan dalam keadaan Abrar yang macam tu. Kita kena tunggu dia sihat sepenuhnya barulah kita boleh bincang semula perkara yang lepas-lepas.” Usul Encik Asri kurang bersetuju. Tindakan isterinya seperti memerangkap Abrar demi kepentingan satu pihak.

“ Tapi Sal tetap tak boleh terima Syaziana. Buatlah macam manapun, Sal tekad dengan pendirian Sal. Kalau Abrar tetap pilih perempuan tu sebagai isteri, Sal takkan teragak-agak buang dia dari keluarga. Bagi Sal sekali dia pilih perempuan tu bermakna dia dah ambil keputusan untuk masuk dalam keluarga Syukri, dan itu yang Sal takkan terima sampai bila-bila pun.”

“ Perkara tu dah lama berlalu, sayang..”

“ Jangan cakap macam tu! Bagi Sal sekejap atau lama peristiwa tu masih terpahat kukuh dalam ingatan Sal. Abang jangan cuba nak pujuk Sal.” Tegas Puan Salmi. Terhiris hatinya apabila Encik Asri gagal memahami rasa jiwanya yang hancur.

 “ Tapi Syaziana tak bersalah,” Encik Asri masih pertahankan pendiriannya. Yang bersalah itu Syukri, tidak sepatutnya gadis itu dihukum atas kesalahan bapanya.

“ Syaziana memang tak bersalah, tapi Sal takkan mampu berdepan dengan ayah dia. Sampai bila-bila pun Sal takkan berjaya luputkan ingatan pada setiap derita yang adik Sal tanggung.” Ujar Puan Salmi lirih. Tubir matanya mulai basah digenangi mutiara sebak. Dia lantas bangun. Namun Encik Asri lekas menahan. 

“ Syuhh,, jangan menangis. Maafkan abang buat Sal menangis.” Encik Asri mendakap isterinya sambil membelai lembut. Dia gagal lagi untuk melupuskan kebencian di hati Puan Salmi. Parut yang digalasi isterinya amat parah. Kini kembali berdarah apabila Syukri muncul di depan mereka.

Perhubungan Abrar dan Syaziana yang mulai rapat, telah membawa Puan Salmi dan Encik Asri ke banglo milik keluarga Syaziana. Demi menjalinkan perhubungan yang bagus, mereka bertandang atas undangan keluarga gadis itu. Sayang seribu kali sayang, saat terpandangkan wajah bapa Syaziana, dada Puan Salmi seakan mahu meletup di tempat kejadian. Suatu kebetulan yang teramat perit baginya. Bertemu dengan lelaki yang menjadi penyebab arwah adiknya sengsara hingga ke hujung nyawa.

“ Kita balik kampung, bang. Sal rindu nak jenguk pusara dia.”

“ Kalau itu yang boleh menenangkan hati Sal, kita balik. Kita tinggal terus aje dekat kampung. Abang dah bersara lagi senang kita nak ke mana-mana.” 

“ Anak-anak macam mana? ”

“ Mereka semua dah besar, tahulah mereka jaga diri. Lagipun Alia dah kahwin, dah ada yang jaga dia. Afini dan Afwan tengah belajar kat universiti. Sekarang tinggal Abrar yang masih bersama kita. Nanti rumah ni kita titipkan pada mereka aje.”

“ Kita bawak Abrar sekali, bang. Sal tak mahu dia terus di sini nanti perempuan tu akan cuba dekat dengan anak kita. Sal tak mahu Abrar ingat tentang perempuan tu.” Rayu si isteri.

“ Habis tu, siapa yang nak jaga perniagaan restoran kita tu? Takkan Sal nak tinggalkan abang, pergi berdua dengan Abrar aje.” Tebak Encik Asri. Ada nada rajuk di hujung suaranya. Tiba-tiba rasa terpinggir.

 “ Kita balik kampung bertigalah. Sal ingat nak menetap tiga empat bulan aje kat sana lepas tu, kita balik sini semula. Sementara kita kat kampung abang sewakan aje restoran kita tu, nanti kita pesanlah pada Alia dan Adli datang jenguk sekali seminggu. Boleh tak, bang? ”

Selama Abrar belum pulih, dia telah diberikan cuti panjang. Kerjayanya terpaksa dibekukan sementara waktu, sementara keadaan dirinya sembuh sediakala. Sepanjang tempoh itu, restoran yang dihasilkan daripada titik peluh Encik Asri bersama Puan Salmi dijaga oleh Abrar. Walaupun jauh dari bidang yang Abrar ceburi, bagi Puan Salmi itu lebih baik daripada anak terunanya itu kembali bekerja di tempat yang sama dengan gadis yang sama.

“ Boleh...untuk Sal semua boleh. Tapi mungkin makan masa sikit nak cari penyewa sementara ni, nanti abang usahakan. Tapi kalau tak jumpa kita tutuplah sementara perniagaan tu. Lagipun duit simpanan yang ada tu terlebih cukup untuk makan kita tiga beranak.” Kata Encik Asri tenang. Bersungguh mahu menunaikan keinginan sang isteri.

“ Terima kasih, abang. Sal hargai pengorbanan abang.” Ucapnya gembira dalam hiba. Bersyukur kerana punyai suami yang mampu mengasihinya hingga detik ini.

“ Pergi bertiga maknanya bukan honeymoonlah ni? Abang baru ingat nak…auwww!! ” terkejut Encik Asri. Paha yang dicubit digosok-gosok. Tak sempat menyakat dia pula yang ‘terkena’ piat oleh si isteri. Perit orhh!!

“ Ingat apa? Jangan nak memiangkan diri. Tolong ukur sikit uban kat kepala tu, dah nak jadi atuk orang sibuk nak tambah ahli keluarga.” Pangkah Puan Salmi.

Encik Asri terkekeh-kekeh ketawa. “ Untung-untung Sal dapat kawan baru? ”

‘ Kawan baru? ’ berkerut dahi Puan Salmi manafsirkan maksud itu. Kemudian dia mengetap bibir. “ Maksud abang nak bagi madu? Kalau yang itu, silakanlah menambah. Itupun kalau abang nak rasa singkatnya hidup ni.” Puan Salmi mengangkat keningnya. Gayanya seolah mencabar.

“ Maksud abang kawan baru tu nanti Sal akan dapat bila kita pindah semula ke kampung. Bila masa pulak abang kata nak tambah bini? Nak bagi apa pada madu tu kalau semua cinta abang Sal dah pungut sampai habis? Sal ni suka buat spekulasi yang bercanggah tau. Tak baik su’ zon (berburuk sangka) dengan suami, nanti kurang keberkatan.”

“ Yelah, Sal tahu tu. Abang tu lain kali cakap biar jelas jangan nak mengada-ada pusing cerita lain masuk cerita lain. Sal memang pantang kalau ada yang menipu.”

“ Abang tak tipu, cuma bohong sikit aje.” Senda Encik Asri.

Terjegil mata Puan Salmi. “ Abang! Jangan sampai Sal tinggalkan abang kat sini. Biar Sal balik kampung berdua aje dengan Abrar.”

“ Alaaahh, janganlah macam tu..abang tak suka kena tinggal.”

“ Tak suka kena tinggal, buat perangai elok-elok. Abang tu bakal masuk lima siri,ingat macam zaman muda-muda dulu ke? ” Puan Salmi mengomel. Dari mula berkahwin sampai sekarang sifat menyakat suaminya tak pernah lekang. Suka mengula-gulakan dirinya. Pantang dapat peluang semua perkara mahu dijadikan bahan candaan.

“ Lelaki kalau masuk siri veteran pun tetap laku, perempuan je susah nak laku. ”

“ Abang ni memang sengaja cari penyakitkan? ”

“ Abang guraulah, jangan nak sentap sangat nanti bertambah kedut kat muka tu.”

“ABANG! ”

 

 

DATIN AZURA berlari anak mendaki anak tangga mengejar Syaziana. Susah hati melihat bengkak di mata anak gadisnya. Saban hari asyik bermuram duka. Senyuman Syaziana juga tidak lagi terukir di bibir. Kaku dalam menghadapi dunia realiti. Dunia yang penuh cubaan dan ujian yang mampu menggentarkan manusia yang menjadi penghuninya.

            Pintu yang terhempas kuat dibuka Datin Azura. Seperti yang dijangka Syaziana kembali menangisi nasib diri. Mengenang memori cinta yang tidak kesampaian.

            “ Syaz..kenapa ni sayang? ” soal si ibu penuh kasih sayang. Disentuh lembut bahu si anak. Menyalurkan perhatian serta kasih sayang melalui sentuhan lembut itu.

“ Mama..Syaz rasa nak mati aje. Syaz dah tak mahu hidup lagi. Semua ni malapetaka bagi Syaz.” Esaknya bertalu-talu.

“Syuuhh..apa yang Syaz cakap tu tak baik, sayang. Ini bukan malapetaka tapi dugaan untuk Syaz. Anak mama seorang yang kuat sebab itu Allah uji sedikit ketabahan Syaz. Mama yakin Syaz mampu tangani semua ni.”

“ No, mama. I can’t do it. I can’t face it anymore. I can’t let him go. He belongs to me, mama! ” jerih dan pedih Syaziana berkata-kata. Ucapan yang mengandungi getaran pilu.

“ Syaz..”

“ Dia masih tak ingat tentang Syaz, mama. Bila Syaz berdiri depan dia, sikitpun dia tak peduli siapa Syaz. It’s really torturing me, mama.”

   “ Jangan risau sayang. Jika Allah dah tentukan Syaz dengan dia no matter what he’s still belong to you. Cuma sekarang Syaz kena bagi dia masa, bagi dia ruang untuk memahami perubahan yang berlaku. Syaz kena consider dengan keadaan dia yang tak sihat tu. Yang penting Syaz tak boleh paksa dia ingat tentang Syaz.” Datin Azura terus memujuk rawan si anak. Sebak dadanya melihat keadaan puteri tunggalnya derita dalam cinta.

   “ No, mama! Kalau Zikry ingat tentang Syaz sekalipun, kami takkan dapat bersama. Mak Zikry tak boleh terima Syaz, mak dia akan cuba pisahkan kami. Lagi-lagi dalam waktu ni, tentu mak dia akan ambil kesempatan untuk jauhkan kami.”

“ Sayang..”

“ Tapi Syaz dah tekad kalau pun mak Zikry tak mampu terima Syaz, Syaz tetap akan pastikan tempat Syaz adalah di sisi Zikry. Kami diciptakan untuk bersama bukan berpisah macam ni. Syaz tahu jauh dalam hati Zikry masih ada Syaz. Cuma sekarang dia keliru dalam ingatan dia yang hilang.”

 “ Jangan terlalu mengimpikan kebahagiaan dengan mudah, sayang. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk bersama dia sebab mama takut nanti Syaz yang akan kecewa. Mama tak mahu Syaz sakit di belakang hari.” Ujar Datin Azura lembut sambil mengelus bahu Syaziana.

Bertambah esakan yang hadir dari belahan bibir Syaziana. Mutiara pilu yang menyelusup keluar dari mata semakin lebat.

“ Sudahlah Syaz.. jangan nangis macam ni. It will hurt you. Mama tak suka tengok Syaz macam ni.” Tegas Datin Azura. Diseka berkali-kali pipi anaknya yang lencun dek air mata yang hangat. Bebola mata Syaziana juga memerah, mungkin makin membengkak jika terus menangis.

“ Please mama..tolong cakap pada papa, Syaz nak sangat bersama Zikry. Syaz tak mampu hidup tanpa dia, tak mampu kehilangan dia. Tolong suruh papa bincang dengan parent Zikry supaya jangan pisahkan kami. Mama tolonglah Syaz, please..”

Syaziana berterusan merayu. Biarpun permintaan itu sukar dia tetap mahu mencuba. Entah apalah peristiwa yang berlaku di waktu silam sehingga menjadi penyebab pengakhiran hubungannya dengan Zikry. Syaziana kurang arif tentang itu kerana papanya mengambil sikap berdiam tanpa mengulas lanjut. Mamanya pun ikut serta. Bersubahat tak tentu pasal!

“ Tidurlah, sayang. Jangan fikir apa-apa lagi.” Datin Azura juga memilih untuk diam sama seperti Datuk Syukri. Syaziana menahan rasa marah yang menjalar. Terasa mahu menjerit namun itu tak mungkin. Tidak wajar untuk berkasar demi memenuhi tuntutan hati.

“ Mama dan papa sepatutnya beritahu Syaz perkara sebenar supaya Syaz takkan menyalahkan mama dan papa.” Ucapnya tidak puas hati.

“ Mama..ma..er..”

“ Mama tolong tinggalkan Syaz sendiri. Syaz nak tenangkan fikiran.”

Pintanya beralah dengan keadaan mama yang tersepit antara suami dan anak. Mungkin mama dan papa belum bersedia. Cuma satu perkara yang tidak bakal dia beralah adalah mengenai Zikry. Lelaki itu telah dinyatakan dan termaktub namanya sebagai jodoh yang ditetapkan di luh mahfuz untuknya! Hanya untuknya bukan wanita lain! Syaziana yakin tentang itu 100% ! 

 

 

 

 

4 comments:

  1. oooo... over confident sgt ni.. xmau3! nak abrar ngan hanan

    ReplyDelete
  2. miss acu, kalu syg kne lha confident lebeyh bru blleh dpt,kih3
    nk abrar ngan hanan kew?
    cmtu kne tggu next episod lah..tgok pe jd kat dyeowang, hehe^^

    ReplyDelete

  3. Setakat ini cerita memang best. Cuma bahasa inggeris kena minta editor semak nanti. Macam bab yang kata 'his belong to me' sepatutnya (he belongs to me) dan 'it's really torture me, mama' sepatutnya (it's really torturing me, mama).

    Itu je. Bukan saya nak berlagak tapi saya nak bagi komen membina.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Dear anonymous..(nk tahu sngt nama awak)

    Alhamdulillah..done!
    sy dh betulkan ksalahn yg ditegur,
    tq so much,
    ini yg sy harapkan..ada yg menegur setiap pnulisan sy bila ada yg salah,
    sngt2 berterima kasih..


    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^