Atas permintaan beberapa pihak, aii update latest chapter awal sedikit,
silakan membaca dan kalau tak puas hati jangan marah-marah yer,
enjoy reading to all readers = )
Terselamat daripada kemalangan tetapi terjerat dalam
perkahwinan.Terjerat?? Ini bukan isu terjerat atau terperangkap bahkan kami
sendiri telah bersetuju. Aku sendiri yang telah berikan kata putus. Hanan
mengeluh tiba-tiba. Menerewang fikirannya pada peristiwa sebulan yang lalu.
Malam yang telah memantaskan tarikh ‘keramat’ ini.
Hanan tunduk.
Merenung kedua-dua belah tangan yang saling bertaut rapat. Di mana
jari-jemarinya telah berinai merah segar. Hasil palitan daun inai yang diproses
sendiri oleh Puan Norsal daripada pokok inai di belakang rumah.
“ Untunglah kau, Hanan..” Muna mengukir
senyuman kecil di pinggir bibir. Ucapannya kedengaran halus. Matanya liar ke
seluruh ruang bilik pengantin yang dihias cantik dengan garapan warna lembut merah
jambu dan ungu lavender. Sangat menampilkan keserian bilik pengantin. Tetapi
jiwanya tidak terusik dengan keindahan yang ada. Cukup sukar untuk menumpangkan
rasa bahagia dalam hatinya.
“ Hrmm..” sela
Hanan sambil menarik senyuman kecil.
“ Tapi seriuslah
aku tak habis fikir, kau yang dulu A-A ( A minus A) boleh sampai
ke tahap ni dengan dia! Very unpredictable! ” Suhaila masih memikirkan
masalah yang teramat menyelubungi otaknya tatkala itu. Abrar dengan Hanan?
Boleh ke dia orang berdua tu? Eh, macam tak boleh digest je otak ni bila
fikir punya fikir!
“ A-A?
Apa benda tu? ” berkerut kening Hanan. Term apa pulak tu?
“ Anti-Abrar! ”
ucap Suhaila dengan muka beriya sungguh. Matanya siap terjegil.
“ Owhhh…”
sekadar itu balasan Hanan. Nak cakap apa lagi kalau memang itu hakikatnya! Memang
perhubungan ‘kencang’ mereka berdua tak pernah berjaya berubah ke mana-mana
tahap pun hatta si lelaki lari terbang ke luar negara!
Hanan vs
Abrar memang istilah yang tidak dapat dipisahkan dunia akhirat. Mana
pernah mereka bersekutu, asyik berpaling tadah sepanjang usia… tapi itu
dulu…dulu?? Hanan teguk liur. Terasa lehernya dicekak.
Ada bezakah dulu atau sekarang wahai Hanan?!
Dulu tak suka, benci, menyampah takkan sekarang suka pulak? Amboi, sejak bila
kau pandai menimbang tara istilah perhubungan ini? Dah berjayakah panahan cinta
Abrar menusuk ke jantung pejal milik kau? Hanan terkulat-kulat. Hatinya
berkecamuk.
Akhirnya Hanan bertanya
pada diri yang musykil. Mampukah aku mengubah term A-A kepada Abrar
& Aku?
“ Kalau kau tak
setuju lebih baik berundur Hanan. Keputusan di tangan kau. Sekali kau buat
keputusan semuanya akan berubah.” Kata Muna tiba-tiba.
Hanan tergamam.
Suhaila terkejut.
“ Muna…kau kenapa?
Apa yang kau cakap ni? ” berkerut hebat kening Suhaila. Nak gurau pun
agak-agaklah! Tak nampak ke khemah dah siap terpacak dari depan sampai ke
belakang rumah??
“ Aku tak mahu
Hanan menyesal…” jawab Muna ketika melabuhkan punggung di birai katil
pengantin. Suhaila pula menyandarkan punggung di meja solek, merenung Hanan
yang telah siap didandan. Cantik sangat kau, Hanan…
Jujur Suhaila
akui gadis di hadapannya kini begitu menarik dan tampak anggun dengan busana
kebarung putih yang dijahit daripada kain lace serta satin. Kerudung Hanan pula
sangat berseni dengan sulaman bunga-bunga bertaburan bersama layah yang indah.
“ Merepeklah
kau, ingat boleh ubah sesuka hati ke?
Majlis dah nak mula, semuanya dah diatur. Takkan Hanan nak batalkan
semua ni? ” sanggah Suhaila.
“ Tapi Hanan
berhak! Dia boleh batalkan kalau dia rasa takkan bahagia dengan Abrar,” Muna
masih pertahankan pendiriannya.
“ Eh, Muna..
kau dah habis fikir sebelum kau cakap semua ni? Maruah mak ayah dia nak letak
mana pulak? Kebahagiaan diri tu memang penting tapi kalau dah melibatkan maruah
orang tua, jangan harap nak bahagia! ” tempelak Suhaila. Muna tersentak.
“ Kau tak suka
dengan Abrar, Muna? Atau kau takut aku tak bahagia dengan pilihan yang aku buat
ni? ” Hanan mencelah.
Muna terdiam
lagi. Sirna kata-katanya yang seakan memberi ‘kecaman’ pada masa depan Hanan.
“ Atau kau suka
Abrar? ” terjah Suhaila. Muna terkedu dan terperanjat. Pantas dia berpaling
muka pada Suhaila. Geram dengan mulut temannya itu yang suka lepas cakap tanpa
guna penapis.
“ Itu tak
mungkinlah! ” tekannya membetulkan telahan itu.
“ Hah, okeylah
kalau kau tak ada feeling dengan bakal laki Hanan, kita doakan aje baik-baik
untuk dia orang.” Selar Suhaila pula.
“ Kau tak
faham,” katanya di hujung bibir. Berat perasaan yang ditanggung.
“ Kalau macam
tu, kau bagilah aku faham.”
“ Macam mana
kalau ingatan Abrar pulih? Kau sanggup tengok dia orang bergaduh laki bini
macam zaman dulu? Sikit-sikit tak puas hati, Abrar cakap itu ini Hanan pula
balas balik. Last-last Hanan menangis tak berlagu. Bukankah kita selalu jadi
saksi kejadian dulu-dulu tu? ” tebaknya sinis di penghujung ayat. Ditujukan
khas buat Suhaila disamping Hanan.
“ Muna.. itu
cerita lama, manusia boleh berubah. Abrar tu nakal aje, bukan penjahat yang
buat jenayah. Lagipun aku nampak dia sayang sangat pada Hanan, mustahil dia nak
main-main dengan semua ini? Apa yang berlaku sekarang ni sesuatu yang serius.” Suhaila berusaha mengusir prasangka Muna.
“ Dahlah tu, takkan
sebab masalah ni, kau orang nak bergaduh masam-masam muka. Yang kahwin tu aku
jadi, biar aku yang tanggung apa yang berlaku nanti. Lagipun aku yakin petunjuk
Allah, Dia yang gerakkan hati untuk bulat dalam keputusan ini.”
“ Tapi kau
sendiri tak dapat yakinkan diri, Hanan? Kau tak yakin bahawa Abrar pilihan yang
tepat, betul tak? ” duga Muna.
“ Kalau kau
yakin dan bersungguh terima semua ini, perkahwinan ini takkan jadi masalah pada
kau. ” Rumusnya lagi seperti mengasak. Setiap patah kata-katanya adalah untuk
membuka mata Hanan. Muna tidak mahu Hanan tersilap langkah. Dan paling penting
baginya Abrar bukanlah ditakdirkan untuk Hanan.
“ Aku tengah
belajar, Muna. Setiap langkah yang aku ambil perlukan masa. Walaupun susah tapi
aku tetap ikhlaskan diri, tak ada istilah terpaksa. Kami sendiri bersetuju
untuk bersama memulai segalanya dari titik permulaan.” Hanan menjawab dengan
telus demi memuaskan hatinya sendiri. Selebihnya dia tidak mahu teman-temannya
itu berbalah lagi mengenai keputusan yang dibuatnya.
“ Bukan mak
ayah kau penyebab kau terima perkahwinan ni? ” Muna belum mengalah.
“ Bukan, mak
ayah aku tak pernah memaksa. Aku sendiri yang buat keputusan dan aku yakin,
Muna. Dahlah jangan tanya lagi, kau buat aku letih fikir pasal benda ni.”
“ Hanan, cubalah
kau fikir..”
“ Muna, kau dah
kenapa ni? ” Suhaila separuh tempelak memintas percakapan Muna. Tiba-tiba
timbul rasa geram pada gadis itu.
“ Aku tak mahu
Hanan menyesal kalau..”
“ Ini keputusan
dia, kau dan aku tak layak untuk ubah keputusan yang dia dah buat.” Suhaila
memintas. Matanya membulat tanda kurang gemar dengan cara provokasi Muna pada
Hanan.
“ Tapi..”
“ Please..kita
lupakan soal ni.” Putus Hanan.
“ Okey, Hanan
jangan stress tau. Kau duduk sini dulu, aku pergi panggil mak andam sekarang
jugak.” Kata Suhaila. Kasihan melihat
raut Hanan yang mulai gelisah.
Hanan
mengangguk.
“ Jom, ikut aku
keluar.” Suhaila menarik lengan Muna. Meninggalkan Hanan terdampar sendirian
bersama perasaan yang berserabut gara-gara mulut Muna.
Muna merengus.
Terpaksa dia mengekor apabila terlihatkan jelingan tajam Suhaila.
“ Kau dah
kenapa? ” jerkah Suhaila lantang tetapi masih terkawal lontaran suaranya.
“ Aku
bercakap sebab aku yakin. Mereka tak
sesuai untuk bersama.”
“ Apa yang kau
merepek ni? Ini semua coretan takdir, dah ditentukan dari luh mahfuz. Kau tak
layak menentukan jodoh siapa yang sesuai.”
“ Aku boleh
rasa, Su. Dia orang bukan ditakdirkan untuk bersama.”
“
Astaghfirullah, Muna… apa kau doakan ni? Hanan tu kawan kita, patutnya kau
doakan yang terbaik untuk dia. Semoga perkahwinan ini berkekalan dengan cinta.
Bayangkan kalau Hanan dengar apa yang kau cakap, dia mesti terluka! ”
Muna mengeluh
berat. “ Aku bukan sengaja mahu doakan yang tak baik. Entahlah..kau takkan
faham, Su.”
“ Pelik sangatlah
kau, Muna. Cuba kau fahamkan aku kenapa kau jadi macam ni? Kau seolah-olah
terlalu prejudis pada Abrar. Takkan sebab kau terlalu bencikan lelaki tu?!
Macam tak logik pulak kau bencikan Abrar. Atau sebenarnya kau memang sukakan
Abrar? Kau jatuh cinta dengan dia? ”
“ Gila! Kau
jangan buat kenyataan maut.” Tepis Muna laju.
“ Habis tu, apa
masalah kau? ”
“ Dahlah,
lupakan apa yang aku cakap tadi. Mungkin aku yang terlebih prejudis kut.” Dia
kemudian berpaling pergi. Mengorak langkah untuk mencari ruang ketenangan. Hanan..berbahagialah atas semua ni…desisnya seiringan hati yang gulana.
Suhaila bertambah pelik dengan tingkah Muna.
Namun dia sekadar menjungkitkan bahu.
AMBAL empuk dan gebu di depan tok kadi tempat Abrar melabuhkan
punggung. Semua sanak saudara dan adik-beradiknya duduk mengelilingi pada hari
bahagianya. Tidak kurang juga saudara mara sebelah bakal isterinya. Isteri??
Hanan akan jadi bini aku? Ya Allah, betulkah semua ini?! Soal hatinya. Selepas
tiga bulan berhempas pulas memujuk gadis itu, akhirnya cerita cinta mereka akan
bermula detik ini. Syukur.. hendaknya hati Hanan tetap sehingga dia selesai
bertaut tangan Tuan Kadi!
“ Tuan,
pengantin perempuan dah setuju ke? Dia dah tandatangan? ” soal Abrar mendadak.
Telunjuknya menghala pada borang yang diunjukkan oleh juru nikah padanya.
Meletus tawa
besar daripada lelaki-lelaki yang duduk berdekatan Abrar. Geli hati dengan
pertanyaan Abrar yang melulu. Belum sempat Tuan Kadi membuka mulut dia lebih dahulu
bertanya. Gara-gara cemas jika Hanan berubah fikiran.
Fahmi menepuk
perlahan bahu jejaka itu. “ Gelojoh betullah kau ni.” Sakatnya dengan senyuman
lebar. Juru nikah @ Tok Kadi pun ikut tergelak juga.
Abrar
menggosok-gosok dahi. Tetunduk malu. Merah mukanya. Aduh…sengallah kau, buat
malu keturunan aje! Namun demikian, Abrar tidak pedulikan tawa sekelilingnya
kerana dia sememangnya cuak. Terbayang jika Hanan cuba menarik diri di
saat-saat genting seperti ini. Mahu Abrar melutut depan tok kadi supaya
calonkan mana-mana wanita yang masih kekosongan untuknya.
“ Abrar..Abrar..”
selar Encik Asri tergeleng-geleng. Buat malu aku aje ada anak yang kemaruk nak
berbini, terlebih maju daripada bapak dia yang masih malu-malu tapi mahu!
“ Dah tak
sabarlah tu! Tak lari bidadari kamu, Abrar. Tinggal kamu angkat lafaz aje,
lepas tu pergilah lari masuk bilik.” Pak Abu menggiat pula.
“ Ini
tandatangan pengantin perempuan. Jangan risau, dia dah setuju pun.” Kata Tuan
Kadi sambil menunjukkan tandatangan di atas nama Hanan Safura Binti Abdul
Malik.
‘Alhamdulillah..’
sela Abrar dalam hati. Lega sangat.
“ Sekarang,
kamu sign dekat sini pulak.”suruh si Tuan Kadi. Abrar apa lagi dengan
pantasnya diambil pen yang belum sempat terhulur padanya. Peluang baik jangan
dipersiakan! Padahal dalam kepala dah tak boleh fikir pasal lain. Asyik
terbayangkan permaisuri yang sedang beradu dalam kamar pengantin. Beradu??
Aduh, siang lagilah ni..baru pukul 11 pagi!
Sekali lagi
suasana agak gamat. Gelak tawa berpadu semula. Memang lawak. Bunga tawa
memenuhi ruang itu. Fahmi pula terasa ingin ketawa besar-besaran sampai
tertonggeng-tonggeng demi melihat tingkah Abrar. Penangan Hanan sampaikan Abrar
pun makin sasau dibuatnya. Berbeza sungguh peribadi Abrar sewaktu remaja.
Lelaki itu lebih gemar menyembunyikan rahsia hati tanpa mempertontonkan secara
zahir.
“ Dah sedia? ”
Tanya juru nikah. Abrar mengangguk sejurus itu. Kesungguhan yang nyata.
Langsung tidak menoleh ke arah lain selain meluruskan pandangan ke hadapan.
Juru nikah
menghulurkan tangan. Abrar menyambut.
“ Stop it! Tolong
hentikan semua ni! ” tempik satu suara kuat.
Tersentak. Semua
mata berpaling ke arah pintu rumah. Tercegat di sana seorang wanita yang
memakai sepasang Baju Kurung tetapi tidak bertudung. Berombak-ombak dada gadis
itu menahan aturan nafas yang tidak sekata. Mungkin gara-gara berlarian dari
kereta sehingga melalui anak tangga menyebabkan dia kelelahan.
Abrar teguk liur
kesat bersama mata yang terbeliak. Siapa pulak perempuan ni?
Mulut semua
hadirin mula bercakap-cakap. Keadaan mulai riuh. Semuanya kalut dalam situasi
yang tiba-tiba dilanda taufan. Diserang tanpa ada isyarat malapetaka.
Hanan yang duduk
tenang di atas ambal dalam kamar pengantin terkejut. Tempikan tersebut agak kuat
sehingga mampu menerombos ke dalam kamarnya. Dia penasaran. Ingin bangun dan
menyaksikan sendiri gerangan yang ingin menyekat hari perkahwinannya ini.
Ex-girlfriend Abrar ke? Kenapa aku tak tahu selama ni? Ahh, macam mana nak tahu
kalau kau tak pernah nak ambil tahu?!
“ Siapa tu? ” Tanya Hanan berbisik pada Suhaila di sisinya.
“ Entah.”
“ Aku nak pergi
tengok sekejap.” Hanan berura-ura mahu bangun.
“ Eh, jangan!
Hanan pengantin takkan nak redah keluar.” Tegah Kak Siti, mak andam Hanan.
“ Tapi orang yang
datang tu mesti ada hal mustahak! ” jawab Hanan.
“ Aku rasa ada
yang cuba sabotaj hari kahwin kau kut.” Gumam Suhaila di telinga Hanan.
Hanan makin
terkejut. Siapa orang tu? “ Diana, Rita, tolong tengokkan siapa yang datang? ”
suruhnya pada dua orang sepupunya yang berusia remaja.
“ Kau kenal ke?
” Fahmi bertanya langsung pada Abrar. Pemuda itu lekas menggeleng.
“ Pasti? ”
tekan Fahmi.
Abrar
mengangguk lagi. “ Abah kenal tak perempuan ni? ” Tanya dia pada Encik Asri.
“ Tak pulak
abah kenal.”
“ Wan ingat ke?
” Tanya Abrar pada Afwan, anak ketiga dalam keluarga. Manalah tahu Afwan ada
mengenali mana-mana wanita yang pernah bersamanya.
“ Tak kenal
pun.” Jawab si adik.
Fahmi bangkit.
Menuju ke pintu. “ Cik cari siapa? ”
“ Pengantin
lelaki! ” jawab si gadis. Fahmi lantas berpaling pada Abrar yang sudah
mengeluarkan aura wajah terkejut dan terpinga-pinga. Fahmi kemudian menggamit
pengantin lelaki supaya menghampiri.
“ Kau jangan
buat gila, Abrar. Jangan sampai adik aku talak kau depan tok kadi mahu gempak
satu kampung. Aku rasa dia ex kau sebelum kau amnesia.” Duga Fahmi
berkata perlahan ke telinga Abrar yang telah berdiri terpacak di sebelahnya.
“ Awak cari
saya? Tapi saya tak kenal siapa awak.” Tukas Abrar pula. Mengambil sikap
bertenang dahulu sebelum apa-apa hal berlaku.
“ Awak
pengantin lelaki? ” Tanya gadis itu seperti terkejut. Abrar mengiyakan.
“ Bukan yang
kahwin Ahmad Fadhli? ”
“ Ohh, nak jumpa
Fadhli. Dia adik saya.” Fahmi pantas mencelah. Lega.
Abrar mengusap
dadanya. Damai pula dirasakan saat ini. “ Okey, teruskan majlis.” Ucapnya.
“ Fadhli mana? Ini
hah kekasih hati dia datang menyerang.” Tempik Fahmi kuat.
Terkocoh-kocoh
Fadhli meniti tangga dari dapur. Terbuntang luas matanya. Terkejut sangat.
Kakinya pantas menuju ke muka pintu. “ Jom kita turun.”
“ Kak Fura,
yang datang menjerit sakan tu kekasih abang Li sebenarnya. Dia ingat abang ngah
yang kahwin.” Beritahu Rita pada Hanan.
“ Ya Allah,
Fadhli punya mak we havoc betul sampai serang majlis orang.” Sela Mak
Lang Hanan pula.
“ Oh, yeke? ”
Tiba-tiba Hanan berasa lega. Ingatkan ada yang ingin membatalkan perkahwinannya
ini. Tapi andai kata kalau terbatal kau suka tak Hanan? Sedih tak? Soal hatinya
pula.
“ Okey, majlis disambung semula.” Diana
berkata selepas menjenguk semula ke luar. Hanan pula berdebar-debar selepas
itu.
“ ADUH, kenapa Huda buat abang macam ni? Malu abang dengan satu
kampung.” Fadhli meraup mukanya. Huda menjuihkan bibir. “ Huda pun malu jugak.”
“ Dah tahu malu
kenapa berani sangat serang majlis orang tadi.” Fadhli memadang rumahnya dari
halaman rumah. Kecoh betul suasana tadi. Along pun satu siap menempik kuat,
malu gila wei!
“ Semalam Zahid
kata abang balik kampung sebab ada majlis kahwin. Huda tak boleh nak fikir apa
dah. Subuh tadi Huda terus bertolak dari KL.”
“ Kan abang dah
kata adik abang nak kahwin hujung bulan ni?! Huda tak dengar abang cakap apa?
Takkan interpret data masuk dalam kepala pun boleh salah? ”
“ Kitakan
bergaduh minggu lepas. Huda tak sangka pulak abang fikir nak kahwin dengan
orang lain disebabkan Huda merajuk. Sebab itu, Huda redah balik kampung abang.
Huda takut sangat kalau-kalau abang kahwin lain.”
“ Itulah, lain
kali merajuk tak sudah. Orang pujuk pun degil sangat. Tengok sekarang
terkejarkan kita sampai ke sini.” Fadhli menggenggam kuat tangannya. Rasa mahu
dicubit-cubit Huda yang telah membuatkan kredibiliti ‘macho’ nya hilang begitu saja di hadapan
sanak saudara.
“ Sorry. Huda
tak sengaja. Huda try call abang tapi abang tak jawab, lagilah Huda rasa nak
meraung.” Luahnya sedih.
“ Dah tu, Huda
drive dari KL seorang diri? ” Tanya Fadhli. Huda mengangguk.
“ Bahaya! ”
Fadhli mendengus geram. Perempuan ni memang suka buat jantung aku berhenti
sekejap. Ikut kepala dia aje!
“ Sorry.” Lembut saja suara Huda. Dia bersalah
jadi perlu mengakui salah itu. “ Abang janganlah marah-marah lagi, Huda memang
tak sengaja. Huda tahu Huda bersalah tapi Huda buat semua ni sebab Huda
sayangkan abang.”
Fadhli telan
liur. Luntur semua rasa marah dan geram pada gadis itu. Sayang punya pasal,
bila si gadis bersuara lunak dan manja begitu hilang segala amarah yang
bermukim di dada. Diganti pula perasaan geram disebabkan sayang sungguh pada
cinta hatinya itu. Tak boleh jadi, daripada Hanan yang kahwin..lepas tu, aku
pulak yang join akad nikah sekali!
“ Huda tak ada selendang ke? Tak pun ada
simpan tudung? ”
Huda
menggelengkan kepala. “ Kenapa? ”
“ Bakal menantu
nak jumpa mak mertua takkan tak mahu bersopan. Mak abang tu suka perempuan yang
pakai tudung tau. Nampak Islamik, solehah dan beriman. Kang silap hari bulan
dia suruh abang cari lain.”
“ Alah..tak
pakai tudung pun bukan bermakna Huda tak beriman, tak Islamik. Huda mana pernah
tinggal solat, puasa, semua kewajipan dalam Islam Huda buat kecuali bertudung
aje.” Belanya disamping mengangkat diri.
“ Tipulah, Huda
mesti tinggal jugak solat dengan puasa.”
“ Abang tak
percayakan Huda? ”
“ Yelah, Huda
mestilah akan tinggalkan jugak solat sekurang-kurangnya tujuh hari dalam
sebulan. Bulan ramdhan pun mesti tak cukup sebulan puasa. Setiap bulan dapat
cuti free daripada Allah.”
Huda pantas
mencubit kuat lengan Fadhli. “ Hisyh, abang ni..gatal sangat! Benci tau.”
“ Sakitlah
yang..” keluhnya perlahan. Memang berbisa cubitan si kekasih hati tetapi itu
disebabkan mulutnya yang mengundang. Terima ajelah!
“ Kat kampung
jangan sentuh-sentuh abang tau, nanti mak marah.” Pesan Fadhli.
“ Amboi, pesan
kat kita pulak! Padahal dia tu pantang tengok orang bebas sikit mulalah nak
pegang-pegang. Dekat mak takut tapi dekat Allah tak takut! ”
Fadhli
tersengih-sengih. “ Sebab takutlah abang ajak Huda kahwin cepat-cepat. Tapi
Huda suka mengelak. Lagipun abang pegang pun bukan teruk sangat, setakat pegang
tangan aje. Kalau ikut hati sampai pinggang tu pun abang pegang jugak, nak peluk
kuat-kuat.”
“ Tengok tu,
tak senonoh. Berdosa tau pegang-pegang. Huda tak rela sikitpun.”
“ Okey, kalau
macam tu..abang takkan pegang-pegang lagi sampai kita kahwin. Tapi Huda kena
ikut syarat abanglah.”
“ Syarat apa? ”
“ Huda kena
belajar pakai tudung. Itu tuntutan dalam Islam. Abang sayangkan Huda dan kalau
boleh biarlah gadis yang bakal menjadi isteri abang akan sentiasa mendatangkan
pahala pada abang. Kita mesti hidup dalam berkat rahmat Allah so, Huda kena
ubah menjadi muslimah terbaik dan abang akan berubah kepada muslim terhebat dan
takkan miang lagi. Nanti ada anak-anak bolehlah dia orang contohi kita.” Kata
Fadhli memujuk Huda tercinta. Hendaknya gadis itu mengikut katanya.
“ Tapi Huda tak
bersedia lagi.”
“ Sayang mesti
paksakan diri. Pakailah walaupun terpaksa. Allah dah lama seru dalam Al-Quran
supaya muslimat pakai tudung sehingga menutupi dada. Rambut tu mahkota Huda dan
Huda hanya akan pertontonkan kecantikan pada muhrim aje. Insya Allah, mungkin
akan datang pada abang pulak. Huda tahukan abang memang jealous kalau lelaki lain
pandang Huda lebih-lebih. Abang tak suka orang tengok perempuan kesayangan
abang macam tu, geram sangat. Rasa nak meletup dada tengok dia orang
tersengih-sengih macam kambing. Huda ikut cakap abang tau.”
“ Hrmm, nanti
Huda usahakan.”
“ Kalau macam
tu, jom masuk kereta.”
“ Nak ke mana?
Majlis adik abang macam mana pulak? ”
“ Adik abang
dah selamat agaknya. Sekarang Huda ikut abang, kita pergi mall beli
tudung banyak-banyak.” Arah Fadhli.
“ Hah? Kenapa
cepat sangat nak berubah? ” Huda terperanjat.
“ Sayang,
please jangan degil lagi. Kata sayang abang, cubalah dengar cakap abang. Nak
jumpa bakal mak mertua mestilah elok-elok, pakai tudung baik-baik. Nasib hari
ni Huda datang pakai Baju Kurung. Kalau ber T-shirt dengan jeans macam selalu,
mahu abang bungkus bawak balik KL.”
“ Yelah, Huda
ikut cakap abang.”
“ That’s my
girl, rasa nak kiss aje Huda tapi tak apa. Abang akan bersabar.”
“ Abang memang
nak kena pelempanglah! ”
“ Aikk, kan
abang kata jangan sentuh abang sembarangan?! ”
Huda mengetipkan
bibir. Geram. Fadhli tersengih lebar. Mereka berdua masuk ke dalam kereta
selepas itu.
“ YAYA tak sangka bang long boleh bertemu jodoh dengan Hanan. Macam
manalah ibu boleh aturkan semua ni?! ” tutur Alya pada suaminya, Nuqman. Wanita
itu sebaya dengan Hanan dan merupakan anak kedua dalam keluarga Encik Asri.
“ Kenapa Yaya
cakap macam tu? ” soal sang suami. Mereka tidak lepas daripada memandang
pasangan yang saling bercengkerama di depan lensa kamera.
“ Waktu zaman
budak-budak, Hanan selalu isytiharkan abang long sebagai musuh dia. Pantang
bertemu muka, tak sah kalau tak saling sakitkan hati masing-masing. Abang long
lagilah.. ego sampai ke langit. Dengan perempuan pun tak mahu mengaku kalah,
tapi dengan Hanan ajelah yang dia suka cari gaduh. Sebab itulah Yaya teruja
bila tengok sekarang dia orang boleh ngam pulak. Macam tak percaya.”
“ Jodoh, sayang.”
Ringkas Nuqman membalas.
Berbalik ke
dalam situasi pasangan utama. Hanan cukup kekok dan segan bila diarah mengubah
posisi ke sana ke mari. Abrar pula bukan main senyum sambil sengih. Suka sangat
tengok dia menggelabah lagi-lagi dalam pelukan lelaki itu. Rimas sungguh.
Serasa mahu dihalau semua penonton di setiap sudut bilik. Biar tinggal dia,
Abrar dan juru kamera sahaja. Suka hatilah mahu rakam aksi kuak lentang,
baring, berpeluk sakan dan aksi yang tidak terjangkau dek fikirannya.
“ Hanan..”
bisik Abrar ketika dia mendakap Hanan daripada posisi belakang tubuh si isteri.
“ Hrmm..” aduh,
bilalah semua ni nak habis?! Abrar pulak tak habis-habis mencari ruang
mengusiknya dengan kata-kata. Sumpah, Hanan mahu melarikan diri.
“ Nasiblah
perempuan yang datang serang tu bukan mak we abang yang dulu. Kalau tak,
jawabnya Hanan tak dapatlah bersuamikan abang.” Manja sungguh Abrar berkata.
‘ How I wish..
wanita tadi kekasih awak so, the end of the story saya akan offer tempat
pengantin perempuan untuk gadis tu?!’ Hanan menyambung dalam hati. Tidak
tergamak meluahkan pada suaminya yang baru sejam tadi mengangkat lafaz nikah.
“ Keciknya
pinggang,” usik Abrar lagi menambah rencah. “ Tak puaslah nak peluk ! ”
“ Kalau tak
suka pergilah cari pinggang lain.” Gumamnya sambil mengetap gigi.
“ Tak apa yang
ini pun dah cukup.” Balasnya pendek. “
Dah cukup berselera.” Bisiknya lagi.
‘ Ah, tahan
ajelah Hanan.. suami kau dah mula naik minyak!’ desisnya dalam diri.
“ AKHIRNYA sempurna juga majlis ni.” Puan Norsal meluahkan perasaan
gembira dan lapang yang dialaminya sekarang.
“
Alhamdulillah, tak sia-sia usaha kita dalam sebulan ni. Semuanya lengkap dan
teratur. Tinggal Hanan dan Abrar saja yang tentukan jalan kebahagiaan mereka
berdua.” Puan Norsal turut melahirkan kelegaaan bersama hasrat hati sebagai orang
tua.
“ Aku pun sama harap
perkara yang baik saja yang akan berlaku antara budak berdua tu. Jangan
bertekak macam zaman budak-budak sudahlah, jenuh nak menonton perang antara dia
orang tu. Tak pernah ada penghujung.”
“ Jangan sampai
ada yang bungkus kain baju sudahlah.” Tambah Puan Salmi lebih kepada bergurau.
Puan Norsal
tertawa. Semoga setiap hilai tawa bahagia mereka tiada penghujungnya, aamiinn..
wahhhhhh..... bestttttttt sukaaaa..... seyesss terharuu dearr aii fariza..... terima kasihhh...
ReplyDeleteuwarrhh, tenkiu so much dear amy sudi merempit ke blog, terharu sangt u sudi snggah, hehe ^_^
Deletebesh2..heheheh
ReplyDeletetqvm, dtg lagi yer :D
DeleteNow kita tunggu fireworks..jeng jeng jeng
ReplyDeletejeng jeng jeng, boom meletup sat lg yow, haha
DeleteCongrats to abang Abrar hahah at last...thanks Cik Author!
ReplyDeletehaha, yeppy! congrats for both of them, tqvm dear marina mai baca story aii :D
DeleteTq Aii, auntie dah rasa lega akhirnya akbar n hanan selamat kahwin, mulanya suspen jugak bila munculnya watak muna n pastu serangan kekasih hati fadli.....auntie suka cara Aii berkarya,suka olahan dan jln cerita yg tersusunm ini membuatkan ,,,,auntie jatuh cinta dgn watak akbar,,, Aii blh pergi jauh lg, teruskan berkarya
ReplyDeletewelcome auntie, trharu sngt dgn komen auntie,seriously luv it, yup, akhirnya bertemu jugk mrk dlm stu jalan! moge2 mrk belajar utk mnerima kekurgn dlm diri,btw thanks a lot bcoz u luv it, aii sngt3x teruja utk trus mnulis dgn lebih baik :D
DeleteHehe. Buat saspeng aje Hudakan..plot makin menarik ni sis..cepat2 continue
ReplyDeletehaha...Huda dan fadhli sbagai penyeri dlm ini cerita, to be continued, insyaAllah ;)
Deletetqvm baby mio, glad u like it ^^
ReplyDelete