Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Alahai, suamiku amnesia! 15 (Part1)







Jemari Hanan bergerak menyentuh setiap tinta yang tercoret buatnya. Berbaur perasaanya tatkala itu. Terbayang-bayang wajah jejaka itu di ruang mata. Berlegar-legar segala kebaikkan dan keikhlasan yang dicurahkan. Kata-kata pemuda itu sentiasa tenang dan lembut demi untuk mendapatkan hatinya. Abrar kini cukup bersabar hanya untuk memperolehi dirinya.


Untuk gadisku, Hanan.
Jadilah kekasih yang sentiasa membawa aku kepada-Nya,
Jadilah isteri yang mampu membahagiakan aku atas redha-Nya,
Jadilah bidadari untukku selalu menagih kasihmu demi kasih-sayangNya.
Jadilah ibu kepada anak-anakku supaya mereka tidak kesepian tanpa belaianmu.

Abrar Zikry 


“ Apa ni? ” soalnya sewaktu Abrar mahu berangkat pulang ke rumah setelah melepak sambil minum kopi bersama Fahmi di ruang tamu. Terpaksa Hanan mengiringi kepulangan Abrar apabila disuruh oleh jejaka itu. Mulanya dia enggan tetapi setelah terperasan dengan sorotan tajam mata Puan Norsal dan alongnya, Hanan menurut tanpa banyak mulut. Menjunjung perintah Raja Abrar.

“ Buku.” Pendek balasan Abrar sewaktu menyerahkan sebuah beg kertas. 

            Hanan mengeluarkan buku berkulit tebal itu. Nampak berat tetapi ringan. Tiba-tiba wajahnya merintik merah jambu. Malu sangat bila terpandang dan ter ‘eja’ tajuk buku tersebut. ‘Melayari Nikmat Rumahtangga disusun oleh Ustaz Sharhan Safie.’  

            “ Kenapa bagi? ” soalnya mendatar. Rasanya belum masanya lagi, protesnya dalam hati.

“ Sebagai persediaan untuk ke alam tu.” Jawapan yang ringkas dan padat. Tidak segan seperti Hanan. Bahkan siap tersengih-sengih seperti burung unta!

“ Kalau macam tu, awak ajelah yang baca.” Ulas Hanan dengan riak kurang berminat.

“ Abang punya ada dekat rumah, dah khatam pun. Yang ini abang belikan untuk Hanan. Sebagai hadiah sebelum kita kahwin, nanti lepas kahwin banyak lagi yang abang nak bagi pada Hanan. Terutama kasih sayang abang.” Sekali lagi Abrar tidak malu mengungkapkan isi hatinya yang ingin selalu mengasihi si gadis.

Hanan mengetap bibir. Abrar terlalu beriya dan dia rasa begitu terbeban. Kasih sayang? Besarnya cita-cita dia. “ Saya mungkin tak ada masa nak membaca. Cuti pun tak banyak, tak sampai tiga hari. Saya nak habiskan novel-novel baru beli tu. Tak larat nak angkut ke Ipoh.” Sengaja dia berdalih. Mencari alasan.

“ Sebab tu abang limitkan sampai tiga buah novel aje. Sebelum Hanan sentuh novel-novel tu, abang nak Hanan dahulukan buku ni. Lepas khatam baru mulakan pembacaan untuk semua novel tu.” Putus Abrar tanpa rundingan. Menyampaikan kata-kata berupa arahan. Membuatkan telinga Hanan berdesing. Sedikit terdera jiwanya.

Ewah, suka hati dia nak tentukan yang mana satu aku kena dahulukan pembacaan! Mana boleh tolak semua novel tu ke tepi. Hanan tidak puas hati. Dia ingin membangkang tetapi itu tidak mungkin. Mahu keluar semua ahli keluarganya mempertahankan jejaka di hadapannya ini.  

 “ Bacaan tu mesti teliti. Macam Hanan baca novel. Sepatah-sepatah. Jangan tangkap muat aje. Nanti abang bagi tahu muka surat mana yang kena ditekankan pembacaannya.” Abrar mengingatkan lagi. Bersuara seperti seorang suami memberi peringatan kepada sang isteri. Ciri-ciri kepimpinan sudah teserlah biarpun belum dirasmikan secara sah. 

Melotot mata Hanan. Wah, ini lagi hebat! Siap ada muka surat yang dikhususkan untuk lebih diberi perhatian. Seram sangat bulu telinganya.

“ Ada exam ke sampai kena teliti satu persatu ayat? ” Hanan loyar buruk. Abrar tersenyum. Dia menggeleng.

“ Tak ada exam untuk subjek ni. Cuma nakkan keberkesanan selepas pembacaannya nanti. You know what I meant it. Right? ” Selamba Abrar berhujah. Mematikan suara Hanan seketika.

Ahhh, lelaki ni memang dah mabuk cinta! Penuh agenda tersendiri! Orang tak suka tapi dia tetap tersua-sua juga. Hanan terasa mahu menyiku-nyiku kepala, dada dan perut Abrar. Biar senak semua bahagian itu. Puas hatinya melihat Abrar terkapar sakit di tengah halaman itu. Opps, itu hanya angan-angan kosong Hanan yang tidak akan menjadi realiti. Perasaan geram hanya terkubur dalam sanubari.

“ Baca tau. Nanti nak masuk kursus tak adalah terkejut sangat! ” tukas Abrar lagi. Nakal sungguh nada ucapannya itu.

Hanan memicingkan mata lalu menjeling. Berbulu matanya menonton sengihan di hujung bibir Abrar. “ Hrmm..” selanya perlahan mengiyakan. Sekali lagi Hanan perlu mengalah demi mencapai ‘keheningan dan keharmornian’ diri secepat mungkin. Biar Abrar lekas-lekas bertolak pulang dalam kadar segera. Kelak aman dan makmur jiwanya selepas ini.

“ Nanti masuk dalam terus tuam dahi tu dengan air suam. Jangan lengahkan masa nanti bengkak tu susah nak surut. ” Pesan Abrar dengan cakna.

“ Hrmm,” balasnya malas.

“ Abang tak habis fikir, kenapa Hanan tak mampu jaga diri sendiri? ”

“ Ewah-ewah sedapnya mulut tu mengata. Siapa yang tak pandai urus diri? Ingat saya budak tadika yang tak pandai nak melintas jalan ke? ” getusnya beserta kerlingan mata yang menjeling. Berdiri sambil mencekak pinggang. Konon memperlihatkan rasa tidak berkenan pada penggunaan tatabahasa serta gaya bahasa jejaka itu.

“ Abang rasa Hanan memang layak berdiri sebaris dengan budak kindergarten. Setiap kali bila berjalan atau melintas kena pimpin dulu. Sekali pun tak boleh leka sebab budak tadika ni naif. And to me, you’re so naive and careless like a kid.”

“ No, I’m not! ”

“ Tak nak mengaku jugak? Atau Hanan sengaja berlagak naif bila bersama abang? You want me to look and care about you all the time? Semata-mata nakkan perhatian daripada abang? ” Abrar mewujudkan provokasi. Memang suka membuat inferens sendiri biarpun peratusan untuk tepat tidak memuaskan seiring dengan keegoan Cik Hanan Safura. 

“ Nonsense! ” 

“ Boleh tak jaga diri Hanan elok-elok sebelum kita kahwin? ” pinta Abrar pula.

“ Hrmm..insyaAllah.” Hanan masih menjawab tanpa perasaan. Mendatar dan tiada sebarang riak di wajah.

“ Hanan, please be serious, okay?! I am talking to you right now, bukannya dengan tangga atau pintu rumah yang tak bernyawa tu. Tolong bagi respon yang memberansangkan. Ini tak, jawab pun versi malas punya orang! Ingat abang penanda aras ke dekat sini?! ” gerutu Abrar tersinggung.  Serasa mahu dirangkul gadis itu rapat padanya lalu berbisik dengan suara yang penuh amaran. Mujur intonasi yang lahir sebentar tadi masih perlahan dan lembut. Lontaran bahasanya sahaja yang menunjukkan bahawa dia tidak akan bertolak ansur mahupun berdiam diri.

Rahang Hanan jatuh. Mulutnya terngadah. Terkejut apabila disergah sedemikian. Tiba-tiba angin Abrar memulas seperti puting beliung. Dia tercengang dan termangu dalam tingkah lakunya.

“ Kenapa? Takut tengok abang garang sangat? Ini belum lagi sampai ke telinga mak ayah kat dalam tu, kalau tak Hanan memang kena marah dengan dia orang, kan? ”

“ So sekarang awak nak mengugut supaya saya dengar cakap? ” melawan lagi. Hanan memang pantang dicabar. Abrar pula suka menggunakan lenggok suara seolah-olah mahu mencabar. Masing-masing mampu terbakar dalam kedegilan dan kekentalan jiwa sendiri.

“ Laku ke ugutan tu? Kalau Hanan rasa abang ugut Hanan lantaklah. Abang tak peduli sikit pun sebab tak lama lagi Hanan memang akan dengar cakap abang.”

Perasan! Hanan mengutuk dalam hati. 

 “ Lain kali jangan cuai sangat. Abang tak suka Hanan ambil mudah dalam semua perkara termasuk soal keselamatan diri. Tadi hampir aje kena langgar, mujur abang ada. Sekarang dahi pulak buat hal sampai lebam berbenjol. Abang tak faham kenapa Hanan tuduh abang penyebabnya. Whatever it is, next time always be careful and take good care of yourself. Abang takkan selalu ada untuk Hanan, lainlah kalau kita dah kahwin, bolehlah ke mana berdua. Remember, you belong to me. Please put anything that I said in your mind.  Kalau boleh terus paku dekat kepala tu ” Abrar mengucapkan dengan serius. Anak matanya memancarkan cahaya ketegasan dalam setiap tutur katanya. Membuatkan Hanan diam seribu bahasa. Kecut untuk berbalah bicara seperti kelazimannya.

Sekilas di ingatan Abrar berlegar suatu peristiwa di pasar. Berdetak lemas jantungnya membayangkan situasi dulu. Detik ketika gadis itu hampir sahaja dilanggar sebuah troli yang sarat dengan muatan buah kelapa. Jika dia tidak berada di situ tentu Hanan akan mengalami kecederaan. Salah satu bukti kecuaian Hanan. Tidak selalu peka dengan keadaan sekeliling. Sering kali membuatkan dirinya sasau memikirkan setiap tindakan tunangnya yang berada jauh di mata.

“Okay, I will.” Ucapnya sepotong ayat. Ada penambahan dalam suku kata. Tidak mahu Abrar menyinga semula. 

“ Ingat, jangan cuai lagi. Abang takkan selalu ada dengan Hanan walaupun  sebenarnya…abang lebih suka kalau…its okay, abang akan terus bersabar.” Abrar mengambil keputusan untuk tidak berlebihan dalam menyingkapkan rasa hati. Biarlah dia mengambil sikap menahan diri daripada sering memberi. Kelak Hanan akan mengambil kesempatan atas kelemahannya yang sering tertunduk mengalah untuk memiliki si gadis.

“ Tolong dengar cakap abang.” Dia mengarah kali ini.   
     
“ Terima kasih banyak atas pesanan tu, Doktor Abrar.”

“ Hrmm, I like it. Kalau tak ingat jugak mungkin abang akan bawak Hanan ke specialist untuk brainwash otak tu.” 
Abrar yang sepatutnya kena brainwash! Supaya ingatan yang hilang dulu bangkit semula. Ahh, dia lelaki yang tetap pendirian. Sukar untukku tebak apa yang bermain di kepalanya. Satu perkara yang aku cukup pasti adalah hasratnya untuk mendampingiku. Selalu dizahirkan biarpun aku membalas dingin. Kenapa dia terlalu bersabar sekarang? Kalau dulu pantang aku buka mulut pasti dia membalas bertubi-tubi.

Hanan mengeluh lembut. Berusaha mencari kelapangan fikiran. Mengosongkan dada yang dirusuh resah. Tengoklah nanti, aku tahu semuanya akan berubah. Kembali kepada titik asal dan ke pangkal jalan. Jauh daripada realiti sebenar. Abrar akan menyesal dengan semua yang dia lakukan dan saat itu aku akan pastikan tak ada sesiapa pun antara kami yang terluka, baik Abrar dan diriku sendiri. Ya Allah, aku pohon jangan ada tangisan yang mengiringi saat itu kelak. Biarpun bumi-MU ini dibasahi tangisan dari langit hari itu. Biarpun aku perlu…

            Tuk..tuk.. bicara hatinya terputus. Hanan seraya menoleh ke pintu yang tertutup rapat. 

“ Alang.” Panggil Fikri di sebalik daun pintu.

“ Ya,” sahutnya. “ Nak apa, Fik? ”

“ Mak ayah panggil ke depan, ada hal nak bincang.”

Hanan musykil. Dahinya jelas berkerut. “ Okey.” Demikian balasannya walaupun tidak pasti perkara apa yang bakal menantinya nanti.





 Okey.. pendek ajekan n3 kali ni? Actually ada full chapter 15, 

tp Aii tampal kemudian yer, hope readers enjoy dengan n3 di atas,

 the next part little bit extreme so kena tahan dulu (konon)

 so, siapa yang nk full n3 sila beritahu, manalah tahu boleh update laju-laju.. haha : )
  sekian wassalam..



13 comments:

  1. Mg perlu update laju2..hehehe...

    ReplyDelete
  2. nak lagi. eiii.. cepatla kuarkan full n3. hehe

    ReplyDelete
  3. Thanks Cik Author! Bila nak publish eh...saya dah ada dah 1st sweetie awak.

    ReplyDelete
  4. @Jolyn Eve, tq for reading, sabar tau next n3 soon..hehe

    @tini, akn diupdate selaju yg mungkin, insyaAllah btw tq dear :D

    @norma yusof, nak lg2x?? I'm so excited read ur comment dear...

    @ eifa, sabar sikit aje lg, nti aii up full n3 dlm waktu terdekat, hehe :)

    @Marina, oucchh, terharu sngt awk sudi miliki my first sweetie!! tq so much, bila nk publish?? aii pun tak tahu coz mnuskrip msih dlm proses so lambat mcm kura2 time menaip.. otak ni selalu kering idea, hahaha

    ReplyDelete
  5. nak ful n3 ni taip laju2 ye

    ReplyDelete
  6. Thx.. terubat rindu dengan Hannan,
    for sure nak lagi lagi lagi dan lagi
    jadi tolong letakkan n3 selalu ya. :)

    ReplyDelete
  7. we want more!!! heheh
    thanks for this n3 =)

    ReplyDelete
  8. Baby mio, Nani comel, maya dan anonymous yg tak kenali siapa, full n3 chapter 15 dah update, selamt membaca :)

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^