Opps, tiba-tiba ada idea baru nak buat story baru! Maaf untuk manuskrip housewife'ku tercinta terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan cerita baru sebabnya idea sudah berkembang pesat, heheh :D Terimalah karya baru Aii, dalam bentuk e-novel terbaru bertajuk Malam Bertemu Bintang, selamat membaca semua!
“
Duduk,” Irsyad mengarah. Sinar matanya seganas mata helang si pemangsa. Penuh
keberangan dan kemarahan yang nyata.
Nuzul ketap giginya. Air liur ditelan kesat. Cemas dalam ketenangan
yang diciptanya sendiri. Semua ini bagaikan satu sumpahan terhadapnya. Jelas
dia terlalu terkesima saat ini.
“ Awak tak dengar ke arahan saya?! Takkan baru hari pertama bekerja
dah tunjuk perangai tak elok! ” tempelak Irsyad bila melihat Nuzul masih
terpacak kaku. Langsung tidak berkutik sedangkan suaranya bagaikan petir
mencecah langit.
Nuzul mendengus. Jelingan maut diberikan. “ Tak payahlah marah-marah, saya dengarlah! ”
Sungguh Irsyad rasa tercabar. Bentakan gadis itu mencabarnya.
Sikitpun dia langsung tak berasa takut dengan aku?! Masih seperti dulu, garang
dan berani tanpa gentar!
“ Duduk sebelum aku buat perkara yang kau tak suka! ” Irsyad
bertindak mengugut.
“ Saya ubah fikiran, I’m going to quit.” Nuzul berundur setapak dua
sebelum berpaling. Lantas membuka langkah pergi.
“ Don’t you dare, Nuzul Filzah! ” tempik Irsyad kuat.
Terpegun. Langkah tergencat apabila namanya dilaung kuat. Nuzul
Filzah? Dada Nuzul berdebar-debar. Terkatup rapat matanya menahan rasa. Ya
Allah, rindunya aku pada suara yang mengalunkan namaku saat ini. Cuma dulu
lantunan nadanya sarat dengan kasih sayang terhadapku namun kini yang hadir
hanyalah tengkingan buatku…
“ Jangan pergi. Kau ada banyak hutang dengan aku, selagi kau tak
selesaikan jangan berani kau keluar dari sini! ” jeritnya deras. Irsyad pasti
setiausahanya dapat mendengar aura kuat suaranya. Ahhh..pedulilah pada sesiapa
pun yang berada di luar biliknya! Yang penting dia dapat melepaskan amarah yang
bergelumang dalam dadanya.
“ Hutang apa pulak? Bila masa saya berhutang dengan awak? ”
berkerut hebat dahi si gadis. Masing-masing saling berkejaran tingkat volume
peti suara.
Irsyad
bangkit dari kerusi. Duduk lama-lamapun bukannya mampu membuatkan dia lebih bertenang. Malah bertambah gelisah
mengenangkan wanita yang sekian lama dicari berada di depannya saat ini untuk
tempoh selepas tiga tahun.
“ Jangan berpura-pura tak tahu.”
“ Awak jangan buat cerita. Saya tak pernah berhutang apa-apa pun
dengan awak.”
Irsyad tergelak. Sinis. “ Jangan yakin sangat! Terlalu banyak
hutang kau pada aku.”
Nuzul menarik sengih di
pinggir bibir. Melawan kesinisan Irsyad. “ Kalau tak ada benda yang nak
dituntut sebagai hutang, lebih baik lepaskan saya pergi. Banyak lagi perkara
yang saya boleh buat selain daripada bertapa dalam bilik ni.”
“ Aku nak dengar penjelasan kau! ” tegas Irsyad dengan lantang.
“ Tak ada apa yang perlu dijelaskan. Saya berhenti kerja hari ini
jugak.” Lancar Nuzul berkata. Dipemerkan senyum nipis di bibir tanda dirinya
stabil dan seimbang tanpa gugup.
“ Atas izin siapa? Kau dah lupa kontrak kerja yang kau sign semalam
depan Megat ? Nak bayar ganti rugi atas kontrak tu? ”
“ Peduli apa, baru sehari bekerja bukannya company ni rugi. ”
“ Tetapi tindakan kau tetap bersalah dan aku boleh saman kau.”
Irsyad memeluk tubuh.
“ Saya boleh bayar balik! ” Putusnya bengang.
“ Wah, banyak duit kau?! Selama ni, kau pergi bersembunyi apa kau
buat? Jangan cakap kau jadi perempuan murah dekat luar sana! ”
Nuzul terkedu. Pedihnya tuduhan itu. Sakit sehingga menjentik
seribu kepiluan. Sanggup dia lemparkan tuduhan yang sangat melampau. Kejam!
“ Aku tak hairan perempuan macam kau ada simpan sugar daddy.” Tekan Irsyad semata-mata untuk menyakiti hati
gadis itu. Sungguh dia tidak terniat untuk berkata begitu. Cuma itulah
kata-kata yang sempat diluahkan demi melukakan perasaan Nuzul seperti mana jiwanya
terluka dan tersiat pedih. Sedang Irsyad arif, wanita yang dipujanya tidak
sesekali melanggar batas serta perilaku sebagai wanita Islam.
“ Fine, kalau awak rasa itu pekerjaan yang terbaik untuk saya,
silakan berfikir macam tu. Saya tak rugi apa-apa pun dengan prasangka awak.”
Petah Nuzul menjawab. Wajahnya cukup damai mengucapkan setiap patah kata
terhadap Irsyad.
Irsyad telan liur. Kini giliran dia pula tergamam. Balasan Nuzul
bagaikan sebilah belati menikam tepat ke jantung. Dia tidak rela Nuzul berkata
demikian. Seolah-olah ianya sebuah kebenaran! Kau milik aku Nuzul, takkan wujud
lelaki lain untuk kau melainkan aku!
“ Dah lupa kau tu masih tunang aku? ”
“ Hello, kita dah putus tunang, okay! Saya dah putuskan semuanya
sebelum saya pergi! ”
“ Are you sure, Nuzul? Kau pasti
pertunangan kita dah putus? ” terjungkit kening si jejaka.
“ Jangan bermimpi Encik Alif Irsyad. Ikatan antara kita memang tak
pernah wujud lagi. Perkataan ‘tunang’ antara
awak dan saya dah lama lenyap, sejak tiga tahun lalu. Yang wujud antara
kita cuma angka sifar. Kosong seperti jiwa saya.” Nuzul membentuk angka sifar
dengan menyatukan ibu jari dan jari telunjuk. Menayang ke muka jejaka itu.
Irsyad mendengus. “ Tapi aku tak pernah menerima kata putus
daripada pihak kau, Nuzul! Ikatan itu masih hidup, dan kali ini kau takkan
mampu meninggalkan aku lagi! Sekalipun perlu ditukar dengan nyawa, kau tetap
menjadi kepunyaan aku! ”
Demi ayat itu bergema seisi ruang, Nuzul bagaikan mahu rebah lutut
ke lantai. Pertahanannya seakan berderai begitu saja. Tembok yang dibangunkan
selama ini dalam diri hampir retak menanti masa untuk pecah. Tuhanku..mungkinkah
sejarah bakal berulang?!
* Kalau suka sila senyum yer, kalau tak puas boleh mintak lagi, dan kalau tak suka boleh komen utk penambaikan, hihik (^_^)
Suka. Nie bru best. Cerpen bila nk smbg?
ReplyDeleteterima kasih dear, cerpen pending jugak la sygku, nak kutip mood ngan idea, hehe :D
DeleteBest...
ReplyDeletesukanya...tp jgn tunggu lama-lama utk update setiap n3 , penantian satu penyiksaan...
ReplyDeleteAii tahu penantian itu suatu penyeksaan, doakan Aii makin mudah utk menulis serta idea yg semakin berkembang hehehe
Deletemcam best je, sila cepat2 sambung, jangan lama lama tau hi hi hi
ReplyDeleteOraite dear, Aii cuba yg terbaik, tq sudi berkunjung ^_^
Deletemcam best je, sila cepat2 sambung, jangan lama lama tau hi hi hi
ReplyDeleteWhy sooo short? Huhu!
ReplyDeleteDear nliyate, prolog memang short dan padat, enjoy the next entry, mngkin lebih pnjg hehe
DeleteBEST.
ReplyDeleteThanks Baby Mio, teruskan membaca karya Aii tau, by the way tq for ur support :D
Delete