Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Malam Bertemu Bintang 7






Yeah, setelah berehat panjang after exam now bab 7 sudah pun keluar! Selamat membaca buat teman-teman serta pendokong karya-karya tempatan, hehehe :P








Nuzul akhirnya menyedari lelaki di hadapannya ini merupakan anak kacukan Melayu dan Cina. Gambar keluarga yang terletak di tengah rumah menjadi bukti. 

Secara jelasnya, pemuda itu mewarisi bentuk wajah seiras si ayah manakala kulitnya adalah jenis campuran. Kelihatan putih keperangan atau coklat terang. Seakan kulit mat saleh yang baru lepas berjemur di bawah terik matahari. Cuma mata Irsyad tidak sepet seperti papanya atau bulat seperti ibunya. Sebaliknya Irsyad memiliki sepasang mata yang kelihatan dalam, redup dan…seksi di mata umum. 

Nuzul telan liur dengan analisa yang dibuatnya sendiri. ‘Apa yang kau fikirkan sekarang, Nuzul? Tolong fokus dengan makanan kat depan mata!’ kata hatinya sendiri.

“ Jangan malu-malu Nuzul. Auntie sediakan khas untuk kamu.” Pelawa Puan Sri Ayuni ramah.

Nuzul dan Irsyad angkat muka daripada hidangan. Kedua-duanya kehairanan dengan bicara Puan Sri Ayuni. “ Mama sediakan khas untuk dia? Mana mama tahu dia nak datang? Saiful ada cakap apa-apa dengan mama? ” sangkal Irsyad serius.

“ Maksud mama, Nuzul tetamu tentulah semuanya khas untuk dia. Lagipun hari ni terasa macam nak menyambut tetamu so, mama mintalah Kak Siti masakkan sesuatu yang istimewa. Tak sangka pulak muncul gadis semanis Nuzul datang melawat Irsyad.” Jawab Puan Sri Ayuni tanpa gagap. Berlagak tenang biarpun dia telah tersalah menyusun kata. Mujurlah perancangannya bersama Saiful tidak terbongkar.

Wajah Nuzul membera. Malu dan segan atas pujian secara langsung itu.

“ Dia tak datang melawat Syad, mama. Dia ke sini atas arahan Saif.” Irsyad membetulkan kenyataan mamanya.

“ Nuzul berasal dari mana? ”

“ Saya dilahirkan di Ipoh, Perak. Sekarang menetap di Petaling Jaya.”

Puan Sri Ayuni mengangguk. Irsyad turut mengambil kesempatan itu mendengar dan mengetahui sejarah latar belakang gadis itu tanpa perlu bersusah-payah mencungkilnya daripada Saiful mahupun Laila.

“ Nuzul ada berapa orang adik-beradik? Auntie rasa kamu mesti anak sulung, kan? ” teka Puan Sri Ayuni. Ingin mengetahui lebih lanjut kehidupan gadis yang berjaya mencuri hati keras Irsyad.

Nuzul senyum kecil lalu memberikan sebuah anggukan. “ Ha’ah, saya anak sulung. Bawah saya ada tiga orang adik lagi. Dua orang perempuan dan seorang adik lelaki.”
“ Mak, ayah ada lagi? Mereka kerja apa? ” 

“ Mak ayah kami dah tak ada, sejak enam tahun lepas. Tinggal kami berempat sekarang.” Nuzul memaklumkan secara damai. Bibirnya masih mampu menghadirkan senyum. Tidak terkilan dengan persoalan yang ditimbulkan.

Puan Sri Ayuni mengangguk kecil. Tersentuh perasaannya melihat kedamaian di raut itu. Gadis itu menjawab persoalannya dengan berhemah dan seanggun sifat wanita. Kelembutan serta ketabahan yang wujud dalam mata Nuzul mengkagumkan Puan Sri Ayuni.

“ Maafkan auntie kalau Nuzul tersinggung dengan pertanyaan...”

Nuzul masih menayang senyum. Kepalanya segera menggeleng. Menolak kata-kata tersebut. “ Saya okey, puan.”

Irsyad tidak terkata. Diam tanpa sebarang reaksi. Dilema antara cerita sedih Nuzul dan kemanisan yang ada pada diri si gadis. Suapan nasi ke mulutnya telah terhenti sejak tadi. Irsyad lebih menumpukan sesuatu yang tidak pernah wujud di depan matanya.

Senyuman Nuzul menenggelamkan dirinya daripada berfikir secara rasional. Irsyad dihantui bibir yang yang sentiasa membentuk senyuman demi senyuman itu. Tidak luput mahupun hilang. Manisnya memukau mata lelakinya. Menghidupkan debaran yang aneh.

“ Irsyad…” tegur Puan Sri Ayuni. Baru tersedar renungan Irsyad telah tersasar daripada pinggan dan sudu. Anak lelakinya khusyuk menatap gadis yang sedang berbual dengannya.

“ Hurmm…” sela Irsyad seperti sedang terpukau. Tidak sedar dengan keadaan sekeliling.

Mata Nuzul sudah ke bawah. Tidak betah berterusan ditenung sedalam itu. Terlalu berhikmah dan meremangkan bulu romanya. Mata yang diistilahkan ‘seksi’olehnya itu memang sangat nakal dan tidak terkawal. Nuzul tidak menyangka Irsyad boleh bereaksi sedemikian terhadapnya. Serta-merta terhapus sudah watak bengis dan cengil lelaki itu dalam fikirannya.

“ Irsyad tengok apa tu? Nuzul dah malu dengan pandangan kamu.” 

“ Mulut dia…” Irsyad berkata perlahan.

“ Hah, kenapa dengan mulut Nuzul? ” Paun Sri Ayuni bukan main terperanjat. Nuzul mengemamkan mulutnya.

“ There is something on her lips.” Ucap Irsyad. “ Lap mulut kau, makan pun boleh comot! ” tegurnya dengan deras. Kembali dengan aura yang selalu dibawa bersama.

Nuzul terkulat-kulat sebelum mengangkat napkin di riba bagi mengelap bibirnya. 

“ Irsyad dah kenyang, mama. Syad naik dulu.” Irsyad bangkit daripada duduknya.

“ Kau pulak jangan balik sendiri. Aku dah pesan dengan Pak Mail, nanti dia hantar kau ke cafĂ©.” Pesannya sebelum beredar. Nuzul mengangguk biarpun Irsyad tidak melihat betapa dia akur dengan arahan tersebut.



IRSYAD menyauk kasar rambut hitamnya. Mundar-mandir langkahnya berlegar dalam kamar. Setiap gerak kakinya menghantar resah yang jelas bermukim di wajah. Beberapa kali Irsyad menghela nafas berat. 

            Sejak meninggalkan meja makan, dia menjadi tidak keruan. Jiwanya menuntut untuk menatap si gadis tetapi akalnya menghalang. Irsyad tidak nampak kewajaran tindakannya jika dia bertindak mengikut kata hati. Belum masanya dia menunjukkan sebarang perubahan dalam diri.

            Tuk…tuk...tuk… Langkah Irsyad padam serta-merta. Pantas dilarikan mata ke pintu bilik. “ Irsyad…” seru mamanya di sebalik pintu.

“ Kenapa mama? ” Irsyad bertanya pula.

“ May I come in? Mama nak tengok Irsyad.”

Irsyad bergegas menyelubungkan diri dalam selimut tebal atas katil. Bantal diletakkan belakang tubuhnya, bersandar di kepala katil. Drawer di sisi katil dibuka sebelum mencapai sebuah buku. Kemudian barulah Irsyad menjawab permintaan mamanya. “ Masuklah mama.”

            “ Irsyad dah tak pening? ” soal Puan Sri Ayuni tatkala menghampiri katil. Segelas air kosong yang dibawa bersama diletakkan atas meja sebelah katil anaknya. Dia kemudian duduk di samping Irsyad yang ralit membelek buku di tangan.

            Irsyad menggeleng sebagai jawapan mudah kepada pertanyaan si ibu.  

            “ Ubat dah makan? ” Puan Sri Ayuni menyentuh dahi dengan telapak tangannya sebelum menjalar ke leher. Masih ada sisa-sisa demam walaupun panasnya kelihatan menurun dari lewat malam semalam. 

“ Dia dah balik, mama? ” tanya Irsyad tanpa menyedari apa yang terlanjur keluar daripada dua ulas bibirnya. Pertanyaan mamanya tidak mampu ditanggapi sedang akal tidak selari dengan kata hati.

“ Siapa dia tu? ” Puan Sri Ayuni menyoal kembali sedang benaknya dapat mengagak perkara yang bermain-main di fikiran anak terunanya.

“ Sorry, Irsyad nak tanya papa dah balik atau belum? ” Irsyad sebaliknya telah tersedar dengan soalannya. Lekas dia membetulkan maksudnya. 

“ Nuzul dah selamat balik ke kafe dengan Pak Mail.”

Irsyad panggung muka, menatap wajah mamanya. “ I didn’t ask about her, mama.”

Puan Sri Ayuni mengukir senyum. Lebar dan manis. “ You did, Alif Irsyad and I’m certain about this.”    

Irsyad tarik nafas panjang sebelum dia menghembusnya. Ada unsur ketegangan telah menyerap masuk ke dalam hatinya. Bengang. “ Mama tentu tahu sesuatu daripada Saif, kan? Did he tell you something not important? ”     

            “ Irsyad yang beritahu mama malam semalam. The whole night you wanted that girl to be next to you. Siapa yang buka pekung di dada sebenarnya? You did yourself, Saiful cuma melengkapkan cerita cinta Irsyad.” Tutur Puan Sri Ayuni dengan lembut dan berhemah. 

            “ Oh, god…this is not love, mama.” Keluh Irsyad. Buku yang dibuka tanpa dibaca segera ditutupnya sebelum dilemparkan ke sisinya. Perbuatannya itu menzahirkan rasa tidak enak yang terperam dalam jiwa lelakinya.

            Puan Sri Ayuni mengelus bahu anak terunanya. “ Mama takkan beritahu sama ada ini cinta atau tak sebab Irsyad sendiri yang alaminya. Orang selalu kata, kalau jatuh cinta mesti ada symptom ke arah itu. Semalaman Irsyad tak boleh tidur dan tadi baru makan sikit dah kenyang, sebab apa? ”

“ Yinwei wo bu shufu he fashao le (Itu sebab Irsyad tak sihat dan demam),” jawabnya mendatar.Bukan sebab perkara-perkara tipikal yang dialami seseorang bila jatuh cinta, mama.” Tambahnya lagi. Mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang?! How ridiculous all this !!

“ Demam sebab apa? Bukan bermakna rindu? Bila Nuzul depan mata, Irsyad rasa dah semakin pulih. Makan pun dah boleh. Bila dia pergi Irsyad jadi tak menentu. Fikiran melayang, suhu badan naik mendadak. You lost her dan semangat Irsyad pun jatuh jugak.” Dalam nada bercanda Puan Sri Ayuni sebenarnya memasang jerat. Memerangkap perasaan anak bujangnya agar akur dengan rasa yang semakin bernyawa. Berdenyut-denyut tanpa dipupuk.

“ Mama, Irsyad…”

“ Okay, I’m sorry kalau mama terlalu mendesak. Kesian anak mama nanti dia pening pulak. Sudahlah fikiran bercelaru, mama pula menyibuk dengan urusan buah hati Irsyad.” Puan Sri Ayuni menyampuk apabila menyedari emosi Irsyad agak terganggu.

 “ By the way, kalau Irsyad dah pasti kalau itu cinta, please jangan berbahasa kasar dengan buah hati kamu. Sangatlah tak manis and its so irritating and frustrating. If you love her, don’t hurt her feeling, Irsyad.  Mama sendiri kesian tengok Nuzul terkebil-kebil. Jaga maruah wanita yang Irsyad sayangi.”

“ Oh, mama…Irsyad bukannya sengaja nak buat dia macam itu. I just can’t help myself. Bila berdepan dengan dia, my feeling was so complicated.” Adunya secara tidak langsung. Tidak sengaja membuka pekung di dada sendiri. 

Irsyad tahu dia tidak wajar berlaku kasar terhadap Nuzul tetapi Irsyad juga tidak mampu menahan diri untuk mendekati dan memegang si gadis. Oleh itu, dia terpaksa berlaku dingin dan menjengkelkan bagi menghindari perasaan yang kian meluap-luap.

Puan Sri Ayuni senyum. Puas hatinya mendengar luahan hati si anak. Ini memang cinta, tapi Irsyad degil dan ego untuk mengakuinya! Bisik isi hatinya.

Sungguh Puan Sri Ayuni tidak percaya betapa kewujudan Nuzul memberi kesan yang nyata terhadap Irsyad. Anak terunanya yang selama ini gagah, tegas dan tidak mudah dijejaskan oleh emosi kini tampak rapuh dan memerlukan sesuatu untuk bangkit. Dan kekuatan itu telah dirampas seorang gadis yang amat menawan dan manis baginya. Setiap lekuk dan sisi wajah Nuzul terlalu mempesonakan mata. Sementelah Irsyad sukar untuk melupuskan keistimewaan yang dimiliki gadis itu. 

“ Mama tahu Irsyad tak seperti itu dan mama faham jiwa Irsyad yang tak keruan. Biarkan semua tu dulu. Sekarang mama nak Irsyad sembuhkan diri yang sakit tu, kemudian fikir baik-baik apa yang patut Irsyad lakukan. Sama ada tunduk dengan perasaan yang baru berputik atau menjulang ego yang ada. Pilihan ada di tangan Irsyad, dan jangan sampai tersalah pilih. Kamu dah matang dari segala bentuk pemikiran,” ujar Puan Sri Ayuni lebih terbuka dalam memberi nasihat serta dorongan dalam membentuk peribadi seorang anak.

Irsyad termangu dalam bicara mamanya. Dia tidak pasti sama ada mahu mengangguk atau menggeleng kerana solusinya belum diputuskan olehnya. Kecelaruan yang mengasak dada dan benaknya, membataskan dia untuk berlaku wajar tika ini. Segala titik keseimbangan dirinya sirna.

“ Take a good rest, mama keluar dulu. Jangan lupa makan ubat nanti.”

Kali ini Irsyad mengangguk. “ Hurmm…”

“ Mama…” seru Irsyad apabila mamanya sudah melangkah pergi.

“ Ada apa, sayang? ” soal Puan Sri Ayuni apabila berpaling semula kepada Irsyad.

“ Mama tak kisah siapa pilihan Irsyad? ”

“ Dari mula mama bersikap positif dan Irsyad mampu menafsir sendiri jawapan daripada mama.” Ringkas balasan mamanya. 

“ Walaupun dia cuma seorang waitress? Seorang wanita yang terlalu biasa untuk bersama Syad, mama tak kisah? ” 

“ Betul, kah dia terlalu biasa bagi Irsyad? Mama rasa Nuzul sangat luar biasa kerana mampu menundukkan jiwa anak mama yang selama ini kental,” bersahaja nada Puan Sri Ayuni mengusik. Serta-merta wajah Irsyad membera merah. Malu.

“ Cinta itu tak bersyarat, sayang. Tak ada istillah pipit dengan pipit dan enggang dengan enggang atau sebaliknya. Sama juga dalam memiliki cinta Allah. Kaya, miskin, tua, muda, cantik atau hodoh, semuanya sama di mata Allah. Kita memberi cinta melalui keikhlasan. Dengan tuhan, kita mengalirkan keikhlasan dalam setiap ibadat dan doa barulah ada jalinan cinta daripada Illahi. Kesimpulannya, Irsyad tak mungkin tahu golongan mana pasangan yang Allah tentukan buat  kamu. Apa yang penting, lahirkan rasa cinta itu dengan ikhlas seperti yang dituntut oleh hati Irsyad.”

“ Mama...”  

“ Yes, my son. Anything else? ”

“ Xie xie.”

“ Bie ke qi. Ni shi wo de nan hanzi. ( Tak perlu berterima kasih. Kamu adalah anak lelaki saya). ” 



* Jangan segan meninggalkan jejak anda dengan komen serta kritikan yang membina. Coming sooon, chapter 8..insyaAllah. Semoga beroleh kebahagiaan yang hakiki buat semua :D


5 comments:

  1. Best.. Sgt besttt... Smbung la cepat2, hehe! ><

    ReplyDelete
  2. terasa sgt aura seorang ibu mithali Puan Sri Ayuni

    ReplyDelete
  3. suke bace....sambung ye, tq cik penulis

    ReplyDelete
  4. OMG..wlaupun saya bru bca..tpi memang the best lha..sweet jee..terjrit jerit bila bca..best sngat..:')

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^