Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Bab 29

29

Deringan kuat bergema dari telefon bimbit yang dipegangnya. Sakinah yang melamun lantas tersedar. Terus ditekan butang hijau. Risau Shafiq yang sudah tidur terjaga pula nanti. Dilekap handphone tersebut ke telinga setelah melihat nama pemanggil yang muncul di skrin telefon.
             “ Assalammualaikum…” Sakinah memberi salam.            
            “ Waalaikummussalam..” suaminya menjawab. Kemudian mereka berdua membisu seketika. Masing-masing tidak pasti topik apa yang perlu dibicarakan.
            “ Er, abang dah sampai KL? ” Soal Sakinah memulakan perbualan. Terasa kekok kerana kedua-duanya saling mendiamkan diri. Dia mahu membebaskan diri daripada terperangkap dalam situasi yang melemaskan itu.
            “ Dah. Dari petang tadi er..aku dah sampai.” Rafiq tiba-tiba terasa kurang enak bila berbahasa begitu pada isterinya. Terasa kurang wajar padahal sejak berkahwin memang tatabahasa ‘aku’ itulah yang wajib digunakannya setiap kali berbicara dengan Sakinah.
            “ Kau sihat? Er..maksud aku Shafiq sihat? ” Gelabah pula kata-katanya. Ingin saja Rafiq menampar mulutnya yang tersangkut kata. Tidak rasional pula dirasakan bila bertanyakan keadaan Sakinah. Sedangkan pagi tadi gadis itu kelihatan sangat sihat sebelum pemergiannya.           
            “ Oh, Shafiq sihat! Macam yang abang tengok sebelum bertolak ke KL.  Petang tadi seronok sangat dia bermain dengan adik-adik Kinah.” Cerita isterinya secara tidak langsung. Rafiq tersenyum dihujung talian mengenangkan telatah anaknya yang semakin lincah.
            “ Mana dia? Dah tidur? ”
            “ Ha’ah, Shafiq dah tidur. Kenapa abang tanya? Abang dah rindukan anak abang tu? ” Sakinah bertanya mesra. Rafiq sekadar tersenyum. Pertama kali suara isterinya dirasakan lunak di telinganya.
            “ Tiba-tiba aku teringatkan dia. Tapi kalau dia tak tidurpun bukannya aku boleh bercakap dengan dia. Kalau bercakap pun bukannya aku faham bahasa dia.” Omel Rafiq tentang keletah si cilik itu.
            Sakinah ketawa kecil. Digamit rasa lucu mendengar luahan suaminya. Buat pertama kalinya, Sakinah merasa cukup senang berbual dengan Rafiq. “ Biasalah tu, budak-budak nak membesar semua nak dicubanya. Tapi Kinah rasa bakat bercakap tu bukan ke dia warisi dari abang? Abang tu pun sama suka bercakap,” tutur isterinya.
            “ Betul ke aku suka bercakap? Tapi aku rasa, aku bercakap bila perlu saja.” Rafiq musykil. Pendapat Sakinah mengenai dirinya itu kurang tepat.
            “ Oh..yeke? Tapi Kinah rasa abang sebaliknya. Abang suka cakap macam-macam. Bila ada peluang abang akan marah Kinah. Bila ada kesempatan abang akan..” maki..Sakinah ternganga. Ditekup mulutnya yang terlepas kata. Gila! Apasal mulut ni suka terbabas? Mampuslah aku lepas ni! Berasaplah enjin dekat KL tu…
            “ Bila ada kesempatan aku akan.. apa? ” tanya Rafiq tenang. Tiada riak marah atau berang dalam nada suara itu.
            Sakinah telan liur kelat. Tidak tahu ucapan apa yang wajar didahulukan buat suaminya. Sama ada perlu meminta maaf atau menyambung ayatnya yang tergantung.
            “ Kenapa diam? Sambunglah ayat kau tadi.  Aku nak dengar kau berceloteh tentang aku. Aku nak tahu apa yang kau tak puas hati tentang aku. Say it,” pinta suaminya. Nada suaranya masih seperti tadi.
            “ Kinah mintak maaf, bang. Kinah terlepas kata. Sungguh Kinah tak sengaja.” Sayu isterinya memohon maaf.
            Rafiq menguntum senyuman di pinggir bibir. Terbayang wajah Sakinah yang mulai mendung jika ditangkap ketika membuat salah di depannya. Suara sayu itu meruntun jiwanya. Rafiq tiba-tiba tidak sanggup membiarkan isterinya terhimpit dalam perasan itu.
            “ Sejak berkahwin dengan aku, perkataan maaf tak pernah lekang dari bibir kau. Tak kiralah salah yang datang itu daripada kau atau tak, tapi apa yang kau tahu hanyalah meminta maaf semata-mata. Kau tak pernah langsung cuba membela diri di depan aku. Kadang-kadang aku tertanya-tanya mana perginya pendirian kau sampai kau sanggup biarkan aku memaki kau sesuka hati.”
            Rafiq meluahkan persoalan yang terpendam sekian lama dalam dadanya. Dia benar-benar mahukan sebuah jawapan dari bibir isterinya. Bahkan selagi jawapan itu tidak didengarnya sendiri, Rafiq terasa semakin sasau memikirkan persoalannya yang dibiarkan tanpa sebarang jawapan.
            Namun, diam Sakinah menderanya dalam diam. Rafiq mengeluh perlahan. “ Kenapa kau tak pernah nak balas semua kata-kata aku? Kenapa kau mesti bersabar dengan sikap aku? Dan aku pasti bukan kerana harta, kan? Lagipun kau dah terikat dengan perjanjian. Kau takkan dapat harta aku selagi aku tak batalkan perjanjian kita? Apa motif kau sebenarnya? ” Dengan penuh emosi Rafiq menyambung kata-katanya .
            Sakinah terpaku. Lidahnya kelu untuk membuka bicara. Apatah lagi untuk membalas kata-kata suaminya.
            “ Kenapa kau diam? Jawablah. Aku takkan marah ataupun maki hamun macam selalu yang kau kena tu. Just say it.” Pintanya.
            “ Sebab Kinah seorang isteri kepada Amar Rafiq..” jawabnya perlahan. Berdebar-debar hatinya saat itu.
            Suara Rafiq hilang sesaat. Kemudian kembali mendesah di corong telefon. “ Lagi? ”
            “ Bersama seorang Amar Rafiq, Kinah perlu bersiap sedia. Kinah wajib menjadi seorang isteri yang setia dan taat pada suami yang bertanggungjawab pada keluarga. Selagi abang perlukan Kinah dalam hidup ini Kinah akan mengabdikan diri ini pada abang sehingga ke penghujung nyawa Kinah.” Tambah Sakinah.
            “ Walaupun tanpa cinta, Kinah yakin mampu setia pada abang? ” Rafiq menduga isterinya. Namun, tanpa disedari dia mula membahasakan diri dengan panggilan yang sewajarnya antara hubungan suami isteri.
“ Insya Allah. Selagi abang berikan kepercayaan abang pada Kinah, Kinah akan jaga kepercayaan tu.” Balas Sakinah yakin. Sungguh gembira hatinya mendengar cara suaminya mula membahasakan diri. Mersik sekali saat nama timangannya disebut oleh Rafiq. Jauh di sudut hati, Sakinah begitu mendambakan panggilan itu.
“ Kau nampak bersungguh-sungguh tapi aku berharap jangan terlalu yakin. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku di kemudian hari.” Rafiq kembali berbahasa seperti kebiasaan pada isterinya.
“ Maksud abang? ” Ragu-ragu Sakinah menyoal. Dia penasaran. Rafiq dah ada perempuan lain ke?
            “ Mana tahu tiba-tiba kau curang pada aku? Jadi tak ada gunanya keyakinan dan kepercayaan yang aku taburkan untuk kau, kan? Semua itu akan sia-sia juga. Seperti mana yang aku lalui dulu. ” Rafiq berkata sinis. Kepercayaan yang dipohon isterinya tidak mungkin diberikan. Cukuplah pengalaman lampau mengajarnya agar lebih bijak bertindak. Selaku suami dia tidak sepatutnya terlalu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sang isteri kerana kelak yang terhantuk sang suami juga. Rafiq tidak tegar untuk kedua kalinya.
“ Tapi..”
“ Aku nak tidur sekarang. Kalau ada apa-apa hal jangan lupa telefon aku. Assalamualaikum.” Rafiq lantas menamatkan perbualan. Sakinah terpinga-pinga bila bicaranya dicantas oleh suaminya. Belum sempat dia ingin berkata talian sudah diputuskan. Sakinah mengetap bibir. Degil betul bapak Shafiq ni!

No comments:

Post a Comment

hai ! terima kasih ^.^