Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Bab 34

34


“ Kita naik keretalah,” cadang Rafiq. 
            Sakinah menggeleng. “ Tak payahlah. Dekat aje rumah tu.”
            “ Aku malas berjalan. Kita naik kereta ajelah.” Rafiq berkeras.
            “ Janganlah..kita jalan kaki aje.” Sakinah menarik tangan suaminya bila Rafiq berkira-kira mahu berpatah balik ke keretanya. Rafiq terpanar dengan tingkah isterinya yang berani memegang tangannya. Tapi Rafiq tahu Sakinah bukannya sedar akan tindakan itu.
Sakinah pantas melepaskan tangan suaminya. Tidak keruan perasaannya dengan tindak tanduknya. Rafiq tersenyum.
“ Lagipun kereta abang tu mewah sangat. Kinah tak mahu orang kampung bercakap bukan-bukan nanti tentang kita. Biarlah kita bersederhana seperti orang kampung. Tambah pula Kinah cuma anak kampung aje.” Luahnya perlahan. Rafiq diam. Tiada apa yang perlu diulas lagi. Fahamlah dia mengapa isterinya tetap berkeras mahu berjalan kaki ke sana.
“ Dah lama Kinah membesar di sini? ” Tanyanya. Rafiq ingin sekali berbual mesra dengan isterinya. Untuk tujuan apa, Rafiq tidak pasti. Cuma hatinya yang berkeinginan.
“ Kenapa abang nak tahu? ” Selama ni abang tak pernah pun nak ambil tahu! Sambung hati kecilnya. Sakinah mengerling suaminya lewat ekor mata.
“ Tak boleh ke aku nak tahu? Atau Kinah tak suka aku ambil tahu? ” Rafiq pula menyoal. Pertanyaan isterinya dibiarkan berlalu. Dia perlukan jawapan segera daripada Sakinah.
“ Boleh. Abang berhak untuk tahu. Lagipun isteri mana yang tak suka bila suami ambil berat dan peduli padanya? ” Jawab Sakinah perlahan. Isyh, kenapa aku rasa malu sangat sekarang ni? Macam malu anak dara kena mengurat dengan anak teruna. Apa pulak teruna? Inikan bapak orang!
“ Jadi Kinah sukalah? ” Duga Rafiq. Senyumannya mekar. Sakinah senyap. Tidak terkata. Bertambah segan dan malu jika dia menjawab nanti.
“ Kalau Kinah suka, ceritalah pada aku. Dah lama Kinah membesar di sini? ”
“ Erm, Kinah dah membesar di sini sejak umur Kinah sepuluh tahun. Kira dah sepuluh tahun jugaklah Kinah menetap di sini. Abang pulak macam mana? Inikan kampung abang jugak.” Soal Sakinah sambil mengerling sekilas kepada suaminya.
“ Aku jarang balik ke sini. Dulu ada juga aku ke sini waktu kecik tapi aku dah tak ingat bila masanya. Bila dah membesar sikit dah bersekolah, aku pun dah malas balik kampung. Umi dan abah pun jarang balik ke sini sejak arwah nenek dan atuk aku meninggal dunia.” Cerita Rafiq tenang. 
“ Erm, kiranya.. sebenarnya abang pun..er, tak ada apa-apalah,” Sakinah tiba-tiba tidak jadi berkata. Rafiq memandang pelik.
“ Sebenarnya aku apa? ” Rafiq bertanya. Tajam tenungannya pada Sakinah. Memang menjadi kepantangannya bila mendengar ayat yang tergantung. Rafiq jadi sakit hati jika dibelenggu kata-kata yang tiada penghujung.
“ Tak ada apa-apalah.” Sakinah terus berjalan laju ke hadapan. Meninggalkan suaminya dengan persoalan.
Rafiq menyaingi langkah isterinya. Direntap kuat tangan Sakinah. Sehingga tubuh isterinya terdorong ke arahnya. Melekap cantik ke dada tegapnya. Sebelah tangannya yang bebas dirangkul kemas pinggang Sakinah.
Sakinah telan liur. Terkebil-kebil biji matanya. Dia terkesima. “Abang, apa ni? Janganlah macam ni. Malu orang tengok nanti.” Sakinah cuba melepaskan dirinya.
“ Aku tak peduli siapa pun nak tengok. Ayat yang kau nak cakap tadi tu tergantung. Kau tahukan aku tak suka macam tu? Baik kau cakap cepat! ” Arah Rafiq.
“ Kan Kinah dah kata tak ada apa-apa, maknanya tak adalah. Lepaslah, bang.” Sakinah berdegil. Masih enggan memberitahu kata-kata yang mahu diucapkan sebenarnya.
“ Jangan harap aku akan lepaskan kau. Selagi aku tak tahu apa yang tersirat dalam kepala otak kau tu, aku takkan lepaskan.” Desak suaminya. Sakinah merengus geram. Pertama kali dia bereaksi begitu depan Rafiq.
“ Abang ni suka mendesaklah! ” Sakinah membentak. Rafiq tercengang seketika. Oo..dah pandai melawan ye!
“ Cepat cakap. Jangan sampai aku cium kau! Masa tu, kecoh satu kampung tengok anak menantu Yusof  berkucupan kat tengah jalan. Kau nak macam tu? ” Rafiq mengugut. Pandangannya sinis bercampur geram.
Sakinah telan liur. Takut mendengar ugutan suaminya. Rafiq yang dikenali mampu melakukan apa saja tanpa gentar. Tapi takkan sampai tahap bercumbuan kat tepi jalan pun dia sanggup buat? Nak percaya ke tak? Otaknya pula sibuk berfikir.
“ Cakaplah cepat.”
“ Benda tak penting pun, buat apa abang nak tahu? ” Sakinah mula mengalah.
“ Aku tak kira. Penting atau tak, kau kena sudahkan ayat kau yang tergantung tu! ” Rafiq masih memaksa.
Sakinah mengetap gigi. Geram dengan sifat Rafiq. “ Okey, abang lepaskan Kinah dulu. Lepas tu, Kinah cakap.” Pintanya lembut. Memohon pengertian suaminya.
Rafiq melepaskan isterinya tanpa lengah dan syak wasangka. Tersentuh hatinya mendengar rayuan isterinya. Lagipun dia percaya Sakinah tidak akan melarikan diri lagi. Jika sebaliknya yang berlaku tahulah apa yang patut dihadiahkan pada isterinya.
Ternyata tujuan Sakinah hanya mahu memerangkap. Dia terus berlari laju meninggalkan suaminya. Rafiq terkedu lantas tanpa menunggu dia mengorak langkah besar mengejar isterinya. Sakinah yang berlari dalam baju kurung begitu mudah ditangkap olehnya. Rafiq memeluk Sakinah dari belakang. Didakap erat pinggang isterinya.
“ Kenapa kau buat aku begini Nur Sakinah? ” Dalam mengah nafas Rafiq bersuara. Sakinah terpanar mendengar kesayuan suara suaminya.
“ Kau tahu tak itu kelemahan aku? Kenapa kau buat aku begini? ” Rintih Rafiq di telinga isterinya. Biarlah Sakinah tahu kelemahannya itu supaya isterinya tidak lagi bertindak begitu.
“ Er, maaf. Kinah tak bermaksud..”
Just say it,” bisik suaminya. Rafiq membalikkan tubuh Sakinah. Isterinya itu menurut.
Sakinah memandang suaminya sesaat dua lantas tertunduk. Sedar kelemahannya tidak boleh menentang tepat ke anak mata suaminya. “ Kalau Kinah cakap abang janji jangan marah. Boleh? ”
Rafiq menganguk. “ Asalkan Kinah cakap, aku takkan marah.”
“ Kinah cuma nak kata abang pun sama juga dengan Kinah.” Sakinah berjeda.
 “ Asal dari orang kampung jugak. Cuma bezanya abang lahir di bandar tapi tetap di kalangan rumpun orang kampung sebab asal abang dari sini. Ini cuma pendapat Kinah. Abang marah? ” soalnya gelisah. Rafiq melepaskan pinggang Sakinah. Lega perasaannya tika itu. Persoalan yang meresahkan otaknya telah menghilang.
“ Maaf. Kinah bukannya sengaja nak main-mainkan abang. Kinah takut abang marah bila dengar komen dari mulut Kinah. Sebab itulah Kinah tak berani nak cakap. Lebih-lebih lagi kalau Kinah cuba kaitkan abang dengan orang kampung. Abangkan tak suka orang kampung lebih-lebih lagi Kinah? Kalau boleh abang tak nak langsung ada kaitan dengan orang…”
Sakinah mati kata saat dagunya ditolak oleh jemari suaminya. Wajah Rafiq menyapa  matanya. Sakinah mengebamkan bibir. Cemas perasaannya waktu itu.
“ Tapi aku sukakan kau.” Ciuman Rafiq melekap lembut di pipi Sakinah. Dilepaskan pegangan di dagu isterinya. Rafiq berlalu pergi meninggalkan Sakinah.
Sakinah terpaku. Sepatah ayat pun tidak terkeluar dari mulutnya. Dia tercengang. Terkejut sangat. Betul ke ayat yang baru aku dengar tadi? Dia suka dekat aku? Biar betul!
Rafiq menoleh semula ke belakang. Isterinya masih berdiam diri. Terkejut sangat agaknya. Terlukis sebuah senyuman di bibirnya. Rafiq berpatah balik. Mendekati isterinya.
Sakinah terenjat. Tangannya digenggam erat oleh suaminya. Rafiq menarik Sakinah berjalan sekali.
Sakinah terkulat-kulat. Apasal dia ni selamba aje? Tak malukah dia lepas cakap macam tu? Aku yang mendengarnya pun dah malu tahap gaban! Sakinah musykil sendiri.
“ Jom, sayang. Aku tak tahu jalan ni kang, sesat pulak.” Ujar Rafiq perlahan. Sakinah telan liur. Bertambah berdebar dia tatkala itu. Relaks, Sakinah! Dia boleh tenang takkan kau tak boleh? Control sikit perasaan tu. Jangan tersua-sua nanti malu sendiri. Pesan Sakinah pada hati dan jantungnya yang berentak tidak mengikut irama.

6 comments:

  1. haha. comel2. cte ni makin comel :)

    ReplyDelete
  2. makin best! :D teruskan!

    ReplyDelete
  3. makin suka cerita ni...sweet and comel...teruskan usaha

    ReplyDelete
  4. bestnya bila nak tmbah bab yg baru????

    ReplyDelete
  5. Yan azian, KJSAK dh kuar pun dlm versi cetak nti boleh dptkn kt kedai buku taw, di MPH or popular :)

    ReplyDelete
  6. Yess..Rafiq dah sayang kat Sakinah

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^