Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Malam Bertemu Bintang 16& 17










Irsyad menutup pintu kereta. Nampaknya halaman rumah keluargnya ada kunjungan daripada keluarga Melati. Irsyad musykil sejenak kerana setahunya rumah mereka tidak mengadakan sebarang occasion di hujung minggu. Mungkin keluarga Pak Ngah Riyad sengaja membuat kunjungan di hujung minggu.

            Peliknya, Melati tidak mengkhabarkan apa-apa kepadanya sewaktu mereka keluar bersama tadi. Sebenarnya sejak kelmarin, Melati menuntut dirinya untuk keluar bersama. Irsyad turutkan apabila Melati semakin mendesak. Rimas apabila handphonenya sering kali berdering kerana Melati. Akhirnya Irsyad beralah lalu melayani kerenah gadis itu di hujung minggu.

            Irsyad senyum sedetik. Teringat perjumpaan bersama Nuzul dan adik-adiknya. Demi melihat kelibat gadis itu, mendadak Irsyad mengubah keputusan. Melencongkan jalan cerita yang asalnya bersama Melati namun berakhir dengan Nuzul. Sementelah, basah di mata Nuzul menggusarkan separuh jiwa lelakinya. Jasad Irsyad bersama Melati tetapi seluruh rasa jiwa, hati dan otaknya tertumpu penuh buat Nuzul.

            Kesimpulannya, Irsyad bertindak meloloskan diri daripada Melati. Menyuruh Melati pulang dengan menaiki teksi. Kepada gadis itu, Irsyad hanya memberikan alasan bahawa dia mempunyai hal mustahak. Melati tidak boleh berkata tidak dan hanya melepaskan dirinya.

            “ Assalammualaikum,” serunya tatkala melangkah masuk.

            “ Waalaikummusalam,” serentak semua menjawab salamnya. Irsyad melihat kemeriahan di ruang tamu itu.

            “ Hah, Irsyad come join us! ” Dato Riyad mengajak dari sofa berkembar tiga. 

            “ Irsyad mari duduk sini, lama kami tunggu Irsyad sampai. Melati dah nak merajuk dengan kamu tu.” Ujar Datin Maizah pula. Melati yang berada di sebelah tersipu-sipu dengan kenyataan mummynya. 

            “ Sorry Mel, I ada hal mustahak tadi.” Irsyad berkata apabila menghampiri ruang interaksi itu.

            “ It’s okay, Syad. I faham.” Balas Melati lembut. Senyuman diberikan untuk mengaburi mata semua orang. Dia sebenarnya amat marah dengan tindakan Irsyad yang pergi mendadak tetapi apakan daya, Irsyad bukan miliknya. Irsyad juga bukan lelaki yang suka dikongkong. Oleh itu, dia perlu mengatur strategi secara bijak untuk merebut hati jejaka itu.

            “ Duduk Irsyad, kita minum petang sekejap lagi.” Pelawa Puan Sri Ayuni yang duduk di sofa berkembar dua.

            “ Sekejap lagilah mama. Irsyad nak naik Solat Asar dulu.” Ujar Irsyad selepas tunduk bersalaman dengan Dato Riyad dan Datin Maizah. Puan Sri Ayuni hanya mengiyakan.

            “ Baba zai nali? (Papa di mana?) ” tanya Irsyad.

            “ Ada dekat atas, tengah bersolat jugak. Papa baru balik dari bermain golf dengan Tan Sri Musa. Pak ngah kamu pun join jugak sebab itulah terus berkumpul di sini satu keluarga. Dah lama tak bertemu ramai-ramai.” Maklum mamanya. Irsyad angguk, faham.

            “ Oh, Irsyad pun pelik juga. Ingatkan ada majlis gathering. Okeylah, Irsyad naik sembahyang dulu. Enjoy dulu pak ngah, kejap lagi Irsyad turun semula.”

            “ All right, Irsyad. Pak ngah tunggu.” Sahut Dato Riyad yang sememangnya rapat dengan anak saudaranya itu. Dato Riyad tidak mempunyai anak lelaki kerana itulah Irsyad sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Sementelah hanya Melati anak tunggalnya sejak isterinya, Maizah disahkan tidak boleh beranak lagi akibat ketumbuhan di dalam rahim. Datin Maizah terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim kerana ketumbuhan tersebut boleh mengakibatkan komplikasi yang lebih buruk.



SAMPAI ke dalam kamar, Irsyad tidak menuju ke bilik air. Sebaliknya dia menghempaskan belakang tubuhnya ke atas tilam. Melepaskan lelah yang bertakung dalam dada. Biarpun tampak keletihan namun dia cukup berpuas hati. 

            Tangan kiri meraba poket sebelah kiri jeans hitam yang dipakai. Sehelai sapu tangan dikeluarkan. Irsyad merenung sapu tangannya yang diserahkan oleh Nuzul di saat akhir pertemuan. 

            Di KL Sentral mereka berdua saling berpandangan. Seolah mahu berpisah di lapangan terbang. Padahal sekadar di platform menunggu komuter tiba. Nuha dan Nurin hanya duduk diam sambil menonton drama sebabak. Bagi mereka tingkah kedua-dua orang dewasa itu begitu mencuit hati. Kedua-duanya tampak kaget untuk mengungkapkan rasa yang terbuku.

            “ Ambillah, aku bagi kau.” Tingkah Irsyad bila Nuzul menghulurkan sapu tangannya.

            Nuzul menggeleng. “ Tak nak.”

            “ Alasan? ” berkerut kening si jejaka. Nuzul kentalkan diri. Tidak mahu nampak lemah walaupun Irsyad kelihatan kurang berpuas hati.

            “ First reason, hari itu encik dah bagi sekaki payung. Sekarang sapu tangan pula. Saya tak nak terhutang budi, nanti tak terbalas.” Luahnya jujur.

            “ Aku tak minta balasan Nuzul.”

            “ Ya, saya tahu encik tak minta dibalas tapi saya serba salah. Lagipun…” Nuzul diam.

            “ Lagipun apa? ” sambung si jejaka tidak keruan.

            “ Peluh encik dah merebak dekat handkerchief tu. Kalau nak bagi free, bagilah yang baru. Yang tak guna lagi.” Tutur Nuzul selamba, tanpa riak bersalah. Memang sengaja menggunakan alasan itu supaya Irsyad tidak berkeras. 

            Lemah semangat Nuzul untuk menerima sebarang pemberian daripada jejaka itu lagi. Telah banyak Irsyad berikan sehingga Nuzul naik segan. Malah dia tidak mahu ada sebarang benda atau perkara yang mampu mengikat memori antara mereka. Memiliki sesuatu yang mampu menjalinkan ‘sesuatu’ antara mereka. Nuzul jadi risau jika berlarutan sehingga mengikat rasa hati. Sementelah hatinya yang teguh kian rapuh dengan setiap budi bicara Irsyad yang ada kalanya menyentuh naluri wanitanya.

            Irsyad yang tercengang, lantas tersenyum. “ Fine, I will keep it. Next time aku akan belikan yang baru untuk kau.”

            “ No, Encik Alif. Bukan itu maksud…”

            “ Syuhh, aku tak nak dengar sebarang suara sumbang. Or should I silence you, Nuzul? Yexu wo ying gai wen ni.” Lancar pertuturan Irsyad. Hujung bibirnya terselit senyum kecil.
 
            Terpinga-pinga Nuzul dek Bahasa Mandarin yang Irsyad gunakan. “ Sorry, Encik Alif. Saya tak faham, boleh tolong translate? ”

            “ Good for you.” Senyuman Irsyad melebar. “ Your ignorant will keep me safe, Nuzul.”

            Nuzul kelu. Raut bujur sirihnya menukar arah pandangan. Hangat terasa pipinya dengan bicara Irsyad yang berbentuk provokasi walaupun dia tidak mengetahui hujung pangkal maksud si pemuda.

            ‘ Perhaps, I should kiss you.’ Bisik hati lelakinya yang nakal. Irsyad hanya memandang penuh erti bibir mungil itu dari sisi wajah lantaran Nuzul sudah memalingkan muka daripadanya. Namun demikian, dia amat menyenangi tingkah si gadis. Jelas Nuzul berasa terganggu dengan kewujudannya.   

            Irsyad mengucup lembut sapu tangan yang ditenung sedari tadi. Dia kembali berada dalam dunia realiti setelah jauh berkhayalan.

            ‘Nuzul Filzah, for the rest of my entire life, I just wanna hold you in my arms…’ benaknya berbicara seiring kata hati yang begitu mendesak.

            ‘Bangun sekarang and do your prayer, Irsyad! Cinta kepada manusia tak seharusnya melalaikan cinta kepada Tuhan. Allah sedang menunggu doa daripada hamba-NYA. If you give the best of you to Allah, He will give what you wanted in this life.’ Terngiang-ngiang bisikan sanubari. 

            Demi menyedari tanggungjawab sebagai mukallaf, Irsyad bangkit daripada pembaringan. Dia menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Usai berwudhuk, sejadah dibentang seraya takbir seorang hamba terangkat untuk Pencipta-Nya.



ELOK saja kaki melangkau keluar dari bilik air, Nuzul mengeluarkan rambut panjangnya daripada bungkusan tuala. Kedua-dua belah tangannya memainkan peranan kemudiannya. Mengesat-ngesat rambut yang basah lembap dengan tuala kecil itu. 

            Tabiat selepas mencuci rambut, Nuzul gemar menghidu dan mencium bau rambut sendiri. Deria baunya dapat menghirup bau limau purut yang segar. Nuzul sukakan bau itu. Tenang, harum dan membangkitkan kesegaran dalam tubuh. 

            Spontan kedua-dua ulas bibir Nuzul mengoyak senyum. Tiba-tiba. Tanpa sedar, fikirannya kembali melayang-layang. Mengimbau dialog yang membuatkan pipinya berlaga merah. Panas dan hangat serata wajahnya tatkala itu.

            “ Hrmm, I like the smell. Macam baru lepas minum sunquick.”

      “ Bau apa? ” Nuzul terpinga-pinga. Risau pula jika bau yang pelik hadir daripadanya memandangkan jarak mereka yang hampir berdekatan. Sementelah Irsyad berada di belakangnya sewaktu berasak-asak untuk turun daripada monorel. Kesesakan berlaku bila ada penumpang yang cuba menaiki monorel dalam waktu yang sama.

            “ Inside your hijab.”

Nuzul cepat-cepat menyentuh selendang chiffon half moon yang dipakai. Kenapa dia tegur begitu? Rambut aku berbau aneh ke? Tapi baru semalam aku lurut rambut dengan limau purut…

“ Hopefully, I’ll not become addicted with the smell, Nuzul.”

Kali ini merona merah wajah Nuzul. Dia tidak terbuka mulut untuk membalas. Apatah lagi menala pandangan ke muka jejaka itu.

“ Hah, berangan?! Ingat Abang Alif, kan? ” jerkah Nuha bersama sengihan. Nakal.

            “ Tak pun.” Nuzul geleng kepala laju-laju. Menafikan dengan pantas.

            “ Checkmate! Pipi kak long bertukar warna. Lagipun angah tak mudah kena tipu macam Nurin.” Tukas Nuha bersahaja. Teruja melihat tingkah Nuzul yang tidak keruan.

            Kedua-dua belah telapak tangan Nuzul naik ke muka. Dia menyentuh kedua-dua pipi gebunya. Mesti ketara sungguh sampai Nuha bukan main gelakkan aku! Tak boleh jadi mesti sorokkan muka dengan tuala ni! 

            “ Nazrul dengan Nurin dah tidur? ” soal Nuzul sengaja menukar topik perbualan serkap jarang oleh adiknya.

            “ Selalunya orang yang tukar topik tiba-tiba, dia sebenarnya tak selesa dengan topik yang timbul. Kak long memang ada tanda-tanda begitu so, gotcha! ”

            “ Nuha, please… soalan kak long tak berjawab.”

            “ Okey, Nazrul dah tidur dengan nyenyak. Dia nampak penat sebab seharian kita berjalan. Mujur ada Abang Alif yang berbadan tough, sedaplah Nazrul tidur landing baik punya. Nurin pula dah tidur sambil peluk teddy bear yang Abang Alif bagi. Along patut jealous tau sebab gaya Nurin peluk teddy bear serupa dia peluk manusia.” Nuha berkata dalam nada main-main. Sengaja melaga-lagakan jiwa Nuzul.

            “ Angah pergilah masuk tidur, esok ada kuliah, kan? ” Nuzul menyuruh seraya melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Tuala disidai di penyangkut pada belakang pintu.

            Nuha mengekor dari belakang kakaknya. Enggan mendengar saranan Nuzul. “ Awal lagilah, baru pukul sepuluh.”

            “ Pergilah tidur, nanti mengantuk time kuliah.”

            “ Dah biasa.” Selamba Nuha membalas.

            Nuzul kerut dahi mendengar kenyataan si adik. “ Selalulah ni terbabas time kuliah? Macam mana nak graduate dengan cemerlang kalau asyik tertidur time pensyarah bagi lecture? ” tegurnya kurang senang. Lagaknya sudah seperti para ibu memberi peringatan kepada anak-anak.

            Giliran Nuha buat tidak peduli dengan teguran tersebut. “ Nuha akan masuk tidur kalau kak long buka hikayat perkenalan kak long dengan Abang Alif.” Ujarnya lalu menghenyak badan atas katil bersaiz queen.

              Nuha, antara kak long dengan Abang Alif tak ada sebarang hikayat pun. Setakat bos dengan pekerja.”

            “ Jangan kelentonglah kak long. Nuha bukannya tak celik bila Abang Alif pandang kak long macamlah kak long ni seorang saja wanita yang wujud dalam dunia ni. Fuhh, dia punya kerlingan mata menusuk terus ke kalbu. Tajam dan menggoda tau. Nuha suka tengok mata Abang Alif yang…” Nuha terdiam kerana tercari kata-kata yang sesuai untuk digambarkan.

            “ Yang apa? ” Nuzul menghampiri Nuha setelah menyisir rambut di depan meja solek.

            Nuha tersenyum lalu tersengih miang di mata Nuzul. “ Yang stim dan galak! ”

            “ Auwww..!! ” Nuha terjerit kecil akibat cubitan Nuzul di pahanya. “ Sakitnya…” 

            “ Nasib badanlah. Siapa suruh cakap perkara tak senonoh! ” Nuzul menepuk perlahan paha Nuha yang dikutil. 

            “ Ahh, cubitlah puas-puas Nuha tak kisah janji kak long buka mulut.” Nuha menepuk-nepuk bahagian sebelah kiri katil. “ Marilah sini, kak long. Baring dekat sini dan cerita dekat Nuha apa yang terjadi sebenarnya.”

            “ Lain kali boleh? Kak long kerjalah esok, tak mahu terbangun lambat.” Pinta Nuzul beralasan.

            “ Alah, cerita sajalah. Kalau hikayat kak long dengan Abang Alif berbentuk novel yang tebal sila ringkaskan menjadi versi mini novella ataupun cerpen bersiri saja. Nuha sudi mendengar sampai tak pergi kuliah esok pun tak apa.”

            Nuzul geleng kepala. “ Kak long dah kata tak ada hubungan so, itulah jawapan muktamad. No objection, Nuha! ”

            “ Oraite, tapi Nuha nak cakap sebenarnya mata Abang Alif sangat menawan. Sexy ala-ala serigala jadian actor twilight, Taylor Lautner. Eagle eyes, so mesmerizing and irresistible to women.” Tambah Nuha dengan ekspresi mengujakan. 

            Nuzul menjuihkan bibir. Tanda kurang bersetuju dengan kesimpulan Nuha.

            “ Pandailah Nuha nak samakan dia dengan Jacob twilight tu, tak serupa langsung. Abang Alif tu kacukan Malay-Chinese tau. Kalau nak samakan dengan actor korea atau Taiwan bolehlah. Muka Asian tak boleh dibandingkan dengan hero-hero eropah.”  

            “ Ohh, Abang Alif tu kacukan Cina-Melayu, patutlah kulit dia nampak tanned. Rupa-rupanya asimilasi daripada dua rumpun bangsa. Tak heranlah from head to toe looked super duper hot! ”

            Nuzul menjegilkan mata.” Amboi galaknya dia! Tadi bukan main control ayu depan Abang Alif, sekarang baru nak tunjuk taring Nuha.”

            “ Nuha kasi can dengan kak long.”

            “ Tak payah kasi can, kak long lebih dulu angkat bendera putih. Surrender.” 

            “ Ini sebab kurang confident atau sengaja nak jual mahal? ”

            “ Sorry, kak long tak buat sales tahunan. Tak ada kaitan nak jual murah atau mahal. Nuha tak kenal lagi Abang Alif punya fiil macam mana, tapi kak long dah arif sangat. Seram dan ngeri. Tak ada wanita boleh handle Abang Alif.”

            “ Ouchh, bahasa kak long menggigit jiwa Nuha tau. Seram Nuha dengar.”

            “ Hrmm, hakikatnya memang Abang Alif seram orangnya. Kak long sendiri pening dengan sikap dia yang kejap baik, kejap bertukar serigala jadian.” Kutuk Nuzul tidak semena-mena. Laju betul mulutnya mengomel.

            “ Kak long, ini dah masuk kategori mengumpat. Nuha tak mahu terlibat. Berdosa tau. Kalau Abang Alif dengar mesti dia kecil hati. Mahu menangis jiwa seorang lelaki.” Tukas si adik serius. 

            Lekas Nuzul menekup mulut. Tersedar dengan bicara pedasnya. Insaf pula dengan dosa yang tidak sengaja diundang. “ Opps, sorry kak long tak sengaja! ”

            “ Minta maaf dengan Abang Alif, Nuha tak mahu masuk campur.” Nuha menguap setelah berkata. Dia lantas bangkit daripada katil. Mahu beredar ke kamarnya yang dikongsi bersama Nurin.

            Hidung Nuzul kembang kempis. Cuak dengan dosa mengumpat. Minta maaf dengan dia? Bila masanya aku nak minta maaf? Kalau si dia bertanya apa dosa aku padanya, nak jawab apa? Takkan nak berterus-terang?! 

            “ Kak Nuzul, please angkat Nazrul. Angah nak tidur sekarang. Mengantuk ni.” Arah Nuha dengan muncung. Nuzul angkat muka. Kata-kata benaknya hilang serta-merta.

            “ Oh, Nazrul tidur dekat katil angah yer? Habis, tunggu along angkatlah ni? Apa kata angah tolong angkat Nazrul ke sini.” Suruhnya lembut.

            “ Hrmm, Oraite.” Nuha menurut dalam kantuk.          







BAB 17



 


“ Nuzul, secawan caffe mocha please.” Pinta Liyana setelah mengambil pesanan.

“ All right,” Nuzul yang bertugas di kaunter minuman segera menuju ke kabinet dapur di belakangnya. Dia mencapai sebuah cawan bersih dari kabinet atas. Ramuan membuat caffe mocha segera diingati. Espresso, chocolate syrup, steamed milk and whipped cream.

“ Minuman kegemaran aku, caffe mocha. Aku nak kau ingat sampai bila-bila.” Bagaikan angin berbisik ke telinga. Kata-kata jejaka itu tiba-tiba singgah ke benaknya. Tidak semena-mena peristiwa malam itu tersingkap di minda. Rentetan daripada mengingati pemuda itu, Nuzul terkenangkan peristiwa semalam. Pertembungan yang tidak dirancang tetapi berlaku dengan indah.

“ Done! ” Nuzul menekan loceng supaya Liyana menghampirinya semula untuk menghantar pesanan yang telah dibikin.

“ Dah siap? ” tanya Liyana. Nuzul angguk.

“ Tolong hantarkan ke meja nombor lapan. Pergilah cepat, pelanggan VIP dah tunggu.” Suruh Liyana. 

Nuzul mengerutkan dahi. “ Kenapa aku pulak yang kena hantar? ”

“ Entah, aku pun pelik. Tapi dia request Nuzul Filzah yang hantar. Jangan lambat nanti gempa satu cafe.” Kata Liyana lalu menolak bahu Nuzul agar keluar daripada kaunter minuman. Dia kemudian bertukar tempat. Menggantikan tugas Nuzul di kaunter. 

“ Hati-hati, Nuzul.” Pesanan Liyana membuatkan Nuzul separuh kecut. Risau tanpa sebab. Gaya Liyana memesan seperti dia bakal berjumpa dengan cikgu disiplin.

Nuzul menghela nafas lalu menghirup udara kembali. Dia melangkah cermat sambil menatang minuman yang dibancuh tadi. Nuzul berjalan ke meja-meja. Pandangannya melurus ke meja nombor lapan yang terletak di tepi dinding café. 

Dia terkedu namun tetap mengorak langkah. Seorang wanita yang berperwatakan elegan sedang menantinya. Nuzul kenal wanita itu. Mereka pernah bertentang mata sebelum ini. Buat kali kedua dia berkesempatan bertemu dengan wanita itu lagi.

‘Mama Encik Alif?! ’ getus hati Nuzul.

“ Ini pesanan puan.” Nuzul meletakkan secawan caffe mocha dengan sehelai tisu.

“ Terima kasih.” Ucap wanita itu. “ Duduk Nuzul,” suruhnya sambil menepuk kerusi di sebelahnya.

Nuzul serba salah. Dia perlu bekerja masakan mahu bersembang kosong dengan pelanggan. Lagi-lagi dengan wanita yang merupakan mama kepada Encik Alif. 

“ Auntie takkan curi masa bekerja Nuzul. Kita bersembang sekejap saja.” Pinta Puan Sri Ayuni. Nuzul mengiyakan, bersetuju jua. Dia mengisi ruang kosong yang ditawarkan oleh Puan Sri Ayuni.

“ Sihat? ” soal Puan Sri Ayuni. 

“ Alhamdulillah, sihat. Err..auntie sihat? ” kekok Nuzul bertanya. Puan Sri Ayuni senyum sebelum mengangguk.

“ Nuzul nampak lain bila tengah bekerja. Dah lama kamu tak ke rumah auntie lagi.”

Nuzul senyum kecil. Dia malu sebenarnya. Siapalah dia mahu menjejakkan ke rumah mewah itu lagi. Dia ke sana dahulu disebabkan urusan kerja, bukan sebagai tetamu. Hanya sebagai seorang perutusan. “ Café dibuka setiap hari. Nuzul memang tak ada masa lapang. Dulu kita berjumpa pun sebab Nuzul diarahkan oleh Encik Saiful untuk dapatkan tandatangan Encik Alif.”

Puan Sri Ayuni arif mengenai hal tersebut. Masakan dia tidak mengingati rancangan asalnya bersama Saiful. Output daripada perancangan mereka, dia berpeluang mengenali gadis setulus Nuzul Filzah.

“ Kalau macam tu, auntie kenalah datang ke café bila nak berjumpa Nuzul.” 

“ Er, tak perlu susah-susah auntie. Nuzul kena kerja, risau tak ada masa untuk auntie.” Tingkahnya cepat. Dia musykil sendiri. Apa motif wanita kaya ini nak bertemu aku? 

“ Habis, kalau auntie rindu dengan Nuzul macam mana? ”

Nuzul terkebil-kebil. Rindukan aku? Sungguh ke? “ Er, auntie boleh...”

“ Apa kata auntie suruh Irsyad bawa Nuzul ke rumah yer? ” usul Puan Sri Ayuni.

Nuzul panggung muka. Buat matanya kerana terkejut dengan cadangan tersebut. Dengan kadar segera, Nuzul menggeleng sebagai jawapan. “Auntie jangan salah anggap. Sebenarnya saya tak ada apa-apa hubungan dengan Encik Alif.”

“ Betul ke tak ada hubungan apa-apa? Kenapa Nuzul nampak gelabah? Takut auntie tak benarkan? ” duga wanita itu bersahaja.

Nuzul kecut. Seram sejuk mendengar bicara itu. “ Betul. Saya tak ragu-ragu dengan jawapan saya.”

“ Kalau ada apa-apa pun, tak ada salahnya. Auntie suka dengan Nuzul.” Luah Puan Sri Ayuni jujur.

Erk?? Nuzul kekeluan. Tidak tercapai balasan yang wajar di akal fikirannya.

“ Mama,” tukas satu suara dari belakang mereka. Serentak Puan Sri Ayuni dan Nuzul berpaling. Irsyad sedang berdiri gagah. Dadanya bergelombang cemas. Turun naik. 

 “ Amboi, lajunya anak mama! Mari sini Irsyad.” Puan Sri Ayuni menyuruh. Irsyad menurut.

Nuzul telan liur melihat kelibat Irsyad di situ. Bimbang dengan sebarang kemungkinan. Dia melihat penampilan Irsyad yang berkemeja lengan panjang bewarna biru tua. Berseluar jenis corduroy. Kedua-dua belah lengannya berlipat sehingga ke siku. Tali lehernya jugak longgar. Imej jejaka itu di waktu petang kelihatan santai tetapi mampu mencuri perhatian setiap yang memandang. Masih hot, macho dan stylo.

‘Hot? Macho? Stylo? Amboi, sempat kau menganalisa penampilan anak teruna orang, Nuzul?!’ tempelaknya dalam hati yang mudah rapuh sejak akhir-akhir ini.

“ Sorry, auntie. Nuzul minta diri dulu, nak sambung kerja semula.” Nuzul bangkit daripada kerusi sejurus Irsyad melabuhkan punggung di depannya.

“ Nuzul Filzah.” Irsyad menyeru lembut. Nuzul pandang Irsyad. Kedua-duanya terpaku dalam renungan antara satu sama lain. “ Caffe mocha please.”

Nuzul angguk. Dia kemudian berlalu sambil membawa dulang yang dibawa ketika menghantar pesanan Puan Sri Ayuni.

“ Mama, I need your explanation. Kenapa tiba-tiba? ” soal Irsyad tanpa berlengah.

“ Mama macam tak percaya, sekarang Irsyad ada depan mata mama. Irsyad dari mana sebenarnya? ” Puan Sri Ayuni tidak mampu menyembunyikan rasa teruja dengan kepantasan Irsyad mendapatkannya.   

“ Dari tapak projek perumahan dekat Bangi.” 

“ Tak sangka…mama berjaya buat Irsyad tinggalkan site hanya dengan sebuah mesej.” 

“ Come on, mama. I need your explanation.” Ulangnya seperti mendesak.

“ I just want to meet my future daughter-in-law.” Tukas Puan Sri Ayuni selamba. Mengulang mesej yang dihantar kepada Irsyad. “ Yang peliknya macam mana Irsyad boleh jangka mama akan ke sini? Entah-entah bakal menantu mama ada dekat sini? ” usik mamanya.

“ Mama…” Irsyad mengeluh. Pandangannya dilarikan daripada mamanya memandangkan dia telah terperangkap. Kehangatan menyerbu ke seluruh muka.

“ Excuse me, sir. Ini pesanan encik, caffe mocha.” Seorang pelayan wanita meletakkan secawan air. Irsyad meneleku wajah si pembawa minuman. Bukan Nuzul Filzah.

Irsyad mengetap gigi. Ingin bertanyakan perihal Nuzul yang sepatutnya menghantar pesanan kepadanya. Namun Irsyad berdiam diri sahaja. Kehadiran Puan Sri Ayuni membantutkan niatnya. Risau dan malu jika terperangkap lagi dengan mamanya. 

“ Tolong kirimkan salam auntie kepada Nuzul Filzah.” Pesan Puan Sri Ayuni.

“ Okey,” balas si pelayan dengan senyum ramah sebelum beredar.

“ Minumlah, takkan dah hilang dahaga bila tak nampak heart-throb Irsyad.” Canda Puan Sri Ayuni. 

Heart-throb? Buah hati aku? Irsyad tahu mamanya amat mengetahui setiap perubahan riak yang dialaminya. Irsyad tidak boleh menafikan apa yang terbuku. Sebarang rahsia tidak mungkin tersorok dengan mata keibuan yang dimiliki Puan Sri Ayuni.

“ Irsyad…”

“ Shi, mama (ya, mama).”

            “ Wo xihuan ni de xin gan bao bei ( Saya suka dengan kamu punya buah hati).” Ucap mamanya dengan sinar mata yang ikhlas.

            Tanpa sedar Irsyad mengoyak senyum. “ Xie xie, mama. I’m pleased with the statement.”

“ Bila tengok Nuzul, mama terasa rindu dengan anak perempuan mama.”

“ Kalau mama rindu dengan Irina, hujung bulan ini pergilah melawat dia. Ajak papa sekali.” Irsyad memberi cadangan. Caffe mocha dihirup perlahan-lahan.

“ Mama cuma ada seorang anak perempuan, Irsyad tak nak bagi mama seorang lagi anak perempuan? ” Puan Sri Ayuni berjeda. “ Kalau ada seorang lagi, mama takkan terlalu rindukan Irina.”

“ Maksud mama? ” Irsyad meletakkan cawan semula di atas meja.

“ Nuzul.”

Irsyad tersandar di kerusi. Dia menghembus nafas tidak keruan. “ Give me some time, mama. Lambat atau cepat, mama akan dapat juga seorang lagi anak perempuan.” 

“ Fine, mama tunggu masanya.”

“ Kalau mama nak cepat, mama doakanlah Irsyad. Doa ibu mudah dan cepat termakbul.”

Puan Sri Ayuni melemparkan senyum manis mendengar permintaan si anak. Tanpa perlu diingatkan, dia pasti mendoakan segalanya untuk kebahagiaan seorang anak. Sebagai ibu, dia akan berusaha ke arah kesejahteraan serta mencapai apa yang dihajatkan oleh seorang anak.

‘ Tak pernah mama lupakan anak-anak dalam setiap doa mama.’ Bisik hatinya.




SEJURUS selepas Puan Sri Ayuni beredar, Irsyad menuju ke kaunter minuman. Nadira dan Liyana yang berdiri dekat kaunter terpinga-pinga dengan kedatangan Irsyad.

            Irsyad memberikan isyarat mata supaya kedua-dua pelayan wanita itu beredar dari situ. Nuzul yang ralit membancuh air dengan membelakangi kaunter tidak menyedari situasi yang berlaku. 

“ Kenapa bukan kau yang hantar pesanan aku tadi? ” tanpa ucapan salam atau teguran ringkas, Irsyad langsung menyoal.

Kus semangat. Nuzul hampir mengurut dada dek terkejut kerana disergah begitu. “ Er, Encik Alif…nak jumpa Encik Saiful ke? ”

“ Nope, aku nak jumpa kau. Aku nak tanya kenapa bukan kau yang hantar order tadi? ” riak tidak puas hati menghiasi wajah pemuda itu. Nuzul pelik dengan reaksi Irsyad. Dia hanya bertindak menurut arahan.

“ Er, saya cuma mengikut arahan.”

“ Arahan siapa? ” terangkat kening Irsyad. Kedua-dua lengannya merentangi dada. Memeluk tubuhnya sendiri.
 
“ Encik Alif yang bagi arahan itu.”

Berkerut dahi Irsyad. “ What kind of order? ” 

“ Encik Alif tak suka saya berkeliaran depan mata encik dalam café ini, sebab itu saya gantikan dengan waitress lain.” Jawab Nuzul dengan lancar. 

Irsyad terdiam sejenak. Dia teringatkan arahan yang berbentuk tekanan yang diberikan kepada Nuzul. Arahan yang difikirkan wajar untuk memberikan ketenangan buat dirinya yang bercelaru. “ Abaikan arahan bodoh tu.” 

“ Tapi saya rasa ada baiknya arahan tu.”

Bertambah cemberut muka Irsyad. “ Kenapa? Kau suka dengan arahan tu? ”

“ Saya tak mahu mama Encik Alif salah tafsir hubungan kita. So, arahan itu nampak relevan. Kita boleh jarakkan komunikasi dua hala antara kita.”

“ Kau dah terlambat. Mama aku dah salah faham pun.” Selamba Irsyad meningkah.

Nuzul tersentak. Gayanya risau dan takut dengan kenyataan itu. “ Habis, kita nak buat apa sekarang, encik? Saya tak nak terlibat dalam situasi rumit. Kita tak ada apa-apa hubungan jadi lebih baik kita berterus-terang. Tentu mama encik akan percaya.” 

“ Semalam sampai rumah pukul berapa? ”

Nuzul terkulat-kuat. Intonasi Irsyad kedengaran prihatin dan lembut. Lemah semangat dibuatnya. Nuzul terlupa dengan topik yang diperdebatkan oleh mereka berdua. “ Pukul enam.”

“ Lambatnya,” komennya.

“ Hari weekend memang begitu, orang ramai lebih senang keluar menggunakan pengangkutan awam.”

“ Nazrul okay? Dia tak meragam semalam? ”

“ Okey, alhamdulillah. Sampai rumah, selepas mandi terus tidur. Pagi tadi Nazrul pergi sekolah macam biasa. Sekarang mungkin dah ada di rumah, Nurin tentu dah ambil dia dari sekolah.”

“ Mama Nazrul okay? ” Irsyad ingin bercanda tetapi nada yang keluar sedikit romantis.

Mama Nazrul? Akulah tu…“ Hrmm, saya datang kerja macam biasa.” 

“ Semalam kau tak rasa kita begitu dekat? Kenapa hari ini cuba jarakkan diri? ” Irsyad bangkitkan pertanyaan lain pula. “ We were so close yesterday…” ulangnya lagi dalam bahasa mat saleh.

“ Mama encik datang berjumpa saya, rasanya itu peringatan supaya saya jarakkan diri. Saya tak nak timbulkan masalah di sini. Saya nak hidup dan bekerja dengan aman. Encik Alif biarkanlah saya bekerja dengan selesa. Saya janji takkan timbulkan sebarang masalah lagi.” Tutur Nuzul dengan rasa tertekan. Dia cemas mengenangkan soal itu. 

‘ Mama cuma mahu bertemu dengan bakal menantunya tapi kau tak perlu tahu tentang itu. Lambat atau cepat, kau akan jadi anak perempuan dia, Nuzul.’ Sela suara hatinya.

  “ Apa yang berlaku semalam tak sepatutnya berlaku.” Kata Nuzul lagi.

“ Semalam adalah sejarah. Kau tak mungkin boleh mengubah apa yang terjadi semalam.”

“ Saya tahu.” Selanya perlahan.

“ Aku suka.” Ringkas Irsyad membalas.

Suka? Apa yang Encik Alif suka? Oh, macam mana kalau dia kata dia sukakan aku? Relakah aku menadah telinga, menghadapi debaran menggila itu?! Nuzul terkebil-kebil dengan bicara benaknya. Tiba-tiba dirinya menjadi tidak ketentuan. Gundah.

“ Aku suka dengan apa yang berlaku semalam. Took a public transport gave me a new experience.”

 “ Ohh…” Nuzul terangguk-angguk. Malu sungguh dengan sangkaannya yang tidak bertempat. Jangan bermimpi, Nuzul! Encik Alif tak pantas untuk kamu yang biasa dan comot. Dia tak mungkin sukakan kau. Muktamad!

“ I love being with your family.” Bersama kau berikan aku kebahagiaan sepanjang hari, Nuzul. I love being with you. Sambung Irsyad dalam sanubarinya.

Nuzul tersipu-sipu malu. Lega dan senang hati dengan kata-kata Irsyad. Sejak semalam Nuzul asyik terfikirkan perkara itu. Dia berharap tingkah adik-adiknya tidak mengundang rasa kurang enak kepada majikannya itu. “ Maaf kalau adik-adik saya merunsingkan encik. Nuha dan Nurin suka bertelagah pendapat tapi itu cara mereka berkasih sayang. Bila penat berbalas cakap, akhirnya dia orang akan bergelak ketawa sama-sama.”   

“ I just love them as much as I love…my family.” Actually, it was you!

“ Terima kasih, Encik Alif.”

“ Ehem-ehem..” suara orang berdehem mencelah antara mereka. Nuzul dan Irsyad angkat muka. Pandang ke arah gerangan yang hadir di hadapan kaunter minuman.
 
“ Laila.” Nuzul terkejut. Buntang matanya. Namun senyum di bibir tidak mampu disorok.

“ Hello, bro…kalau nak bercengkerama pun pilihlah tempat yang sesuai. Ini tempat bekerja. Jangan sampai aku suruh kau buat air untuk customer.” Saiful bertingkah lalu memeluk bahu isterinya. Irsyad tersengih. Dia terjerat lagi hari ini.

“ Nuzul, ada apa-apa rahsia yang aku tak tahu ke? Kenapa Irsyad sampai masuk ke sini? ” sangkal Laila dengan riak teruja. Nuzul pantas menyanggah. Dia menggeleng laju.

“ Tak ada apa-apalah, Laila. Jangan salah sangka. Aku…”

“ Sorry Saif, lain kali aku akan cari tempat lain.” Irsyad mengeluarkan kenyataan tanpa membiarkan Nuzul menghabiskan ayatnya. Kata-kata yang membawa maksud bahawa mereka berdua nyata sedang berkasih-kasihan.

“ Sure you do, Irsyad. Lama-lama boleh rosak business aku.”

Irsyad tergelak besar. Nuzul malu besar. Laila dan suaminya tersenyum lebar melihat tingkah kedua-duanya.




p/s: Nak next chapter?? ^_^


8 comments:

  1. naaaakkkkkkk..

    ReplyDelete
  2. mestilah nak. dh melting ni dgn Alif.

    ReplyDelete
  3. nak sgt2 !! update cept2 skit tau. cerita ni tersgtlah best ;)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya rasa penulisan akak untuk novel ni sangat bagus. ^_^. Terima kasih. Semoga akak dapat menghasilkan penulisan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah. Amin. ^_^

    ReplyDelete
  5. Menarik jalan cerita ini...n3

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^