Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Bab 27

“ Mar, please jangan pergi. I need to talk to you,” Doktor Safwan menarik lengan Marisa yang ingin melarikan diri.
Marisa menoleh lantas merentap tangannya. Membebaskan diri daripada sentuhan lelaki itu. “ Tolong jangan buat begini, saya tak suka. Malulah saya pada kakitangan hospital yang lain,” getusnya marah. Mujur tiada doktor mahupun jururawat melalui kawasan yang berdekatan laluan keluar masuk hospital itu.
“ Tapi awak terlalu degil. Selalu menghindarkan diri daripada saya. Langsung tak mahu berunding dengan saya terlebih dulu.” Tutur Doktor Safwan parau.
“ Nak berunding apa lagi? Cerita antara kita dah tamat. Saya tak mahu lagi terlibat dalam perhubungan yang tidak direstui ini. Awak terima sajalah pilihan mama awak.” Tenang Marisa membalas walaupun pahit padanya. Sedaya-upaya dia mencuba untuk melupuskan perasaan yang ada agar dirinya tidak lebih terluka.
 “ Saya tak boleh terima wanita itu. Hati saya hanya ada awak, Mar.” Tukasnya setelah menggeleng laju.
“ Janganlah awak berkeras dengan hati awak. Tak baik jika awak melukakan perasaan mama awak. Bagi saya biarlah hubungan kita habis di sini saja, saya tak mungkin kembali pada awak semula. Saya tak sanggup untuk berdepan dengan keluarga yang tidak mampu menerima kehadiran saya.” Marisa berlalu. Doktor Safwan menyaingi langkah gadis yang dicintainya itu.
“ Sebab itulah Kita perlu perjuangkan cinta kita. Mana tahu akhirnya hubungan kita akan diterima juga oleh mama saya.” Pujuk Doktor Safwan lembut.
Marisa menghentikan hayunan kakinya. Kemudian memandang jejaka itu kembali.
“ Saya tak sanggup untuk menempuh episod-episod duka yang merencam perasaan jika saya meneruskan perjuangan ini. Saya bukan seorang yang tabah. Sekali diri saya ditolak, saya tak mungkin memaksa sesiapa untuk  menerima saya kerana saya tahu perbezaan taraf adalah kayu ukur dalam hal ini. Sudahlah, tak ada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan, lebih baik kita berpisah. Itu yang akan lebih mengembirakan semua pihak. ” Marisa benar-benar pasrah.
            “ Janganlah begini, Mar. Saya sayangkan awak lebih daripada nyawa saya sendiri. Bagaimana mungkin saya mampu menerima wanita lain sedangkan jiwa dan hati saya hanya untuk awak. Jangan bersikap kejam pada saya, sayang.” Lemah suara pemuda itu mengeluarkan kata.
            Marisa mengetap gigi. Mengawal sebak yang menghinggap ke tangkai hati. Menahan air mata yang mahu menerjah keluar. “ Saya tahu memang sukar tetapi lebih baik kita yang sakit daripada kita menyakiti hati orang lain. Saya pasti awak mampu melakukannya. Kehadiran seorang wanita boleh diganti dalam hidup awak tetapi kehadiran seorang ibu kandung tak mampu kita gantikan. Saya pernah merasai perasaan kehilangan kasih seorang ibu dan saya tak mahu awak turut mengalami perasaan itu. Kelak awak pasti menyesal jika memilih saya.” Marisa tidak berlengah lagi. Kakinya terus diatur pergi dari situ.
            Doktor Safwan termangu sendirian. Tidak berdaya mencegah lagi. Marisa sungguh nekad kali ini.

TERPINGA-PINGA Marisa saat dihulurkan sehelai sapu tangannya. Terkejut. Kedatangan jejaka itu memeranjatkannya. Pantas ingatan lalu menerpa ke minda.
            “ Ambillah,” Rudi tetap menghulurkan sapu tangan yang tidak bersambut. Marisa menggeleng perlahan. Tidak memerlukannya buat masa ini. Cukup dengan lengan baju seragam jururawatnya.
            Rudi melabuhkan punggung di sisi gadis itu. Marisa mengenjakkan tubuhnya. Menjauhkan jarak di antara jejaka yang tiba-tiba muncul itu.
            “ Saya Rudi.” Dia menghulurkan tangannya. Namun tidak disambut huluran itu. Marisa diam dari segi perkataan dan perbuatan. Rudi menjungkitkan bahu.
            “ Siapa lelaki tadi tu? Kekasih awak? ” Tanya Rudi berterus-terang. Marisa memanggung kepala. Berkerut dahinya.         
“ Sebenarnya dari hospital tadi saya ikut awak.” Tambah Rudi. Bagaikan mengerti tanda kemusykilan di wajah itu.
Bulat matanya. Terkejut amat.“ Kenapa awak ikut saya? Saya tak kenal siapa awak,” Marisa bertanya hairan.
Rudi mengulum senyuman. Tetapi kemudian dia mengeluh. “ Saya pun tak ada jawapan untuk itu. Hati saya yang menuntutnya bukan akal saya menyuruh.”
Selamba Rudi memberi jawapan. Semakin bertambah mengelirukan fikiran Marisa. Dia kemudian bangun dari kerusi panjang tersebut. Mahu meninggalkan kawasan taman itu. Bimbang akan keselamatannya jika berlamaan di situ. Pemuda disebelahnya itu telah mengeluarkan kenyataan yang menggusarkan jiwanya.
“ Jangan ikut saya.” Tegasnya apabila menyedari jejaka yang bernama Rudi itu membuntutinya.
“ Boleh saya hantar awak pulang? ” usul Rudi.
Pantas Marisa menggeleng. “ Jangan merepek encik. Saya tak kenal awak dan awak tak kenal siapa saya. Jadi awak tak perlu menghantar saya pulang.”
“ Nama awak Marisa dan awak tahu nama saya Rudi. Itu menunjukkan yang kita dah kenal.” Rudi memandang tepat ke anak mata Marisa. Namun pantas Marisa mengalihkan pandangan.
“ Tapi Encik Rudi perkenalan semudah ini tidak akan menjamin kita sudah benar-benar kenal. Nasib saya juga belum tentu sesiapapun dapat menduga. Minta maaf saya pergi dulu.” Marisa berpamit. Ingin segera menjauhi jejaka itu.
“ Kalau begitu apa kata kita berkenalan? ” perlawa Rudi bersungguh-sungguh. Jiwanya mendesak amat. Rudi jadi tidak malu apabila tersua-sua begitu walaupun lazimnya wanita yang ternanti-nanti untuk bersamanya bukan sebaliknya. Tetapi kali ini jauh berbeza. Perbezaan inikah yang menarik hati aku padanya?
Marisa berpaling semula lantas menolak melalui gelengan kepala. Tidak berminat. Dia kemudian mempercepatkan langkahnya tanpa menghiraukan jejaka di belakangnya lagi.
Rudi hanya mampu melepaskan Marisa pergi buat sementara waktu. Mulai sedar mungkin tindakannya agak agresif dalam melahirkan keinginannya membuatkan gadis itu takut padanya.
‘ Nampaknya lepas ni aku kena bersabar sikit dan tak boleh gelojoh! Nak tawan hati perempuan macam tu perlukan masa sebab dia tak sama dengan perempuan yang aku kepit siang malam dan mudah didapati bila dihulurkan duit. Dia jauh lebih mulia dari gadis yang bertenggek di kelab-kelab. Yang penting dia bertudung dan itulah yang membezakan dia  daripada yang lain.’

2 comments:

  1. mar tu bertudung ke?owh..ingt kn rudi tertarik pd kinah rupe nya mar

    ReplyDelete
  2. hehe...sy p0n ingt rudi suka pd kinah...:D

    smbg cpt tau..!!

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^