Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Teaser_from karya Kontrak Janji Setia Antara Kita ^_^

Untuk tidak mghampakan permintaan reader2 tercinta yg berkeinginan teaser dr KJSAK 
maka itu kami menunaikan permintaan anda,,njoy it n luv it ok :)


************************



Pintu rumah ditutup. Rafiq menapak ke ruang tamu. Tubuh dihempas ke sofa membuang penat dan lelah. Kerja di pejabat begitu meletihkannya. Mesyuarat bersama staf-staf serta perjumpaan dengan klien membuatkan Rafiq hampir hilang kestabilan diri. Mujur klien yang ditemui tidak banyak songeh. Ikutkan saja cadangan yang dikemukakan oleh pihaknya. Dapat juga dia pulang awal lewat petang itu berbanding hari-hari biasa hampir mengenjak ke malam hari baru dia menemui jalan balik.

            “ Ni air abang. ” Sakinah meletakkan segelas air blackcurrent di meja kopi.
            Rafiq mencelikkan mata saat suara Sakinah hinggap di cuping telinga. Dia tersenyum hambar. “ Thanks.
            “ Abang penat sangat ke? Kinah tak pernah tengok muka abang seletih ini. Banyak sangat ke kerja di pejabat tu? ” Sakinah menyoal. Berbahasa lembut dan mesra. Setia berdiri di sisi suaminya.
            Rafiq merenung isterinya. Mulutnya berat untuk menjawab. Gara-gara penat dia mengambil keputusan untuk diam.

            Sakinah tersenyum kecil. Serba salah kerana mengajak suaminya berbual saat kepenatan mencengkam tubuh Rafiq. Sepatutnya sebagai isteri dia melayan serta merawat keletihan suaminya. Bukannya mengajukan soalan yang tidak bertepatan pada masanya. “ Abang rehatlah dulu. Kinah nak ke dapur. ”
            “ Kinah..”
Sakinah menoleh. Terkebil-kebil saat Rafiq menghulurkan tangan padanya. Dia mematung. Berdiri tegak tanpa tindak balas. Bibir Rafiq tersingkap senyuman. Tangan sasanya mencapai tangan isterinya seraya menggamit tubuh Sakinah mendekatinya.

Terpinga-pinga Sakinah mengikut rentak. Akhirnya dia ikut duduk di sebelah Rafiq. Tangannya masih dalam genggaman Rafiq. Sakinah mengetap gigi. Lidahnya bisu seribu kalimah. Malu dan segan ditatap dengan begitu asyik.
Jari telunjuk Rafiq merayap ke pipi isterinya. Dikuis debu putih yang bersisa di situ. Meremang bulu roma Sakinah disentuh selembut itu. Terusik jiwa kewanitaannya.
“ Kenapa comot ni? Kinah buat kerja apa kat dapur tadi? ” Tanya Rafiq. Sakinah pantas memegang pipinya. Disapu dan diseka kecomotan yang menodai wajahnya. Alamak, malunya kena tegur dengan suami!
Sorry, Kinah tak sempat nak bersihkan muka. Sibuk sangat buat cupcake kat dapur tadi.” Sakinah tersengih-sengih. Sumpah memang sedih kena tegur macam tu. Teringat pesan ibu yang selalu mengingatkannya supaya sentiasa menjaga kekemasan, kebersihan dan kecantikan diri bila berada dekat dengan suami. Hanya dengan cara itu barulah suami akan sentiasa memerhati dan menumpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

It’s okay, Kinah tetap nampak cantik dan manis.” Rafiq memuji.
Sakinah tergamam. Pujian yang lahir dari bibir nipis itu sukar ditakrif olehnya. Air liur ditelan kesat. “ Er, abang nak rasa cupcake yang Kinah buat? ” dia mengalihkan perbualan. Suasana yang hampir menyekat alur suaranya cuba dinyahkan.
Cupcake? Sedap ke? ”
“ Entahlah. Abang cuba makan lepas tu bolehlah bagi komen.”
“ Tapi sejak bila Kinah pandai buat cupcake ni? ”
“ Abang suka makan cupcake, kan? Umi cakap abang suka makan kek dan sekarang ni cupcake vanila dan strawberi dah jadi favourite abang, betul tak? ” aju Sakinah mesra bertanya.
“ Okey, jom kita ke dapur. Abang nak try cupcake buatan Kinah.”
“ Tapi sebelum tu minumlah dulu air tu, ” suruhnya. Rafiq menurut.
“ Silakan duduk,” pelawa Sakinah sambil meyorong kerusi untuk Rafiq. Senyuman tidak lekang di bibirnya.
Rafiq hanya mengikut rentak isterinya. Lapang dadanya melihat senyuman mekar di bibir merah Sakinah. Rafiq berasa teruja dengan keriangan si isteri.
Sakinah mengeluarkan cupcake yang baru siap dari refrigerator. Cermat tingkahnya menatang sedulang cupcake yang telah disusun cantik dan siap di ‘ising’ penuh. Rafiq menatap penuh minat. Bukan cupcake yang dinanti-nanti sebaliknya si pembawa cupcake yang membuat dia teruja. Leka dalam renungannya sendiri.

“ Abang rasa baik-baik tau. Kinah nak dengar komen daripada orang pertama yang merasa cupcake ni.” Arahnya manja. Berharap komen yang cukup positif terbit dari mulut suaminya. Sebagai penghargaan atas kesudiannya berguru dan menuntut ilmu daripada ibu mertuanya.
“ Okey,” Rafiq menjeling satu persatu kek-kek cawan yang digubah indah. Ditabur dengan manik-manik yang bewarna-warni di atasnya. Semuanya comel-comel belaka dengan ukiran bunga-bunga ros yang bewarna biru, kuning, merah jambu dan oren. Sebiji kek cawan di ambil oleh Rafiq.
            “ Macam mana? Okey tak? ” soalnya kurang sabar biarpun Rafiq baru merasa dengan satu gigitan. Terasa seribu debaran memalu dada. Apa yang penting bagi Sakinah ialah Rafiq sukakan kek cawan hasil air tangannya itu.
            Diam Rafiq menggelisahkan Sakinah. Rasa terdera dengan situasi itu. “ Tak sedap ke, bang? ” sayu suaranya.            
“ Kalau abang kata tak sedap apa yang Kinah akan buat lepas ni? Marah tak pada abang? ” Tanya Rafiq menjeling wajah mendung isterinya.
Sakinah mengetap bibir. Sedihnya. “ Kalau  tak sedap, lain kali Kinah takkan buat lagi.” Putusnya.Tercengang Rafiq mendengar balasan isterinya.
“ Cepatnya Kinah putus asa? Tak nak berusaha lagi buat kek cawan yang lebih baik? ”
“ Kinah memang nak usaha tapi rasanya abang tentu takkan suka cupcake buatan Kinah. Kinah confirm abang takkan suka.” Rajuknya teserlah. Sakinah tidak mampu menyembunyikan rasa kecil hati yang ditanggung. Sakit sangat. Dia lantas menarik semula sedulang kek cawan yang berada di depan Rafiq.
“ Hei, kenapa tiba-tiba merajuk ni? Suruh abang komen so, abang komenlah. Takkan tak boleh terima komen abang tadi? ” duga Rafiq mengusik gadis itu.
“ Kinah tak merajuk dan tak ada masa nak merajuk. Kinah cuma sedih itu aje.”
“ Okeylah, kalau macam tu abang nak tukar komenlah.”

“ Tak payah. Kinah tak suka dengar komen yang tak ikhlas, langsung tak membantu apa pun.” Getusnya geram. Rafiq tergelak kecil. Dia pasti Sakinah sedang berjauh hati dengannya.
Sakinah menarik nafas dalam-dalam. Tawa Rafiq mengundang pilu di hati. Mata redupnya mula berkaca-kaca retak. Sikit lagi air matanya pasti akan meleleh turun. Terkenang betapa penat dan susah untuk menghasilkan kek-kek cawan yang diberi sentuhan seratus peratus olehnya tanpa bantuan sesiapa.
Rafiq tersentak. Pantas tangannya mencapai lengan isterinya. Sakinah mengelak. Menghindar jauh dari suaminya. Rafiq bertindak meraih pinggang Sakinah dari belakang. Kaku Kejur tingkah Sakinah sambil memegang dulang kek-kek cawan.   
“ Nur Sakinah, jangan menangis please. Abang cuma bergurau. Cupcake tu sedaplah. Lagi sedap daripada umi punya.” Desisnya di telinga mulus isterinya. “ Please, jangan sedih. Seriously, I’m just joking. Your cupcake very delicious actually. Sangat-sangat sedap.” Ulang Rafiq berkali-kali.
“ Abang tipu..” selanya sebak.
“ Mana ada tipu, kali ni betul-betul punya. Sumpah, memang cupcake Kinah the best in the house!
“ Tipu! Abang bohong, ” Sakinah tetap tidak percaya.
“ Habis tu, Kinah nak abang buat apa supaya Kinah percaya? Abang tak bohonglah. Umi punya cupcake pun tak boleh tandingi cupcake Kinah. ”

Bibir mungilnya digigit. Sakinah tak mampu untuk membalas. Sekujur tubuhnya masih gamam dalam pegangan tangan sasa Rafiq. Pinggangnya ditaut erat. Ahh, baru dia sedar! Keadaan mereka berdua begitu dekat. Rapat sehingga dia mampu merasa dada suaminya berombak-ombak menghela nafas. Bergetar kepala lututnya. Dulang yang ditatang juga tidak keruan. Bila-bila masa boleh jatuh menimpa lantai bumi. 
“ Er, boleh tak.. abang lepaskan Kinah? ” pintanya dengan suara yang terketar-ketar. Gugup.
“ Sebelum tu abang nak tanya, Kinah marah ke pada abang? Please let me know if you’re not satisfied, ” Rafiq menuntut. Tidak betah jika Sakinah menyimpan rasa terkilan dan kecewa terhadapnya. Silap perhitungan mungkin ini adalah cupcake terakhir yang dapat dijamah olehnya.

“ Tak. Kinah tak marah. So, abang dah boleh lepaskan Kinah sekarang.” Jawabnya lekas. Ingin segera tautan Rafiq terlerai. Kalau diberi kuasa Sakinah mahu kuasa halimunan wujud dalam dirinya saat ini. Pasti akan dilenyapkan diri dari situasi yang melemaskannya kala ini.
“ Betul tak marah? So, Kinah percaya tak cakap abang, cupcake yang  Kinah buat lagi sedap dari umi punya.”
“ Tak baik bandingkan cupcake umi dengan Kinah punya. Nanti kalau umi dengar tentu dia kecil hati. Tak elok tau.” Selar Sakinah.
“ Okey, abang takkan bandingkan lagi. Hurm, Kinah percaya pada abang, kan? ” Sakinah mengangguk. Rafiq melepaskan sesak nafas yang tersekat. Tidak betah jika Sakinah berterusan sedih kerana ulahnya.
“ Er, sekarang abang dah boleh lepaskan Kinah..” desis Sakinah lembut. Dia terlalu malu sebenarnya.
“ Oh, okey..” terus Rafiq melepaskan pinggang ramping itu. “ Tapi please jangan merajuk lagi? ” sempat dia membisik.
“ Hurm..” Sakinah menapak laju ke refrigerator. Kebas kakinya lama-lama di samping jejaka itu. Lantunan jantungnya semakin tidak ketentuan.

And please jangan cerita dekat umi yang abang kata cupcake Kinah lagi sedap tau? Nanti umi merajuk pulak pada abang. Susah tau nak pujuk kalau umi dah merajuk.” Rafiq berpesan dengan lembut. Kedengaran manja di telinga Sakinah.
Sakinah tersenyum. “ Jangan risau ini akan jadi rahsia kita bersama.” Balasnya.
 Hurm, I like it. Sounds very catchy and to your cupcake I love it. Very sweet macam tuan cupcake tu.” Pujinya lagi.
“ Owhh, patutlah abang tak suka cupcake tu. Manis sangat ke? ” sangkalnya dengan lagak bendul. Rafiq tergelak kecil. Pantas dipiat hidung isterinya.
Cupcake tu sedap tapi gara-gara kemanisan Kinah dah terserap masuk dalam kek tu menyebabkan cupcake tu terlebih manis. Lain kali kalau nak buat kek tak payah tambah gula cukup sekadar secubit rasa sebab air tangan Kinah dah cukup manis untuk melazatkan setiap acuan kek yang diadun.”
Gulp! Sakinah tersedak air liur di tekak hikmatnya. Kata-kata Rafiq menelangkupkan jiwanya. Betul-betul boleh membuatkan tubuhnya melayang dibawa angin lalu. Terawang-awang dipukul ribut buatan Rafiq. Kenapa cute sangat ayat laki aku hari ni?  Asal tiba-tiba mulut dia jadi manis semacam? Kalau hari-hari macam ni boleh menggeletar tempurung lutut aku nanti. Tersilap langkah boleh tercabut kepala lutut tau! Sakinah mengerutu.

“ Eh, nak buat apa simpan cupcake tu? Tak nak bagi abang jamah lagi? ” mulut Rafiq muncung ke depan. Lagaknya manja dan mengada-ngada. Sakinah terkebil-kebil. Tak terkelip-kelip matanya.
“ Abang nak lagi ke? Oh, Kinah ingat abang dah tak mahu. Sorry,” Sakinah mengeluarkan semula kek-kek cawan yang disimpan.
“ Mestilah abang mahu. Tuan cupcake tu lagilah abang mahu.” Balas Rafiq bersahaja. Usikan yang lahir ikhlas dari segumpal hati.
‘ Ya, Allah..’ Sakinah menggenggam erat dulang cupcake. Menahan tubuhnya daripada rebah.     

Special Edition~ Bab 41

Hujan renyai turun setitik dua menimpa cermin hadapan kereta. Sakinah lantas tersedar kerana alpa melayan fikiran. Timbul rasa bersalah. Hujan mulai menitik membasahi bumi. Rafiq pula berada di luar tanpa membawa sebatang payung pun bersama. Gelisah duduk Sakinah di dalam kereta, risau hujan akan turun dengan lebat.
            Dekat hampir sepuluh minit Rafiq berada di luar sana sejak keluar kereta. Hujan yang menitis mula bertukar lebat. Sakinah tidak keruan. Pasti Rafiq teruk kehujanan gara-gara sate yang diidamkannya itu. Lemas otak Sakinah berfikiran begitu.
            Tuk..tuk..Sakinah memandang cermin lut sinar di sebelah tempat duduk pemandu. Pantas tangannya menarik kunci. Rafiq segera masuk ke dalam perut kereta.
“ Nah,” Rafiq menyerahkan seplastik sate yang dibungkus elok.
Sakinah mengambilnya lalu diletakkan di atas dashboard. Segera dia menarik sehelai dua tisu dari kotak tisu. Laju tangan Sakinah hinggap ke muka Rafiq. Terkial-kial sebelah tangannya membersihkan wajah suaminya yang basah. Sementara sebelah tangan lagi, erat merangkul Shafiq yang terlena.
Rafiq terkejut dalam tingkah Sakinah. Lembut jari-jemari isterinya mengusir titis-titis  air hujan yang mengenai hujung rambutnya. Perlahan-lahan mengalir suatu perasaan yang aneh. Menerpa ke seluruh organ dalaman dan menggundahkan ketenangan dirinya. Sentuhan Sakinah menggamit jiwanya menjadi tidak ketentuan. Pantas Rafiq mencapai tangan isterinya.
Mata mereka saling menyapa. Sakinah terkedu apabila pergelangan tangannya dipegang. Erat dalam genggaman. Sakinah terkesan sesuatu. Bibirnya dirapatkan. Hati Sakinah mula meresah kerana terlepas laku. Dia telah bertindak tanpa berfikir. Namun perlakuannya itu terdorong kerana rasa bersalah pada suaminya.
Tetapi nampaknya Rafiq tidak menyenanginya. Mungkin suaminya tidak selesa dengan sentuhannya biarpun dia berniat untuk menolong. Sakinah merapatkan bibir. Perasaan sesal menerpa. Malu bertindak di luar batasan kerana dia seorang wanita.
Tautan Sakinah dan Rafiq tidak terlepas. Malah anak mata mereka saling bertatapan. Merenung jauh ke dalam mata. Kedua-duanya nyata tertegun. Sakinah terkedu dalam panahan mata galak itu.
Nyata Rafiq juga sukar mengalihkan pandangan. Bagaikan ada sesuatu bisikan yang menariknya supaya terus beradu mata dengan Sakinah. Yang pasti mata isterinya yang terbentuk cantik bersama alis mata yang lentik, telah memakukan renungan Rafiq.
Rengekkan Shafiq mendesah. Sakinah dan Rafiq tersentak. Bagaikan tersedar dari mimpi panjang. Terlerai pautan tangan mereka. Rafiq memandang ke hadapan cermin  yang ditimpa hujan lebat.
Sakinah segera membuang pandangan pada Shafiq. Segera dia memujuk Shafiq. Menepuk lembut belakang badan si kecil agar lelap semula. Mungkin berasa terganggu dek postur tubuhnya yang tidak duduk menetap tadi. Menyebabkan Shafiq tidak selesa untuk tidur.
Walaupun begitu, Sakinah rasa lega dan lapang. Rengekkan Shafiq tepat pada masanya. Jika tidak, Sakinah tidak dapat menjangka perkara yang bakal dilaluinya jika terus ‘bermesra’ mata bersama Rafiq. Mujur Shafiq menyedarkan kealpaan yang menenggelamkan mereka beberapa saat yang lalu.
Rafiq mengerling anaknya yang mula meragam walaupun telah dipujuk isterinya. Diusap-usap lembut kepala anaknya. Sakinah berusaha menghilangkan ragam Shafiq.
“ Syuhh, jangan menangis..” pujuk Rafiq perlahan. Kemudian dicium ubun-ubun Shafiq. Sakinah hanya memandang perlakuan suaminya.
“ Abang tak mahu tukar baju? Baju yang abang pakai tu nampak basah benar,” soal Sakinah sambil menepuk punggung Shafiq. Membuatkan ragam Shafiq beransur baik.
“ Nantilah, kita berhenti di R&R.” Rafiq menghidupkan enjin.
“ Tak eloklah, abang. Nanti boleh kena demam, menyusahkan diri aje kalau tiba-tiba jatuh sakit.” Sakinah meluahkan pendapatnya. Menyanggah niat suaminya.
Rafiq menuntaskan pandangan pada Sakinah. “ Kalau abang sakit Kinah tak mahu jagakan? ” soalnya ingin menduga.
Sakinah melarikan matanya. Tertunduk memandang Shafiq. Lidahnya terkelu. Terkejut disapa persoalan itu. Tidak menjangka ianya muncul dari bibir Rafiq. Malah ganti bahasa diri suaminya juga telah benar-benar berubah.
“ Atau Kinah rasa menyusahkan terpaksa menjaga abang kalau abang sakit? Kalau sebab itu Kinah jangan bimbang, abang takkan menyusahkan Kinah,” kata Rafiq. Pedal minyak terus ditekan. Membelok keluar dari simpang masuk.
 “ Kinah tak bermaksud begitu. Jangan sangka yang bukan-bukan. Kinah cuma tak mahu abang jatuh sakit itu saja. Sekalipun abang sakit, susah atau tidak sudah menjadi kewajipan Kinah untuk menjaga dan merawat abang. Begitulah jika sebaliknya berlaku. Suami isteri harus saling menjaga kebajikan antara satu sama lain.”
Bicara Sakinah tenang. Matanya masih menatap Shafiq yang telah tertidur semula. Kemudian menoleh ke luar tingkap di sebelahnya. Membuang pandang melihat kekaburan di jalan yang disesaki dengan rintik hujan. Dia berdoa dalam hati agar Rafiq memahami apa yang diperkatakannya.
Rafiq terkesan. Kata-kata Sakinah lembut menampan gegendang telinganya. Bukan niat Rafiq untuk berburuk sangka pada isterinya. Cuma terselit keraguan di hati membuatkan Rafiq sengaja bertanya begitu. Dan sekarang kegusaran itu telah menjauh. Terhapus pergi dek bicara isterinya yang kedengaran ikhlas.
“ Abang bukannya nak bersangka buruk. Just curious,” tuturnya menyangkal kata-kata isterinya. Sakinah mengangguk.
Lapang jiwanya melihat anggukan isterinya. Mujur Sakinah tidak terasa dengan butir bicaranya. Rafiq kemudian meneruskan pemanduan dalam kehujanan. Tumpuan diberikan seratus peratus. Sesekali dia menjeling anak dan isterinya.
“ Er, boleh Kinah tanyakan sesuatu? ” gusar Sakinah memulakan perbualan  semula.
 “ Itupun kalau abang tak keberatan untuk menjawabnya,” cepat-cepat Sakinah menyambung ayatnya apabila melihat Rafiq hanya diam.
“ Tanyalah,” izin Rafiq.
“ Er..abang, dah maafkan Kinah? ” Sakinah bertanya sangat perlahan dan gugup. Bimbang dan risau akan penerimaan suaminya. Bagaimana jika kemarahan suaminya kembali menjelma? Sakinah tidak mahu itu terjadi.
Dahi Rafiq berkerut. Tidak dapat menangkap suara halus itu. “ Apa dia? Abang tak jelas.”
“ Tak ada apa-apalah,” jawabnya berselindung.
Rafiq mengetap bibir. Sekali lagi dia dihadapkan dengan situasi yang dibencinya. Dibiarkan terperangkap dalam satu persoalan. Rafiq pantas mencari tangan Sakinah lalu ditautnya. Terenjat Sakinah dibuatnya.
“ Kinah tahu, kan yang abang tak suka ditinggalkan persoalan dalam diri abang? Cuba berterus-terang dan jangan berselindung disebalik perkataan ‘tak ada apa-apa’ sedangkan Kinah ada perkara yang mahu diperkatakan.” Luah Rafiq. Sakinah serba salah.
“ Er, abang..dah maafkan kesalahan Kinah? ” tanyanya gusar.
“ Soal itu, Kinah jangan fikirkan lagi. Abang yang bersalah, abang minta maaf kerana menuduh Kinah yang bukan-bukan.” Katanya perlahan. 
Tanpa sedar Rafiq menggenggam kemas tangan isterinya. Sakinah menatap sekilas ke wajah Rafiq. Ternyata sukar mempercayai ungkapan maaf yang baru terbit dari mulut suaminya. Suatu perbezaan emosi yang amat ketara berbanding semalam.
“ Abang percayakan Kinah? ” Sakinah bertanya polos sekadar menyelami rasa hati Rafiq terhadapnya.
“ Soal percaya atau tidak, itu tak penting. Yang penting sekarang ini, abang berharap kejujuran wujud dalam perhubungan kita. Sekali Kinah cuba berbohong pada abang, I’m never forgive you. Kinah faham maksud abang? ”
Sakinah teguk liur. Ucapan suaminya mengandungi amaran keras. Walaupun begitu Sakinah mengangguk juga. Rafiq melepaskan nafas berat. Terasa lega dan lapang dadanya.
“ Buat masa ini, abang cuba meletakkan seluruh kepercayaan abang dalam perkahwinan kita. Biarlah masa yang menentukan, ” tuturnya ringkas. Dilepaskan tangan Sakinah sewaktu hampir sampai ke selekoh jalan.
Rafiq tidak mampu mengatakan lebih daripada itu. Memberi janji bahawa mereka akan berbahagia. Rafiq sendiri tidak pasti boleh menunaikannya atau tidak. Perasaannya pada Sakinah masih kesamaran. Masih kabur lagi hala tujunya. 
“ Kinah faham,” balasnya.
“ Abang tahu abang dah banyak berkasar pada Kinah selama ini. Maafkan, abang.” Rafiq berkata perlahan seakan berbisik. Tetapi Sakinah masih mampu menangkap percakapan suaminya.
 “ Kinah tak boleh maafkan abang? ” Tanya Rafiq kerana Sakinah mendiamkan diri.
“ Tak ada apa yang perlu dimaafkan, abang tak bersalah. Kenangan lalu yang telah  menjadikan abang begitu. Kinah terima kerana itu merupakan sebahagian daripada masa lalu abang. Cuma Kinah tak mahu perhubungan ini berterusan begini. Dingin dan hambar tanpa penghujungnya.”
Sakinah meluahkan isi hatinya. Sungguh Sakinah penat untuk melalui lagi episod pilu yang lalu. Letih untuk mengharungi kedinginan yang dihadiahkan oleh suaminya sendiri.
“ Insya Allah, abang akan cuba.” Rafiq menarik lagi tangan Sakinah. Lantas dibawa ke bibirnya. Sekilas ciuman dilekapkan ke tapak tangan isterinya, kemudian dilepaskannya.
Sakinah tercengang. Tertegun tubuhnya diperlakukan begitu. Tetapi Rafiq selamba menumpukan perhatian semula ke jalan raya yang telah lengang dengan hujan. Sakinah pantas melarikan anak matanya. Mahu mengusir debaran yang meribut di dada.

Rafiq tersengih dalam hati. Geli hati. Penangan kucupannya ternyata menjadikan Sakinah terlalu menggelabah. Ini akan menjadi satu titik permulaan yang baru! Tekadnya.