Assalammualaikum, okey cukup seminggu aii up satu lagi entry untuk readers sekalian. Yang untung kali ini, aii bermurah hati nak bagi double chapters, haha konon pemurahlah sangat! Hope u all enjoy with this n3.
“ Amboi, Ahmad Fadhli..kekasih hati depan mata terus tak ingat mak ya?!
Langsung tak bawa berjumpa, bertuah punya anak! ” Puan Norsal menjungkitkan
kening di tengah rumah. Hari sudah menganjak ke lewat petang, pukul 6. Semua
ahli keluarga dan sanak saudara sedang sibuk mengemas dari halaman depan
sehingga ke dalam rumah.Di bahagian belakang pula aktiviti menyental dan
mencuci periuk belanga sedang berlangsung dengan jayanya.
Fadhli terkejut
sebelum tersengih malu. Si gadis yang bersama ikut terkejut disapa dengan cara
begitu. Terhenti kerja menyapu di tangan.
“ Maaf mak..sebenarnya Li memang ingat nak
bawa Huda berjumpa mak tapi dari tadi mak sibuk buat kerja itu ini, berjalan ke
hulu ke hilir jadinya niat baik Li tertunda sekejap. Dah tu, terus langsung
lupa.” Fadhli membetulkan anggapan si ibu.
“ Yalah tu,”
mak Si Fadhli mencebik. Fadhli pula mengambil penyapu dari tangan Huda sebelum
menyorotkan mata pada Huda yang terpegun. Gementarlah tu!
“ Saya Huda mak
cik,” kata Huda lembut selepas tertunduk mengucup tangan Puan Norsal. Maklumlah
berdepan dengan bakal mertua perlulah berbudi bahasa supaya si mertua akan
berkenan serta jatuh hati dan moga semuanya berjalan lancar.
“ Mak cik suka
Huda bertudung, nampak manis.” Puan Norsal memuji. Sengaja menaikkan semangat
gadis itu untuk terus kekal berhijab. Kelak jika suatu hari Huda ditakdirkan
menjadi isteri kepada Fadhli dan gadis itu masih menayangkan rambut secara
bebas tentulah dosa tersebut akan beralih pula ke bahu sang suami. Amatlah
berat bahu yang menggalas dosa sendiri kemudian ditambah pula dengan dosa sang
isteri yang tidak mengikut syariat agama.
Pipi Huda sudah
melantun merah. Malu sungguh diangkat dengan pujian sebegitu sedangkan
hakikatnya ini kali pertama dia mengenakan tudung di kepala secara rasmi. Itupun
setelah puas Fadhli memujuk! Konon dia tak mahu hipokrit tapi akhirnya
tersipu-sipu dalam pujian ‘besar’ oleh bakal mertua.
Huda teguk
liur. Bakal mertua?? Alamak, mak Abang Fadhli suka tak dengan aku?! Manalah
tahu dia ‘reject’ dari awal-awal sebab aku ni on off bertudung. Ditambah pula, akulah perempuan
yang berani ‘menyerang’ majlis anak perempuan dia tadi! Mesti dia ingat aku
kaki huru-hara?! Aduh, ada tak jodoh aku dengan Abang Fadhli??
“ Cantikkan
mak? Kalu mak suka. Li lagi sukaaaa….” Meleret nakal suara si teruna pada
kedua-dua wanita kecintaannya.
Puan Norsal
terkesan dengan percakapan Fadhli yang tidak segan silu melahirkan rasa hati
walhal dia amat mengenali sikap perahsia dan pendiam anak terunanya ini. Fadhli
dianggap diam-diam ubi berisi. Hebat juga penangan gadis dihadapannya kini
kerana mampu menukar peribadi Fadhli menjadi seorang yang berbeza daripada diri
sebenar.
“ Tapi mak rasa
kecantikkan ini akan bertambah kalau si pemakai tetap dalam pemakaiannya.
Jangan dekat sini saja yang dipakai tapi dekat luar dibuka.” Pesan Puan Norsal
penuh erti. Huda tergamam. Rasa disindir pula. Fadhli pula terkelu. Hilang
modal untuk membela Huda. Itulah, aku dah kata mak aku memang akan berkenan
dengan stok wanita yang bertudung aje?!
“ Err, lepas
ni..Huda akan cuba belajar bertudung mak cik.” Balas Huda tersekat sedikit
butir bicaranya.
Puan Norsal
mengangguk penuh makna. Sebenarnya dia hanya sekadar mahu menguji sama ada
gadis itu akan membalas ucapannya secara positif ataupun negatif dan ternyata
Huda seorang yang pandai mengawal riak wajah serta tutur bicara yang
dilahirkan. Dalam erti kata lain tidak cepat melenting marah!
“ Yang ini
pilihan Li? ” Tanya maknya. Tanpa menanti sesaat dua Fadhli segera mengangguk.
Dalam hati siap berdoa supaya Puan Norsal berlembut hati mengangkat Huda
sebagai bakal menantu seterusnya menjadi bakal isterinya.
“ Lulus penilaian.” Puan Norsal berkata dalam
satu nafas.
“ Betulkah mak?
” Fadhli tidak percaya. Bulat matanya. Huda terkebil-kebil.
“ Yalah, dah
kamu pilih tentulah yang berkenan di hati mak jugak takkan mak nak tolak.”
“ Ya Allah
syukur.” Ucapnya gembira seraya melangkah mendekati Huda.
“ Ya Allah,
Ahmah Fadhli! Kamu tak sah lagi jangan nak buat benda tak baik! Ikut suka hati
nak bantai peluk anak dara orang, depan mak pulak tu! ” Puan Norsal menjerkah
sebelum Fadhli sempat menyentuh Huda. Hisyh, dah parah budak ni! Berani sungguh
membuat aksi lepas laku depan mak sendiri!
“ Patutnya kamu
peluk mak kalau seronok sangat sebab mak yang sampaikan berita gembira ni.”
Selar Puan Norsal lagi.
“ Mak..Li bukan
nak peluklah. Li cuma nak cubit pipi Huda, geram sangat! ” Fadhli membetulkan sangkaan
si ibu.
“ Amboi..nak
main cubit-cubit pulak! Kamu jangan macam-macam, sentuhan antara kamu berdua
haram tahu! Mak tak mahu kamu buat benda yang haram sebelum kahwin. Jaga-jaga
dengan tingkah laku. Kalau dari permulaan hubungan dah dicemari dengan perkara
yang haram nanti rahmat Allah susah nak hinggap bila dah kamu berdua dah
kahwin.”
“ Ya mak..Li
faham.” Jawab Fadhli mengangguk dalam rasa bersalah. Huda yang mendengar turut
terkesan dengan bicara Puan Norsal.
“ Kalau macam
tu, Li peluk mak ajelah! ” Fadhli pantas menerpa belakang maknya. Dipeluk erat
sambil berkata, “ untung-untung boleh mak meminang Huda cepat-cepat.”
“ Mak rasa
memang kena cepat-cepat meminang. Mak takut kalau kamu tersasar.”
“ Mak..Li
pandailah jaga diri. Orang dah besar dan matang, tak adanya nak tersasar ke
landasan tak elok.”
“ Mak percaya
dengan Li tapi.. jangan ingat kamu boleh bertahan sangat kalau dah berdua.
Syaitan sentiasa wujud untuk menyesatkan anak adam. Walaupun sekarang Li mampu
tapi di kemudian hari manalah tahu iman berkurang terus kamu lupa semuanya.”
“ Li faham
mak..insyaAllah semuanya akan selamat, betulkan sayang? ” sela Fadhli lalu
mengharapkan balasan Huda.
Huda mengangguk
bersetuju. “ Betul mak cik, kami akan jaga diri. Lepas ni, Huda akan jarangkan
masa bersama untuk mengelakkan perkara yang bukan-bukan.”
Fadhli telan
liur. Tersentak hatinya. ‘ Nak jarangkan masa? Biar betul? Mati kutulah aku
rindukan perempuan ni nanti?! Ah, aku mana boleh kalau tak jumpa nanti sasau
terbayangkan dia! Nampaknya aku terpaksalah cepatkan proses mengikat Huda
disamping aku!’
“ Baguslah
kalau macam tu. Jangan selalu bertemu, habiskan masa bersama. Kalau dah rasa
tak selamat berdua, beritahu mak cepat-cepat. Biar mak pergi meminang Huda
lekas-lekas nanti.”
Fadhli meletakkan
dagu di bahu maknya. “ Mak..tolonglah
pujuk Huda. Kalau Li yang ajak kahwin dia asyik mengelak. Macam-macam
alasan dia bagi. Li tak faham dia nak apa sebenarnya. Padahal Li on aje
bila-bila masa nak angkat nikah.” Bisiknya ke telinga Puan Norsal. Memohon pertolongan.
Barangkali Puan Norsal mampu menawan Huda yang degil.
“ Hrmm..nanti
mak tolong.” Gumam Puan Norsal. Dia semakin tidak percaya dengan tingkah Fadhli
yang semakin bercanggah. Saat ini anak terunanya pandai meluahkan perkara yang
dirunsingkan sedangkan sebelum ini begitu sukar. Sungguh anaknya telah
terpesona dengan panahan cinta.
Huda agak
terpinga-pinga dengan tingkah dua beranak itu. Dia orang berbisik pasal akukah?
Konspirasi apa yang Abang Fadhli cuba buat?
“ Hah, kamu
dekat sini Nor?! ” celah Encik Malik.
“ Kenapa bang?
”
“ Eh, manjanya
Fadhli hari ni! Bukan main lagi tayang peluk depan orang. Ada apa-apa rahsia
yang abang tak tahu? ” dia cukup teruja menonton perbuatan Fadhli yang
bertindak di luar kebiasaan.
“ Ini hah, dia
kenalkan bakal menantu kita.” Puan Norsal mengunjuk pada Huda. Gadis itu
kemudian tertunduk sedikit tanda hormat.
“ Oh, bakal
menantu kita?! Yang datang serang majlis
Abrar dengan Hanan tadi? ”
Huda mengetap
bibir. Malu gila! Terkelu lidahnya. Fadhli dan Puan Norsal tergelak besar.
“ Inilah Huda,
ayah. Bakal menantu havoc.” Fadhli menambah gurauan. Huda menjegilkan
matanya. Geram dan semakin segan.
“ Huda
namanya...cantik! Pandai pulak kamu mencari pasangan hidup, ayah ingatkan Li
tak suka terlibat dengan perempuan sampai kami risau memikirkan kamu. Rupa-rupanya
diam-diam dah ada yang berkenan di hati. ”
“ Nor ni lagi
terkejut, bang. Hairan sangat. Fadhli kita sekarang dah tak serupa dulu. Tadi
bukan main berani dia terus-terang pada Nor suruh meminang Huda cepat-cepat,
langsung tak berkias.”
Fadhli tergaru-garu
kepala yang tidak gatal. Malu sebenarnya. Bab Huda memang dia tiada kompromi. Sayang
sungguh dengan cinta hatinya ini.
“ Eloklah tu..
majlis Hanan dah selesai, kalau Li nak menyusul lepas ni pun molek sangat.”
Kata si ayah. Fadhli mengangguk tenang sambil menjeling gadis idaman hati. Huda
pula diam tidak berkutik.
“ Eh, kenapa abang cari Nor tadi? ” tiba-tiba
Puan Norsal tersedar.
Encik Malik
menepuk dahi kuat. “ Ya Allah, langsung terlupa pulak, Puan Zabedah nak jumpa
awak dekat bawah.”
“ Laaa, awat
tak habak awal-awal? Kesian Bedah tunggu saya lama-lama.” Terkocoh-kocoh Puan
Norsal mengangkat kaki. Encik Malik membuntuti isterinya yang kalut turun ke
halaman rumah. Tinggallah Fadhli berdua dengan Huda.
“ Apa yang
abang bisikkan pada mak abang tadi? ” soal Huda yang terlalu ingin tahu sedari
tadi cuma peluang untuk bertanya lambat menyusul.
“ Bila masa? ”
Fadhli hilang ingatan sekejap. Dia tidak berpura-pura. Pertanyaan langsung
daripada Huda membuatkan dia bingung sebelum bertindak mencari semula titik
perbualan bersama ibunya.
“ Eleh, nak
mengelak konon! Jangan nak tipu, Huda perasan dengan mata tau. Sebelum ayah
abang datang, abang ada bisikkan sesuatu dengan mak abang.”
“ Oh, yang
itu..Huda nak tahu ke? ” dia kembali mencapai ingatan yang total.
“ Mestilah nak
tahu, manalah tahu abang sengaja kutuk-kutuk Huda dekat mak abang.”
“ Mana ada
abang kutuklah, kalau Huda nak tahu abang siap puji Huda dekat mak.”
“ Abang cakap
apa? ” dia musykil pula. Puji?
“ Abang cakap Huda
dah tak sabar nak jadi sebahagian daripada orang Perak, masak gulai tempoyak
pun Huda dah pro! ” tutur Fadhli selamba.
“ Abang! Kenapa
menipu? ” tukas Huda terperanjat.
“ Abang
terpaksalah, supaya Huda semakin disayangi oleh mak nanti! ”
“ Tapi itu
tetap menipu, Huda mana reti masak gulai tu.”
“ Huda tak reti?
” Fadhli buat muka serius. Berkerut dahinya.
“ Yelah, Huda
tak reti dan tak pernah cuba pun! ”
“ Alamak, macam
mana ni? ” Fadhli sengaja buat suara risau dan bimbang.
“ Kenapa pulak?
” Huda makin tidak keruan.
“ Mak kata tadi
mak nak rasa hasil air tangan Huda.”
“ Hah? ”
melotot mata bulat Huda .
“ Mak nak Huda
buat gulai tu malam ni. ” Tambah Fadhli lagi!
“ Tengok tu,
siapa suruh abang menipu! Semuanya salah abang.” Bentaknya geram. Fadhli ketawa
besar sejurus itu.
JEMARI yang penuh dengan sabun naik ke pipi yang gatal. Hanan
menggaru-garu pipinya yang miang disapa angin petang. Kemudian ditangkap semula
gelas kotor yang berada dalam besin penuh berisi air sabun. Santai duduknya di
bahagian belakang rumah bersama tiga orang lagi sepupunya menyudahkan kerja mencuci periuk belanga.
“ Hanan,
sudahlah tu..pergi masuk dalam, dah banyak kerja kamu buat kang pengsan pulak.”
Kata Sufiah, kakak sepupu Hanan. Sufiah merupakan anak sulung Mak Ngah Fatimah,
wanita itu lebih tua daripada Hanan dan hampir sebaya dengan Fadhli.
“ Tak ada apalah
Kak Yah, Hanan boleh lagi .. mana ada penat.” Dia menolak suruhan itu walaupun
sebenarnya dia cukup penat dan lelah saat ini. Namun untuk berehat di dalam
bilik Hanan terpaksa berfikir sejuta kali sebelum membuat keputusan. Oleh sebab
tidak mahu merunsingkan kepala dia lebih senang meneruskan kerjanya daripada
melepak dalam bilik yang mengandungi seseorang yang ‘lain’ dan ‘asing’ baginya.
“ Pergilah
Hanan masuk, Miza, Kak Diah dengan Kak Yah boleh habiskan semua kerja. Tinggal
lagi sikit aje.” Nadiah menyuruh pula. Wanita itu merupakan anak sulung Mak
Lang Normah.
“ Betul Hanan
tak letih, alang-alang buat kerja baik Hanan habiskan.”
“ Mana ada letih
konon?! Dari tadi akak tengok kamu dok asyik mengurut-urut leher, itu bukan
sebab penat.” Tebak Sufiah.
“ Itu biasalah Kak Yah. Hanan cuma terasa
sengal duduk menegak macam ni, bukan sebab penatlah.” Sambil menjawab Hanan
mencuci piring.
“ Hisyh, budak
degil memang macam tu! Kalau dia pengsan pedulikan dia, Yah. Biar laki dia yang
angkat masuk bilik.” Tutur Nadiah mengalah dengan Hanan. Sedari dulu Hanan memang
suka bertindak mengikut kepala sendiri. Kurang mahu mendengar cakap jika gadis
itu telah membuat keputusan nekad.
“ Tak adanya
orang nak jatuh pengsan, macamlah Hanan lembik sangat! ” muncung mulutnya.
“ Yalah tu,
kalau kamu tak pengsan pun manalah tahu dia datang mengangkut kamu ke bilik.
Agenda lain yang diaturnya.” Sakat Nadiah dengan senyuman lebar. Sufiah
tergelak.
“ Kak Diah
jaga-jaga mulut tu, Miza bawah umur lagi! ” Hanan menjegilkan mata pada Nadiah
dan Sufiah yang terkekeh-kekeh ketawa. Maklumlah dua orang wanita itu telah pun
selamat berkahwin dan masing-masing sudah mempunyai sepasang anak.
“ Alah, Miza
bukan paham pun.” Sufiah menyampuk.
“ Miza
fahamlah, Kak Hanan nak tunggu Abang Abrar angkut masuk bilik, kan? ” jawab
Miza dengan muka yang penuh keyakinan. Spontan meletus tawa Nadiah dan Sufiah.
Hanan pula terlepaskan segelas kaca ke dalam besin semula. Terkejut dengan
fahaman Miza. Aduh, bahayanya bila orang dewasa bercakap dalam masa yang sama wujud
budak remaja sekali!
“ Hah, itu
Abang Abrar dah sampai.” Kata Miza kuat. Hanan terkedu.
“ Mana? ”
gesanya. Aduh, nak lari ke mana ni? Hanan buntu gila.
“ Baru turun
tangga dapur. Mesti dia nak bawak Kak Hanan ke bilik.” Miza berkata lagi. Hanan
bertambah terkejut dengan butir bicara Miza. Alahai, Miza yang masih muda dan mentah
mestilah tidak mengerti makna tersirat yang dibawa oleh tiga orang dewasa. Blur.
Balik-balik diulang perbualan mereka yang satu itu. Sufiah dan Nadiah makin
melambakkan tawa.
“ Laki kau dah
datang, Hanan. Siaplah kau nanti.” Nadiah menyakat nakal. Hanan pantas bangun.
Dia perlu mencari tempat lain untuk melindungi diri. Bila-bila masa Abrar akan
datang menerpanya dari arah belakang sementelah dia duduk menghadap besen
membelakangi pintu dapur.
“ Hanan,” Abrar
memanggil. Hanan tidak menghiraukan panggilan itu. Buat-buat tuli dan tidak
perasan dengan kedatangan suaminya. Dia bertekad untuk melarikan diri!
“ Eh..eh..”
Hanan hilang keseimbangan. Tergapai-gapai tangannya. Kakinya seperti
menari-nari shuffle di permukaan simen. Bagaikan orang pertama kali
turun lapangan ice skating.
Gedebuk!! “
Hanan! ” Sufiah, Nadiah dan Abrar serentak menjerit. Hanan jatuh terduduk.
“ Aduhhh...” keluh
Hanan. Berkerut hebat dahinya menahan hentakan kuat di punggung.
Abrar pantas
menghampiri. Dia mencangkung di sebelah Hanan. “ Kenapa cuai sangat?! ”
Hanan tidak
berdaya menjawab. Masih menggosok-gosok belakangnya yang sengal dan kebas.
Abrar mencabut selipar dari kaki isterinya. Selipar hitam yang telah hilang
‘bunga’nya dibuang ke tepi. Kemudian diselitkan tangan kanan ke bawah pelipat
lutut isterinya sementara tangan kiri menampung belakang Hanan. Berura-ura mahu
mencempung.
“ Eh, apa ni?!
” jerkah Hanan terkejut dengan reaksi Abrar.
“ Jomlah masuk
bilik,” Abrar berkata tenang.
“ Masuk bilik?
” terbeliak mata Hanan. Dia lantas menggeleng laju. “ Tak mahu, kerja saya tak
sudah lagi.”
“ Hanan larat
sambung kerja tu? Abang tengok tadi jatuh macam durian gugur. Kuat betul.”
“
Saya..boleh..” Hanan cuba bangkit. Terketap kuat giginya. Menahan sakit yang menyucuk-nyucuk
sekejap dan kemudian hilang. Datang dan pergi rasa pedih itu.
“ Tengok tu,
abang tahu Hanan sakit sangat. Jangan degil jom kita masuk bilik.” Abrar lantas
mencempung Hanan.
“ Itulah.. nak
larikan diri sangat sekarang dah jatuh. Jawabnya
kena angkut jugak dengan suami.” Senda Sufiah tidak sudah-sudah mengenakan
Hanan.
Ahhhhh…!!!
Jerit hati Hanan. Malu gila. Itulah Hanan siapa suruh kau berlagak poyo sangat!
Konon tak mahu dikatakan lembik padahal baru jatuh tergolek sikit dah kena
angkut macam popeye angkat Olive dalam tv! Ringan dan melayang-layang macam
angin. Cakap tak serupa bikin! Dasar budak lembik! Hanan mengutuk diri sendiri.
“ Abang Abrar
nak bawak Kak Hanan masuk bilik ya? ” tiba-tiba Miza menyoal suami Hanan.
“ Haah.” Abrar
mengangguk sebelum melangkah.
Hanan semakin
bertimpa rasa malu. Di depan Miza dia telah pun berjaya diangkut oleh Abrar.
Sungguh nyata perkara ini benar-benar berlaku. Paling Hanan segan jika satu
rumah mengetahuinya. Manalah mukanya mahu disorokkan kalau semua orang menyebut
kejadian ini.
Sampai di dalam
bilik, Abrar mendudukkan Hanan di birai katil pengantin. “ Sakit dekat mana?
Biar abang tengok.”
“ Dah tak
sakit.” Jawab Hanan ringkas. Takkanlah aku nak tunjuk kawasan mana yang tengah
sakit? Mati hidup semula aku takkan show off buat tayang unggul !
“ Betul? Tadi
abang tengok macam sakit sangat takkan tiba-tiba dah sembuh.”
“ Dah elok, tak
payah risaulah.”
“ Ini mesti
Hanan sengaja nak manja-manja dengan abang, kan? ”
“ Manja-manja?
Bila masa pulak? ” kening Hanan hampir bercantum. Kurang jelas dengan maksud
suaminya. Siapa pulak yang minta dimanjakan? Aku siap minta simpang keinginan
tu dalam kepala!
“ Yalah, Hanan
sebenarnya tak sakit pun jatuh dekat dapur tapi sengaja buat riak sakit sangat,
sengaja nak tunjuk manja suruh abang angkat masuk bilik, kan? Hanan nak tarik
perhatian abang, kan? ” sangkal Abrar dengan riak bahagia.
Ya Rab!! Kalau
tidak dikenangkan Abrar itu suami, Mahu Hanan pulas telinga dan ketuk-ketuk
kepala yang suka buat spekulasi yang langsung tidak berasas. “ Nonsense!”
gumamnya.
“ Tak betulkah
apa yang abang cakap? ”
“ Langsung
tak.” Tukasnya bernada rendah. Tidak berani menempelak seperti sebelum kahwin.
Abrar kemudian
duduk di samping isterinya. Melabuhkan punggung di birai katil juga. Tangan
halus itu dicapainya. Hanan kaget. Abrar mengucup lembut telapak tangannya.
Berdebar-debar jantung Hanan dengan tingkah laku sang suami.
“ Wanginya,
macam bau lemon.” Desis Abrar lembut. Hanan terpinga-pinga. Lemon? Seraya itu
dia tergelak.
“ Kenapa gelak?
” Abrar bingung. Aku tengah berusaha nak wujudkan satu scene romantic
boleh pulak dia gelakkan aku?! Apa ke halnya yang lawak sangat?
“ Saya tak
habiskan lagi kerja mencuci dekat belakang tu, memanglah berbau lemon. Tangan
pun tak sempat nak bilas dengan air.” Hanan tertawa kecil.
“ Oh, yeke?
Patutlah lembut semacam.”
“ Kenapa Hanan
tak kejutkan abang sebelum keluar bilik? Ingatkan nak tolong mengemas sekali
dengan yang lain.” tutur Abrar lagi sambil menatap mata isterinya. Namun cepat
saja Hanan melarikan anak mata.
“ Saya tengok
awak macam penat sangat, sebab itu saya biarkan awak tidur.”
“ Abang memang
penat pun tapi takkanlah sampai selfish sangat tak mahu bantu yang lain kemas
rumah. Nanti apa kata orang, pengantin lelaki pemalas betul. Lepas masuk bilik
terus tak nampak muka.”
“ Awak..tak ada
siapa yang akan cakap macam tu. Dia orang faham yang kita pengantin baru.”
“ Hrmm, betul
jugak, kan? Tadi puas sangat abang tidur rasanya malam ni confirm tak penat.”
“ Baguslah. ” Hanan
membalas tanpa memahami maksud tersirat sang suami.
“ Apa kata
Hanan tidur sekarang? ” cadang Abrar.
“ Nak buat apa
tidur sekarang? Dah senja pun.” Hanan meningkah. Pelik.
“ Sekarang
Hanan mesti penat, kan? Lagi baik rehat dan tidur sekejap, dah masuk maghrib
nanti abang kejutkan.” Suruh suaminya. Hanan makin penasaran.
“Kenapa pulak
nak tidur sekarang? ”
“ Sayang punya
energy mesti dah lemah sekarang, kalau tak tidur sekarang mesti malam ni Hanan
masuk tidur awal. Tak pasal-pasal kita terpaksa tangguhkan malam pertama. Abang
jugak yang rugi nanti. ” Bibir Abrar tersengih kecil. Wajahnya berseri macam bulan
purnama.
Berdesing
telinga Hanan saat dua patah perkataan menyapa telinganya. Malam pertama??
Sebutannya saja sudah membuatkan dia meremang satu badan. Apa lagi mempraktikkannya?!
“ Err..saya
pergi mandi dulu.” Hanan bangun dari birai katil.
“ Okey, lepas
mandi nanti tidur sekejap tau. Nanti abang gerak Hanan bila dekat maghrib.”
Abrar menitipkan pesanan yang sama berulang kali. Seperti mengingatkan haknya
sebagai suami. Hanan sebagai isteri tentulah wajib menurut.
Hanan kelu
seribu kata. Sedikit pun tiada balasan. Maknanya dia memang akan melalui
perkara itu juga sama ada mahu atau tidak, terpaksa atau rela. Tanpa berfikir
panjang, kakinya laju menapak ke bilik air yang berkembar dengan bilik tidur
itu. Ingin dijirus kepalanya yang tidak putus-putus memikirkan kata-kata Abrar.
Ngeri.
Tok..tok..Hanan
yang merenung kolah air tersentak. Ketukan di pintu mengejutkannya. Abrar? Dia
nak apa pula kali ni? Hanan semakin gementar. Kepala lutut seperti mahu rebah
ke lantai bilik air.
“ Awak...nak
apa? ” soalnya tika daun pintu bilik diselak sedikit.
“ Ini, Hanan
lupa bawal towel.” Abrar menyuakan tuala. Hanan terkulat-kulat.
“ Nak tuala
tak? ” tegur Abrar pada isterinya yang kelihatan kabur dengan kata-katanya.
Hanan pantas
mencapai tuala tersebut. “ Terima kasih.”
Abrar
menghinggapkan telapak tangan ke pipi Hanan. Dia membelai lembut. “ Sama-sama,
sayang. Kasih Hanan selalu tersemat dalam dada abang.”
BAB 18
Hanan segera menyingkap selimut lalu menyelubungkan tubuh di
bawahnya gara-gara terdengar pintu diketuk dari luar. Bantal peluk diletakkan
di tengah-tengah katil. Konon sebagai pertahanan dan perisai untuknya
berjaga-jaga. Tubuhnya segera dikalih ke sebelah dinding sana. Membelakangi
tempat tidur sebelah kirinya, tempat yang bakal Abrar tidur.
“ Buat apa nak
ketuk-ketuk Abrar? Masuk ajelah dah jadi bilik kau pun.” Jerit suara dari luar.
Hanan mencebik geram. Itu suara alongnya. Sengaja mengharu-birukan satu rumah.
Sengaja mahu bikin gempak di malam pertama yang bagaikan malam perhitungan antara
hidup dan mati.
Selepas itu,
Hanan terdengar pintu dibuka. Dia memejamkan mata. Menenangkan gejolak yang
berpusar di kepala dan dada. Abrar mengukir senyum kecil. Dah tidur? Awalnya
tuan puteri beradu, takut dengan raja sehari ke? Hati Abrar berbisik nakal.
Pintu almari
dibuka. Dicapai seluar bermuda dan t-shirt. Baju Melayu hijau lumut yang
tersarung di tubuh ditanggal dan diganti pula dengan t-shirt sleeveless berwarna
blue black. Short pants pula di sarung dari dalam kain pelikat.
Dalam lemas
berselubung, Hanan cuba mengintai tindak-tanduk suaminya yang tiba-tiba menyepi
selepas menerjah masuk ke dalam biliknya.Terbelalak biji mata Hanan. Terkejut
menonton bentuk sebenar tubuh lelaki itu tanpa baju. Tiba-tiba Hanan berasa
seram sejuk. Besarnya badan dia, macam anak gajah. Kalau macam ni confirm
lenyek badan aku macam sardin dalam tin! Lenyek?? Pantas dia mengeleng-gelengkan
kepala sebab bayangan yang muncul terlebih ngeri. Otaknya terlebih bekerja
malam ini, sampaikan bayangan yang bukan-bukan pula muncul. Terlalu
menggerunkan!
Demi melihat
selimut yang bergerak-gerak, Abrar pantas menoleh. Spontan bibirnya meletuskan
tawa kecil. Oh, dia pura-pura tidur rupanya! Takut dengan Raja Abrar ke? Tak
pun Hanan nak main hide and seek dari sebalik selimut tu? Nak suruh aku
buat aksi rentap selimut ke?
Hanan
terkebil-kebil. Tawa Abrar buat dia jadi pelik. Eh, entah-entah dia perasan aku
tak tidur lagi? Alamak, macam mana ni? Okey-okey tenang…tarik nafas..jangan
kalut Hanan.
Lampu bilik
tidur ditutup. Hanan cuak. Sejurus itu, terasa katil yang dia baring
bergerak-gerak. Ya Allah, tolonglah aku ! Jeritan jiwa Hanan bergema.
Senyumannya
tidak pernah mati buat Hanan. Bantal peluk digolek ke tepi. Abrar membaringkan
kepala di bantal yang sama dengan isterinya. Mahu berkongsi segalanya dengan
Hanan.
“
Assalammualaikum..” serunya.
Hanan mati
kutu. Matanya dipejamkan erat-erat. Lantunan kencang jantungnya tidak mampu
dikawal lagi. Dia cuba reda. Cuba merelakan kerana Abrar suami. Meremang bulu
roma Hanan apabila hidung Abrar bergerak-gerak dicelah rerambutnya. Dari
sentuhan tersebut, Hanan dapat merasakan kemancungan hidung suaminya. Sumpah,
satu badannya geli-geleman!
“ Wanginya..”
gumam Abrar. Perasaannya terbuai-buai.
SubhanaAllah, Walhamdulillah, WaLailaha illallah WaAllahuakbar..berlagu-lagu pujian dalam hati Hanan untuk Allah disebabkan terlalu seram. Macamlah suami dia tu orang minyak!
Jari-jemari Abrar bermain-main dengan cuping telinga isterinya. Sengaja memprovok reaksi Hanan. Mahu menonton sejauh mana kesanggupan Hanan terus berlakon menghadapinya.
Abrar, please
stop it! Jerit hati Hanan. Tidak berdaya jerit pakai mulut. Hanan tahu dia
bakal memperoleh dosa jika menolak kemahuan suami. Dia tahu malaikat akan
melaknat dia dari malam hingga ke pagi. Oleh itu, Hanan cuba pasrah. Cuba
ikhlaskan hati. Terngiang-ngiang kata pensyarahnya, jadi seorang isteri bukan
sahaja mudah peroleh pahala tetapi mudah juga terjerat dalam dosa. Tarik muka
sikitpun dah dapat dosa!
“ Hanan, tolong
bangun. Abang tahu Hanan tak tidur lagi.” Arah Abrar. Hanan terkejut. Bulat
matanya. Arahan apa ni?
Abrar bangkit.
Duduk bersila di tepi Hanan. “ Hanan..” serunya lagi.
Hanan ikut
kemahuan itu. Dia bangun. Tidak memandang Abrar yang setia memandangnya.
Walaupun bilik telah dimatikan lampu, keadaan bilik tidaklah kelam sepenuhnya.
Di bahagian atas dinding bilik tersebut telah ditebuk lubang-lubang pengudaraan
walaupun tingkap telah wujud sebelumnya. Apabila malam menjelang, cahaya dari
ruang tamu akan tersimbah melalui lubang-lubang tersebut menyebabkan biliknya
terhindar dari kegelapan malam.
“ I’m not going
to touch you.” Putus Abrar.
“ Kenapa? ”
Tanya Hanan tenang walaupun sebenarnya dia terperanjat. Sungguhpun begitu, dia
lega. Dalam hati melonjak-lonjak gembira.
“ Hanan tak
kisah? ” Abrar pula terkejut. Nada suara Hanan seolah-olah merelakan. Terlalu damai
dan bersahaja. Seperti air yang sepatutnya berkocak tetapi tidak biarpun
dilontarkan batu. Mustahil !
“ Saya dah jadi
isteri awak, nak tak nak saya kena penuhi tanggungjawab saya.” Tenang lagi.
“ Without love?
Hanan tak kisah? ” Abrar bagaikan tak percaya dengan pernyataan isterinya.
“ Tak ada
bezanya kalau awak ‘ambil’ saya sekarang atau selepas ni, perasaan saya tetap
sama.”
“ Ada bezanya!
Sekarang memang Hanan tak ada perasaan pada abang tapi selepas ni abang yakin
perasaan itu akan ada. Perasaan yang sama dengan abang.” Ungkap Abrar
bersungguh.
Hanan tergelak. Sinis. “ Jangan yakin sangat
kita belum tahu apa yang bakal terjadi nanti.”
“ Betul, tapi
Hanan pun tak boleh yakin sangat yang Hanan takkan ada feeling pada abang. Kita
belum tahu apa yang terjadi di masa depan.” Abrar memulang paku buah keras.
Hanan terdiam.
Mati kata bila kata-kata Abrar memerangkapnya.
“ Kita
bertaruh! ” Getus Abrar. Hanan terkulat-kulat. Tidak faham.
“ Wanna bet? ”
ulang suaminya. Bercahaya bulat mata kuyu itu.
“ Bet for what?
” Tanya Hanan hairan.
“ Abang
bertaruh, dalam masa enam bulan abang akan buat Hanan jatuh cinta pada abang. Selama
enam bulan itu jugak abang takkan sentuh Hanan, selagi Hanan tak ada feeling
pada abang. Dalam erti kata lain, abang takkan sentuh Hanan tanpa cinta dalam
tempoh tu.”
“ And then saya
nak bertaruh untuk apa? ”
“ Terserah pada
Hanan.”
“ Kalau saya
tetap tak ada feeling pada awak selepas enam bulan, maknanya awak kalah? ”
“ Yup! ”
“Jadi kita bet
for what reason? ”
“ Just for
fun.”
“ Ohh, saya
ingat awak nak lepaskan saya kalau awak kalah.” Selar Hanan meluahkan
sangkaannya tanpa berfikir panjang.
Abrar tersentak.
“ Jadi, itu yang Hanan harapkan kalau abang kalah? ”
Gullpp! Air
liur yang ditelan terasa sukar nak melepasi kerongkong. Hanan terkelu. Dia
terlepas cakap sedangkan bukan itu harapannya. Hanan cuma meneka. Masakan dia
mahu pertaruhkan perkahwinan yang baru ‘hidup’ sehari. Abrar sudah tersalah
sangka.
“ Er, bukan
tu.. maksud saya..” tersekat-sekat Hanan berbicara. Mahu menangkis prasangka
itu.
“ Kalau
perpisahan yang Hanan mahu, jangan risau..” katanya dengan ayat tergantung.
Hanan
tercengang. Jangan risau ??
“ Hanan boleh
mintak perpisahan daripada abang tapi bersyarat.” Abrar menyambung kata.
“ Jangan nak
merepek, saya tak kata pun nak berpisah.” Hanan menyanggah.
“ Abang kata
kalau Hanan nak, abang ada syarat untuk Hanan penuhi sebelum abang tunaikan
hasrat Hanan.” Abrar sengaja bermain
dengan kata-kata. Mahu menduga Hanan.
“ Awak, saya
cuma terlepas cakaplah. Takkan itu pun nak ambil serius! ” Hanan bengang.
Mukanya cemberut. Masam sangat.
“ Syaratnya..”
jeng..jeng..jeng.. Abrar geli hati. Alahai.. comelnya dia buat muka kelat macam
tu!
“ Awak! ” tekan
Hanan.
“ Hanan kena
lahirkan sepuluh orang anak untuk abang! ” Tegas Abrar lantang.
Hanan
terperanjat. What? Lahirkan anak?? Sepuluh orang pulak tu!!
“ Anak tu
mestilah product kita berdua, naturally. Lahir dari rahim Hanan bukan wanita
lain.” Tambah sang suami. Hanan
mencebikkan mulut.
“ Macam mana
kalau saya tak nak? ” Balas Hanan kerana rasa tercabar.
“ Terpaksalah
Hanan terikat dengan abang sampai bila-bila, sampai nyawa abang padam.” Mesra dan bersahaja jawapan Abrar.
“ Habis tu,
tadi awak kata takkan sentuh kalau saya tak ada feeling pada awak. Macam mana
pulak tu? Anak takkan ada kalau awak tak bertindak.” Hanan membidas berani.
“ Kalau macam
tu, Hanan kenalah ada feeling cepat-cepat dengan abang barulah proses nak
mengandung jadi cepat. Setahun seorang, sepuluh orang maknanya sepuluh tahun.
Fuhh, lama tu! Kalau Hanan nak lagi cepat bebas daripada abang, you have to
make it twins every year.” Ceria sungguh nada suara Abrar. Nakal dan miang
sangat!
Berkerut hebat
dahi licin Hanan. Marah. Dia rasa sangat-sangat tercabar. Tidak terfikir
olehnya untuk berpisah tetapi kata-kata Abrar telah menyalakan semangat apa
entah sehingga Hanan merasa kewibawaannya dicabar dalam diam. Abrar seolah-olah
mahu menjeratnya dengan syarat tersebut, walaupun sebenarnya dia bukanlah mahu
mempermudahkan proses pembebasan diri daripada Abrar.
“ Bila dah cukup sepuluh orang semuanya, abang
nak Hanan susun dia orang mengikut dari yang pertama sampai nombor sepuluh.
Waktu tu abang nak Hanan tenung dulu muka dia orang satu persatu, after that
barulah Hanan boleh minta abang lepaskan Hanan. Abang nak tengok sejauh mana
kesanggupan Hanan lukakan hati anak-anak dan.. abang confirm Hanan takkan
sanggup! ” Abrar bercakap sambil membayanginya. Bibirnya asyik tersenyum.
Hanan bengkek!
Gigi diketap kuat. “ Tak payah nak berdrama, perkara tu takkan
terjadi! ”
“ So you will
get stuck with me, forever...” desis Abrar lancar ke telinga isterinya.
Bengang punya
pasal Hanan campak bantal peluk ke muka Abrar. “ Pergilah berangan
sorang-sorang, tak payah merepek kat sini.”
Abrar
tergelak-gelak. Bantal peluk dicampak ke dinding. Terkeluar dari petak
katil. “ Hurmm.. bantal peluk dah
hilang, sempadan antara kita pun dah tak ada. Maknanya.. lagi cepat kita nak
buat baby.” Gumam Abrar mengusik. Sengaja nak bikin Hanan kalut.
“ Sentuhlah
kalau nak sangat! Saya tak kisah pun. Tapi hati saya tetap kosong, without
love.” Tekan Hanan dengan mata yang terjegil. Lantang. Ya, dengan bangga Hanan
akui dia kini sedang mencabar tindakan suaminya.
“ Hanan…Hanan…”
tergeleng-geleng kepala Abrar. Walaupun terasa dicabar, dia mengambil sikap
bertahan. Dibiarkan cabaran tersebut bermain di bibir Hanan saja.
“ Kenapa, awak
tak berani? ” cabar lagi. Berbisa sungguh mulut Hanan.
“ Jangan cabar
abang..sekali abang sentuh, Hanan takkan mampu tolak abang. Bila abang kata
abang akan sentuh Hanan dengan cinta, I really meant it. Bila sampai waktunya
abang akan pastikan tubuh dan jiwa Hanan bersatu dengan abang dengan sepenuh
cinta. Jangan sampai Hanan menggeletar satu badan disebabkan sentuhan abang.”
Gumamnya beramaran. Suara garaunya kedengaran lembut dan romantis tapi terselit
ketegasan di dalamnya.
“ Eleh,” cebik
Hanan. Menjeling pada suaminya yang bersifat yakin sangat. Sebenarnya Hanan
mahu memprotes lagi tapi dia gerun. Tidak berani berkata lebih. Tidak disentuh
pun tubuhnya sudah menggeletar dengan kata-kata itu, apatah lagi jika dia terus
membuka mulut. Alamatnya, malam ini dia bakal ‘diulamkan’ oleh suaminya.
“ Sebenarnya,
Hanan betul ke tak kisah? Tadi abang sentuh sikit pun badan tu dah vibrate
semacam, macam mana nak buat lebih daripada tu? Lain kali kalau takut jangan
tunjuk berani nanti buruk padahnya.”
Abrar mengutuk.
“ Eh, awak
jangan..”
“ Sudahlah,
lagi baik abang tidur. Cakap banyak-banyak pun tak guna, bukan abang dapat apa
pun. ” Abrar memotong bicara Hanan. Bantal ditepuk sebelum meletakkan kepala.
Hanan
mendengus. Marah sungguh dia. Abrar sengaja menjolok api dan dia sedang
terbakar kala ini. Sabar Hanan, sabar..dia saja nak buat kau marah sebab dia
tak dapat kau! So, jangan terjerat dalam amarah nanti kau pulak yang hangus
terbakar malam ni. Biarkan Abrar menang malam ni, esok lusa kau boleh serang
balas. Ada ubi ada batas, ada hari kau boleh balas balik!
Keluhan
dilepaskan. Cuba menarik nafas dengan tenang. Hanan kemudian membaringkan
tubuhnya elok-elok di sebelah kanan tilam. Dikalih badannya membelakangi Abrar,
tidak dihiraukan suaminya yang tidur di sebelah kiri sana. Jarak antara mereka
tidaklah jauh mana, lebih kurang 50 cm.
Terkedu. Mata
Hanan terbeliak. Pinggangnya dirangkul dari belakang. Ditarik rapat ke tubuh
orang yang merangkulnya. Hanan memejamkan mata sambil mengepal erat tangannya.
Mengawal tekanan perasaan yang tidak ketentuan. Tadi kata tak nak sentuh! INI
APA??
Bertambah
tergamam. Hanan telan liur. Tangan kekar Abrar merayap pula ke perut. Bibir
diketam menahan rasa.
“ Kurang
daripada setahun my baby akan menginap di sini, believe it me! ” bisiknya
seraya pipi comel Hanan dikucup lembut.
“ Jangan
yakin...”
“ Don’t talk.
You’re not allowed to talk. Just sleep.” Pintas Abrar mendiamkan Hanan.
Hanan merengus.
Tidak puas hati. Namun Hanan ikut juga arahan suaminya. Masih bersisa rasa
takutnya jika Abrar bertindak macam-macam gara-gara mulutnya. Sudahnya Hanan
membiarkan tindakan Abrar. Pelukan suaminya tidak ditolak namun tidak juga dia
merelakan. Hanan senyapkan mulut walaupun kurang sudi kerana Abrar mempunyai
hak itu. Dia perlu ikhlas untuk saat ini kerana segalanya akan dibalas dengan pahala
apabila rasa keikhlasan itu timbul.
NAKAL matanya menjelajah ke setiap pelusuk paras gadis itu. Anggota
wajah yang Abrar rasa cukup sempurna baginya tentulah pada mata bundar yang
terkatup rapat bersama bulu mata lentik. Melihat kejernihan mata itu Abrar
tertawan dan lemas dek keindahannya. Ibu jarinya kemudian naik mengusap alis
mata yang terbentuk rapi, melurut dari pangkal ke hujungnya. Lembut.
Kelopak mata
Hanan bergerak-gerak. Berasa terganggu. Namun tidurnya masih lena. Tidak
perasan ada mata ‘helang’ yang sedang menerkam seluruh raut bujur sirihnya.
Abrar merenung
tanpa puas, sehinggakan dia mampu perasan di atas hidung mancung tirus itu
punyai sebijik tahi lalat yang sangat kecil. Pipi putih gebu isterinya direnung
geram, comel sungguh. Mahu rasanya Abrar melekap bibir ke situ namun segera
dikawal kemahuannya. Menjamah wajah Hanan pagi itu seperti menjamah snek
sarapan buatnya. Sampaikan Abrar rasa kenyang dalam bahagia. Lagi- lagi dia
tersenyum.
Penat. Tangan
yang menongkat kepala di bantal dijatuhkan. Dia bangun. Duduk rapat ke sisi
Hanan. Kali ini dia meletakkan kedua-dua belah tangannya ke kanan dan kiri
isterinya. Sengaja membuatkan Hanan terperangkap dalam kurungan itu. Wajahnya
dibawa dekat ke wajah isterinya. Abrar diamkan posisi mukanya sambil merenung
bibir mungil Hanan. Warnanya merah segar, tidak pucat, tidak kering dan tidak
basah. Dia terus merenung asyik.
Tiba-tiba Abrar
rasa sehalus getaran asyik mengusik dada. Dia meneguk liur.
Kepalanya laju
menggeleng. Tak bolehlah Abrar! Tak boleh! Ini dah melanggar apa yang kau janji
semalam. Kau sepatutnya tak boleh berlebihan. Kalau Hanan terjaga macam mana?
Mesti dia marah-marah. Lagipun kau dah janji nak sentuh dia time dia dah ada
feeling dekat kau, sekarang belum masanya. So, kau mesti bertahan. Tengok aje,
jangan sentuh! Jangan terleka dengan keindahan depan mata nanti kau tersungkur
kalah depan Hanan. Kau nak ke Hanan label kau sebagai suami yang cakap tak
serupa bikin?? Suara otaknya menegah. Abrar telan liur lagi. Hampa.
Untuk melupakan
keinginan yang tergencat. Abrar meniup angin halus ke wajah Hanan. Mahu
mengusik sekaligus membangkitkan isterinya dengan cara yang ‘halus’. Tiada
respon lalu ditiup lagi. Kali ini kelopak mata Hanan bergerak-gerak. Berkerut
kening dan dahinya disebabkan terganggu.
Hanan terasa
wajahnya berangin. Sangat-sangat pelik. Mata terpisat-pisat, mengumpul tenaga
untuk membuka lebar dan luas mata. Terkebil-kebil sesaat sebelum mata Hanan
melotot, nyaris dia tak terjerit akibat terperanjat.
Wajah Abrar
menyapa. Dekatnya beberapa inci saja dari parasnya. Hanan terkaku. Pasti muka
mereka bakal bersentuhan jika dia bergerak. Lagi-lagi bibirnya benar-benar
selari dengan bibir suaminya. . Tak semena-mena dia terhadiahkan Abrar sebuah
ciuman selamat pagi.
“ Boleh ke tepi
sikit? ” suruhnya setelah sedar tubuhnya terangkum dalam kepungan Abrar.
“ Good
morning,” ucap suaminya. Hanan menjeling. Episod malam semalam masih terakam di
benaknya. Rasa geram di bawa sampai ke dalam mimpi dan akhirnya masih terbias
kala ini.
“ Okay, good
morning, sekarang boleh ke tepi? ” ucapnya tanpa mood.
Sengih. Tanpa
rasa tergugat Abrar diamkan posisinya.
“ Awak..saya
minta tolong ke tepi sikit boleh? ” Hanan mengucapkan dengan sebaik bahasa.
“ Kalau abang tak nak, Hanan nak buat apa? Nak
jerit ? ”
“ Habis tu,
awak ingat saya seronok tengok awak tahan saya macam empangan air Chenderoh ?
Dah tak ada aktiviti lain yang nak difikir waktu subuh macam ni selain dari ini?
” dengan rasa bengang dia menjawab tetapi kawalan suara tetap bernada rendah.
Kalau dah
boring sangat tak payahlah tenung muka aku macam nak telan, bukan dapat apa
pun! Pergilah mengaji ke, solat hajat ke? Sibukkan diri dengan benda
berfaedahkan lagi bagus, sekali dapat top up account pahala daripada
Allah.
“ Garanglah
Hanan ni, baru malam tadi kita tidur sama-sama. Pagi ni dah bertukar macam mak
tiri Cinderella. Nasib baik muka tu tak bertukar sekali kalau tak sekarang jugak
abang lompat dari katil ni.” Canda Abrar dengan senyuman mesra.
Hanan ingin
menjeling tapi ditahan. Bibir pun dikawal daripada mencebik. Langsung tidak
terusik dengan gurauan suaminya sebaliknya dia rasa panas hati. Abrar masih
berdegil. Tidak berkutik tubuhnya daripada terus mengepung Hanan.
“ Dahlah malam
pertama kita tak macam orang lain.” Sungut Abrar dengan bibir terjuih. Hampa
rasanya tidak dapat menawan Hanan secara mutlak.
“ Kenapa mesti
merungut? Saya dah cakap, suka hati awak nak ‘ambik’ saya bila-bila masa pun,
tapi tiba-tiba awak yang nak bertaruh. Awak ingat lagi tak? Dah lupa malam tadi janji apa? ” provoknya
sambil menjungkitkan kedua belah kening.
Hanan sengaja
menggunakan kesempatan yang ada mengingatkan suaminya yang amnesia itu.
Kata-kata bongkak yang dilemparkan penuh yakin oleh Abrar diungkit semula.
Biarpun sebenarnya dia cukup kecut membayangkan kalau-kalau Abrar berniat
melupuskan taruhan yang dibuat. Sehingga pagi ini, Hanan bersyukur Abrar bijak memberi dia masa untuk bersedia
‘bersama-sama’ mengharungi rumah tangga yang baru terjalin ini.
“ Abang tak lupa. Sengaja abang nak ingatkan
Hanan semula tentang pertaruhan semalam dan abang dapat rasakan Hanan sebenarnya
lega bila abang buat keputusan tu.”
“ Suka hati
awak nak cakap apa, I’m not interested ! ” selanya perlahan tapi tegas.
“ Hanan ni ego,
kan? Sengaja keraskan diri.Tak nak mengaku dalam hati Hanan sebenarnya langsung
tak bersedia terima abang tapi pura-pura bersedia.” Getus suaminya. Hanan
mencerlungkan mata. Kenyataan Abrar harus ditepis laju.
“ Bila masa
saya pura-pura? Apa yang saya cakap itulah yang betul. Tak ada istilah nak menipu
diri sendiri. Awak tu yang ..”
“ Okeylah,
malas nak cakap banyak! Sekarang abang
nak Hanan bangun. Pergi ambil wudhu’ lepas tu kita solat sama-sama.” Abrar
mengarah sambil memintas percakapan si isteri. Bagi Abrar selagi diberikan
peluang berdebat selagi itu Hanan mrncari jalan untuk menang. Jadi lebih baik dia tutup dulu mulut
isterinya sebelum telinganya pula tersengat dengan kata-kata itu.
“ Macam mana
saya nak gerak kalau awak terus tahan? ” dahinya berkedut rimas.
“ Apa yang
susah sangat, carilah jalan keluar sendiri. Bukannya haram kita bersentuhan,
lagi bertambah-tambah pahala dekat bahu kanan tu. Hanan boleh pilih sama ada
nak ke kanan atau ke kiri abang. Just move out at any direction you want it.”
“ Awak ni
sengaja, kan? ” gumamnya membendung hangat yang mengalir dalam relung hati.
“ Apa yang
sengaja? ” Abrar pula berdalih. Konon tak faham!
“ Sengajalah! ”
tekan Hanan. Marahlah tu..!
“ Yup, abang
memang sengaja nak bagi Hanan sentuh abang! Kalau abang tak boleh sentuh Hanan
so, Hananlah yang kena sentuh abang. Dalam istilah suami isteri
sentuh-menyentuh amat dituntut. Wajib! Barulah perasaan kosong dekat dalam tu terisi
dengan rasa cinta.” Akuinya tanpa riak bersalah. Abrar tersengih jahat.
Hanan merengus.
Mata bundarnya dipejamkan untuk mengawal rasa hati yang kepanasan. Baru
permulaan hari tapi dugaannya cukup berat dan meletihkan. Ya Allah! Keluh
hatinya. Bersabarlah wahai Hanan…
Cupp! Terpahat
lembut dahinya dengan sebuah kecupan. Hanan terkejut. Mata yang sedia tertutup
semakin dikatup erat. Bergerak-gerak kelopak matanya kerana cemas. Berdebar
dadanya menghadapi tindakan sang suami yang seterusnya.
“ Tolong ikhlaskan
ciuman abang pagi ni sebab hati abang teringin sangat, tak mampu nak kawal lagi.”
Bisik Abrar di hujung cuping telinga isterinya. Sejurus itu, dia melepaskan
Hanan. Tangan kekarnya yang memenjara isterinya dikalih. Dia kemudian bangun.
Hanan pantas
buka mata bila terasa katil bergerak sehingga ke birai katil. Termangu-mangu di
atas katil.
“ Bangunlah,
sekejap lagi kita solat berjemaah. Abang nak mulakan hari ni dengan something
yang Allah suka.” Kata Abrar lagi.
Seperti dicurah
air sejuk serta-merta hati Hanan yang menghangat kembali nyaman dan segar. Demi
dua potong ayat Abrar yang telah berjaya mencairkan kehangatan itu.
Ibnu Mas‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan
kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari
sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda: “ Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya
atau kedua telinga.” Hadis
Riwayat Imam Al-Bukhari.
Menurut Imam Al-Qurtubi, kencing syaitan di
sini adalah hakiki dan bukan hanya simbolik. Iaitu kita akan mampu mengenali
mereka yang tidak bangun untuk mengejakan solat Subuh dengan kemuraman dan
kekusutan wajahnya di pagi hari serta kehilangan cahaya dan seri.
Syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang
beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya
daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: “ Syaitan mengikat @ membelenggu tengkuk di
kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga
ikatan (sambil berkata): Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun
lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia
berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah
semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan
berpagi dalam keadaan jelek dan malas. ” Hadis riwayat Al-Bukhari.
Terbaikkkkkkkkk...>___< tenkiu dear....
ReplyDeletewelcome @amy zainudin, tq so much sudi baca my n3 :D
DeleteThanks Cik Author! Can't wait tau nak peluk your 2nd sweetie...
ReplyDeleteU cant wait to hug my 2nd sweetie?? hahaha, tqvm dear for ur confession, hikhik :)
DeleteSampai sekarang tak faham kenapa Hannan membenci Abrar, walaupun kisah lama masa kecil Hannan berdendam dengan Abrar. Tapi tahukah mereka yang Abrar telah menyarungkan cincin pada Hannan sejak kecil lagi.
ReplyDeleteHanan... cepat2 la jatuh cinta kat Abrar...
ReplyDelete