Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Malam Bertemu Bintang Bab 20








Hello dearie readers, memandangkan aii sedang dlm proses menulis sambil merombak plot novel, then aii terus lompat Bab 20. Hopefully pembaca semua enjoy dgn entry tak seberapa ini. Cepat2 baca, nanti aii kasi tutup entry pas ni disebabkan isu plagiat (mencuri idea itu= haram+berdosa), hehe :D







Rindu. Dua minggu berlalu sejak peristiwa ‘dibawa lari’, Nuzul syahdu sendiri. Asyik terkenang sedang bayang itu lenyap.
Nuzul ingin membuang rasa itu tetapi segalanya berlaku secara semula jadi. Bukan kerana terpaksa, sebaliknya keinginan hati gadisnya. Nyata sukar baginya untuk tunduk tetapi tiada noktah yang mampu menghentikan percaturan rindu itu.
Lamaran cinta Irsyad sering mengiringi harinya. Ada masanya Nuzul cuba nafikan apa yang mindanya putarkan namun, getaran jiwa tak pernah mampu menipu. Akhirnya akal Nuzul semakin cerdik untuk belajar menikmati perasaan yang Irsyad singgahkan kepadanya.
            Sungguh pun hati mengharap, Nuzul jadi hampa. Dua minggu lelaki itu menghilang setelah pertemuan terakhir mereka. Mungkinkah lelaki itu menyesal dengan ucapannya? Mungkin juga Irsyad hanya sekadar menguji wanita lemah sepertinya? Barangkali hanya ingin menduga dan melihat reaksi gadis miskin dan dhaif sepertinya? Oh, kejam rasanya bila minda saling bertingkah dengan persoalan-persoalan yang negatif! Menjadikan hati ikut lemah dan sedih.
            Masuk minggu ketiga, Nuzul kembali seperti sedia kala. Hatinya mampu menerima segala yang terjadi adalah sebuah kesilapan. Luahan hati Irsyad sudah dibuang jauh bagi mengelakkan harapan yang tergantung.
            ‘Keselesaan’ Nuzul hanya bertahan suku hari. Menjelang waktu tengah hari, Irsyad muncul. Terkulat-kulat Nuzul apabila mata lelaki Irsyad melihat kepadanya. Penampilan pemuda itu begitu merosot di mata Nuzul.
Walaupun kemas bergaya dengan kemeja lengan panjang, bertali leher dan berseluar khaki tetapi wajah Irsyad sangat berbeza dari tiga minggu lalu. Kumis-kumis liar tumbuh di bahagian bawah wajah. Macam orang yang ada masalah jiwa, getus hati Nuzul.
            Renungan antara dua pasang kornea itu terhapus. Irsyad masuk ke bilik Encik Saiful. Tak seperti kebiasaan hanya lepak di tengah ruang café.
            “ Astaga, teruk betul aku tengok kau! Dekat tiga minggu tak muncul, alih-alih keluar dengan muka serabut. Baru balik bertapa dari gua ke? ” soalan pertama Saiful terpacul bila Irsyad muncul depan mukanya.
            Ketawa Irsyad meledak. Komen Saiful memang tak bertapis. “ Tak macho ke macam ni? ” selorohnya.
            “ Macho tak. Macha adalah! ” balas Saiful, sengal. “ Tapi serius…kenapa teruk sangat, Syad? ”
            “ Entah.” Pendek Irsyad menjawab. Serasa tiada alasan kukuh untuk diberikan. Irsyad senang dengan perubahan yang sengaja ditunjukkan.
            “ Tengok kau macam ni, aku confirm mahu menangis awek-awek kat luar sana. Alif Irsyad anak Tan Sri Jeffri Lee dah tak serupa dulu. Belum lagi ex-girlfriend kau bertembung dengan kau, rasanya ada yang tak mengaku pernah couple dengan kau.”
“ Aku tak kisah pun dengan perempuan-perempuan tu semua. Lantaklah dia orang nak fikir apa. Sekarang ni aku cuma nak dia seorang, wanita yang selalu wujud dalam mimpi aku. Aku tahu dia akan terima aku seadanya walaupun aku macam ni.”
“ Nuzul patut tahu yang kau dah tak keruan disebabkan dia. Penampilan hot and stylo kau berubah seratus lapan puluh darjah. Kalau lagi lama kau pendam, mahu bertukar jadi Majnun yang rindukan Laila. Exclude bini aku, Laila.”
‘Nuzul.’ Hati Irsyad sekadar berbisik lantaran mulut tak berdaya untuk mengungkapkan sepotong nama itu. Getaran rindu makin bertimpa-timpa saat bibir menyebut. Irsyad risau dia tewas membendung rasa.
“ Parah bila angau menjenguk diri. Aku pun pernah rasalah, Syad. Tapi kau lebih kronik plus dahsyat! Selagi tak dapat, selagi itu menagih cinta yang tak pasti.” Tempelak Saiful. “ Kejap, aku try panggil buah hati kau.”
“ Tak payahlah, Saif. Aku tak nak ganggu kerja dia.”
“ Betul ke tak nak jumpa? Mata kau bukan main bersinar bila aku sebut tentang buah hati kau. Mengaku ajelah hati dah tak menahan memendam rindu.”
“ Kalau dia sudi…”
“ Cis, poyo betul ayat kau! Boleh bernanah telinga aku menadah suara kau yang terkepit sayu tu. Macam sayur layu tak ditimpa hujan.” Komen Saiful sambil mengutuk. Irsyad hanya jungkitkan bahu. Berserah dengan pandangan dan kritikan yang diberikan kerana hakikatnya dia sendiri mengalaminya.
“ Yana, awak suruh Nuzul bawakan secawan Caffe Mocha ke ofis saya.” Arah Saiful sebelum meletak gagang intercom. “ Tunggulah buah hati kau muncul. Susunlah ayat-ayat pujangga supaya dia lekas menyerah pada kau. Aku dah tak sanggup menanggung kesan penyakit angau overdose kau.” 
“ Tak payah ayat pujangga. Tengok keadaan aku sekarang ni, aku rasa dia dah faham.”
“ Hah, elok sangatlah tu! Aku pun nak tengok kau buat drama depan aku.”
“ Saif, give us some space. We need privacy.” Permohonan Irsyad buat Saiful langsung mencebik.
“ Nak privacy kahwinlah, Syad.”
Irsyad bersandar ke kerusi. Malas hendak bertingkah kata lagi. Apa yang difikirkan sekarang ini jauh lebih penting. Mengatur butir bicara demi menghadapi belahan jiwanya.
Lima minit masa berlalu berjaya membuatkan Irsyad gemuruh. Menunggu pintu ofis Saiful diketuk dalam seribu debaran. Jemarinya juga ralit mengetuk-ngetuk ruang meletakkan lengan di kerusi yang diduduki.
  Finally! Pintu bilik kerja Saiful diketuk seseorang. Getus Irsyad.
“ Masuk.” Saiful tak berlengah memberi arahan.
Wajah Nuzul terpacul di sebalik pintu. Sambil menatang dulang bulat yang kecil saiznya, Nuzul menapak masuk. Dalam dulang tersebut mengandungi air kegemaran Irsyad. “ Ini airnya, encik.”
“ Kau sihat, Nuzul? ” tanpa mampu menahan diri, Irsyad buka mulut. Memulakan bicara kakunya. Saiful sekadar menahan senyum. Geli hati menonton tingkah Irsyad yang tak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
“ Hrmm…”
“ Adik-adik kau sihat? ”
“ Hrmm…” angguk lagi. Irsyad jadi tidak sabar dengan balasan itu. Seolah-olah Nuzul enggan berbicara dengannya.
Saiful menggaru-garu kepala yang tak gatal. Adegan depan matanya kini sedikit sebanyak menguji kesabarannya. ‘Irsyad…Irsyad…bila nak selesai kalau topik kesihatan yang ditanyakan? ’ 
“ Tak nak tanya aku sihat ke tak? ”
‘Cis, soalan mintak pelempang daripada aku! Sumpah memang mengada-ngada intonasi Irsyad. Buat malu aku aje ikut sekali dalam conversation angau ni. Saif, bagi ajelah dia orang ruang untuk meluahkan perasaan yang terbuku. Kehadiran kau hanya akan membataskan percakapan mereka, lebih-lebih lagi Nuzul.’ Bisik hati Saiful.
“ Aku nak call Laila sekejap. Kau orang selesaikan apa yang tersirat dan tersurat. Jangan buat scene yang terlarang sudahlah.” Saiful bangkit sebelum melangkah keluar dari ofis kecilnya.
Sebaik pintu bilik tertutup, Nuzul bertindak menjarakkan diri. “ Er…kalau tak ada apa-apa pesanan lagi, saya minta diri dulu.” Ucapnya seraya berpaling ke pintu.
Irsyad pantas bertindak. Menarik lengan Nuzul secara drastik. Spontan. Menyebabkan tubuh kecil itu hilang keseimbangan. Namun, Irsyad cekap menangkap. Bahu Nuzul dipegang kejap agar tubuh mereka saling menghadap.
 Besar bebola mata Nuzul. Terbelalak. Terkejut bukan kepalang. Dulang yang dipegangnya jatuh ke lantai. Berdetak kencang jantungnya saat itu. Lebih menggerunkan apabila tangan sasa Irsyad menolak dagunya. Menemukan sepasang mata mereka.
“ Kau kejam, Nuzul! Kenapa tak peduli tentang aku? Kenapa tak tanya aku sihat atau tak? ” jerkah Irsyad. Geram, sakit hati dan rindu menjadikan dia sasau.
 Nuzul terpana. Benar-benar tak menyangka dia telah meledakkan marah jejaka itu. ‘Aku kejam? ’
“ Sorry.” Irsyad terasa perbuatannya agak kasar. Dia melepaskan gadis itu walaupun jiwa meronta-ronta mahu merangkul dan mengucup dahi wanita yang dirinduinya. Tetapi segalanya masih terbatas.
Aturan nafas yang semput kini berakhir. Nuzul lega seketika. Irsyad sudah sedar akan perbuatannya. Masing-masing bungkam mengawal keadaan semasa.
Bagi memuaskan hati pemuda itu, Nuzul bertanya soalan yang Irsyad kehendaki. “ Encik sihat? ”
Irsyad diam, berfikir dan bertenang. ‘Jangan menagih cinta, Irsyad. Sebaliknya buat dia menyerah kepada kau atas nama cinta! ’
“ Kau tentu tahu apa yang aku alami sekarang ni.”
Nuzul jeda apabila Irsyad cuba berteka-teki dengannya. “ Saya tak tahu apa yang encik rasa sekarang. Saya tak pandai baca hati orang.”
Hati Irsyad yang sedia layu bertambah kuncup jadinya. “ Aku tunggu jawapan kau, Nuzul.”
Nuzul tercengang. Jawapan apa? Bila masanya dia ajukan pertanyaan? “ Jawapan apa yang encik tuntut? ”
“ Dah tiga minggu, sayang.”
‘Sayang…’ Demi sesungguhnya jiwa Nuzul goyah. Terbuai dek memori tiga minggu lalu. Sekali lagi Irsyad menggantikan namanya dengan gelaran itu. Gelaran yang begitu istimewa buat insan yang layak. Nuzul seakan mahu pasrah pada rasa yang menghimpit jiwanya kebelakangan ini.
“ Hrmm…saya tahu…” Nuzul terdiam sejurus itu. Kebas lidahnya selepas berkata. Serasa dia tersalah kata. Apa yang aku cakapkan tadi?
            Irsyad menarik sengih. Rupa-rupanya dalam diam, gadis itu juga menghitung waktu perpisahan yang berlangsung. Tindak balas yang diharapkannya. Serasa sisa-sisa impian masih wujud untuknya berpaut harapan.
“ Tiga minggu lepas aku tinggalkan kau dengan satu persoalan tentang kita. Sekarang aku perlukan jawapan kau untuk teruskan hidup ini.”
“ Saya tak fikir lagi.”
Irsyad mengeluh. Dia mengubah posisi tubuhnya. Daripada kedudukan berdiri, dia bersandar di meja kerja Saiful.
“ Bukan itu jawapan yang aku mahu, Nuzul. Aku dah buang masa tiga minggu untuk tunggu kau fikirkan soal kita. Sekarang bukan masanya untuk kau berikan jawapan yang tak pasti. Aku tak boleh tunggu lagi.”
 “ Tolong jangan desak. Saya perlukan masa lagi.”
“ Dah tiga minggu, sayang. Selama tempoh itu, hidup aku tak pernah bahagia. Jangan letakkan lagi derita pada aku, Nuzul.”
            Bungkam. Nuzul serba salah menanggapi sepatah demi sepatah perkataan yang terluah untuknya. Nada Irsyad mengandungi keresahan yang tak bertepi. Nuzul sedikit lega apabila perbualan mereka terganggu dengan bunyi deringan daripada telefon bimbit Irsyad.
            Irsyad mencapai Iphone dan berniat untuk mematikannya tetapi niatnya segera terhapus tatkala terpandang nama si pemanggil. Senyumannya tiba-tiba mekar. Gundah yang diundang oleh Nuzul terasa ringan serta-merta.
            “ Hello, sweetheart! How’re you? ”
            Nuzul tergamam.
            “ I’m sorry, Irina. Lately abang ada banyak kerjalah. Tak sempat nak call you.”
            “ I miss you too, sweetheart.” Ucap Irsyad seriang hati yang gembira.
            Nuzul telan liur. Kesat terasa di celah kerongkongnya. Rindu? Siapa wanita itu? Nuzul terasa bodoh untuk terus berdiri dan menunggu. Dia mengutip dulang yang terjatuh semasa ‘pergelutan’ di antara dia dan Irsyad.
            Tatkala mengundurkan langkah, lengannya diraih tangan sasa Irsyad. Erat dan ketat pegangan itu.
“ Dear Irina, abang bukan sengaja tak ingat you, tapi kerja dekat office memang banyak. Please jangan merajuk, I’m really sorry. You know I love you so much. Wo hen xiang ni (I miss you very much).”
Nuzul semakin tak enak dengan madah cinta yang Irsyad berikan buat wanita lain. Berat hatinya menanggung perbualan yang mesra itu. Jiwa wanitanya tercarik halus. Sakit dan ngilu setiap kali telinganya berdesing menangkap kata-kata Irsyad. Inikah rasanya cemburu? Hati yang sakit kerana wujud wanita lain di dalam hidup jejaka itu? Siapakah Irina?
            “ No, believe it me. I don’t have any problem. You just ignore what mama and papa said. I’m really okay, don’t worry.”
            “ Yes, I knew it. You always beside me whenever I need you, walaupun sebenarnya Irina sangat jauh. Okey, lepas ni abang takkan abaikan you lagi. Sorry Irina, I’m in the middle of a conversation with someone. I’ll call you back.”
            “ Yes. Anything for you, Irina.” Ucap Irsyad separuh sengih sebelum mematikan panggilan.
            “ Perempuan memang kuat merajuk,kan? Aku harap kau tak buat aku lelah setiap kali nak pujuk kau.” Omel Irsyad sejurus itu. Tumpuannya kembali kepada Nuzul, cinta hatinya.
            Nuzul hanya jungkitkan bahu lantaran hati yang hampa.
“ Berapa tinggi kau, Nuzul? ”      
            Berkerut kening Nuzul cuba memahami soalan Irsyad. Pelik dan sedikit geram. Sudahlah dia masih terbelenggu dek rasa ingin tahu yang kuat. Ditambah pula dengan pertanyaan yang kurang relevan. Nuzul masih tak berpuas hati bila Irsyad cuba melindungi fakta bahawa ada wanita lain yang wujud dalam kehidupan peribadi lelaki itu. Habis, perlukah aku terheret sama dalam kehidupannya? Kenapa Irsyad cuba menarik aku masuk sekali dalam perhubungan yang rumit ini?
            Kesimpulannya Nuzul enggan menjawab. Dia cuba leraikan pegangan Irsyad pada lengannya tetapi Irsyad nyata enggan memberi kerjasama. Nuzul mendengus halus. Geram. “ Kalau tak ada hal yang penting, tolong lepaskan tangan saya. Banyak lagi kerja yang berfaedah saya boleh buat.”
            Irsyad terpempan. Bahasa Nuzul jelas kurang senang dengan perbuatannya. Tangan halus itu dilepaskan. Sangka Irsyad mungkin keengganannya menjadi punca kedinginan gadis itu.
            “ Sorry, kalau itu yang kau rasa. Mungkin bagi kau, waktu kita bersama tak memberi sebarang faedah. Tapi bagi aku… dunia ini tak bermakna tanpa kau di sisi.”
            Nuzul kemam mulut. Bicara yang Irsyad lontarkan meresap jauh ke lubuk hatinya. Biarpun berwajah tenang tapi Nuzul mampu mengesan kekecewaan yang terkandung dalam suara garau itu.
            “ Aku balik dulu.”
            Tanpa dipaksa, Irsyad angkat kaki. Tombol pintu dipegang seeratnya. Berat kaki melangkah, berat lagi jiwa yang menanggung. Tapi apakan daya, orang tak sudi berkasih masakan dia mahu memaksa.
            “ Tinggi saya 160cm,” maklum Nuzul, segera. Berharap Irsyad tak pergi dalam rasa terkilan. Air muka Nuzul serba tak kena. Cuak mengenangkan perubahan emosi Irsyad.
            “ All right,” sekadar itu balasan Irsyad.
            “ Siapa sebenarnya Irina? ” gumam Nuzul, lembut.
            Nuzul tertunduk bila Irsyad kembali menoleh. Malu seluruh sisi wajahnya apabila senyum segaris terpamer di pinggir bibir itu. Nakal.
            “ Kau cemburukan Irina? ” Irsyad tidak menjawab pertanyaan Nuzul. Sebaliknya melontarkan persoalan lain.
            “ Tinggi saya 160cm,” ulang Nuzul dek gementar punya pasal. Bertimpa-timpa malu.
            “ Hrmm…ketinggian yang sepadan untuk kita bersama. Kalau aku peluk kau, tentu kepala kau berada betul-betul bawah dagu aku. Mengikut inferens yang aku buat, lebih selesa peluk kau daripada Irina yang tinggi lampai.” 
            Nuzul kancing gigi. Geram sangat. Irsyad sengaja mengocak ketenangannya.
            “ Irina, adik kandung aku. Anak kedua, anak emas dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Sekarang dia tengah study di UK. For your information, she’ll be your future sister-in-law.”
            Terngadah. Terkelip-kelip mata Nuzul. Irsyad senyum lagi. “ Tak elok cemburu dengan adik ipar sendiri. Tak thrill langsung, sayang.”
            “ Bila masanya saya kata saya setuju nak jadi…”
            “ Nuzul, must I silence you with my delicious mouth? May I proceed now? ”
            Nuzul pantas tekup mulut. Meremang terus bulu romanya. Kepalanya menggeleng laju. Menegah kemahuan yang melampau itu.
            “ Sayang, aku baru perasan sesuatu yang lebih penting. Fakta yang kita patut tangani bila bersama. Kalau aku teruskan hajat nak kiss kau, aku kena tunduklah. Lenguh pulak leher aku nanti. Nasib badanlah dapat isteri pendek.”
            Kali ini besar biji mata Nuzul. Hampir tersembul dek marah dengan kutukan pemuda itu. Selamba dan bersahaja reaksi yang dipertontonkan. Walaupun hati berasa terpukul, Nuzul tak berani buka mulut. Gerun mengenangkan kecaman Irsyad yang berani.




“ OKAY, masa tamat! Diingatkan kepada dua makhluk yang tak reti nak cari port untuk bercinta supaya keluar dengan kadar segera. Aku tak mahu bilik yang kecil ini tercemar dengan kasih sayang yang belum halal. Sila daftar kursus kahwin sejurus selepas keluar dari ofis aku nanti.”
            Terjah Saiful tiba-tiba memasuki ruang pejabatnya semula. Risau pula jika dibiarkan berlarutan. Bimbang masalah lain pula yang diundang, terutamanya fitnah dunia.
            “ Alah, kacau daunlah kau! Aku baru ingat nak…”
            “ Nak apa, Syad? Kau tu imaginasi aje yang luar alam tapi tak dapat jugak nak memaknakan melalui bahasa badan. Nak lebih-lebih kahwin dulu. Lepas tu, dekat ofis kau yang besar itu pun kau boleh buat scene bercinta tak ingat dunia. Aku sendiri tak boleh larang.”
            Saiful menempelak seraya mencebik kepada Irsyad. Belakang tubuhnya dihempas ke kerusi. “ Nuzul, awak boleh pergi sambung kerja. Sementara Irsyad tak ikat awak, saya akan terus tanggung ‘nafkah’ atas awak. Sampai giliran Irsyad nanti, saya akan lepaskan awak pada dia.”
            “ Sorry, Encik Saiful.”
            “ Perlu ke kau sebut tentang ‘nafkah’ depan dia? Kau buat aku tercabar tahu tak? ” tempelak Irsyad selepas kelibat Nuzul hilang dari sebalik pintu.
            “ Memang itu tujuan aku. Aku nak ingatkan kau supaya cepat bertindak. Walaupun sebenarnya yang aku bayar tu gaji dia, kau tentu tak rela biarkan aku menanggung ‘nafkah’ atas Nuzul.”
               “ Kau tunggulah, Saif. Tak lama lagi café ini akan hilang seorang pekerja setia macam Nuzul. Rayyan Café takkan berseri lagi. Selepas ni, aku akan jadikan Nuzul pembancuh kopi eksklusif hanya untuk aku.”
            “ Irsyad…Irsyad…secara teorinya kau memang nampak bersemangat, tapi cakap aje tak guna kalau tak ditunjukkan hasil. Cuba kau buktikan secara praktikal. Make her yours forever.” Tokok Saiful.
            “ Thank you for the task. I will surely do that and I'm ready for challenge.”
            “ Good, I’m sure you will do great. Kau boleh uruskan company besar dengan beribu-ribu pekerja. Masakan kau boleh kecundang dengan satu jiwa wanita.”
            Irsyad tersengih mendengar cabaran yang membarakan kehangatan dalam dada. Saiful nyata berniat menduganya dan Irsyad akui semangatnya semakin terbakar. Mahu tercalar ego jika dia tak mampu mengotakan kata. Nampaknya, dia perlu mengatur strategi bagi mendiamkan mulut Saiful secepat mungkin.
            “ Sebelum itu, aku nak minta sesuatu daripada kau.” Getus Irsyad, serius.
            Saiful jungkitkan kening. “ Nampak serius, apa dia? ”
            Irsyad kulum senyum. “ Tomorrow, there will be engagement day.”
            “ Hah? ” Saiful terlopong. Badannya dibawa ke depan. Terkedip-kedip kelopak matanya.
            “ Jangan lupa bawa Laila sekali.”
              Gila. Kau boleh buat aku sakit jantung, Syad.”
            “ For sure esok ramai yang akan sakit jantung.”




*** Sorry pasni mungkin aii dah jarang update kat blog. Doakan manuskrip segera siap yer. Moga tahun depan ada kemunculan baru, aaminnn :D