Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Novel Pembancuh Kopi Mr. Vampire- AII FARIZA






ALHAMDULILLAH AKHIRNYA NOVEL AII FARIZA YANG KE-3 BAKAL TERBIT PADA BULAN MAC 2015

KALAU READERS SEKALIAN PERNAH MENGIKUTI E-NOVEL MALAM BERTEMU BINTANG SEBELUM INI, KINI IANYA TELAH BERTUKAR TAJUK. JALAN CERITA YANG MASIH SAMA CUMA TAJUK YANG DITUKAR

 TERIMALAH NOVEL INI DENGAN SEBULAT HATI SAYANG-SAYANGKU SEKALIAN.

MEMPERSEMBAHKAN NOVEL PEMBANCUH KOPI MR. VAMPIRE !!!!








Sinopsis:-

Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya.

“Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossible untuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnya pulak kau dating mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul.” ~ Syed Saiful.

Sumpahan atau doa seorang sahabat? Bermatimatian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.

“Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau.”
“Encik….”
“Please be mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau.”
“Jangan suka saya boleh tak?”
“Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini. Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga kecil kau.” 

Nyata takdir menguji kasih yang terjalin. Kehilangan Nuzul hampir meragut kewarasan Irsyad. Gadis itu pergi bersama separuh nyawanya. Irsyad tenggelam punca. Hari-hari yang ditempuhi umpama mayat hidup. 

Empat tahun berlalu... menemukan mereka semula. Pabila mata bertentangan, memori-memori pahit mengundang kebencian antara dua hati. Memadamkan rindu dendam yang menguasai jiwa mereka selama ini. Irsyad dan
Nuzul saling menyakiti demi menyembunyikan getaran asing. Getaran yang sama seperti empat tahun lalu.

Lantaran gagal membendung perasaan, malam itu Irsyad bertindak di luar pedoman. Cinta, rindu dan dendam
membakar semangatnya untuk memiliki Nuzul. Dia harus memasung sepasang kaki itu agar terikat di sisinya.

“Tolonglah awak, saya tak rela. Saya tahu fikiran awak terganggu, awak takkan tergamak buat saya begini.”
“Kalau aku sentuh kau tentu kau takkan larikan, sayang.”
“Jangan jadi makhluk yang terhina dengan melakukan zina. Allah melihat perbuatan kita dan saya takkan pernah menerima lelaki yang hanya ingin bertanggungjawab selepas melakukan dosa besar.”
“Bolehkah aku percayakan kau? Apa jaminannya kau takkan tinggalkan aku lagi? ”
“Percayalah kali ini saya takkan pergi lagi. Saya dah cukup terseksa hidup tanpa awak.”
“Kau terseksa seperti aku, Nuzul? Tapi kenapa kau tinggalkan aku? Apa alasan kau?”

Setiap kali persoalan itu berbangkit, Nuzul pilih untuk berdiam diri. Irsyad panasaran demi menuntut sebuah jawapan. Semakin dia ingin mengetahui, semakin Nuzul bijak mengelak. Walaupun ijab dan kabul termeterai, erti bahagia sukar dikecapi. Rumah tangga yang bertunjangkan cinta menjadi suram lantaran penghuninya berlaku dingin. Demi sebuah rahsia, Irsyad tegar menyakiti wanita yang dicintai. Selagi sang isteri berdiam diri, selagi itu bulan madu mereka terus tertangguh.

“Abang, kita kena kahwin paksa ke?”
“Tak.”
“Tapi kenapa kita macam pasangan yang kena kahwin paksa? Permulaan perkahwinan dah tak rasa bahagia.”
“Nuzul ada jawapannya.”

Biarpun seribu kali hatinya tercedera, Nuzul bertahan kerana dia mencintai sang suami. Bukan sengaja mahu mendera diri, tapi Nuzul yakin mereka boleh bahagia tanpa mengetahui rahsia tersebut. Namun adakah Irsyad akan mengalah begitu saja? Dapatkah Nuzul terus menyembunyikan segala jawapan sedang hatinya saban hari terhiris dan terluka? Siapakah yang harus mengalah dalam soal ini? Irsyad atau Nuzul?

“Umpama permainan catur, aku ibarat ‘queen’ yang melindungi rajanya (king).”



11 comments:

  1. Mcm best....ok..masuk list.akn beli....😀😀😀

    ReplyDelete
  2. Mcm best....ok..masuk list.akn beli....😀😀😀

    ReplyDelete
  3. dah baca.. mmg trbaik. sakit hati sgt bila tau pnyebab prtama Nuzul mnjauh diri dr Irsyad. ksian Nuzul. watak irsya juga sgt romantik walaupn ego nya tnggi. keep it up ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sgt sygku nur afiqah, hrp berbaloi-baloi utk awk

      Delete
  4. I love your novel ever. Saya suka watak Irsyad sampai nk cr someone macam dia. First novel, yg buat saya menangis teresak2. Suka sgt2 dgn novel ni. Keep it up, truskan hasilkn karya baru for this year.

    ReplyDelete
  5. walaupun blum bca novel dia....dgn ceritanya diadaptasikan dri nvel.dh membuatknn sye rse sdih sgt.....

    ReplyDelete
  6. Takde jual enovel ke utk cerita ni? X sabar nak tau ending dia.

    ReplyDelete
  7. saya nak beli tp banyak dah abis stok x de...boleh tak bgtau mana2 tempat yg masih ad stok.

    ReplyDelete
  8. Sy nk beli novel ni..tp da xde..��..ad sape2 tau kt mn lg novel ni djual? Plzzz

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^