Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Alahai, suamiku amnesia! 2


 

 
BAB 2

  

“ Kita nak ke mana ni mak? Rumah siapa pulak yang buat kenduri? ” tanya Hanan.

Dengan berbaju kurung English Cotton bewarna biru muda bercorak bunga-bunga sulam merah jambu, Hanan mengekor Puan Norsal. Alongnya, Fahmi serta adik bongsunya, Fikri berjalan laju di depan dengan ayahnya. Angahnya, Fadhli sibuk nak naik motor konon takut berpeluh berjalan malam-malam ni! Padahal angin dingin seakan bersiur-siur mengiringi pejalan kaki seperti mereka.

“ Ada kenduri tahlil sekali dengan kenduri doa selamat.” Jawab Puan Norsal.

“ Itu Hanan tahulah, mak. Dari tadi jawapan itu yang mak bagi, tapi mak tetap tak mention siapa yang buat kenduri. Kampung ni bukannya besar sangat sampai Hanan tak boleh nak ingat siapa jiran-jiran kita.”

“ Isyh, ikut ajelah jangan banyak mulut. Nanti kalau mak bagitahu sekarang tentu Hanan terkejut.” Puan Norsal tetap berdegil. Sikit pun tak mahu didedahkan pada anak daranya. Terasa mahu melihat respon Hanan apabila bertemu dengan si ‘dia’. Takut jika dibongkar awal-awal tentu Hanan tak mahu sertai rombongan mereka sekeluarga ke sana.

Hanan mencebikkan bibir sebaik mendengar jawapan negatif itu. Malas menyoal lagi. Sudahlah baru petang tadi dia menjejakkan kaki ke kampung setelah dua minggu memulakan kerja di Ipoh. Rasa kepenatan masih mengerumuni anggota badannya. Jika diizinkan bercakap tentu bahu, tangan serta kakinya mengeluh keletihan. Tapi rasanya belum sempat tubuhnya mengeluarkan suara Hanan pasti dia akan jatuh kecundang! Nak kiamatlah tu kalau anggota badan dah boleh keluarkan suara.

“ Orang penatlah mak..” rungutnya tiba-tiba. Kakinya macam dah keluarkan bunyi skru longgar. Nak kena servis bagi ketatkan balik skru tu ada satu cara saja; dia kena tidur nyenyak-nyenyak sampai pagi esok.

“ Balik kenduri nanti tidurlah,” kata maknya.

“ Alah, masalahnya energy alang dah nak tamat ni. Satu badan dah terasa lenguh. Esok pagi nak kena bangun awal teman mak pergi pasar pulak,” omelnya sambil bibir terjuih ke depan. Gaya monyok sangat konon nak raih simpati tapi Puan Norsal memang tak ada kompromi. Putih cakap dia maka putihlah, kelabu pun sama mesti kelabu, hitam lagilah kena ikut. Jangan bantah nanti tak dapat makan air tangan mak!

“ Eh, anak dara mak macam tau-tau aje mak nak suruh kamu ke pasar pagi esok.” Tergelak-gelak Puan Norsal.

“ Yelah, dah alang seorang aje anak dara mak dalam rumah tu! Kalau ada kakak ke adik perempuan ke okey jugak, dapat alang buli-buli sekali buat kerja rumah. Ini tak, yang ada tiga ekor lembu jantan yang dok sibuk makan pastu terbongkang! Asyik nak kumpul lemak aje.” Hanan menambah omelannya. Sesi luahan hati yang tak sengaja terluah.

Puan Norsal memberi respon positif kali ini siap boleh gelak-gelak, bukan nak bersimpati. Hanan terasa nak berlari ke tepi sawah lepas tu menangis senyap-senyap dekat sana tapi sayang dia tak jadi meneruskan niat murni itu kerana kawasan sawah dah gelap sangat. Takutlah!

“ Tak baik mengata anak-anak bujang mak tau, nanti lembu-lembu tu sondol Hanan baru ternganga. Tapi lembu-lembu pun semua pandai-pandai belaka. Yang penting handsome-handsome. Lembu kat sawah tu pun tak dapat lawan anak-anak bujang mak.”

“ Mak ni..suka bela tiga makhluk asing tu.” Gerutu Hanan.

“ Eh, dah bertukar makhluk asing pulak! Hanan kenapa ni? Beremosi pula dia hari ni. Betul-betul tak puas hati ke dengan si bujang bertiga tu? Atau memang Hanan penat sangat? Banyak sangat ke kerja kat tempat baru tu? ”

“ Tak adalah, saja nak buat sesi luahan hati yang Hanan kumpul sejak budak bertiga tu pandai suruh Hanan buat itu ini. Alang tolong masakkan ini..alang tolong basuhkan ini. Ingat kita ni orang gaji extra ke kat rumah tu? ”

“ Ha’ah, mak mana ada bayar gaji pun kat alang. Ewah, ewah, pandai anak-anak bujang mak buli Hanan kan? Nanti balik rumah mak piat telinga budak-budak tu! ” seloroh Puan Norsal lalu ketawa lagi.

Hanan tension. Mukanya sudah berkerut-kerut. Balasan maknya yang kurang serius membuatkan Hanan nak minum minyak angin cap kapak! Moga-moga boleh hilang tension kat otak dia.

“ Mak ni sengaja nak main-mainkan Hanan tau. Buat apa nak piat lelaki bujang yang dah besar macam gajah tu! Tak berkesan pun! Kalau tak dimarah, tak diarah memang takkan bergerak tiga orang tu.”  

“ Alahai.. jangan marah cik mek molek nanti tak cantik tau. Kalau macam tu esok mak suruh budak bertiga tu bangun awal esok pagi pergi pasar. Kali ini kita buli dia orang bertiga pulak, nak tak? ”

“ Betu ke mak? ” berubah sungguh air muka Hanan. Berseri-seri macam bulan purnama. Yes, nampaknya ada peluang nak sambung tidur lama-lama esok pagi!

“ Betullah..”

“ Eh, mana boleh! ” Hanan mencegah pula. Mati senyuman bahagianya.

“ Kenapa pulak ni? ”

“ Kalau suruh budak bertiga tu, alamatnya kita memang tak makanlah mak. Apa barang yang dia orang boleh beli kat pasar tu kalau pengalaman ke pasar pun tak pernah ada. Silap-silap dicekaunya ikan busuk, ayam tak segar, sayur layu ke rumah. Memang cari masalah aje suruh tiga orang tu! ”

“ Ha’ah, betul tu..nampaknya Hanan kena jugak ke pasar dengan mak. Alah, tak dapatlah mak nak sambung tidur lebih-lebih esok.”

Hanan tercengang, sejenak cuma sebelum ketawa lepas. Sungguh tak disangka mak pun memasang niat yang sama dengan dia! Apa nak buat kalau mak dah borek anak pun rintik samalah. Kihkihkih…

“ Takpun biar along temankan Hanan ke pasar esok. Biar dia kutip pengalaman kat situ. Anak kampung apa tak pernah jejak pasar basah, asyik ke pasar malam aje.”

Puan Norsal memberi cadangan yang bernas, pada pemikirannya. Tapi pada pemikiran Hanan, amatlah tidak adil kerana maknya bakal menyambung tidur dengan lebih-lebih sedangkan dia bakal bergelut dengan orang-orang dekat pasar bersama alongnya yang banyak mulut.

“ Apa kata mak aje ke pasar dengan along? ”

“ Eh, kan mak suruh Hanan dengan along, kenapa mak pula yang kena pergi? ”

“ Hanan rasa tak adillah mak. Mana aci mak sedap-sedap tidur, Hanan dengan along pula yang meredah pasar esok.” Rengeknya sedih.

“ Bagilah mak can sekejap nak tidur lama-lama nanti Hanan balik dari pasar mak pula yang memasak, Hanan pula pergi sambung tidur. Masa memasak tulah mak akan kerahkan balai tentera kita yang bertiga tu untuk tolong mak kat dapur. Cantik tak plan mak? ”

“ Ha..ha..ha.. cantik, cantik, Hanan suka. Mak memang hebat! ” riangnya Hanan. Berminat sungguh dengan rancangan geliga maknya.

“ Mak memang hebat, maklumlah mak pada lembu-lembu yang Hanan tak suka tu! ” tukas Puan Norsal.

Langsung mati tawa galak Hanan. Dia tersengih-sengih. Sorry mak Hanan terlepas cakap tadi! Hehehe..

“ Puan Norsal dengan Cik Hanan oii, apa sajalah yang disembangkan sangat sampai kami kat depan ni boleh dengar gelak tawa meriah kat belakang tu! Bukak kedai kopi tengah jalan ke? ” sampuk Fahmi. Sebenarnya dia sendiri teringin menyertai pakatan mak dan adiknya yang sakan menceceh-ceceh di belakang. Maklumlah busybody itu adalah stailnya!

“ Syuuhh…” Puan Norsal meletakkan isyarat jari ke bibir. “ Ini rahsia kita, biar pecah perut jangan pecah di mulut.”

“ Janji! ” balas Hanan senang hati.

 

 

OHH, serba tak kena kaki Hanan melangkah! Debaran di dada benar-benar mencemaskan. Hanan terasa nak patah balik rumah tetapi tangannya telah dikunci oleh mak. Erat pegangan mak sejak kaki membelok masuk selekoh rumah arwah Haji Karim. Rumah yang telah lama tidak berpenghuni sejak kematian Haji Karim dan hanya dijaga oleh Tok Kassim, jiran sebelah rumah Haji Karim. Cuma Hanan tak pasti ternakan lembu dan kambing arwah Haji Karim dijaga oleh siapa.

            Pening! Hanan menekan-nekan kepalanya. Suasana riuh dan gamat dengan suara-suara tetamu dari tangga depan rumah sampailah ke dalam rumah. Hanan mula rimas, telinganya bingit. Sedangkan ini bukan kali pertama dia menjengah kenduri yang penuh dengan suara-suara bising manusia.

            “ Hanan cepatlah naik tangga tu,” Puan Norsal yang berada di muka pintu merenung anak gadisnya yang kelihatan terpinga-pinga di anak tangga pertama. Macamlah tak pernah bertandang ke rumah orang sampai takut nak naik tangga.

“ Er..Hanan.. nak duduk kat luarlah.”

“ Hah? Ni apahal pulak nak duduk luar ? Tuan rumah pun kita tak jumpa lagi.” Puan Norsal mencekak pinggang. Eh, anak dara ni nak cari pasal pulak!

“ Hanan..”

“ Jangan nak banyak alasan, sekarang naik cepat. Majlis dah nak mula ni.” Arahan telah dikeluarkan. Mahu tak mahu Hanan terpaksa menurut tapi punyalah lambat nak mendaki anak tangga. Berat kakinya diatur ke atas.

“ Bila berjumpa dengan orang tua tu senyum lepas tu salam tangan dia orang tau.” Pesan Puan Norsal.

“ Yang lelaki pun sama ke mak? ”

Terjegil besar biji mata maknya. Opps! Hanan tersengih. Bukan dia sengaja bertanya begitu cuma fikirannya yang tidak menentu sampai tertanya benda yang bukan-bukan.

“ Kita ke dapur,” Puan Norsal berjalan mendahului si anak. Hanan mengekor dari belakang.

Wahh, memang semua tenaga kerja di dapur amat busy! Masing-masing ada kerja yang tersendiri. Ada yang masih menggulai, menyusun pinggan mangkuk sudu garpu dan menyusun lauk-pauk dalam talam. Di singki pula ada yang sedang membasuh periuk belanga.

“ Assalammualaikum, Sal..” Puan Norsal menegur.

Puan Salmi yang ralit mengatur pinggan lantas menoleh. “ Waalaikummussalam..Nor. Eh, buat apa kat dapur ni, pergi duduk kat depan aje nanti aku datang.” Suruhnya.

  “ Maaflah, aku datang lambat tak sempat nak tolong.”

“ Eh, apa pulak cakap macam tu! Tak payah nak tolong sangat, semuanya dah siap. Dari pagi tadi kau setia menolong kat sini sampai tak jumpa jalan balik. Kalau aku tak suruh balik tadi memang tak berasap dapur kat rumah kau tu. Agaknya Malik boleh kebulur tak makan kalau kau tolong sampai ke malam.”

Puan Norsal tergelak. Hanan pun sama. Tak dapat dibayangkan muka ayahnya bila kelaparan. Boleh buat sesi pujuk memujuk. Encik Malik@ayah kandung Hanan memang kuat sensitif walaupun orangnya berdarah garang. Ayahnya memang pantang kalau balik dari sawah atau kebun makanan tak ada atas meja. Konon mak sudah tak ambil peduli lagi soal makan minumnya padahal mak memang terlupa yang ayah balik awal hari itu.

“ Eh, ini Hanan, kan? ” soal Puan Salmi dengan air muka yang bercahaya. Tampak gembira bertentang mata dengan anak temannya itu. Teruja dalam diam.

“ Ha’ah, inilah dia. Tak ada yang lain lagi selain dia. Dialah racun, dialah penawar.” Ujar Puan Norsal. Hanan mengambil peluang menghulur tangan dan mengucup tangan tua Puan Salmi. Apabila dia menunduk, terasa kepalanya yang dilitupi tudung diusap lembut. Sentuhan itu amat menyenangkan hati Hanan.

“ Cantik.” Hanya sepatah perkataan yang mampu diucapkan oleh Puan Salmi. Semakin ditenung air muka Hanan semakin memikat jiwa. Manis sangat!

“ Tengoklah siapa yang mengandungkan dia.” Celah Puan Norsal. Senyuman ceria bertamu di bibir. Kembang hatinya bila anak yang dibela mendapat pujian yang baik.

“ Mak dia tu tak adalah lawa mana, bapak dia tu yang handsome tu pasal dapat anak lawa macam ni.” Sakat Puan Salmi selamba. Hanan tergelak kecil. Lucu mendengar celoteh antara orang yang sama baya dengan mak dan ayahnya.

“ Amboi, Hanan nak join pakatan Mak cik Salmi ke? Bukan main gelakkan mak ye ? ”

“ Mana ada, Hanan tak masuk pakatan mana-manapun. Hanan akan selalu jadi penyokong kat belakang mak walaupun sebenarnya kata-kata Mak cik Salmi ada betulnya.”

“ Eh, anak bertuah ni! ” laju tangan Puan Norsal naik ke atas. Mahu dicubit mulut comel anaknya yang suka menyanggah cakapnya. Namun Hanan spontan menerpa kepada Puan Salmi. Menjarakkan diri dari maknya. Sakit tau kena cubit dengan Puan Norsal!

“ Alamak, Hanan memang nak join pakatan aku nampaknya! Habislah, tak ada siapa nak back up kau, Sal.” Puan Salmi memeluk erat anak dara Puan Norsal. Hanan merelakan. Berasa senang dengan tindakan itu. Seperti ingin melindungi dirinya dari terkena ‘baham’ dengan maknya.

Puan Norsal buat muka. Tidak mahu mengalah. “ Ambillah Hanan tu, kat luar sana tu aku ada lagi tiga orang, boleh buat barisan pertahanan terus. Semuanya jantan-jantan belaka. Kau pulak cuma ada seorang aje, setakat Abrar tu anak –anak aku tu boleh lawan.”

Tergelak-gelak Puan Salmi sejurus itu. Gaya Puan Norsal memang menggelikan hati. Macam orang nak pergi berperang siap dengan barisan pertahanan lagi. Namun berbeza pula reaksi Hanan. Senyuman mekarnya sirna serta-merta. Bibirnya terkatup rapat. Hatta untuk menarik senyum juga beku.   

“ Apa bendanya yang disembangkan ni? Aku nak join sekali,” sampuk satu suara dari pintu dapur. Puan Salmi dan Puan Norsal melemparkan pandangan.

Detik itu, perbualan yang terus berlaku hilang dari telinga Hanan. Sepatah perkataan pun tidak mampu difahaminya. Minda dan telinganya tidak sehaluan. Ikutkan hati Hanan nekad mahu pulang tapi itu tidak mungkin. Mahu mengamuk pula Puan Norsal jika dia bertindak sesuka hati. Ahh, kenapalah mesti ada dia?

 

 

 

 

 

 

5 comments:

  1. uiks.. nak sgt tau apa jd kat abrar sebenarnya nii

    ReplyDelete
  2. Menarik cite ni..suke.. Nak abrar ngan hanan..jgn lak ngan syaz tuh.. Aaahh xsbr lak nk taw ape jd. .abrar tuh dh start amnesia ke?huhu

    ReplyDelete
  3. bwak brsabr naa..
    nti pelan2 kite akn tahu pe yg brlaku kt mrk br3 tuh..hehe
    btw thanx sudi singgah^^

    ReplyDelete
  4. aikks dah kenal ke hanan&abrar???

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^