Assalammulaikum to all my readers, first of all tenkiu so muchh sudi jenguk blog ni dn
terus menanti n3 yg seterusnya, aii nk mintak maaf sesangt coz x dh lame x update.. busy sngt lately,
now nk bg n3 ASA setelah sebulan lamanya menyepi, aii smbung balik bab yg telah terputus dulu, bukan teaser lg..sebarang kekurangan harap dimaafkn,
njoy ur reading my dear readers : )
*************************************
Waktu prep yang asalnya aman akhirnya didatangi satu tragedi. Bagaikan
tidak cukup tanah Hanan berjalan. Lekas diatur langkahnya dalam baju kurung
yang bewarna coklat muda. Ikutkan hati memang dia mahu menyinsing kain lalu
lari dengan kencang supaya cepat sampai. Tapi itu mustahil. Etika seorang guru
perlu dipelihara bukannya meributkan sekolah dengan tindakan yang tidak wajar.
‘ Dahlah hari
ni pakai high heel dua inci lebih, kalau aku lari ikutkan hati yang menggila
tentu bala lain pulak menyusul. Boleh jatuh terbabas tercium jalan. Takpun
tergolek masuk dalam longkang! Hanan..’Kun fayakun’ kalau Allah kata jadi maka
jadilah, walaupun kau tak sangka perkara itu akan terjadi! Yang penting
bersangka baik dengan Allah dan tak perlu berfikir negatif.’ monolog dalamannya.
Huhhh…dalam
bergegas sempat lagi Hanan mengeluh. Pesanan dua orang pelajarnya asyik
berpusar-pusar dalam kepala, membuatkan dia berada dalam kekalutan. Nasib guru-guru
lain ramai yang telah pulang, tinggal dia yang masih bertapa di bilik guru
siapkan laporan mengajar. Syukur, rahsianya masih kekal rahsia dan selamat untuk
disimpan.
No,
Hanan..rahsia kau dah tak selamat! Tak ingat ke dua orang student yang jadi
‘posmen’ Abrar tadi? Confirm rahsia ni akan pecah punya, dah tak boleh nak
sorok lagi! Tak lama lagi mesti kecoh satu sekolah. Kalau sekolah buat press
release mesti cerita kau yang terhangat di pasaran. Cikgu Hanan Safura
bertunang senyap-senyap?? Wahhh, mesti gempak satu sekolah disebabkan berita
tergempar ni. Tak boleh jadi aku mesti jumpa budak berdua tu balik, mesti zip
mulut dia orang tu!
“ Cikgu, ada
orang nak jumpa.” Beritahu Dania pelajar tingkatan Dua Firdaus. Bersamanya
turut menjadi saksi ialah Syafikah.
“ Siapa? ”
“ Tunang
cikgu.”
“ Hah? ”
Terkejut. Mulutnya agak terlopong. Abrar??
“ Abang tu pesan suruh cikgu turun cepat-cepat ke garaj
kereta, kalau tak nanti dia datang terjah bilik guru.” Bersahaja Syafikah
menokok.
Hanan teguk liur.
Terkebil-kebil matanya. Buat apa dia ke sini?
“ Cikgu, nape
hensem sangat? ” Dania mengusik lalu tersenyum nakal.
Hanan
menjegilkan mata. “ Amboi! ”
Tergelak-gelak
Dania dan Syafikah selepas itu.
Kaki Hanan
pegun sebaik saja melihat kelibat Abrar yang sedang berdiri sandar di pintu
kereta. Tenang dalam senyuman bersama renungan tepat kepadanya. Hanan menarik
nafas paling dalam. Sesak dan semak aturan nafasnya. Menenangkan degup jantung
yang berlari kencang sejurus wajah tunangnya menyapa pandangan.
Kenapa aku mesti berdebar-debar? Bukannya dia
insan istimewa pada aku. Ohh..mungkin sebab aku laju sangat berjalan itu pasal
jantung rasa nak luruh bila terpaksa berhenti mengejut macam sekarang ni. Sabar
jantung hatiku jangan kau buat hal dekat tengah laman sekolah ni!
Abrar menapak
ke arah Hanan. Begitu juga Hanan. Saling mendekati. Okey, dah macam scene
hero dengan heroin bertemu selepas berpisah lama. Sekujur badan Hanan terasa
kekok dalam tingkahnya.
“ Cikgu..Cikgu
Hanan.” Panggil satu suara. Langkah Hanan langsung mati.
Hanan pantas
menoleh ke sisi kanannya. Berlari-lari anak Cikgu Safwan padanya. Tergamam.
“ Cikgu lapang
tak? ” dengan kadar nafas yang tidak teratur dan dada yang berombak-ombak Cikgu
Safwan menyoal.
“ Saya ingat
nak bawa cikgu ke pekan petang ni, nak survey hadiah yang sesuai untuk hari
sukaneka sekolah nanti.” Katanya lagi. Terus dilahirkan tujuan sebenar yang
dibawa bersama.
“ Owhhh…”
“ Kita berdua
ditugaskan untuk in charge bahagian ini, kan? ” soal Cikgu Safwan dengan mata
yang bersinar galak.
“ Ha’ah, memang kita berdua.” Angguk Hanan.
“ Kalau macam
tu, jomlah kita keluar petang ni,” nada suara Cikgu Safwan penuh keterujaan
bersama rautnya yang tersenyum lebar. Bahagia kerana inilah ruang untuk mereka
berinteraksi dengan lebih bebas tanpa terikat dengan hal kerja.
“ Er..saya rasa..”
“
Assalammualaikum,” Abrar mencelah dengan cara yang sopan. Adat orang beriman,
memasuki sesuatu ruang dengan dihulurkan dengan salam pembuka bicara.
“ Waalaikummmmussalam.”
Jawab Cikgu Safwan. Terkulat-kulat dalam situasi itu. Hanan pula sekadar
menjawab dalam hati. Kecut perutnya tiba-tiba bila Abrar dan Cikgu Safwan
bertemu empat mata secara rasmi pada petang yang nyaman kini.
“ Boleh abang
jawabkan untuk Hanan? ” soal Abrar sejurus dia berjaya masuk dalam perbualan
antara kedua-duanya.
Kekeluan. No
respon. Hanan tak tahu nak balas apa! Mulutnya kaku.
“ Mungkin
petang ni tak boleh sebab saya nak bawak Hanan keluar. Nak tengok cincin
kahwin.”
“ Hah? ” Buntang
mata Hanan. Terperanjat sangat.
“ Sayang dah
lupa ke? Abang datang hari ni sebab nak bawak sayang tengok cincin?” Abrar
buat-buat menyoal Hanan.
“ Siapa yang
nak kahwin? ” Tanya Cikgu Safwan yang masih terpinga-pinga. Masih tak mampu
menangkap makna sebenar Abrar. Hisyh, dah jadi cikgu pun boleh lagi ada sifat blur
Cikgu Safwan ni!
“ Kami! ” tekan
Abrar sehalus bicara. “ Insya Allah, soon..” sambungnya bersama senyuman semanis
kurma.
Bibir Cikgu
Safwan terkatup rapat. Menahan rasa terkejut yang menular. “ Cikgu dah nak
kahwin? ” soalnya demi kepastian.
Perlahan Hanan
mengangguk. “ Ini tunang saya.”
“ Tunang? Bila
cikgu bertunang? Saya tak pernah dengar pun berita ni kecoh-kecoh kat bilik
guru.” tutur Cikgu Safwan dengan riak kurang puas hati.
Sebenarnya dia
terasa ingin menjerit marah kerana Hanan telah berlaku tidak jujur dalam
keadaan yang nyata. Sengaja menyorokkan status sebenar setelah menjadi tunangan
orang. Mengakibatkan dia terperangkap dalam harapan kosong. Puas dia berangan seribu impian untuk
memiliki gadis itu tetapi akhirnya kehampaan menjadi miliknya. Dapat tahu pulak
dengan cara yang dia rasa tidak wajar baginya. Kejam sungguh seorang cikgu yang
bernama Hanan Safura!
“ Hanan tak
umumkan kita dah bertunang? ” Abrar menyoal dengan tatapan yang penuh makna.
“ Er..Hanan..”
mulutnya langsung diam. Sungguh Hanan tidak punyai jawapan yang mantap untuk
dikemukakan. Sebaliknya dia rasa terdera dengan suasana kala itu. Abrar mungkin
marah disebabkan dia tidak mengumumkan pada umum tentang statusnya yang
terkini. Pada Cikgu Safwan juga Hanan rasa sangat bersalah. ‘Diam’ dia telah
membuatkan Cikgu Safwan terus mengharap padanya. Hanan cukup mengerti daripada
air muka hiba jejaka itu. Maafkan saya cikgu…
“ Maaf cikgu, Hanan mungkin terlupa sebab kami
bertunang pun agak cepat atas permintaan saya.
Saya risau Hanan berubah hati, manalah tahu ada tertawan pada dia. Jadi
lebih baik saya tambat siap-siap.” Seloroh Abrar. Sempat lagi dia bercanda
walaupun dalam hati bergetar rasa kurang enak. Abrar kecewa pada Hanan yang
membelakangi ikatan mereka.
“ Oh, tahniah!
” ringkas ucapan Cikgu Safwan. “ Kalau macam tu cikgu, nanti esok kita bincang
soal hadiah-hadiah tu lagi.”
“ Hrmm..okey..
” Hanan mengiyakan.
“ Saya mintak
diri dulu.” Pamit Cikgu Safwan. Mula merasakan kehadirannya di situ hanyalah
sebagai penganggu. Dadanya sudah melagukan tangisan kecewa saat ini.
“ By the way
saya Abrar.” Tangannya dihulurkan sebelum Cikgu Safwan berpaling pergi.
“ Safwan.” Balas Cikgu Safwan ketika menyambut
huluran tangan ‘tunang’ kepada wanita yang berjaya meributkan jiwanya. Dia
berlalu dengan hati yang walang seribu satu retak. Ya Allah, Kau bagilah aku
ketabahan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Doanya seiring dengan
kaki yang melangkah hambar.
“ Hanan lapang
tak? ” Tanya Abrar. Hanan pantas pandang wajah jejaka itu.
“ Saya free
sekarang and we need to talk! ” tegasnya. Pedulilah pada kerja yang bertangguh
kat bilik guru tu yang penting dia kena ‘basuh’ Abrar cukup-cukup! Jejaka itu sengaja
mengundang masalah. Melemaskan dirinya setiap kali mereka bertemu empat mata.
“ Okey, kita
keluar.” Abrar membalas tenang sambil senyum walaupun dia perasan muka Hanan
makin kelat. Abrar tak peduli. Peribadinya yang relax and cool dipertontonkan.
Prinsipnya satu! Kalau Hanan sengaja mengeraskan diri maka dia akan membalas
dengan selembut-lembut bahasa. Biar dia tak jadi nak marah-marah kat bakal
suami dia ni! He..he..he
KERETA Honda CRV Abrar menyusur laju di jalan. Aman dan damai
sambil ditemani suara penyampai radio Era.Fm. Hanan senyap di sebelah tempat duduk
pemandu. Abrar pula beku tanpa sebarang bicara. Rasanya dia memang tidak perlu
membuka mulut sebab Hanan pasti akan memulakan perbualan yang tergencat tadi.
“ Kenapa awak
cakap macam tu? ” Telahannya benar. Hanan bertindak mendahului perbualan antara
mereka.
“ Cakap apa? ”
Buat-buat innocent pulak Abrar!
“ Yang awak
cakap pada Cikgu Safwan tadi,” tekan Hanan.
best nye tak sabar nak tahu kelanjutanye!
ReplyDeletedear nani comel, tenkiu sudi snggah dan bace :D
ReplyDelete~ Aii Fariza~