First of all, tqvm pd readers yg bg respon pd ASA part 1,
really appreciate setiap pth kata dr u all, luv it so muchhh...
Now nk bg n3 Abrar Hanan part 2 after malam pertama diaorg, hehe...
Njoy ur reading n please put some comment utk kmjuan my writing di masa akn dtg : )
********************************************
NAKAL matanya menjelajah ke setiap pelusuk paras gadis itu. Anggota wajah yang Abrar rasa cukup sempurna baginya tentulah pada mata bundar yang terkatup rapat bersama bulu mata lentik. Melihat kejernihan mata itu Abrar tertawan dan lemas dek keindahannya. Ibu jarinya kemudian naik mengusap alis mata yang terbentuk rapi, melurut dari pangkal ke hujungnya. Lembut.
Kelopak mata
Hanan bergerak-gerak. Berasa terganggu. Namun tidurnya masih lena. Tidak
perasan ada mata ‘helang’ yang sedang menerkam seluruh raut bujur sirihnya.
Abrar merenung
tanpa puas, sehinggakan dia mampu perasan di atas hidung mancung tirus itu
punyai sebijik tahi lalat yang sangat kecil. Pipi putih gebu isterinya direnung
geram, comel sungguh. Mahu rasanya Abrar melekap bibir ke situ namun segera
dikawal kemahuannya. Menjamah wajah Hanan pagi itu seperti menjamah snek
sarapan buatnya. Sampaikan Abrar rasa kenyang dalam bahagia. Lagi- lagi dia tersenyum.
Penat. Tangan
yang menongkat kepala di bantal dijatuhkan. Dia bangun. Duduk rapat ke sisi
Hanan. Kali ini dia meletakan kedua-dua belah tangannya ke kanan dan kiri
isterinya. Sengaja membuatkan Hanan terperangkap dalam kurungan itu. Wajahnya
dibawa dekat ke wajah isterinya. Abrar diamkan posisi mukanya sambil merenung
bibir mungil Hanan. Warnanya merah segar, tidak pucat, tidak kering dan tak
basah. Dia terus merenung asyik.
Tiba-tiba Abrar
rasa sehalus getaran asyik memukul dada. Dia meneguk liur.
Kepalanya laju
menggeleng. Tak bolehlah Abrar! Tak boleh! Ini dah melanggar apa yang kau janji
semalam. Kau sepatutnya tak boleh berlebihan. Kalau Hanan terjaga macam mana?
Mesti dia marah-marah. Lagipun kau dah janji nak sentuh dia time dia dah ada
feeling kat kau, sekarang belum masanya. So, kau mesti bertahan. Tengok aje,
jangan sentuh! Jangan terleka dengan keindahan depan mata nanti kau tersungkur
kalah depan Hanan. Kau nak ke Hanan label kau sebagai suami yang cakap tak
serupa bikin?? Suara otaknya menegah. Abrar telan liur kelat. Hampa.
Untuk melupakan
keinginan yang tergencat. Abrar meniup angin halus ke wajah Hanan. Mahu mengusik
sekaligus membangkitkan isterinya dengan cara yang ‘halus’. Tiada respon lalu
ditiup lagi. Kali ini kelopak mata Hanan bergerak-gerak. Berkerut kening dan
dahinya disebabkan terganggu.
Hanan terasa
wajahnya berangin. Sangat-sangat pelik. Mata terpisat-pisat, mengumpul tenaga
untuk membuka lebar dan luas mata. Terkebil-kebil sesaat sebelum mata Hanan
melotot, nyaris dia tak terjerit akibat terperanjat.
Wajah Abrar
menyapa. Dekatnya beberapa inci saja dari parasnya. Hanan terkaku. Pasti muka
mereka bakal bersentuhan jika dia bergerak. Lagi-lagi bibirnya benar-benar
selari dengan bibir suaminya. . Tak semena-mena dia terhadiahkan Abrar sebuah
ciuman selamat pagi.
“ Boleh ke tepi
sikit? ” suruhnya setelah sedar tubuhnya terangkum dalam kepungan Abrar.
“ Good
morning,” ucap suaminya. Hanan menjeling. Episod malam semalam masih terakam di
benaknya. Rasa geram di bawa sampai ke dalam mimpi dan akhirnya masih terbias
kala ini.
“ Okay, good
morning, sekarang boleh ke tepi? ” ucapnya tanpa mood.
Sengih. Tanpa
rasa tergugat Abrar diamkan posisinya.
“ Awak..saya
minta tolong ke tepi sikit boleh? ” Hanan mengucapkan dengan sebaik bahasa.
“ Kalau abang tak nak, Hanan nak buat apa? Nak
jerit ? ”
“ Habis tu,
awak ingat saya seronok tengok awak tahan saya macam empangan air Chenderoh ?
Dah tak ada aktiviti lain yang nak difikir waktu subuh macam ni selain dari ni?
” dengan rasa bengang dia menjawab.
Kalau dah
boring sangat tak payahlah tenung muka aku macam nak telan, bukan dapat apa
pun! Pergilah mengaji ke, solat hajat ke? Sibukkan diri dengan benda
berfaedahkan lagi bagus, sekali dapat pahala cash daripada Allah.
“ Garanglah
Hanan ni, baru malam tadi kita tidur sama-sama. Pagi ni dah bertukar macam mak
tiri Cinderella. Nasib baik muka tu tak bertukar sekali kalau tak sekarang
jugak abang lompat dari katil ni.” Canda Abrar dengan senyuman mesra.
Hanan ingin
menjeling tapi ditahan. Bibir pun dikawal daripada mencebik. Langsung tidak
terusik dengan gurauan suaminya sebaliknya dia rasa panas hati. Abrar masih berdegil.
Tidak berkutik tubuhnya daripada terus mengepung Hanan.
“ Dahlah malam
pertama kita tak macam orang lain.” Rungut Abrar dengan bibir terjuih. Hampa
rasanya tak dapat tawan Hanan secara mutlak.
“ I told you
already, suka hati abanglah nak ‘ambik’ Hanan bila-bila masa, but I will never
forget your bet last night. Awak ingat lagi tak? Atau dah lupa malam tadi janji
apa? ” provoknya berani.
Hanan sengaja menggunakan
kesempatan yang ada mengingatkan suaminya yang amnesia itu. Kata-kata bongkak
yang dilemparkan penuh yakin oleh Abrar diungkit semula. Biarpun sebenarnya dia
cukup kecut membayangkan kalau-kalau Abrar berniat melupuskan taruhan yang
dibuat. Sehingga pagi ini, Hanan bersyukur Abrar bijak memberi dia masa untuk
bersedia ‘bersama-sama’ mengharungi rumah tangga yang baru terjalin ini.
“ Abang tak lupa! Sengaja abang nak ingatkan
Hanan semula tentang pertaruhan semalam dan abang dapat rasakan Hanan
sebenarnya lega bila abang buat macam tu.”
“ Suka hati
awaklah nak cakap apa, I’m not interested ! ” selanya perlahan tapi tegas.
“ Hanan ni ego,
kan? Sengaja keraskan diri.Tak nak mengaku dalam hati Hanan sebenarnya langsung
tak bersedia terima abang tapi pura-pura bersedia.” Getus suaminya. Hanan
mencerlungkan mata. Kenyataan Abrar harus ditepis laju.
“ Bila masa
saya pura-pura? Apa yang saya cakap itulah yang betul. Tak ada istillah nak
tipu diri sendiri. Awak tu yang ..”
“ Okeylah,
malas nak cakap banyak! Sekarang abang
nak Hanan bangun. Pergi ambil wudhu’ lepas tu kita solat sama-sama.” Abrar
mengarah sambil pintas cakap isterinya. Bagi Abrar selagi diberikan peluang
berdebat selagi itu Hanan nak menang. Jadi lebih baik dia tutup dulu mulut
isterinya sebelum telinganya pula tersengat dengan kata-kata itu.
“ Macam mana
saya nak gerak kalau awak terus tahan? ” dahinya berkedut rimas.
“ Apa yang
susah sangat, carilah jalan keluar sendiri. Bukannya haram kita bersentuhan,
lagi bertambah-tambah pahala kat bahu kanan tu. Hanan boleh pilih sama ada nak
ke kanan atau ke kiri abang. Just move at any direction and any position you
want it.”
“ Awak ni
sengaja, kan? ” gumamnya membendung hangat yang mengalir dalam relung hati.
“ Apa yang
sengaja? ” Abrar pula berdalih. Konon tak faham!
“ Sengajalah! ”
tekan Hanan. Marahlah tu..!
“ Yup, abang
memang sengaja nak bagi Hanan sentuh abang! Kalau abang tak boleh sentuh Hanan
so, Hananlah yang kena sentuh abang. Dalam hubungan suami isteri
sentuh-menyentuh amat dituntut. Wajib! Barulah perasaan kosong kat dalam tu
terisi dengan rasa cinta.” Akuinya tanpa riak bersalah. Abrar tersengih jahat.
Hanan merengus.
Mata bundarnya dipejamkan untuk mengawal rasa hati yang kepanasan. Baru
permulaan hari tapi dugaannya cukup berat dan meletihkan. Ya Allah! Keluh
hatinya. Bersabarlah wahai Hanan…
Cupp! Terpahat
lembut dahinya dengan sebuah kecupan. Hanan terkejut. Mata yang sedia tertutup
semakin dikatup erat. Bergerak-gerak kelopak matanya kerana cemas. Berdebar
dadanya menghadapi tindakan sang suami yang seterusnya.
“ Halalkan
ciuman abang pagi ni. Abang tak mampu tahan diri sebab hati ni teringin
sangat.” Bisik Abrar di hujung cuping telinga isterinya. Sejurus itu, dia
melepaskan Hanan. Tangan kekarnya yang memenjara isterinya dikalih. Dia
kemudian bangun.
Hanan pantas
buka mata bila terasa katil bergerak sehingga ke birai katil. Termangu-mangu di
atas katil.
“ Bangunlah,
sekejap lagi kita solat berjemaah. Abang nak mulakan hari ni dengan something
yang Allah suka.” Kata Abrar lagi.
Seperti dicurah
air sejuk serta-merta hati Hanan yang menghangat kembali nyaman dan segar. Demi
dua potong ayat Abrar yang telah berjaya mencairkan kehangatan itu.
Ibnu Mas‘ud r.a meriwayatkan telah
diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di
malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda: “ Lelaki
tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya atau kedua telinga.” - Hadis
Riwayat Imam Al-Bukhari.
Menurut Imam Al-Qurtubi, kencing
syaitan di sini adalah hakiki dan bukan hanya simbolik. Iaitu kita akan mampu
mengenali mereka yang tidak bangun untuk mengejakan solat Subuh dengan
kemuraman dan kekusutan wajahnya di pagi hari serta kehilangan cahaya dan seri.
Syaitan sentiasa cuba menghalang
orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan
menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: “ Syaitan mengikat @
membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul
di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata): Malam masih panjang, teruskan
tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka
terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan
jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas
dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. ” -
Hadis riwayat Al-Bukhari.
Sejurus itu, Hanan bingkas bangun. Memenuhi
tuntutan sebagai seorang Muslim dan Mukmin.
salam TT,s g frst komen,sknya,n3 g sngt sweet,sk ngn gy bhs u,mcm pro,x sbr nk tnggu sp yg klh dulu dlm prtrhn tu,nxt n3 bg pnjg2 na,syg u
ReplyDeleteawat typo plk,sy yg frst ekceli
ReplyDeleteDear mona, tq so much jd first reader utk n3 kali ni, suke bace ur komen, really sweet dn wat Aii senyum lebar ^________^, luv u much3x...
ReplyDeletehanan dh rela, abrar lak men tarik2 tali...
ReplyDeleteBest la. sambung lagi. tak sabar ni nak tunggu next entry. :D
ReplyDeletelagi???? best!!!!
ReplyDeleteBest...nk smbung bc lg
ReplyDelete