Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Alahai, suamiku amnesia! 16




Atas permintaan beberapa pihak, aii update latest chapter awal sedikit, 

silakan membaca dan kalau tak puas hati jangan marah-marah yer, 

enjoy reading to all readers = )









Terselamat daripada kemalangan tetapi terjerat dalam perkahwinan.Terjerat?? Ini bukan isu terjerat atau terperangkap bahkan kami sendiri telah bersetuju. Aku sendiri yang telah berikan kata putus. Hanan mengeluh tiba-tiba. Menerewang fikirannya pada peristiwa sebulan yang lalu. Malam yang telah memantaskan tarikh ‘keramat’ ini.

            Hanan tunduk. Merenung kedua-dua belah tangan yang saling bertaut rapat. Di mana jari-jemarinya telah berinai merah segar. Hasil palitan daun inai yang diproses sendiri oleh Puan Norsal daripada pokok inai di belakang rumah. 

 “ Untunglah kau, Hanan..” Muna mengukir senyuman kecil di pinggir bibir. Ucapannya kedengaran halus. Matanya liar ke seluruh ruang bilik pengantin yang dihias cantik dengan garapan warna lembut merah jambu dan ungu lavender. Sangat menampilkan keserian bilik pengantin. Tetapi jiwanya tidak terusik dengan keindahan yang ada. Cukup sukar untuk menumpangkan rasa bahagia dalam hatinya.   

“ Hrmm..” sela Hanan sambil menarik senyuman kecil.

“ Tapi seriuslah aku tak habis fikir, kau yang dulu A-A ( A minus A) boleh sampai ke tahap ni dengan dia! Very unpredictable! ” Suhaila masih memikirkan masalah yang teramat menyelubungi otaknya tatkala itu. Abrar dengan Hanan? Boleh ke dia orang berdua tu? Eh, macam tak boleh digest je otak ni bila fikir punya fikir!  

A-A? Apa benda tu? ” berkerut kening Hanan. Term apa pulak tu?

“ Anti-Abrar! ” ucap Suhaila dengan muka beriya sungguh. Matanya siap terjegil.

“ Owhhh…” sekadar itu balasan Hanan. Nak cakap apa lagi kalau memang itu hakikatnya! Memang perhubungan ‘kencang’ mereka berdua tak pernah berjaya berubah ke mana-mana tahap pun hatta si lelaki lari terbang ke luar negara! 

Hanan vs Abrar memang istilah yang tidak dapat dipisahkan dunia akhirat. Mana pernah mereka bersekutu, asyik berpaling tadah sepanjang usia… tapi itu dulu…dulu?? Hanan teguk liur. Terasa lehernya dicekak.

 Ada bezakah dulu atau sekarang wahai Hanan?! Dulu tak suka, benci, menyampah takkan sekarang suka pulak? Amboi, sejak bila kau pandai menimbang tara istilah perhubungan ini? Dah berjayakah panahan cinta Abrar menusuk ke jantung pejal milik kau? Hanan terkulat-kulat. Hatinya berkecamuk.

Akhirnya Hanan bertanya pada diri yang musykil. Mampukah aku mengubah term A-A kepada Abrar & Aku?

“ Kalau kau tak setuju lebih baik berundur Hanan. Keputusan di tangan kau. Sekali kau buat keputusan semuanya akan berubah.” Kata Muna tiba-tiba.

Hanan tergamam. Suhaila terkejut. 

“ Muna…kau kenapa? Apa yang kau cakap ni? ” berkerut hebat kening Suhaila. Nak gurau pun agak-agaklah! Tak nampak ke khemah dah siap terpacak dari depan sampai ke belakang rumah??

“ Aku tak mahu Hanan menyesal…” jawab Muna ketika melabuhkan punggung di birai katil pengantin. Suhaila pula menyandarkan punggung di meja solek, merenung Hanan yang telah siap didandan. Cantik sangat kau, Hanan…

Jujur Suhaila akui gadis di hadapannya kini begitu menarik dan tampak anggun dengan busana kebarung putih yang dijahit daripada kain lace serta satin. Kerudung Hanan pula sangat berseni dengan sulaman bunga-bunga bertaburan bersama layah yang indah.  

“ Merepeklah kau, ingat boleh ubah sesuka hati ke?  Majlis dah nak mula, semuanya dah diatur. Takkan Hanan nak batalkan semua ni? ” sanggah Suhaila. 

“ Tapi Hanan berhak! Dia boleh batalkan kalau dia rasa takkan bahagia dengan Abrar,” Muna masih pertahankan pendiriannya. 

“ Eh, Muna.. kau dah habis fikir sebelum kau cakap semua ni? Maruah mak ayah dia nak letak mana pulak? Kebahagiaan diri tu memang penting tapi kalau dah melibatkan maruah orang tua, jangan harap nak bahagia! ” tempelak Suhaila. Muna tersentak. 

“ Kau tak suka dengan Abrar, Muna? Atau kau takut aku tak bahagia dengan pilihan yang aku buat ni? ” Hanan mencelah.

Muna terdiam lagi. Sirna kata-katanya yang seakan memberi ‘kecaman’ pada masa depan Hanan. 

“ Atau kau suka Abrar? ” terjah Suhaila. Muna terkedu dan terperanjat. Pantas dia berpaling muka pada Suhaila. Geram dengan mulut temannya itu yang suka lepas cakap tanpa guna penapis.

“ Itu tak mungkinlah! ” tekannya membetulkan telahan itu.

“ Hah, okeylah kalau kau tak ada feeling dengan bakal laki Hanan, kita doakan aje baik-baik untuk dia orang.” Selar Suhaila pula.

“ Kau tak faham,” katanya di hujung bibir. Berat perasaan yang ditanggung.

“ Kalau macam tu, kau bagilah aku faham.”

“ Macam mana kalau ingatan Abrar pulih? Kau sanggup tengok dia orang bergaduh laki bini macam zaman dulu? Sikit-sikit tak puas hati, Abrar cakap itu ini Hanan pula balas balik. Last-last Hanan menangis tak berlagu. Bukankah kita selalu jadi saksi kejadian dulu-dulu tu? ” tebaknya sinis di penghujung ayat. Ditujukan khas buat Suhaila disamping Hanan. 

            “ Muna.. itu cerita lama, manusia boleh berubah. Abrar tu nakal aje, bukan penjahat yang buat jenayah. Lagipun aku nampak dia  sayang sangat pada Hanan, mustahil dia nak main-main dengan semua ini? Apa yang berlaku sekarang ni sesuatu yang serius.”  Suhaila berusaha mengusir prasangka Muna.

“ Dahlah tu, takkan sebab masalah ni, kau orang nak bergaduh masam-masam muka. Yang kahwin tu aku jadi, biar aku yang tanggung apa yang berlaku nanti. Lagipun aku yakin petunjuk Allah, Dia yang gerakkan hati untuk bulat dalam keputusan ini.”

“ Tapi kau sendiri tak dapat yakinkan diri, Hanan? Kau tak yakin bahawa Abrar pilihan yang tepat, betul tak? ” duga Muna.

“ Kalau kau yakin dan bersungguh terima semua ini, perkahwinan ini takkan jadi masalah pada kau. ” Rumusnya lagi seperti mengasak. Setiap patah kata-katanya adalah untuk membuka mata Hanan. Muna tidak mahu Hanan tersilap langkah. Dan paling penting baginya Abrar bukanlah ditakdirkan untuk Hanan. 

“ Aku tengah belajar, Muna. Setiap langkah yang aku ambil perlukan masa. Walaupun susah tapi aku tetap ikhlaskan diri, tak ada istilah terpaksa. Kami sendiri bersetuju untuk bersama memulai segalanya dari titik permulaan.” Hanan menjawab dengan telus demi memuaskan hatinya sendiri. Selebihnya dia tidak mahu teman-temannya itu berbalah lagi mengenai keputusan yang dibuatnya.

“ Bukan mak ayah kau penyebab kau terima perkahwinan ni? ” Muna belum mengalah.

“ Bukan, mak ayah aku tak pernah memaksa. Aku sendiri yang buat keputusan dan aku yakin, Muna. Dahlah jangan tanya lagi, kau buat aku letih fikir pasal benda ni.”

“ Hanan, cubalah kau fikir..”

“ Muna, kau dah kenapa ni? ” Suhaila separuh tempelak memintas percakapan Muna. Tiba-tiba timbul rasa geram pada gadis itu.

“ Aku tak mahu Hanan menyesal kalau..”

“ Ini keputusan dia, kau dan aku tak layak untuk ubah keputusan yang dia dah buat.” Suhaila memintas. Matanya membulat tanda kurang gemar dengan cara provokasi Muna pada Hanan.

“ Tapi..”

“ Please..kita lupakan soal ni.” Putus Hanan.

“ Okey, Hanan jangan stress tau. Kau duduk sini dulu, aku pergi panggil mak andam sekarang jugak.”  Kata Suhaila. Kasihan melihat raut Hanan yang mulai gelisah.

Hanan mengangguk.

“ Jom, ikut aku keluar.” Suhaila menarik lengan Muna. Meninggalkan Hanan terdampar sendirian bersama perasaan yang berserabut gara-gara mulut Muna.

Muna merengus. Terpaksa dia mengekor apabila terlihatkan jelingan tajam Suhaila.

“ Kau dah kenapa? ” jerkah Suhaila lantang tetapi masih terkawal lontaran suaranya.

“ Aku bercakap  sebab aku yakin. Mereka tak sesuai untuk bersama.”

“ Apa yang kau merepek ni? Ini semua coretan takdir, dah ditentukan dari luh mahfuz. Kau tak layak menentukan jodoh siapa yang sesuai.”

“ Aku boleh rasa, Su. Dia orang bukan ditakdirkan untuk bersama.” 

“ Astaghfirullah, Muna… apa kau doakan ni? Hanan tu kawan kita, patutnya kau doakan yang terbaik untuk dia. Semoga perkahwinan ini berkekalan dengan cinta. Bayangkan kalau Hanan dengar apa yang kau cakap, dia mesti terluka! ”

Muna mengeluh berat. “ Aku bukan sengaja mahu doakan yang tak baik. Entahlah..kau takkan faham, Su.”

“ Pelik sangatlah kau, Muna. Cuba kau fahamkan aku kenapa kau jadi macam ni? Kau seolah-olah terlalu prejudis pada Abrar. Takkan sebab kau terlalu bencikan lelaki tu?! Macam tak logik pulak kau bencikan Abrar. Atau sebenarnya kau memang sukakan Abrar? Kau jatuh cinta dengan dia? ”

“ Gila! Kau jangan buat kenyataan maut.” Tepis Muna laju.

“ Habis tu, apa masalah kau? ”

“ Dahlah, lupakan apa yang aku cakap tadi. Mungkin aku yang terlebih prejudis kut.” Dia kemudian berpaling pergi. Mengorak langkah untuk mencari ruang ketenangan. Hanan..berbahagialah atas semua ni…desisnya seiringan hati yang gulana.

 Suhaila bertambah pelik dengan tingkah Muna. Namun dia sekadar menjungkitkan bahu. 



AMBAL empuk dan gebu di depan tok kadi tempat Abrar melabuhkan punggung. Semua sanak saudara dan adik-beradiknya duduk mengelilingi pada hari bahagianya. Tidak kurang juga saudara mara sebelah bakal isterinya. Isteri?? Hanan akan jadi bini aku? Ya Allah, betulkah semua ini?! Soal hatinya. Selepas tiga bulan berhempas pulas memujuk gadis itu, akhirnya cerita cinta mereka akan bermula detik ini. Syukur.. hendaknya hati Hanan tetap sehingga dia selesai bertaut tangan Tuan Kadi!

“ Tuan, pengantin perempuan dah setuju ke? Dia dah tandatangan? ” soal Abrar mendadak. Telunjuknya menghala pada borang yang diunjukkan oleh juru nikah padanya.

Meletus tawa besar daripada lelaki-lelaki yang duduk berdekatan Abrar. Geli hati dengan pertanyaan Abrar yang melulu. Belum sempat Tuan Kadi membuka mulut dia lebih dahulu bertanya. Gara-gara cemas jika Hanan berubah fikiran. 

Fahmi menepuk perlahan bahu jejaka itu. “ Gelojoh betullah kau ni.” Sakatnya dengan senyuman lebar. Juru nikah @ Tok Kadi pun ikut tergelak juga.

Abrar menggosok-gosok dahi. Tetunduk malu. Merah mukanya. Aduh…sengallah kau, buat malu keturunan aje! Namun demikian, Abrar tidak pedulikan tawa sekelilingnya kerana dia sememangnya cuak. Terbayang jika Hanan cuba menarik diri di saat-saat genting seperti ini. Mahu Abrar melutut depan tok kadi supaya calonkan mana-mana wanita yang masih kekosongan untuknya.

“ Abrar..Abrar..” selar Encik Asri tergeleng-geleng. Buat malu aku aje ada anak yang kemaruk nak berbini, terlebih maju daripada bapak dia yang masih malu-malu tapi mahu!

“ Dah tak sabarlah tu! Tak lari bidadari kamu, Abrar. Tinggal kamu angkat lafaz aje, lepas tu pergilah lari masuk bilik.” Pak Abu menggiat pula.  

“ Ini tandatangan pengantin perempuan. Jangan risau, dia dah setuju pun.” Kata Tuan Kadi sambil menunjukkan tandatangan di atas nama Hanan Safura Binti Abdul Malik.

‘Alhamdulillah..’ sela Abrar dalam hati. Lega sangat.

“ Sekarang, kamu sign dekat sini pulak.”suruh si Tuan Kadi. Abrar apa lagi dengan pantasnya diambil pen yang belum sempat terhulur padanya. Peluang baik jangan dipersiakan! Padahal dalam kepala dah tak boleh fikir pasal lain. Asyik terbayangkan permaisuri yang sedang beradu dalam kamar pengantin. Beradu?? Aduh, siang lagilah ni..baru pukul 11 pagi!

Sekali lagi suasana agak gamat. Gelak tawa berpadu semula. Memang lawak. Bunga tawa memenuhi ruang itu. Fahmi pula terasa ingin ketawa besar-besaran sampai tertonggeng-tonggeng demi melihat tingkah Abrar. Penangan Hanan sampaikan Abrar pun makin sasau dibuatnya. Berbeza sungguh peribadi Abrar sewaktu remaja. Lelaki itu lebih gemar menyembunyikan rahsia hati tanpa mempertontonkan secara zahir.

            “ Dah sedia? ” Tanya juru nikah. Abrar mengangguk sejurus itu. Kesungguhan yang nyata. Langsung tidak menoleh ke arah lain selain meluruskan pandangan ke hadapan.

            Juru nikah menghulurkan tangan. Abrar menyambut.

            “ Stop it! Tolong hentikan semua ni! ” tempik satu suara kuat.

            Tersentak. Semua mata berpaling ke arah pintu rumah. Tercegat di sana seorang wanita yang memakai sepasang Baju Kurung tetapi tidak bertudung. Berombak-ombak dada gadis itu menahan aturan nafas yang tidak sekata. Mungkin gara-gara berlarian dari kereta sehingga melalui anak tangga menyebabkan dia kelelahan.

            Abrar teguk liur kesat bersama mata yang terbeliak. Siapa pulak perempuan ni?

            Mulut semua hadirin mula bercakap-cakap. Keadaan mulai riuh. Semuanya kalut dalam situasi yang tiba-tiba dilanda taufan. Diserang tanpa ada isyarat malapetaka.

            Hanan yang duduk tenang di atas ambal dalam kamar pengantin terkejut. Tempikan tersebut agak kuat sehingga mampu menerombos ke dalam kamarnya. Dia penasaran. Ingin bangun dan menyaksikan sendiri gerangan yang ingin menyekat hari perkahwinannya ini. Ex-girlfriend Abrar ke? Kenapa aku tak tahu selama ni? Ahh, macam mana nak tahu kalau kau tak pernah nak ambil tahu?!

            “ Siapa tu? ” Tanya Hanan berbisik pada Suhaila di sisinya.

            “ Entah.”

“ Aku nak pergi tengok sekejap.” Hanan berura-ura mahu bangun.

“ Eh, jangan! Hanan pengantin takkan nak redah keluar.” Tegah Kak Siti, mak andam Hanan.

“ Tapi orang yang datang tu mesti ada hal mustahak! ” jawab Hanan.

“ Aku rasa ada yang cuba sabotaj hari kahwin kau kut.” Gumam Suhaila di telinga Hanan.
Hanan makin terkejut. Siapa orang tu? “ Diana, Rita, tolong tengokkan siapa yang datang? ” suruhnya pada dua orang sepupunya yang berusia remaja.

“ Kau kenal ke? ” Fahmi bertanya langsung pada Abrar. Pemuda itu lekas menggeleng.

“ Pasti? ” tekan Fahmi. 

Abrar mengangguk lagi. “ Abah kenal tak perempuan ni? ” Tanya dia pada Encik Asri.

“ Tak pulak abah kenal.”

“ Wan ingat ke? ” Tanya Abrar pada Afwan, anak ketiga dalam keluarga. Manalah tahu Afwan ada mengenali mana-mana wanita yang pernah bersamanya.

“ Tak kenal pun.” Jawab si adik.

Fahmi bangkit. Menuju ke pintu. “ Cik cari siapa? ”

“ Pengantin lelaki! ” jawab si gadis. Fahmi lantas berpaling pada Abrar yang sudah mengeluarkan aura wajah terkejut dan terpinga-pinga. Fahmi kemudian menggamit pengantin lelaki supaya menghampiri.

“ Kau jangan buat gila, Abrar. Jangan sampai adik aku talak kau depan tok kadi mahu gempak satu kampung. Aku rasa dia ex kau sebelum kau amnesia.” Duga Fahmi berkata perlahan ke telinga Abrar yang telah berdiri terpacak di sebelahnya. 

“ Awak cari saya? Tapi saya tak kenal siapa awak.” Tukas Abrar pula. Mengambil sikap bertenang dahulu sebelum apa-apa hal berlaku.

“ Awak pengantin lelaki? ” Tanya gadis itu seperti terkejut. Abrar mengiyakan.

“ Bukan yang kahwin Ahmad Fadhli? ”

            “ Ohh, nak jumpa Fadhli. Dia adik saya.” Fahmi pantas mencelah. Lega.

            Abrar mengusap dadanya. Damai pula dirasakan saat ini. “ Okey, teruskan majlis.” Ucapnya.

            “ Fadhli mana? Ini hah kekasih hati dia datang menyerang.” Tempik Fahmi kuat.

            Terkocoh-kocoh Fadhli meniti tangga dari dapur. Terbuntang luas matanya. Terkejut sangat. Kakinya pantas menuju ke muka pintu. “ Jom kita turun.”

“ Kak Fura, yang datang menjerit sakan tu kekasih abang Li sebenarnya. Dia ingat abang ngah yang kahwin.” Beritahu Rita pada Hanan. 

“ Ya Allah, Fadhli punya mak we havoc betul sampai serang majlis orang.” Sela Mak Lang Hanan pula.

“ Oh, yeke? ” Tiba-tiba Hanan berasa lega. Ingatkan ada yang ingin membatalkan perkahwinannya ini. Tapi andai kata kalau terbatal kau suka tak Hanan? Sedih tak? Soal hatinya pula.

            “ Okey, majlis disambung semula.” Diana berkata selepas menjenguk semula ke luar. Hanan pula berdebar-debar selepas itu.



“ ADUH, kenapa Huda buat abang macam ni? Malu abang dengan satu kampung.” Fadhli meraup mukanya. Huda menjuihkan bibir. “ Huda pun malu jugak.”

            “ Dah tahu malu kenapa berani sangat serang majlis orang tadi.” Fadhli memadang rumahnya dari halaman rumah. Kecoh betul suasana tadi. Along pun satu siap menempik kuat, malu gila wei!

“ Semalam Zahid kata abang balik kampung sebab ada majlis kahwin. Huda tak boleh nak fikir apa dah. Subuh tadi Huda terus bertolak dari KL.”

“ Kan abang dah kata adik abang nak kahwin hujung bulan ni?! Huda tak dengar abang cakap apa? Takkan interpret data masuk dalam kepala pun boleh salah? ”

“ Kitakan bergaduh minggu lepas. Huda tak sangka pulak abang fikir nak kahwin dengan orang lain disebabkan Huda merajuk. Sebab itu, Huda redah balik kampung abang. Huda takut sangat kalau-kalau abang kahwin lain.”

“ Itulah, lain kali merajuk tak sudah. Orang pujuk pun degil sangat. Tengok sekarang terkejarkan kita sampai ke sini.” Fadhli menggenggam kuat tangannya. Rasa mahu dicubit-cubit Huda yang telah membuatkan kredibiliti  ‘macho’ nya hilang begitu saja di hadapan sanak saudara.

“ Sorry. Huda tak sengaja. Huda try call abang tapi abang tak jawab, lagilah Huda rasa nak meraung.” Luahnya sedih.

“ Dah tu, Huda drive dari KL seorang diri? ” Tanya Fadhli. Huda mengangguk.

“ Bahaya! ” Fadhli mendengus geram. Perempuan ni memang suka buat jantung aku berhenti sekejap. Ikut kepala dia aje!

 “ Sorry.” Lembut saja suara Huda. Dia bersalah jadi perlu mengakui salah itu. “ Abang janganlah marah-marah lagi, Huda memang tak sengaja. Huda tahu Huda bersalah tapi Huda buat semua ni sebab Huda sayangkan abang.” 

Fadhli telan liur. Luntur semua rasa marah dan geram pada gadis itu. Sayang punya pasal, bila si gadis bersuara lunak dan manja begitu hilang segala amarah yang bermukim di dada. Diganti pula perasaan geram disebabkan sayang sungguh pada cinta hatinya itu. Tak boleh jadi, daripada Hanan yang kahwin..lepas tu, aku pulak yang join akad nikah sekali! 

 “ Huda tak ada selendang ke? Tak pun ada simpan tudung? ”

Huda menggelengkan kepala. “ Kenapa? ”

“ Bakal menantu nak jumpa mak mertua takkan tak mahu bersopan. Mak abang tu suka perempuan yang pakai tudung tau. Nampak Islamik, solehah dan beriman. Kang silap hari bulan dia suruh abang cari lain.”

“ Alah..tak pakai tudung pun bukan bermakna Huda tak beriman, tak Islamik. Huda mana pernah tinggal solat, puasa, semua kewajipan dalam Islam Huda buat kecuali bertudung aje.” Belanya disamping mengangkat diri.

“ Tipulah, Huda mesti tinggal jugak solat dengan puasa.”

“ Abang tak percayakan Huda? ”

“ Yelah, Huda mestilah akan tinggalkan jugak solat sekurang-kurangnya tujuh hari dalam sebulan. Bulan ramdhan pun mesti tak cukup sebulan puasa. Setiap bulan dapat cuti free daripada Allah.”

Huda pantas mencubit kuat lengan Fadhli. “ Hisyh, abang ni..gatal sangat! Benci tau.”

“ Sakitlah yang..” keluhnya perlahan. Memang berbisa cubitan si kekasih hati tetapi itu disebabkan mulutnya yang mengundang. Terima ajelah!

“ Kat kampung jangan sentuh-sentuh abang tau, nanti mak marah.” Pesan Fadhli.

“ Amboi, pesan kat kita pulak! Padahal dia tu pantang tengok orang bebas sikit mulalah nak pegang-pegang. Dekat mak takut tapi dekat Allah tak takut! ”

Fadhli tersengih-sengih. “ Sebab takutlah abang ajak Huda kahwin cepat-cepat. Tapi Huda suka mengelak. Lagipun abang pegang pun bukan teruk sangat, setakat pegang tangan aje. Kalau ikut hati sampai pinggang tu pun abang pegang jugak, nak peluk kuat-kuat.”

“ Tengok tu, tak senonoh. Berdosa tau pegang-pegang. Huda tak rela sikitpun.”

“ Okey, kalau macam tu..abang takkan pegang-pegang lagi sampai kita kahwin. Tapi Huda kena ikut syarat abanglah.”

“ Syarat apa? ”

“ Huda kena belajar pakai tudung. Itu tuntutan dalam Islam. Abang sayangkan Huda dan kalau boleh biarlah gadis yang bakal menjadi isteri abang akan sentiasa mendatangkan pahala pada abang. Kita mesti hidup dalam berkat rahmat Allah so, Huda kena ubah menjadi muslimah terbaik dan abang akan berubah kepada muslim terhebat dan takkan miang lagi. Nanti ada anak-anak bolehlah dia orang contohi kita.” Kata Fadhli memujuk Huda tercinta. Hendaknya gadis itu mengikut katanya.

“ Tapi Huda tak bersedia lagi.”

“ Sayang mesti paksakan diri. Pakailah walaupun terpaksa. Allah dah lama seru dalam Al-Quran supaya muslimat pakai tudung sehingga menutupi dada. Rambut tu mahkota Huda dan Huda hanya akan pertontonkan kecantikan pada muhrim aje. Insya Allah, mungkin akan datang pada abang pulak. Huda tahukan abang memang jealous kalau lelaki lain pandang Huda lebih-lebih. Abang tak suka orang tengok perempuan kesayangan abang macam tu, geram sangat. Rasa nak meletup dada tengok dia orang tersengih-sengih macam kambing. Huda ikut cakap abang tau.”

“ Hrmm, nanti Huda usahakan.”

“ Kalau macam tu, jom masuk kereta.”

“ Nak ke mana? Majlis adik abang macam mana pulak? ”

“ Adik abang dah selamat agaknya. Sekarang Huda ikut abang, kita pergi mall beli tudung banyak-banyak.” Arah Fadhli.

“ Hah? Kenapa cepat sangat nak berubah? ” Huda terperanjat.

“ Sayang, please jangan degil lagi. Kata sayang abang, cubalah dengar cakap abang. Nak jumpa bakal mak mertua mestilah elok-elok, pakai tudung baik-baik. Nasib hari ni Huda datang pakai Baju Kurung. Kalau ber T-shirt dengan jeans macam selalu, mahu abang bungkus bawak balik KL.” 

“ Yelah, Huda ikut cakap abang.”

“ That’s my girl, rasa nak kiss aje Huda tapi tak apa. Abang akan bersabar.”

“ Abang memang nak kena pelempanglah! ”

“ Aikk, kan abang kata jangan sentuh abang sembarangan?! ”

Huda mengetipkan bibir. Geram. Fadhli tersengih lebar. Mereka berdua masuk ke dalam kereta selepas itu.  




“ YAYA tak sangka bang long boleh bertemu jodoh dengan Hanan. Macam manalah ibu boleh aturkan semua ni?! ” tutur Alya pada suaminya, Nuqman. Wanita itu sebaya dengan Hanan dan merupakan anak kedua dalam keluarga Encik Asri.

            “ Kenapa Yaya cakap macam tu? ” soal sang suami. Mereka tidak lepas daripada memandang pasangan yang saling bercengkerama di depan lensa kamera.

“ Waktu zaman budak-budak, Hanan selalu isytiharkan abang long sebagai musuh dia. Pantang bertemu muka, tak sah kalau tak saling sakitkan hati masing-masing. Abang long lagilah.. ego sampai ke langit. Dengan perempuan pun tak mahu mengaku kalah, tapi dengan Hanan ajelah yang dia suka cari gaduh. Sebab itulah Yaya teruja bila tengok sekarang dia orang boleh ngam pulak. Macam tak percaya.”

            “ Jodoh, sayang.” Ringkas Nuqman membalas.

Berbalik ke dalam situasi pasangan utama. Hanan cukup kekok dan segan bila diarah mengubah posisi ke sana ke mari. Abrar pula bukan main senyum sambil sengih. Suka sangat tengok dia menggelabah lagi-lagi dalam pelukan lelaki itu. Rimas sungguh. Serasa mahu dihalau semua penonton di setiap sudut bilik. Biar tinggal dia, Abrar dan juru kamera sahaja. Suka hatilah mahu rakam aksi kuak lentang, baring, berpeluk sakan dan aksi yang tidak terjangkau dek fikirannya. 

“ Hanan..” bisik Abrar ketika dia mendakap Hanan daripada posisi belakang tubuh si isteri.

“ Hrmm..” aduh, bilalah semua ni nak habis?! Abrar pulak tak habis-habis mencari ruang mengusiknya dengan kata-kata. Sumpah, Hanan mahu melarikan diri. 

“ Nasiblah perempuan yang datang serang tu bukan mak we abang yang dulu. Kalau tak, jawabnya Hanan tak dapatlah bersuamikan abang.” Manja sungguh Abrar berkata. 

‘ How I wish.. wanita tadi kekasih awak so, the end of the story saya akan offer tempat pengantin perempuan untuk gadis tu?!’ Hanan menyambung dalam hati. Tidak tergamak meluahkan pada suaminya yang baru sejam tadi mengangkat lafaz nikah.

“ Keciknya pinggang,” usik Abrar lagi menambah rencah. “ Tak puaslah nak peluk ! ”

“ Kalau tak suka pergilah cari pinggang lain.” Gumamnya sambil mengetap gigi.

“ Tak apa yang ini pun dah cukup.” Balasnya pendek.  “ Dah cukup berselera.” Bisiknya lagi.

‘ Ah, tahan ajelah Hanan.. suami kau dah mula naik minyak!’ desisnya dalam diri.



“ AKHIRNYA sempurna juga majlis ni.” Puan Norsal meluahkan perasaan gembira dan lapang yang dialaminya sekarang.

“ Alhamdulillah, tak sia-sia usaha kita dalam sebulan ni. Semuanya lengkap dan teratur. Tinggal Hanan dan Abrar saja yang tentukan jalan kebahagiaan mereka berdua.” Puan Norsal turut melahirkan kelegaaan bersama hasrat hati sebagai orang tua.

“ Aku pun sama harap perkara yang baik saja yang akan berlaku antara budak berdua tu. Jangan bertekak macam zaman budak-budak sudahlah, jenuh nak menonton perang antara dia orang tu. Tak pernah ada penghujung.”

“ Jangan sampai ada yang bungkus kain baju sudahlah.” Tambah Puan Salmi lebih kepada bergurau. 

Puan Norsal tertawa. Semoga setiap hilai tawa bahagia mereka tiada penghujungnya, aamiinn..






13 comments:

  1. wahhhhhh..... bestttttttt sukaaaa..... seyesss terharuu dearr aii fariza..... terima kasihhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwarrhh, tenkiu so much dear amy sudi merempit ke blog, terharu sangt u sudi snggah, hehe ^_^

      Delete
  2. besh2..heheheh

    ReplyDelete
  3. Now kita tunggu fireworks..jeng jeng jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng, boom meletup sat lg yow, haha

      Delete
  4. Congrats to abang Abrar hahah at last...thanks Cik Author!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, yeppy! congrats for both of them, tqvm dear marina mai baca story aii :D

      Delete
  5. Tq Aii, auntie dah rasa lega akhirnya akbar n hanan selamat kahwin, mulanya suspen jugak bila munculnya watak muna n pastu serangan kekasih hati fadli.....auntie suka cara Aii berkarya,suka olahan dan jln cerita yg tersusunm ini membuatkan ,,,,auntie jatuh cinta dgn watak akbar,,, Aii blh pergi jauh lg, teruskan berkarya

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome auntie, trharu sngt dgn komen auntie,seriously luv it, yup, akhirnya bertemu jugk mrk dlm stu jalan! moge2 mrk belajar utk mnerima kekurgn dlm diri,btw thanks a lot bcoz u luv it, aii sngt3x teruja utk trus mnulis dgn lebih baik :D

      Delete
  6. Hehe. Buat saspeng aje Hudakan..plot makin menarik ni sis..cepat2 continue

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...Huda dan fadhli sbagai penyeri dlm ini cerita, to be continued, insyaAllah ;)

      Delete
  7. tqvm baby mio, glad u like it ^^

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^