Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Short scene again??!




Assalammualaikum, maaf x update lama sangat, lebih dari sebulan, so sorry to dear readers.

Today at 11.56 pm tanggal 10/7/13, aii wanna give some part dalam mnuskrip Alahai, suamiku amnesia! Hope enjoy and always pray for this e-novel will pass penilaian nanti, aaminn :D






TERBUNTANG bebola mata Hanan sebaik saja dia menolak pintu bilik tidur. Abrar sedang mengaut pakaian dari dalam almari masuk ke dalam bagasi yang nganga di atas katil. Hanan menapak perlahan menghampiri. Terpinga-pinga dia melihat kejadian aneh itu. Sudahlah mereka baru saja pulang daripada menghantar Rehan ke rumahnya.Sampai rumah pula Abrar buat babak pelik.

            “ Eh, awak nak ke mana? ” Hanan menyoal.“ Gaya macam nak lari rumah aje.” Getusnya kehairanan.

            “ Betullah tu tekaan Hanan,” Abrar menjawab tanpa menoleh.

“ Tapi kenapa? ”

“ Ask yourself, Hanan ada jawapannya.”

“ Saya? Apa yang saya dah buat? ”

“ Beg Hanan mana? ”

“ Beg saya? ”

“ Abang tak nak lari rumah seorang diri so, Hanan ikut abang.”

“ Eh, kenapa pula nak ajak saya? ”

“ Because I am married unto you. Ke mana saja abang pergi, Hanan akan ikut.”

“ Tapi saya tak nak ikut awak.” Bangkangnya laju.

“ Nak jadi isteri derhaka? ”

Hanan terkejut. Hampir tercekik lehernya apabila telinganya dipukul dengan perkataan ‘derhaka’. Raut Abrar yang garang itu juga membuatkan dia separuh pegun.

“ Er, saya bukan nak derhaka..saya cuma nak tahu sebenarnya kita nak ke mana? ”

“ Beg Hanan mana? ”

“ Dekat bawah katil.” Beritahunya terpaksa. Gerun mengenangkan perkataan derhakayang lahir dalam perbualan mereka. Seperti berada dalam tempoh krisis.

Abrar segera menyelak cadar pengantin. Dia tunduk menjenguk ke bahagian bawah katil. Sejurus itu, terus disambar bagasi Hanan. Zip bagasi tersebut dibuka. Hanan makin tidak keruan. 

“ Abrar.. awak janganlah macam ni. Kalau ada problem kita berbincang, okey. Saya tak mahu kita lari sana sini.” Hanan memujuk. “ Lagipun lusa majlis perkahwinan sebelah awak. Apa kata tetamu kalau kita tak ada.”

“ Masalah kita akan selesai kalau Hanan ikut abang.”

“ Apa masalahnya sampai kita kena larikan diri? Awak..awak..ada pinjam duit daripada.. ah long ke?” duganya.

            Terkedu. Langsung terhenti kerja Abrar. “ Hanan..Hanan..tak ada benda lain yang awak boleh teka selain itu? Kenapa suka sangat berfikir yang buruk-buruk tentang abang.” Luah Abrar di hujung bibir.

“ Saya tak bermaksud macam tu..saya tengah bingung ni. Awak yang buat saya teka bukan-bukan.” Hanan membela diri yang dirasakan tidak bersalah. Selalunya dalam drama orang melarikan diri tiba-tiba dari rumah disebabkan dikejar oleh ah long. Maka itu dia merumus demikian.

“ So, abanglah yang bersalah buat Hanan meneka yang bukan-bukan?”

“ Eh, bukan itu maksud saya. Maksud saya..”

“ Okay, just put the blame on me. I’m sorry.”

            Hanan mati kutu. Berbicara dalam situasi ini menjadikan dia serba salah. Hilang arah untuk membawa kepada tujuan sebenar. Abrar dengan mudah beralah padanya tetapi Hanan pula ditimpa perasaan bersalah yang amat sangat.

Selesai. Abrar menutup zip bagasi. “ Jom.”

“ Kita nak pergi hari ini ke? ”

“ Hanan, boleh tak bagi kerjasama? ” ucap Abrar dalam keluhan berat.

“ Awak dah beritahu mak dengan ayah? Majlis kita macam mana? ”

“ Pedulikan semua tu.” Balas sang suami.

Hanan tercengang.

            “ Abang letak beg dulu dalam kereta. Take your time. Fikirlah sama ada nak patuh cakap suami atau tak. Dalam masa sepuluh minit Hanan tak turun, abang pergi.” Abrar lantas berlalu keluar.



CUKUP sepuluh minit, Hanan menapak turun daripada anak tangga. Lemah longlai dia melangkah. Abrar sudah bersedia di tempat duduk pemandu dengan enjin kereta yang mengaum. Anak mata mereka saling bertingkah. Abrar dengan renungan tajam. Hanan dengan tatapan kurang senang. Masing-masing menyampaikan mesej tertentu.

            Sebaik saja Hanan menutup pintu, Abrar terus memecut kereta keluar daripada halaman rumah.

“ Pakai seat belt, Hanan.” suruh Abrar tanpa menoleh.

“ Kita nak ke mana sebenarnya? ”

“ Put your seat belt first.” Abrar mengulang arahan.

“ Saya akan pakai kalau awak beritahu kita nak ke mana?! ” Protesnya bersyarat. Sengaja menunjukkan prinsipdirinya yang tidak mudah diarah sewenang-wenangnya tanpa sabab-musabab yang kukuh.

            Abrar menghela nafas. Melepaskan udara yang menyesakkan. Dia meneruskan pemanduan tanpa menghiraukan kedegilan isterinya.

“ Awak.. tolonglah beritahu ke mana destinasi kita. Takkan kita nak menghilang tanpa jejak.” Hanan berjeda. “ Sekurang-kurangnya awak kesianlah pada mak ayah saya dengan ibu abah awak. Tentu dia orang risaukan kita nanti. ” pintanya sayu. Ternyata Abrar tidak makan langsung dengan kata-kata itu.

“Shut your mouth.”

Bulat mata Hanan. Dia suruh aku diam?? “ Saya takkan diam. Lagi baik awak beritahu sebelum saya report dekat…” Hanan kelu pula. Nak lapor dekat siapa? Takkan nak buat laporan polis? Abrar bukannya menculik aku pun. Tak relevan langsung!

“ Reportlah ikut suka Hanan. Tak kisahlah dekat siapa pun, abang nak tengok kuasa mana yang dapat membataskan hak seorang suami atas isteri. Abang tak buat perkara yang bukan-bukan, dera tubuh badan awak pun tak pernah terlintas dalam kepala. Kita cuma lari dari rumah itu saja.”

“ Tapi awak dera perasaan saya.” Luahnya geram.Tangan halusnya dikepal erat.

            “ Hanan rasa terdera?! Habis tu perasaan abang yang terdera Hanan tak ambil kisah pulak? ”

            “ Apa yang saya dah buat? Kata-kata saya yang mana awak tak suka sampaikan hati dan perasaan awak terhiris?” soalnya dengan kerutan di dahi. Berfikir dan cuba mengingat kembali setiap percakapan yang diucapkan sebelum ini.

Abrar lekas membawa kereta ke tepi jalan. Lebih baik dia menghentikan kereta daripada berbincang dalam keadaan emosi tidak seimbang. Hanan terkebil-kebil dengan tindakan itu.

“ Apa niat Hanan sebenarnya pada abang? ” soalnya tanpa lengah.

“ Niat apa pulak? Cakaplah terus-terang, saya pening tau.”

            “ You talk too much today. Semua kebaikan Rehan luar dan dalam awak nak cerita. Rehan pandai jahit baju, pandai memasak, Rehan yang penyayang, pemurah and every single thing about Rehan. Dari saat Rehan duduk dalam kereta sampailah kita jejakkan kaki ke rumah. Kept talking about Rehan.”

“ Salahkah saya nak berkongsi cerita tentang kawan baik saya? Lagipun semuanya kebenaran. Saya cuma mahu awak mengenali Rehan dengan lebih mendalam. Manalah tahu awak pun boleh jadi kawan baik Rehan.”

“ Fine kalau itu niat Hanan. Tapi abang nak tanyaseperkara, antara niat mahu jadikan abang kawan baik Rehan atau suami kepada Rehan, mana satu Hanan lebih harapkan?” Abrar menekan perkataan ‘atau’ dalam ayat pertanyaannya. Lebih kepada mahu menduga reaksi sang isteri.

Kelu. Hanan bungkam. Umpama tertangkap dalam terang.

“Apa niat Hanan suruh Rehan buatkan kuih kegemaran abang? ”

Diam lagi.

            “ You know what, abang langsung tak kisah dengan segala kebaikan dan kelebihan Rehan. Walaupun dia lebih pandai buat kuih, abang akan tetap memilih makan kuih buatan awak. Biarlah hasilnya teruk sekalipun, asalkan abang bahagia sebab awak sudi buatkan untuk abang. Tapi sayang, isteri abang tak sudi rupanya.”

            Hanan gamam.

            “ Can you just appreciate what you have? Kenapa mesti menolak abang dengan cara ni? Tak suka lepas tu pass pada best friend. I’m not your thing that you can simply remove. Jangan anggap abang tak ada perasaan. Kalaulah ibu tahu menantu kesayangan dia sanggup lakukan anak dia begini, apa agaknya reaksi ibu? Hanan rasa ibu akan bahagia dengan tindakan Hanan?”

            Zupp!! Bagaikan terhunus sebilah pisau ke dada. Pedih. Kata-kata terakhir Abrar umpama mengirimkan seribu kekecewaan pada Hanan sehingga menimbulkan berganda perasaan bersalah.Sungguh dia telah mendera jiwa jejaka itu. Abrar terkilan dengan bicaranya. Ibu?? Bertambah bersalah diri Hanan apabila membayangkan wajah Puan Salmi. Pasti wanita itu terluka. Harapan yang selalu disandarkan padanya pasti tercalar dek perbuatannya.

            “ Awak marah? ” Hanan menyoal setelah berdiam diri buat seketika.

“ Abang tak mungkin marah Hanan.”

“ No, its okay, Abrar. Awak boleh luahkan perasaan marah tu, saya janji takkan marah awak balik. Sekurang-kurangnya awak akan lega bila awak dah marah saya nanti.” Bersunguh-sungguh Hanan berkata. Baginya jika itu saja jalan yang mampu melegakan rasa terkilan yang dialami oleh Abrar, Hanan rela. Dia tidak mahu Abrar berlanjutan kecil hati terhadapnya. Ternyata Hanan tidak betah untuk itu.

“ Hanan betul-betul tak faham maksud abang atau berpura-pura tak faham?! ” Abrar menghela  nafas berat.

“ Apanya? ” Hanan bingung. Abrar ni macam-macamlah! Siapa yang berpura-pura? Tak cukup murnikah niat aku suruh dia lepaskan kemarahan pada aku? Selama ini, mana pernah aku bagi peluang ini  pada sesiapa. Abrar sudah dikira cukup bertuah mendapat mandat daripada aku sendiri!

“ Antara marah dan cinta, Hanan rasa abang akan pilih yang mana?”

“ Okay, fine saya faham.Tapi saya tetap tak kisah kalau awak nak marah saya.”

“ BetulHanan tak kisah? ” Abrar mahukan kepastian. Hanan mengangguk.

“ Kalau abang redeem sesuatu yang lain awak rela? Selain daripada lepaskan kemarahan pada awak, boleh abang minta sesuatu yang boleh hilangkan kemarahan abang pada Hanan? ”

“ Er..awak..nak apa daripada saya? ”Hanan kecut perut.

Abrar mendekat. Mata Hanan terbeliak luas. Bila terlalu hampir sehingga bahu mereka bersentuhan, Hanan lekas memejamkan mata. Semput saluran pernafasannya. Berdebar yang amat sangat.

“ Hrmm, your smell..like heaven.” Desis Abrar di pinggir telinga si isteri yang gementar satu badan. Dia tersengih di hujung bibir. Tangannya menjalar. Melangkau melebihi tubuh Hanan. Hembusan  nafas Hanan yang halus menampar lembut ke kulit pipi. Membuatkan Abrar menahan diri daripada bereaksi menurut kata hati.

“ Open your eyes and close your mouth, that’s better.” Suruh Abrar.

‘ Tak nak, nanti awak buat tak senonoh pada saya!’ suara hati Hanan membantah.

            “ I’m done! ” bisik Abrar.

‘ Apa yang sudahnya? Tak terasa apa-apa pun!’ musykil minda Hanan.

            “ Seat belt Hanan, abang dah tolong pakaikan.”

Langsung terbuka mata bundar Hanan mendengar kata-kata itu. “Ohh..” Terlopong mulutnya. Malu. Nasiblah dia tidak cepat melatah dengan tindakan suaminya jika tidak bertambah berlipat kali ganda dia ditimpa cemidu.

Kereta Honda CRV Abrar kembali bersaing dengan kenderaanlain. Hanan ingin membuka mulut lagi. Mahu mengarahkan Abrar memusingkan arah kereta agar mereka kembali ke rumah semula. Pada Hanan setelah mereka berbicara empat mata tadi maka tiada lagi masalah yang bergelumang antara mereka. Oleh itu, perlarian mereka harus ditamatkan.

“ Abrar..”

“ Hrmm..”

“ Awak tetap nak teruskan niat awak, lari dari rumah? ” Hanan bertanya dalam ragu-ragu.

“ Yup, no turning back.” Putusnya sebelum Hanan bercakap lanjut. Tentu gadis itu  mahupun cuba memujuk.

“ Ke mana? Awak sedar tak majlis kita akan berlangsung dalam tempoh dua hari lagi? ”gerutunya tegang.

“ Sedar,” jawab sang suami. Hanan sedikit kesal dengan respon Abrar yang acuh tak acuh.

“ Habis tu, kenapa tak batalkan majlis tu? ”

“ Nak buat apa batalkan? Biarlah semua tetamu kita datang makan kenduri. Kita ada atau tak, tetap tak ada beza. Hanan dan abang dah selamat pun.”

“ Awak tak malu?”

“ Buat apa nak malu? Bukannya kita kahwin bersijilkan cop dari sempadan siam.”

            Hanan mendengus. Marah. Kehangatan menyusup ke dalam dadanya lantaran sikap sambil lewa Abrar.Memupuk semangat untuk bertelagah lebih jauh. Namun Hanan segera menyingkirkan ‘angin pasang’ yang mula meniup-niup.

“ Buatlah suka hati awak, saya takkan cakap apa-apa lagi.”

“ Good, silence is better for you, dear. I can give full attention on my driving, supaya nanti kita akan cepat sampai ke destinasi yang Hanan tak tahu ‘tu’.” Abrar menggiat. Sengaja menjulang ketidaksenangan hati si isteri.

Hanan menggigit bibir. Ikutkan ketegangan perasaannya, mahu saja digigit-gigit lengan Abrar yang tegap itu. Biar lega dan puas hatinya. Namun sudahnya Hanan pantas memeluk tubuh agar dia mampu mengawal tindak tanduknya. Risau jika dia benar-benar mengikut suara benaknya. Lebih baik dia mencegah sebelum mereka berdua bertelagah lebih hebat.

Abrar menyimpan senyum. Muncung Hanan mencuit deria tawanya.


5 comments:

  1. hehe...pandai gak abrar duk wat gempak lagu tuh...mane lh agak nyer abrar nk bawak diri nyer dn insan tersyg lari ek...tk agak2 mulut hanan hehe...lari dr ah long...besttttttt dek namun rase tk puas.....hilang rindu kat abrar ngan hanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak norihan,
      terima ksih sudi berkongsi pndpt dan pndangan dgn aii,
      gembira sgguh membaca komen dr akak,
      insyaAllah moga jln cerita ini berkekalan dgn puas hati,aaaminn... :D

      Delete
  2. Replies
    1. welcome n tq so much, baby mio :)

      Delete
  3. Feweet... Abrar nk bawak Hanan p honeymoon... Kenapa la Hanan tak tfikir??? he.... ;D

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^