Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Cerpen Hati Bersatu Jiwa 3







************************************************************************



Furqan terkejut sangat! Ya Allah dugaan sungguh saat ini. Mereka merana kerana onar daripada seseorang. Selama hampir berbulan lamanya jiwa dan hati mereka tidak mampu bersatu kerana lingkaran hitam telah meliputi hati isterinya. Syuairah yang dicintai cuba diperdajalkan dalam permainan ilmu ‘jahanam’ itu.

Ya Allah..Ya Rahman.. Ya Rahim.. Ya Karim, atas kekuatan yang Kau miliki maka pinjamkanlah sedikit kekuatan itu padaku. Aku tak kuat untuk menghadapi saat-saat ini. Berilah aku secebis ketabahan untuk terus kuat bersama isteriku.

Daripada Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda: 
Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan @ gangguan. Seorang dari mereka berkata, “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah! (yang betul hebat)” ~ Hadis riwayat Muslim.

“ Saya tak mampu sebutkan nama tuan yang menghantar ’benda’ ini tapi cukuplah saya katakan bahawa dia sangat kasihkan isteri awak. Seseorang yang pernah mempunyai hubungan dengan isteri awak tetapi telah terputus di tengah jalan. Sebab itu dia menghantar benda ini untuk menganggu perkahwinan antara Furqan dan isteri.” Kata Ustaz Abdul fahmi. Seorang pengamal ilmu perubatan Islam.

“ Habis tu, apa yang patut saya buat untuk pulihkan semua ini, ustaz? Saya nak sangat bersama isteri saya.” Bicaranya separuh merayu. Meminta kerjasama ustaz yang lebih arif daripadanya.

   “ Sihir ni ada macam-macam jenis nama dan salah satunya sihir yang diberi nama   ‘ Tafriq’ yang bermaksud pemisah. Sihir ini yang akan memisahkan hubungan suami isteri sehingga ke jalan penceraian, seperti keadaan awak dan isteri. Tapi jangan risau setiap penyakit itu punyai penawar. Allah mendatangkan penyakit dan tentulah Dia mengirimkan bersama penawarnya. Cuma setiap penawar itu perlu dicari dengan gigih. Awak dah pun berusaha mencari jalan untuk memulihkan hubungan suami isteri yang makin renggang, insya Allah akan dipermudahkan oleh -Nya.” 

“ Untuk meleraikan sihir yang dihantar, bacakanlah ayat-ayat suci daripada Al-quran kepada isteri awak, iblis ini lemah dengan setiap ayat-ayat Allah, perlahan-lahan sihir yang terjalin antara hubungan kamu berdua akan terurai dengan kehendak-Nya. Antara ayat suci tersebut seperti :- ”

Bacakan kepada pesakit ayat-ayat berikut:

Surah Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah :1-5
Surah Al-Baqarah :102 ( Sebanyak 7 kali)
Surah Al-Baqarah : 163-164
Surah Al-Baqarah : 255 (Ayat Kursi)
Surah Al-Baqarah : 285-286
Surah Al-‘Imran :18-19
Surah Al-A’raf : 54-56
Surah Al-A’raf : 117-122
Surah Yunus : 81-82
Surah Thoha : 69
Surah Al-Mukminun : 115-118
Surah As-Shaffat :1-10
Surah Al-Ahqaf : 29-32
Surah Ar-Rahman : 33-36
Surah Al-Hasyr : 21-24
Surah Al-Jin : 1-9
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas


“ Selain itu, awak boleh berikhtiar dengan cara lain seperti melakukan mandian dengan cara membacakan pada sebaldi air: Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 4 Qul. Minum 3 teguk air berkenaan dan buat mandian sebagai bilasan terakhir. Jangan lap air berkenaan, biarkan ia kering secara terus memakai pakaian. Waktu terbaik mandi adalah sebelah petang. Lakukan setiap hari sehingga yakin tidak ada gangguan lagi.


“ Pesakit juga digalakan membaca Al-Baqarah ayat 102 setiap kali lepas solat dan sebelum tidur. Bagi wanita yang didatangi putaran haid, rakam bacaan di atas untuk didengar atau sekurang-kurang surah As-Shaffaat. Pesakit juga mestilah berzikir “Lailahaillah wahdahu la syarikalah lahulmulku walahulhamdu wahua ‘ala kulli syaiin qadir” 100x pagi dan petang.”

“ Selebihnya saya akan kirimkan air daripada bacaan surah-surah untuk menipiskan lingkaran sihir tersebut. Insya Allah akan dipermudahkan oleh-Nya. Sekarang ni yang paling penting awak sentiasalah berdoa, kalau boleh selalu bangun solat tahajjud, minta dengan Allah agar dipermudahkan jalan kebahagiaan itu.” Ulas Ustaz Abdul Fahmi dengan panjang.

            “ Insya Allah saya akan cuba yang terbaik ustaz.” Balas Furqan.
“ Kita akan tengok dulu dalam tempoh sebulan ni, sama ada sihir tu berkurang atau tidak. Kalau masih sama, saya cadangkan kita bawak isteri awak jumpa pakar perubatan A-Syifa’.”
“ Saya ikut saja apa yang terbaik,” Furqan berserah saja pada-Nya asalkan Aira yang dulu kembali ke sisinya.

*************************************************************************************


“ Dah minum air kosong yang abang bagi tadi? ” tanya Furqan ketika melabuhkan punggung di sofa tunggal manakala isterinya di sofa berangkai dua. Dia mencapai surat khabar yang berada di atas meja kopi.
Aira mengangguk. “ Dah.”

“ Good.” Ucap Furqan tanpa memandang isterinya.
Aira kemudian memandang kepada Furqan yang kelihatan tenang merenung dada akhbar. Panahan matanya tidak lari walau sepicing. Seiring dengan degupan deras jantungnya. Berdebar menatap wajah pemuda yang kini menjadi suaminya.
“ Abang..”
“ Hrmm.. ” masih menumpukan perhatian pada akhbar.
“ Boleh Aira ke rumah ibu? ”   
“ Pergilah.” Furqan mengizinkan.
Aira telan liur. Sebenarnya dia mahu Furqan ikut sama tapi keberatan untuk membuka mulut. Takut Furqan enggan atau ada urusan lain.
“ Abang..nak pergi sama? ”
“ Apa dia? ” Furqan mengerutkan dahi. Tapi mata tetap di dada surat khabar.
“ Abang nak pergi sama? ” Aira mengulang pertanyaan yang sama. Timbul rasa geram kerana Furqan tidak memberi perhatian pada soalannya, lebih-lebih lagi pada dirinya.
“ Ke mana? ” tanya Furqan
            “ Tak ada apalah.” Aira mengetap bibir. Dia kemudian bangun.
            “ Hati-hati.” Pesan Furqan.
            Aira berlalu menaiki anak tangga. Perlahan-lahan dia menapak pergi. Namun siapa sangka dalam dia melangkah air matanya tumpah setitis dua. Perasaan wanitanya terusik dengan layanan Furqan bagaikan acuh tak acuh padanya.
           
*****************************************************************************

“ Furqan mana? Aira datang seorang aje ke? ” Mak cik Faridah menjenguk sekilas ke luar rumah.

“ Ya, ibu. Abang Furqan sibuk.” Sibuk baca surat khabar!

“ Dah tu, Aira nak singgah lama ke? Ibu sebenarnya nak pergi rumah Kak Suria, nak jenguk dia yang tengah berpantang dengan sekali tengokkan baby dia.”

“ Jenguk baby? Aira nak ikut boleh? ” 

“ Eh, bukan main teruja muka Aira bila sebut baby! Kalau nak baby cepat-cepat baik dengan Furqan.”

“ Mana ada Aira gaduh dengan abang.”

“ Yelah tu, tengok muka anak ibu ni, ibu dah syak mesti ada problem kat rumah. Kalau tak Aira takkan sampai ke sini.”

“ Tak adalah ibu. Aira okey dengan abang! ”

“ Tak ada benci-benci lagi? ”

“ Bila masa pulak Aira benci abang? ” berkerut-kerut dahinya. Mak cik Faridah lantas tersenyum.

“ Eloklah tu. Jomlah kita ke rumah Suria.” 




**********************************************************************************




Furqan masuk ke dalam bilik. Aira memandang suaminya yang berbaju Melayu dan berkain pelikat dari atas katil. Baru balik dari surau yang berada dekat hujung jalan kawasan perumahan mereka. Waktu juga hampir lewat dalam pkul 10.10 malam.

“ Sorry abang lambat balik, tadi kat surau ada ceramah sikit jadi abang joinlah,” ujar Furqan.

“ Aira tahu, tadi ada dengar speaker dari surau ajak semua penduduk dengar ceramah.”

“ Ibu sihat ke? ” 

Aira mengangguk. “ Alhamdulillah sihat, ibu kirim salam pada abang.”

“ Waalaikumussalam. Aira dah minum air yang abang suruh minum tu? ” Furqan bertanya sambil menyarung baju t-shirt ke tubuh. Aira lantas berpaling ke sudut lain. Wajahnya naik merah. Entah kenapa dia rasa malu dengan tatapannya itu.

“ Dah.” Sudah hampir sebulan dia meneguk air yang Furqan bawa pulang sebotol seminggu itu dan Furqan tidak pernah bosan menanyakan soalan yang sama padanya.

“ Air mandian yang abang siapkan tu pun Aira ada guna untuk mandi? ”

Lagi-lagi dia mengangguk. Walaupun musykil dengan tindakan itu, Aira tetap menurut setiap kata-kata suaminya. Pada mulanya memanglah dia enggan tetapi Furqan tetap memaksa siap marah-marah.  Dia pula jarang sangat melihat Furqan jadi garang dan tegas oleh itu bila mana Furqan keluarkan arahan maka dia wajib mengikutnya. 

“ Aira tidurlah, abang ada kerja lagi nak kena buat.” Furqan terus melangkah keluar dari kamar. Terkebil-kebil Aira atas katil. 

Dia resah dalam pembaringan. Sangat gelisah. Aira kemudian bangkit. Menarik kepala lutut rapat ke dada lalu meletakkan dagu di atasnya. Dia duduk memeluk lutut sambil memandang Furqan yang bernafas tenang di sebelahnya bersama dengkuran halus. Pukul 2 pagi tepat, tentulah suaminya sudah lena.

Aira merenung raut Furqan. Lama. Tidak berkedip matanya. Seolah Furqan pernah hilang dari sisinya sebelum ini. 

Sungguh dia rindu. Seakan tiada perhentian dalam erti rindu yang ditanggung walaupun diletakkan noktah dihujung rindu itu. Sejak kebelakangan ini, perasaan itu kerap muncul. Tetapi sayangnya Aira tidak dapat meluahkan apa yang dirasai lantaran sikap Furqan yang berlaku acuh tak acuh. 

Furqan tidak lagi mesra sewaktu di awal perkahwinan mereka. Ada masanya Aira merasakan Furqan seperti mahu mengelak berdua dengannya. Bukan niatnya mahu berfikir yang tidak baik tetapi telahan itu seakan menyulusuri kebenaran. Makin ditahan makin kuat perasaan itu menghidupkan prasangka hati.

Aira merenung dada suaminya yang turun naik dengan damai. Bibirnya lantas tersenyum teringatkan saat bahagia dulu. Di mana dada bidang itu dijadikan bantal untuknya melabuhkan kepala. Dia cukup selesa dan damai waktu itu. Mendengar degup jantung suaminya sambil mendengar setiap ucapan indah yang Furqan lahirkan untuknya. Walaupun singkat namun memori itu tersimpan kemas di ingatan dan tidak akan pernah surut walaupun hari tua itu menjelang tiba.

              Disebabkan terdera dek rindu yang bertamu, Aira memberanikan diri menghampiri suaminya dengan cermat. Dilepaskan sebuah kucupan ke dahi sang suami. Lembut tindakannya sekadar memenuhi tuntutan hati. “Aira cintakan abang..” bisiknya halus.

Sayang seribu kali sayang…. Furqan tidak mendengarnya.





************************************************************************



“ Abang nak ke mana? ” Tanya Aira yang berdiri di meja makan sedang Furqan turun dari anak tangga.
Furqan tersenyum pada isterinya. “ Abang nak keluar kejap.”
“ Ke mana? ”
“ Jumpa Zikry. Abang pergi dulu.”  Furqan pamit.
“ Abang tak nak sarapan dulu? ”
“ Tak apalah, abang sarapan kat luar dengan Zikry.”
“ Habis tu, siapa yang nak habiskan sarapan ni? ” nada suara Aira berubah.
Furqan terkedu.   
“ Aira ni patung bernyawa ke dalam rumah ni? ” Tanya Aira lagi. Geram.
“ Kalau ya pun abang tak suka Aira, janganlah dera Aira macam ni! Nak larikan diri dari Aira pun tak payahlah sampai tak sudi jamah masakan Aira.” Tuduhnya pula.
Berkerut seribu Dahi Furqan. Aduh, ni kenapa pulak ni? Macam nak mengamuk aje. Ya Allah, ni Aira ke bukan? Manalah tahu tindak balas jin disebabkan kesan rawatan perubatan Islam yang diamalkan.
“ Aira, apa ni? Kenapa fikir macam ni? ” soal Furqan.
“ Abang tu, tak suka dengan Aira cakap ajelah. Tak payah nak larikan diri dengan cara keluar rumah. Aira boleh pergi kalau abang tak suka Aira.”
Mata kuyu Furqan terjegil. Pelik. Aik, siapa yang tak suka siapa sekarang ni?
“ Kenapa fikir yang bukan-bukan? Bila masa abang cakap abang tak suka Aira? ”
“ Tak payah dengar abang cakap pun Aira dah dapat agak.”
Furqan menghampiri.  “ Sayang..”
“ Jangan panggil Aira sayang if you don’t really meant it.” Aira bergerak menjauh dari suaminya. Sebak.
“ Okey fine…abang cuma nak tanya.. ni Aira ke bukan? ”
            Mata Aira mencerlung. Terkejut. “ Ya Allah, dengan isteri sendiri pun abang dah tak kenal? ” semakin hiba dan pilu. Sanggup Furqan permainkan dirinya sedemikian rupa.
            “ Tak Aira, abang cuma..”
            “ Aira nak balik rumah mak.” Aira pantas menuju ke anak tangga. Furqan pula bertindak menyauk pinggang isterinya.
“ Lepaskan Aira.” Protes isterinya. Meronta-ronta minta dilepaskan. Makin erat Furqan rangkul isterinya.
 “ Aira, jangan terburu-buru. Kita ni tengah bermasalah takkan nak larikan diri.”
“  Abang dah tak sayangkan Aira. Aira nak keluar dari rumah ni, tak kiralah apa pun jadi.”
“ Aira tak sayangkan abang? ”
“ Tak. Abang tak sayangkan Aira buat apa Aira nak sayangkan abang.” Protesnya sedih. Hatinya benar-benar terusik.
“ Benci sangat ke dengan abang? ” tanya lagi.
Aira terdiam. Tidak mampu membalas kata. Mana mungkin dia membenci Furqan sedangkan dalam hatinya penuh dengan rasa cinta. “ Dahlah, lepaskan Aira..”
“ Kalau abang tak nak, Aira nak buat apa? ” provok Furqan.
“ Aira boleh tunggu sampai abang penat peluk Aira macam ni. Masa tu Aira akan pergi jauh dari abang.”
“ Abang takkan penat dan takkan dikalahkan. Aira akan terperangkap dalam pelukan ni untuk sepanjang hayat.” Tegas suaminya. Aira ketap bibir.
“ Tadi kata nak jumpa Zikry, pergilah keluar.” Marahnya lagi.
“ Zikry faham kalau abang tak dapat jumpa. Dia mesti faham fi’il suami isteri waktu hujung minggu macam ni. Macam abang dan Aira.” Furqan berbisik. Nakal.
“ Dahlah lepaskan, Aira lapar nak makan.” Dalihnya cuba melepaskan diri.
“ Okey, abang temankan.”
“ Pergilah makan dengan Zikry.”
Furqan tersenyum. “ Abang tukar fikiran. Now abang nak makan dengan isteri abang. Kesian isteri abang dah penat lelah masak.”
“ Jangan paksa diri kalau tak suka. Aira benci dengan orang hipokrit.” Getusnya dengan muka cemberut.
“ Aira lagi hipokrit. Sayang abang tapi sengaja sorok perasaan tu.”
“ Mana ada Aira sayang abang.”
“ Lagi nak protes? ” mencerlung mata Furqan.
“ Betullah, bila masa..”
“ Don’t talk. Kita sambung cakap lepas makan.” Pintas suaminya. Aira merengus geram.


********************************************************************





“ Betulke abang?” Sudahnya sekarang Aira terlentok di bahu Furqan. 

Furqan peluk kemas pinggang isterinya. Syukur ya Allah, Aira yang aku dambakan dah kembali..

“ Yelah, abang bukan sengaja nak larikan diri macam Aira sangka tapi ustaz yang suruh abang bagi masa untuk Aira pulih. Tengok perkembangan Aira diam-diam. Samada ada perubahan atau tak.  Kalau tak pulih jugak barulah abang bawak Aira jumpa pakar perubatan Islam.” 

“ Sorry, Aira tak sengaja nak tuduh abang macam tadi. Aira ingatkan abang tak sayangkan Aira lagi.”

“ Itu mustahil sayang. Sekali abang cinta sampai mati abang akan tetap dengan cinta tu. Aira segalanya bagi abang, dunia akhirat.”

Terharu. Air sebak tiba-tiba menyinggah di pinggiran mata. 

“ But I really sorry..Aira tak patut abaikan abang dulu.” Sedih mengenangkan tanggungjawabnya pada Furqan selama hampir setahun telah terabai. Kesian pada Furqan yang menanggung segala macam perasaan apabila berhadapan dengan dirinya yang ‘sakit’.

“ It’s okay dear, Allah uji kita macam ni untuk kuatkan cinta kita. Selagi kita yakin pada-Nya maka keteguhan iman kita pun akan bertambah sebab tu abang tetap yakin Aira akan balik ke sisi abang jugak. Susah macam manapun pasti akan ada balasan nikmat atas kita yang bersabar. Yang penting saat ini Aira dengan abang dapat bersatu balik, hati dan jiwa.”

“ Aira tak habis fikir siapa yang sanggup putuskan hubungan kita pakai cara ni.” Ucapnya seperti mengeluh.

“ Manusia bila dah sayang dan cinta lebih dari kadar sepatutnya sanggup membunuh untuk dapatkan sesuatu. Biarlah nyawa lain tergadai asalkan kepuasan diri tercapai.  Macam keadaan kita, orang tu sanggup berbomoh untuk leraikan hubungan kita. Tapi cuba sayang bayangkan perbuatan syirik yang orang tu dah lakukan, tentu Allah cukup murka. Dosa syirik antara dosa yang paling sukar untuk dapatkan keampunan Allah, nauzubillah. Semoga seluruh keturunan kita terhindar daripada perbuatan syirik. 

Sebab itulah, didikan agama itu penting dalam diri seseorang. Peranan agama dalam diri akan membawa hala tuju seseorang individu itu sama ada akan berjaya dunia dan akhirat atau sekadar cemerlang di dunia saja tetapi gagal di akhirat. Ibu bapa yang paling berperanan besar, sediakan didikan agama untuk menghasilkan anak yang berkualiti soleh dan solehah. Insya Allah, abang dan Aira akan hasilkan produk yang berkualiti untuk anak bangsa dan agama Islam yang Allah rahmati.” 

“ Okey, Aira suka dengar abang cakap tapi tang ayat hujung tu Aira rasa macam tak sedap bunyinya.”

“ Apa yang tak sedap? ”

“ Abang nak hasilkan produk yang berkualiti dengan Aira, it sound like Aira ni factory.”

Spontan Furqan tergelak besar. “ Not a factory tapi lebih kepada sebuah mesin yang ada jangka hayat untuk menghasilkan anak-anak abang.”

“ Abang! ” gerutunya marah. Lengan Furqan dipukul kuat. Furqan tergelak. 

“ Aira isteri yang akan mengandungkan anak-anak abang. I need your ‘rahim’ untuk menghidupkan cucu-cicit adam. I need your cooperation to handle all my kids, abang nak belaian kasih sayang Aira meresap ke dalam jiwa anak-anak kita. Jangan ada yang terkurang pun kasih sayang, sama ada dari Aira atau pun abang. Cintai anak-anak kita seperti ibu bapa kita cintakan kita. 

Yang paling utama, penerapan agama Islam perlu wujud daripada mereka kecik. Tak boleh terleka walau sekelip mata, kerana anak-anak adalah amanah Allah dan esok bila kita mati Allah akan persoalkan semula amanah itu pada kita di akhirat. Masa tu, insya Allah kita akan khabarkan berita gembira pada Allah. Bahawa anak yang Allah amanahkan telah pun berjaya dibentuk sesuai dengan kehendak-Nya.”

“ Insya Allah, abang. Aira akan hadiahkan zuriat-zuriat yang mampu membahagiakan kita di akhirat kelak.”

Furqan lantas mengucup lembut dahi Syuairah.




***********************************************************************





Aira merenung wajah Furqan yang tidur di sebelahnya. Dia tersenyum manis. Bahagia. Aira sangat-sangat bersyukur. Akhirnya mereka kembali bersama. Sebelum tertidur tadi, Furqan sempat mengajukan beberapa soalan padanya. Yang membuatkan dia terpinga-pinga dan akhirnya tersenyum bahagia.

“ Abang ni cinta pertama Aira atau tak? ” lembut dibelai rambut ikal Aira.

“ Kenapa tiba-tiba abang tanya macam tu? ”

“ Just curious. Mana tahu abang bukanlah yang pertama dalam hati Aira.” Lirih pula nada suara Furqan.

Aira pantas menekup mulut Furqan. “ Abang yang pertama dalam hati Aira. Takkan ada sebelum mahupun selepas abang.”

“ Betul? ” Furqan mengucup telapak tangan isterinya.

“ Betullah, tapi..”

“ Tapi apa? ” Furqan tidak sabar. 

“ Sebelum kita berjumpa, Aira pernah bertunang dengan seseorang tapi tak lama lepas tu kami putus.”

“ Kenapa putus? ” 

“ Sebab lelaki tu tentera laut dan ibu tak mahu Aira selalu ditinggalkan suami. Abang tahukan Aira seorang aje anak perempuan yang ibu ada so, the end of the story Aira putuskan pertunangan tu.”

“ Aira sayangkan lelaki tu? ”

Laju Aira menggeleng. “ Lelaki tu kawan pada abang long, dia memang sukakan Aira jadi dia suruh keluarga dia masuk meminang. Mulanya memang keberatan nak terima sebab Aira tak ada perasaan langsung pada dia tapi ibu cakap cinta boleh datang kemudian. So, Aira terima jugak and then lepas tu dia terus pergi berlayar. Sepanjang waktu dia tak ada atas darat Aira mula fikir balik keputusan yang Aira buat. Ibu pun mula kesal dengan pinangan tu. Dia terbayangkan saat Aira dah kahwin lepas tu masa mengandung, bersalin siapa nak jaga kalau suami tak ada.”

“ Sebab tu putus? ” Tanya suaminya. Aira mengangguk.

“ Kenapa abang tanya? ”

“ Saja abang nak tahu sejarah lampau isteri abang.” Balas Furqan bersahaja.

“ Abang tu, pernah ada tak wanita lain sebelum Aira? ” soal Aira balik.

“ Ada! ”

“ Benci! ” Aira menumbuk bahu suaminya sebelum bertindak membelakangi suaminya. Sedih dan merajuk kerana Furqan pernah mengucapkan kata-kata cinta pada wanita lain sebelumnya. Bermakna dia bukan yang pertama pada suaminya sedangkan Furqan lelaki yang dikasihinya untuk pertama kalinya.

“ Kenapa ni? Merajuk ke? ” sengaja Furqan mengaju soalan yang dia dah tahu jawapannya.

“ Cinta abang pada Aira tak suci. Dah ada perempuan lain yang abang cinta sebelum Aira.”

“ Sayang..”

“ Jangan panggil Aira sayang, Aira tak suka. Mesti dulu abang panggil dia sayang jugakkan? ” rumus si isteri. Furqan tercengang.

“ Aira sayang..abang cuma gurau.”

“ Tipu.”

“ Bila masa abang menipu? ”

“ Abang bohong.”

Furqan malas lagi memujuk dalam posisi Aira membelakanginya. Segera dipaut pinggang Aira lalu ditarik segera ke dalam dakapannya. Dikunci tubuh Aira dalam rangkulan tangannya.

“ Sampai bila nak merajuk? ” Tanya Furqan dengan sinar mata yang tajam. Aira tertunduk mengalah. Merenung leher suaminya.

“ Sampai abang lupakan semua perempuan yang pernah wujud dalam hidup abang.” Namun begitu masih berani Aira menjawab.

“ Tak ada sayang. Sekalipun abang tak pernah jatuh cinta pada perempuan lain selain sayang. Abang tak tipu dan tak bohong, ini hakikat.”

“ Betul? ”

“ Betul.”

“ Sumpah? ”

“ I’m never break my tongue.”

“ Abang cintakan siapa sekarang ni? ” soal Aira lagi.

“ Cintakan Aira.”

Aira mengangguk. Lega. “ Baguslah. Mulai saat ni, abang kena selalu ingatkan diri abang yang Aira milik abang dan abang milik Aira. Full stop! ”

“ Sure do, I will sayang but..abang pun nak Aira selalu tahu yang sayang adalah kepunyaan abang, hak abang dan harta abang. Always be mine, forever. Now please be my sexy queen! ” tegasnya dengan ayat sangat nakal dihujungnya.

“ Huh? ”Aira terlopong. Terkebil-kebil matanya. Terkejut.  



****************************************************************

  

“ Amboi, mak buyung ni bukan main cergas.” Tegur mak ngah di dapur. Aira yang sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggan Furqan tersenyum. Suaminya tersengih-sengih.
“ Itulah mak ngah, Furqan nak buat sendiri dia tak bagi.”
“ Bila tarikhnya? ” mak ngah bertanya apabila tangannya hinggap di perut Aira yang membulat.
“ Tiga bulan lagi mak ngah.”
“ Lama lagi tu, tapi kenapa mak ngah tengok besar sangat ni? ”
“ Anaknya kembar, Ngah.” Mak cik Normah menjawab setelah masuk ke dapur dari pintu belakang.
“ Amboi, kamu berdua ni nak lawan siapa? ” canda mak ngah.
Furqan tergelak. Aira tersenyum malu. “ Furqan cuma fikir nak dapatkan anak aje tapi tak sangka pulak kembar. Rezeki mak ngah.”
“ Eloklah tu kembar, tahun lepas tak ada anak tapi tahun ni Allah bagi dua sekali. Syukurlah dengan pemberian Allah.”
“ Jom kita ke atas ngah. Tinggalkan dia orang berdua.” Mak cik Normah mengajak adiknya ke tingkat atas. Sengaja memberi ruang kepada pasangan yang sentiasa hangat dalam kasih sayang mereka.
“ Mak ngah mesti ingat abang hebat punya,” bangga Furqan.
Aira mengancing bibir. “ Jangan nak tunjuk lagak. Kalau Aira tak ada abang takkan ada anak.”
“ Siapa cakap? Kalau Aira tak ada pun abang masih boleh dapat anak.” Furqan membalas yakin.
“ Oh, ada niat nak pasang lain? ” Aira sentap. Walaupun dia sendiri yang cakap tapi itulah yang Aira rasakan bakal keluar dari bibir Furqan. Membuatkan jiwa halusnya terusik sungguh. Pantas Aira mengambil jarak lantaran berjauh hati. Malas lagi melayan suaminya di meja makan.
“ Sayang..” Furqan mencegah langkah Aira. Segera ditangkap pergelangan tangan isterinya. Elok saja Aira berpaling, tubir mata isterinya sudah memerah.
Furqan lantas menarik Aira duduk di ribanya. Isterinya itu menurut. Telapak tangan Aira dikucup bertalu-talu sementara sebelah tangannya lagi mengusir basah di mata cantik itu.
“ Kenapa touching sangat ni? Abang main-main aje. It just a joke, love.” Pujuk Furqan. Telapak tangan Aira dilekapkan di pipinya.
“ Look, I’m sorry okay. Sayang janganlah diam macam ni..abang susah hati sangat.”
Aira hanya memandang Furqan namun masih terkatup mulutnya untuk berbalas bicara.
“ Abang janji takkan cakap bukan-bukan lagi.” Tambahnya lagi. Bersungguh memujuk Aira.
“ Babies, please sejukkan hati ibu. Abah betul-betul tak sengaja sakitkan hati ibu. Babies janganlah marah pada abah and please pujuk ibu baik semula dengan abah.” Rayu Furqan pada bakal anak-anaknya yang selamat beradu dalam rahim belahan hatinya. Furqan tunduk mengucup perut isterinya yang membusung comel.
“ Lain kali nak cakap macam tadi lagi? ” akhirnya Aira membuka mulut. Tersentuh dengan perbuatan dan kata-kata Furqan pada anak-anak yang dikandungnya.
Furqan pantas menggeleng. “ Janji tak cakap lagi. Abang janji tak nak gurau pasal benda-benda macam tu lagi. Maafkan abang buat Aira sedih.”  
“ Aira maafkan.”
“ Okay, thank you so much.” Furqan lega sangat.
“ Tapi kalau cakap lagi, Aira bawak lari anak-anak jauh dari abang. Lepas tu, suka hati abang nak kahwin dengan siapapun, Biar perempuan tu yang bagi anak pada abang.” Tegasnya.
“ Abang janji tak cakap lagi macam tu.” Katanya seperti kanak-kanak berjanji. Manja dan terlalu naïf. Sangat takut jika Aira benar-benar ‘jauh’ lagi daripadanya.
Aira tersenyum. Wajah Furqan dirapatinya. Sebuah kucupan dihadiahkan ke pipi.
“ Pipi aje? ”
“ Aik, nak lebih-lebih pulak! Itupun dah kira baik tau Aira sudi kiss, abang patut bersyukur sebab baru je tadi abang buat Aira sentap. Okey now, sila makan.”
“ Macam mana nak makan, Aira tak bangun dari riba abang.”
“ Opps, terlupa.” Aira malu sendiri. Dia cuba bangun tapi Furqan menahan.
“ Seronokkan duduk macam ni, boleh ambil kesempatan cium abang.” Usik Furqan. Aira spontan memiat pipi suaminya.
“ Eleh, tadi dia yang beriya tarik kita duduk atas riba dia. Tak ingat ke? ” Aira mencebik.
“ Hehehe..” Furqan tersengih malu.



                                                        ~ Syuairah ~


*************************************************************************

~ SEKIAN ^_^ ~
  








5 comments:

  1. bgus da bbaik da siap dpt baby kmbar ag..

    ReplyDelete
  2. ya Allah. ade kisah yg mcm ni in real? allahu...
    in any problems u have, return to ALlah.

    tq writer, love u! :)

    ReplyDelete
  3. yup, inilah sisi khidupn yg kdg2 kite trleps pndang,
    menyimpn hasad dengki shingga akhirnya mnjalin rona-rona hitam pd perhubungnnya dengan pencipta,
    insya Allah selagi bertunjgkan Al-quran dn sunnah kita akn teguh dn berbalik pd tujuan asal sbgai manusia!
    Moge2 kita smue selaluknlah rajin perdengarkn segala keresahan diri pada Allah yg selalu mendengar setiap detik suara hati kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best nya cerita nie harap nanti ade sambungan nya

      Delete
  4. Ya Allah..sngtlah best citer ni...it's just like reality story...tahniah...and i hope that you can create another short story that more interesting like this story....insyaAllah..

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^