Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Alahai, suamiku amnesia! 8







 ******************************




“ Cikgu, ada orang nak jumpa kat pejabat.” Hanan angkat muka. Wajah Cikgu Murni menyapa mata.

“ Siapa? ” soal Hanan kurang arif. Siapa pula nak jumpa waktu sekolah macam ni?

“ Tak tahulah, orang pejabat call tadi suruh cikgu turun,” beritahu Cikgu Murni.

            “ Okey, terima kasih cikgu.” Ucapnya sebelum Cikgu Murni berlalu. 

Hanan tinggalkan kerja memasukkan markah ujian ke dalam komputer. Semua data di ‘save’ dahulu sebelum meng ‘hibernate’ komputer. Kakinya mula menapak keluar dari bilik guru. 

Dalam melangkah, Hanan perasan akan sepasang mata yang galak menyorot padanya. Dia menoleh untuk menangkap si pemerhati. Maka terperangkaplah Cikgu Safwan. Hanan seraya tersenyum ramah. Cikgu Safwan laju melarikan anak mata, tangannya seperti tergagau-gagau mencari barang yang hilang. Hah, nak cover malulah tu!

Pintu pejabat ditolak oleh Hanan. Terpaku. Hanan terkejut. Wajah dan tubuh Puan Salmi berada di depannya saat ini. Benar-benar bukan ilusi. Mulutnya hampir kelopongan disebabkan kehairanan.

“ Assalammualaikum, Hanan..” sapa Puan Salmi.

“ Waalaikummussalam.. ” 

“ Mak cik tahu Hanan terkejut tapi just relax okay? ” Puan Salmi berbicara ceria. 

“ Mak cik buat apa kat sini? Ada urusan dekat Ipoh ke? ” Hanan bertanya sekadar menutup air mukanya yang masih kaget.

“ Ada urusan dengan Hanan, Hanan lapang tak sekarang? ”

“ Mak cik nak jumpa Hanan? Kenapa? Ada apa-apa hal berlaku kat kampung ke? ” soalan Hanan bernada risau. Khuatir ada perkara yang tidak diingini berlaku di kampung, yang tidak sempat dikhabarkan padanya.

“ Tak ada apa yang berlaku kat kampung, mak ayah kamu sihat walafiat. Mak cik sebenarnya datang nak jumpa Hanan, nak bincang satu perkara. Hanan lapang tak sekarang? ”


Erk? Hanan kelu. Nak bincang tentang apa ni?  “ Er, Hanan lapang.. dah tak ada kelas lepas tengahari.” Debaran mula mengetuk pintu hati. Dia cemas dalam tenang.

“ Eloklah macam tu, jomlah kita keluar. Kita sembang kat bangku luar tu.” Puan Salmi memberi cadangan tempat. Hanan ikut bersetuju.

Mereka  mengambil tempat di meja batu yang terletak di sebelah tempat parkir kenderaan milik sekolah. Suasana di laman sekolah kelihatan aman dan nyaman dengan angin petang. Namun tetap  kedengaran bunyi hiruk-pikuk kenderaan yang lalu-lalang di seberang jalan sana.

“ Mak cik nak cakap pasal apa? Ada apa-apa yang Hanan boleh tolong? ” Hanan memulakan perbualan. Hendaknya janganlah masalah yang berat-berat ditimpakan atasnya. Hanan cukup kalut dengan debaran dalam dadanya. Kenapa aku rasa takut sangat ni? Ya Allah..

“ Tiga hari lepas mak cik dah berbincang dengan mak kamu, dia kata keputusannya ada pada Hanan.” Puan Salmi mencapai tangan Hanan. Dielusnya dengan lembut. Hanan termangu-mangu dalam tingkah wanita itu.

“ Mak cik nak serahkan Abrar pada Hanan, sudi tak Hanan terima Abrar sebagai suami? ” Puan Salmi bertanya langsung.

Bagaikan petir menyembah alam, Hanan amat tersentak. Bibirnya terkatup rapat. Tercengang dan terkesima dalam gayanya yang tersendiri. Betulkah apa yang aku dengar tadi? Mak cik Salmi nak Abrar jadi suami aku? Oh, tolonglah telinga pekak sekejap! Tolong katakan yang aku tersalah dengar. Ya Allah, please...!

“ Hanan tak salah dengar, mak cik memang nak jadikan Hanan menantu mak cik sekaligus menjadi isteri Abrar.” jelas Puan Salmi bersama kerdipan mata yang lembut.

“ Err.. er..Hanan..Hanan..er..” sumpah Hanan tak merancang kegagapannya! Ianya lahir dari perasan terkejut bercampur kaget. Otaknya tepu menyebabkan mulutnya tidak terluah dengan kata-kata.

“ Mak cik tahu semua ni terlalu mendadak, Hanan dan Abrar baru bersua muka dua minggu lepas. Mungkin pertemuan singkat itu tak mampu membeli hati Hanan tapi berbeza pula dengan Abrar. Dia dah jatuh sayang pada Hanan, kalau boleh Abrar mahu Hanan jadi milik dia.” Puan Salmi berusaha meluahkan apa yang terbuku disamping mahu membeli jiwa gadis di hadapannya kini.

Hanan bengang + tension! 

OHH, ABRAR! Masalah apa pulak yang wujud dalam otak dia sampai nak pinang aku? Tiba-tiba boleh jatuh suka? So sweet..cinta pandang pertama ke Encik Abrar? Masalahnya aku pandang muka kau pun dah meluat, inikan pulak nak pandang untuk seumur hidup? 

Baru dua minggu lepas Cikgu Safwan merisik dan sekarang Abrar pulak! Tapi kalau diberi pilihan, aku akan terima pinangan Cikgu Safwan dengan rela hati walaupun tanpa rasa cinta. Biar Cikgu Safwan yang jadi laki aku! Itu lebih baik daripada dipinang oleh musuh tradisi zaman berzaman.

Apa masalah Abrar sebenarnya? Dia tak ingat ke tentang sejarah lampau yang menyakitkan hati? Abrar tak ingat ke dulu… Isyhh, macam manalah dia nak ingat kalau penyakit amnesia dok hinggap dalam otak dia! Hanan menempelak dirinya yang terlupa. 

Hesy, kenapalah dia boleh hilang ingatan waktu gawat macam ni. Sepatutnya Abrar tak perlu hilang ingatan sebab itu saja cara yang boleh menjauhkan mereka. Ingatan yang Abrar hilangkan tu adalah bukti yang paling penting saat ini. Memori yang penuh dengan ketidaksukaan Abrar terhadapnya, kebencian dia pada Abrar. Dari kecil Abrar mana pernah suka padanya dan mustahil Abrar mahu menikahi dia jika ingatan itu masih wujud saat ini.  Oh, masa.. .can you turn back? 
  
            “ Mak cik faham Hanan tak boleh beri jawapan sekarang tapi sekurang-kurangnya Hanan fikirlah dengan teliti sebelum buat keputusan. Mak cik harap sangat Hanan boleh terima anak mak cik, mengasihi  Abrar seperti mana mak cik mengasihi dia.  Walaupun Abrar serba kekurangan termasuklah ingatan dia  tapi mak cik yakin Abrar mampu bahagiakan Hanan.” Puan Salmi sayu memujuk. 

            Hanan…kalaulah kamu dapat ukur betapa dalam rahsia hati Abrar pada kamu, tentu Hanan takkan teragak-agak untuk setuju. Anak mak cik tu dah mabuk sakan disebabkan penangan mata Hanan. Bagi Abrar, Hanan merupakan belahan hati yang diturunkan untuknya. Mak cik cemburu kerana perhatian Abrar kini beralih pada kamu. 

Puan Salmi mahu mengungkap kata-kata tersebut namun mengambil keputusan untuk menyimpannya dalam hati. Puan Salmi tidak mahu menunjukkan harapannya yang menggunung kerana kelak dia tidak mahu Hanan terhimpit dalam rasa serba salah. Biarlah Hanan mencari ketenangan dalam mencapai keputusan. Hendaknya Hanan peka akan keinginannya yang amat jitu.

“ Jangan kenangkan keburukan Abrar yang dulu tapi kenanglah bahawa Abrar yang ada kini bukan lagi Abrar yang sama seperti dulu, yang sering menyakiti Hanan. Abrar sekarang diciptakan khas untuk melindungi Hanan, menyayangi dan mencintai Hanan. Terimalah Abrar untuk disayangi, dikasihi dan dilindungi di sisi Hanan.” Bicaranya damai dan menyentuh naluri. 

Hanan kelu. Syahdu percakapan Puan Salmi membelai jiwanya. Dia terlentok tapi cuma seketika. Hanan tidak mahu terleka. Walaupun harapan dan keinginan Puan Salmi terlalu besar, dia tidak bakal terus menerima apa yang terbentang di depan mata. Ketelitian harus dilakukan sebelum mengucap kata putus. Kelak jawapan tersebut bakal menetukan masa depannya, maruah keluarga dan perhubungan rapat antara Puan Norsal dan Puan Salmi.

“ Mak cik bagi Hanan masa untuk fikir, insyaAllah bila dah ada jawapannya Hanan akan sampaikan melalui mak.” Katanya.

Puan Salmi mengangguk. Mengiyakan permintaan Hanan. “ Hanan fikirlah baik-baik. Jangan takut, kalau Hanan tolak insya Allah  mak cik akan faham. Jodoh dan pertemuan semua perancangan Allah walaupun mak cik sendiri dah berusaha.” 

 “ Mak cik balik dulu, Hanan jaga diri baik-baik.” Tambahnya.

“ Mak cik balik dengan siapa? Seorang aje ke? ”

“ Mak cik datang dengan Abrar, dia ada tunggu dalam kereta. Berdebar dia menunggu balasan dari kamu, tak tidur malam budak tu nanti.”

Hanan tersenyum kecil walaupun jiwanya hambar. Berlakon suka di depan Puan Salmi semata-mata tidak mahu wanita itu pulang dengan perasaan kecewa. Tangan tua Puan Salmi dicapai. Belum sempat Hanan menunduk, tubuhnya dibawa ke dalam dakapan. Kaget Hanan dalam pelukan.

“ Mak cik sayangkan Hanan sangat-sangat, mak cik tak mahu Hanan terlepas ke tangan orang lain. Biarlah Hanan bersama Abrar, biarlah kamu menjadi menantu mak cik daripada wanita lain yang mak cik tak yakin mampu menjaga anak mak cik. InsyaAllah mak cik janji Abrar takkan sesekali abaikan Hanan, takkan buat hidup Hanan sengsara. Tapi.. kalau itu yang berlaku Hanan bencilah mak cik, mak cik rela kerana menjadi penyebab Hanan sengsara.” Puan Salmi merayu buat terakhir kalinya.  

Menitis air mata Hanan. Perasaan sedih tidak mampu ditahan. Tiba-tiba dia sebak teramat sangat. Suara halus Puan Salmi menenggelamkan kekerasan hatinya. Dirasakan pendiriannya hampir goyah mendengar bicara itu. Hanan ragu-ragu sama ada mahu mempercayainya atau tidak tetapi suara wanita itu telah berjaya meruntun keegoannya. Dan Hanan yakin kata-kata Puan Salmi lahir tulus dari hati yang menyayangi.  

‘ Hanan pun sayangkan mak cik tapi untuk jadi isteri Abrar, Hanan tak mampu..! ’



     ************************************************************* 






                                              

BERGOLEK-GOLEK tubuh Hanan ke kiri ke kanan. Katilnya siap mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan. Gaya Hanan macam panas tapi kipas elok berputas atas kepala dekat siling sana.

Hakikatnya, sejak kepulangan Puan Salmi petang tadi Hanan mulai tidak selesa. Kehidupan nyaman di sekolah mulai tergugat. Semuanya kerana permintaan yang mencekik batang lehernya itu. Gara-gara Abrar dia jadi gelisah dan tidak aman saat itu. Tidak sebahagia dan seaman hari-hari kelmarin.

“ Ada masalah apa Hanan? Katil tu dah uzur, jangan golek kuat-kuat sangat. Kang kamu pulak yang tak dapat tidur atas katil malam ni.” Ustazah Hidayah menegur.

“ Eh, tak ada masalah apa-apa.” Hanan tersengih-sengih selepas itu.

“ Jangan nak kelentong. Akak ni tak buta sampai tak dapat nak cium ketidaksenangan hati kamu tu. Tengok gaya macam frust je, tapi hari tu kata tak ada pak we lagikan? Tak nak share masalah dengan akak? ” Ustazah Hidayah mengambil posisi duduk di katil sebelah Hanan.

“ Hanan tengah bingunglah kak, rasa nak terjun tingkap pun ada.” 

“ Aduhhaai…setakat bingung aje dah rasa nak terjun tingkap? Akak ingatkan orang gila aje bunuh diri, ini Hanan yang baru tahap bingung dah rasa nak bunuh diri! Makin meningkatlah kadar orang bunuh diri dalam Malaysiaku tercinta ni! ” omel Ustazah Hidayah.

“ Hanan bukan sengaja nak bunuh dirilah, kak. Sekarang ni Hanan rasa himpit dan tersepit di antara dua. Antara harapan dan kebencian.”

“ Wah, besar maknanya tu! Sampaikan harapan dan benci boleh digandingkan bersama, akak pun boleh rasa hairan. Apa masalah yang besar sangat tu? Cuba cerita terus-terang tak payah berkias-kias. Akak ni pandai mengajar Bahasa Arab aje, jangan nak libatkan sastera Melayu dalam cerita kamu.”
Ustazah Hidayah merupakan guru tetap di sekolah yang Hanan buat praktikal. Sekarang mereka tinggal bersama dalam satu rumah. Rumah tersebut sebenarnya dikhaskan untuk warden asrama seperti Ustazah Hidayah. Hanan cuma tinggal sementara di situ sepanjang waktu praktikalnya.

“ Ada seorang mak cik tu datang dari Taiping sampai ke sini semata-mata nak jumpa Hanan. Tujuan dia yang paling besar yang Hanan tak sangka rupa-rupanya dia datang nak merisik..”

“ Merisik Hanan ke?  ” terjah Ustazah Hidayah.

Hanan mengangguk bersama raut cemberut.

“ Merisik kat sini? ” Tanya lagi.

“ Dia dah merisik pada mak ayah Hanan di kampung, mak ayah pula kata jawapan ada pada Hanan. Mak cik tu pun sampailah ke sini, langsung terus merisik Hanan. Masalahnya Hanan tak suka anak dia tu. Tak suka, tak suka dan benci sangat-sangat. Tapi mak dia berharap sangat-sangat, Hanan sedih terpaksa kecewakan mak dia.”

“ Owh, Hanan tak suka anak dia? Habis tu, Hanan dah bagi jawapan? ”

“ Belum lagi..tapi rasanya itulah jawapan yang ada dalam hati Hanan sekarang ni. ”

“ Tapikan.. sorrylah kalau akak tanya sikit, sebab apa Hanan tak suka anak dia? Buruk sangat ke perangai laki tu? ”

Wajah Ustazah Hidayah dipandang sekilas sebelum merenung ke depan,tembus ke dinding. Hanan mengatupkan mata. Berat hati mahu menyingkap cerita zaman kejatuhannya itu.

“ Kalau Hanan keberatan…” 

“ Kata-kata dia selalu sinis, selalu buli Hanan, selalu cari gaduh. Sehari dalam hidup tak sah kalau dia tak kerjakan Hanan sampai nangis. Walaupun memori buruk tu dah lama berlalu, Hanan tetap rasa semua memori tu segar dalam ingatan. Hanan rasa terluka sangat-sangat. Bila berdepan dengan dia, Hanan asyik rasa sakit hati. Baik dia mahupun Hanan memang saling tak suka.”

“ Habis tu, buat apa mak dia datang merisik kalau dia tahu anak teruna dia tak suka kamu? ” soal Ustazah Hidayah kerana akalnya masih belum dapat mencerna jalan cerita Hanan.

“ Masalahnya anak teruna dia tu dah hilang ingatan, amnesia disebabkan accident. Dia dah tak ingat perkara yang lampau-lampau termasuklah memori dia dengan Hanan. Sekarang bila jumpa balik selepas berpisah lama sebab mak bapak dia pindah duduk kat KL, tup-tup dia nak pinang Hanan.” Terang Hanan bersungguh.

“ Owwwhhh, macam tu ceritanya. Tragis betul. Sebelum amnesia dia benci, bila hilang ingatan dia jadi suka dekat kamu sampai rasa nak kahwin. Maknanya Allah dah tarik kebencian dari lelaki tu, kemudian singgahkan rasa cinta dalam diri dia untuk kamu. Sekarang ni tinggal sebelah pihak Hanan aje yang membenci so, Hanan boleh menangani kebencian yang ada tu dengan memadamkannya.”  Ustazah Hidayah selamba memberi pendapat melalui rumusan yang dibuat. 

“ Maksudnya akak nak Hanan terima laki tu? Terima dia dengan ikhlas, sayang dia sesungguh hati lepas tu bila ingatan dia dah pulih Hanan bakal dibenci balik? ” Hanan menyoal dengan hati yang kurang setuju. 

“ Eh, bila masa pulak akak cakap macam tu? Ini pilihan Hanan tentulah keputusan di tangan kamu. Akak cuma bercakap apa yang akak rasa wajar.” Kata Ustazah Hidayah. Membetulkan tanggapan Hanan.

Hanan diam.  

“ Kita boleh membenci sebab itu perasaan kita. Orang lain pun tak dapat halang kalau kita dah buat keputusan untuk membenci. Sama juga kalau kita pilih untuk padamkan kebencian tu, itu hak kita.Takkan Hanan nak hilang ingatan dulu baru boleh kuburkan perasaan benci tu. Nak pakai cara yang sama, cara yang bakal suami Hanan dapat cash dari Allah? ” 

Mata Hanan mencerlung. “ Akak! Apa pulak bakal suami, Hanan tak setuju lagilah! ” protesnya. Tanda terkejut dan tidak gemar dengan kata-kata Ustazah Hidayah.

“Akak tak kata pun Hanan dah setuju, akak cuma cakap sikit dah melenting tak tentu pasal. Lagipun betullah bakal suami sebab dia tu cuma calon yang belum tentu lagi jadi suami kamu.” Ustazah Hidayah membela diri. Mujur dia pandai membelitkan ayat yang sememangnya dia tersalah cakap.   

“ Kebencian boleh menikam diri tau. Orang kata jangan membenci kelak akan timbul rasa sayang. Ayat Allah pun ada sebut, mengenai sesuatu yang kamu tak suka barangkali adalah yang terbaik untuk kamu dan sesuatu yang kamu suka belum tentu baik bagi kamu, nanti akak tengok balik surah apa dengan tafsir ayat yang lengkap.” 

Ustazah Hidayah bangun dari katil selepas menyampaikan sepatah dua kata, nasihat untuk dirinya dan juga Hanan. “ Akak ada kerja dekat dapur. Hanan fikirlah baik-baik, ambil masa tenangkan akal dan minda. Tolak rasa benci tu ke tepi baru boleh capai keputusan yang maksima kepuasannya.” Pesannya lagi.

“ Habis tu, masalah Hanan  macam mana? ”

“ Kalau otak dah sebu sangat, dah tak ada cara lain nak fikir, mintak aje tolong dengan Allah. Buat solat istikharah, minta petunjuk antara pilihan yang kamu keliru.” Ustazah Hidayah terus berlalu keluar bilik.

Hanan termangu-mangu di atas katil. Terkelip-kelip matanya merenung siling dan kipas yang berputar. 


" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai  sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)


            Setiap rencana-Nya terkandung rahsia yang hanya Dia yang ketahui. Kesenangan yang diberi adalah titipan nikmat daripada Allah. Kepayahan pula adalah tarbiyah Allah untuk mendidik hati hamba-Nya. Manusia mahukan kesempurnaan dalam setiap tingkahnya tetapi tuhan telah mengatur dengan sempurna sesuai dengan kesesuaian manusia itu sendiri. Jika manusia diberi kuasa untuk memiliki apa yang dia inginkan maka hilang keserian iman dalam jiwa, kerana setiap tindakan adalah di luar kawalan. Tragisnya, nafsu pula menyusul lalu mengepalai diri sehingga menjerat dan memesongkan Siratun Mustaqim. 




3 comments:

  1. semakin menarik nampaknya..
    harap2 hanan terima. tapi bukan dengan cara yang mudah..abrar kena usaha lebih laa...

    ReplyDelete
  2. crta y mnarik..xmembosankan..sye ske sgt..klau bley nk bgce smpai ending dy troz..hehe

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^