“ Kenapa tak masuk?
Nak suruh abang bukakan pintu? ” Abrar menyoal dengan nada sinis. Sepasang
matanya dilindungi oleh cermin mata hitam. Bertanya dengan wajah tanpa senyuman
dan tanpa sapaan mesra. Tidak seperti selalu. Senyuman buat gadis itu sentiasa
dimurahkan agar mampu menawan sekeping hati beku itu.
Hanan
masih tercegat berdiri di tepi pintu kereta. Dia terkejut sebenarnya. Tidak
terjangkau dek fikiran Puan Norsal sanggup mengirimkan Abrar ke mari. Tidak
seperti yang telah mereka persetujui
dalam corong telefon.
“ Kenapa awak
pula yang sampai? Bukan patutnya along yang..”
“ Apa bezanya
Fahmi dengan abang? I’m your future husband, apa masalahnya pada Hanan? ” Abrar
bertanya langsung. Menguburkan percakapan Hanan sebelum tiba ke penghujung
ayat. Sentap perasaannya tatkala Hanan seperti tidak rela menerima hakikat
bahawa dia yang muncul. Kening hitam lebat itu siap terjungkit ke atas.
“ Yelah, mak
kata along yang sepatutnya datang ambil saya, bukannya awak. Kalau saya pergi
dengan awak, kemudian along tiba-tiba sampai kesianlah nanti dekat dia.” Tutur
Hanan tanpa riak bahagia biarpun tunangnya sendiri yang datang menjemput.
Tertekan lagi dibuatnya.
“ Pada abang,
Hanan tak kesian? ” Dia mengasak kerana cemburu. Hanan lebih mementingkan Fahmi
daripadanya. Abrar sedar akan hakikat
itu. Dia masih boleh bertimbang rasa akan hal itu kerana kedudukannya di dalam
carta hati Hanan belum setanding dengan mana-mana ahli keluarga gadis itu.
Namun, yang mengecewakannya ialah penerimaan Hanan saat terlihat kelibatnya. Gadis itu
seolah-olah tidak sudi. Jika wanita lain, tentu akan bergegas masuk ke dalam
kereta apabila tunang sendiri yang datang menjemput. Tetapi berbeza buat Hanan.
Sentiasa mencari helah untuk mengelak daripada berdua.
Hanan mengawal
emosinya. Kenapa pulak aku kena kesiankan dia? Dia yang datang sendiri bukannya
ada sesiapa suruh pun! Bisikan hatinya bergema. Kurang berpuas hati kerana
Abrar seolah mahu memanaskan jiwa wanitanya. Menggunakan rentak suara yang
kedengaran kurang mesra dan tidak berlembut. Berbanding pertemuan akhir mereka
di Ipoh cukup senang bagi Hanan walaupun ada ketikanya dia memberontak.
Diam. Hanan cuba
berlagak sedamai yang mungkin. Berada bersama Abrar hanya akan mengundang
amarahnya. Perkara yang harus dielakkan supaya dia tidak terus mengumpul dosa
ketika bersama jejaka itu. Mana tidaknya, di luar Hanan berpura-pura tenang
tetapi dalam hati galak mengutuk Abrar yang selalu berbuat baik padanya.
Baginya Abrar cuma berkelakuan mulia hanya untuk menawan dirinya bukannya lahir
dari rasa yang ikhlas.
“ Hanan please,
masuk sekarang. Nak gaduh ke, nak memekik, buat kat dalam kereta ni. Malu orang
tengok dari luar. Macamlah abang orang asing nak culik Hanan dekat tepi highway
ni.” Abrar menyuruh dengan lagak bersahaja. Tubuh pegun Hanan yang tanpa reaksi
mengundang kebuntuan padanya. Semakin membangkitkan rasa hangat dalam jiwa
lelaki itu.
Sekilas kepala
Hanan menoleh pada penumpang-penumpang yang memerhatikan mereka. Kemudian dia
memalingkan wajah semula. “ Tapi kalau along sampai..”
“ Dia takkan
sampai. Abang dah suruh dia patah balik, because I’m going to fetch you.” Tekan
Abrar kali ini.
Hanan
mengancingkan gigi. Terasa mahu menghadiahkan jelingan tetapi di tahan bebola
matanya. Perasaan kurang senang di simpan kemas dalam hati. “ Sekejap, saya nak
ambil beg dalam bas.” Beritahunya dengan langkah longlai. Lemah semangatnya
saat ini. Lain yang diharapkan lain pula yang muncul.
Abrar hanya
mampu memandang tingkah gadis itu. Semakin hambar perasaan Hanan padanya, semakin
sukar untuk dia menambat hati itu. Perlahan dia melepaskan keluhan. Bebanan
perasaan yang sarat dilegakan dengan menarik nafas panjang dan kemudian menghembusnya.
Dalam pada itu, dia masih menganalisa dan memikirkan alternatif lain untuk
meruntuhkan tembok yang sengaja di bina oleh Hanan. Perancangan yang lebih
sistematik dan kreatif perlu diatur untuk memiliki gadis itu. Lebih-lebih lagi
jiwa Hanan yang kalis cinta yang hadir daripadanya.
Ahh, pedulikan
tentang perasaan! Yang penting, jadikan dia milik kau dulu. Lepas tu baru kau
fikirkan cara untuk tundukkan Hanan! Perempuan sekeras kerikil akhirnya mesti
terlentuk jugak dekat bahu lelaki. Dia orang kaum yang cenderung dengan
sentuhan lelaki. Perlukan peneman jiwa yang mampu menghiburkan. Insya Allah
kalau lebih gigih berusaha, kau pasti akan dapatkan juga jiwa dia. Suatu hari
mendatang, Hanan mesti akan menyerah kalah. Dia sendiri akan jatuh ke riba kau!
“ Hanan tak
baca mesej yang abang bagi malam semalam? Atau Hanan terus delete mesej
tu sebab abang yang hantar? ” Tanya Abrar tiba-tiba. Menghilangkan kesunyian
antara mereka setelah sepuluh minit tidak terluah sepatah perkataan di antara
mereka. Masing-masing mahu menunjukkan taring. Namun, Abrar tidak betah. Walaupun
pedih jiwanya kerana sering diabaikan tetapi dia tetap Abrar yang telah dipanah
oleh cinta Hanan. Dadanya sering dilambung rindu yang meresahkan.
“ Mesej apa pulak? ” balas Hanan acuh tak
acuh.
“ Abang dah
pesan, kalau nak balik bagi tahu abang. Biar abang ambil dekat sana, tengok
sekarang tak pasal-pasal bas rosak. Nasib baik tak accident,” selar Abrar tidak
puas hati. Pedal minyak terus ditekan membelah lebuh raya. Berombak-ombak
dadanya menunggu kata-kata keluar daripada mulut comel itu.
“ Sebelum ni
tak pernah rosak pun.” Dia menjawab pula. “ Lagipun saya tak mahu menyusahkan
orang lain.” Tambahnya lagi.
“ Orang lain tu
siapa? Orang luar yang tak ada kaitan dengan Hanan? Termasuk abang? ” kata
Abrar berdesir rasa marah.
“ Awak kalau
tak ikhlas, tolong turunkan saya dekat tepi jalan. Lagi baik saya berjalan kaki
daripada ditumpangkan oleh tunang sendiri yang tak suka saya menyusahkan dia.”
“ Siapa yang
menyusahkan sebenarnya? Hanan tak nak susahkan abang tapi at last abang
memang dah susah pun. Orang dah bagi tawaran sikit punya istimewa nak jemput
dari Ipoh tapi dia buat ignore aje. Last
sekali terpacak tepi highway dengan bas buruk. Suka lagi kut
berdriverkan pak cik bas yang tua daripada dapat driver muda, tunang
sendiri pulak tu.”
Berkerut dahi
dan kening Hanan. Dia mengetipkan mulut. Bengang. “ Dahlah, awak cakap banyak
mana pun saya tetap akan balik dengan pak cik bas walaupun dia miang keladi.
Itu lagi baik daripada mendengar awak menceceh perli saya.”
Abrar terdiam.
Hanan pula memeluk kasar tubuhnya. Menunjukkan protes supaya Abrar berhati-hati
mengatur bicara selanjutnya jika tidak mahu dia meletup sejurus kemudian.
“ Sayang..abang
tak ada niat pun nak perli. Abang cuma terkilan sebab Hanan belakangkan abang
dalam situasi yang menimpa Hanan. Abang sebagai tunang mestilah kena ambil tahu
keadaan bakal isteri abang. Ini tanggungjawab abang, tak lama lagi kita akan
bersama dan berkeluarga tentulah abang risau everything about you, sweetheart.
Lain kali jangan buat keputusan tanpa izin abang. Hanan kena belajar beritahu
setiap tindakan Hanan pada abang. Sebagai latihan bila dah hidup berdua nanti.”
Terkedu. Hanan
terkulat-kulat. Nak mintak izin dulu baru buat keputusan?? Wah, ini dah kes
parah! Tak jadi isteri lagi tapi dah diiktiraf sebagai isteri. Abrar memang
terlebih ke depan, his action were too much. Overdose!
“ Tak rasa over
ke? ”
“ Apa yang
over? ”
“ Awaklah.”
“ Abang? ”
Abrar keliru dan tidak mengerti.
“ Yup, youlah
yang over! Tak kahwin lagi dah tunjukkan sifat suami mithali. Don’t expect too
much sebab saya takut lain pulak yang terjadi nanti. Pada saya, sebagai manusia
kita perlu bersederhana dalam setiap tingkah, perbuatan dan dalam menunjukkan
perasaan. Tak boleh terlalu berlebihan dari kadar yang sepatutnya. Simpan
sedikit untuk diri kita supaya rasa kecewa tak terlalu sakit nanti.” Penuh
diplomasi Hanan melahirkan kata-kata. Dia teringin bermain tarik tali lagi.
Menduga Abrar yang kelihatan santai dengan seluar jeans hitam dan jersey
putih kelab bola sepak Chelsea.
“ Tapi pada
abang, this is the way for me to express my feeling toward someone that I
love. Please don’t worry too much sebab abang masih mampu kawal
perasaan abang sampai hari ini dan ketika Hanan bersama abang. Mungkin abang
lebih sukakan situasi kita bertengkar daripada bermesra sebab kalau ikutkan
rasa hati yang teruja..mustahil untuk kita keluar berdua. Hanan mungkin
berbahaya untuk abang. But just like what I said just now, sayang tak
perlu bimbang. Untuk hari-hari yang seterusnya abang masih boleh berpura-pura
meneutralkan perasaan abang agar tak berlebihan. Hanan akan sentiasa selamat
dengan abang.”
Gullp! Hanan
telan liur yang tersekat di celah kerongkong. Balasan tersebut benar-benar di
luar kotak pemikirannya. Kecut tubuhnya dengan luahan ‘telus’ Abrar. Lain yang
dibicarakan, lain pula maksud yang menyusul. Akibat kejutan, Hanan perlahan-lahan
merapatkan diri ke pintu sebelah kiri. Tidak mahu terlalu terdedah dengan
sebarang perilaku Abrar yang mengikut keinginan hati seperti yang diperkatakan.
Sungguh bicara itu menggerunkan. Lebih menyeramkan berbanding dengan kata-kata
pak cik pemandu bas. Rasa meremang bukan sahaja dirasakan di lengan tetapi
sehingga ke tengkuk dan seterusnya ke ubun-ubun.
“ Kenapa? Hanan
takut? ” ucap Abrar apabila ekor matanya perasan dengan ketidaksenangan Hanan.
“ Takut apa
pulak? ”
“ Manalah tahu,
dalam kepala tu terbayangkan abang akan buat perkara yang bukan-bukan. Something
like.. kiss u.. or hug u tightly..” meleret nakal suara Abrar. Sangat
mengada-ngada dan miang bunyinya.
“ Out of
topic. Encik Abrar dah tersasar daripada maksud saya yang sebenar.” Hanan
mencegah mulut Abrar daripada terus melanjutkan kata. “ Tolong diam lepas ni.”
Arahnya tegas. Terasa semput dada Hanan membayangkan perilaku bukan-bukan di
benaknya. Mahu saja dia memijak-mijak geram kaki pemuda itu kerana telah
meragut ketenangan akalnya. Cacamarba akibat dikerjakan oleh kelancangan Abrar.
Seperti diawal
usia remaja, setiap kali tidak dapat membalas kata-kata Abrar yang sentiasa
sinis dan menyakitkan, Hanan akan menghampiri lelaki itu dengan berani lalu
akan dipijaknya kaki yang selalu berselipar getah itu dengan sekuat hati.
Setelah puas barulah dia akan pecut lari untuk menyelamatkan diri.
Abrar tergelak. Sengaja mengusik si gadis.
Teringin menonton kegelabahan Hanan. Terhibur hatinya lantaran sifat naif dan
ketidakmatangan Hanan terserlah apabila dicandakan soal yang di luar bidang
kuasa seorang bakal graduasi guru.
“ Tak lama lagi
Hanan akan dapat mendengar lebih teliti penerangan daripada penceramah
bertauliah, lagi extreme daripada ini. Apa yang abang sebut tu baru 1%, lagi 99% Hanan akan dengar dalam slot ceramah
nanti. ”
Terpinga-pinga
Hanan kerana gagal menangkap maksud sebenar Abrar yang mahu disampaikan.
“ Dah lupa kita
kena attend kursus hujung minggu depan? ” Abrar mengingatkan buah hatinya yang
tidak gemar mengambil berat soal hubungan mereka. Walaupun begitu, Abrar tidak
peduli. Dia sendiri yang akan memimpin bahkan mengheret Hanan ke jalan yang
gadis itu mahu hindari.
“ Kursus? ” Kursus
apa?
“ Kursus
kahwin.” Abrar jeda. “ Masa tu, abang
nak Hanan dengar baik-baik. Jangan nak buat-buat tidur time ceramah, kalau
abang nampak Hanan tidur siaplah. Abang suruh penceramah tu soal bakal isteri
abang yang memang power bahagian isi rumah tangga. ”
Hanan
mencerlungkan mata. “ Siapa yang nak pergi sekali? Saya boleh attend kursus
dekat Ipoh aje, tak payah susah-susah balik kampung selalu.”
“ No, you
can’t. Tak ada pilihan lain. Kita wajib attend kursus tu bersama. Minggu depan
abang ambil Hanan dekat sekolah, jangan nak mengelak.” Ujarnya seperti
mengeluarkan sebuah titah. Biarpun gadis itu mengelak dengan beribu cara
sekalipun, Abrar tidak akan berkompromi. Hanan tiada pilihan lain selain
menurut cadangannya.
Hidung Hanan
kembang kempis menahan rasa. Bibirnya mencebik. Hangat sungguh perasaannya
tatkala itu. Puas difikirkan cara dengan akal pintarnya tetapi buntu. Dia
kehilangan hujah untuk mematahkan perintah Abrar. Usahanya sekadar
hangat-hangat tahi ayam. Terpaksa dia mengibarkan bendera putih secara paksa
rela. Maka itu, demi mengelak Abrar memanjangkan perkara itu, Hanan lantas
menekan punat radio. Mahu menghapuskan situasi yang merencatkan kegembiraannya .
“Cara berkasih
sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. yang
pertama adalah tidur satu selimut bersama isteri.” Kata suara daripada
corong radio. Hanan tergamam. Abrar terkejut sebelum bibirnya tersenyum-senyum.
Bersinar galak matanya.
“ Hrmm,
sounds good for both of us, ” Abrar menggumam lembut. Namun kedengaran
segar di cuping telinga Hanan. Kata-kata yang melemaskan serta menjengkelkan.
Betul-betul menyekat salur nafasnya.
Malu. Merah
putih muka itu. Lidah digigit lembut. Kesal. Rasa mahu ditunjal jari telunjuk
yang sibuk menghidupkan siaran radio. Jika diturutkan cemidu mahu Hanan menukar
frekuensi lain ataupun terus mematikan radio seperti sebelum ini tetapi dia
tidak punyai hak untuk bertindak. Itu bukan kenderaan miliknya. Kalaupun dia
berjaya memadamkan radio sekalipun ianya tindakan yang kurang wajar
memandangkan perkara yang dibahaskan adalah mengenai peranan suami isteri
berpandukan sunnah Baginda Sollallahu Alaihissalam.
Sudahnya Hanan mencari
pendekatan lain daripada terus diprovokasi oleh tunang ‘sengal’nya. Mulutnya
sengaja dibesarkan seraya tangan menekup mulut sambil berlagak menguap. Konon
mengantuk. Hanan terus melentukkan kepala ke tepi sebelah kirinya. Menempek
dekat dengan pintu kereta. Sepasang matanya dikatup rapat. Berpura-pura
melenakan diri. Tidak sanggup menadah telinga mendengar tazkirah yang
berkumandang. Tidak tertahan mata menonton sengihan Abrar yang terlebih
‘gelenyar’. Seram, heee…
Mulut Abrar
makin melapangkan senyum. Makin kembang setaman jiwa melayan kerenah gadis itu.
ANGIN sepoi-sepoi bahasa. Mendesah lembut menyapa seluruh
muka. Hanan merengek nyaman. Suasana
yang melekakan lagi mendamaikan seperti berdiri di tepi laut. Laut? Hanan
tercelik semula. Dua biji bebola matanya terbeliak bulat. Hanan cukup
terperanjat. Spontan tangannya naik menolak muka lelaki itu.
Abrar terdorong
ke belakang. Dia melepasakan tawa halus selepas itu. Seronok dan geli hatinya
mengenakan gadis itu. Puas dia merenung sehinggakan timbul idea untuk mengusik.
“ Puas tidur? ”
usik jejaka itu. “ Siap senyum-senyum lagi. Macam rasa duduk tepi pantai, kan?
Berangin aje. ”
Hanan bolayankan
saja Abrar. Dia mengangkat tubuh yang bersandar pada kusyen. “ Kita dekat mana
ni? ” soalnya sambil kepala berpusing-pusing ke kiri dan ke kanan.
“ Dekat bandar.
Abang nak singgah pesta buku sekejap, nak beli buku. Hanan nak ikut? ” soal
Abrar sebelum meoleh sekilas pada Hanan.
“ Ada pesta
buku? Kenapa tak ada siapa bagi tahu saya pun? ” terpinga-pinga Hanan.
“ Selalunya
Hanan dapat tahu daripada siapa? Fahmi? ”
Menggeleng. “ Daripada Abang Daus.”
“ Abang Daus?
Abang kenal ke? ”
“ Tak kenal. Abang
Daus tu ada kedai buku dekat sini dan Hanan pulak pelanggan setia kedai dia.
Kalau ada pesta buku selalunya Abang Daus akan join sekali. Lepas tu, dia
maklumkanlah pada Hanan kalau ada pesta buku.” Terangnya bersungguh. Teruja
dengan pesta buku yang terbentang depan mata. Alamak, fulus pulak yang tak ada!
Macam mana ni? Alah, cuci mata ajelah sekurang-kurangnya hilang kempunan.
“ Dia ada
number phone Hanan? ” Tanya Abrar dengan suara bergetar perlahan. Mengawal
emosi yang baru menyerlah dalam kepala.
“ Yup! ” Hanan
mengangguk laju.
“ Okay, glad to
hear that! ” ulasnya bermakna. “ Kita balik, abang singgah lain kali.”
“ Eh, tak
mahulah. Saya nak masuk dulu dalam tu, nak tengok buku.” Halang Hanan. Abrar
tuntaskan wajah pada gadis yang berwajah sedikit keruh. Kecewa barangkali.
“ Nak tengok
buku atau tuan kedai buku tu? ” Abrar curiga. Sinis dan ada unsur perli.
Hanan
mengerutkan muka. Eh, kenapa berubah angin pulak ni? Takkan dia..
“ Oh, please
Mr. Abrar! Not this time awak nak jealous, okey. Saya nak masuk
tengok buku bukan nak tengok Abang Daus yang awak jelouskan tu. And for your
information, Abang Daus tu dah kahwin pun, anak-anak dia dah masuk lima orang
pun sejak bulan lepas. Please be rational sikit.”
“ Oh, dah
kahwin? Kenapa tak cakap dari tadi. Okey, jom kita singgah, abang nak beli buku
kejap.” Abrar kembali tenteram. Hilang segala kerisauan yang bertamu di dada.
Bibirnya siap menguntum senyuman manis.
Hanan merengus
meluat. Abrar kini sudah pandai mengongkong dengan siapa dia berkawan. Sangat menyebalkan
hati. Sudahnya Hanan tetap sertai Abrar ke pesta buku yang dibuka di Taiping
Sentral Mall.
“ Ya Allah,
banyaknya! ” luah Hanan sangat teruja. Barisan-barisan rak novel ditenung
bagaikan mahu tembus sehingga ke dalam kulit novel. Abrar pula telah ke
bahagian rak buku yang lain bila disuruh oleh Hanan.
“ Awak pergilah
cari buku yang awak nak tu. Saya nak jenguk buku-buku sebelah sana tu.” Abrar
pula hanya menurut kata. Tidak dihalang keinginan Hanan.
Jemari Hanan
menyentuh satu persatu novel yang berbalut badannya dengan plastik jernih.
Ikutkan hatinya yang menggatal, Hanan mahu membuka setiap ‘pakaian’ novel itu.
Dia terlalu ingin menatap tulisan penulis kesayangannya itu. “ Kenapalah ada
pesta time aku dah kering duit dalam purse ni ? Siap berdiskaun pulak tu.. ”
keluhnya sedih sambil menjeling dompet di tangan.
Walaupun ada
duit di dalamnya, Hanan telah membahagikan duit yang berbaki untuk urusan yang
lebih utama daripada kecintaannya terhadap novel. Tidak berani membuka
dompetnya kerana pasti akan melayang jugak jika dia cuba mengira-ngira. Pasti
akan dilaburkan juga. Kalau membeli bukannya sebuah, wajib tiga buah ke atas.
Ahh, tabahlah wahai hati!
‘ Aisya Sofea,
Fauziah Ashari, Rose Harissa, Anis Ayuni, Aleeya Anessa dan yang paling tak tahan
Ramlee Awang Murshid ! ’ sob.. sob.. Hanan terasa ingin balik dengan kadar
segera sebelum dia bertindak mengeluarkan duit daripada mesin ATM di hujung
sana.
“ Dah dapat
buku yang Hanan nak? ” tegur Abrar yang muncul dari sisi kanan. Hanan terus
meletakkan novel Aisya Sofea di rak semula.
“ Tak ada yang
berkenan.” Bohongnya. Kepala pun turut digeleng.
“ Ambillah
mana-mana, abang belanja.”
“ Betul ke? ”
bersinar galak mata Hanan. Mendongak pada Abrar yang tinggi. Ditatap muka dan
kemudian mata Abrar. Mencari kejujuran dalam sepasang mata kuyu itu. Dia
terkejut dengan tawaran tersebut. Pucuk dicita ulam mendatang. Orang memberi,
aku menerima. Rezeki ni…
Abrar telan
liur. Terkedu dengan tatapan gadis itu. Menawan sehingga dia tenggelam punca
dan butir bicara.
Hanan lantas
menundukkan pandangan bila Abrar senyap pula. Kecewa dalam diam.
“ Err..Hanan
pilihlah yang suka Hanan, eh.. maksud abang err.. yang Hanan suka.”
Tergagap-gagap Abrar menyusun kata.
“ Boleh ke? ”
perlahan suara yang hadir. Antara malu tetapi mahu.
“ Boleh sayang.
Ambil yang mana Hanan suka tapi abang hadkan sampai tiga buah aje tau.”
“ Tiga aje? ”
Hanan menyoal seraya mengangkat jari telunjuk, jari hantu dan jari manis
sebagai menunjukkan bilangan tiga. Air mukanya menampakkan kepolosan serta
kelihatan suci keanak-anakkan.
Abrar
mengangguk. “ Tiga buah dulu, nanti kita beli lagi lain kali.”
“ Ada lain kali
ke? ” soal Hanan dalam versi comel dan manja. Lebih kepada diri sendiri.
Sangat-sangat beruntung hari ini bagi seorang Hanan si pencinta tegar novel!
“ Dah habis
baca semua tu baru abang belikan yang lain.”
“ Err..terima
kasih.” Ucapnya segan. Selalu sangat dia bersikap dingin dengan Abrar dan
pemuda itu pula asyik mengalah padanya. Lebih menjaga hati serta mahu mengambil
hatinya. Dan kali ini dia dibelanja pula tiga buah novel.
“ Sama-sama
kasih.” Abrar membalas dengan bisikan. Disebabkan teramat malu, Hanan segera
memilih novel pilihan hatinya. Didahulukan penulis yang hebat dan menjadi
kegemarannya. Tekadnya akan dihabiskan semuanya sebelum balik mengajar semula.
Selesai membuat
pembayaran dan mendapat beg plastik yang mengandungi novel-novel pilihan, Hanan
menonong pergi. Berjalan mendahului Abrar. Tidak sabar untuk sampai ke dalam
kereta. Ingin dikoyak dan dibaca dengan segera novel-novel tersebut. Lagi-lagi
buah tangan Aisya Sofea. Cair sangat sehingga menyentuh nurani. Meleleh air
mata dibuatnya. Hanan sangat terpesona dengan setiap watak hero yang ditulis
oleh wanita berjiwa besar itu. Terlalu diimpikan hero-hero tersebut hadir dalam
hidupnya.
“ Hanan!! ” jerit
sebuah suara yang nyaring. Hanan tersentak. Lengannya telah direntap sekuat mungkin.
Tubuhnya terlekap ke tubuh seseorang. Mukanya ditekup ke dada orang itu.
Sejurus itu, telinganya bagaikan baru terdengar pelbagai bunyi enjin kenderaan
seperti motorsikal, kereta serta bas
yang bergerak di jalan.
“ Ya Allah, ya
Allah, syukur Alhamdulillah..Alhamdulillah..Ya Allah..”
Sayup-sayup
desahan suara itu di telinga Hanan. Tercungap-cungap nafas serta dada yang
bergelombang. Abrar melonggarkan tangan yang menolak kepala Hanan di dadanya.
Sejurus itu, dia melepaskan tangan yang melingkari pinggang gadis itu. Hanan
memanggung kepala. Abrar pula menundukkan mata merenung Hanan yang selamat
dalam dakapannya sebentar tadi. Jarak antara kedua-duanya hanya satu setengah
kaki.
“ Apa yang
Hanan fikirkan sampai tak nampak jalan raya depan tu? Nak mati ke? ” jerkah
Abrar tiba-tiba. Hanan terkesima. Terkejut disergah dengan kemarahan yang nyata
daripada Abrar. Belum pernah Abrar menyinga sehebat itu padanya.
“ Kalau abang
tak tarik tadi, Hanan akan cedera tau tak! You’ll get into an accident.”
Berang Abrar. Kata-katanya tidak lagi dipenuhi kesabaran. Abrar benar-benar
takut untuk saat ini.
Hanan bungkam.
Masih terkejut. Sungguh dia tidak sedar walaupun sekilas. Mata dan telinganya
bagaikan tuli seketika lalu. Derianya bagaikan diangkat ke langit sesaaat dua.
Ya Allah, betulkah aku hampir menemui kemalangan tadi?
“ Sikit lagi
sayang..sikit lagi you will get into accident.” Abrar mengeluh hiba pula.
Berulang-ulang kali diluahkan. Cemas dan gerun dalam satu masa.
“ I’m sorry..saya
tak sengaja. Betul-betul tak sengaja.” Hanan mengakui salahnya. Dia terlalu
leka sebentar lalu. Ralit melayan perasaan bahagia untuk mengisi masa senggang
dengan novel-novel yang baru dibelanja oleh Abrar.
“ Saya minta
maaf sangat-sangat.” Hanan sebak dan rasa bersalah. Jika Abrar tiada tentu dia
telah pun terlantar di jalan saat ini. Syukur, Alhamdulillah.. Dia mengirimkan
lelaki ini untukku, menyelamatkan diriku.
“ Ini mesti
disebabkan novel-novel tu, kan? Kalau abang tahu, abang takkan belikan novel tu
untuk Hanan. Sumpah, abang takkan belikan lagi novel untuk Hanan.” Simpul
jejaka itu geram.
Kepala Hanan
lekas menggeleng. Dia mendongakkan muka. Muka Abrar ditentangnya.
“ Bukan sebab
novel tapi saya yang cuai. Awak jangan salahkan novel-novel tu.” Pintanya sayu.
Sedih pula kesalahannya diletakkan ke
atas novel-novel yang tidak ‘hidup’ dan ‘berakal’ seperti manusia. Dialah
manusia yang harus diletakkan kesalahan tersebut.
“ Disebabkan
novel tu, Hanan leka dan cuai. Pada abang semua novel tu tak selamat untuk
Hanan. Very dangerous to you.”
“ Tak! Ini
salah saya bukan novel tu.” Tegasnya.
“ Masih lagi
nak bela novel-novel tu? ” aura singa Abrar menjelma semula. Hanan berdegil dan
dia tercabar.
“ Awak tak
patut salahkan ‘dia’, itu antara barang yang paling saya cinta.” Air mata Hanan
tiba-tiba membuak keluar. Abrar terkejut. Tersedar dari amarahnya. Terketap
rapat mulutnya. Tidak jadi meneruskan kemarahan yang tadinya bangkit.
“ Awak tak
adil. Semuanya salah saya, kenapa mesti salahkan ‘dia’.” Marah Hanan pula. Tertunduk pandangannya
menahan pilu. Isu ini cukup sensitif baginya. Jangan diperlekehkan apa yang dia
sukai kerana itu adalah sebahagian daripada dirinya.
“ Look…I’m
sorry dear. Abang takkan salahkan ‘dia’ lagi.” Abrar bertindak memujuk. Timbul rasa
bersalah dalam diri. Tidak menjangka disebabkan novel, Hanan sanggup mengalirkan
air mata. Menakjubkan bagi Abrar.
“ Kalau awak
tak ikhlas belikan semua novel tu, saya gantikan semula duit awak nanti. Yang
penting jangan salahkan ‘dia’.” Ujar Hanan sambil tunduk merenung kasut
bertumit yang dipakai.
Tergaru-garu
kepala Abrar dibuatnya. Spontan jari-jemari tangan kanannya menolak dagu Hanan.
Mengampu wajah itu agar memandangnya. Kemudian diseka pipi Hanan yang basah
sedikit.
“ I’m sorry..
really, really sorry dear.” Bisiknya lembut.
Hanan terpegun.
Tidak tertelan air liur dibuatnya. Perbuatan Abrar mengujakannya serta
mengkakukan Hanan. Drama apa pulak dekat tepi jalan ni??
“ Eh, kenapa
dengan dahi tu? ” soal Abrar tidak semena-mena. Mengejutkan Hanan ke alam
realiti kembali. Sebelum terbabas berlayar lebih jauh ke alam buana.
Hanan menolak
pegangan Abrar di dagunya. Cis, ambil kesempatan! Pantas jemari Hanan naik meraba dahinya yang
sedikit membonjol. Ini pula satu hal, gara-gara peristiwa dalam bas tadi dahi
berbenjol. Gara-gara mimpikan manusia depannya ini!
“ Asal dengan
dahi tu? Abang tengok bengkak semacam. Siap ber ‘colour’ biru pulak tu!
”
“ Dah biru ke?
” Hanan menyoal terkejut. Dia memang dapat merasakan denyutan tetapi tidak
terjangkau dek minda akan meninggalkan warna lain pula di situ. Alamak, mesti lebam
ni?
“ Jatuh ke? ”
lelaki itu bertanya lanjut. Soalan Hanan dibiarkan tanpa berjawab. Rasa ingin
tahu lebih hebat daripada melayan persoalan Hanan.
“ Ini sebab
awaklah! Dahlah, saya nak balik.”
“ Sebab abang?
” dahi Abrar berkedut. Musykil.
“ Eh, mana
plastik novel saya tu? ” Dia baru terperasan plastik putih yang berisi novel
telah hilang ditangannya. Abrar pula termangu-mangu.
“ Awak buang
ke? ” sergah Hanan pada Abrar. Jari telunjuk siap naik menuduh lelaki itu.
Abrar bertambah tercengang dan bingung. Tiba-tiba dituduh tanpa usul periksa. Geram
dengan Hanan. Tengok tu, dia tuduh aku lagi!
“ Hello, abang
selamatkan Hanan tadi bukannya nak terima kasih. Sekarang tuduh abang buang
novel tu.”
“ Habis tu,
mana ‘dia’ ? ” Hanan menjeling ke sekeliling. Dua tiga kali dia memusing di
sekitar Abrar dan dia berdiri tetapi tiada. Kemudian dia tertoleh-toleh ke
bahagian lain. Lebih jauh sedikit. Tiba-tiba terjumpa dengan sebuah beg plastik
yang berada sepuluh kaki daripadanya. “
Eh, itulah..” Semua novel-novelnya telah terbaring di jalan.
Bergegas Hanan
mengutipnya. Siap dibelek-belek mengesan sebarang kecederaan pada novel-novel
tersebut. Setelah puas barulah dimasukkan dengan rapi ke dalam plastik.
Abrar
melepaskan keluhan. Lega Hanan menjumpai barang kesayangan yang terbaring di
jalan. Jika tidak mesti gadis itu akan muncung dan kecewa. Namun, Abrar
bersyukur. Nasib baik bukan tuan novel
yang tersadai di jalan, kalau tidak mahu Abrar tanam novel-novel
penyebab Hanan ‘nya’ terluka.