Salam to all readers, today aii nak up lg n3 ASA, bab kli ni terlbih pnjg but hope semua terhibur..
jika ada kekurangan please give ur comment, aii tak mahu syok sendiri nti haru je jd novel nti..hikhik...syg a lot to u all, semoga sentiasa berbhgia : )
***************************************
Tumpuan retinanya tidak pernah lari. Sejak tiga puluh lima minit
yang lalu dia tetap merenung gadis itu. Hanan menjeling seraya mengelakkan muka
ke tempat lain. Rimas kerana tatapan Abrar terlalu aneh. Menghadirkan gentar ke
dadanya. Menggelisahkan ketenangan dirinya dalam diam. Mencemaskan aliran darah
dalam setiap pembuluh. Hanan geram, Abrar seolah-olah tidak mengambil endah
akan ketidaksenangan hatinya.
Abrar tersenyum
lebar. Sekali lagi senyumannya tidak mampu disembunyikan. Dia suka dengan
tingkah gadis itu. Setiap kali Hanan melarikan mata daripadanya membuatkan
Abrar merasakan kemenangan berada di pihaknya. Dia sukakan situasi itu. Biarpun
dia tahu Hanan tidak gemar akan renungannya. Peduli apa, janji hati aku puas!
“ Nampaknya kita dah capai kata sepakat,”
Abrar berkata setelah mereka kehabisan bicara beberapa minit lalu. Dia
bersandar ke kerusi sambil memeluk tubuh. Posisinya cukup santai dalam
menghadapi gadis di hadapannya kini. Sengaja mereka memilih minum di Food Court
UO kerana pusat beli-belah itu yang paling dekat dengan sekolah.
“ Siapa kata?
Saya tak setuju apa-apa pun,” muncung mulut Hanan.
Abrar
tergelak.“ Tak puas hati lagi? ” berkedut dahinya menghadapi tunang yang degil
seperti Hanan. Sabarlah hati, tak lama lagi mesti dia dengar cakap aku!
“ Yelah, siapa
yang puas hati kalau buat keputusan berat sebelah? Saya tak rela! ” tegasnya
tanpa kompromi. Sengaja menunjukkan protes.
Abrar menelan
liur. Hanan memang suka mendera perasaannya. “ Jangan buat mulut macam tu,
jantung abang boleh meletup tengok bibir tu.” Gumamnya sebelum mengalihkan
pandangan. Dia betul-betul memaksudkan kata-kata itu. Abrar dapat merasakan
setiap detak jantungnya hampir lemas melihat bibir yang asyik mencebik geram
padanya.
Pantas Hanan menarik muncung lalu mengetap
kuat dua ulas bibirnya. Terkejut dengan kenyataan itu. Rasanya jantung dia pula
mahu meletup gara-gara ucapan Abrar. Tersekat-sekat alur nafasnya bersama mata
yang terkebil-kebil. Sungguh Hanan cukup tidak sedar akan reaksi yang
dipertontonkan. Tidak menyangka Abrar begitu berani berkata demikian. Sangat
jujur tanpa silu. Hanan seram tiba-tiba.
“ Kalau dah
tahu jantung tu nak meletup, lain kali tak payah pandang orang macam nak telan.
Pandanglah tempat lain. Lagi aman damai jantung tu.” Tukasnya berani.
“ Buat apa nak
pandang orang lain, nanti tunang abang marah pulak. Lagi baik pandang tunang
sendiri sebab tak lama lagi semua yang abang pandang tu akan jadi milik abang
jugak.” ucap Abrar selamba dan mendatar. Perilaku yang ditunjukkan santai dan
tenang.
Kali ini anak mata Hanan terjegil bulat. “
Jangan yakin sangat! Belum tentu lagi..”
“ Kalau Hanan
sayang dekat mulut tu, lebih baik berjaga-jaga. Jangan cakap sesuatu yang mampu
buat abang padam semua kata-kata Hanan.” Abrar mencelah. Memintas bicara Hanan.
Sakit hatinya dengan kata-kata itu. Nampak sangat Hanan cuba menggertak dia untuk
berbalah lebih lanjut. Bercakap soal ketentuan takdir yang masih belum menentu.
Abrar pasti gadis itu sedang berusaha mencari jalan untuk keluar dari ikatan
antara mereka.
Secepat kilat
Hanan menekup mulutnya. Terperanjat sangat. Beraninya dia cakap macam tu!
“ InsyaAllah kita akan bersatu jugak, Hanan dan
abang akan jejak pelamin bersama. Jangan harap Hanan boleh terlepas daripada
abang. Pelamin angan kita takkan musnah sebab abang yakin Hanan hanya untuk
abang,” Abrar menekan ucapannya. Serius mukanya. Marah kerana Hanan suka
bermain tarik tali sejak mereka bertunang.
Termangu-mangu Hanan.
Masih tergamam. Belum pernah mana-mana lelaki di luar sana lancang berkata
begitu padanya selain daripada Abrar, tunangnya sendiri. Sejak bila dia pandai
gertak aku? Dari siapa dia belajar main ugut-ugut aku sekarang?
“ Balik pada
topik asal, selepas kahwin abang nak kita hidup bersama. Bukan seorang kat
utara, seorang lagi ke selatan.” Abrar menambah lagi. Dia menggunakan
pendekatan yang dipelajari daripada Fahmi dalam menangani Hanan. Gadis itu
bersifat degil dan akan memberontak jika hatinya tidak berkenan kerana itu
Abrar mempraktikkan ketegasan dalam berurusan dengan Hanan.
“ Tapi saya dah
kata tadi, saya nak habiskan praktikal dulu. Lepas tu, nak cari tempat mengajar
yang tetap.” Katanya masih teguh dengan pendirian yang sama.
“ Berapa lama
tu? ” soalnya seraya menyisip minuman Nescafe ais.
“ Dalam setahun,”
Hanan menjawab tanpa ragu-ragu setelah berfikir panjang.
Abrar hampir
terjeluak. Gelas air ditolak ke tepi. “ Setahun? Hanan jangan nak kelentong
abang. Mana ada orang praktikal sampai setahun. Paling lama pun enam bulan aje,
lagi-lagi jadi cikgu! ” Bulat mata kuyu Abrar kerana terperanjat. Jari
telunjuknya siap diangkat sebagai isyarat untuk ‘satu tahun’. Agak-agaklah nak
menipu pun, praktikal jadi cikgu aje pun bukannya macam doktor pelatih, paling
lama dua tahun!
Jangan sampai
jari aku ni mendarat ke mulut dia yang agak ‘lepas’ tu. Tengok mulut dia bukan
main comel tapi bila bercakap pedas betul. Nasiblah aku boleh tahan lagi. Kenapalah
Hanan suka sangat duga abang?
Abrar tahu
Hanan sengaja memperbodohkan dirinya, dan dia tidak akan membiarkan perkara itu
berlaku. Nak tak nak, aku mesti takluk Hanan dalam tempoh kurang enam bulan ni
jugak, titik!
“ Bila masa
saya nak ting tong awak. Masa setahun tu cukup fleksibel untuk habiskan
praktikal dan cari tempat mengajar yang sesuai. Kalau dah dapat kerja nanti
mestilah saya kena ambil masa sesuaikan diri dulu kat tempat baru tu. Kemudian
barulah boleh fikir pasal kahwin. So, pada saya masa setahun tu kira okeylah
untuk bersedia menjadi seorang isteri dalam posisi yang selesa.”
“ Buat apalah
nak bersedia sangat! Hanan bukannya nak kahwin dengan anak raja pun,” sungut
Abrar. Mukanya mencuka. Langsung tidak bersetuju.
“ Salah tu,
sebab tak kahwin dengan anak rajalah saya kena bersedia. Kalau kahwin dengan
anak raja, tak payahlah nak sediakan diri sangat.. sebab dah tentulah anak raja
tu tanggung dari hujung kaki sampai hujung tudung.” Bidasnya pula.
Abrar
tercengang. “ Hanan memang sengaja, kan? Nak calarkan mood abang? ”
“ Eh, tak
terniat pun dalam hati, okey? Saya cuma cakap benda yang betul pada pandangan
saya. Takkan cakap macam tu pun perasaan awak dah tercalar? Sensitifnya..”
balasnya selamba sambil buat muka tidak bersalah depan Abrar.
Abrar
memejamkan mata. Menenangkan jiwa yang tunggang terbalik dikerjakan oleh Hanan.
Relax
Abrar..jangan cepat melatah. Hanan
sedang menguji tahap kesabaran kau dalam menangani dia so, kau mesti pupuk perasaan SABAR. Biarkan dia bercakap ikut
suka sebab lepas kahwin nanti kau ada banyak cara untuk diamkan dia. Sekarang
bagi Hanan menang dulu. Tapi yang penting jangan sampai dia pijak kau, itu
bukan sabar lagi tapi dah jatuh grade biul @bendul!
“ Suka hatilah
Hanan nak cakap apa pun, abang tak peduli. Yang abang tahu, kurang enam bulan
kita dah kahwin.”
“ No, saya tak
mahu. Mana boleh awak tetapkan sesuka hati awak.” Hanan terasa nak menyinga.
Sememangnya dah semula jadi singa pun sejak berdepan dengan lelaki bernama
Abrar!
“ Bukannya
abang yang tetapkan, tapi ini hasil perbincangan orang tua kita. Dia orang nak
buat lekas-lekas sebelum keluarga abang balik semula ke KL.”
Kepala Hanan sudah
terangguk-angguk. “ Eloklah tu, awak
balik ke KL dulu. Lepas setahun kita berjumpa balik, lepas tu baru fikir soal
kahwin. Dalam tempoh tu, siapa tahu ingatan awak yang hilang pulih balik. Masa tu nanti saya tak kisah
kalau awak nak putuskan pertunangan kita.” Laju Hanan menjawab. Tanpa berfikir
panjang mulutnya membalas macam bertih jagung yang baru siap masak. Panas!
“ Ohhh, itulah
sebabnya Hanan sengaja mintak tempoh setahun? Sengaja cari jalan untuk kita
putus tunang? Sengaja nak berpisah dengan abang pakai cara ni? Kejamnya..”
“ Saya rasa itu jalan terbaik, sebelum kita
menyesal baik berfikir lama-lama nanti tak adalah masing-masing kecewa.”
Perlahan suaranya membela diri. Terdera jiwanya apabila dituduh ‘kejam’ oleh
jejaka itu. Kejamkah aku? Tapi kenapa aku rasa ini jalan yang terbaik untuk
kami berdua?
“ Sebab itulah
abang suruh Hanan yakin dengan abang. Kalau Hanan yakin tak adanya timbul rasa
kecewa tu. Lagipun Hanan sendiri tak pasti apa yang bakal terjadi, jangan cepat
sangat judge sesuatu pakai mata. Manalah tahu entah-entah Hanan boleh terjatuh
hati dekat abang sebelum kita kahwin.”
Aku jatuh hati
dengan dia? Detik hati Hanan.
“ Macam abang
cakap dulu, takkan ada istilah kecewa sebab kisah kita belum lagi bermula. Bila
dah kahwin, dah sah jadi suami isteri nanti barulah kita akan sama-sama melakar
novel cinta kita. Samada akan kekal bersama selamanya atau tak, semuanya
bergantung atas diri kita. Yang penting yakin pada diri sendiri.” Tambah Abrar
lagi semata-mata mahu memujuk gadis itu agar yakin padanya. Sekali gus menawan
Hanan untuk setia dan teguh dalam ikatan mereka yang masih rapuh.
“ Sebab
yakinlah.. saya cadangkan perkara ni pada awak,” gumam Hanan saat berpaling ke
arah lain. Tidak mampu memandang sorotan mata Abrar yang seolah-olah sangat
resah dengan dirinya yang sering tidak tetap pendirian.
“ Hanan..please
jangan buat abang macam ni. Hanan dah bagi abang harapan sejak Hanan setuju
dengan pertunangan kita. Jangan bagi abang kecewa sebelum kita mencuba. Abang
harap sangat semuanya akan berlaku dengan mudah, jangan rumitkan keadaan lagi
sayang. ” Abrar memohon. Sungguh dadanya gentar sejuta rasa jika Hanan
mengambil keputusan nekad untuk bubarkan segalanya.
Hanan telan
liur. Sayang? Alahai, dia rasa sangat terbuai mendengar setiap patah kata
Abrar. Nadanya kedengaran sayu, sedih dan sangat berharap. Sesaat dua selepas
itu Hanan berasa tertekan pula.
‘Kau jangan
buat gila Hanan! Mulut kau tu memang pandai cakap, bedal ikut suka lidah kau.
Padahal sebenarnya kau tak sanggup batalkan pertunangan ini, kan? Kau sengaja
nak bagi Abrar ‘ribut’ macam sekarang, kan? Suka tengok dia jadi tak tentu
arah? Sudahlah tu dera perasaan dia, nanti menangis pulak anak teruna Haji Asri
dengan Hajah Salmi.’ Monolog Hanan dalam dirinya.
“ Doktor?
Doktor Zikry! ”
Abrar dan Hanan
terkedu. Terpinga-pinga apabila ada seorang perempuan mencelah perbincangan
mereka. Sudahlah perempuan tersebut berpakaian ala-ala ketat sarung nangka.
Siap dadanya terbuka lebar dengan skirt sempit paras lutut. Menampilkan setiap
rahsia kewanitaan yang sepatutnya diselindungi daripada pandangan yang bukan
mahram. Rambut pula diwarnakan coklat keperangan. Hilang ciri-ciri ketimuran
jika ingin ditilik satu persatu.
Terkelip-kelip
biji mata Abrar. Berkerut keningnya menjeling perempuan yang sudah mengambil
tempat duduk di sebelahnya. Turut berada di situ dua orang kawan si perempuan
yang berdiri macam bodyguard. Cara pemakaian juga tidak jauh beza daripada
gadis yang sedang terpegun menatap Abrar.
Hanan teguk
liur. Malu menonton kaum sejenisnya yang begitu ‘daring’. Islam ke tak dia
orang ni? dia musykil sendiri.
“ Thanks god..
saya jumpa doc kat sini. Macam tak percaya! ” getusnya tersangatlah teruja. “
Jun, Lina, inilah doktor yang selalu aku cakap tu! Nama dia.. Abrar Zikry. ” Perkenal
perempuan itu pada rakan-rakannya.
“ Doktor yang
mana? ” soal Jun yang memakai jeans yang dikerat tiga suku dengan baju t-shirt
sendat dan singkat sehingga menonjolkan pusat.
“ Alah, doktor
yang rawat aku masa aku kena apendiks dulu.” Jelasnya lagi.
“ Ohh, jadi
inilah doktor yang kau asyik cerita tu? ” teka Lina pula dengan mata terbelalak.
Perempuan itu
lekas mengangguk tanpa ragu-ragu.
“ Patutlah kau
angau nak mampus! Handsome doh.. ” balas Jun . Tergelak-gelak perempuan
itu mendengar komen temannya.
“ Bukan setakat
angau tapi dah kemaruk sangat kut,” sampuk Lina. Ketiga-tiganya merenung Abrar
tanpa kelip. Tanpa mempedulikan gerangan siapa wanita yang berada di depan
jejaka itu saat ini.
“ Hai, doc!
Ingat saya lagi tak? ” tegur perempuan tersebut dengan senyuman paling lebar
dan manis.
Abrar tersenyum
nipis. “ Awak pesakit saya dulu? ”
Perempuan itu
mengangguk laju. “ Dah lama kita tak jumpa, saya tak salahkan doktor kalau
doktor tak ingat saya. Lagipun banyak lagi patient yang doktor kena handle
selain saya. By the way, saya Ella, Norlaila. ” Ella menghulurkan
tangan.
Oh, Islam
rupanya! Hanan menyisip minumannya. Melarikan tumpuan daripada wayang yang
berlaku depan mata.
“ Since
awak dah kenal saya, tak payahlah saya kenalkan diri.” Kata Abrar selepas
menyambut huluran tangan Ella dan teman-temannya. Sekadar menghormati gadis itu
sebagai bekas pesakit seperti yang diucapkan sebelum ini.
“ I’m
confusing, kenapa sekarang doc boleh ada dekat Ipoh? Bercuti ke? Dah
tak kerja dekat KL lagi? Or doc kena transfer ke sini? ” soal Ella
bertubi-tubi dengan riak terlalu teruja untuk mengetahui perkembangan jejaka
itu.
“ Saya tengah
bercuti panjang sekarang.”
“ Oh, yeke?
Rumah doc kat mana? Boleh saya datang melawat,” tanpa segan Ella
bertanya lanjut.
Hanan telan
liur. Tergamam. Dia mula terfikir, di mana letaknya maruah seorang wanita yang
Allah tekankan dalam Al-quran supaya memelihara setiap kecantikannya, baik luar
dan dalaman.
“ Saya tak
menetap kat Ipoh. Saya ke sini sebab nak jumpa tunang saya.” Abrar terus-terang
ketika menghalakan wajah ke depan. Dia tersenyum pada Hanan.
“ Tunang? ”
dalam terkejut Ella lantas memandang kepada wanita yang duduk senyap di hadapan
Abrar.
“ Kenalkan
tunang saya, Hanan. ” Abrar memperkenalkan Hanan dengan cara yang paling
terhormat. Sejajar dengan perasaannya yang sering dibelenggui gadis itu.
Hanan mencuit senyuman
kecil di pinggir bibir. Lesung pipitnya membentuk. Dalam. “ Hai,” sapanya
sekadar berbahasa.
Abrar teguk
liur. Berdegup kencang jantungnya. Pertama kali di ruangan matanya. Indah
sungguh permandangan itu walaupun hanya selayang pandang. Hanan senyum??
“ Hai..” balas
Ella dalam senyum tawar. Tangannya dilambai sekilas sekadar menyapa. Kelihatan
amat hambar. Dia kemudian memandang pada
Jun dan Lina dengan muka mencuka. Kecewa dan terkilan dengan berita itu. Malu
sendiri kerana doktor kesayangannya telah menjadi milik wanita lain.
Namun sejurus
itu, Ella menuntaskan renungan pada Abrar semula. Bersinar galak anak matanya
saat itu.“ Doc nak number saya? Mana tahu kalau datang Ipoh lagi doc
nak contact saya. Boleh kita sembang-sembang.”
“ Sure..” Abrar
mengeluarkan handphone dari dalam poket seluar jeans hitam yang dipakai.
Kemudian dengan rela diserahkan pada Ella.
Tersiat
senyuman Ella ketika mendapat telefon
bimbit itu. Lagaknya seperti diberikan cincin berlian bersalut emas. Senyuman
yang begitu bahagia bersama hati yang berbunga-bunga.
“ Kita tukar phone
number, boleh? ” Tanya Ella bersungguh.
Abrar mengiyakan. Ella tergelak girang sejurus itu.
Hanan
tercegang. Kembang kempis hidungnya menahan perasaan yang tidak menentu. Air
muka Abrar yang suci tanpa dosa membuatkan Hanan kelu seribu patah kata. Dengan
senang hati lelaki itu menawarkan peluang pada Ella untuk mereka terus
berhubung. Langsung tidak menampakkan rasa bersalah! Selamba dan sempoi
sampaikan gajah depan mata pun dia buat-buat tak nampak!
Okay, Hanan
please take a deep breath. Ini bukannya drama akasia atau cerekarama. Ini adalah reality
so, jangan buat hal dekat tengah food court. Itu cuma bekas pesakit Abrar.
Tak perlulah kau nak rasa tergugat.
Wait, kau jealous ke? Soalan cepumas itu menerpa laju ke minda.
Tersentak dan
tersedar dengan bisikan hatinya. Serta-merta perasaan Hanan kembali sejuk. No,
I’m not jealous! Itu hak Abrar untuk berhubungan dengan sesiapa pun. Elok
juga Abrar tertawan dengan gadis tu, mungkin itu yang terbaik untuk dia. Yalah,
gadis tu nampak teruja sangat bila berjumpa dengan Abrar. Tentu ada cinta di
hati gadis itu buat Abrar..
“ Kalau doc
sunyi or need someone to talk, just call me. Even tak sunyi pun
boleh call jugak, lagi digalakkn. Please.. jangan segan dengan
saya, I’m a friendly person. Tak
percaya tanya my friend dua orang ni, dia orang pun very friendly like me.
Anytime and anything you want from me, just call me, ”
bersungguh-sungguh Ella berbicara. Lunak dan mesra menggoda. Sengaja
menunjukkan sisi dirinya yang mudah didekati dan dimiliki. Supaya nanti Abrar
tidak gentar dan ragu-ragu untuk datang kepadanya bila berkesempatan.
“ Sure,” Abrar membalas dengan hati yang
lapang. Tersengih di hujung bibir.
“ El, kita dah
lambat ni.” Jun mencelah sambil menayangkan jam tangannya.
“ Okay, got
to go. Nanti jangan lupa call saya okey.” Suara Ella berharap sungguh kali
ini.
“ Sure..”
Abrar ringkas menjawab.
Hanan mencebik
dalam hati. ‘Sure, sure, sure!’ ajuk hatinya.
“ Bye,
doc..” Sela Ella seakan berbisik lembut di telinga Abrar. Lambaian mesra
diperlihatkan. Sayu raut wajahnya terpaksa berpisah lagi dengan doktor pujaan
hatinya.
“ Er..mungkin pesakit abang dulu,” beritahu
Abrar sekadar menghindar rasa kekok yang tiba-tiba singgah. Macam orang baru
lepas buat salah. Itupun setelah Ella berlalu pergi. Terasa lapang sungguh
dadanya saat ini. Dia melayan sekadar menghormati bekas pesakit yang pernah
dirawat olehnya.
“ Rasanya
memang pesakit awak.” Tembak Hanan.
“ Entah, abang
tak ingat.” Akuinya jujur.
“ Takkan tak
ingat? Entah-entah buah hati awak dulu. ” Hanan menebak.
Abrar lekas
menggeleng. “ Abang berani botakkan kepala, perempuan tu bukan taste
abang.” Sengaja Abrar bikin lucu. Mengelakkan sangkaan Hanan yang hanya akan
menjatuhkan sahamnya untuk menawan gadis itu.
“ Amboi, demand!
Habis tu, apa taste awak? ” terjungkit kening Hanan. Kembang hidungnya menahan
tawa. Disamping meluat dengan Abrar yang berlagak. Nak botakkan kepala konon.
Tinggi betul dia punya taste. Beranganlah tu nak yang hebat-hebat! Apa agaknya
cita rasa doktor sombong ni? Model
antarabangsa? Pramugari yang cantik molek? Atau doktor macam dia jugak?
“ Takkan tak
tahu? ” Abrar balas dengan soalan semula.
Berkerut kening
gadis itu. “ Kalau tahu tak tanya! ”
“ Sepatutnya
Hanan tahu dan kenal diri sendiri. Abang pilih Hanan tentulah gadis tu tahu
ciri-ciri apa yang ada dalam diri dia.” Ucap Abrar. Matanya redup merenung
gadis pilihan hatinya.
“ Walaupun pendirian Hanan tentang abang asyik
berubah, abang akan terus bertahan. Walaupun susah untuk yakinkan Hanan abang
tetap berusaha untuk Hanan. Dan kalau Hanan suka main tarik tali, abang pulak
akan tarik tali tu kuat-kuat supaya Hanan jatuh pada abang. Abang takkan
lepaskan walaupun abang perlu mati untuk pertahankan Hanan.”
Hanan terkedu.
Air liurnya hampir tersangkut di kerongkong. Bulu romanya sedikit meremang.
Ternyata kata-kata itu telah berjaya menusuk ke jiwanya. Memanah ke setiap
penjuru anggota tubuh. Tipulah Hanan jika dia menafikan ucapan Abrar langsung
tidak mengusik naluri wanitanya. Sedangkan sememangnya dia sangat terusik dan
senang dengan setiap bicara Abrar yang kerap membelai jiwanya.
“ Kita ikut plan
orang tua kita ya? ” cadang Abrar dalam versi memujuk.
“ Hah? ”
terperanjat Hanan. Perasaan bahagia yang singgah sirna serta-merta.
“ Abang tak
mahu memaksa. Jauh lagi daripada kita kahwin paksa @ terpaksa kahwin. Abang nak
Hanan rela dengan semua ni. Belajar ikhlaskan hati untuk terima diri abang
sepenuhnya. Dan abang tak mahu pendirian yang tak tetap. Hanan mesti yakin
dengan apa yang bakal kita tempuh untuk masa depan nanti.”
Hanan.. ‘ kun
fayakun’ Allah kata jadi maka jadilah,
walaupun kau tak sangka perkahwinan ini akan berlaku juga. Kalau kau terfikir
nak larikan diri, silakan tapi ingatlah takdir itu takkan pernah berubah. Jodoh
pula adalah ketetapan yang tidak dapat dipinda. Walaupun kau lari sampai ke
pusaran Segi Tiga Bermuda sekalipun tetap terpateri jika dia adalah untuk kau.
Lari daripada takdir takkan mampu mengubah apa-apa melainkan kau berusaha untuk menukar jalan
cerita ini.
‘ Tapi sanggup
ke kau buat Encik Malik dengan Puan Norsal berduka cita, bermuram durja wahai
Hanan...’ hati berbisik syahdu.
“ Hanan..kenapa
diam aje? Bagilah respon, abang..”
“ Bagi saya
masa..nanti saya text awak.” Hanan memintas dengan wajah yang kelihatan sedikit
tegang dan tertekan. Stress memikirkan situasi yang membelenggu. Cuak
mengenangkan harapan Abrar, impian mak ayahnya dan bakal mertuanya.
“ Okey..tapi
jangan lama-lama sebab sampai tarikh tu kita tetap akan kahwin.”
“ Sampai tarikh
tu abang tak mahu Hanan rasa terpaksa berkahwin dengan abang. Hanan mesti
rela..zahir dan batin. Jangan sampai abang kena tidur asing dari bini sendiri
sudahlah.” Sempat pula Abrar menambah sepatah dua kata. Demi menjamin
kesejahteraan bersama sewaktu mereka telah sah kelak.
Hanan
menjeling. Mengetip kuat bibir dan gigi. Bengang dengan mulut Abrar yang suka
benar menakal. Mengusik keharmonian jiwanya. Dalam pada itu, dia gelabah
sungguh. Cuak. Zahir dan batin?? Perkara-perkara yang zahir memang mampu
digalasnya kelak tapi kalau bab yang lebih sulit sampai tahap batin, Hanan
terasa mahu tergolek ke bawah meja. Gerun menafsirkan ayat Abrar yang terlalu
berhikmat. Dia lebih sanggup tidur bawah katil daripada sekatil kalau Abrar
menuntut yang bukan-bukan.
“ Jangan
merepek boleh tak? Benda tak jadi lagi, tak payahlah fikir bukan-bukan.”
Getusnya geram. Perasaan silu dan segan ditolak ke tepi.
“ Abang tak
fikir pun cuma membayangkan kalaulah benda tu terjadi.” Abrar ketawa kecil
sejurus itu.
Dia bayangkan??
Hanan terkulat-kulat. Apa yang dia bayangkan? Siap gelak-gelak pulak tu! Aku confirm
mesti benda yang tak senonoh. Mesti dia bayangkan aku dan dia… no, no,
tolonglah otak be nice to me. Jangan fikir terlalu mendalam. Jangan
pedulikan kata-kata miang Abrar. Ahh…balik ni aku mesti celup kepala dalam
kolah dekat dalam bilik air. Cuci dan nyahkan segala kata-kata Abrar yang
‘gatal amat’ tu! Brainwash sampai puas hati..tapi jangan sampai semua rambut
kau luruh dalam kolam sudahlah, nanti bising pulak Ustazah Hidayah.
“ Saya nak
balik. Hantar saya balik! ” gesa Hanan.
“ Aik, cepatnya
nak balik? Kenapa tiba-tiba? Banyak lagi perkara abang nak cakap.”
“ Saya rasa
semuanya dah dibincangkan. Point utama awak pun saya dah tahu.”
“ Abang tak
habis lagilah, banyak lagi perkara abang nak bualkan dengan Hanan.”
“ Sudahlah,
saya letih nak dengar. Perkara yang awak cakap mana penting pun, asyik nak
merapu. Siapa tahan kalau asyik merepek benda yang bukan-bukan.” Tukas Hanan.
“ Sayang..semua
yang abang cakapkan penting tau. Ikhlas dari hati abang.”
“ Simpan ajelah
lain kali, saya dah penat nak dengar celoteh awak.”
“ Maknanya lain
kali abang boleh datang melawat Hanan lagi? ” Abrar bertanya dalam senyuman
lebar. Nampaknya Hanan mengalu-alukan kedatangannya. Bagaikan bercahaya wajah
Abrar. Ceria dan teruja. Okey, minggu depan aku akan terpacak lagi depan pintu
sekolah dia. Biar satu sekolah tahu bahawa Cikgu Hanan Safura sudah ada
pemiliknya. Siapa yang berani masuk jarum perlu berdepan dengan aku. Rancangnya
dalam benak.
Hanan
tercengang. Alah, salah cakaplah pulak!
“ Okey nanti
abang datang lagi.” Putus Abrar mendadak.
“ Jangan! ”
tegah gadis itu. Terkebil-kebil biji mata Abrar.
“ Kenapa pulak?
Tadi elok aje cakap boleh! ”
“ Err..tak
payahlah selalu datang. Kita cuma bertunang bukannya suami isteri. Tak eloklah
kalau pelajar saya selalu perasan kita keluar berdua. Tak baik untuk image saya
sebagai seorang pendidik.” Ulas Hanan menjawab persoalan Abrar. Sungguh apa
yang diungkapkan adalah kata-kata spontan yang terlintas di ruang minda. Hanan
belum sempat menganalisis ucapannya itu, sama ada kurang logik atau masih boleh
diterima. Doanya dalam hati semoga Abrar termakan kata-katanya.
“ Lagipun orang
tua selalu pesan jangan selalu jumpa nanti hilang seri. Darah manis, kan? ”
Hanan terus menggula-gulakan Abrar. Terus mengukuhkan hujahnya. Hanan berharap
Abrar faham dengan maksud yang ingin disampaikan.
“ Ohh, kalau
macam tu..abang datang dua minggu lagi.”
“ Kalau tak
datang terus pun lagi okey,” gumamnya di hujung bibir sambil memusingkan wajah
ke sebelah kanan. Risau pula Abrar terdengar bicara lepas dari mulutnya.
“ Apa dia? ”
“ Awak tak
payahlah susahkan diri ke sini sebab saya akan balik kampung jugak. Kalau ada
hal penting sekalipun, kita bincang depan keluarga nanti. Tak eloklah berduaan
macam ni, orang pandang tak manis. Nanti orang ingat kita dah tak sabar-sabar
nak kahwin.”
“ Memang itupun
yang abang nak. Biar orang lain nampak lekas sikit kita naik pelamin.” Ujar
Abrar selamba. Langsung tidak segan menyatakan hasrat hati. Hanan pula terasa
mahu mengeluarkan aura marah. Ingin ditarik telinga Abrar luas-luas biar faham
dengan maksudnya. Orang nak lambatkan dia pulak sibuk nak cepat!
“ Dahlah, bercakap dengan awak ni tak
pernah berhenti, saya letih tau. Nak balik tidur lagi baik.”
“ Yelah, kita
balik. Abang takkan paksa kalau orang tu tak suka. Tapi sebelum balik, abang
nak pergi tunaikan Solat Asar sekejap. Hanan boleh solat? ” Tanya Abrar secara live.
Direct question yang membuatkan Hanan tercengang. Menghadirkan seribu malu
dalam dirinya. Memerahkan serata wajahnya. Ahh, lelaki ni memang suka mencetuskan
kegawatan dalam dada aku! Dia ingat aku kawan lelaki dia ke sampai bertanyakan
soalan cepumas macam tu? Siap dengan muka suci lagi tawadduk tu? Errr…
“ Ohh, tak
boleh erk? Kalau macam tu tunggu abang kat sini, surau kat hujung sana aje.”
Abrar buat kesimpulan bila Hanan seolah-olah malu dengan pertanyaannya.
“ Tak malu
betul,” gumamnya bila Abrar beredar. Sempat dia menjeling meluat.
“ Jangan main
mata dengan laki lain tau,” pesan Abrar di telinga Hanan. Lebih kepada
berbisik.
Tersentak.
Hampir Hanan tertepis gelas minumannya. Tidak menyangka Abrar akan berpatah
balik. Hampir terlompat keluar isi jantungnya dengan perbuatan lelaki itu.
“ Sorry,
abang buat Hanan terkejut..tapi pesanan abang tu Hanan kena ingat tau. Walaupun
abang tak nampak tapi Allah dan kedua-dua malaikat yang ada kat bahu Hanan
tetap nampak. So, please tundukkan pandangan.”
“ Hissyhh,
orang tahulah.” Hanan menggerutu. Rasa sakit hati dipesan begitu. Macamlah aku
ni perempuan tak tahu malu, maruah aku tinggi tau!
“ Please
promise pada abang dulu,” pinta Abrar.
“ Awak pergilah
solat tak payah risaukan benda yang bukan-bukan. Takkan tak percaya dengan
saya? Lagipun saya tak ada masa saya nak melayan lelaki lain.” Dengan awak pun
saya tak terlayan ini pulak nak tempah bala lain!
“ Promise me
first,” Abrar tetap mahukan Hanan ikut berjanji.
“ Ya
Allah..okey.. promise! ” ucapnya beralah. Dia menghelakan nafas seperti
melepaskan bebanan berat. Bengang dan sasau kepala otaknya gara-gara Abrar.
“ Good girl..now
abang boleh solat dengan khusyuk dan tenang.” Abrar lantas berlalu dengan muka yang
ceria lagi damai.
“ Silakan Encik
Abrar.” Tempelaknya pada gelas minuman Abrar yang terletak tepat di matanya.
Ikutkan hati, nak je aku tabur julap dalam air tu biar Abrar ‘lenyap’ dalam
dunia aku sekarang!