Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Cerpen Istimewa buat Novel Alahai, suamiku AMNESIA!






Tiada coretan yang panjang hanya sekadar ingin menyampaikan cerpen khas Alahai, suamiku AMNESIA! Cerita ini tidak terdapat dalam naskhah kerana ia hanyalah untuk tatapan istimewa buat para pembaca. Bahagian ini adalah selingan cerita ringkas di antara bab 57-58 (sesiapa yg dah dapatkan novel boleh belek lhaa, hehe). Moga terhibur dan ceria selalu, luv u all so mucchh ...!!





Pipi Hanan memerah apabila teringatkan momen yang berlalu setengah jam tadi. Panas seraut wajahnya menahan diri yang tersipu-sipu. Mulutnya yang gemar bertingkah kata dengan sang suami kini bertukar senyap. 


Namun tidak lama, senyuman malu itu sirna. Hanan menggigit bibir bawahnya tanpa sedar. Resah dengan kesimpulan yang Abrar nyatakan. Makan malam dihadapinya sungguh janggal. Ketenangan yang cuba dipamerkan hanya luarannya sahaja. Sedang dalamannya meronta-ronta dek gemuruh dan cemas.  


Sedang Hanan ralit mengatur lauk-pauk di atas meja makan, terasa belakang lehernya dikucup. Bergetar sekujur tubuhnya mengalami aliran cas yang begitu aneh. Menyirap darah merah sehingga ke serata wajah. Lama bibir itu diam di situ. 


“ You take my breath away,” gumam Abrar dekat telinga isterinya. 


Hanan tidak berdaya membalas hatta membuka mulut. Terasa deruan nafas suami di belakang tengkuknya. Lemah perasaan Hanan tatkala itu. Perbuatan Abrar yang senyap dalam bertindak mengundang debaran menggila. Tingkah tersebut menawan dan memukau dirinya.


Tangan sasa Abrar memusingkan badan Hanan supaya berdepan dengannya. Apabila dia merenung muka isterinya, nyata Hanan begitu terdidik dengan perasaan malu seorang gadis perawan. Abrar hampir tergelak tetapi dalam masa yang sama dia menahan diri. Abrar nekad untuk menjadi sedikit tegas agar Hanan mampu membaca isi hatinya yang semakin tidak keruan.


“ Selepas makan malam, abang bagi Hanan sejam untuk bersedia. Tak ada lagi penangguhan, sayang. Abang dah banyak kali berkompromi dengan perasaan Hanan, apa kata malam ni Hanan pula kesiankan abang?! ” garau suara Abrar berkata. 


“ Hanan…”


Abrar menyentuh dua ulas bibir Hanan, menyekat butir bicara sang isteri yang selalu berusaha mencari akal. Mengahwini seorang guru, mengajar Abrar tentang betapa bijaknya Hanan mencari idea bernas dalam melepaskan diri. 


“ Hanan pernah kata dalam perkahwinan wujud perkataan give and take.”


“ Betul, sebab itulah abang kena…”


“ Abang seorang saja yang kena bertolak ansur? Hanan tak payah? ” provok Abrar sambil sengaja menjungkitkan kening hitamnya. 


“ Hanan…”


“ Syuhh…” Abrar mengelengkan kepala agar Hanan diam. “ Abang takkan memaksa Hanan because I’m not interested an unwilling wife. Satu yang Hanan perlu tahu, kalau bukan malam ini…takkan ada lagi malam lain antara kita. Abang takkan datang lagi kepada Hanan, melainkan sebaliknya. Find your own way.”


Tergamam dan terkedu. Hanan kehilangan bicara. Tiada lagi ucapan yang wajar untuknya beralasan.


“ Abang lapar, jom kita makan.” Abrar menarik kerusi meja makan yang tangan mulus itu. Diam Hanan sedikit melapangkan Abrar. Menunjukkan Hanan sedang mengambil kira dan menimbang segala kata-katanya.



           

SEJAM sudah pun berlalu dari waktu makan malam. Abrar menutup buku yang dibaca. Keinginannya untuk membaca telah berganti dengan kemahuan yang lain. Tetapi apa yang dia mahukan sekarang tidak bersamanya ketika ini.


            Abrar bersandar ke belakang sofa. Bersabar dalam menunggu walaupun wajahnya jelas melahirkan gundah gulana yang bermain di jiwa. Setiap pergerakan jarum jam dipandang penuh leka. Telinganya pula mengesan sebarang bunyi dari arah pintu bilik.


            Keluhan keras dihembus padu. Abrar bangkit dari sofa setengah jam kemudian. Kelibat Hanan ternyata tidak kelihatan. Dia bagaikan tidak percaya Hanan telah menolak permintaannya. Sebagai seorang suami, Abrar sungguh berasa tercabar. Maruahnya dianggap remeh oleh Hanan.


            Abrar turun ke tingkat bawah. Melewati anak tangga dengan wajah yang tegang. Dia mahu mendapatkan Hanan dan mendengar alasan yang sering Hanan adakan untuk menghindarinya. 


Sampai di anak tangga, Abrar berhentikan langkah kakinya yang gagah. Dia seraya menyandarkan bahu sebelah kirinya ke dinding. Matanya melihat terus ke figura Hanan. Isterinya sedang sibuk bergayut di telefon dengan seseorang dalam talian. 


            “ Hanan rindukan mak dengan ayah.” Ucap Hanan manja.


            Abrar mencuri dengar perbualan tersebut.


“ Oh, Hanan dah cakap tadi ye? ” Hanan berpura-pura tidak sedar dengan ucapannya yang asyik diulang kepada Puan Norsal. Sengaja memanjangkan perbualan mereka.


“ Hrmm, nanti Hanan kirimkan salam mak kepada Abrar.”


“ Hanan panggil abanglah, mak. Hanan dah tak panggil suami pakai nama lagi dah.”


“ Ye, Hanan akan jadi isteri yang taat. Takkan ingkar dengan suami.” 


“ Alah…Hanan tak mengantuk lagilah, mak. Kita baru saja bersembang takkan mak dah nak masuk tidur. Awal lagi ni,” Hanan memujuk Puan Norsal yang sudah mengadu mengantuk.


“ Baru setengah jam, mak. Hanan nak bersembang lagi dengan mak.”


“ Pelik? Mana ada pelik, mak yang sangka bukan-bukan. Hanan okey saja.”


“ Tak…Hanan tak mengandung? Lambat lagilah mak…” nafinya kali ini bersunguh-sungguh. Sungguh berdesing gegendang telinga Hanan. Jelas dia berasa segan bila disoal begitu.


“ Mintak kat alonglah, mak. Tak pun suruh angah kahwin sekarang. Hanan lambat lagi nak bagi mak cucu.”


Hanan membisu dan mendengar kata-kata Puan Norsal. Dia mengeluh perlahan.


“ Hanan tahu, tapi sebenarnya mak…” dia terdiam tiba-tiba. Hakikatnya Hanan ingin meluahkan keresahannya yang ditanggung dalam hati tetapi apabila difikirkan semula, Hanan berasa kurang cerdik bertindak demikian. Masakan dia mahu memberitahu rahsia yang dipegang olehnya dan suami.


 SUAMI? Ya, Abrar tentu sedang gigih menanti dirinya hadir. Berterusan sabar menanti dakapan seorang isteri. ISTERI! Ya, sebagai seorang isteri dia hanya perlu berikan ketaatan dan menjauhi keingkaran terhadap suami. 


“ Sebenarnya malam ni Hanan terasa rindu sangat dengan kampung, rindu dengan bilik Hanan. Rindu nak peluk mak.” Ujarnya dengan jawapan yang lebih selamat.


“ Ayah panggil mak masuk tidur? Betul ke? Entah-entah mak saja nak auta Hanan.”


“ Hurm,” suara Hanan sayu sedikit. “ Selamat malam, mak. Hanan pun nak masuk tidur.” Gagang telefon diletakkan sejurus memberikan salam perpisahan kepada Puan Norsal.


Hanan pusingkan bahu ke belakang apabila terdengar suara orang berdehem. Nampak saja batang tubuh suaminya, Hanan pantas melarikan wajah. Tindakannya spontan. Kelihatan kecut dan pegun.


“ Patutlah lama abang tunggu…”


“ Mak kirim salam,” kata Hanan tanpa menoleh. Memotong percakapan Abrar yang dia sangat mengerti. Memaklumkan bahawa suaminya sudah bersedia dengan segala kemungkinan.


“ Abang dah jawab sejak Hanan bercakap dengan mak tadi.” Akui Abrar. Hanan tidak terkata. Suara Abrar begitu dekat di belakang badannya. 


“ Mak dan ayah sihat? ” Abrar bertanya pula. 


Hanan mengangguk. “ Sihat.” 


“ Isteri abang sihat? ” soal Abrar sekadar memprovok reaksi isterinya.


“ Abang rasa Hanan sihat tapi jiwa isteri abang yang tak tenteram. Sama macam jiwa abang sekarang.” Abrar menjawab bagi pihak si isteri. Kekeluan Hanan sedikit menghiburkan hati.


“ Hrmm, jiwa Hanan memang tak tenteram sejak kita makan malam tadi.” Hanan mengaku.  


“ Habis, apa yang patut abang buat sekarang? ” Abrar berdoa supaya Hanan tidak melukakan hatinya. Bahkan menghampakan tuntutan nalurinya.


“ Take me now,” arah Hanan. Dia sungguh segan tetapi cuba untuk berani. Biarkan suaminya mencari jalan untuk membuang segala kebimbangan yang tidak berpenghujung.


Abrar tidak menunggu lama. Dia segera menatang tubuh itu. Hanan merangkul lehernya. Menyorokkan muka ke dadanya. Abrar dapat mengesan wajah yang membera merah itu. Pasti Hanan dihantui rasa malu tatkala ini.


“ Abang…”


“ Hrmm..”


“ Abang janji akan bertanggungjawab dengan perkara yang berlaku malam ini? ”


“ Nope.” Sela Abrar hingga membuatkan mata bundar Hanan membulat. Terkejut dengan jawapan rasmi suaminya.


“ Bukan setakat malam ini saja, sayang. Untuk malam-malam yang seterusnya, tanggungjawab abang takkan pernah berakhir. Hanan bertanggungjawab melahirkan makmum yang hebat-hebat untuk abang.” Abrar menyampaikan bicara yang lebih telus.


Hanan angguk setelah memahaminya. “ Hrmm…Hanan ingat tentang tu.” Gumamnya. 


“ Abang…”


“ Yes, my love.”


“ No excuses for tonight? ”


“ Hanan tahu jawapan abang.”


“ Hrmm, Hanan tahu… tak ada sebarang pindaan.”


Abrar tidak berkata lagi ketika mendaki anak tangga. Hanan tidak berdaya lagi untuk berkata. Sampai dalam kamar, Abrar turunkan tubuh Hanan. Meletakkan isterinya dalam posisi duduk di tubir katil. Abrar kemudian mencapai sesuatu di atas meja solek.


“ Pakai ini sayang.” Pinta Abrar setelah berlutut di depan Hanan. Sehelai gaun tidur diletakkan atas riba Hanan.


Hanan mengetap gigi. Seribu cemidu menghiasi wajahnya. Kehangatan semakin terasa membahang di pipi. “ Abang suka kalau Hanan pakai macam ini? ” tenang dia menyoal.


Abrar angguk tanpa berlengah. “ Hanya bersama abang, bila kita berdua. Takkan ada lelaki lain yang boleh melihat Hanan lebih daripada abang. But if you refuse just throw it, abang tak mahu memaksa.”


“ Hanan akan pakai untuk abang. Tapi jangan hampa kalau Hanan tak secantik dan sepadan dalam pemberian abang ini.”


Abrar menggeleng. “ No, you should be beautiful. Hanan akan tampak cantik dalam apa-apa keadaan pun. Bila bersama abang, Hanan sangat sepadan dan cantik di mata abang.”


            Hanan terharu. Tersentuh hatinya yang sedia mencintai sang suami. Bicara itu membuatkan Hanan lebih ikhlas untuk berkasih sayang. Pasrah untuk memberi dan menyerah kepada sang pencinta yang menanti dengan penuh kesabaran. 


            “ Hanan berharap abang takkan kecewa dengan Hanan.”


“ Nay, sweetheart.” Abrar menidakkan. “ Abang cuma akan kecewa bila Hanan tolak abang.”


Hanan tidak berbicara lagi. Sekadar memutikkan senyum buat suami yang terlalu lurus dalam melahirkan rasa jiwa. Sentiasa menzahirkan cinta buatnya tanpa terhad. Oleh itu, Hanan memutuskan untuk menghadiahkan sebuah kucupan ringkas. 


Pipi Abrar dipegang lembut dengan telapak tangan. Memposisikan wajah suami kepadanya sahaja. Mata saling beradu. Bertingkah arus yang mendebarkan. Hanan dapat melihat betapa Abrar mahukan dirinya. Memiliki cinta, jiwa dan seluruh jasadnya.


Bibir Hanan mendekat. Melekap sekilas dalam mata terpejam.


Abrar gamam. Tidak menjangka Hanan bertindak berani.


“ Tunggu Hanan,” ucapnya lalu bingkas bangun. Bercadang melangkah ke bilik mandi. Ingin menyembunyikan diri dek mengenangkan betapa emosinya bercabang dan tidak menentu.


Abrar tidak menghalang. Sebaliknya menghela nafas berat. Dia jelas berdebar dengan bahagia yang mulai hadir.




SUBUH menjelang. Hanan membuka mata apabila alarm daripada handsetnya berbunyi. Jemarinya menggenyeh-genyeh mata agar kelopak matanya tidak berasa berat untuk dibuka. Hanan terkenangkan pagi-pagi sebelum ini, tidaklah sukar baginya untuk bangun tetapi nyata pagi itu Hanan terasa lain dan aneh.


Pijar muka Hanan tiba-tiba. Membahang merah apabila menyedari tubuhnya hanya berselimut. Hanan cuba mengawal rasa asing yang bertamu. Alarm handset yang membingit dimatikannya. Kemudian Hanan cuba mengumpul kekuatan untuk bangkit. 


Dalam masa yang sama, pintu bilik air terkuak. Abrar keluar dengan hanya bertuala. Rambut pendeknya basah. Bahu dan dada bidangnya masih melekat dengan titisan-titisan air mandian. 


Hanan mengemamkan mulutnya. Dia menundukkan wajah bagi mengelak anak mata mereka bertembung. Selimut dikemaskan ke paras bahu bagi melindungi diri.


Abrar mengulum senyum penuh erti. Menyelusuri peribadi Hanan yang kelihatan malu dan segan dengan tatapannya. Hanan tampak tidak mampu menghadap dirinya. Oleh itu, Abrar melangkah, menghampiri isterinya.


“ Abang minta maaf.” Ucapnya setelah menduduki birai katil.


Hanan terkedu dengan ucapan maaf itu. Terpinga-pinga kerana keliru. Bukankah waktu ini dia wajar menerima sebuah penghargaan seperti ucapan terima kasih. “ Kenapa abang minta maaf? ”


“ Hanan terlewat bangun disebabkan abang.”


Tergamam. Kebas serta-merta lidahnya. Hanan menggigit bibir bawah dek cemidu yang menimpanya. 


“ It was a perfect night to me.” Gumam Abrar. “ Hanan sangat…”


“ Abang, please…don’t talk anything about last night. Hanan rasa jantung ini menunggu masa untuk meletup. Hanan nak bangun dan solat.” Pintas Hanan. Memohon pengertian daripada suaminya.


“ Okay, abang tak akan cakap apa-apa lagi. You may go now, sweetheart.” Abrar bangkit dari sisi katil. Memberi ruang kepada isterinya.


“ Abang, towel please.” Pinta Hanan masih berdiam diri di bawah selimut.


“ Towel? Hanan nak towel abang? ” Abrar sengaja mengusik. Tangannya sudah memegang simpulan tuala di pinggang.


“ No! Bukan tuala abang yang Hanan nak.” Sanggah Hanan lalu menggeleng laju. Kecut terus perutnya. “ Tolong ambilkan tuala Hanan.” Jelasnya kali ini.


Abrar tergelak kecil. Terhibur dengan raut Hanan yang pucat lesi secara langsung. Dia menapak ke penyidai, mengambil tuala isterinya. 


“ Here you go. Lekas sikit mandi, abang tunggu Hanan.” Katanya sewaktu meletakkan tuala yang diminta sang isteri.


“ Hrmm..” sahut Hanan pendek.


“ Selepas solat bersama, I’ll find my way to get rid of your shyness.”


‘ What? Apa maksudnya itu? ’ Hanan telan liur. Berkali-kali Hanan menggelengkan kepala. Cuba menidakkan sesuatu yang bermain di fikirannya. Hanan segera melupuskan bayangan semalam yang melekat jelas dalam kotak memorinya.


“Abang hanya ada satu cara dalam kepala ini. It is a proper way. The same way like we did last night.”


Tatkala kenyataan diberikan, Hanan sudah lelah separuh jiwa. Rasanya dia mahu melarikan diri saat ini. Mengulangi memori semalam adalah sesuatu yang masih baru baginya. Biarpun hanya memori yang melintas, Hanan sudah terasa kehangatan malu itu memerangkap seluruh tubuhnya.         




****************************************





Hanan melihat keluar tingkap. Walau hanya awan gelap yang kelihatan, dia sangat terhibur dengan permandangan itu. Termasuk ini, sudah tiga kali Hanan menaiki kapal terbang. Yang pertama sewaktu membuat aktiviti kesukarelawanan di perkampungan orang asli di Sabah. Kedua pula sewaktu melancong ke Brunei Darussalam.


            Ketiga, penerbangan yang paling mengujakan Hanan. Abrar memberikan kejutan dengan hadiah bulan madu untuknya sewaktu cuti sekolah pertengahan tahun. Dia tidak menyangka masih boleh menikmati momen itu sekali lagi. Walaupun lewat namun tetap manis bagi pasangan yang sedang hangat berkasih-kasihan seperti mereka.


           Hanan pandang ke sebelah tempat duduknya. Nyenyak sang suami sedang terlentok manja di bahunya. Hanan mencapai lengan kanan suaminya. Dia mengusap lembut tanda ‘hero’ yang dimiliki suaminya. Bekas jahitan itu ditelitinya dengan perasaan berbaur. Masih terkesan peristiwa dua bulan yang lalu. Tetapi berkat daripada peristiwa itu, menjadikan mereka seperti pasangan suami isteri yang lain. Saling akur dan tunduk kepada cinta yang terjalin sepi sebelum ini.


            Fikiran Hanan kembali mengingati bait-bait penulisan seorang suami kepadanya. Tulisan yang penuh dengan kata-kata pujian, penghargaan dan indah daripada seorang pencinta wanita. Pertama kali menatap dan membacanya, mata bundar Hanan mengalirkan mutiara jernih. Dia terharu dan tersentuh.


            Risalah cinta ini buat permaisuri hatiku, Hanan Safura Abdul Malik.

            Terima kasih bidadariku atas kerelaanmu bersamaku. Terima kasih untuk sepanjang malam yang membahagiakan. Buat pertama kalinya, abang merasai nikmat berkasih sayang itu sesuatu yang hebat. Dengan kehadiran Hanan dalam dakapan abang, malam abang menjadi sempurna. Ditemani seorang Hanan menjadikan abang seorang suami yang selayaknya. Seorang nakhoda yang berjaya mengemudi kapalnya.

Maafkan abang jika ada perbuatan abang yang menyakiti Hanan. Bidadari abang begitu sempurna di mata hati ini. Sehingga ada waktunya abang merasakan Hanan lebih layak mendapat yang terbaik daripada abang yang serba kekurangan. Namun melepaskan Hanan kepada lelaki lain tidak mungkin terjadi. Hanya kematian yang akan membebaskan Hanan daripada abang.

Alhamdulillah, abang bersyukur Allah berikan peluang kepada abang untuk menikmati cinta seorang Hanan. Abang berharap Hanan setia dan kasihkan abang sehingga ke hujung nyawa ini. Abang tak mampu menghadapi kehilangan Hanan biarpun untuk sedetik nafas. Jangan tinggalkan abang, sayang. Cinta ini akan bertukar menjadi kegilaan apabila Hanan pergi dari sisi abang. I just wanted you in this life. The one and only it was you, sweetheart.


                                                                                           Suamimu yang amnesia,
                                                                            Abrar Zikry
             



“ Hanan cintakan abang.” Bisiknya syahdu ke telinga sang suami. Melafazkan rasa jiwa tanpa kesedaran suaminya. Hanan malu jika Abrar mendengarnya. Oleh itu, dia suka mengungkapkan cintanya apabila Abrar sedang nyenyak tidur.


“ Hrmm, I can hear you sweetheart. I love you too.” Ucap Abrar menggumam.

Kebas pipi Hanan mengawal rasa. Malu semestinya. Lidahnya kelu untuk bertingkah. Apabila Abrar hanya diam, Hanan lega. Dia lantas meletakkan kepala di atas kepala suaminya. Merapatkan lagi kedudukan mereka. Menikmati momen yang mencuit sanubarinya.  




************************************





Buat julung kalinya, Hanan menjejakkan kaki ke Melbourne, Australia menjadi pilihan Abrar untuk melangsaikan hutang bulan madu yang sepatutnya berlangsung awal dahulu. Walaupun mereka pernah bercuti berdua ketika baru seminggu berkahwin namun, ianya sekadar percutian biasa. Malah hubungan ketika itu adalah fasa permulaan sebagai suami isteri. Tiada istilah bulan madu. Yang wujud hanya sesi pengenalan, penerimaan dan penyesuaian diri antara mereka. 


Detik ini Abrar ingin menempuhnya dalam erti kata sebenar. Akan diabadikan segala keindahan sepanjang memori memadu kasih di bumi kanggaru itu.


Sebaik tiba di lapang terbang Melbourne, mereka menuju ke Rendezvous Grand Hotel Melbourne dengan menaiki teksi. Hotel yang terletak betul-betul di tengah Kota Melbourne Central Business District (CBD). 


Hanan terpukau melihat bangunan-bangunan tinggi dan unik sepanjang perjalanan menuju ke hotel. Kepantasan orang-orang yang berjalan juga membuatkan Hanan separuh kagum. Nyata Melbourne antara bandar yang paling sibuk di Negara Victoria itu. Maklumlah pusat perniagaan. Jumlah kepadatan penduduknya juga antara yang tertinggi.


Sekali lagi Hanan terpukau. Kali ini dia tergamam melihat dekorasi mewah hotel yang bakal didiaminya. Dari pintu masuk sehingga menuju ke kamar tidur, Hanan terkebil-kebil melihat permandangan dalam hotel tersebut. Memang nampak elegan dan mewah.







“ Abang, kenapa hebat sangat hotel ni? Membazir sungguh…” rungutnya tak habis-habis. Dari kaunter reception sampai naik lif, mulutnya berbisik dan mengomel. Budak penghantar beg pun perasan keluhan yang Hanan lampiaskan. 


“ Syuhh,” hanya respon sebegitu yang Abrar lahirkan. 


Setiba di bilik, Abrar menarik Hanan masuk ke dalam bilik. Kemudian dia memberikan tip kepada bellboy setelah beg pakaiannya dan Hanan dimasukkan ke dalam bilik. 


“ Abang…” Abrar meletakkan telunjuk ke bibir lembut Hanan. Bibir yang rajin memprotes bila hati kurang senang.


“ Jangan persoalkan tindakan abang, Hanan. Tak ada apa yang membazir. Tak ada perkara yang merugikan bila bersama Hanan. Ini kenangan kita berdua. Memori yang abang impikan, dan abang berharap Hanan sudi berkongsi mimpi yang serupa.” Pintas Abrar lalu merangkul dari belakang Hanan. 


“ Jangan susah hati, sayang. Abang dah fikirkan semuanya sebelum kita ke sini. Yang penting bidadari abang selesa dan bahagia.”


Hanan longgarkan pegangan suaminya. Dia kemudian menghadap Abrar. Kira mereka dalam posisi peluk secara berdepan.


“Abang, kita bukan dalam Malaysia lagi. Hanan tahu semuanya pakai matawang dolar yang berganda bila didarab dengan matawang Malaysia. Terlalu membazir. Sudahlah kita dekat sini seminggu. Sejujurnya, Hanan tak kisah menginap dekat manapun. Tepi jalan pun tak apa, janji abang ada! ” protesnya lagi.


“ Hrmm, tak kisah dekat manapun, ya? Tepi jalan pun tak apa? ” duga Abrar. 


Hanan angguk dengan laju. “ Janji abang temankan Hanan! ”


“ Tapi tepi jalan tak ada katil macam depan mata kita sekarang? Macam mana tu? Tanpa katil bukan bulan madu namanya, sayang…” nakal Abrar menggumam. Mengusik Hanan.


Merona merah pipi Hanan tatkala itu. Dia menjeling suaminya. Geram. “ Bukan itu maksud, Hanan! Abang sengaja nak buat Hanan geramkan? ”


“ Abang dari airport lagi geram tengok Hanan,” Abrar makin galak. 


“ Tak nak cakap dengan abang lagi.” Hanan pura-pura marah.


“ Tak nak cakap dengan abang, tapi Hanan peluk abang macam tak nak lepas.” Abrar bercanda lagi walaupun hakikatnya, lehernya sedang dirangkul oleh sepasang tangan Hanan.


 Sebagai tanda rajuk di hati, Hanan tarik tangan dan tarik muka. Tangannya memeluk tubuh sendiri, manakala raut wajah kelihatan cemberut. 


Abrar senyum saja melihat ketegangan itu. Pinggang Hanan dilepaskan. Dia kemudian menarik muka Hanan supaya menghadapnya. Abrar membuka jaket tebal yang Hanan pakai. Yang tinggal cuma blouse di dalam. Sejurus itu, pin tudung Hanan dibuka dengan cermat sehingga mengurai rambut ikal Hanan. 


Hanan yang merajuk jadi terpujuk dengan sentuhan lembut Abrar. Suaminya mengurut lembut belakang lehernya dan turun ke bahunya. Kemudian Abrar membelai pula rambut panjangnya. 


“ Feeling better now? ” tanya Abrar perlahan. Hanan angguk, tenang.


“ Jom rehat sekejap, nanti kita keluar tengok permandangan luar.” Tanpa menunggu balasan Hanan, Abrar cempung isterinya lalu diletakkan cermat di atas katil.



Hanan tertidur seminit kemudian. Abrar merenung buah hatinya yang mengalunkan nafas tenang sebelum dia juga ikut merehatkan tubuh lalu terlelap sama.



*************************************





Dua jam setelah tiba, Hanan dan Abrar menaiki tram iaitu alat pengangkutan yang mengelilingi bandar Melbourne. Mereka menuju ke Stesen Flinders Street. Stesen itu adalah pusat utama hentian keretapi dan kawasan paling sibuk di Melbourne. Bangunan stesen tersebut telah siap pada tahun 1910 dan ianya adalah stesen keretapi yang tertua di Melbourne.

 

 Stesen Flinder Street



Hanan dan Abrar berjalan-jalan di sekitarnya. Di hadapan stesen itu, di bawah jam besarnya, ada saja seniman jalanan yang bermain muzik. Ada juga orang menjual bunga-bunga segar. Manakala di ruang basement stesen tersebut, wujud galeri untuk para seniman mempamerkan hasil karya lukisan mereka.


Berpandukan pamphlet Melbourne yang dibaca semasa dalam tram, Abrar membawa Hanan ke Federation Square. Bangunan yang begitu unik dan pelik senibinanya. Federation Square juga merupakan tempat yang paling meriah dengan konsert-konsert, pesta muzik, festival budaya, pameran, forum, tayangan filem serta pertunjukan fesyen. Selain itu, di situ juga mempunyai restoran, café, bar yang menghidangkan makanan barat, China dan sebagainya.


Federation Square




Dalam asyik memandang suasana sekeliling yang asing, Abrar sempat mencuri pandang isterinya. Dia belas melihat muka isterinya kemerah-merahan, menahan cuaca sejuk yang segar lagi menyamankan. Walau Hanan sudah menyarungkan jaket tebal dan sarung tangan, tapi wajah putih kuning itu masih tampak merah-merah bayu dek kesejukan.


Pelukan Abrar di bahu Hanan kini jatuh ke pinggang isteri. Dia mengeratkan tubuh mereka agar kehangatan mampu menahan rasa sejuk yang Hanan kecapi. Isterinya masih belum betah dengan perubahan cuaca yang amat menggigit jiwa. Ngilu hingga ke tulang-temulang.


“ Kita duduk sekejap, sayang.” Ujar Abrar lalu meraih tubuh isterinya. 


Hanan menurut. Tidak berdaya untuk membuka mulut. Kebas dirasakan mulutnya.

Abrar mendudukkan Hanan di kerusi panjang. Dia kemudian berlutut di depan isterinya. Hanan terkebil-kebil melihat tingkah suaminya. Hairan. Bertambah tercengang apabila Abrar menarik sarung tangan yang mereka berdua pakai. 


“ Sejuk sangat.” Komen Abrar ketika telapak tangan mereka bersatu. Abrar kemudian menggosok-gosok telapak tangan Hanan. Menghimpun kehangatan untuk isterinya. Beberapa kali Abrar meniup-niup supaya kepanasan udara dalam tubuhnya boleh memanaskan tangan isterinya yang sejuk itu.


“ Kita balik hotel. Abang rasa tubuh Hanan tak boleh tahan cuaca sejuk. Sayang nampak lemah. Nak senyum pun dah tak boleh.”


Hanan geleng. “ Tak nak. Kalau duduk dalam hotel aje, Hanan mesti bosan. Banyak lagi tempat Hanan nak tuju, insya Allah Hanan boleh bertahan dalam cuaca ini. Lagipun kita baru sampai, sebab itu Hanan tak boleh sesuaikan diri lagi. Kalau asyik terperap dalam hotel, nanti bila kita balik Malaysia tak ada apa-apa kenangan pun.”


“ Tapi abang tak mahu Hanan jadi tak sihat. Lagi susah kalau sayang sakit. Lebih baik mencegah daripada merawat.” 


Hanan senyum sikit. Lucu dengan tagline yang dibawa suaminya. Teringat bahawa Abrar seorang doktor walaupun masih tergantung kerjanya disebabkan masalah kesihatan. Sesuai sungguh tema kesihatan yang dibawa oleh suaminya. “ Kalau Hanan sakit, abangkan ada? Abang tak sudi tengokkan Hanan? Jaga Hanan? ”


“ Love, it is not about sudi atau tak! Ini soal kesihatan. Ingat abang boleh tenang bila tengok Hanan sakit? Kita dekat sini nak spend time together tapi kalau Hanan sakit, semuanya dah tak bermakna. Honeymoon kita pun bakal terencat. Malam-malam abang jadi tak sempurna selepas itu. Hanan sanggup tengok abang merana tanpa belaian kasih sayang? ” Hujah Abrar panjang. Sempat dia menyelitkan bicara nakal di penghujung ayat. Sehinggakan Hanan terdorong untuk menarik pucuk hidung suaminya.  


            “ Ini fikirkan kesihatan Hanan atau kepentingan diri sendiri? ” duga Hanan sambil memicingkan mata. Sengaja provok jawapan sang suami.


            Abrar mengucup jari-jemari Hanan. Aksinya spontan tetapi tingkahnya lembut. Begitu terancang dan sopan dalam setiap kecupan. Hangat hingga menjentik naluri sang isteri. Hanan mampu merasakan bibir lembut Abrar merayap di telapak tangannya. Romantis tindakan itu bagi seorang isteri.  “ Hanan tahukan…sejak malam pertama kita saling memerlukan.” 


Demi mendengar ayat itu, Hanan menggigit bibir bawahnya. Terkedu dan termalu sendiri. Wajahnya yang kemerah-merahan makin berona. Jelas Hanan tidak terjawab. Kelu lidahnya. Namun tatapan kedua-duanya masih bersabung. Hanya bahasa mata saling bertingkah tatkala ini.


Kedua-dua tapak tangan Abrar merayap ke dua-dua belah pipi Hanan. Dia menggosok perlahan pipi berlekuk comel itu. “ Pipi Hanan pun sejuk. Abang tengok makin merah.” Omelnya.


 “ Tunggu sini sekejap, abang pergi beli kopi panas.” Abrar berkata selepas menyarung sarung tangan kulit miliknya ke tangan Hanan. Berharap sarung tangan kalis air itu mampu menghapuskan kesejukan sang isteri.   


Hanan tersentuh hati. Kesungguhan itu mengharukan perasaannya. Kelibat Abrar sudah memasuki kedai yang menjual beraneka jenis barang keperluan.


 Lima minit berlalu, Abrar muncul dengan secawan air kopi panas. Berjalan laju menuju kepada isterinya.  “ Nah.” Dia duduk di sisi Hanan.


“ Terima kasih,” ucap Hanan sewaktu menyambut pemberian suaminya. Tanpa menghiraukan asap yang berkepul-kepul dari dalam cawan, Hanan lekas mendekatkan cawan ke muncung bibir. Ingin segera menghirup air kopi agar tubuhnya beroleh kepanasan dari dalam.


            “ Hati…”


            “ Ouchh,” adu Hanan spontan lalu menjarakkan cawan dari bibirnya. Pijar terasa mulut dan lidahnya. Panas yang hampir mematikan deria rasa di atas lidahnya. Hanan pejamkan mata. Menahan pedih.


“ Hei, tengok apa dah jadi! Sakit, kan? Lain kali hati-hati.” Tegur suaminya. Sebenarnya Abrar mahu berpesan supaya berhati-hati tetapi ucapan itu tergencat dek respon Hanan yang mengejutkan. Gara-gara terlalu cepat mahu meminum air. 


Hanan mengemamkan mulut. Sedar kecuaian sendiri. “ Sorry.”


 “ Nasib baik bibir Hanan tak terluka.” Telah Abrar apabila bibir atas Hanan disentuh-sentuhnya. Merah bibir itu kena air kopi panas. Abrar tahu Hanan sedang melawan rasa sakit. Kasihan melihat buah hatinya serba tak kena hari itu.


“ Sakit lagi? ” tanya Abrar perlahan.
 

Hanan perlahan mengangguk. “ Pedih sikit aje.”


Abrar menarik cawan air kopi panas lalu meniup beberapa kali air tersebut. Perbuatannya fokus. Bila yakin air kian suam, Abrar suakan kepada Hanan. “ Nah, minum perlahan-lahan. Baca bismillah dulu, sweetheart.”


Hanan mengikut kata. Dia mengambil cawan lalu membaca basmalah. Seusai menghirup dua tiga kali, Hanan menyuakan cawan kepada suaminya semula. “ Minum.”


“ Sayang minumlah, it will make you feel warm.”


Geleng. “ Hanan tinggalkan untuk abang.” Ucapnya perlahan. 


“ All right,” Abrar menyambut cawan kertas itu. Dia menghirup sedikit demi sedikit.


“ Jangan habiskan.” Kata Hanan sekadar di hujung bibir. Berbisik dekat telinga suaminya.


Abrar tarik cawan dari mulutnya. “ Hanan nak lagi? Tadi kata dah tak mahu.”


“ Tinggalkan sikit untuk Hanan.” Balasnya tanpa menjawab pertanyaan suaminya.


“ Abang belikan yang lain nak? ”


“ Tak perlu. Hanan cuma nakkan sisa minuman abang. And please, jangan tanya sebab apa. ” jawabnya melulu.


            Abrar terkulat-kulat. Pelik dan hairan. Sudahnya Abrar serahkan cawan kopi ke tangan Hanan semula. Isterinya menerima dengan rela hati. Nampak senyuman kecil terlukis di bibir mungil sang isteri. 


Hanan menganjakkan tempat duduknya. Berpaling membelakangi suaminya. Dia meneguk bekas air suaminya. Tertib dan teratur perbuatannya. Hakikatnya Hanan teringat pesanan ibu agar selalu minum dan makan daripada bekas Abrar. Selain sunnah Rasulullah, kasih sayang mampu terjalin kukuh dan semakin mengalir kuat dalam diri. Hanan malu untuk menyatakan keinginannya untuk berkongsi dengan Abrar. Risau Abrar mentertawakan permintaannya.  


            Senyum. Abrar bahagia dengan perbuatan Hanan yang tidak dijangkanya. Kelihatan ringkas tetapi penuh makna. Isterinya nyata mahu menyatukan bekas bibir mereka dan berkongsi minuman daripada bekas yang sama. Kelihatan cermat tindakan Hanan namun melahirkan getaran indah di dadanya.


            “ Daripada minum bekas mulut abang, lebih baik ganti dengan mulut abang. Lebih hangat daripada air kopi tu, sayang.” Gumam Abrar dari belakang isterinya. Dia meletuskan tawa kecil. Terhibur dengan tingkah Hanan yang menyenangkan jiwa. 


            Hanan menyiku suaminya. Cemberut mukanya. “ Tak nak cakap dengan abang lagi.”


            Abrar tidak mengendahkan mood Hanan yang terusik disebabkan usikannya. Dia sebaliknya merangkul pinggang isterinya. Meletakan dagu ke bahu Hanan. “ I’m pleased with you, Hanan.” Tuturnya bahagia. “ Hari-hari yang abang lalui bersama Hanan, lebih indah daripada segala memori yang wujud dalam ingatan abang.”


            Hanan tidak jadi merajuk. Bicara Abrar telah melunturkan rajuk di hati. Dia ikut terbuai dengan luahan ikhlas yang Abrar perdengarkan buatnya. “ Bolehkah Hanan percaya cakap abang? Abang tu amnesia, mana nak ingat perkara yang lepas-lepas. Entah-entah lebih ramai wanita yang pernah mengindahkan hidup abang.”


       “ Jangan ragu-ragu dengan abang, Hanan. Kepercayaan yang goyah akan merosakkan sesuatu yang baru bermula, seperti hubungan kita berdua. Kita tak mungkin tahu apa yang bakal berlaku kelak. Biarkan saja ingatan abang yang dah berlalu. Orang kata jangan kenang barang yang lepas, lebih-lebih lagi kepahitan di masa lampau. Abang tak memiliki apa-apa memori lagi selain kenangan indah bersama Hanan. Kebahagiaan kita baru bermula, sayang. Jangan mengandaikan suatu perkara tanpa alasan yang kukuh. Biarkan cerita cinta kita bergerak dengan sendiri. We just go with the flow. Satu perkara yang wajib Hanan ingat, kebahagiaan kita bermula sejak abang memiliki Hanan.” Bergetar bisikan yang hadir antara mereka. 


Hanan mengangguk. Akur dengan kata-kata seorang suami yang sering membuai jiwanya yang selalu bercelaru. Memiliki seorang suami yang amnesia, membuatkan Hanan sentiasa berfikir kesudahan yang berlaku apabila Abrar kembali mengingati. Apakah perpisahan yang bakal mereka tuju setelah tersingkap segala memori suaminya?? Hanan menjadi penasaran, resah dalam diam. Abrar tidak mungkin tahu betapa bimbangnya dia jika kasih suaminya bakal pudar apabila Abrar kembali sembuh seperti sedia kala.


“ Pandang abang, Hanan.” Abrar melepaskan rangkulan di pinggang isterinya seraya menarik dagu bujur sirih Hanan menghadap wajahnya.


Terkelip-kelip mata Abrar melihat mulut Hanan yang kelihatan memuncung. Dia pasti pasti ada perkara yang masih membelenggu pemikiran isterinya. Tetapi Abrar tidak ambil peduli soal itu. Dia amat tertarik dengan muncung Hanan. Comel dan seksi. Menarik-narik hatinya untuk memberi sentuhan.


“ Sejak bila Hanan muncungkan bibir? Abang dah pesan jangan buat macam tu melainkan kita tinggal berdua saja. Contohnya, bila dalam bilik. Tahu tak bibir Hanan menyeksa mata orang sekeliling. Too damn sexy…” 


“ Abang sebenarnya yang terseksa. Orang sekeliling kita tak peduli sikit pun.” Tukas Hanan menyanggah seraya bibirnya dikemam rapat. Risau pula Abrar bertindak bukan-bukan. Maklumlah ini bukan Malaysia yang terbatas perilakunya dalam kalangan masyarakat yang majoritinya Islam. 


“ Hah, tahupun batin abang terseksa. Habis, dah tahu itu kelemahan abang, kenapa provok abang sampai tergoda jiwa raga ni ”


“ Hanan terlupalah. Sorry, tak sengaja dan tak ada niat nak goda abang. Jom, kita gerak sekarang. Hanan nak tengok taman bunga.” 


“ Give me a quick kiss.”


Hanan ketap gigi. Abrar mula buat perangai suami yang baru berkahwin. Suka mengada-ngada, suka dimanjakan dan suka sangat mendesak demi meraih perhatiannya. Dia pula kena menjadi bijak setiap kali Abrar mula menuntut perkara yang luar biasa. 


Dengan berani, Hanan melingkarkan tangan ke belakang leher suaminya. Kemudian kedua-dua belah tangannya bergerak ke dada sang suami. Sengaja memprovok reaksi Abrar dan nyata tumpuan suaminya tidak tersasar langsung daripada melihat ke bibirnya. “ Abang nak a quick kiss? Hrmm…Hanan boleh bagi, lama-lama pun Hanan sudi tapi…”


“ Tapi apa sayang? Cepat cakap, abang sanggup tunaikan.” Abrar beriak teruja. Raut Abrar serupa dengan kanak-kanak yang menagih ibunya supaya dibelikan toys dan berjanji akan menunaikan segala permintaan si ibu jika permainan tersebut mampu dimilikinya.


Hanan dekatkan muka ke muka suaminya. Aksinya nampak berani dan bersahaja. Wajahnya dibawa ke sebelah telinga kanan Abrar lalu dibisikkan sesuatu.“ Catch me now,” dia jeda seraya menarik nafas. “ If you can! ” ucapnya laju sekali gus menolak kuat dada suaminya. Hanan bingkas berlari sekuat hati meninggalkan Abrar yang terkejut dengan kepantasan akalnya bertindak.


“ Hanan!! ” Abrar mula teriak. Hanan tergelak-gelak riang. 


Abrar pula menjadi tak keruan. Ahh, dapat saja Hanan memang aku angkut balik hotel! Tekadnya geram dengan kenakalan si isteri.



  



********************************







Hari kedua berada di Melbourne, mereka bersiar-siar di Melbourne City Museum dan Royal Exhibition Building yang terletak di Carlton Gardens. Kemudahan Tram City Circle yang berlegar-legar di sekeliling kota menjadikan pergerakan mereka lebih mudah.


            Mulanya Abrar dan Hanan bergerak ke Melbourne City Museum. Bangunan lama yang dibina antara 1858 dan 1862. Di dalamnya mereka boleh menjenguk kembali sejarah Melbourne dari zaman John Batman, ke zaman melombong emas, hinggalah Melbourne menjadi bandar raya pada hari ini.


            Di Royal Exhibition Building atau Bangunan Pameran Diraja, mereka melihat sebuah bangunan yang memiliki landskap yang cantik walaupun bangunan tersbut sudah terbina lama dan teguh. 


Bosan dek melihat permandangan bangunan, Hanan mengheret Abrar ke Queen Victoria Market. Pasaraya terbuka yang besar di bandar Melbourne. Ia terletak di 513 Elizabeth Street. Para peniaga di pasar tersebut banyak menjual barang-barang cenderamata seperti fridge magnet, keychain, perhiasan rumah. Selain itu, pasar besar itu turut menjual pakaian, makanan, keju, daging, ayam, makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan lain-lain lagi.


“ Woman and shopping, memang tak dapat dipisahkan,” omel Abrar bila melihat keterujaan Hanan ketika menariknya singah dari satu gerai ke satu gerai.


Senyum. Hanan bolayankan saja usikan sang suami. Sebaliknya lengan Abrar dipaut. Aksi yang tampak manja dan memikat. “ Abang, semalam Hanan terbaca dekat brochure tentang Harbour town mall, nanti esok kita ke sana boleh? ”


“ Hrmm...menarik! So, Hanan dah ada perancangan nak habiskan duit abang esok,” canda Abrar membalas secara sarkastik. Berseloroh dengan Hanan yang memiliki seribu satu sifat yang mampu ditunjukkan dalam satu masa. Sekejap degil, sekejap manja, ada kalanya sangat manis dan menggoda.


“ Abang!” gerutu Hanan geram. Pegangan tangan di lengan suami dilepaskan. Mata menjeling, muka ditarik dan muncung ditunjukkan. Hanan benar-benar menunjukkan rajuk di hati. “ Kalau tak sudi, tak payah bawa Hanan melancong lagi. Hanan tak mahu dituduh habiskan duit abang.”   


“ Hanan Safura, tolong pandang abang sekarang dan tarik muncung awak semula sebelum abang tamatkannya dengan cara abang sendiri.” Arah Abrar sedikit tegas tetapi masih tersimpan kelembutan. 


Hanan mengemamkan mulut tetapi tidak mengalihkan posisi wajah. Masih menunjukkan protes.


Abrar senyum nipis. Pelik pula mengenangkan si isteri yang tiba-tiba melancarkan rajuk sedangkan intonasi yang digunakan sekadar bercanda. Sudahnya Abrar menarik dagu pujaan hatinya. 


“ It was a joke, sayang. Bila masa abang tuduh Hanan habiskan duit abang? Hanan isteri, memang tanggungjawab Hanan menghabiskan duit abang, kan? Kenapa sensitif sangat ni? ”


“ Kalau permintaan Hanan menyusahkan, Hanan nak balik Malaysia.”


Buntang mata si suami. Baru sampai semalam dah nak balik? “ Balik Malaysia? ”


Hanan diam memantungkan diri. Keliling bebola matanya sudah ditakungi air sebak. Entah mengapa dia rasa terhiris dengan kata-kata Abrar biarpun niat suaminya tidak begitu. It was a joke, Hanan Safura. Kenapa nak sedih sangat? Bisik hatinya.


            Abrar tidak senang hati mengenangkan bini yang seperti mahu menangis. Tanpa peduli sesiapa, Abrar tarik pinggang Hanan lalu dibawa dalam rangkulannya. Muka Hanan tersembam di dadanya.


            “ You’re changed, sweetheart. Selalu isteri abang mana nak merajuk kalau bergurau macam tadi. Mulut Hanan laju saja membidas usikan abang. Hari ini Hanan nampak lain.”


            Hanan mendongak. Melihat mata Abrar yang sedang merenungnya. “ Hanan pun pelik dengan hati ini. Hanan tahu abang bergurau tapi kata-kata abang tetap singgah ke hati dan buatkan hati Hanan terguris. Hanan rasa ngilu sangat.” Luahnya jujur.


            “ Sorry. I’m sorry, sayang. Lepas ni abang janji tak buat lawak bodoh tu lagi.” Ucap Abrar selepas mengesat birai mata isteri yang basah. Menjadi sebuah sejarah hari itu Hanan mengalirkan air mata gara-gara usikannya. Abrar hairan mengenangkan betapa rapuh jiwa Hanan yang dulunya kental. Usik sikit saja dah tayang muka geram dan marah. Tiba-tiba sekarang buat drama air mata pulak! 


            “ Abang, kita ke Harbour town mall esok, ya? ” Hanan tetap melontarkan keinginan yang satu itu.


            “Whereever you wish, sweetheart.”


Selepas keluar dari QVM, mereka singgah bersolat jamak zohor dan asar di Islamic Centre di Lonsdale Street dan makan di restoran Indonesia di Swanston Street, Melbourne. 


“ You look exhausted, sayang. Kita balik hotel, ya? ” usul Abrar bila Hanan kelihatan tidak banyak berkata-kata lagi. Muka isterinya juga kelihatan pucat sedikit. Serupa orang sedang menanggung sakit dalam diam.


“ Hrmm…” Hanan merapatkan tubuh kepada suaminya. Kepalanya diletakkan di bahu Abrar sebelum berkata, “ abang…hold me in your arms.” Pintanya lembut.


Abrar sebenarnya terkejut dengan permintaan itu tetapi dia tetap menunaikan permintaan sang isteri. Sungguh dia hairan apabila Hanan bereaksi jauh daripada sikap sebenar. Sebelum ini mana pernah isterinya mahu menunjukkan perbuatan berkasih sayang di khalayak ramai. Kali ini kelihatan lain dan asing di matanya. Tetapi jujur Abrar sukakan tingkah Hanan yang semakin manja dan selalu inginkan perhatian serta sentuhannya. Sungguh dia teruja menghadapi emosi Hanan yang turun naik.





********************************************






Hari ketiga Abrar membawa Hanan berjalan di Hosier Lane yang terkenal dengan lukisan graffiti yang unik dan cantik. Juga dikenali sebagai street art. Sebenarnya terdapat banyak lorong-lorong yang menampilkan lukisan graffiti tetapi di Hosier Lane yang paling indah.


            Sejam selepas itu, Abrar membawa isterinya mengelilingi pinggir bandar Melbourne dengan menaiki bot di Yarra River. Permandangan atas bot itu serasa mengimbau semula kenangan mereka di Teluk Senangin, Perak. Memori saat berdua baru berkahwin. Ketika kedua-duanya masih tercari-cari istilah cinta yang wujud antara mereka.


            “ Cantik.” Ucap Hanan dalam posisi Abrar memeluknya dari belakang.


            “ Hrmm, lebih-lebih lagi Hanan bersama abang.” Luah Abrar di telinga isterinya.   


“ Walaupun permandangan dekat sini cantik tapi Hanan lebih sukakan dekat Malaysia. Untuk pertama kalinya duduk di tengah laut, sambil tengok langit di waktu senja bersama abang, terasa dunia ini hanya tinggal abang dan Hanan saja. Tak sangka abang selalu fikirkan yang terbaik untuk hubungan kita selama ini.”


“ Of course I’m. Nak memiliki wanita ini mestilah usahanya seperti mendaki Gunung Everest. Full with confident and patient, baru boleh tawan gunung tertinggi di dunia tu.” Seloroh Abrar. Hanan tergelak.


“ Abang…”


“ Hrmm…”


“ Lepas ni kita ke Harbour town mall, boleh? ”


“ Whereever you wish, sayang.”


“ Abang, kalau lepas itu… kita ke Royal Arcade pula, boleh tak? ”


“ Whereever you wish, abang sanggup tunaikan. Jangan mintak ke bulan atau bintang sudahlah, jenuh pulak abang nak tempah tiket roket dengan NASA. Mahu tergadai restoran kita tu.”


Hanan tergelak kuat kali ini. Geli hatinya mengenangkan jika benar perkara tersebut berlaku. Namun, dia tidaklah terfikir sehingga ke tahap itu. Mahu gila gamaknya meminta suaminya melancong ke luar angkasa sana. Memang tak mungkin terjadi biarpun seumur hidupnya menanti.



*****************************************






 

 Bila sampai di Harbour town mall, Hanan tidak membeli apa-apa pun. Sekadar melihat suasana sekeliling sudah cukup memuaskan hatinya. Memandang kerenah orang-orang di sekitarnya membuatkan Hanan terleka sendiri.


            “ Betul Hanan tak nak beli apa-apa? ” soal Abrar sedikit kehairanan. Hanan geleng.


            “ Koleksi kasut tak nak tambah? Perfume? ” tanya si suami lagi.


            “ Abang perli Hanan? ” duga si isteri.


            “ Taklah, sayang…itu bertanya, bukan perli. Abang cuma rasa pelik. Hanan nak sangat ke sini tapi satu pun sayang tak beli. Takkan sebab gurauan abang semalam buat Hanan tak mahu beli apa-apa. Marah dengan abang lagi? ”


            Hanan segera menggeleng. “ Hanan tak nak kasut sebab dekat Malaysia boleh dapatkan dengan harga lebih murah. Perfume? Lately Hanan rasa abang was the best perfume yang Hanan ada. Your smell like heaven. Hanan suka.” 


            Abrar tercengang. Besar matanya yang kuyu mendengar bicara sang isteri. Biar betul bini aku ni? Sejak jejak kaki ke sini, mood berubah seratus lapan puluh darjah. Semalam siap menangis, hari ini pula keluarkan kenyataan pelik. She’s totally different now! Sangkal benak Abrar.


            “ Abang, jom kita ke Royal Arcade,” Hanan menegur suami yang terleka.


            “ Hrmm, as you wish.” Abrar bersetuju saja dan menolak tepi pemikiran yang aneh mengenai Hanan tercinta.


Mudah saja mereka ke Royal Arcade dengan menaiki tram city circle, bangunan yang terletak di Bourke Street. Binaannya klasik dan indah dengan dihiasi ukiran yang unik dan menarik mata untuk menelek dengan lebih lama. Terdapat lampu-lampu hiasan yang cantik pada bumbungnya.



Mereka bergerak dari satu kedai ke satu kedai. Kebanyakan kedai dalam arked tersebut menjual pakaian yang berfesyen. Banyak pilihan yang dipamerkan setiap fashion shop. Ada juga menjual coklat, macaroon dan lain-lain pilihan makanan. Café serta restoran juga dibuka berdekatan. 


Seperti tadi juga, Hanan banyak melihat. Window shopping saja tanpa membeli apa-apa. Dia terasa malas dan tiada satu pun yang mampu memikat matanya. Sudahnya mereka hanya berjalan sampai jemu dan bila penat mulalah mencari tempat duduk.


“ Abang, Hanan dahaga.” Katanya dengan wajah yang saparuh kelelahan. Penat.

“ Tunggu sekejap, jangan ke mana-mana. Abang pergi cari minuman.” Abrar bingkas bangun. 


“ Cepat sikit tau.” Pesannya sebelum si suami menghilang.


Hanan menunggu kelibat Abrar muncul. Hampir sepuluh minit berlalu tetapi bayang-bayang suaminya langsung tidak kelihatan. Hanan setengah marah dan sedih kerana rasa dahaganya amat mencucuk hingga ke anak tekak. Dia menduga Abrar mungkin terlupa pesanan akhirnya. 


Setengah jam berlalu, keadaannya tetap sama. Macam mana kalau tiba-tiba terjadi sesuatu dengan suaminya? Sebab itukah abang tak muncul dari tadi? Otaknya membuat spekulasi lain.


Hanan segera bangkit dengan perasaan separuh risau. Langkahnya laju berjalan-jalan di sekeliling arked untuk mencari suaminya. Hanan cuba menjenguk di café serta restoran yang berdekatan. 


Demi melihat kelibat belakang suaminya, Hanan melepaskan nafas lega. Abrar kelihatan elok seperti tadi malah sedang berkata-kata dengan seorang wanita muda yang berambut perang. Seorang wanita Ausie barangkali.


Hanan tersentak saat dia membuka langkah untuk mendekati. Mati gerak kakinya dengan sendiri. Matanya terjegil. Perasaannya terhiris hingga ke kalbu. Terguris. 


Kucupan gadis itu ke pipi Abrar, memedihkan jiwa dan nurani Hanan. Hatta matanya juga sudah merembeskan air mata lantaran hati yang pedih. Sampai hati abang...hatinya merintih sayu.


Abrar berpaling bila Cathrine dan ibunya bergerak keluar dari restoran. Saat itu juga Abrar ternampak kelibat isterinya yang sedang terpaku di luar pintu restoran. 


Hanan tidak mampu membaca sinar mata suaminya. Perasaannya benar-benar terluka biar apa-apa pun alasan Abrar. Yang pasti dia mampu melihat betapa cemasnya Abrar melihat dia di situ, menyaksikan segalanya. Hanan nekad melangkah pergi.


“ Hanan,” Abrar memanggil Hanan dalam sesak orang ramai. “ Hanan, tunggu abang. Let me explain first.” Tingkahnya cuba menghalang pemergian sang isteri yang terlaku dek terlihat permandangan tadi.


Bila tidak mendapat sebarang respon, Abrar bertindak menyelit dalam kumpulan-kumpulan orang ramai. Bila tubuh Hanan hanya di depannya, Abrar menarik lengan isterinya. Menghentikan langkah panjang si isteri.


“ Jangan cakap apa-apa dengan Hanan. Hanan tak nak dengar apa-apa.”


“ Sayang, abang boleh explain. Apa yang Hanan nampak tak seperti…”


“ Hanan nak balik! ” pintas Hanan. Dia tidak bersedia mendengar sebarang penjelasan saat ini. Jiwanya tidak keruan menghadapi sebarang kemungkinan.


“ Okay, kita balik. Abang terangkan dekat hotel nanti,” Abrar cuba mengalah.


“ Hanan nak balik Malaysia. Kali ini Hanan betul-betul nak balik Malaysia. Hanan tak nak tengok muka abang lagi. Abang curang dengan Hanan! Abang bagi dia cium abang. Hanan benci abang! ” tuduhnya melulu dan marah.


‘ Astaghfirullah…’ Abrar tarik nafas. “ Hanan, balik Malaysia takkan selesaikan masalah. Hanan kena hadapi juga situasi kita sekarang. Apa yang Hanan fikirkan sebenarnya tak betul. Jangan judge sesuatu dengan sekali melihat tanpa bertanya. Abang berada di pihak yang benar, sayang.”


“ Hanan tak bersedia dengar apa-apa sekarang. Hanan nak balik.”


“ Fine, kita balik hotel dan abang terangkan apa yang terjadi sebenarnya. Selepas itu, up to you…nak percayakan abang atau tak. Abang serahkan keputusan pada Hanan sama ada nak balik Malaysia seorang diri atau balik sekali dengan abang.” Tegas suaminya. Hanan telan liur.


“ As you wish, jom kita balik.” Abrar cuba bersabar bila Hanan enggan mendengar penjelasannya.


“ Jangan sentuh, Hanan boleh jalan sendiri. Hanan tak nak dekat dengan abang.” Tukasnya lalu menarik lengan yang cuba disentuh oleh Abrar. 
 

Abrar ketap gigi mengawal rasa. “ As you wish, Hanan. Abang takkan sentuh Hanan.”


Hanan rasa ingin menjerit. Geram mendengar ayat ‘as you wish’ yang Abrar lontarkan. Jauh di sudut hati, ayat tersebut sebenarnya mengandungi isyarat marah daripada si suami. Abrar menyindirnya secara halus. Kalau sebelum ini, Abrar sanggup menunaikan permintaannya dengan dada yang lapang, kini suaminya menunaikan permintaannya dengan hati yang tidak senang mahupun ikhlas.






************************************************






Abrar bersolat jamak taqdim Maghrib dan Isyak. Puas dia menunggu Hanan untuk solat berjemaah tetapi Hanan masih berkubang dalam bilik air. Sudahnya Abrar solat dahulu.


            Seusai Abrar solat, baru Hanan keluar daripada bilik air. Mukanya sembap. Matanya pula merah. Dia sengaja keluar lambat supaya Abrar tidak menyuruh solat sekali. Dia tahu di penghujung solat, selepas berdoa tentu Abrar akan menggunakan taktik yang sama dalam memujuk rawan di hatinya. Hanan tahu dia selalu tewas bila Abrar memujuknya dalam dakapan, lagi-lagi saat selepas bersembahyang, hati selalu menjadi lembut. Mudah saja dia terlentok di bahu Abrar.   


            Melihat saja muka dan mata isteri yang pilu dan comot sebab kesedihan, Abrar tangguhkan niat menerangkan hal sebenar. Dia ada cara lain untuk memujuk si isteri jika Hanan berterusan berdegil.


            Abrar menukar pakaian solat kepada pakaian kasual. Tidak dipedulikan Hanan yang sedang memakai telekung.


Dalam tidak endahkan si suami, Hanan ingin tahu ke mana tujuan suaminya berpakaian sedemikian. Hanan teragak-agak mahu bertanya. Dia mengharapkan Abrar yang memberitahu atau mengajaknya bersama.


Sudahnya Abrar meluru keluar tanpa memaklumkan. Sekali lagi Hanan yang bertelekung terhinjut-hinjut menangis tersedu-sedan. Dalam kepalanya asyik terfikir bahawa Abrar mungkin berjumpa dengan gadis siang tadi. Abrar tidak lagi peduli akan perasaannya. Cinta Abrar sudah luput bila berjumpa gadis muda dan cantik itu.


  Setengah jam merintih di sejadah, Hanan bangkit menunaikan solat. Dia menenangkan diri sebelum mengangkat takbiratul Ihram. Selesai mengerjakan solat jamak ta’khir Maghrib dan Isyak, Hanan keluarkan bagasinya dari dalam almari besar.


Zip bagasi dibuka lalu ternganga bagasi atas katil. Beberapa pakaiannya dari dalam almari dimasukkan dalam bagasi tersebut. Keluhan penat terbit antara bibirnya. Hanan tarik nafas panjang sebelum menghembusnya. Tenaganya telah habis. Dia perlu tidur saat ini. Esok sajalah dia berkemas dan terus ambil tiket pulang tanpa suami memandangkan Abrar tidak bercadang menerangkan situasi yang sebenar. Barangkali apa yang dilihat maka itulah konklusinya.


Mengenangkan rumusan yang dibuat sendiri oleh otaknya, air mata laju saja turun membasahi lekuk pipi. Hanan mencapai jaket lalu disarung ke tubuh. Pakaian malamnya sudah tidak sesuai ditayangkan depan suami. Abrar bukan mahu pandang pun. Hanan pula terpaksa pakai sebab pakaian malamnya memang semuanya stok itu, pilihan si suami.





***********************************************






Abrar tercengang tatkala melangkah masuk kedalam bilik. Suasana suram dan kelam melatari kamar itu. Hanya lampu tidur di bahagian kepala katil yang menyala. Menyimbahkan cahaya oren. 


            Setelah meletakkan bungkusan makanan atas meja kopi, Abrar mendekati katil. Kali ini Abrar bertambah terkedu melihat bagasi Hanan yang sudah berisi pakaian. Isterinya nekad sungguh. Belum pun mendengar penjelasan daripadanya, Hanan sudah berkemas begini. Apatah lagi mahu mendengar kata-katanya, tentu isterinya akan berterusan berdegil.


            Patah seleranya nak makan malam berdua. Abrar kemudian menukar pakaian kasual ke baju dan seluar tidur. Bagasi Hanan diletakkan di bawah sebelah katil. Dia kemudian naik ke katil, masuk dalam selimut tebal yang sama dengan Hanan.


            Kepalanya mengisi bantal yang sama dengan Hanan. Hidungnya menghidu bau rambut isterinya sebelum bibirnya pula mencium kepala itu. “ I love you, I love you, I love you.” Bisiknya perlahan. Tangan sasanya merangkul Hanan yang baring membelakanginya.


            “ Abang tak pernah terfikir nak curang atau menduakan kasih sayang kita, Hanan. How could you think I would hurt you, sayang? Abang selalu berdoa supaya Allah tetapkan hati Hanan untuk abang dan hanya abang pilihan Hanan. Macam mana Hanan boleh terfikir abang akan curang sedang hati abang hanya menuntut cinta seorang Hanan. I just wanted you in this whole life.”


            Abrar mengerat rangkulan bila mana dia terdengar esak halus yang lahir di bibir isterinya. “ Biarpun kematian akan memisahkan kita, cukuplah cinta Hanan seorang yang abang pegang selain cinta Allah dan rasul.”


            Kali ini esakan Hanan mula kedengaran. Dia tidak mampu menahan rasa sebak yang mencengkam. Pengakuan Abrar sangat jujur dan tulus. Masakan dia sanggup menolak dan membidas bicara yang terkandung seribu satu keikhlasan terhdapnya.


            “ Perkara yang berlaku siang tadi semuanya salah faham, Hanan. Abang tak bersalah. Abang cuma hulurkan bantuan di saat ada yang memerlukan.  Sewaktu abang tunggu pesanan air, abang ternampak seorang wanita yang tersandar lemah di kerusi. Abang terpanggil untuk menolong Mary dan anaknya, Cathrine. Mary tak sihat disebabkan kekurangan gula dalam darah. Hipoglisemia. Mukanya pucat, berpeluh dan tangannya menggigil. Abang tolong sekadar yang mampu. Bagi dia gula-gula dan tunggu sampai dia pulih seperti sedia kala. Selepas beberapa minit baru Mary nampak okey semula. Bila kami berpisah, Cathrine ucapkan terima kasih and she give me a farewell kiss dekat pipi. Abang tak jangka langsung, nak tepis pun tak sempat. It happened suddenly. Paling abang kesalkan bila Hanan ternampak di penghujungnya. Kebaikan yang abang cuba buat tapi sebenarnya mengundang masalah. Kalau Hanan rasa abang bersalah, terserah atas pandangan Hanan. Abang dah terangkan semuanya. Tak ada rahsia lagi.”


            Hanan bungkam. Dia masih tersedu-sedan biarpun tangisannya semakin reda. Hanan sedar segalanya telah jelas. Namun dia kekeluan untuk membuka mulut. Tidak pasti ucapan yang wajar dilontarkan saat ini. Hanan hanya berharap Abrar melakukan sesuatu supaya dia mampu berkata-kata.


            Abrar pusingkan tubuh isterinya agar menghadapnya. Dia menyeka kesan air mata yang tumpah. “ Do you love me now? ” soalnya inginkan kepastian.


         Hanan angguk walaupun lambat memberikan respon. “ Kenapa abang guna perkataan ‘now’? Bunyinya macam cinta Hanan ada butang on and off.”


            “ Sebab Hanan kata Hanan bencikan abang. Selepas abang terangkan semuanya, tentulah abang perlu bertanya semula sama ada cinta Hanan masih wujud untuk abang.”


            Hanan terdiam lalu mendesah lembut. “ Hanan minta maaf tuduh abang…curang. I’m a stupid woman. Bertindak ikut perasaan.” Kutuknya atas diri sendiri. Menyesal. “ Tapi Hanan tak suka bila perempuan lain sentuh abang.” Tambahnya lagi.


            “ It won’t happened again. I promise to you and my wife is not stupid.”


            “ Abang jangan guna lagi perkataan ‘now’, Hanan tak suka. Walaupun kita berkrisis, Hanan tak pernah berhenti cintakan abang. Cinta Hanan kekal mengalir pada Abrar Zikry, macam air terjun. Bukan sesuatu yang boleh dihentikan dan disambung semula bila-bila masa.”


            “ Hrmm, I won’t. Then I’m sorry too,” gumam suaminya.


            “ Untuk apa? ” 


            “ Sepatutnya abang tunaikan permintaan Hanan supaya tak sentuh, tak dekat dengan Hanan, but I just can’t help myself. Hanan isteri abang. How can I do not touch you? I’m supposed to touch you, sweetheart.”


            “ Hanan pula risau kalau abang memang tak mahu sentuh Hanan lagi.” Luah Hanan pula. Memang sedari tadi dia risau jika Abrar nyata enggan menyentuhnya lagi gara-gara permintaannya.


            “ You’re irresistible woman. Impossible to me to ignore a wonderful wife like you, sweetheart.”


            “ Nope, you’re a wonderful husband. Hanan cuma seorang isteri yang biasa tapi abang menjadikan Hanan luar biasa sejak kita bersama.”


            Hanan merasakan pelukan Abrar makin erat. “ Abang ke mana tadi? ”


            “ Hanan nak makan? ” Abrar mengajukan persoalan lain.


“ Abang ada beli makanan ke? ”


         “ Tadi abang keluar belikan makanan untuk kita.” Abrar menggosok lembut ubun-ubun Hanan. 


“ Abang tak makan lagi? ”


“ Putus selera bila isteri merajuk.” Ringkas balasan si suami.


Hanan kemam mulut. Sedar salah dirinya punca Abrar menahan lapar. “ Hanan lapar, abang temankan Hanan makan, boleh? ”


“ As you wish. Abang suapkan nak? ”


“ Kalau abang sudi, dua mulut Hanan tadahkan untuk abang suap.”


“ Dua mulut? Siapa lagi? ”Abrar termangu-mangu.


Hanan senyum sebelum mengusik. “ Mulut abang sendirilah, siapa lagi.”


“ Nakalnya,” Abrar picit hidung Hanan. 


“ Abang janganlah picit hidung, nanti hidung Hanan penyek, lepas tu hidung anak kita pun ikut sama penyek.”


“Anak? Hrmm, kenapa tiba-tiba cakap pasal anak. Bukannya Hanan tengah mengandung sekarang. Lagipun kalau ditakdirkan hidung sayang penyek, hidung abang yang mancung ini ada.”


“ Tak mahu hidung abang ada dekat anak kita, hidung abang macam pinocchio.” Seloroh Hanan bersahaja. Sengaja menggiat suaminya.


“ What?? Pinocchio. Lebih baik Hanan ulang lagi sekali, abang tak dengar dengan jelas.”


“ Hanan rasa abang dengar dengan jelas tadi.”


“ How dare you, sayang? Berani menghina ciptaan Allah. Sebagai hukuman di dunia, I’m going to bite your nose. Jeritlah kuat-kuat sebab abang takkan lepaskan Hanan.”


Sebelum sempat Hanan menjerit, Abrar sudah memegang kepala Hanan supaya tetap satu posisi. Hidung mereka bertemu dan mata bertentangan.


“Abang, please jangan gigit hidung Hanan. Hidung abang sebenarnya tak macam tu. Hanan buat lawak aje. I love your nose, your sensual lips, your eyes, your ears dan semua abang punya Hanan suka because I love you.” Rayu sang isteri manja dan takut-takut jika sang suami nekad.


“ Hrmm, I love it. You look pretty when you begging me, sweetheart. Okay, abang tak gigit tapi nak buat macam ni.” Abrar menggesel lembut puncak hidung mereka. Mengusik ketenangan si isteri yang sering tewas dengan pertembungan yang berlaku.


Hanan pejamkan mata. Mengawal diri daripada tertawa kegelian. Sekejap kemudian Hanan sudah terasa hidungnya tidak diusik lagi. Pegangan Abrar juga tidak terasa di pinggang dan belakang tengkuknya. Hanan buka kelopak mata.


Abrar buka lampu besar kamar. Seluruh bilik terang-benderang. Abrar mengambil bungkusan makanan lalu bergerak ke pantry. Hanan berura-ura bangun dari katil untuk membantu.


“ Tak payah turun katil, sayang. Tunggu abang datang dengan sepinggan nasi biryani.” Kata Abrar menghalang niat isterinya. “ By the way, kenapa pakai jaket tengah malam? Hanan sejuk? ”


“ Tak. Cuma Hanan rasa tak proper pakai seksi bila sedang berkrisis, abang mesti tak mahu pandang.”


“ Then take off your jacket now. Abang nak pandang isteri abang yang selalu mengancam jiwa.”


Dengan malu-malu Hanan menurut. Abrar senyum penuh makna. Nakal macam selalu.




**************************************






Selepas makan malam berdua dan saling suap-menyuap, pasangan itu berehat di atas kerusi panjang di balkoni. Merenung langit malam di bumi asing itu. Abrar menyandarkan tubuh ke kerusi manakala Hanan bersandar di dadanya. Isterinya meletakkan kepala di antara bahu dan lehernya. Abrar mendakap penuh tubuh yang terdedah itu. Menyesal pula menyuruh Hanan menanggalkan jaket sebentar tadi.


“ Jom masuk dalam, kat luar ni sejuk.”


“ Tak mahu. Hanan suka kita habiskan masa macam ni. Lagipun kita baru duduk tak sampai lima minit.”


“ Oraite tapi abang nak pergi ambil jacket Hanan sekejap. Risau sayang jatuh sakit nanti.”


Hanan biarkan saja Abrar masuk dalam bilik. Tak lama selepas itu, suaminya kembali muncul dengan selimut dan jacket miliknya. Hanan memakai jacket sambil dibantu oleh suaminya, sementara selimut dihamparkan dari paras pinggang hingga ke kaki setelah mereka kembali ke posisi di awal tadi.


“ Do you feel warm, sweetheart? ” soal Abrar apabila memastikan tiada anggota tubuh sang isteri yang terdedah dengan angin malam yang tidak menentu.


“ Hrmm, feeling much better.”


“ Hanan betul-betul nak pergi esok? ” tanya Abrar tiba-tiba. Rambut ikal Hanan disentuhnya.


“ Pergi mana? ” Hanan terkulat-kulat demi memahami pertanyaan tersebut.


“ Bagasi sebelah katil tu bukan Hanan punya? Siap dah ada baju lagi dalam tu,” tukas Abrar bersahaja. Tenang.


Hanan bungkam. Diam seketika. “ Hanan terlampau ikutkan perasaan sedih. Hanan tak boleh terima bila ada wanita lain sentuh abang.”


“ Jangan tinggalkan abang, sayang. Walau apa-apa pun masalah kita hadapi, jangan fikir nak larikan diri. We’ve to face it together, sweetheart. Barulah krisis rumah tangga dapat ditangani dengan mudah.”


 Hanan angguk. Akur dengan salah sendiri yang gopoh dalam membuat keputusan. Sedangkan perkahwinan dipandu oleh dua orang manusia, mana boleh dia tinggalkan suaminya seorang tanpa mengharunginya bersama.


“ Abang…”


“ Hrmm…”


“ Abang, Hanan selalu fikir bila amnesia abang dah sembuh, abang tentu akan sambung semula profesion abang sebagai doktor. Hanan tahu Hanan bersifat tak matang dan unprofessional, tapi setiap kali berfikir abang akan bertemu dengan pelbagai pesakit wanita, berikan sentuhan pada mereka, Hanan rasa sedih sangat. Kadang-kadang Hanan harapkan abang tak ingat semula. I’m sorry terfikir macam tu. Sejujurnya Hanan dah cukup bahagia dengan apa yang kita ada sekarang. Hanan tak mahu ingatan abang kembali kalau dugaan lebih hebat yang akan menanti kita. Abang rasa Hanan teruk tak bila berfikir macam tu? ”


Abrar membisu. Dia sedikit tercengang dan terkejut mendengar luahan isterinya. Ketakutan Hanan mampu dirasainya jua.


“ Abang marahkan Hanan? ”


“ Tak sayang, abang tak mampu nak marah Hanan. Abang sebenarnya terkejut juga bila Hanan cakap macam tu. Pada abang, pemikiran Hanan tak teruk, it just little bit possessive, jealousy and uncomfortable. You’ve your right to think like that.”


“ Hrmm, Hanan memang tak selesa, cemburu dan kedekut untuk berkongsi abang dengan sesiapa.” Akuinya jujur.


“ Tapi sayang, sentuhan abang pada patient tentu berbeza dengan sentuhan abang pada Hanan. Abang cuma merawat bukannya ada niat yang sama bila bersama Hanan. Isteri dan pesakit jauh berbeza. Hanan, wanita yang halal bagi abang, manakala pesakit abang tak mungkin sampai menduduki takhta yang Hanan pegang dalam hati abang. Lagipun bila menjadi doktor, komitmen mendahului segalanya. Abang sentuh atas niat merawat, bukan wujud keinginan lain.” Sedikit tegas Abrar berkata. Cuba memberikan penjelasan dari sudut pandangannya.


“ Macam mana kalau Hanan pula yang berada dekat tempat abang. Hanan jadi doktor dan Hanan sentuh lelaki lain.”


“ Itu tak mungkin terjadi, Hanan seorang cikgu.”


“ Okay, let say kalau Hanan pergi rombongan sekolah untuk camping, tiba-tiba Hanan lemas dalam sungai, kebetulan hanya ada cikgu lelaki yang ada dekat situ. Apa perasaan abang kalau cikgu lelaki itu bagi CPR dekat Hanan.” 


Selepas melontarkan persoalan, Hanan tiba-tiba terpanggil untuk mengimbau semula kisah sedih yang lalu. Kisah di mana Abrar tidak sengaja membuatkan dia lemas. Namun, Hanan lekas menghapuskan memori tersebut. Tidak mahu terganggu dek ingatan lalu yang suaminya sendiri tidak mampu ingati.


“ Hrmm, kes darurat tapi abang tak fikir perkara itu akan terjadi.”


“ Kenapa pula? Kita tak tahu percaturan takdir.”


“ Abang takkan benarkan Hanan join mana-mana aktiviti camping. Bila balik Malaysia nanti,suka atau tak, abang akan masukkan sayang dalam kelas renang.”


“ See? Abang pun rasa apa yang Hanan rasa? Possessive, jealousy and uncomfortable.”


“ Itu lain, sayang.”


“ Situasinya sama abang.”


“ I love you. Tak mungkin abang benarkan lelaki lain sentuh Hanan. Sedangkan bila kita jalan berdua, ada lelaki yang pandang Hanan, dah mampu buat dada abang sakit.”


“ Hanan pun sama. Hrmm, apa kata abang jadi doktor pakar sakit tuan? ”


“ Hanan tak rasa perbincangan kita terlalu serius? Abang tak sembuh lagi daripada penyakit amnesia. Biarkan saja dulu. Abang percaya, masa akan mematangkan Hanan. Insya-Allah suatu hari nanti Hanan mampu terima pekerjaan yang abang ceburi. ”


Hanan diam, tidak membalas. Hanya membiarkan suaminya mengucup dahi dan pipinya. Abrar memang bijak melarikan topik yang dibincangkan dengan sentuhan yang dilakukan. 


 Yang wajib Hanan tanamkan dalam kepala, antara Hanan dan abang ada cinta. Kita bersama kerana rasa cinta. Setiap sentuhan abang pada Hanan adalah kehendak yang lahir daripada jiwa. Tentu berbeza dengan wanita yang bakal abang rawat. Kalau terpaksa abang sentuh, abang akan sentuh tapi perasaannya tak seperti bersama Hanan.”



“ Hrmm, Hanan faham maksud, abang. Hanan akan cuba bersikap lebih realistic dan matang.” Kali ini Hanan menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Abrar sebelum meletakkan kepala di bahu sang suami.





*************************************************







“ Abang, janganlah kacau.” Hanan merengek lembut dalam tidurnya. Belaian di pipinya ditepis. Dia tahu tangan kasar suaminya yang sibuk menganggu lenanya.


            “ Hanan, bangun sekarang sebelum abang betul-betul marah dengan Hanan.” Tegas Abrar.


            Hanan terpisat-pisat membuka kelopak mata. Terkebil-kebil matanya memandang muka suaminya yang sedikit tegang. Siap berkerut kening hitam Abrar. “ Abang, kenapa ni? Tiba-tiba nak marah Hanan? ”


            “ Abang tengah geram dengan Hanan.” Luah Abrar dalam kedudukan mengepung badan Hanan dalam kedua-dua tangannya. Mata kuyunya tidak lari dari menujah mata isterinya.

            “ Geram? Hanan ada buat salah apa? ” 


            “ Apa ini? ” Abrar tunjuk depan mata Hanan alat penguji kehamilan.


            Hanan telan liur. Terkedu tanpa suara. 


“ Apa maksudnya ini? Tolong jawab pertanyaan abang,” ulang Abrar dengan deras.


“ Positive, Hanan mengandung.” Jawabnya perlahan. Giliran Abrar pula terkedu. 


“ Hanan tak ada niat nak sorokkan daripada abang, cuma masanya belum tiba lagi.” 


Hanan tidak bertanya bagaimana suaminya mendapat benda alah itu kerana ianya tersorok di tepi bagasinya. Abrar mungkin menjumpainya sewaktu mengemas bagasinya pagi itu. Maklumlah malam tadi sudah merancang mahu balik ke Malaysia, tinggalkan suami. Alih-alih sepanjang malam Hanan tewas dalam belaian suaminya.


“ Bila Hanan dapat tahu? ” soal Abrar tanpa sebarang riak. Gembira pun tidak.


“ Minggu lepas.” Gaya Hanan menjawab seperti pesalah di tahanan.


“ Kenapa tak cakap sebelum kita ke sini? ”


“ Sebab itu Hanan tak nak cakap. Hanan tahu abang tentu batalkan percutian kita ini. You’re so overprotective husband.” 


“ Hanan tak patut sorokkan daripada abang.” Kesal nada Abrar berkata.


Hanan teguk liur lagi. “ Abang tak gembira nak jadi ayah? Hanan ingatkan abang seronok bila dapat tahu Hanan mengandung.” Suaranya sedikit berjauh hati.


Abrar melepaskan keluhan kecil. “ Abang bahagia, sayang. Lelaki mana yang tak gembira bila dapat tahu dia berjaya menghasilkan sebuah keturunan. I’m damn happy with you, sweetheart.”


“ Kalau gembira kenapa tayang muka ketat? Tegang macam nak telan Hanan.”


“ Abang tak puas hati bila Hanan sorokkan berita ini daripada abang. Sekurang-kurangnya abang boleh tengok dan jaga tingkah laku sayang. Hanan tanggungjawab abang. Anak kita perlukan perhatian abang. Soal keselamatan Hanan jadi berganda bila mengandung. Tanggungjawab abang semakin berat dan hebat. Hanan jangan pandang remeh tentang hal macam ni.” 


Hanan gigit bibir. Terharu. “ Hanan tahu Hanan bersalah. Hanan ingatkan nak beritahu sewaktu hari terakhir kita dekat sini. Hanan nak bagi kejutan dekat abang sebelum kita balik Malaysia. Betul cakap abang, Hanan tak patut ambil mudah dengan tanggungjawab abang terhadap Hanan dan anak kita. Please forgive me.”


            “ Abang maafkan Hanan.” Abrar tunduk lalu mengucup lembut bahu isterinya. “ Abang gembira sangat sayang. Terima kasih untuk semua kebahagiaan yang Hanan bawa dalam hidup abang. Tanpa Hanan, abang masih lagi lelaki yang tercari-cari identiti diri. Lelaki yang terasing daripada dunia realiti. Jangan pernah pergi jauh dari kehidupan abang, sayang.”


            “ Abang, tak mahulah cakap macam tu.” Hanan menyentuh pipi suaminya. Mengelus lembut wajah berkumis nipis itu. “ Abang bukan lagi lelaki yang terasing sebab abang ada Hanan, ada ibu, abah, ayah, mak dan adik-adik. Semuanya mengenali diri abang. Tak lama lagi kita akan ada baby, zuriat yang abang nantikan daripada Hanan. Walaupun tanpa ingatan abang masih Abrar yang ada identiti, masih seorang lelaki yang memiliki seorang isteri yang bernama Hanan Safura. Tak puas hati lagi dengan kehidupan yang abang miliki sekarang? ”



            “ Abang puas, sayang. Alhamdulillah, dalam kekurangan yang abang miliki masih ada yang sudi untuk berkongsi cinta dan kasih bersama abang. Percaturan Allah terlalu hebat untuk jodoh kita berdua.”



            Hanan sekadar mengerdipkan mata. Tingkahnya sungguh comel. Abrar mengucup lembut sepasang mata itu. Mata yang sering menawan jiwanya. Menyejukkan hati yang melihat.


            “ Jom bangun, kita solat subuh berjemaah. Abnag nak bacakan surah Yusof supaya anak kita jadi handsome macam abang dan surah Luqman supaya anak kita tak terlalu degil macam ibunya.”


            “ Abang ni saja nak buat Hanan sentap di pagi hari. Jangan sampai Hanan merajuk, tak nak layan abang lagi sampai balik Malaysia.” Hanan tolak mulut ke depan. Muncung mulutnya sebab terkilan.        


            Abrar ambil kesempatan. Cupp!!


           Hanan kemam mulut. Suaminya memang cerdik mencuri peluang. “ Hanan tak gosok gigi lagi.”


            Abrar bingkas bangun lalu merentap selimut tebal. Hanan terkejut besar dengan aksi luar biasa suaminya. Ganas. Hanan lebih terkejut tatkala Abrar mencempung tubuhnya. 


            “ Hari ini kita ada aktiviti tambahan.”


            “ Kita nak ke mana hari ni? ” Hanan buat riak teruja. Tak sabar ingin mengetahui destinasi yang bakal mereka tuju hari itu. 


            “ Bathroom. Abang mandikan Hanan.”


            “ Hahh? Abang jangan nak macam-macam.”


     “ Hanan jangan salah faham. Sebenarnya abang nak mandikan baby tapi memandangkan baby masih dalam perut so secara teknikalnya abang perlu mandikan Hanan. No objection.” Abrar menolak pintu bilik air dengan kaki. 



            “ Abang..!! ” Suara jeritan Hanan terus terpadam bila suaminya menutup pintu bilik air. Yang kedengaran hanyalah curahan air dari kepala shower. Hanan jelas tertewas dengan suaminya.













                                                                
   SeKiAn,WaSsAlAM (^_^)




P/s: sebarang komen dan luahan hati amat digalakkan, moga dipanjangkan umur untuk meletakkan entry utk next story, ameenn (^_^)