Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Bab 40





Seperti yang dijanjikan petang itu mereka bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Sakinah mengusir air mata yang merembes keluar. Rafiq tersenyum kecil. Setiap kali berpisah, pasti hadir mutiara jernih di tubir mata isterinya. Sebak untuk meninggalkan keluarga. Rafiq menarik sehelai tisu dari dashboard kereta lalu dihulurkan pada isterinya.
            Sakinah mengemamkan bibir lalu mengambil tisu yang diberi. Dia malu pada suaminya. Mudah sungguh dia menitiskan air mata. Tetapi perasaannya yang sedia sensitif memang terusik bila berdepan dengan satu perpisahan. Baik berpisah dengan keluarga mahupun kawan-kawan. Terasa hilang sesuatu yang berharga dalam hidupnya. Terasa sukar menghindari perasaan itu.
“ Jangan sedih sangat. Esok-esok kalau ada masa kita balik lagi,” ujar Rafiq memujuk hati rawan Sakinah. Kemudian Rafiq membelok kereta keluar dari halaman rumah keluarga Sakinah.
Melihat anggukan isterinya, Rafiq menghembuskan nafas resah. Lega perasaannya. Isyh, apasal pulak aku yang terasa lega? Dia yang sedih bukannya aku. Tak boleh jadi ni! Kenapa tiba-tiba pulak aku kisah tentang perasaan dia? Gerutu perasaan dalaman Rafiq.
            Dua puluh minit berlalu, mereka masih berdiam diri. Shafiq juga telah terlena dalam dakapan Sakinah. Rafiq menumpukan seluruh tumpuannya pada permanduan. Sesekali dijeling isterinya yang kelihatan tenang.  
Jauh di lubuk hati, Rafiq teringin berbicara empat mata bersama isterinya. Mahu menyelami dengan lebih rapat diri Sakinah. Atas tujuan apa Rafiq tidak pasti. Yang pasti keinginan itu lahir dari hati. Tetapi Rafiq kurang pasti tajuk perbualan yang sesuai. Tambahan pula dia kekok untuk memulakan bicara. Canggung dengan situasi mereka yang menyepi dari tadi.
“ Er..abang..” Sakinah membuka mulut. Terdesak. Hatinya benar-benar teringin. Terasa rugi jika tidak mengambil peluang yang ada. Jika terlepas kemungkinan Sakinah akan menyesal kelak.
Rafiq tergamam. Tidak menyangka isterinya yang memulakan perbualan. Seolah-olah fikirannya mampu dibaca oleh Sakinah.
“ Abang,” seru Sakinah semula apabila tiada reaksi daripada suaminya.
“ Hrmm..”
“ Er, kalau tak menyusahkan, boleh tak kita berhenti di simpang depan tu.” Pinta Sakinah lembut.
Terentang jelas kerutan di dahi Rafiq. Musykil. “ Nak buat apa? ”
“ Er, terasa nak singgah sekejap kat pasar malam sebelah simpang masuk tu. Tapi kalau abang tak mahu berhenti, er..tak apalah.” Sakinah berkata perlahan. Tidak berani memandang suaminya.
            “ Kinah nak beli apa? ” soal Rafiq.
            “ Erm, sekejap aje lepas beli terus Kinah balik ke kereta,” jawabnya lain.
            “ Yalah, tapi apa yang Kinak nak beli? ”       
Sakinah tersenyum kecil. Malu. “ Kinah teringin nak makan sate.”
            “ Oo..nak makan sate..alah, kat KL pun ada banyak kedai sate. Sate Kajang paling popular. Kita beli kat KL aje mahu? ” saran Rafiq. Sakinah terdiam seketika.
“ Hrmm..okeylah,” balasnya pendek dengan nada hambar. Terpaksa menguburkan keinginan tekaknya.
Tanpa sedar, Rafiq mengulum senyuman. Menatap sekali imbas air muka isterinya yang suram. Sampai saja di simpang yang dimaksudkan Rafiq membelokkan kereta. Sakinah terkejut. Langsung tidak menjangka Rafiq masih mahu menunaikan hasratnya. Terkedu Sakinah tanpa bicara. Sehingga Rafiq memberhentikan kereta dan menarik brek barulah Sakinah menoleh pada suaminya.
“ A..abang, tak kisah? ” Sakinah menyoal serba salah.
“ Hati Kinah dah teringin sangat nak makan sate kampung, jadi kalau disogokkan dengan sate dari benua mana pun takkan tertanding dengan sate di sini. Betul tak? ” telah Rafiq lalu memandang Sakinah.
Sakinah tertunduk merenung Shafiq. Aduhai, faham benar Rafiq akan hal itu. Dan memang itulah kenyataannya! “ Er, kalau menyusahkan..”
“ Rasanya hujan nak turun, Kinah dan Shafiq tunggu sekejap dalam kereta. Abang pergi belikan.” Potong Rafiq sambil membuka pintu.
Sakinah terkelu. Kurang jelas dengan bahasa Rafiq yang mula berubah ganti. Abang?
            “ Kunci pintu tau,” pesannya sebelum pergi.
Sakinah mengangguk dalam kekeliruan. Suaminya kelihatan lain. Tampak berbeza cara percakapan dan bahasa yang digunakan. Lembut dan agak mesra menyapa pendengaran. Sakinah tidak ketentuan memikirkannya.
            Bermula dari subuh tadi sehingga membawa ke petang ini, Rafiq nampak tenang. Tidak marah-marah lagi dan memaki hamun seperti semalam. Walaupun Sakinah sangat hairan dan tertanya-tanya dengan perubahan Rafiq yang mendadak tetapi dia gembira. Bersyukur sangat apabila semuanya telah pulih.
Penerimaan Rafiq terhadap dirinya semula meyakinkan bahawa Rafiq telah melupakan kejadian kelmarin. Mungkin isi suratnya sedikit membantu dalam memujuk kemarahan suaminya.
Sekali lagi Sakinah merakamkan rasa kesyukuran pada Allah kerana telah mempermudahkan segalanya. Mujurlah sengketa antaranya dan Rafiq tidak berpanjangan dan rumit. Jika tidak pasti sulit situasi dan keadaannya.

7 comments:

  1. Hey buddy that was a gud post
    lot of quality stuff and essential information
    1995 Mazda 323 AC Compressor

    ReplyDelete
  2. dah habis baca ! nak baca bab 41 pulak :(

    ReplyDelete
  3. nak baca bab 41 !! :(

    ReplyDelete
  4. nak baca bab 41 kak FYA :)

    ReplyDelete
  5. nak baca bab 41 kak FYA :)

    ReplyDelete
  6. bila mo smbung bab 41 nih..huu

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^