Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Special Edition~ Bab 41

Hujan renyai turun setitik dua menimpa cermin hadapan kereta. Sakinah lantas tersedar kerana alpa melayan fikiran. Timbul rasa bersalah. Hujan mulai menitik membasahi bumi. Rafiq pula berada di luar tanpa membawa sebatang payung pun bersama. Gelisah duduk Sakinah di dalam kereta, risau hujan akan turun dengan lebat.
            Dekat hampir sepuluh minit Rafiq berada di luar sana sejak keluar kereta. Hujan yang menitis mula bertukar lebat. Sakinah tidak keruan. Pasti Rafiq teruk kehujanan gara-gara sate yang diidamkannya itu. Lemas otak Sakinah berfikiran begitu.
            Tuk..tuk..Sakinah memandang cermin lut sinar di sebelah tempat duduk pemandu. Pantas tangannya menarik kunci. Rafiq segera masuk ke dalam perut kereta.
“ Nah,” Rafiq menyerahkan seplastik sate yang dibungkus elok.
Sakinah mengambilnya lalu diletakkan di atas dashboard. Segera dia menarik sehelai dua tisu dari kotak tisu. Laju tangan Sakinah hinggap ke muka Rafiq. Terkial-kial sebelah tangannya membersihkan wajah suaminya yang basah. Sementara sebelah tangan lagi, erat merangkul Shafiq yang terlena.
Rafiq terkejut dalam tingkah Sakinah. Lembut jari-jemari isterinya mengusir titis-titis  air hujan yang mengenai hujung rambutnya. Perlahan-lahan mengalir suatu perasaan yang aneh. Menerpa ke seluruh organ dalaman dan menggundahkan ketenangan dirinya. Sentuhan Sakinah menggamit jiwanya menjadi tidak ketentuan. Pantas Rafiq mencapai tangan isterinya.
Mata mereka saling menyapa. Sakinah terkedu apabila pergelangan tangannya dipegang. Erat dalam genggaman. Sakinah terkesan sesuatu. Bibirnya dirapatkan. Hati Sakinah mula meresah kerana terlepas laku. Dia telah bertindak tanpa berfikir. Namun perlakuannya itu terdorong kerana rasa bersalah pada suaminya.
Tetapi nampaknya Rafiq tidak menyenanginya. Mungkin suaminya tidak selesa dengan sentuhannya biarpun dia berniat untuk menolong. Sakinah merapatkan bibir. Perasaan sesal menerpa. Malu bertindak di luar batasan kerana dia seorang wanita.
Tautan Sakinah dan Rafiq tidak terlepas. Malah anak mata mereka saling bertatapan. Merenung jauh ke dalam mata. Kedua-duanya nyata tertegun. Sakinah terkedu dalam panahan mata galak itu.
Nyata Rafiq juga sukar mengalihkan pandangan. Bagaikan ada sesuatu bisikan yang menariknya supaya terus beradu mata dengan Sakinah. Yang pasti mata isterinya yang terbentuk cantik bersama alis mata yang lentik, telah memakukan renungan Rafiq.
Rengekkan Shafiq mendesah. Sakinah dan Rafiq tersentak. Bagaikan tersedar dari mimpi panjang. Terlerai pautan tangan mereka. Rafiq memandang ke hadapan cermin  yang ditimpa hujan lebat.
Sakinah segera membuang pandangan pada Shafiq. Segera dia memujuk Shafiq. Menepuk lembut belakang badan si kecil agar lelap semula. Mungkin berasa terganggu dek postur tubuhnya yang tidak duduk menetap tadi. Menyebabkan Shafiq tidak selesa untuk tidur.
Walaupun begitu, Sakinah rasa lega dan lapang. Rengekkan Shafiq tepat pada masanya. Jika tidak, Sakinah tidak dapat menjangka perkara yang bakal dilaluinya jika terus ‘bermesra’ mata bersama Rafiq. Mujur Shafiq menyedarkan kealpaan yang menenggelamkan mereka beberapa saat yang lalu.
Rafiq mengerling anaknya yang mula meragam walaupun telah dipujuk isterinya. Diusap-usap lembut kepala anaknya. Sakinah berusaha menghilangkan ragam Shafiq.
“ Syuhh, jangan menangis..” pujuk Rafiq perlahan. Kemudian dicium ubun-ubun Shafiq. Sakinah hanya memandang perlakuan suaminya.
“ Abang tak mahu tukar baju? Baju yang abang pakai tu nampak basah benar,” soal Sakinah sambil menepuk punggung Shafiq. Membuatkan ragam Shafiq beransur baik.
“ Nantilah, kita berhenti di R&R.” Rafiq menghidupkan enjin.
“ Tak eloklah, abang. Nanti boleh kena demam, menyusahkan diri aje kalau tiba-tiba jatuh sakit.” Sakinah meluahkan pendapatnya. Menyanggah niat suaminya.
Rafiq menuntaskan pandangan pada Sakinah. “ Kalau abang sakit Kinah tak mahu jagakan? ” soalnya ingin menduga.
Sakinah melarikan matanya. Tertunduk memandang Shafiq. Lidahnya terkelu. Terkejut disapa persoalan itu. Tidak menjangka ianya muncul dari bibir Rafiq. Malah ganti bahasa diri suaminya juga telah benar-benar berubah.
“ Atau Kinah rasa menyusahkan terpaksa menjaga abang kalau abang sakit? Kalau sebab itu Kinah jangan bimbang, abang takkan menyusahkan Kinah,” kata Rafiq. Pedal minyak terus ditekan. Membelok keluar dari simpang masuk.
 “ Kinah tak bermaksud begitu. Jangan sangka yang bukan-bukan. Kinah cuma tak mahu abang jatuh sakit itu saja. Sekalipun abang sakit, susah atau tidak sudah menjadi kewajipan Kinah untuk menjaga dan merawat abang. Begitulah jika sebaliknya berlaku. Suami isteri harus saling menjaga kebajikan antara satu sama lain.”
Bicara Sakinah tenang. Matanya masih menatap Shafiq yang telah tertidur semula. Kemudian menoleh ke luar tingkap di sebelahnya. Membuang pandang melihat kekaburan di jalan yang disesaki dengan rintik hujan. Dia berdoa dalam hati agar Rafiq memahami apa yang diperkatakannya.
Rafiq terkesan. Kata-kata Sakinah lembut menampan gegendang telinganya. Bukan niat Rafiq untuk berburuk sangka pada isterinya. Cuma terselit keraguan di hati membuatkan Rafiq sengaja bertanya begitu. Dan sekarang kegusaran itu telah menjauh. Terhapus pergi dek bicara isterinya yang kedengaran ikhlas.
“ Abang bukannya nak bersangka buruk. Just curious,” tuturnya menyangkal kata-kata isterinya. Sakinah mengangguk.
Lapang jiwanya melihat anggukan isterinya. Mujur Sakinah tidak terasa dengan butir bicaranya. Rafiq kemudian meneruskan pemanduan dalam kehujanan. Tumpuan diberikan seratus peratus. Sesekali dia menjeling anak dan isterinya.
“ Er, boleh Kinah tanyakan sesuatu? ” gusar Sakinah memulakan perbualan  semula.
 “ Itupun kalau abang tak keberatan untuk menjawabnya,” cepat-cepat Sakinah menyambung ayatnya apabila melihat Rafiq hanya diam.
“ Tanyalah,” izin Rafiq.
“ Er..abang, dah maafkan Kinah? ” Sakinah bertanya sangat perlahan dan gugup. Bimbang dan risau akan penerimaan suaminya. Bagaimana jika kemarahan suaminya kembali menjelma? Sakinah tidak mahu itu terjadi.
Dahi Rafiq berkerut. Tidak dapat menangkap suara halus itu. “ Apa dia? Abang tak jelas.”
“ Tak ada apa-apalah,” jawabnya berselindung.
Rafiq mengetap bibir. Sekali lagi dia dihadapkan dengan situasi yang dibencinya. Dibiarkan terperangkap dalam satu persoalan. Rafiq pantas mencari tangan Sakinah lalu ditautnya. Terenjat Sakinah dibuatnya.
“ Kinah tahu, kan yang abang tak suka ditinggalkan persoalan dalam diri abang? Cuba berterus-terang dan jangan berselindung disebalik perkataan ‘tak ada apa-apa’ sedangkan Kinah ada perkara yang mahu diperkatakan.” Luah Rafiq. Sakinah serba salah.
“ Er, abang..dah maafkan kesalahan Kinah? ” tanyanya gusar.
“ Soal itu, Kinah jangan fikirkan lagi. Abang yang bersalah, abang minta maaf kerana menuduh Kinah yang bukan-bukan.” Katanya perlahan. 
Tanpa sedar Rafiq menggenggam kemas tangan isterinya. Sakinah menatap sekilas ke wajah Rafiq. Ternyata sukar mempercayai ungkapan maaf yang baru terbit dari mulut suaminya. Suatu perbezaan emosi yang amat ketara berbanding semalam.
“ Abang percayakan Kinah? ” Sakinah bertanya polos sekadar menyelami rasa hati Rafiq terhadapnya.
“ Soal percaya atau tidak, itu tak penting. Yang penting sekarang ini, abang berharap kejujuran wujud dalam perhubungan kita. Sekali Kinah cuba berbohong pada abang, I’m never forgive you. Kinah faham maksud abang? ”
Sakinah teguk liur. Ucapan suaminya mengandungi amaran keras. Walaupun begitu Sakinah mengangguk juga. Rafiq melepaskan nafas berat. Terasa lega dan lapang dadanya.
“ Buat masa ini, abang cuba meletakkan seluruh kepercayaan abang dalam perkahwinan kita. Biarlah masa yang menentukan, ” tuturnya ringkas. Dilepaskan tangan Sakinah sewaktu hampir sampai ke selekoh jalan.
Rafiq tidak mampu mengatakan lebih daripada itu. Memberi janji bahawa mereka akan berbahagia. Rafiq sendiri tidak pasti boleh menunaikannya atau tidak. Perasaannya pada Sakinah masih kesamaran. Masih kabur lagi hala tujunya. 
“ Kinah faham,” balasnya.
“ Abang tahu abang dah banyak berkasar pada Kinah selama ini. Maafkan, abang.” Rafiq berkata perlahan seakan berbisik. Tetapi Sakinah masih mampu menangkap percakapan suaminya.
 “ Kinah tak boleh maafkan abang? ” Tanya Rafiq kerana Sakinah mendiamkan diri.
“ Tak ada apa yang perlu dimaafkan, abang tak bersalah. Kenangan lalu yang telah  menjadikan abang begitu. Kinah terima kerana itu merupakan sebahagian daripada masa lalu abang. Cuma Kinah tak mahu perhubungan ini berterusan begini. Dingin dan hambar tanpa penghujungnya.”
Sakinah meluahkan isi hatinya. Sungguh Sakinah penat untuk melalui lagi episod pilu yang lalu. Letih untuk mengharungi kedinginan yang dihadiahkan oleh suaminya sendiri.
“ Insya Allah, abang akan cuba.” Rafiq menarik lagi tangan Sakinah. Lantas dibawa ke bibirnya. Sekilas ciuman dilekapkan ke tapak tangan isterinya, kemudian dilepaskannya.
Sakinah tercengang. Tertegun tubuhnya diperlakukan begitu. Tetapi Rafiq selamba menumpukan perhatian semula ke jalan raya yang telah lengang dengan hujan. Sakinah pantas melarikan anak matanya. Mahu mengusir debaran yang meribut di dada.

Rafiq tersengih dalam hati. Geli hati. Penangan kucupannya ternyata menjadikan Sakinah terlalu menggelabah. Ini akan menjadi satu titik permulaan yang baru! Tekadnya.  

16 comments:

  1. nice! harap2 yang versi cetak mampu dimiliki ^^,

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah tggu blan 12 ni yer ^_6

    ReplyDelete
  3. sekaki payung bukan sebatang payung

    ReplyDelete
  4. thanks 4 the comment, hehehe,sngt suke diberi teguran for my improvement :)

    ReplyDelete
  5. bestnya! btw, bab2 yang terdahulu cerita ni mana ye. saya tak jumpe link dia. btw, tak sabar nak beli version cetak.:)

    ReplyDelete
  6. thanks sngt utk komen yg bgitu positif :)
    utk bab2 yg terdahulu boleh tgok ke sebelah kiri, di bwh blog achieve kat situ ade kami letakkn semua link utk bace bab yg awal2

    ReplyDelete
  7. Sedikit pembetulan "i am never going to forgive you" atau "i will never forgive you"....bukan "i am never forgive you"

    ReplyDelete
  8. opps, so sorry for the mistake! btw triana wedding thanks a lot 4 the comment ^_6

    ReplyDelete
  9. kenapa ada bab yang hilang.bila nak upl0ad bab42 dan seterusnya tak sabar nak taw cetany...

    ReplyDelete
  10. kenapa ada bab yang hilang.bila nak upl0ad bab42 dan seterusnya tak sabar nak taw cetany...

    ReplyDelete
  11. Dear shaynne Beroh...
    aii dah tak boleh upload lg cerita ini krn telah dijadikn versi cetakan @ novel so, hope awk mahu memiliki novel Kontrak janji setia antara kita utk ketahui next story selepas di publish di sini.. :D

    ReplyDelete
  12. cepatla smbung bab 42..

    ReplyDelete
  13. mana nak dptkan novel nie...
    panjang lagi tak citer nie ..mmg best la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aii Fariza (Writer Kontrak Janji Setia Antara Kita)9 April 2013 at 09:07

      tajuk novel ni KOntrak Janji Setia Antara kita (KJSAK), cik boleh klik pd icon novel (kjsak) di sebelah kiri UNTUK BELIAN ONLINE, kalu beli on9 dpt disk. rm4 dan kos penghntaran prcuma tau, tapi kalau x reti beli on9 NK CARI DEKAT KEDAI PUN BOLEH, TRY CARI DI POPULAR or Mph dan kedai buku lain pun ada je, selamat membaca dear :D

      Delete
  14. romantik.....sweet...

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^