Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Teaser Alahai, suamiku amnesia! Part 2





First of all, tqvm pd readers yg bg respon pd ASA part 1,

really appreciate setiap pth kata dr u all, luv it so muchhh...

Now nk bg n3 Abrar Hanan part 2 after malam pertama diaorg, hehe...

Njoy ur reading n  please put some comment utk kmjuan my writing di masa akn dtg : )

 

 

********************************************

 

 





NAKAL matanya menjelajah ke setiap pelusuk paras gadis itu. Anggota wajah yang Abrar rasa cukup sempurna baginya tentulah pada mata bundar yang terkatup rapat bersama bulu mata lentik. Melihat kejernihan mata itu Abrar tertawan dan lemas dek keindahannya. Ibu jarinya kemudian naik mengusap alis mata yang terbentuk rapi, melurut dari pangkal ke hujungnya. Lembut. 


Kelopak mata Hanan bergerak-gerak. Berasa terganggu. Namun tidurnya masih lena. Tidak perasan ada mata ‘helang’ yang sedang menerkam seluruh raut bujur sirihnya.


Abrar merenung tanpa puas, sehinggakan dia mampu perasan di atas hidung mancung tirus itu punyai sebijik tahi lalat yang sangat kecil. Pipi putih gebu isterinya direnung geram, comel sungguh. Mahu rasanya Abrar melekap bibir ke situ namun segera dikawal kemahuannya. Menjamah wajah Hanan pagi itu seperti menjamah snek sarapan buatnya. Sampaikan Abrar rasa kenyang dalam bahagia. Lagi- lagi dia tersenyum.


Penat. Tangan yang menongkat kepala di bantal dijatuhkan. Dia bangun. Duduk rapat ke sisi Hanan. Kali ini dia meletakan kedua-dua belah tangannya ke kanan dan kiri isterinya. Sengaja membuatkan Hanan terperangkap dalam kurungan itu. Wajahnya dibawa dekat ke wajah isterinya. Abrar diamkan posisi mukanya sambil merenung bibir mungil Hanan. Warnanya merah segar, tidak pucat, tidak kering dan tak basah. Dia terus merenung asyik.


Tiba-tiba Abrar rasa sehalus getaran asyik memukul dada. Dia meneguk liur.


Kepalanya laju menggeleng. Tak bolehlah Abrar! Tak boleh! Ini dah melanggar apa yang kau janji semalam. Kau sepatutnya tak boleh berlebihan. Kalau Hanan terjaga macam mana? Mesti dia marah-marah. Lagipun kau dah janji nak sentuh dia time dia dah ada feeling kat kau, sekarang belum masanya. So, kau mesti bertahan. Tengok aje, jangan sentuh! Jangan terleka dengan keindahan depan mata nanti kau tersungkur kalah depan Hanan. Kau nak ke Hanan label kau sebagai suami yang cakap tak serupa bikin?? Suara otaknya menegah. Abrar telan liur kelat. Hampa.


Untuk melupakan keinginan yang tergencat. Abrar meniup angin halus ke wajah Hanan. Mahu mengusik sekaligus membangkitkan isterinya dengan cara yang ‘halus’. Tiada respon lalu ditiup lagi. Kali ini kelopak mata Hanan bergerak-gerak. Berkerut kening dan dahinya disebabkan terganggu. 


Hanan terasa wajahnya berangin. Sangat-sangat pelik. Mata terpisat-pisat, mengumpul tenaga untuk membuka lebar dan luas mata. Terkebil-kebil sesaat sebelum mata Hanan melotot, nyaris dia tak terjerit akibat terperanjat. 


Wajah Abrar menyapa. Dekatnya beberapa inci saja dari parasnya. Hanan terkaku. Pasti muka mereka bakal bersentuhan jika dia bergerak. Lagi-lagi bibirnya benar-benar selari dengan bibir suaminya. . Tak semena-mena dia terhadiahkan Abrar sebuah ciuman selamat pagi.


“ Boleh ke tepi sikit? ” suruhnya setelah sedar tubuhnya terangkum dalam kepungan Abrar.


“ Good morning,” ucap suaminya. Hanan menjeling. Episod malam semalam masih terakam di benaknya. Rasa geram di bawa sampai ke dalam mimpi dan akhirnya masih terbias kala ini.


“ Okay, good morning, sekarang boleh ke tepi? ” ucapnya tanpa mood.


Sengih. Tanpa rasa tergugat Abrar diamkan posisinya.


“ Awak..saya minta tolong ke tepi sikit boleh? ” Hanan mengucapkan dengan sebaik bahasa.


 “ Kalau abang tak nak, Hanan nak buat apa? Nak jerit ? ”


“ Habis tu, awak ingat saya seronok tengok awak tahan saya macam empangan air Chenderoh ? Dah tak ada aktiviti lain yang nak difikir waktu subuh macam ni selain dari ni? ” dengan rasa bengang dia menjawab. 


Kalau dah boring sangat tak payahlah tenung muka aku macam nak telan, bukan dapat apa pun! Pergilah mengaji ke, solat hajat ke? Sibukkan diri dengan benda berfaedahkan lagi bagus, sekali dapat pahala cash daripada Allah. 


“ Garanglah Hanan ni, baru malam tadi kita tidur sama-sama. Pagi ni dah bertukar macam mak tiri Cinderella. Nasib baik muka tu tak bertukar sekali kalau tak sekarang jugak abang lompat dari katil ni.” Canda Abrar dengan senyuman mesra.


Hanan ingin menjeling tapi ditahan. Bibir pun dikawal daripada mencebik. Langsung tidak terusik dengan gurauan suaminya sebaliknya dia rasa panas hati. Abrar masih berdegil. Tidak berkutik tubuhnya daripada terus mengepung Hanan.    


“ Dahlah malam pertama kita tak macam orang lain.” Rungut Abrar dengan bibir terjuih. Hampa rasanya tak dapat tawan Hanan secara mutlak. 


“ I told you already, suka hati abanglah nak ‘ambik’ Hanan bila-bila masa, but I will never forget your bet last night. Awak ingat lagi tak? Atau dah lupa malam tadi janji apa? ” provoknya berani.


Hanan sengaja menggunakan kesempatan yang ada mengingatkan suaminya yang amnesia itu. Kata-kata bongkak yang dilemparkan penuh yakin oleh Abrar diungkit semula. Biarpun sebenarnya dia cukup kecut membayangkan kalau-kalau Abrar berniat melupuskan taruhan yang dibuat. Sehingga pagi ini, Hanan bersyukur Abrar bijak memberi dia masa untuk bersedia ‘bersama-sama’ mengharungi rumah tangga yang baru terjalin ini.


   “ Abang tak lupa! Sengaja abang nak ingatkan Hanan semula tentang pertaruhan semalam dan abang dapat rasakan Hanan sebenarnya lega bila abang buat macam tu.”


“ Suka hati awaklah nak cakap apa, I’m not interested ! ” selanya perlahan tapi tegas.


“ Hanan ni ego, kan? Sengaja keraskan diri.Tak nak mengaku dalam hati Hanan sebenarnya langsung tak bersedia terima abang tapi pura-pura bersedia.” Getus suaminya. Hanan mencerlungkan mata. Kenyataan Abrar harus ditepis laju.


“ Bila masa saya pura-pura? Apa yang saya cakap itulah yang betul. Tak ada istillah nak tipu diri sendiri. Awak tu yang ..”


“ Okeylah, malas nak cakap banyak!  Sekarang abang nak Hanan bangun. Pergi ambil wudhu’ lepas tu kita solat sama-sama.” Abrar mengarah sambil pintas cakap isterinya. Bagi Abrar selagi diberikan peluang berdebat selagi itu Hanan nak menang. Jadi lebih baik dia tutup dulu mulut isterinya sebelum telinganya pula tersengat dengan kata-kata itu. 


“ Macam mana saya nak gerak kalau awak terus tahan? ” dahinya berkedut rimas.


“ Apa yang susah sangat, carilah jalan keluar sendiri. Bukannya haram kita bersentuhan, lagi bertambah-tambah pahala kat bahu kanan tu. Hanan boleh pilih sama ada nak ke kanan atau ke kiri abang. Just move at any direction and any position you want it.” 


“ Awak ni sengaja, kan? ” gumamnya membendung hangat yang mengalir dalam relung hati. 


“ Apa yang sengaja? ” Abrar pula berdalih. Konon tak faham!


“ Sengajalah! ” tekan Hanan. Marahlah tu..!


“ Yup, abang memang sengaja nak bagi Hanan sentuh abang! Kalau abang tak boleh sentuh Hanan so, Hananlah yang kena sentuh abang. Dalam hubungan suami isteri sentuh-menyentuh amat dituntut. Wajib! Barulah perasaan kosong kat dalam tu terisi dengan rasa cinta.” Akuinya tanpa riak bersalah. Abrar tersengih jahat.


Hanan merengus. Mata bundarnya dipejamkan untuk mengawal rasa hati yang kepanasan. Baru permulaan hari tapi dugaannya cukup berat dan meletihkan. Ya Allah! Keluh hatinya. Bersabarlah wahai Hanan…


Cupp! Terpahat lembut dahinya dengan sebuah kecupan. Hanan terkejut. Mata yang sedia tertutup semakin dikatup erat. Bergerak-gerak kelopak matanya kerana cemas. Berdebar dadanya menghadapi tindakan sang suami yang seterusnya.


“ Halalkan ciuman abang pagi ni. Abang tak mampu tahan diri sebab hati ni teringin sangat.” Bisik Abrar di hujung cuping telinga isterinya. Sejurus itu, dia melepaskan Hanan. Tangan kekarnya yang memenjara isterinya dikalih. Dia kemudian bangun.


Hanan pantas buka mata bila terasa katil bergerak sehingga ke birai katil. Termangu-mangu di atas katil.


“ Bangunlah, sekejap lagi kita solat berjemaah. Abang nak mulakan hari ni dengan something yang Allah suka.” Kata Abrar lagi.


Seperti dicurah air sejuk serta-merta hati Hanan yang menghangat kembali nyaman dan segar. Demi dua potong ayat Abrar yang telah berjaya mencairkan kehangatan itu.


Ibnu Mas‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda: “ Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya atau kedua telinga.” - Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari.


Menurut Imam Al-Qurtubi, kencing syaitan di sini adalah hakiki dan bukan hanya simbolik. Iaitu kita akan mampu mengenali mereka yang tidak bangun untuk mengejakan solat Subuh dengan kemuraman dan kekusutan wajahnya di pagi hari serta kehilangan cahaya dan seri.


Syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: “ Syaitan mengikat @ membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata): Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. ” - Hadis riwayat Al-Bukhari.
 

Sejurus itu, Hanan bingkas bangun. Memenuhi tuntutan sebagai seorang Muslim dan Mukmin.