Alhamdulillah, hari ini hari Jumaat yg mulia sempena hari pertama PBAKL bertarikh 26/4/13. Sudilah kiranya readers yang setia dengan ASA menerima pengumuman dari aii bahawasanya E-novel ASA hanya akan diuplod sehingga bab 22 saja dan selepas itu akan dihentikan 'penampalannya' di sini. Diharap semua readers tidak sedih dan kecewa, doakan moge2 ASA berjaya diterbitkan dalam bentuk naskhah seawal yg mungkin, insyaAllah =)
“ Assalammualaikum warahmatullah..” salam terakhir Abrar lafazkan
ke bahu kiri. Seraya tapak tangan hinggap ke muka. Menyapu wajah dengan tenang
dan penuh hikmah. Kedamaian itu telah diperoleh hasil daripada sujud kepada
tuhannya; Allah S.W.T.
Dari awal
sehingga habis rukun solat, Hanan menjadi makmum yang setia. Bersama seorang
suami menjalankan kewajipan yang terletak di bahu setiap khalifah setelah
mencapai tahap mukallaf. Kembang kuncup isi hati Hanan. Semakin bahagia kerana
di permulaan hari ini begitu mudah untuk dia memperoleh pahala besar hanya
dengan mengerjakan sembahyang berjemaah. Sungguh dia teruja melaluinya sebagai
seorang isteri. Hanan tidak pernah menjangka bahawa dia bakal bersolat
berimamkan seorang suami. Kelak Hanan mahu sentiasa begini, perkahwinan yang
dibina adalah untuk memenuhi tuntutan ibadah dan Hanan mahu mencari seribu satu
ibadah yang terkandung dalam makna sebuah perkahwinan itu.
Syahdu. Mereka
berwirid. Abrar mengalunkan dengan syahdu, Hanan melahirkan dalam gerak bibir
yang lembut. Saling tunduk khusyuk bersama hati atas nikmat yang dianugerahkan
Illahi.
Hanan menadah tangan apabila Abrar mula berdoa.
“ Subhanallah walhamdulillah walaa-ilahaillallah, Muhammadan Rasulullah. Ya
Allah, ya Rahman, ya Rahim.. aku bersyukur atas segala setiap kurniaan-Kau
kepada kami. Alhamdulillah atas hari ini kerana kami masih diberikan ruang
untuk terus bernafas dan kesempatan untuk mengerjakan ibadah kepada-Mu.
Ya Rabbul Izzati, sungguh aku terlalu bahagia
diberikan peluang untuk memiliki Hanan Safura. Aku amat bersyukur kerana Kau
telah mempertemukan kami dalam ikatan ini. Dia kini menjadi milikku yang
hakiki. Maka itu pertemukanlah hatiku dengan hati isteriku, hilangkanlah segala
kesulitan dan keraguan yang membelenggu dirinya dan diriku. Perliharalah setiap
tingkah laku kami dalam ikatan ini. Limpahkanlah seribu satu keberkatan agar
kami mampu membawa hala tuju rumahtangga ini atas jalan yang menemui syafaat
serta rahmat-Mu.”
Terusik jiwa Hanan saat namanya dialunkan oleh
Abrar. Bergetar tadahan tangannya mengawal rasa sebak yang menjalar. Doa Abrar
sama sepertinya. Walaupun saat ini jiwanya kosong terhadap Abrar namun Hanan
ingin berusaha mengubahnya. Inilah tuntutannya sebagai seorang isteri. Berdoa
dan bertindak seiring dengan sang suami supaya jiwa mereka berdua dapat bersatu
dalam satu lafaz.
Hanan sedar. Apalah ertinya jika dia bermusuh
dengan suami sendiri sedangkan Muhammad Abrar Zikry yang dulu dibenci dan ingin
dihindarinya sebulat hati telah pun berjaya memperisterikannya. Tiada sesiapa
yang mampu mempertikaikan hakikat itu hatta bibirnya sendiri. Hanan tiba-tiba
mahu pasrah. Terasa ingin meredakan diri dengan seikhlasnya biarpun ruang-ruang
untuk berbuat demikian masih belum terbuka luas. Kelak situasi beku dan kaku
bakal merantai kakinya jika dia tidak berpaling ke laluan positif.
Abrar mengalihkan posisi tubuh ke sebelah
kanan. Menghulurkan tangan pada isterinya. Hanan terpinga-pinga. Terkebil-kebil
merenung wajah Abrar. Dia kemudian tertunduk malu. Ralit sungguh melayan
bisikan hati sehingga dia alpa dalam doanya. Segera Hanan menyambut huluran itu.
Dia tunduk mengucup tangan suaminya. Setelah
itu Hanan mengangkat wajahnya semula seraya merungkaikan tangan daripada
pegangan Abrar, tetapi nyata tidak berhasil. Abrar menggenggam erat. Anak mata
mereka saling beradu. Pantas Hanan menunduk, merenung sejadah di hamparan
bawahnya.
Tangan Abrar hinggap ke wajah. Menolak dagu
Hanan supaya pandangan mereka menjadi satu. Bagaikan salah tingkah, Hanan
seolah-olah hilang kekuatan untuk melawan. Tidak seperti malam semalam dia
kelihatan berani. Ada saja perbuatan dan bicara Abrar yang ingin ditegah.
Abrar telan liur. Raut Hanan yang memerah
ditatap. Serasa mahu dibelai Hanan saat itu juga, namun sepantas kilat Abrar
menepis keinginan itu. Mengawal tingkah agar jangan keterlaluan dalam
mezahirkan rasa jiwa. ‘ Ya Allah, kau sabarkanlah hatiku ini! ’
Saat wajah Abrar mendekati, Hanan cepat-cepat
menutup mata. Perasaan cemas dan kecut itu datang lagi. Terlalu berdebar
sehinggakan Hanan mampu mendengar debaran kencang dalam dada. Lembut dan hangat
bibir Abrar melekap ke dahi. Hanan mengetap gigi sekuat hati. Ya Allah, ya
Allah…
Kemudian dengan lembut bibir itu menyapa kening
isterinya. Abrar tergelak dalam hati. Dia dapat merasakan kegugupan Hanan
terhadap perlakuannya. Ketika ciumannya bertaut di kening, Abrar dapat mengesan
kerutan pada alis mata itu. Bergerak-gerak tanda kurang selesa. Gelisah
barangkali. Dia takut sampai mata pun terpejam?! Muka aku menyeramkan ke?
Bukannya aku pontianak penghisap darah! Soal hati yang mengusik.
“ Boleh abang buka telekung ni? ” pinta Abrar.
Hanan kelu. Diam tertunduk merenung kepala
lutut Abrar yang bertemu dengan kepala lututnya. Lagaknya seperti wanita yang ditawan
dalam pencerobohan. Hanya mampu menyerah. Hisy, ini pun dikira pencerobohan
oleh seorang suami terhadap seorang isteri! Terseksa diri dibuatnya!
Telekung Hanan dileraikan oleh Abrar. Lembut
tindakannya. Bisu Hanan memutik senyuman di bibir Abrar. Isterinya itu
seolah-olah sangat rela sedangkan Abrar tahu anak tekak Hanan mahu menegah
situasi yang berlaku ketika ini.
Rambut Hanan yang lembap Abrar usap. Juraian
rambut yang jatuh di sebelah pipi kanan Hanan, diselitkan belakang telinga
isterinya. Tangan kasarnya hinggap ke pipi comel itu, dicubit perlahan. Suka
dengan pipi yang mulus dan putih macam pau panas dalam pengukus. Tapi kalaulah
betul pipi Hanan bertukar jadi pau memang akan dibahamnya sebab geram sangat!
Dia tergelak kecil. Geli hati Abrar
membayangkan fantasinya bertukar realiti.
Hanan pula tidak berkutik dibuatnya. Debaran
dada melantun kuat. Rasa macam nak rebah atas sejadah untuk menahan isi jantung
yang mahu menerjah keluar. Berkali-kali ditelan air liur. Kesegaran ubat gigi
colgate masih terasa dalam mulut.
“ Hanan nak buat apa hari ni? Ada apa aktiviti
yang abang boleh join Hanan tak? ”
“ Hah? ” dia mendongak sesaat dua sebelum
kembali menjatuhkan pandangan. “ Er..entah..”
“ Kenapa nampak macam tak selesa aje ni? Takut
dengan abang? ”
Hanan laju menggeleng. “ Mana ada..” debar,
malu, takut dan sangat cemas.
“ Hanan kena biasakan diri. Lagi lama kahwin
lagi bertambah kemesraan antara kita. Jangan takut.. abang tak ada niat sonsang
pun sekarang.” Dia melepaskan tawa sejurus kemudian. Betulkah kau tak ada niat
sonsang Abrar? Tengok dia segar bugar macam sekarang pun dah terasa nak peluk
erat-erat?!
“ Hrmm..” hanya itu yang mampu dibalas. Hanan
cuba mengawal perlakuannya supaya tidak sumbang di depan Abrar. Bukan
kehendaknya untuk bereaksi gugup dan gentar, cuma setiap kali disentuh lelaki
itu Hanan akan terpaku dan pegun. Mahu membantah tapi kekuatannya hilang. Ingin
mencegah tetapi Hanan merasakan dirinya tidak berhak walau sepatah perkataan
‘jangan’. Abrar adalah suami yang mendominasi hidupnya saat ini. Dia kini bukan
lagi Hanan yang boleh besar kepala pada sesiapa yang pandang rendah padanya.
Tapi Hanan..kalau Abrar cuba tindas kau macam mana? Takkan kau nak bagi peluang
aje tanpa serangan balas? Soal hati Hanan pula.
No...never...perkara itu takkan berlaku. Kalau Abrar sengaja
buat pasal, siaplah dia! Walau Malaysia bertukar menjadi Tanah Greenland sekalipun,
aku takkan duduk diam kalau Abrar cuba menindas aku dalam perkahwinan ni! Tetapi
jika sekiranya masih berlaku juga, Hanan bertekad akan memperjuangkan dirinya
bagi menentang Abrar kalau suaminya berani buat perangai macam zaman dulu-dulu
tu!
“ Hanan..”
Hanan tersedar dari bicara hatinya. Fokusnya
kembali pada sang suami. “ Hrmm..” sahutnya.
“ Hari ni, boleh sayang buatkan sarapan untuk
abang? I just want to start my day with something nice and sweet from you,
perhaps your hands can make my day, Insya Allah.” Sejurus itu Abrar mencium
telapak tangan isterinya.
“ Awak
nak saya masakkan apa? Saya tak tahu awak suka makan apa? ” lembut tuturnya
akibat terkesan dengan ciuman daripada bibir lembut Abrar.
“ Anything, tapi Hanan yang kena memasak bukan
Puan Norsal, okey?! ”
“ Okey, tapi jangan complain kalau tak sedap.”
Balasnya dengan riak yang sengaja digarangkan. Tidak mahu memberi Abrar ruang
mempermainkan dirinya sekiranya masakannya nanti tidak mampu memenuhi piawaian
tekak lelaki itu.
“ Hanan tak pandai memasak? ” soal Abrar pula.
“ Eh, mana ada tak pandai, saya cuma risau air
tangan ni tak dapat memenuhi selera awak pulak.” Hanan membetulkan tanggapan
itu.
“ Then show it to me, abang nak tengok setakat
mana grade Hanan nanti. Kalau perlukan improvement, mungkin Hanan kena attend
kelas memasak.”
“ Ini bukan pertandingan master chef Encik
Abrar, apa yang ada makan aje jangan banyak songeh boleh.” Hanan mula mencium
bahang ‘hangat’ bakal berkunjung dalam perbualan ini. Abrar mulai menunjukkan
taring dan dia pula asyik tayang muka keruh. Jangan sampai meletus perang
sudahlah!
Abrar tergelak. Kenyataan Hanan mencuit lucu di
hati. Tingkah yang kelihatan selamba dan suara yang tegas dalam lunak. Lembut
menyapa gegendang telinga.
“ Tapi kalau ada yang tak kena abang takkan
kompromi, Hanan kena attend jugak kelas memasak. Takkan selama-lamanya tak ada
perkembangan, patutnya makin lama kahwin makin bertambah mahir skill memasak
tu.”
“ Eh, awak jangan pandang saya sebelah mata,
sekali awak rasa masakan saya tentu awak takkan makan luar tau. Lagipun saya
bukan budak-budak nak kena perintah masuk kelas itu ini, saya yang bernama
Hanan ada pendirian saya sendiri.” Akhirnya Hanan kembali ke sifat asalnya.
Pantang dicabar dan digertak. Membuatkan enjin panasnya berkocak dan hanya
Abrar yang mampu mengocak dirinya ke tahap itu.
“ Abang tahu..Hanan Safura yang abang nikah
semalam pantang digertak, tak boleh dicabar langsung, mesti nak tunjuk lagak
dia yang konon hebat tu.” Ceceh Abrar.
“ Hiisyhh..” Hanan merengus. Tautan tangan
Abrar terus dileraikan. Menyirap rasa marah. Kata-kata sinis Abrar membuatkan
Hanan tidak senang duduk.
“ Marah? ” sepasang mata kuyu itu kelihatan
tersenyum.
“ Taklah Encik Abrar, saya tengah suka sangat
ni. Rasa nak melompat-lompat atas katil. Senang hati awak keluarkan perintah
macamlah saya orang gajikan? ” Hanan meluahkan dalam nada geram.
“ You’re not my maid, sayang..Hanan isteri
abang and the word wife stand for me, Abrar’s wife.”
“ So, kalau awak rasa hebat sangat pergilah
buat sarapan, kemudian tunjukkan pada saya hasilnya. Kalau teruk kita attend
kelas memasak sama-sama nanti.” sindir Hanan pula.
“ Hrmm, that sounds good..but not now. Abang
nak rasa air tangan Hanan sekarang, bukan air tangan abang. Please, don’t spoil
my day, sweetie .” Pipi isterinya ditepuk perlahan. Hanan mahu menepis tangan
itu tetapi tidak sempat. Abrar lebih mendahului. Suaminya itu kemudian bangkit
dari simpuh. Sejadah juga turut dicapai. Dia memandang langkah kaki Abrar yang
bergerak ke sudut kanan bilik.
“ Abang nak sambung tidur sekejap, Hanan nak
sambung tidur lagi ke? ” Tanya Abrar ketika berdiri di penyidai telekung dan
sejadah. Wajahnya ditala pada isterinya.
Hanan
yang sedang melipat kain telekung terpinga-pinga. “ Tadi suruh buat sarapan
tiba-tiba ajak tidur pulak,” gerutunya dengan wajah cemberut.
“ Manalah tahu Hanan teringin nak sambung tidur
semula, lagi-lagi semalam bukan main sedap tidur atas dada abang.”
Terlopong. Hanan tercengang. Matanya terbelalak.
“ Oh, please jangan tipu..saya tahu nak letak kepala saya ke bantal and your
chest is not my pillow. Nak tipu pun agak-agaklah.”
“ Hanan pasti Hanan letakkan kepala atas bantal? Asal pagi
ni abang rasa dada ni sengal semacam?! Macam baru lepas kena hempap dengan
suatu objek. Seingat abang lebih kurang pukul dua pagi tadi abang cuba alihkan objek
yang berambut tu ke lengan, tapi ada pulak suara yang merengek-rengek konon
terganggu padahal memang saja nak landing kepala tu atas dada abang,
kan? ” giat Abrar.
“ Nasib baik malam tadi abang tak semput tahan
nafas.” Tambah Abrar dengan senyum kecil di hujung bibir kanan. Sambil
melabuhkan punggung di birai katil, tatapannya pada raut Hanan tidak dilepaskan
walaupun sekilas. Suka melihat perubahan wajah Hanan yang kelihatan merona kermerahan.
“ Tipu… awak tipukan? ” Hanan ternyata sukar
menerima kenyataan itu. Betul ke aku buat aksi macam tu? Tak mungkin! Aku
takkan buat perkara yang memalukan diri sendiri. Abrar mesti sengaja nak
kenakan aku!
“ Buat apa nak tipu, bukan dapat apa-apa pun.”
“ Awak tipu, saya tak nak percaya.”
“ Up to you Mrs. Abrar. Nak percaya atau tak
itu pilihan Hanan. Now, abang nak sambung tidur semula, nanti kalau dah siapkan
sarapan jangan lupa bangunkan abang. Please.. make it fast, jangan lambat
sangat. Abang kalau lapar memang tak ada kompromi langsung. Jangan sampai Hanan
pulak jadi hidangan pengganti.” Ujar
Abrar seperti menggertak. Mencari ruang mengusik isterinya.
“ Ohh, don’t give me order! I am not your kuli.
” Hanan pula bengang kerana terasa seperti Abrar sedang mengarahnya lagi sekali.
“ Hanan…you’re not my kuli, but my wife and
always be my wife forever. Sayang, could you please make a breakfast for me? ”
rayu Abrar membuat permintaan. Sangat lembut seperti memujuk lagaknya. Note
Abrar! Hanan tak suka kalau disuruh lakukan sesuatu dengan intonasi seperti
memerintah, kalau kau buat jugak dia bakal mengamuk!
Serta-merta jiwa yang menghangat kembali sejuk.
Permintaan Abrar melapangkan Hanan. Suaminya sanggup merayu untuk dibuatkan
sarapan. Tidak memerintah seperti mula-mula tadi.
“ Make
it delicious, boleh? ” tambahnya sambil kepala ditongkat di bantal. Abrar
kelihatan senang hati berbaring dalam posisi itu sambil mengiring di atas rusuk
kanan.
“ Kalau tak sedap, awak marah? ”
“ Tak marah, mungkin kecewa.”
“ Mana tahan kalau asyik nak memasak
sedap-sedap, lama-lama badan pun jadi macam gorilla.” Hanan mengomel. Dia
berdiri di penyidai, mahu menyidai telekung dan sejadah.
Pecah tawa Abrar. Besar dan kuat memukul hening
subuh. Hanan pantas menoleh. Terkejut sangat. “ Awak, diamlah..” gesanya.
Terkekeh-kekeh lagi dia ketawa. Geli hati
sampai turun ke perut. Tak boleh blah bini aku ni, sampai hati samakan gorilla
dengan aku! Tapi kalau aku gorilla maknanya dia tu isteri gorilla! Sambung hati
Abrar digeletik lucu.
“ Awak.. senyaplah, nanti mak ayah saya
dengar.”
“ Gorilla? Hanan maksudkan siapa gorilla tu? ”
bunga tawa masih kelihatan di bibir.
“ Dahlah, saya nak pergi. Melayan awak
lama-lama memang tak jadi saya ke dapurlah jawabnya.”
“ Abang tak kisah kalau Hanan nak temankan
abang tidur,” usik sang suami lagi.
Hanan mengempiskan hidung. Mencebik melalui
hidung comelnya.“ Banyak lagi kerja yang boleh dibuat selain temankan awak
tidur and you know what tidur lepas subuh tak bagus, rezeki susah nak hinggap
tahu! ”
“ I knew sayang.. ibu pun selalu pesan benda
yang sama, but its okay. Bagi abang, dapat berkahwin dengan Hanan pun sudah dikira
rezeki besar, dan kalau ada anak-anak insya Allah bertambah rezeki kita nanti.”
Dalam senyuman lebar, Abrar merebahkan kepala di bantal sambil kedua belah
tangan dialaskan di bawah kepala. Retina matanya dibawa merenung siling bilik.
“ Untung sabut timbul untung batu tenggelam,
jangan sampai lemas sudahlah.” Balas Hanan selamba.
“ Pandai lidah tu menjawab, kan? Belajar daripada
siapa? ” Tanya Abrar dalam posisi yang tetap.
Giliran Hanan tersengih. “ Mulut kalau tak
digunakan sepenuhnya itu dikira tak bersyukur, saya tak perlu belajar daripada
sesiapa untuk bercakap perkara yang saya rasa betul di mata. Orang kata ada
mulut cakap, ada telinga dengar baik-baik dan ada mata pandang pada perkara
yang mulia, barulah kehidupan yang kita lalui penuh erti.” Tuturnya penuh erti.
“ And I only speak when necessary,” tambahnya lagi.
“ But I don’t
think so, abang tak suruh bercakap pun Hanan sibuk nak balas cakap abang. Hanan
sebenarnya banyak mulut, tak reti duduk diam. Mesti kaki mengumpat orang, kan?
” teka Abrar melulu. Sengaja bikin telinga isterinya berasap.
Hanan menggigit
bibir. Bengang tiba-tiba. Tangan kanan sudah siap dikepal penumbuk. Ikutkan
hati sekarang jugak aku panjat katil kemudian smackdown dada dia yang konon
sengal disebabkan kepala aku! Biar sampai timbul lebam biru, lepas tu baru
Abrar kenal siapa sebenarnya anak perempuan Abdul Malik. Daripada hilang
ingatan terus pulih ingatan yang dulu-dulu tu!
“ Silakan ke dapur Hananku sayang. Lama-lama
tercongok dekat sini nak buat apa, nanti breakfast ke mana... Hanan ke mana
pulak. Jangan terbabas atas katil sudah! ” Bantal peluk ditolak ke tepi lalu
disambar bantal yang menggalas kepala isterinya semalam. “ Tak dapat orangnya,
bantal pun jadilah.” Abrar mengeluh di sebalik bantal.
Mata Hanan
tidak terlepas menyorot pada suaminya. Tajam renungannya itu. Hanan…Hanan..
banyak-banyak bersabar! Itukan suami.. jadi kau kena bersunguh-sungguh patuh
dan taat sekarang. Lagi-lagi berlakikan Abrar, kau bakal sakit jiwa sampai ke
tahap didih air 100 darjah celcius ke atas.Yang paling utama lelaki itu ada hak
ke atas kau sekarang, itupun setelah dia berjaya mendapatkan sijil ‘sah halal’ daripada
tok kadi semalam!
BAB 20
“ Jom, ikut abang! ” Abrar menyambar lengan si isteri yang ralit
mengangkat jemuran di ampaian belakang rumah.
“ Eh, nak ke
mana? ” dia terkejut. Langsung terjatuh baju T-shrit yang dipegang. Abrar
bongkokkan badan mengutip semula pakaian yang jatuh lalu diletakkan dalam bakul
di sebelah kaki kiri Hanan.
“ Abang boring,
jom jalan-jalan.” Ajaknya setelah selesai mengutip semua pakaian di ampaian.
“ Boring? Hanan
banyak lagi kerja, tak sempat nak boring. Awak ajaklah along keluar pergi minum
dekat kedai kopi ke? ”
“ Tak mahulah,
abang bukan kaki lepak kedai kopi. Besides, I am not interested to talk with
Fahmi compared to my wife. Now, please ikut abang.”
“ Tapi saya ada
banyak lagi kerja lain. Lepas ni, nak tolong mak buat minum petang. Lagipun
hari dah mendung, cuba tengok langit tu.” Telunjuk Hanan naik ke atas. Menunjuk
ke arah langit yang gelap sedikit.
“ Abang janji
tak lama, please..abang boring sangat. Dekat dalam tu tak ada satu perkara
berfaedah pun yang boleh dibuat. Patutnya kalau ada isteri boleh kumpul pahala
banyak-banyak tapi nak buat macam mana sesuai dengan janji abang so, kena tunda
pahala-pahala tu untuk selepas enam bulan.”
Hanan
menyampah. Lagi-lagi soal itu yang dibangkitkan. Itulah, kalau rasa terseksa
sangat mengaku kalah aje?! Tapi Hanan…kau dah bersedia nak ke ‘alam’ yang satu
tu??
“ Sampai hati
tolak permintaan abang. Sudahlah pagi tadi sengaja nak kenakan abang lagi
dengan air kopi pahit. Hanan memang sengaja dera abang, kan? ” gerutu Abrar dengan
muka mencuka.
“ Awak sakitkan hati saya pagi tadi, mestilah
saya geram. Sebab tu, saya balas pakai kopi pahit. Kalau tak dah lama ganti
black pepper! ” akuinya.
“ Black pepper?!
Okey, itu dah sampai tahap merosakkan sistem perut suami. Sangat kejamlah,
sayang. ”
“ Sorry.” Ucap
Hanan kerana terdetik rasa bersalah.
“ I am sorry
too. Abang tak sangka kata-kata abang menyakiti Hanan. I was only joking, dear.
Tak ada niat pun nak sakiti perempuan yang abang sayang. Lepas ni, abang janji
akan belai-belai hati Hanan. Takkan bergurau yang berlebihan had.” Abrar
memujuk. Dia pun turut rasa bersalah atas kata-katanya walaupun bahasanya
kedengaran santai dan sekadar bercanda di waktu dinihari. Note Abrar! Jangan buat lawak bodoh sampai kecilkan hati
bini, nanti dia sentap bertambah susah kau nak cekup hati dia!
“ Jom,” ajaknya
lagi. “ Isteri kena dengar cakap suami tau.”
“ Hrmm..” Hanan
beralah. “ Tapi tak mahu lama-lama.”
“ Okay! ”
HANAN berdebar-debar. Terkelip-kelip matanya. Tidak percaya. Dia
ingat ke tempat ni? Peristiwa yang dulu tu dia masih ingat ke?
“ Cantik, kan?
Abang suka tempat ni.” Sang suami mula menarik tangan Hanan mendekati air
terjun yang mengalir cantik dari celahan batu-batu sungai yang besar.
Kesejukannya benar-benar menghinggap ke kulit.
“ Mana awak
jumpa tempat ni? ” Tanya Hanan menatap wajah suaminya. Memanglah kawasan air
terjun itu terletak di hujung kampung tetapi kawasannya agak terlindung kerana
jalan masuk ke situ hanya sekangkang kera. Mereka yang mahu bermain air terjun
atau memancing perlu meletakkan kereta di jalan masuk dan kemudian berjalan
kira-kira tiga hingga ke lima minit untuk sampai.
“ Maksud Hanan?
”
“ Agak pelik
sebab tempat ni terlindung, orang luar takkan tahu kalau tak diberitahu oleh
orang kampung.”
“ Abang pun
penduduk kampung ni so, tak hairanlah abang tahu.”
“ Yelah, tapi
awakkan hilang ingatan. Mestilah awak tak tahu jugak pada mulanya, kan? Ada
sesiapa yang beritahu awak kewujudan air terjun ni? ”
“ No one, abang
sendiri terjumpa! ” jawab Abrar mudah. Dia terus duduk bertinggung untuk
melipat kaki seluar.
“ Terjumpa? Not
so easy?! Awak ada ingat apa-apa berkaitan air terjun ini? ” Hanan bertanya
lagi. Penasaran sangat.
Abrar panggung
kepala. Lantas bangkit berdiri. “ Ingat apa? ” muka isterinya ditentang.
“ Nothing.”
“ Kalau ada
perkara yang abang perlu ingat tapi abang tak ingat, Hanan boleh ceritakan pada
abang.”
Terbit keluhan
berat daripada Hanan. “ Saya sukakan tempat ni tapi semenjak kita bergaduh
dekat sini, saya dah tak datang lagi ke sini.”
“ Sampai macam
tu sekali kesan pergaduhan kita? ” perlahan suara Abrar bertanya.
“ Datang ke
sini umpama mengingatkan kembali kesakitan tu. Membangkitkan apa yang dah saya
buang jauh-jauh.” Luahnya lagi.
“ Apa yang
abang dah buat? Teruk sangat ke? ” gumamnya di telinga Hanan. Serasa mahu
dipeluk tubuh itu. Abrar dapat menghidu kesakitan dari dalam jiwa halus Hanan.
Apa yang aku dah buat dulu? Kenapa aku kejam sangat dengan dia?
“ Am I cruel to
you? ” Soalnya lagi. “ Ceritalah pada abang.” Pintanya.
“ Saya nak
lupakan semuanya.”
“ Yes you can.
Tapi Hanan tak boleh tanam segala kesakitan tu di dalam sana tanpa merawatnya.
Kelukaan Hanan hanya akan menjarakkan hubungan kita. Abang dah janji akan bantu
Hanan lupakan kepahitan antara kita so, believe it me. Hanan perlu ceritakan
semuanya pada abang.”
“ Saya tak akan
ungkit Abrar. Biar semua ni terkubur. Saya dah maafkan awak.”
“ Abang tak
pernah minta maaf daripada Hanan, kenapa Hanan nak maafkan abang?! Abang takkan
terima kemaafan tu.”
“ Abrar,
please..let's forget the past. Saya dah tak nak ingat semuanya. Saya takut
sangat.” Air mata Hanan jatuh setitik dua. Abrar lantas memeluk bahu isterinya.
Jemarinya mengesat titis-titis air mata yang diundang olehnya.
“ Sayang tak
perlu takut. Abang akan selalu ada dengan Hanan. Semua ni salah abang, abang
yang patut bertanggungjawab untuk hapuskan segala kesakitan itu. Hanan kena
percayakan abang.”
Hanan
memejamkan mata lalu menghela nafas sukar.“ Awak kejam, Abrar.” Ucapnya
perlahan.
“ Yes, I am. Say
it more. I want to hear the whole story.”
“ Saya takkan
cerita.” Mata yang dikatup lantas tercelik bersama keputusannya.
Abrar mengeluh
perlahan. Kenapa susah sangat nak cerita? Teruk sangat ke tindakan aku pada dia
sampai dia tak sanggup nak imbau kembali semuanya. “ Its okay. Mungkin Hanan
tak bersedia lagi nak ceritakan pada abang. Never mind, abang akan lebih
bersabar menunggu cerita itu daripada Hanan.”
Hanan bungkam.
Tangannya dikepal erat. Dalam pada itu, suaminya duduk bertinggung di depannya.
Abrar melipat track suit yang dipakainya ke atas sedikit dari paras buku lali.
Dia kaget.
“ Jom, kita ke
sana. Duduk atas batu tu.” Abrar menarik pinggang si isteri. Antara mahu dan
tidak Hanan ikut melangkah. Dia gerun sebenarnya membayangkan dirinya akan
memanjat batu-batu yang tinggi dan besar bersama-sama Abrar. Kalau aku jatuh
mesti serupa buah nangka gugur dari dahan. Sakit dan memalukan!
Dia pantas
menggeleng. “ Saya tak mahu.”
“ Kenapa? ”
“ Saya tak nak,
Abrar.”
“ Kenapa tak
mahu? Apa alasannya? ”
Hanan tetap
menggeleng. “ Saya nak balik.” Kakinya terus diangkat. Namun, segera Abrar
menarik tangan isterinya. Menghalang.
“ Janganlah
tolak, abang cuma nak tunjukkan sesuatu pada Hanan.”
“ Saya takut
jatuh.” Ujarnya mendatar. Ini tentang keselamatan diri, lebih baik diakui sebelum
dia memburukkan keadaan kelak.
“ Abang janji
Hanan takkan jatuh! ”
“ Tak naklah..”
“ Hanan…dengar
cakap abang, awak takkan terjatuh sayang.”
Geleng lagi. Hanan
tetap menolak. Dia gerun melihat aliran air terjun yang deras.
“ Don’t fear, sweetie.
I’m with you now. Abang akan selalu berjaga-jaga untuk setiap langkah Hanan.”
Pujuk sang suami. “ Believe it me. I will never get you into trouble, sayang.”
Anggukkan Hanan
menggembirakan Abrar. Akhirnya dia berjaya memujuk. Sedikit perkembangan
positif berlaku. Hanan mulai sudi menerima kata-katanya. Mula menaruh sedikit
kepercayaan terhadapnya.
Mereka bermula dari pinggir air terjun.
Masing-masing memegang selipar untuk memudahkan pergerakan. Memanjat dari batu
yang sederhana besar. Abrar tidak lepas daripada memegang tangan isterinya.
Ditaut erat dalam genggaman. Dalam kebanyakan masa pinggang Hanan dirangkumnya.
Semakin kecil permukaan batu yang mereka pijak semakin rapat kedudukan mereka. Sengaja
Abrar memilih untuk mendarat di batu-batu yang ‘sempit’ baginya. Dia sukakan
keadaan di mana Hanan cukup malu apabila bersentuhan dengannya. Wajah comel itu
sukar membuang pandang padanya gara-gara silu.
Hanan ternyata
kurang senang biarpun Abrar mengotai kata. Lelaki itu benar-benar menjadi
seorang penjaga yang setia. Rentetan itu, Hanan lemas dalam setiap langkah. Merah
mukanya menahan cemidu. Pegangan suaminya terlalu DEKAT. Setiap ketika Hanan
mampu merasai desah nafas lelaki itu menyapa pipi dan telinganya. Hilang rasa
pedih yang menghinggap di jiwa. Berganti pula perasaan malu seribu kelu. Mujur
tiada pengunjung lain. Mungkin terkesan dengan keadaan langit yang makin
mendung. Jika tidak, pasti akan terdengar siulan nakal terbit dari mulut
anak-anak kampung yang gemar memancing dan mandi-manda di situ.
“ Come,” Abrar
mendudukkan isterinya di atas batu sungai yang besar dan lebar. Terletak
bertentangan dari tebing sebelah sana. Dia kemudian melabuhkan punggung di sisi
Hanan.
“ Cantik, kan?
Dari sini kita dapat tengok keindahan sebenar tempat ni. ”Abrar memberi
pendapat dari sudut pandangannya. Dia bersila. Manakala Hanan duduk sambil
memeluk lutut.
“ Cantik.” Hanan mengiyakan.
“ Kalau abang
susah hati, abang selalu ke sini.”
“ Awak susah
hati? Kenapa? ” Hanan terkejut sedikit.
“ Kenapa? Abang
tak boleh susah hati? Abang pun manusia juga, mesti akan mengalami keadaan
susah. Tempat ini mampu mendamaikan hati abang yang gelisah.”
“ Saya tak
pernah tengok muka awak susah hati pun, asyik tayang senyum aje depan saya.”
“ Abang susah hati takkan abang nak tunjuk depan
awak, sayang. Tak gentlemanlah.”
Terjuih bibir
Hanan. Ayat Abrar mencuit lucu di hati. Gentlemanlah sangat! “ Lain kali
kalau susah hati jangan berahsia. So, tell me perkara apa yang awak risaukan
sampai susah hati? ” dia mengubah posisi duduknya kepada bersila seperti
suaminya.
“ Everything.
About my life, career, amnesia dan termasuklah soal Hanan.”
“ Soal saya? ”
“ Yup. Hanan..
orang yang paling suka buat abang susah hati sejak abang amnesia.”
Terdiam. Hanan
membisu sejuta kata. Tidak tahu perkataan apa yang wajar diucapkan. Takkan nak
minta maaf tiba-tiba walhal aku tak tahu salah aku? Desis si hati.
“ Rasa
bersalah? ” duga si suami.
“ Tak adalah.
Kenapa perlu rasa bersalah sedangkan saya tak tahu salah saya pada awak.”
“ Good! Memang
Hanan tak perlu rasa bersalah. Abang yang sengaja susahkan diri, berfikir
perkara yang merunsingkan. But now I got you, no need to worry about you
anymore. Sekarang ni abang boleh larikan fokus pada urusan lain, yang lebih
mustahak.”
“ Ohh, bila awak
dah dapat maknanya tak perlu fokus mengenai saya lagi! Kira dah dapat terus
simpan tak payah peduli lagi soal saya?! ” terjah Hanan tanpa berfikir panjang.
Tiba-tiba dia berasa kecil hati dengan kenyataan suaminya. Sentap jiwanya. Seolah-olah
dia dijadikan isteri untuk dimiliki secara mutlak tetapi diabaikan selepas itu.
“ Kenapa marah?
Hanan mahu abang selalu fikirkan tentang Hanan? Focus about you all the time?
Lepas tu, abang dapat apa? ” Abrar menebak. Memprovok isi hati isterinya yang sulit dan tersirat di dalam sana.
“ Saya tak
marah.” Tipu! Hanan cuba melindungi diri. Mengelak daripada rasa terkilan yang menyerap
langsung ke dalam sanubari.
“ Kalau marah
cakap marah, sayang. Tak payah sembunyi sebab abang kenal sangat dengan muka
mencuka Hanan. Terus terang kalau Hanan tak suka.” Ujarnya lembut.
“ Kata-kata
awak…seolah-olah awak bakal abaikan saya. Takkan pedulikan pasal saya lagi.
Awak seperti nak main-mainkan saya. Isteri bukan untuk dibeli dan disimpan
sebagai koleksi dalam rumah.” Gumamnya di hujung bibir. Masih mampu didengari
oleh Abrar.
“ Kalau Hanan mahu
abang sentiasa peduli tentang Hanan, Hanan pun kena ambil berat tentang
perasaan abang. Kita kena saling memberi dan menerima barulah seimbang. Abang tak
mahu menjadi sebelah pihak yang selalu memberi tetapi kurang menerima. Macam
dalam perniagaan ada give and take, kau jual aku beli, saling memberi dan
menerima. Hanan pun perlu lakukan perkara yang sama. Abang takkan pernah
kedekut untuk terus memberi.”
“ Fikir-fikirkan,
abang tak menuntut jawapan daripada Hanan. Setiap perlakuan Hanan yang akan
menjadi jawapannya.” Abrar menambah bicaranya apabila sang isteri beku tanpa
balasan.
“ Saya..”
Jemari Abrar
merayap ke pipi isterinya. Menyebabkan percakapan Hanan tertunda.“ Hujan.”
Sepatah perkataan muncul dari mulutnya. Telapak tangan kanan tertadah ke
langit. Rintik-rintik hujan menyapa ke atasnya.
“ Jom kita
balik.” Abrar menarik tangan Hanan.
Titis-titis
hujan mulai jatuh dengan lebat ketika mereka kalut menyeberangi air terjun dari
batu ke batu. Hanan seram melihat air terjun yang mengalir deras. Perubahan
cuaca mengubah pengaliran air sungai.
“ Hati-hati.”
Abrar berpesan. Batu-batu sungai makin licin kerana disapa air hujan yang mulai
mencurah. Jika tidak berwaspada boleh menyebabkan tergelincir ke dalam sungai
yang kuat alirannya.
Elok saja kaki
mencecah batu kedua terakhir sebelum sampai ke tebing, panahan petir dan kilat
datang serentak di langit gelap. Diikuti bunyi guruh yang kuat berdentum. Hanan
terperanjat seraya bertindak menekup telinganya. Seliparnya langsung tercampak
ke dalam sungai lalu dibawa arus deras.
Abrar terkejut.
“ Hei.. are you
afraid? ” tukas sang suami. Hanan mengangguk laju sambil mata terpejam. Ngeri
sungguh dengan bunyi guruh yang terlalu kuat menerjah ke gegendang biarpun dia
berjaya menutup telinganya.
“ But
unfortunately, selipar Hanan dah karamlah.” Abrar menguatkan suara kerana hujan
semakin kuat dan lebat.
“ Hah? ” bininya
tersentak. Terkedu tubuh Hanan. Abrar menunjukkan arus sungai yang telah
membawa jauh selipar tersebut. Hanan bertambah tergamam. Aduh, nak balik pakai
apa ni? Berkaki ayamlah aku sampai ke rumah!
“ Kita ke sana
dulu.” Suruh suaminya agar ke tebing dahulu. Hanan menurut.
“ Tak ada
tempat nak berteduhlah.” Abrar mengharapkan kewujudan pondok atau tempat rehat
berbumbung tetapi sayangnya tiada. Tempat ini tidak diiktiraf sebagai pusat
rekreasi sementelah lokasinya terselit dalam kampung. Oleh itu, kemudahan
pondok rehat memang tiada. Yang wujud hanyalah sebuah pondok tetapi itupun
sudah uzur, usang dan berlubang bumbungnya. Sia-sia saja bertumpang teduh di
bawahnya.
“ Kita balik
sekarang. Pakai ini dulu.”
“ Habis tu,
awak nak pakai apa? ” soal Hanan apabila Abrar menyuakan selipar padanya.
“ Pakailah,
kalau tak mahu abang dukung sampai ke rumah.”
“ Eh, melampaulah
ugut! Kalau saya pakai mesti awak kena berkaki ayam ke rumah. Saya tak nak
macam tu, kecuaian saya biar saya yang tanggung.” Putusnya.
“ Degil.” Getus
Abrar. Dia lantas memakai selipar tersebut. Sejurus itu, dicempung badan
isterinya.
“ Eh, apa ni?!
Turunkan saya! ” marahnya. Ya Allah, malunya kalau ada orang nampak! Pengantin
baru bercengkerama di bawah hujan. Ingat ini filem Hindustand Kuch Kuch Ho
Tai?!
“ Jangan banyak
mulut, abang gigit dekat tengah hutan ni baru tahu.”
Hanan pantas
menekup mulutnya. Takut. Sekilas petir menyapa langit lagi. Kali ini Hanan
lekas menekup telinganya sekali lagi.
“ Hanan..peluk
leher abang boleh? Nanti awak jatuh,” pinta Abrar sejurus bunyi petir menghilang
di langit.
Dalam tingkah
malu-malu Hanan mengikut cakap suaminya. Leher Abrar di rangkul dengan tangan
kanan, mukanya dirapatkan ke dada encik suami sementara tangan kiri menekup
telinga kerana masih gerun dengan guruh yang bergempita.