Assalammualaikum, maaf x update lama sangat, lebih dari sebulan, so sorry to dear readers.
Today at 11.56 pm tanggal 10/7/13, aii wanna give some part dalam mnuskrip Alahai, suamiku amnesia! Hope enjoy and always pray for this e-novel will pass penilaian nanti, aaminn :D
TERBUNTANG
bebola mata Hanan sebaik saja dia menolak pintu bilik tidur. Abrar sedang
mengaut pakaian dari dalam almari masuk ke dalam bagasi yang nganga di atas
katil. Hanan menapak perlahan menghampiri. Terpinga-pinga dia melihat kejadian
aneh itu. Sudahlah mereka baru saja pulang daripada menghantar Rehan ke
rumahnya.Sampai rumah pula Abrar buat babak pelik.
“ Eh, awak nak ke mana? ” Hanan
menyoal.“ Gaya macam nak lari rumah aje.” Getusnya kehairanan.
“ Betullah tu tekaan Hanan,” Abrar
menjawab tanpa menoleh.
“ Tapi kenapa? ”
“ Ask yourself, Hanan ada
jawapannya.”
“ Saya? Apa yang saya dah buat? ”
“ Beg Hanan mana? ”
“ Beg saya? ”
“ Abang tak nak lari rumah
seorang diri so, Hanan ikut abang.”
“ Eh, kenapa pula nak ajak saya?
”
“ Because I am married unto you.
Ke mana saja abang pergi, Hanan akan ikut.”
“ Tapi saya tak nak ikut awak.”
Bangkangnya laju.
“ Nak jadi isteri derhaka? ”
Hanan terkejut. Hampir tercekik
lehernya apabila telinganya dipukul dengan perkataan ‘derhaka’. Raut Abrar yang
garang itu juga membuatkan dia separuh pegun.
“ Er, saya bukan nak
derhaka..saya cuma nak tahu sebenarnya kita nak ke mana? ”
“ Beg Hanan mana? ”
“ Dekat bawah katil.” Beritahunya
terpaksa. Gerun mengenangkan perkataan derhakayang lahir dalam perbualan
mereka. Seperti berada dalam tempoh krisis.
Abrar segera menyelak cadar
pengantin. Dia tunduk menjenguk ke bahagian bawah katil. Sejurus itu, terus
disambar bagasi Hanan. Zip bagasi tersebut dibuka. Hanan makin tidak
keruan.
“ Abrar.. awak janganlah macam
ni. Kalau ada problem kita berbincang, okey. Saya tak mahu kita lari sana
sini.” Hanan memujuk. “ Lagipun lusa majlis perkahwinan sebelah awak. Apa kata
tetamu kalau kita tak ada.”
“ Masalah kita akan selesai kalau
Hanan ikut abang.”
“ Apa masalahnya sampai kita kena
larikan diri? Awak..awak..ada pinjam duit daripada.. ah long ke?” duganya.
Terkedu. Langsung terhenti kerja
Abrar. “ Hanan..Hanan..tak ada benda lain yang awak boleh teka selain itu?
Kenapa suka sangat berfikir yang buruk-buruk tentang abang.” Luah Abrar di
hujung bibir.
“ Saya tak bermaksud macam
tu..saya tengah bingung ni. Awak yang buat saya teka bukan-bukan.” Hanan
membela diri yang dirasakan tidak bersalah. Selalunya dalam drama orang
melarikan diri tiba-tiba dari rumah disebabkan dikejar oleh ah long. Maka itu
dia merumus demikian.
“ So, abanglah yang bersalah buat
Hanan meneka yang bukan-bukan?”
“ Eh, bukan itu maksud saya.
Maksud saya..”
“ Okay, just put the blame on me.
I’m sorry.”
Hanan mati kutu. Berbicara dalam
situasi ini menjadikan dia serba salah. Hilang arah untuk membawa kepada tujuan
sebenar. Abrar dengan mudah beralah padanya tetapi Hanan pula ditimpa perasaan
bersalah yang amat sangat.
Selesai. Abrar menutup zip
bagasi. “ Jom.”
“ Kita nak pergi hari ini ke? ”
“ Hanan, boleh tak bagi
kerjasama? ” ucap Abrar dalam keluhan berat.
“ Awak dah beritahu mak dengan
ayah? Majlis kita macam mana? ”
“ Pedulikan semua tu.” Balas sang
suami.
Hanan tercengang.
“ Abang letak beg dulu dalam kereta.
Take your time. Fikirlah sama ada nak patuh cakap suami atau tak. Dalam masa
sepuluh minit Hanan tak turun, abang pergi.” Abrar lantas berlalu keluar.
CUKUP
sepuluh minit, Hanan menapak turun daripada anak tangga. Lemah longlai dia
melangkah. Abrar sudah bersedia di tempat duduk pemandu dengan enjin kereta
yang mengaum. Anak mata mereka saling bertingkah. Abrar dengan renungan tajam.
Hanan dengan tatapan kurang senang. Masing-masing menyampaikan mesej tertentu.
Sebaik saja Hanan menutup pintu,
Abrar terus memecut kereta keluar daripada halaman rumah.
“ Pakai seat belt, Hanan.” suruh
Abrar tanpa menoleh.
“ Kita nak ke mana sebenarnya? ”
“ Put your seat belt first.”
Abrar mengulang arahan.
“ Saya akan pakai kalau awak
beritahu kita nak ke mana?! ” Protesnya bersyarat. Sengaja menunjukkan
prinsipdirinya yang tidak mudah diarah sewenang-wenangnya tanpa sabab-musabab
yang kukuh.
Abrar menghela nafas. Melepaskan
udara yang menyesakkan. Dia meneruskan pemanduan tanpa menghiraukan kedegilan
isterinya.
“ Awak.. tolonglah beritahu ke
mana destinasi kita. Takkan kita nak menghilang tanpa jejak.” Hanan berjeda. “
Sekurang-kurangnya awak kesianlah pada mak ayah saya dengan ibu abah awak.
Tentu dia orang risaukan kita nanti. ” pintanya sayu. Ternyata Abrar tidak
makan langsung dengan kata-kata itu.
“Shut your mouth.”
Bulat mata Hanan. Dia suruh aku
diam?? “ Saya takkan diam. Lagi baik awak beritahu sebelum saya report dekat…”
Hanan kelu pula. Nak lapor dekat siapa? Takkan nak buat laporan polis? Abrar
bukannya menculik aku pun. Tak relevan langsung!
“ Reportlah ikut suka Hanan. Tak
kisahlah dekat siapa pun, abang nak tengok kuasa mana yang dapat membataskan
hak seorang suami atas isteri. Abang tak buat perkara yang bukan-bukan, dera
tubuh badan awak pun tak pernah terlintas dalam kepala. Kita cuma lari dari
rumah itu saja.”
“ Tapi awak dera perasaan saya.”
Luahnya geram.Tangan halusnya dikepal erat.
“ Hanan rasa terdera?! Habis tu
perasaan abang yang terdera Hanan tak ambil kisah pulak? ”
“ Apa yang saya dah buat? Kata-kata
saya yang mana awak tak suka sampaikan hati dan perasaan awak terhiris?”
soalnya dengan kerutan di dahi. Berfikir dan cuba mengingat kembali setiap
percakapan yang diucapkan sebelum ini.
Abrar lekas membawa kereta ke
tepi jalan. Lebih baik dia menghentikan kereta daripada berbincang dalam
keadaan emosi tidak seimbang. Hanan terkebil-kebil dengan tindakan itu.
“ Apa niat Hanan sebenarnya pada
abang? ” soalnya tanpa lengah.
“ Niat apa pulak? Cakaplah
terus-terang, saya pening tau.”
“ You talk too much today. Semua
kebaikan Rehan luar dan dalam awak nak cerita. Rehan pandai jahit baju, pandai
memasak, Rehan yang penyayang, pemurah and every single thing about Rehan. Dari
saat Rehan duduk dalam kereta sampailah kita jejakkan kaki ke rumah. Kept
talking about Rehan.”
“ Salahkah saya nak berkongsi cerita
tentang kawan baik saya? Lagipun semuanya kebenaran. Saya cuma mahu awak
mengenali Rehan dengan lebih mendalam. Manalah tahu awak pun boleh jadi kawan
baik Rehan.”
“ Fine kalau itu niat Hanan. Tapi
abang nak tanyaseperkara, antara niat mahu jadikan abang kawan baik Rehan atau
suami kepada Rehan, mana satu Hanan lebih harapkan?” Abrar menekan perkataan
‘atau’ dalam ayat pertanyaannya. Lebih kepada mahu menduga reaksi sang isteri.
Kelu. Hanan bungkam. Umpama
tertangkap dalam terang.
“Apa niat Hanan suruh Rehan
buatkan kuih kegemaran abang? ”
Diam lagi.
“ You know what, abang langsung tak
kisah dengan segala kebaikan dan kelebihan Rehan. Walaupun dia lebih pandai
buat kuih, abang akan tetap memilih makan kuih buatan awak. Biarlah hasilnya
teruk sekalipun, asalkan abang bahagia sebab awak sudi buatkan untuk abang.
Tapi sayang, isteri abang tak sudi rupanya.”
Hanan gamam.
“ Can you just appreciate what you
have? Kenapa mesti menolak abang dengan cara ni? Tak suka lepas tu pass pada
best friend. I’m not your thing that you can simply remove. Jangan anggap abang
tak ada perasaan. Kalaulah ibu tahu menantu kesayangan dia sanggup lakukan anak
dia begini, apa agaknya reaksi ibu? Hanan rasa ibu akan bahagia dengan tindakan
Hanan?”
Zupp!! Bagaikan terhunus sebilah
pisau ke dada. Pedih. Kata-kata terakhir Abrar umpama mengirimkan seribu
kekecewaan pada Hanan sehingga menimbulkan berganda perasaan bersalah.Sungguh
dia telah mendera jiwa jejaka itu. Abrar terkilan dengan bicaranya. Ibu??
Bertambah bersalah diri Hanan apabila membayangkan wajah Puan Salmi. Pasti
wanita itu terluka. Harapan yang selalu disandarkan padanya pasti tercalar dek
perbuatannya.
“ Awak marah? ” Hanan menyoal
setelah berdiam diri buat seketika.
“ Abang tak mungkin marah Hanan.”
“ No, its okay, Abrar. Awak boleh
luahkan perasaan marah tu, saya janji takkan marah awak balik.
Sekurang-kurangnya awak akan lega bila awak dah marah saya nanti.”
Bersunguh-sungguh Hanan berkata. Baginya jika itu saja jalan yang mampu
melegakan rasa terkilan yang dialami oleh Abrar, Hanan rela. Dia tidak mahu
Abrar berlanjutan kecil hati terhadapnya. Ternyata Hanan tidak betah untuk itu.
“ Hanan betul-betul tak faham
maksud abang atau berpura-pura tak faham?! ” Abrar menghela nafas berat.
“ Apanya? ” Hanan bingung. Abrar
ni macam-macamlah! Siapa yang berpura-pura? Tak cukup murnikah niat aku suruh
dia lepaskan kemarahan pada aku? Selama ini, mana pernah aku bagi peluang
ini pada sesiapa. Abrar sudah dikira
cukup bertuah mendapat mandat daripada aku sendiri!
“ Antara marah dan cinta, Hanan
rasa abang akan pilih yang mana?”
“ Okay, fine saya faham.Tapi saya
tetap tak kisah kalau awak nak marah saya.”
“ BetulHanan tak kisah? ” Abrar
mahukan kepastian. Hanan mengangguk.
“ Kalau abang redeem sesuatu yang
lain awak rela? Selain daripada lepaskan kemarahan pada awak, boleh abang minta
sesuatu yang boleh hilangkan kemarahan abang pada Hanan? ”
“ Er..awak..nak apa daripada
saya? ”Hanan kecut perut.
Abrar mendekat. Mata Hanan
terbeliak luas. Bila terlalu hampir sehingga bahu mereka bersentuhan, Hanan
lekas memejamkan mata. Semput saluran pernafasannya. Berdebar yang amat sangat.
“ Hrmm, your smell..like heaven.”
Desis Abrar di pinggir telinga si isteri yang gementar satu badan. Dia
tersengih di hujung bibir. Tangannya menjalar. Melangkau melebihi tubuh Hanan. Hembusan
nafas Hanan yang halus menampar lembut
ke kulit pipi. Membuatkan Abrar menahan diri daripada bereaksi menurut kata
hati.
“ Open your eyes and close your
mouth, that’s better.” Suruh Abrar.
‘ Tak nak, nanti awak buat tak
senonoh pada saya!’ suara hati Hanan membantah.
“ I’m done! ” bisik Abrar.
‘ Apa yang sudahnya? Tak terasa
apa-apa pun!’ musykil minda Hanan.
“ Seat belt Hanan, abang dah tolong
pakaikan.”
Langsung terbuka mata bundar
Hanan mendengar kata-kata itu. “Ohh..” Terlopong mulutnya. Malu. Nasiblah dia
tidak cepat melatah dengan tindakan suaminya jika tidak bertambah berlipat kali
ganda dia ditimpa cemidu.
Kereta Honda CRV Abrar kembali
bersaing dengan kenderaanlain. Hanan ingin membuka mulut lagi. Mahu mengarahkan
Abrar memusingkan arah kereta agar mereka kembali ke rumah semula. Pada Hanan
setelah mereka berbicara empat mata tadi maka tiada lagi masalah yang
bergelumang antara mereka. Oleh itu, perlarian mereka harus ditamatkan.
“ Abrar..”
“ Hrmm..”
“ Awak tetap nak teruskan niat awak,
lari dari rumah? ” Hanan bertanya dalam ragu-ragu.
“ Yup, no turning back.” Putusnya
sebelum Hanan bercakap lanjut. Tentu gadis itu
mahupun cuba memujuk.
“ Ke mana? Awak sedar tak majlis
kita akan berlangsung dalam tempoh dua hari lagi? ”gerutunya tegang.
“ Sedar,” jawab sang suami. Hanan
sedikit kesal dengan respon Abrar yang acuh tak acuh.
“ Habis tu, kenapa tak batalkan
majlis tu? ”
“ Nak buat apa batalkan? Biarlah
semua tetamu kita datang makan kenduri. Kita ada atau tak, tetap tak ada beza.
Hanan dan abang dah selamat pun.”
“ Awak tak malu?”
“ Buat apa nak malu? Bukannya
kita kahwin bersijilkan cop dari sempadan siam.”
Hanan mendengus. Marah. Kehangatan
menyusup ke dalam dadanya lantaran sikap sambil lewa Abrar.Memupuk semangat
untuk bertelagah lebih jauh. Namun Hanan segera menyingkirkan ‘angin pasang’
yang mula meniup-niup.
“ Buatlah suka hati awak, saya
takkan cakap apa-apa lagi.”
“ Good, silence is better for
you, dear. I can give full attention on my driving, supaya nanti kita akan
cepat sampai ke destinasi yang Hanan tak tahu ‘tu’.” Abrar menggiat. Sengaja
menjulang ketidaksenangan hati si isteri.
Hanan menggigit bibir. Ikutkan
ketegangan perasaannya, mahu saja digigit-gigit lengan Abrar yang tegap itu.
Biar lega dan puas hatinya. Namun sudahnya Hanan pantas memeluk tubuh agar dia
mampu mengawal tindak tanduknya. Risau jika dia benar-benar mengikut suara
benaknya. Lebih baik dia mencegah sebelum mereka berdua bertelagah lebih hebat.
Abrar menyimpan senyum. Muncung
Hanan mencuit deria tawanya.