Irsyad menutup
pintu kereta. Nampaknya halaman rumah keluargnya ada kunjungan daripada
keluarga Melati. Irsyad musykil sejenak kerana setahunya rumah mereka tidak
mengadakan sebarang occasion di hujung minggu. Mungkin keluarga Pak Ngah Riyad
sengaja membuat kunjungan di hujung minggu.
Peliknya, Melati tidak mengkhabarkan
apa-apa kepadanya sewaktu mereka keluar bersama tadi. Sebenarnya sejak
kelmarin, Melati menuntut dirinya untuk keluar bersama. Irsyad turutkan apabila
Melati semakin mendesak. Rimas apabila handphonenya sering kali berdering
kerana Melati. Akhirnya Irsyad beralah lalu melayani kerenah gadis itu di
hujung minggu.
Irsyad senyum sedetik. Teringat
perjumpaan bersama Nuzul dan adik-adiknya. Demi melihat kelibat gadis itu,
mendadak Irsyad mengubah keputusan. Melencongkan jalan cerita yang asalnya
bersama Melati namun berakhir dengan Nuzul. Sementelah, basah di mata Nuzul
menggusarkan separuh jiwa lelakinya. Jasad Irsyad bersama Melati tetapi seluruh
rasa jiwa, hati dan otaknya tertumpu penuh buat Nuzul.
Kesimpulannya, Irsyad bertindak meloloskan
diri daripada Melati. Menyuruh Melati pulang dengan menaiki teksi. Kepada gadis
itu, Irsyad hanya memberikan alasan bahawa dia mempunyai hal mustahak. Melati
tidak boleh berkata tidak dan hanya melepaskan dirinya.
“ Assalammualaikum,” serunya tatkala
melangkah masuk.
“ Waalaikummusalam,” serentak semua
menjawab salamnya. Irsyad melihat kemeriahan di ruang tamu itu.
“ Hah, Irsyad come join us! ” Dato
Riyad mengajak dari sofa berkembar tiga.
“ Irsyad mari duduk sini, lama kami
tunggu Irsyad sampai. Melati dah nak merajuk dengan kamu tu.” Ujar Datin Maizah
pula. Melati yang berada di sebelah tersipu-sipu dengan kenyataan mummynya.
“ Sorry Mel, I ada hal mustahak
tadi.” Irsyad berkata apabila menghampiri ruang interaksi itu.
“ It’s okay, Syad. I faham.” Balas
Melati lembut. Senyuman diberikan untuk mengaburi mata semua orang. Dia
sebenarnya amat marah dengan tindakan Irsyad yang pergi mendadak tetapi apakan
daya, Irsyad bukan miliknya. Irsyad juga bukan lelaki yang suka dikongkong.
Oleh itu, dia perlu mengatur strategi secara bijak untuk merebut hati jejaka
itu.
“ Duduk Irsyad, kita minum petang
sekejap lagi.” Pelawa Puan Sri Ayuni yang duduk di sofa berkembar dua.
“ Sekejap lagilah mama. Irsyad nak
naik Solat Asar dulu.” Ujar Irsyad selepas tunduk bersalaman dengan Dato Riyad
dan Datin Maizah. Puan Sri Ayuni hanya mengiyakan.
“ Baba zai nali? (Papa di mana?) ”
tanya Irsyad.
“ Ada dekat atas, tengah bersolat
jugak. Papa baru balik dari bermain golf dengan Tan Sri Musa. Pak ngah kamu pun
join jugak sebab itulah terus berkumpul di sini satu keluarga. Dah lama tak
bertemu ramai-ramai.” Maklum mamanya. Irsyad angguk, faham.
“ Oh, Irsyad pun pelik juga.
Ingatkan ada majlis gathering. Okeylah, Irsyad naik sembahyang dulu. Enjoy dulu
pak ngah, kejap lagi Irsyad turun semula.”
“ All right, Irsyad. Pak ngah
tunggu.” Sahut Dato Riyad yang sememangnya rapat dengan anak saudaranya itu.
Dato Riyad tidak mempunyai anak lelaki kerana itulah Irsyad sudah dianggap
seperti anaknya sendiri. Sementelah hanya Melati anak tunggalnya sejak
isterinya, Maizah disahkan tidak boleh beranak lagi akibat ketumbuhan di dalam
rahim. Datin Maizah terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim kerana
ketumbuhan tersebut boleh mengakibatkan komplikasi yang lebih buruk.
SAMPAI ke dalam
kamar, Irsyad tidak menuju ke bilik air. Sebaliknya dia menghempaskan belakang tubuhnya
ke atas tilam. Melepaskan lelah yang bertakung dalam dada. Biarpun tampak
keletihan namun dia cukup berpuas hati.
Tangan kiri meraba poket sebelah
kiri jeans hitam yang dipakai. Sehelai sapu tangan dikeluarkan. Irsyad merenung
sapu tangannya yang diserahkan oleh Nuzul di saat akhir pertemuan.
Di KL Sentral mereka berdua saling
berpandangan. Seolah mahu berpisah di lapangan terbang. Padahal sekadar di
platform menunggu komuter tiba. Nuha dan Nurin hanya duduk diam sambil menonton
drama sebabak. Bagi mereka tingkah kedua-dua orang dewasa itu begitu mencuit
hati. Kedua-duanya tampak kaget untuk mengungkapkan rasa yang terbuku.
“ Ambillah, aku bagi kau.” Tingkah
Irsyad bila Nuzul menghulurkan sapu tangannya.
Nuzul menggeleng. “ Tak nak.”
“ Alasan? ” berkerut kening si
jejaka. Nuzul kentalkan diri. Tidak mahu nampak lemah walaupun Irsyad kelihatan
kurang berpuas hati.
“ First reason, hari itu encik dah
bagi sekaki payung. Sekarang sapu tangan pula. Saya tak nak terhutang budi,
nanti tak terbalas.” Luahnya jujur.
“ Aku tak minta balasan Nuzul.”
“ Ya, saya tahu encik tak minta
dibalas tapi saya serba salah. Lagipun…” Nuzul diam.
“ Lagipun apa? ” sambung si jejaka
tidak keruan.
“ Peluh encik dah merebak dekat
handkerchief tu. Kalau nak bagi free, bagilah yang baru. Yang tak guna lagi.”
Tutur Nuzul selamba, tanpa riak bersalah. Memang sengaja menggunakan alasan itu
supaya Irsyad tidak berkeras.
Lemah semangat Nuzul untuk menerima
sebarang pemberian daripada jejaka itu lagi. Telah banyak Irsyad berikan
sehingga Nuzul naik segan. Malah dia tidak mahu ada sebarang benda atau perkara
yang mampu mengikat memori antara mereka. Memiliki sesuatu yang mampu
menjalinkan ‘sesuatu’ antara mereka. Nuzul jadi risau jika berlarutan sehingga
mengikat rasa hati. Sementelah hatinya yang teguh kian rapuh dengan setiap budi
bicara Irsyad yang ada kalanya menyentuh naluri wanitanya.
Irsyad yang tercengang, lantas
tersenyum. “ Fine, I will keep it. Next time aku akan belikan yang baru untuk
kau.”
“ No, Encik Alif. Bukan itu maksud…”
“ Syuhh, aku tak nak dengar sebarang
suara sumbang. Or should I silence you, Nuzul? Yexu wo ying gai wen ni.” Lancar
pertuturan Irsyad. Hujung bibirnya terselit senyum kecil.
Terpinga-pinga Nuzul dek Bahasa Mandarin
yang Irsyad gunakan. “ Sorry, Encik Alif. Saya tak faham, boleh tolong
translate? ”
“ Good for you.” Senyuman Irsyad
melebar. “ Your ignorant will keep me safe, Nuzul.”
Nuzul kelu. Raut bujur sirihnya menukar
arah pandangan. Hangat terasa pipinya dengan bicara Irsyad yang berbentuk
provokasi walaupun dia tidak mengetahui hujung pangkal maksud si pemuda.
‘ Perhaps, I should kiss you.’ Bisik
hati lelakinya yang nakal. Irsyad hanya memandang penuh erti bibir mungil itu
dari sisi wajah lantaran Nuzul sudah memalingkan muka daripadanya. Namun
demikian, dia amat menyenangi tingkah si gadis. Jelas Nuzul berasa terganggu
dengan kewujudannya.
Irsyad mengucup lembut sapu tangan
yang ditenung sedari tadi. Dia kembali berada dalam dunia realiti setelah jauh
berkhayalan.
‘Nuzul Filzah, for the rest of my entire
life, I just wanna hold you in my arms…’ benaknya berbicara seiring kata hati
yang begitu mendesak.
‘Bangun sekarang and do your prayer,
Irsyad! Cinta kepada manusia tak seharusnya melalaikan cinta kepada Tuhan.
Allah sedang menunggu doa daripada hamba-NYA. If you give the best of you to
Allah, He will give what you wanted in this life.’ Terngiang-ngiang bisikan
sanubari.
Demi menyedari tanggungjawab sebagai
mukallaf, Irsyad bangkit daripada pembaringan. Dia menuju ke bilik air untuk
mengambil air sembahyang. Usai berwudhuk, sejadah dibentang seraya takbir
seorang hamba terangkat untuk Pencipta-Nya.
ELOK saja kaki
melangkau keluar dari bilik air, Nuzul mengeluarkan rambut panjangnya daripada
bungkusan tuala. Kedua-dua belah tangannya memainkan peranan kemudiannya.
Mengesat-ngesat rambut yang basah lembap dengan tuala kecil itu.
Tabiat
selepas mencuci rambut, Nuzul gemar menghidu dan mencium bau rambut sendiri.
Deria baunya dapat menghirup bau limau purut yang segar. Nuzul sukakan bau itu.
Tenang, harum dan membangkitkan kesegaran dalam tubuh.
Spontan
kedua-dua ulas bibir Nuzul mengoyak senyum. Tiba-tiba. Tanpa sedar, fikirannya
kembali melayang-layang. Mengimbau dialog yang membuatkan pipinya berlaga
merah. Panas dan hangat serata wajahnya tatkala itu.
“
Hrmm, I like the smell. Macam baru lepas minum sunquick.”
“
Bau apa? ” Nuzul terpinga-pinga. Risau pula jika bau yang pelik hadir
daripadanya memandangkan jarak mereka yang hampir berdekatan. Sementelah Irsyad
berada di belakangnya sewaktu berasak-asak untuk turun daripada monorel.
Kesesakan berlaku bila ada penumpang yang cuba menaiki monorel dalam waktu yang
sama.
“
Inside your hijab.”
Nuzul cepat-cepat
menyentuh selendang chiffon half moon yang dipakai. Kenapa dia tegur begitu?
Rambut aku berbau aneh ke? Tapi baru semalam aku lurut rambut dengan limau
purut…
“ Hopefully,
I’ll not become addicted with the smell, Nuzul.”
Kali ini merona
merah wajah Nuzul. Dia tidak terbuka mulut untuk membalas. Apatah lagi menala
pandangan ke muka jejaka itu.
“ Hah,
berangan?! Ingat Abang Alif, kan? ” jerkah Nuha bersama sengihan. Nakal.
“ Tak pun.” Nuzul geleng kepala
laju-laju. Menafikan dengan pantas.
“ Checkmate! Pipi kak long bertukar
warna. Lagipun angah tak mudah kena tipu macam Nurin.” Tukas Nuha bersahaja. Teruja
melihat tingkah Nuzul yang tidak keruan.
Kedua-dua belah telapak tangan Nuzul
naik ke muka. Dia menyentuh kedua-dua pipi gebunya. Mesti ketara sungguh sampai
Nuha bukan main gelakkan aku! Tak boleh jadi mesti sorokkan muka dengan tuala
ni!
“ Nazrul dengan Nurin dah tidur? ”
soal Nuzul sengaja menukar topik perbualan serkap jarang oleh adiknya.
“ Selalunya orang yang tukar topik
tiba-tiba, dia sebenarnya tak selesa dengan topik yang timbul. Kak long memang
ada tanda-tanda begitu so, gotcha! ”
“ Nuha, please… soalan kak long tak
berjawab.”
“ Okey, Nazrul dah tidur dengan
nyenyak. Dia nampak penat sebab seharian kita berjalan. Mujur ada Abang Alif
yang berbadan tough, sedaplah Nazrul tidur landing baik punya. Nurin pula dah
tidur sambil peluk teddy bear yang Abang Alif bagi. Along patut jealous tau
sebab gaya Nurin peluk teddy bear serupa dia peluk manusia.” Nuha berkata dalam
nada main-main. Sengaja melaga-lagakan jiwa Nuzul.
“ Angah pergilah masuk tidur, esok
ada kuliah, kan? ” Nuzul menyuruh seraya melangkah masuk ke dalam bilik
tidurnya. Tuala disidai di penyangkut pada belakang pintu.
Nuha mengekor dari belakang
kakaknya. Enggan mendengar saranan Nuzul. “ Awal lagilah, baru pukul sepuluh.”
“ Pergilah tidur, nanti mengantuk
time kuliah.”
“ Dah biasa.” Selamba Nuha membalas.
Nuzul kerut dahi mendengar kenyataan
si adik. “ Selalulah ni terbabas time kuliah? Macam mana nak graduate dengan
cemerlang kalau asyik tertidur time pensyarah bagi lecture? ” tegurnya kurang
senang. Lagaknya sudah seperti para ibu memberi peringatan kepada anak-anak.
Giliran Nuha buat tidak peduli
dengan teguran tersebut. “ Nuha akan masuk tidur kalau kak long buka hikayat
perkenalan kak long dengan Abang Alif.” Ujarnya lalu menghenyak badan atas
katil bersaiz queen.
“
Nuha, antara kak long dengan Abang Alif tak ada sebarang hikayat pun.
Setakat bos dengan pekerja.”
“ Jangan kelentonglah kak long. Nuha
bukannya tak celik bila Abang Alif pandang kak long macamlah kak long ni
seorang saja wanita yang wujud dalam dunia ni. Fuhh, dia punya kerlingan mata
menusuk terus ke kalbu. Tajam dan menggoda tau. Nuha suka tengok mata Abang
Alif yang…” Nuha terdiam kerana tercari kata-kata yang sesuai untuk
digambarkan.
“ Yang apa? ” Nuzul menghampiri Nuha
setelah menyisir rambut di depan meja solek.
Nuha tersenyum lalu tersengih miang
di mata Nuzul. “ Yang stim dan galak! ”
“ Auwww..!! ” Nuha terjerit kecil
akibat cubitan Nuzul di pahanya. “ Sakitnya…”
“ Nasib badanlah. Siapa suruh cakap
perkara tak senonoh! ” Nuzul menepuk perlahan paha Nuha yang dikutil.
“ Ahh, cubitlah puas-puas Nuha tak
kisah janji kak long buka mulut.” Nuha menepuk-nepuk bahagian sebelah kiri
katil. “ Marilah sini, kak long. Baring dekat sini dan cerita dekat Nuha apa
yang terjadi sebenarnya.”
“ Lain kali boleh? Kak long kerjalah
esok, tak mahu terbangun lambat.” Pinta Nuzul beralasan.
“ Alah, cerita sajalah. Kalau hikayat
kak long dengan Abang Alif berbentuk novel yang tebal sila ringkaskan menjadi
versi mini novella ataupun cerpen bersiri saja. Nuha sudi mendengar sampai tak
pergi kuliah esok pun tak apa.”
Nuzul geleng kepala. “ Kak long dah
kata tak ada hubungan so, itulah jawapan muktamad. No objection, Nuha! ”
“ Oraite, tapi Nuha nak cakap
sebenarnya mata Abang Alif sangat menawan. Sexy ala-ala serigala jadian actor
twilight, Taylor Lautner. Eagle eyes, so mesmerizing and irresistible to
women.” Tambah Nuha dengan ekspresi mengujakan.
Nuzul menjuihkan bibir. Tanda kurang
bersetuju dengan kesimpulan Nuha.
“ Pandailah Nuha nak samakan dia
dengan Jacob twilight tu, tak serupa langsung. Abang Alif tu kacukan
Malay-Chinese tau. Kalau nak samakan dengan actor korea atau Taiwan bolehlah.
Muka Asian tak boleh dibandingkan dengan hero-hero eropah.”
“ Ohh, Abang Alif tu kacukan
Cina-Melayu, patutlah kulit dia nampak tanned. Rupa-rupanya asimilasi daripada
dua rumpun bangsa. Tak heranlah from head to toe looked super duper hot! ”
Nuzul menjegilkan mata.” Amboi
galaknya dia! Tadi bukan main control ayu depan Abang Alif, sekarang baru nak
tunjuk taring Nuha.”
“ Nuha kasi can dengan kak long.”
“ Tak payah kasi can, kak long lebih
dulu angkat bendera putih. Surrender.”
“ Ini sebab kurang confident atau
sengaja nak jual mahal? ”
“ Sorry, kak long tak buat sales
tahunan. Tak ada kaitan nak jual murah atau mahal. Nuha tak kenal lagi Abang
Alif punya fiil macam mana, tapi kak long dah arif sangat. Seram dan ngeri. Tak
ada wanita boleh handle Abang Alif.”
“ Ouchh, bahasa kak long menggigit
jiwa Nuha tau. Seram Nuha dengar.”
“ Hrmm, hakikatnya memang Abang Alif
seram orangnya. Kak long sendiri pening dengan sikap dia yang kejap baik, kejap
bertukar serigala jadian.” Kutuk Nuzul tidak semena-mena. Laju betul mulutnya
mengomel.
“ Kak long, ini dah masuk kategori
mengumpat. Nuha tak mahu terlibat. Berdosa tau. Kalau Abang Alif dengar mesti
dia kecil hati. Mahu menangis jiwa seorang lelaki.” Tukas si adik serius.
Lekas Nuzul menekup mulut. Tersedar
dengan bicara pedasnya. Insaf pula dengan dosa yang tidak sengaja diundang. “
Opps, sorry kak long tak sengaja! ”
“ Minta maaf dengan Abang Alif, Nuha
tak mahu masuk campur.” Nuha menguap setelah berkata. Dia lantas bangkit
daripada katil. Mahu beredar ke kamarnya yang dikongsi bersama Nurin.
Hidung Nuzul kembang kempis. Cuak
dengan dosa mengumpat. Minta maaf dengan dia? Bila masanya aku nak minta maaf?
Kalau si dia bertanya apa dosa aku padanya, nak jawab apa? Takkan nak
berterus-terang?!
“ Kak Nuzul, please angkat Nazrul.
Angah nak tidur sekarang. Mengantuk ni.” Arah Nuha dengan muncung. Nuzul angkat
muka. Kata-kata benaknya hilang serta-merta.
“ Oh, Nazrul tidur dekat katil angah
yer? Habis, tunggu along angkatlah ni? Apa kata angah tolong angkat Nazrul ke
sini.” Suruhnya lembut.
“ Hrmm, Oraite.” Nuha menurut dalam
kantuk.
BAB 17
“ Nuzul, secawan caffe mocha
please.” Pinta Liyana setelah mengambil pesanan.
“ All right,”
Nuzul yang bertugas di kaunter minuman segera menuju ke kabinet dapur di belakangnya.
Dia mencapai sebuah cawan bersih dari kabinet atas. Ramuan membuat caffe mocha
segera diingati. Espresso, chocolate syrup, steamed milk and whipped cream.
“ Minuman
kegemaran aku, caffe mocha. Aku nak kau ingat sampai bila-bila.” Bagaikan angin
berbisik ke telinga. Kata-kata jejaka itu tiba-tiba singgah ke benaknya. Tidak
semena-mena peristiwa malam itu tersingkap di minda. Rentetan daripada
mengingati pemuda itu, Nuzul terkenangkan peristiwa semalam. Pertembungan yang
tidak dirancang tetapi berlaku dengan indah.
“ Done! ” Nuzul
menekan loceng supaya Liyana menghampirinya semula untuk menghantar pesanan
yang telah dibikin.
“ Dah siap? ”
tanya Liyana. Nuzul angguk.
“ Tolong
hantarkan ke meja nombor lapan. Pergilah cepat, pelanggan VIP dah tunggu.”
Suruh Liyana.
Nuzul
mengerutkan dahi. “ Kenapa aku pulak yang kena hantar? ”
“ Entah, aku
pun pelik. Tapi dia request Nuzul Filzah yang hantar. Jangan lambat nanti gempa
satu cafe.” Kata Liyana lalu menolak bahu Nuzul agar keluar daripada kaunter
minuman. Dia kemudian bertukar tempat. Menggantikan tugas Nuzul di kaunter.
“ Hati-hati,
Nuzul.” Pesanan Liyana membuatkan Nuzul separuh kecut. Risau tanpa sebab. Gaya
Liyana memesan seperti dia bakal berjumpa dengan cikgu disiplin.
Nuzul menghela
nafas lalu menghirup udara kembali. Dia melangkah cermat sambil menatang
minuman yang dibancuh tadi. Nuzul berjalan ke meja-meja. Pandangannya melurus
ke meja nombor lapan yang terletak di tepi dinding café.
Dia terkedu
namun tetap mengorak langkah. Seorang wanita yang berperwatakan elegan sedang
menantinya. Nuzul kenal wanita itu. Mereka pernah bertentang mata sebelum ini.
Buat kali kedua dia berkesempatan bertemu dengan wanita itu lagi.
‘Mama Encik
Alif?! ’ getus hati Nuzul.
“ Ini pesanan
puan.” Nuzul meletakkan secawan caffe mocha dengan sehelai tisu.
“ Terima
kasih.” Ucap wanita itu. “ Duduk Nuzul,” suruhnya sambil menepuk kerusi di
sebelahnya.
Nuzul serba
salah. Dia perlu bekerja masakan mahu bersembang kosong dengan pelanggan.
Lagi-lagi dengan wanita yang merupakan mama kepada Encik Alif.
“ Auntie takkan
curi masa bekerja Nuzul. Kita bersembang sekejap saja.” Pinta Puan Sri Ayuni.
Nuzul mengiyakan, bersetuju jua. Dia mengisi ruang kosong yang ditawarkan oleh
Puan Sri Ayuni.
“ Sihat? ” soal
Puan Sri Ayuni.
“
Alhamdulillah, sihat. Err..auntie sihat? ” kekok Nuzul bertanya. Puan Sri Ayuni
senyum sebelum mengangguk.
“ Nuzul nampak
lain bila tengah bekerja. Dah lama kamu tak ke rumah auntie lagi.”
Nuzul senyum
kecil. Dia malu sebenarnya. Siapalah dia mahu menjejakkan ke rumah mewah itu
lagi. Dia ke sana dahulu disebabkan urusan kerja, bukan sebagai tetamu. Hanya
sebagai seorang perutusan. “ Café dibuka setiap hari. Nuzul memang tak ada masa
lapang. Dulu kita berjumpa pun sebab Nuzul diarahkan oleh Encik Saiful untuk
dapatkan tandatangan Encik Alif.”
Puan Sri Ayuni
arif mengenai hal tersebut. Masakan dia tidak mengingati rancangan asalnya
bersama Saiful. Output daripada perancangan mereka, dia berpeluang mengenali
gadis setulus Nuzul Filzah.
“ Kalau macam
tu, auntie kenalah datang ke café bila nak berjumpa Nuzul.”
“ Er, tak perlu
susah-susah auntie. Nuzul kena kerja, risau tak ada masa untuk auntie.”
Tingkahnya cepat. Dia musykil sendiri. Apa motif wanita kaya ini nak bertemu
aku?
“ Habis, kalau
auntie rindu dengan Nuzul macam mana? ”
Nuzul
terkebil-kebil. Rindukan aku? Sungguh ke? “ Er, auntie boleh...”
“ Apa kata
auntie suruh Irsyad bawa Nuzul ke rumah yer? ” usul Puan Sri Ayuni.
Nuzul panggung
muka. Buat matanya kerana terkejut dengan cadangan tersebut. Dengan kadar
segera, Nuzul menggeleng sebagai jawapan. “Auntie jangan salah anggap.
Sebenarnya saya tak ada apa-apa hubungan dengan Encik Alif.”
“ Betul ke tak
ada hubungan apa-apa? Kenapa Nuzul nampak gelabah? Takut auntie tak benarkan? ”
duga wanita itu bersahaja.
Nuzul kecut. Seram
sejuk mendengar bicara itu. “ Betul. Saya tak ragu-ragu dengan jawapan saya.”
“ Kalau ada
apa-apa pun, tak ada salahnya. Auntie suka dengan Nuzul.” Luah Puan Sri Ayuni
jujur.
Erk?? Nuzul
kekeluan. Tidak tercapai balasan yang wajar di akal fikirannya.
“ Mama,” tukas
satu suara dari belakang mereka. Serentak Puan Sri Ayuni dan Nuzul berpaling.
Irsyad sedang berdiri gagah. Dadanya bergelombang cemas. Turun naik.
“ Amboi, lajunya anak mama! Mari sini Irsyad.”
Puan Sri Ayuni menyuruh. Irsyad menurut.
Nuzul telan
liur melihat kelibat Irsyad di situ. Bimbang dengan sebarang kemungkinan. Dia
melihat penampilan Irsyad yang berkemeja lengan panjang bewarna biru tua. Berseluar
jenis corduroy. Kedua-dua belah lengannya berlipat sehingga ke siku. Tali
lehernya jugak longgar. Imej jejaka itu di waktu petang kelihatan santai tetapi
mampu mencuri perhatian setiap yang memandang. Masih hot, macho dan stylo.
‘Hot? Macho?
Stylo? Amboi, sempat kau menganalisa penampilan anak teruna orang, Nuzul?!’
tempelaknya dalam hati yang mudah rapuh sejak akhir-akhir ini.
“ Sorry,
auntie. Nuzul minta diri dulu, nak sambung kerja semula.” Nuzul bangkit
daripada kerusi sejurus Irsyad melabuhkan punggung di depannya.
“ Nuzul
Filzah.” Irsyad menyeru lembut. Nuzul pandang Irsyad. Kedua-duanya terpaku
dalam renungan antara satu sama lain. “ Caffe mocha please.”
Nuzul angguk.
Dia kemudian berlalu sambil membawa dulang yang dibawa ketika menghantar
pesanan Puan Sri Ayuni.
“ Mama, I need
your explanation. Kenapa tiba-tiba? ” soal Irsyad tanpa berlengah.
“ Mama macam
tak percaya, sekarang Irsyad ada depan mata mama. Irsyad dari mana sebenarnya?
” Puan Sri Ayuni tidak mampu menyembunyikan rasa teruja dengan kepantasan
Irsyad mendapatkannya.
“ Dari tapak
projek perumahan dekat Bangi.”
“ Tak sangka…mama
berjaya buat Irsyad tinggalkan site hanya dengan sebuah mesej.”
“ Come on,
mama. I need your explanation.” Ulangnya seperti mendesak.
“ I just want
to meet my future daughter-in-law.” Tukas Puan Sri Ayuni selamba. Mengulang
mesej yang dihantar kepada Irsyad. “ Yang peliknya macam mana Irsyad boleh
jangka mama akan ke sini? Entah-entah bakal menantu mama ada dekat sini? ” usik
mamanya.
“ Mama…” Irsyad
mengeluh. Pandangannya dilarikan daripada mamanya memandangkan dia telah
terperangkap. Kehangatan menyerbu ke seluruh muka.
“ Excuse me,
sir. Ini pesanan encik, caffe mocha.” Seorang pelayan wanita meletakkan secawan
air. Irsyad meneleku wajah si pembawa minuman. Bukan Nuzul Filzah.
Irsyad mengetap
gigi. Ingin bertanyakan perihal Nuzul yang sepatutnya menghantar pesanan
kepadanya. Namun Irsyad berdiam diri sahaja. Kehadiran Puan Sri Ayuni
membantutkan niatnya. Risau dan malu jika terperangkap lagi dengan mamanya.
“ Tolong
kirimkan salam auntie kepada Nuzul Filzah.” Pesan Puan Sri Ayuni.
“ Okey,” balas si
pelayan dengan senyum ramah sebelum beredar.
“ Minumlah,
takkan dah hilang dahaga bila tak nampak heart-throb Irsyad.” Canda Puan Sri
Ayuni.
Heart-throb?
Buah hati aku? Irsyad tahu mamanya amat mengetahui setiap perubahan riak yang
dialaminya. Irsyad tidak boleh menafikan apa yang terbuku. Sebarang rahsia
tidak mungkin tersorok dengan mata keibuan yang dimiliki Puan Sri Ayuni.
“ Irsyad…”
“ Shi, mama
(ya, mama).”
“
Wo xihuan ni de xin gan bao bei ( Saya suka dengan kamu punya buah hati).” Ucap
mamanya dengan sinar mata yang ikhlas.
Tanpa
sedar Irsyad mengoyak senyum. “ Xie xie, mama. I’m pleased with the statement.”
“ Bila tengok
Nuzul, mama terasa rindu dengan anak perempuan mama.”
“ Kalau mama
rindu dengan Irina, hujung bulan ini pergilah melawat dia. Ajak papa sekali.”
Irsyad memberi cadangan. Caffe mocha dihirup perlahan-lahan.
“ Mama cuma ada
seorang anak perempuan, Irsyad tak nak bagi mama seorang lagi anak perempuan? ”
Puan Sri Ayuni berjeda. “ Kalau ada seorang lagi, mama takkan terlalu rindukan Irina.”
“ Maksud mama?
” Irsyad meletakkan cawan semula di atas meja.
“ Nuzul.”
Irsyad
tersandar di kerusi. Dia menghembus nafas tidak keruan. “ Give me some time,
mama. Lambat atau cepat, mama akan dapat juga seorang lagi anak perempuan.”
“ Fine, mama tunggu
masanya.”
“ Kalau mama
nak cepat, mama doakanlah Irsyad. Doa ibu mudah dan cepat termakbul.”
Puan Sri Ayuni
melemparkan senyum manis mendengar permintaan si anak. Tanpa perlu diingatkan,
dia pasti mendoakan segalanya untuk kebahagiaan seorang anak. Sebagai ibu, dia
akan berusaha ke arah kesejahteraan serta mencapai apa yang dihajatkan oleh
seorang anak.
‘ Tak pernah
mama lupakan anak-anak dalam setiap doa mama.’ Bisik hatinya.
SEJURUS selepas Puan Sri Ayuni
beredar, Irsyad menuju ke kaunter minuman. Nadira dan Liyana yang berdiri dekat
kaunter terpinga-pinga dengan kedatangan Irsyad.
Irsyad
memberikan isyarat mata supaya kedua-dua pelayan wanita itu beredar dari situ.
Nuzul yang ralit membancuh air dengan membelakangi kaunter tidak menyedari
situasi yang berlaku.
“ Kenapa bukan
kau yang hantar pesanan aku tadi? ” tanpa ucapan salam atau teguran ringkas,
Irsyad langsung menyoal.
Kus semangat.
Nuzul hampir mengurut dada dek terkejut kerana disergah begitu. “ Er, Encik
Alif…nak jumpa Encik Saiful ke? ”
“ Nope, aku nak
jumpa kau. Aku nak tanya kenapa bukan kau yang hantar order tadi? ” riak tidak
puas hati menghiasi wajah pemuda itu. Nuzul pelik dengan reaksi Irsyad. Dia
hanya bertindak menurut arahan.
“ Er, saya cuma
mengikut arahan.”
“ Arahan siapa?
” terangkat kening Irsyad. Kedua-dua lengannya merentangi dada. Memeluk
tubuhnya sendiri.
“ Encik Alif
yang bagi arahan itu.”
Berkerut dahi
Irsyad. “ What kind of order? ”
“ Encik Alif
tak suka saya berkeliaran depan mata encik dalam café ini, sebab itu saya
gantikan dengan waitress lain.” Jawab Nuzul dengan lancar.
Irsyad terdiam
sejenak. Dia teringatkan arahan yang berbentuk tekanan yang diberikan kepada
Nuzul. Arahan yang difikirkan wajar untuk memberikan ketenangan buat dirinya
yang bercelaru. “ Abaikan arahan bodoh tu.”
“ Tapi saya
rasa ada baiknya arahan tu.”
Bertambah
cemberut muka Irsyad. “ Kenapa? Kau suka dengan arahan tu? ”
“ Saya tak mahu
mama Encik Alif salah tafsir hubungan kita. So, arahan itu nampak relevan. Kita
boleh jarakkan komunikasi dua hala antara kita.”
“ Kau dah
terlambat. Mama aku dah salah faham pun.” Selamba Irsyad meningkah.
Nuzul
tersentak. Gayanya risau dan takut dengan kenyataan itu. “ Habis, kita nak buat
apa sekarang, encik? Saya tak nak terlibat dalam situasi rumit. Kita tak ada
apa-apa hubungan jadi lebih baik kita berterus-terang. Tentu mama encik akan
percaya.”
“ Semalam
sampai rumah pukul berapa? ”
Nuzul
terkulat-kuat. Intonasi Irsyad kedengaran prihatin dan lembut. Lemah semangat
dibuatnya. Nuzul terlupa dengan topik yang diperdebatkan oleh mereka berdua. “
Pukul enam.”
“ Lambatnya,”
komennya.
“ Hari weekend
memang begitu, orang ramai lebih senang keluar menggunakan pengangkutan awam.”
“ Nazrul okay? Dia
tak meragam semalam? ”
“ Okey,
alhamdulillah. Sampai rumah, selepas mandi terus tidur. Pagi tadi Nazrul pergi
sekolah macam biasa. Sekarang mungkin dah ada di rumah, Nurin tentu dah ambil
dia dari sekolah.”
“ Mama Nazrul
okay? ” Irsyad ingin bercanda tetapi nada yang keluar sedikit romantis.
Mama Nazrul?
Akulah tu…“ Hrmm, saya datang kerja macam biasa.”
“ Semalam kau
tak rasa kita begitu dekat? Kenapa hari ini cuba jarakkan diri? ” Irsyad
bangkitkan pertanyaan lain pula. “ We were so close yesterday…” ulangnya lagi
dalam bahasa mat saleh.
“ Mama encik
datang berjumpa saya, rasanya itu peringatan supaya saya jarakkan diri. Saya
tak nak timbulkan masalah di sini. Saya nak hidup dan bekerja dengan aman.
Encik Alif biarkanlah saya bekerja dengan selesa. Saya janji takkan timbulkan
sebarang masalah lagi.” Tutur Nuzul dengan rasa tertekan. Dia cemas
mengenangkan soal itu.
‘ Mama cuma
mahu bertemu dengan bakal menantunya tapi kau tak perlu tahu tentang itu.
Lambat atau cepat, kau akan jadi anak perempuan dia, Nuzul.’ Sela suara
hatinya.
“ Apa yang berlaku semalam tak sepatutnya
berlaku.” Kata Nuzul lagi.
“ Semalam
adalah sejarah. Kau tak mungkin boleh mengubah apa yang terjadi semalam.”
“ Saya tahu.”
Selanya perlahan.
“ Aku suka.”
Ringkas Irsyad membalas.
Suka? Apa yang
Encik Alif suka? Oh, macam mana kalau dia kata dia sukakan aku? Relakah aku
menadah telinga, menghadapi debaran menggila itu?! Nuzul terkebil-kebil dengan
bicara benaknya. Tiba-tiba dirinya menjadi tidak ketentuan. Gundah.
“ Aku suka
dengan apa yang berlaku semalam. Took a public transport gave me a new
experience.”
“ Ohh…” Nuzul terangguk-angguk. Malu sungguh
dengan sangkaannya yang tidak bertempat. Jangan bermimpi, Nuzul! Encik Alif tak
pantas untuk kamu yang biasa dan comot. Dia tak mungkin sukakan kau. Muktamad!
“ I love being
with your family.” Bersama kau berikan aku kebahagiaan sepanjang hari, Nuzul. I
love being with you. Sambung Irsyad dalam sanubarinya.
Nuzul
tersipu-sipu malu. Lega dan senang hati dengan kata-kata Irsyad. Sejak semalam
Nuzul asyik terfikirkan perkara itu. Dia berharap tingkah adik-adiknya tidak mengundang
rasa kurang enak kepada majikannya itu. “ Maaf kalau adik-adik saya
merunsingkan encik. Nuha dan Nurin suka bertelagah pendapat tapi itu cara
mereka berkasih sayang. Bila penat berbalas cakap, akhirnya dia orang akan
bergelak ketawa sama-sama.”
“ I just love
them as much as I love…my family.” Actually, it was you!
“ Terima kasih,
Encik Alif.”
“ Ehem-ehem..”
suara orang berdehem mencelah antara mereka. Nuzul dan Irsyad angkat muka.
Pandang ke arah gerangan yang hadir di hadapan kaunter minuman.
“ Laila.” Nuzul
terkejut. Buntang matanya. Namun senyum di bibir tidak mampu disorok.
“ Hello,
bro…kalau nak bercengkerama pun pilihlah tempat yang sesuai. Ini tempat
bekerja. Jangan sampai aku suruh kau buat air untuk customer.” Saiful
bertingkah lalu memeluk bahu isterinya. Irsyad tersengih. Dia terjerat lagi
hari ini.
“ Nuzul, ada
apa-apa rahsia yang aku tak tahu ke? Kenapa Irsyad sampai masuk ke sini? ”
sangkal Laila dengan riak teruja. Nuzul pantas menyanggah. Dia menggeleng laju.
“ Tak ada
apa-apalah, Laila. Jangan salah sangka. Aku…”
“ Sorry Saif,
lain kali aku akan cari tempat lain.” Irsyad mengeluarkan kenyataan tanpa
membiarkan Nuzul menghabiskan ayatnya. Kata-kata yang membawa maksud bahawa
mereka berdua nyata sedang berkasih-kasihan.
“ Sure you do,
Irsyad. Lama-lama boleh rosak business aku.”
Irsyad tergelak
besar. Nuzul malu besar. Laila dan suaminya tersenyum lebar melihat tingkah
kedua-duanya.
p/s: Nak next chapter?? ^_^