Followers

/ Tagboard \

We are really hope that you will get something with this blog. Please respect to each other and keep enjoying with us ^.^
.Images are credit to Google.

Bab 39 ^_^



Bibir Sakinah mengukir senyuman dalam lena yang masih bersisa. Matanya masih lagi terpejam. Terasa belaian lembut menyapa pipinya. Terlayar wajah Shafiq di ruang minda. Anak itu pasti sedang cuba mendapatkan perhatiannya. Sakinah meraih tangan yang masih hinggap di pipinya. Pelik. Pantas dia mencelikkan mata. Terkejut bukan kepalang. Bingkas Sakinah bangun lalu bersandar di kepala katil. Dia tergamam.
“ Er, abang.. ada apa? ” Sakinah bertanya sekadar menutup perasaan malu. Dipandang wajah suaminya sekilas sebelum mengalihkan anak mata pada Shafiq yang masih tidur di sebelah kanannya. Manakala Rafiq duduk di birai katil di sebelah kirinya.
            Rafiq tersenyum melihat kekalutan Sakinah. Mungkin malu. “ Waktu subuh dah lama masuk. Kinah tak mahu sembahyang? ” Tanyanya.
            Sakinah spontan memandang jam di dinding. Pukul enam setengah pagi. Padanlah suaminya masih berbaju melayu dan berkain pelikat. Barangkali sudah selesai mengerjakan solat subuh ketika dia ralit dalam alam mimpinya.
“ Terima kasih, abang tapi..er, sebenarnya..Kinah tak boleh.” Sakinah berterus-terang walaupun amat segan.
“ Tak boleh? Apa yang tak boleh? ” Rafiq kehairanan.
“ Erm, sebenarnya Kinah..uzur,” perlahan Sakinah memberitahu.
“ Oo.. ” hanya itu yang dapat diluahkan suaminya. Sakinah tertunduk.
“ Maaf, er..aku tak tahu,” segera Rafiq mengangkat punggung dari birai katil.   
 Sakinah tersenyum kecil menonton reaksi Rafiq yang kelihatan kaget. Tergesa-gesa meninggalkan katil kerana termalu sendiri dalam tindakannya.
Rafiq menoleh kembali. Spontan mati senyuman Sakinah. “ Er, kalau Kinah nak sambung tidur semula, sambunglah.” Ujarnya sekadar mengelak daripada rasa bersalah.
“ Tak apa. Kinah memang nak bangun pun.” Dalam hati Sakinah berasa amat lega dengan gembira kerana Rafiq tidak lagi menunjukkan raut kemarahan atau kebencian padanya lagi. Syukur kerana keadaan telah pulih. Terpujukkah hatinya dengan coretanku semalam?
“ Kinah tak sakit perut ke? ” sengaja Rafiq menyoal untuk menutup perasaan malu yang merajai hati. Dikerling tindak balas Sakinah terhadap pertanyaannya.   
Dahi Sakinah berkerut. Kurang jelas dengan pernyataan suaminya. “ Taklah. Mana ada sakit perut. Kinah cuma nak ke bilik air bersihkan diri.”
Meledak tawa Rafiq di keheningan pagi. Geli hati dengan jawapan Sakinah yang jauh berlainan dengan jawapan yang dituntutnya.
Sakinah tercengang dan terpanar. Belum pernah dia melihat Rafiq ketawa besar seperti itu. Lebih-lebih lagi sewaktu bersamanya. Jujur Sakinah menyukainya.
“ Bukan itulah maksud aku.” Tukas Rafiq. Sakinah terpinga-pinga.
“ Habis tu, apa maksud abang? ” dia menyoal lanjut.
“ Maksud aku, kali ini Kinah tak sakit perut ke? Er..macam hari tu, waktu Kinah.. period sampai meringkuk sakit, er.. kat tangga..” meleret perlahan suara Rafiq bertanya. Cuma pada hujung ayatnya yang teragak-agak. Maklumlah Sakinah dan dia bukannya seperti pasangan suami isteri yang lain. Langsung tidak pernah bermesra apatah lagi beramah mesra.
            Terpaku Sakinah di birai katil. Langsung tidak terkutik tubuhnya. Kelu lidahnya untuk membuka mulut. Yang pasti air mukanya langsung berubah. Rona merah hangat menyerbu ke pipi.   
Rafiq meneleku pada Sakinah. Aduhai!  “ Sorry. Kalau Kinah tak mahu jawab, aku tak kisah.” Rafiq menggigit bibir. Serba salah. Tentu Sakinah tidak menyukai dia bertanya persoalan yang sesulit itu. Rafiq mati kutu. Kesal.
 Bengong! Lain kali fikirlah dulu sebelum nak cakap. Tengok sekarang apa dah jadi? Dia malu dan kau pulak tersengih macam kambing. Konon malu tapi miang keladi! Dah tahu segan apasal kau pergi tambahkan lagi darjah keseganan kau? Sakinah pun tentu malu. Direct betul soalan tu! Coverlah sikit dia mesti malu punya sebab kau tengah bertanyakan soalan paling sulit dalam hidup seorang perempuan! Rafiq memberi nasihat pada hatinya yang gelojoh bertindak.
“ Er, sebenarnya..sakit tu datang ada masanya. Bukan selalu, dia berkunjung.” Sakinah terpaksa memberitahu juga. Walaupun memang terasa bagaikan bersimpul urat sarafnya yang bersambung dengan perasaan malu seorang perempuan.
“ Oo..kadang-kadang.. ” simpul Rafiq dari kenyataan itu. Sekadar menghindari kekekokkan dalam perbualan mereka berdua. Sakinah diam. Tidak mengiyakan atau menolak telahan suaminya.
“ Kinah nak mandi dulu.” Tuturnya memandang arah lain ketika Rafiq membuka baju Melayu yang tersarung ditubuh. Terasa hangat wajahnya setiap kali menonton imej suaminya dalam keadaan itu.
“ Kinah betul tak mahu sambung tidur semula? ” soal Rafiq setelah siap memakai t-shirt hitam ke badan.
Sakinah mengangguk lalu menuju ke penyidai. Itupun setelah Rafiq bergerak ke katil. Dia berasa tidak betah jika berada dalam posisi berdekatan dengan Rafiq. Pasti akan ada yang tidak kena pada tingkahnya nanti. Ditambah pula dengan debaran aneh yang bertandang tanpa dipinta. Lebih baik dia mengambil jarak.
“ Kalau macam tu, aku nak tumpang tidur sekejap atas katil ni. Semalam pun bukannya aku dapat tidur lena sangat. Tak selesa tidur atas lantai. Nak naik atas katil takut pulak ada orang tak selesa nanti. Alih-alih terpaksa juga tidur bawah.” Sengaja Rafiq menggula-gulakan perasaan bininya. Teringin menduga respon Sakinah.
Sakinah tidak terkata. Cepat saja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air setelah mencapai pakaian. Namun, kekalutannya jelas diperlihatkan. Almari pakaian yang ingin ditutup cermat tiba-tiba terhempas kuat. Sakinah terkedu. Tidak mampu menoleh ke belakang lagi.
Rafiq meletuskan tawa sejurus itu. Kelakar dengan tindak balas Sakinah yang tampak sangat menggelabah. Tidak tentu arah dikerjakannya. Betapa pantas kaki isterinya menapak masuk ke kamar mandi.
Ini baru aku usik dengan kata-kata dah menggelabah tak tentu arah. Kalau aku usik pakai tangan, agaknya tentu dia buat larian marathon pusing satu bilik. Bicara hati Rafiq yang menakal tiba-tiba.

3 comments:

  1. saya memang minat the story tapi i think this entry is abit short and is rushing through keep up the good work

    ReplyDelete
  2. bila mau continue next story..huhu,x sbo ni.

    ReplyDelete
  3. Kak FYA , bila nak keluar next episod nie? nak baca sngat :) Hope dpat post secepat yg mungkin .. Hikhik

    ReplyDelete

hai ! terima kasih ^.^